image_pdf

Sekolah alam ke 7 – Bah 1 – Rewang bukan merewang

00 sek alam 7 .1NOTA KEMBARA SEKOLAH ALAM KE-7
SABAK BERNAM BAH. 1 – ‘REWANG’ BUKAN ‘MEREWANG’

Alhamdulillah, kali ini kami bersama anak-anak keseluruhannya dapat menikmati perjalanan ke Sabak Bernam. Tujuan berziarah ialah untuk memperlihatkan kepada anak-anak tentang majlis Walimatulurus secara Islamik dan segala yang berkaitan dengannya.

Perjalanan kami padatkan seperti biasa dengan pelbagai pemerhatian alam yang tidak putus-putus. Anak-anak pula terbahagia kepada dua kumpulan besar dalam 2 buah bas yang berlainan. Anak-anak tahap 2 sehingga sekolah menengah dalam 1 bas, sementara yang lain dalam 1 bas lagi bersama para penjaga dewasa.

ULANGKAJI KEMBARA ALAM 4

Perjalanan kali ini melalui jalan yang pernah dilalui semasa Projek Sekolah Alam ke-4 kami di Tanjung Karang. Anak-anak diberikan tugasan untuk mengendalikan ulangkaji sepanjang perjalanan. Bukan dengan hafalan tetapi bilamana mereka melihat satu perkra, akan teringatlah di dalam benak mereka apa yang pernah muhadir jelaskan sebelum itu.

Pembahagian mengikut kumpulan umur memberi ruangan untuk anak-anak yang lebih besar untuk mendapatkan input yang lebih tinggi bahasa dan pemahamannya. Anak-anak di bawah 10 tahun pula kami berikan pendedahan tentang cara berfikir yang kritis agar mereka mampu memerhati dan mencerap pelajaran walaupun tanpa buku dan tanpa kelas.

Kami jelas tentang kelemahan sistem sedia ada dalam pendidikan arus perdana. Walaupun semua misi pendidikan sangat baik bagi mencipta daya pemikiran yang kognitif di kalangan pelajar, namun ia tidak berlaku sebegitu. Anak-anak kita di sekolah pada hari ini dengan mudah mampu mendapatkan keputusan 9A tetapi apabila memasuki bidang pekerjaan sebenar, anak-anak kita juga yang tertinggal ke belakang kerana tidak mampu menyelesaikan masalah.

REWANG – KAITAN DENGAN JAWA & ISLAM

Salah satu dari fokus kembara kami kali ini ialah kepada pembelajaran melalui pemerhatian konsep rewang orang Jawa yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat. Sememangnya Islam itu berasaskan kerjasama berjemaah, Ummatun wahidah.

Kami pernah bercerita kepada anak-anak yang sehingga hari ini kami kekalkan di kalangan mereka budaya rewang ini. Mereka juga sangat teruja apabila kami mahukan mereka memerhatikan tentang budaya ini di kampung semasa majlis walimatulurus di sana.

Dalam budaya REWANG, sekadar bunga duit RM1 sebagai ‘penanggah’, RM5 untuk ketua penanggah dengan tuala “good morning” dan juga rokok penanggah boleh menjadi satu bayaran yang lebih bernilai dari bayaran penanggah professional katering pada hari ini. Pada malam hari perkahwinan sehingga semuanya selesai, tuan rumah akan melantik seorang wakil dari kalangan ahli masyarakat yang datang untuk rewang. Secara tradisinya, tuan rumah tidak boleh lagi masuk campur selepas itu, iaitu selepas wakil jemaah mengambil alih pengaturan.

Ada juga kes apabila tuan rumah terlampau banyak ‘songel’ sehingga ahli rewang terasa hati dan terus meninggalkan kenduri. Jika itu berlaku, tuan rumah akan merendah diri untuk meminta maaf kepada setiap ahli masyarakat untuk mendapatkan mereka kembali meneruskan rewang.

Semuanya berlaku dalam semangat kekeluargaan yang sangat tinggi. Majlis keramaian memang satu yang ditunggu-tunggu kerana itu seperti satu asbab kepada penyatuan masyarakat. Bukannya untuk upah dan bayaran, tetapi sekadar mengeratkan silaturrahim. Anak dara dan anak bujang diacu-acukan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa yang memerhatikan mereka semasa rewang. Bapa Si Dara pula boleh lihat calon-calon menantu mengikut kerajinannya.

Setibanya kami di sana, kami mula merasakan kemeriahan yang ada. Namun anak-anak bertanya, dimanakah rewangnya? Mereka mencari-cari penanggah-penanggah yang memakai bunga duit dan tuala “Good Morning” seperti yang pernah kami ceritakan. Namun semua itu sudah tidak berlaku lagi.

Penanggah rewang berganti dengan penanggah beruniform katering yang menyediakan hidangan-hidangan secara buffet. Dalam tradisi rewang, tetamu hanya perlu duduk sahaja dan semua hidangan akan disediakan terus dengan sopan di atas meja. Akan ada barisan penanggah yang ke depan ke belakang bergiliran menghantar hidangan serta mengutip dan membasuh pinggan kotor.

Tuan rumah tempat kami berziarah ini merupakan guru vateran dan orang yang sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Cikgu Hajjah Hashimah & Cikgu Haji Nasir merupakan insan prihatin yang meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri. Hidup mereka sederhana dan majlis perkahwinan anak mereka itu juga berlaku secara sangat sederhana. Tiada busana-busana dan pelamin ribuan RM untuk menghiasi pengantin, tiada solekan tebal ala-ala Oprah Winfrey ataupun Opera Cina dengan khemah-khemah sederhana tanpa renda-renda puluhan ribu RM.

Disebabkan aktiviti kemasyarakatan yang menjadikan mereka ini sibuk, maka mereka kurang terlibat dengan aktiviti kenduri kendara di kampung itu. Walaupun begitu, aktiviti kemasyarakatan di dalam kampung itu tetap sangat memberi kesan kepada masyrakat sekeliling. Disebabkan itu juga, mereka agak gusar dan risau sekiranya kenduri mereka itu tiada yang nak datang rewang. Alternatifnya ialah katering.

Bukannya sesuatu kesalahan menggunakan katering, cuma dari kajian sosiologi yang pernah kami lakukan ke atas komuniti Jawa yang pernah kami tuliskan selepas hari raya tahun lepas, kami dapati budaya rewang menjadi salah satu unsur penyatuan yang sangat penting.
http://prihatin.net.my/2013/08/19/budaya-islamik-jawa-beraya/

Sekalipun anak-anak tidak merasa kemeriahan rewang, tetapi kami berikan tugasan kepada anak-anak yang akhirnya mereka dapat wujudkan juga suasana rewang antara mereka. Kami harap mereka faham maksud kami agar dapat menghidupkan budaya yang baik ini dalam generasi dan kelompok mereka.

MEMULIAKAN TETAMU

Setelah tidak dapat rewang menyediakan / memasak makanan, maka kami CUBA WUJUDKAN KEMERIAHAN REWANG dengan cara sendiri. Sebagai kelompok warga yang sudah biasa menguruskan majlis, kami bahagikan tugasan untuk membantu sajian dan membersihkan pinggan mangkuk, mengawal lalulintas, menjaga parkir, memasang dan mengendalikan sistem siaraya, deejay, persembahan kompang, selawat dan nasyid, dan yang paling mendapat remark baik dari orang kampung ialah pasukan penyambut tetamu berpayung hijau yang ‘unik’.

Dengan cara itu, kami dapat merasakan kemeriahan rewang dapat dizahirkan semula. Setiap tetamu yang hadir kami cuba untuk payungi mereka dalam keadaan panas mahupun redup, khususnya yang membawa bayi.

Budaya menyambut tetamu dengan payung yang telah kami amalkan sejak hari pertama itu sebagai satu simbolik kasih sayang dan penghormatan kepada tetamu dengan penghormatan VVIP keseluruhannya tanpa mengira darjat dan pangkat. Itu sudah menjadi tradisi sekiranya RPWP datang bertandang atau terlibat dalam pengurusan majlis perkahwinan. Biar panas, biar hujan bahkan ribut sekalipun kami akan tetap jalankan tugas, demi memuliakan tetamu.

Majlis perkahwinan Warga Prihatin yang berlangsung 2011 sebelum ini turut memberikan gambaran serupa dengan Majlis Walimatulurus yang ini. Pengantin tidak bersolek tebal-tebal untuk duduk di pelamin, bahkan ikut berdiri dengan payung yang kami sediakan di jalan masuk ke rumah, bersama-sama ibu bapa mereka menyambut tetamu di terik mentari.

Alhamdulillah, walaupun tiada pancaragam, tiada karaoke, tiada kuda kepang dan penyanyi seksi, ramainya kehadiran tetamu tidak pernah dapat kami bayangkan. Tetamu bertali arus sampai jam 12 malam sebelumnya, bersambung jam 8 pagi di hari majlis sampai ke petang. Subhanallah.. akan kami kongsikan di bahagian seterusnya nanti.l

SIKAP TETAMU & PEMANDU – SATU PEMERHATIAN

Tugasan yang paling mencabar ialah pengawalan trafik di bawah terik mentari. Di sini kami lihat, bagaimana sebahagian tetamu dan pemandu yang sukar diatur. Sebahagian mereka tidak boleh bertolak ansur, sombong dan bongkak dalam menerima aturan lalulintas yang kami susunkan. Mereka mahukan keselesaan, tetapi mereka tidak mahu “bayar” harga keselesaan itu dengan menurut pengaturan kami.

Tidaklah kami sengaja menjaga lalulintas di sepanjang sekitar 1 km itu untuk menyusahkan orang, tetapi sekiranya ada 2 hala berselisih tanpa ada yang mahu mengalah, sampai bilapun tidak akan ada penyesaian. Ini kerana jalan kampung itu kecil sahaja, cukup-cukup untuk dua kenderaan kecil berselisih. Kiri kanan dibatasi dengan parit dan kebun sawit. Jika ada kenderaan diletak di bahu jalan, maka ia akan jadi satu hala.

Tidak kurang juga ada yang memandu kereta mewah berjenama Mercedes yang bila kita sapa dengan senyuman terus tidak diendahkan. Ironinya, ada yang tidak langsung sudi menurunkan tingkap untuk menyambut salam dan teguran yang diberi, padahal tujuannya untuk kami tunjukkan yang nombor pendaftaran kereta beliau telah hampir terjatuh.

Begitulah akhlak ‘orang kita’ sekarang. Dari bahasa badan kelihatan ada juga yang melihat tukang payung dan jaga parkir ini sebagai makhluk bertaraf bawahan. Mungkin sudah terbiasa mengherdik ‘mat gian’ yang sering menjadi ‘pengatur parkir’ mereka di bandar untuk meminta seringgit dua. Ataupun ada kejutan budaya dari miskin dahulunya lalu kini dah jadi kaya, lalu jadi bongkak melupakan adat budaya dan tatasusila.

Kasihan mereka kerana tidak mengetahui yang memayungi dan menjaga kenderaan mereka itu ada yang doktor, jurutera, guru senior, pensyarah Universiti bahkan ustaz dan individu bergelar Datuk juga. Anak-anak asnaf yang nampak macam gelandangan dan memayungi serta menyajikan makanan mereka itu juga ada yang penerima anugerah tetap sebagai pelajar terbaik akademik dan sahsiah di sekolah.

Kerana itu, kami juga sebenarnya seperti mereka, iaitu manusia yang wajar dihormati, bukan kerana pangkat dan darjat, tetapi kerana kita semua hanyalah HAMBA YANG ESA. Apapun tidak semuanya melayani kami begitu rupa. Ramai juga yang ramah dan sangat berbudi bahasa. Yang baik kita kekalkan, yang buruk kita tegur dan ambil pelajaran.

Pengalaman mengendalikan trafik dan keamanan ini memberikan kesedaran kepada kita betapa sukar dan serbasalahnya tugas anggota keselamatan, khasnya PDRM dan RELA. Di tengah terik mentari anggota polis mengorbankan diri mengawal lalu lintas yang ada ketikanya tidak boleh dikawal dengan besi dan cahaya. Tidak mustahillah terjadinya isu besar isteri pemain bola sepak muda yang biadap dengan pak guard yang jauh lebih tua.

Itulah sebahagian dari ‘PEMBELAJARAN ALAM’ yang besar, melalui PENGALAMAN yang dapat di ‘ALAMI’ sendiri oleh mereka yang ikut MENGALAMINYA.

Sekian dahulu perkongsian kami. Salam ukhwah
WARGA PRIHATIN

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2..

MH370 Dalam Kenangan – Doa untuk team SAR yang mengharungi ombak ganas

MH370 Dalam Kenangan
DOA UNTUK TEAM SAR MH370 – OMBAK GANAZ LAUT HINDI

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROOJIUN.
ALLAHUMMAGHFIRLAHUM WARHAMHUM WA’AFIHI WA’FU’ANHUM

Selama 17 hari mengikuti perkembangan misteri MH370 dengan penuh debaran, akhirnya semua misteri itu terjawab apabila diumumkan petang semalam dengan LINANGAN AIR MATA PILU.

Rasa sugul dan sedih yang teramat sangat masih menyelubungi sanubari sampai saat ini. Walaupun parlimen pagi ini menangguhkan hari berkabung sehingga pesawat atau serpihannya ditemui dan disahkan, namun hati kita sebenarnya sudah cukup sugul dan secara spiritnya sudahpun berkabung.

Sama-sama kita hayati juga klip kesedihan semua kerabat yang kehilangan insan tersayang yang telah admin kumpulkan, agar dapat kita sama-sama menghayati kesedihan mereka.

DENGAN VIDEO INI admin mengajak pembaca menghayati keperitan yang telah dan bakal dihadapi oleh pasukan SAR selepas ini melalui klip situasi laut lepas yang tidak dijelajahi manusia itu.

Subhanallah, tidak dapat dibayangkan betapa sukarnya perwira kita akan melakukan usaha mencari dan menyelamat dengan kedalaman 5-7 km, dan ombak setinggi 30-50 kaki itu (3-5 tingkat bangunan). Suhu pula dikhabarkan sangat dingin dan angin kencang.

Selagi seluruh bukti tidak ditemui, seharusnya kita masih meneruskan doa agar ada keajaiban dari Allah. Seterusnya, sama-sama kita pohonkan agar pasukan penyelamat dan mencari akan dimudahkan usaha mereka dan dijauhkan dari bencana.

Semuga musibah ini dapat memberikan kita semua pelajaran yang sebanyak-banyaknya. Tiadalah apa sahaja yang berlaku itu sia-sia di sisi Allah bagi mereka yang berakal.

Ucapan setinggi-tinggi ‘Takziah’ kepada ahli keluarga yang terlibat. Kita semua, masyarakat dunia turut merasai kehilangan dan kesedihan ini bersama anda semua. Kita sedang menyaksikan pemergian mereka secara tertangguh. Bagi mereka yang mengenali mana-mana mangsa mari kita ampunkan semua dosa dan hutang piutang jika ada. Kita doakan juga semuga Allah mengampuni semua dosa mereka.

Sesungguhnya inilah keuntungan buat merekakerana pemergiannya diiringi doa dan keampunan dari manusia seluruh dunia.

Amin, Amin, Amin Ya Robbal Alaamiin…

#PRAY4MH370 #PrayForMh370 #MH370 #DoaUntukMH370 #doakanMH370

https://www.youtube.com/watch?v=zfRjnEraCdM

Peperangan yang jauh lebih sukar adalah memerangi dadah

 

Peperangan yang jauh lebih sukar adalah memerangi dadah. Semua rakyat negara Islam sudah berjaya ditawan oleh dadah. Lihat cebisan berita di Afganistan ini…

Lihat bagaimana umat sudah hancur… heroin disuntik di halayak ramai, di tepi jalan, lelaki perempuan, depan anak sekolah… tua muda, yang telanjang yang berkopiah berserban semua sama saja…

Negara kita juga ada tempat seperti ini. Kini ia bertapak hebat di pantai timur. Anak muda dan sebahagiannya sampai ketua sudah reput minda dan tubuh mereka akibat dadah. Sanggup mencuri, merompak, membunuh untuk dapatkan dadah. Sanggup mati bila kabel letrik dan substation TNB pun berani di ceroboh.

Innalillahiwinna ilahirojiun.
Innaila Robbikarruj’a…

Semua ini ada rujukan lengkap dari Allah bagaimana dan mengapa ia berlaku, dan ada rujukan lengkap bagaimana untuk mencegah dan mengawalnya.

https://www.youtube.com/watch?v=j7ww2Cg_cE8

Rahsia kahfi 17 – Membina semula fungsi masjid (bahagian 2)

00 GUA 17RAHSIA KAHFI 17 – MEMBINA SEMULA FUNGSI MASJID: BAH 2

Mem’baca’ rahsia al-Kahfi ada kaitannya dengan peranan masjid dan jatuh bangunnya agama. Jika kita hanya baca secara tilawah teks sahaja tanpa menzikir, mentafakkur, mentadabur dan mentabayunkan bacaan itu secara konteks jatuh bangunnya agama, maka BACAAN AL-KAHFI itu tetap tidak mampu menolak fitnah Dajjal.

Dalam bahagian 1 minggu lepas (al-Kahfi 16) telah kami huraikan falsafah asas di sebalik masjid, sujud, solat, fungsi aliran ilmu di masjid, falsafah syurga di masjid, fungsi raudah, dan fungsi mimbar. Telah dikongsikan juga situasi semasa sebagai tanda akhir zaman bila masjid dan alquran telah hilang fungsinya.

Kini masjid yang begitu besar fungsinya telah disalah guna. Ia hanya menjadi tempat adu domba, tempat musafir berhenti mandi, berak dan tidur, tempat kaki maksiat melampias nafsu, tempat penjenayah mencari ruang mencuri dan sebagainya. Apabila Masjid sudah tidak terjaga maka umat akan kembali jahil dan pencerobohan masjid kembali berleluasa kerana kita sukar mengenal ahli ibadat dan musyrik yang merosak agama.

Al-Kahfi menyedarkan kita tentang akhir zaman, kejatuhan dan bagaimana membangunkannya semula. Antara punca kejatuhan agama adalah kerana hilangnya kefahaman yang mendalam tentang falsafah BASMALLAH, ibu segala niat dan matlamat agama. Kerana itu Surah 9, At-Taubah, antara surah yang penting untuk memperlihatkan langkah pembangunan semula itu tidak di awali dengan BASMALLAH. Maknanya, jangan impikan pembaikan selagi kita tidak menyedari kesilapan dan bertaubat denganNya. Perhatikan ayat-ayat dari at-Taubah berikut.

107. Dan ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan, untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan golongan yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu (Dajjal). Mereka Sesungguhnya bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta.

108. Janganlah kamu bertakwim dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

109. Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim.

110. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

111. Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan/bahwasanya untuk mereka surga, mereka berperang pada jalan Allah maka/lalu mereka membunuh dan mereka dibunuh, janji atasnya itu benar dalam Taurat dan Injil dan Al Quran, dan siapakah lebih menepati dengan janjinya dari Allah, maka bergembiralah kamu dengan jual belimu yang telah kamu jual belikan dengannya dan demikian itu ialah keuntungan besar.

112. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.

Kali ini ingin kami huraikan bagaimana harus kita berperanan untuk mempastikan masjid terpelihara dari sebarang pencerobohan. Itu isu utama yang menjadi asbab tercetusnya artikel ini. InsyaAllah akan kami huraikan panjang lebar tentang fungsi masjid, termasuk fungsi dakwah dan pendidikan, fungsi pertahanan, dan fungsi perekonomian dalam siri berikutnya.

FALSAFAH AYAT KURSI – ALLAH TAK TIDUR & KAITANNYA DENGAN IKTIKAF

Antara pelajaran di sebalik disiplin pengaturan alam oleh Allah terkait dengan tidur. Demikian Allah menampakkan betapa teliti dan rapinya pengaturan alam ini. Fenomena tidak mengantuk dan tidak tidur, terus menerus kekal mengurus dan ambil tahu akan segala-gala yang berkaitan dengan apa yang diatur ini Allah gambarkan dalam ayat kursi. Kerana itu, kita sebagai hamba harus berjamaah sebagai KAMI, berusaha untuk mengikut jejak langkah itu. Barulah ayat Kursi itu benar-benar JADI PENDINDING.

Bagaimana pentajalian yang Allah tidak tidur itu mahu kita laksanakan jika masjid yang menjadi rumah Allah boleh ada batas ‘operating hour’nya? Jika nak dibanding dengan gereja dan kuil hindu dan budha, mungkin kita jauh tertinggal. Di dalam rumah ibadat agama lain ada penjaga setiap masa, maka ia sentiasa diimarahkan.

Mengapa perkara sama tidak terjadi di masjid? Sekiranya iktiqaf itu boleh dilakukan secara actual dan ritual, maka segala masalah komuniti masjid itu mampu dirungkai dalam Jemaah.

Ada juga beberapa masjid yang aktif dengan pelbagai kegiatan, namun konsep iktikaf dalam masjid itu berlaku tidak di sepanjang waktu. Yang aktif juga hanya sekadar menjadikan masjid sebagai lokasi aktiviti SEKALI SEKALA, bukannya mengimarahkannya sehingga ia mampu berfungsi membina peradaban insan sepanjang masa.

Hari ini, selain dari waktu solat, banyak surau dan masjid yang kebanyakannya tidak berjiran itu dikunci. Fungsi sebenar yang lainnya tertutup sehingga waktu solat yang satu lagi. Perkara ini sudah menjadi satu masalah besar kepada pengurus aset masjid yang terpaksa membuat pertimbangan antara keselamatan harta benda dan juga menjadikan masjid itu laluan ibadat bagi mereka yang mahu beriktikaf.

Jika Islam sudah LENA TIDUR, jika masjid sudah jadi ‘GUA’, maka kita kena ‘BANGUNKAN’ fungsi masjid itu semula. Itulah antara kejayaan Dajjal dalam usaha menjatuhkan agama Allah ini. Itulah mesej dari surah Al-Kahfi yang harus kita baca setiap jumaat untuk menyelamatkan dan membangun umat ke jumaat yang satu lagi.

IKTIKAF YANG SALAH

Secara literal, iktikaf ini ialah ‘menetapkan’ diri dalam masjid. Amalan iktikaf seharusnya boleh menjaga dan memelihara kesucian dan pembangunan ummah di masjid. Yang kotor dibersihkan, yang hadir diraikan, yang jahil diajarkan oleh mereka yang melakukan iktikaf.

Hari ini sekiranya berhentinya kita di masjid melepasi waktu solat pastinya kita akan disuruh keluar oleh tok siak yang sudah bersedia dengan kunci, rantai dan manga untuk mengunci ruang masjid. Ada nasib, surau-surau dan masjid-masjid ada yang memiliki beranda, maka itulah tempat jika nak iktiqaf sekalipun.

Dalam kembara ‘Sekolah Alam’ di mana saja, kami sering membawa anak-anak untuk beriktikaf di masjid, khasnya surau yang berasaskan wakaf. Seringkali kami bertembung dengan kumpulan jemaah yang ‘berkampung’ berminggu-minggu di masjid untuk menjalankan usaha dakwah. Mereka berjemaah dan berusrah sesama mereka setiap waktu solat. Bakinya untuk tidur dan berjalan mengajak penduduk sekitar.

Ironinya, masjid tempat mereka berkampung menjadi kotor dengan kehadiran mereka. Sisa dan bungkus makanan bersepah merata-rata. Pasir dan tahi cicak banyak atas kapet masjid tidak disapu. Sesawang di siling, rumput di laman masjid, dan sampah yang menyumbat longkang tak perlu diceritakanlah. Bil air dan api yang melambung selepas mereka pergi terpaksa ditanggung pula oleh penduduk setempat.

Anak-anak kami yang ikut bergotong-royong di masjid itu saling bertanya, kenapa pakcik-pakcik dan abang-abang di atas tu tak ikut kita bersihkan masjid ni sama-sama? Kenapa mereka tidur saja? Waktu solat tadi panjang pulak ceramah mereka? Soalan ini kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya.

IKTIKAF YANG BETUL – KAITAN DENGAN FALSAFAH TAWAF & TAHIYATULMASJID

Jika iktikaf itu bermaksud ‘menetap’, maka bagaimanakah konsep iktiqaf yang sebenarnya berlaku semasa fasa Nabawi dahulu? Sila perhatikan gambarajah lakaran masjid Nabawi yang kami lampirkan. Lihat bagaimana binaan asal masjid Nabawi mengandungi beberapa komponen iaitu satu ruangan tertutup bertembok, satu ruangan berbumbung untuk berhalaqah (Raudhah) dan di sekitarnya ialah rumah Nabi SAW, isteri-isteri baginda dan sahabat-sahabat ahlulbait (ahli rumah Allah itu).

Gambar hiasan dan nota berkaitan masjid Nabawi ini kami petik dari Page Al Faedah (kita beri kredit untuk mereka).

a. Mihrab RasuluLlah SAW
b. Kediaman Aisha b. Abu Bakr RA
c. Kediaman Hafsa b. Umar’s RA
d. Kediaman Zainab b. Jahsh’s RA(tanpa visual)
e. Kediaman Zainab b. Kuzayma’s RA (tanpa visual)
f. Kediaman Fatima’s RA (tanpa visual)
g. Baab-Uthman b. Affan RA
h. Ruang Ahlus-Suffa
i. Kediaman Juwayriya’s RA (tanpa visual)
j. Kediaman Rumla’s RA (tanpa visual)
k. Kediaman Saffiya’s RA (tanpa visual)
l. Baab-ul-Rahma
m. Kediaman Abu Bakr’s RA
n. Kediaman Sa’d b. Abi Waqaas RA residence (tanpa visual)
o. Kediaman al-Abbas b. Abdul Muttalib RA (Paman RasuluLlah SAW)
p. Kediaman Jafar b. Abi Sadiq

Dan telah berkata akan Imam Malik bin Anas:
لأن يصليها أخري هذه أمه إلا ما أصلها أولها

Tidak sekali-kali boleh dipulihkan akan ummat akhir (zaman) ini melainkan kembali kepada baikpulih ummah yang terdahulu (iaitu para Sohabah RA).” [ash-Shifaa of Qaadee ‘Iyyaadh, (2/676)]

Gabungan keseluruhan struktur masjid itu membentuk satu komuniti. Masjid selaku RUMAH ALLAH ini benar-benar dihuni oleh begitu ramai keluarga sebagai penjaga. Mereka menetap di situ dalam merealisasikan falsafah IKTIKAF (MENETAP). Mereka bukan sekadar solat tahiyatulmasjid dan tunduk berzikir dengan bibir sahaja. Mereka jadi tukang kebun, mereka jadi jaga, mereka jadi pusat rujukan dan pendakwah yang menyambut semua tetamu masjid yang hadir.

Berapa banyak masjid kita yang ada rumah penjaga di dalam kawasannya? Jika ada, apa mereka buat? Adakah mereka aktif bertugas dalam masjid atau hanya berfungsi pada waktu solat sahaja? Rumah di sebelah masjid tapi masjid berkunci? Jika tidakpun, hazanah masjid tetap dicuri walaupun ada rumah penjaga disebelahnya. Inilah kegagalan fungsi masjid sebagai mini replika BAITULLAH (rumah Allah) yang kita kiblatkan wajahnya, tapi kita lupakan fungsi diri kita terhadapnya.

Mengapakah di dalam Masjidilharam tiada solat tahiyatulmasjid?

Masjid merupakan pusat komuniti pelbagai fungsi. Jika kita sebut ia sebagai satu komuniti, ia bermakna satu sistem yang lengkap. Ada pentadbiran sosial, pengurusan ekonomi, pendidikan, kejiranan, keselamatan, pembangunan komuniti, baitulmal, kebajikan dan banyak lagi.
Pernah kami ceritakan tentang masjid yang hilang fungsi pada hari ini, tetapi ramai yang defensif dan memberikan contoh masjid-masjid yang aktif. Ukurannya mudah, adakah ia mampu membangunkan komuniti secara mendasar ataupun hanya sekadar luaran (superficial).

Kita harus kaji kaitan mengapa solat tahiyatulmasjid di Masjidilharam digantikan dengan ritual tawaf. Tawaf ini satu kerjabuat yang terkait dengan “checking” apa yang ‘tidak kena’. Masjid kotorkah? Bocorkah? Ada kesan kecuriankah? Ada ajaran sesatkah? Pusingan lawan jam itu pula satu simbolik untuk kita melurut semula sehingga 7 pusingan ke belakang, sampai jumpa punca mengapa Batu putih susu Hajarulaswad itu bertukar menjadi hitam…

Begitu juga konsep beriktikaf di masjid komuniti tempat kita sendiri. Sepatutnya kita membuat tawaf (checking) apa yang telah terjadi dalam komuniti kita dan mencari jawapan mengapa dahulu akhlak manusia baik, tapi sekarang sudah jadi rosak dan kotor sekali? Ini satu konsep yang ritualnya ialah solat tahiyatulmasjid dan kaitannya dengan tawaf dan iktikaf itu sendiri.

KESIMPULAN

Apakah makna semua ritual IKTIKAF, TAWAF, TAHIYATALMASJID itu tanpa perlaksanaan disiplin yang actual? kita kata Allah besar, tapi kita perkecilkan Allah melalui amalan kita. Kita kata Allah suci bersih, tapi kita biarkan rumah Allah kotor, kita kata Allah tak tidur, tapi kita sendiri mendengkur sahaja. Kita kata Allah pengatur yang bijaksana, namun kita biarkan anak generasi tidak teratur dan jahil belaka.

Dalam susunan NUZULQURAN, Allah lakarkan melalui susunan 1. IQRA’ 2. ALQALAM 3.MUZAMMIL (tidur), 4.MUDATSIR(berkemul) barulah 5.FATIHAH (bersama BISMILLAH). Susunan surah-surah itu menampakkan gambaran frame asas tentang pembangunan dan pemeliharaan agama. Tanpa memahami dan melaksanakannya, maka kita akan kekal hidup seperti jahiliyah ibarat LEMBU BETINA.

Sekarang ini kita hanya menjaga masjid secara defensif. Ingatlah, ‘The best defence is offence’. Untuk menjaga keselamatan masjid, kita harus ‘hidupkan’ DAN ‘bangunkan’ fungsinya. Kita harus sediakan beberapa rumah petugas yang sentiasa hadir di masjid sepanjang masa. Jika tidak, kita tiada pilihan, harus adakan jemaah yang sanggup melakukannya secara bergilir 24 jam.

Tawaflah tanpa henti keliling masjid dan komuniti kita sendiri, sepertimana tidak hentinya manusia tawaf di Baitullah. Itu analogi kiblat dan ikutan kita. Perhatikan sekurang-kurangnya sekitar 40 buah rumah di kejiranan, apakah masalah di masjid dan kejiranan yang perlukan tindakan qariah.

Kemudian bawa semua input itu dalam majlis syuro di malam jumaat semasa membaca yasin, bersama mencari jalan untuk sama bantu membantu, bahu membahu menyelesaikan segala jenis masalah. Ambil ruang di salah satu khutbah untuk menyalurkan maklumat qariah, bukan risalah pusat yang kurang keterkaitannya dengan masalah setempat di kedua dua khutbah itu. Jika ini dilakukan, bukan sahaja harta masjid yang selamat, qariah di kejiranan juga turut selamat dan sejahtera.

Kembangkan fungsi masjid bukan sekadar menyelesaikan masalah, malah boleh menjadikan ia satu ruang integrasi komuniti sehingga sebuah komuniti dalam satu qariah masjid itu mampu hidup harmoni berjiran, bersahabat taulan. Tidaklah sampai jiran sebelah menyebelahpun nak berperang, sampai masing-masing terpaksa pasang tembok pemisah yang tinggi.

Kudap Jumaat, Rahsia al-Kahfi.
Bangunkan Masjid. (BERSAMBUNG KE BAH 3).
WARGA PRIHATIN

Satu keperluan ke arah reformasi kepolisian

BAGAIMANA MENGISLAMKAN INSTITUSI KEPOLISIAN

Sepertimana rumah Kebajikan dan Pertubuhan NGO yang lain, RPWP sentiasa dilawati oleh para pegawai Polis dari pelbagai cawangan dan pangkat. Peringkat awal dahulu, ramai yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat, khususnya bimbang tentang adanya sebarang aktiviti bawah tanah di RPWP. Kita harus terima hakikat, cemburu itu tandanya PDRM sayangkan negara.

Setelah disahkan RPWP tiada anasir subversif, maka kini kedatangan mereka lebih kepada kajian umum tentang situasi semasa masyarakat dan negara. Sebahagian lain datang untuk mendapatkan hasil kajian dan pembangunan kami, untuk dijadikan pedoman dalam menangani masalah jenayah, dadah dan pelbagai gejala sosial dalam negara.

Beberapa orang pesara pegawai tinggi Polis termasuk berpangkat Datuk adalah antara pendokong tetap RPWP. Pengerusi Rukun Tetangga yang menganugerahkan “Tokoh Mulidurrasul dan Maal Hijrah” kepada pengasas RPWP juga dari pegawai tinggi Bukit Aman berpangkat Datuk.

Kelmarin RPWP diziarahi lagi oleh 2 orang pegawai tinggi dari Bukit Aman. Kali ini kami rasa ingin kongsikan sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pelajaran oleh pembaca, khususnya kalangan murobbi, iaitu penanggungjawab dari kalangan ibu bapa, para guru, ketua masyarakat dan pemimpin negara. Mereka ini sangat berilmu dan tertarik dengan falsafah yang diamalkan di RPWP. ALHAMDULILLAH.

Oleh kerana hadirnya mereka sewaktu tengahari, maka dapatlah mereka bertemu dengan sebahagian anak-anak yang pulang sebelum meneruskan persekolahan sebelah petangnya. Selepas urusan rasmi selesai, para pegawai ini meneruskan dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan RPWP. Kami juga bawa mereka untuk melawat ke seluruh kawasan kompleks RPWP.

Berikut ini kami cuba kongsikan secara ringkas buah-buah fikiran di sepanjang perbincangan dengan mereka.

FORMULA PENYATUAN & KERJASAMA

Antara perkara utama yang seolah-olah menjadikan mereka takjub ialah soal pokok yang menjadi masalah utama dalam dunia, iaitu isu penyatuan. Apakah yang menjadi tunggak perpaduan yang mampu menyatukan seluruh jemaah RPWP, termasuk para pengasas, kaum ibu dan anak-anak jagaan sejak hari pertama. Bukan setakat bersatu hati dan wawasan, malah menyatukan tenaga dan dana untuk RPWP.

Seorang darinya kongsikan bahawa beliau ada 15 orang adik beradik seibu dan sebapa. Beliau menampakkan bahawa dalam keluarga sendiripun begitu susah untuk bersatu dengan satu faham. Ini turut beliau perhatikan berlaku dalam banyak keluarga-keluarga lain di kalangan rakan taulan beliau. Fenomena ini turut dilihat dalam organisasi, masyarakat, negara bahkan dunia. Dari hasil kajian dan pemerhatian, kami sendiri bersetuju 100% akan fenomena ini.

Antara yang ingin kami kongsikan di sini ialah formula penyatuan yang dimulakan dari pembentukan 1 faham. Perpecahan di kalangan ummah adalah berpunca dari hati dan pemikiran. Jika kefahaman dalam pemikiran kita bercanggah, di situlah berpuncanya gejala perpecahan.

Untuk mengatasi masalah itu, kami menggunakan pendekatan al-quran dan sunnah. Ramai juga yang berkata menggunakan pendekatan itu, tetapi mengapa ternyata mereka sentiasa gagal? Jawapan kami adalah kerana mereka tidak berpaut pada kedua unsur itu secara kaaffah dan bersungguh-sungguh. Kami lihat orang yang melaungkan penyatuan melalui alquran dan sunnah itu sendiripun tidak memahami kedua-duanya dengan cukup mendalam dan tidak sanggup mematuhinya dengan sempurna. Masing-masing ambil yang secocok dengan mereka sahaja.

Ajakan mereka hanya sekadar retorik sahaja, tidak serius dalam usaha memahami dan mengajak manusia untuk menyatu dengannya. Ajakan mereka tidak disulam dengan ilmu. Sebahagian besar dari golongan yang mengajak itupun ada yang tidak pernah baca alquran dan memahami terjemahannya.

Atas dasar itu maka kami wajibkan semua co-founder dan anak-anak membaca terjemahan quran sekurang-kurangnya 3 kali ulang. Setiap saranan, cadangan, aturan maupun hukuman yang ingin dilakukan adalah bersandarkan kepada tuntutan apa yang difahami dari alquran itu secara adil dan praktikal. Segalanya harus pula dipersetujui dengan sebulat suara, secara NAHNIAH, bukan ANANIAH (keakuan).

Apabila visi itu jelas didapati dari alquran, dan segala keputusan dibuat secara bersama melalui syuro, maka semua yang terlibat akan jadi mudah untuk menerima dan mematuhinya. Ini berbeza dengan organisasi lain di mana setiap yang ingin dilakukan itu adalah berdasarkan visi individu, kemudian memaksa yang lain untuk menerima dan mematuhinya. Di situlah mudahnya terbit individu diktator.

MENGAPA PRIHATIN TIDAK BUKUKAN FORMULA PENYATUAN

Seperti pelawat lain, soalan di atas menjadi terlalu biasa ditanyakan. Kami memang ingin kongsikan formula penyatuan ini, tetapi bukan dengan cara menulis buiku. Kami telah BERSATU berpandukan kepada doktrin alquran yang SATU. Hasil kajian kami menunjukkan hebatnya alquran itu ialah kerana ia mengandungi konsep dan prinsipal yang sangat meluas. Kesemua 6236 ayat itu boleh diterapkan dengan mudah dan berkesan kepada siapa sahaja, organisasi dan institusi apa sahaja, di mana saja dan pada zaman bila-bila juga.

Kerana itu kami rasakan tidak ada keperluan untuk kami bukukan apa yang kami telah berjaya laksanakan. Ini kerana apa yang kami lakukan mungkin nampak jelas dalam urusan membina keluarga dalam sampel komuniti kami, tetapi mungkin berbeza penerapannya jika ingin diterapkan dalam urusan membentuk sebuah keluarga kecil oleh sepasang suami isteri di rumah lain. Perlu penyesuaian di situ.

Begitu juga kemungkinan keraguan atau khilaf berlaku jika apa yang kami bukukan dari praktis kami di RPWP ini disalin atau ditiru bulat-bulat oleh orgasisasi lain seperti syarikat, pertubuhan NGO, pengurusan kerajaan, negara dan sebagainya. Sedangkan apa yang ada dalam quran dan sunnah itu perlu disesuaikan mengikut matlamat pembaca dan penggunaannya.

Kerana itu jika kita ambil langsung dari buku sedia ada, iaitu quran dan sunnah, maka ia lebih asli dan mudah disesuaikan. Kami tiada masalah untuk membantu menyesuaikan penerapannya dalam kalangan individu atau organisasi yang berbeza.

Ini juga selari dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, haram menulis apa sahaja penjelasan wahyu yang keluar dari mulut baginda. Hanya alquran sahaja yang layak ditulis dan dihafal. Apa yang kami lihat di situ ialah agar kita memahami, menghafal dan mengambil prinsip dari quran secara terus untuk disesuaikan dengan keperluan hidup dan zaman kita. Hadis sekadar contoh huraian perlaksanaannya sahaja.

Dalam alquran, kami dapati doktin kehidupan yang bersifat universal, yang sesuai untuk digunapakai oleh pelbagai bangsa, geografi dan di sepanjang zaman itu terletak di ayat-ayat misal atau MUTSYABIHAT. Ayat-ayat langsung atau MUHKAMAT adalah isi ketetapan yang sentiasa sama bentuknya. Tiada perubahan sampai bila-bila, tidak mengira zaman mana dan bangsa apa sekalipun pengamalnya.

Contoh mutasyabihat salah satunya ialah, bila Allah dan rasul sarankan tentang kuda. Itu bermaksud MISALAN kenderaan yang pantas, pintar dan gagah. Zaman nabi mungkin membandingkan keldai dan kuda, zaman moyang kita mungkin basikal dan motosikal, tapi zaman kita mungkin kereta kancil berbanding BMW. Amat tidak berfaedah jika penjelasan sunnah tentang kuda itu kita hafal dan ikuti secara jumud, lalu kita semua beli kuda dan menunggangnya di lebuhraya.

Contoh muhkamatnya pula ialah, tentang spesifikasi pakaian wanita. Yang ini tiada masalah untuk kita hafal dan ikut hadis nabi bulat-bulat kerana ia berbentuk perintah yang jelas secara langsung (muhkamat), bukan berbentuk MISAL (mutasyabihat). Kerana itu pakaian nisak mengikut kehendak Allah itu masih kekal sama dari dahulu sampai sekarang. Malangnya yang sudah jelas (muhkamat) itu pula yang kita ubah-ubah. Yang mutasyabihat (MISAL) pula yang kita ikut bulat-bulat.

PENERAPAN DISIPLIN

Para pegawai ini melihat tahap disiplin dan jatidiri yang agak tinggi pada keseluruhan warga yang sempat ditemui dan berbual bicara. Mereka ingin tahu apakah rahsianya? Ini kerana di PDRM, mereka ambil 6 bulan untuk membentuk disiplin anggota sebelum berkhidmat. Mereka akui bahawa hasilnya hanya disiplin yang bersifat luaran. Amat sukar untuk menerapkan disiplin secara dalaman kerana rekrut yang juga datang dari pelbagai latarbelakang.

Jawapan kami tetap sama. Pertamanya kami pastikan kesemua warga sanggup membenarkan kebenaran wahyu dan sunnah. Warga mesti sanggup mematuhinya tanpa dakwa dakwi. Itu syarat utama untuk mereka hidup bersama dengan kami. Setiap perintah wahyu dan sunnah wajib didaulatkan oleh setiap warga. Ia tidak sukar jika kita memahami sudut praktikal dari wahyu dan sunnah itu. Masalah kita hanya nampak wahyu pada potong tangan dan rejam untuk ditolak, atau poligami untuk diterima sahaja. Akhirnya ramai yang semakin hari semakin takut dengan wahyu.

Kemudian kami nampakkan kepada warga dari surah mana ayat mana dari alquran yang telah mereka baca itu, datangnya idea dan perintah yang harus mereka mendisplinkan diri dengannya. Apabila mereka telah membaca sendiri dan memahaminya dengan bantuan penjelasan jemaah, maka mereka akan mudah mendisiplinkan diri dengan perintah itu. Walaupun sekali sekala mereka terlupa atau melanggar dengan sengaja, maka dengan mudah jemaah boleh menghukum dan mereka juga boleh menerimanya dengan rela.

Disiplin tidak boleh lari dari kesamarataan zahir dan batin. Kerana itu kami menggalakkan anak-anak mengikuti sebarang badan berunifom seperti kadet polis, ROTU, PBSM, silat dan sebagainya. Kesemua itu mampu mendisiplinkan anak-anak dan mengajar mereka hidup berperaturan (rububiah) dan berpengatur (murobbi). Ia turut mengajar anak tentang teknikal, taktikal, strategi dan ketahanan mental. Perhubungan antara skuad dengan komanden kawad, pelatih dengan guru silat dan sebagainya boleh mendidik anak tentang aplikasi silah, solah dan solawat dalam berjemaah.

Yang paling penting ialah mendisiplinkan warga melalui pendekatan keadilan dan kesamarataan. Setiap warga tidak kira pangkat dan usia akan makan makanan yang sama, memakai warna dan jenis pakaian yang sama, menaiki kenderaan dan mendiami rumah yang sama. Semua warga juga turut mematuhi arahan dan disiplin yang sama di samping melaksanakan tugasan secara kerjasama.

Kerana itu juga anda lihat setiap kali berprogram kesemua warga akan memakai uniform yang sama. Latihan kawad kami ajar kepada anak-anak seawal tadika lagi, paling tidak seminggu sekali. Anak-anak dibahagikan kepada kelompok kecil dan setiap satu mempunyai ketua sendiri. Semua warga diwajibkan menjaga warga lain tanpa prejudis, tanpa rasa takut dan pilih kasih.

KAEDAH CEGAH JENAYAH

Ini bukanlah perkara mudah untuk kita lakukan dengan jayanya jika kita tidak mampu mencerap apa sahaja formula dari quran, yang telah Allah bukukan sebagai manual hidup kita. Kami telah lama mengaku kalah dengan cara ciptaan sendiri, melainkan yakin dengan keberkesanan manual dari Allah sahaja. Ada beza yang jelas antara PENCEGAHAN (PREVENTION) dengan PENGAWALAN (CONTROL) jenayah.

Selama ini Polis hanya menggunakan pendekatan cegah jenayah secara LUARAN, iaitu melalui kaedah penangkapan dan pengurungan. Bagi kami, pendekatan itu hanya berlaku SETELAH jenayah berlaku. Jadi apa yang dilakukan itu hanya MENGAWAL jenayah daripada terus-terusan berlaku sahaja. Ia berbeza dengan kami yang menggunakan kaedah DALAMAN, iaitu pendekatan tarbiah, kaedah pendidikan dan pencegahan. Kami sunguh-sungguh inginkan supaya jenayah itu TIDAK SAMPAI berlaku.

Alhamdulillah kami telah buktikan kaedah “Penjara Di Tepi Masjid” yang Nabi SAW laksanakan itu amat berkesan. Kami pernah merawat gadis 15 tahun yang telah ‘melunjur’ bersama 285 jantan silih berganti dalam masa 2 tahun. Alhamdulillah beliau pulih dalam masa beberapa minggu tanpa gari dan pintu berkunci. Kami juga merawat penagih tegar yang sudah 16 tahun menagih dan 6 kali dipenjarakan, tanpa menggunakan kaedah kimia, jampi mentera, tanpa pil methadone maupun rokok.

Kami juga ada kes anak yatim yang kami ambil dari lokap polis, yang mengaku telah terjebak dengan jenayah seksual, dadah, rompak dan curi kenderaan sejak tingkatan 1. Kami sanggup jadi penjamin anak itu, Alhamdulillah kini anak itu amat baik sekali. Ada juga anak yatim yang terabai sejak ayahnya masih ada, yang mengakui pernah tinggal sebilik serta meniduri teman wanitanya selama 2 minggu di rumah ibu bapa gadis. ironinya ia berlaku dengan pengetahuan dan izin ibubapa mereka. Lihatlah, seteruk ini lemahnya ibubapa memainkan peranan menjaga anak dara mereka..!

Melalui rahsia Fatihah, kita seharusnya mampu menyingkap bagaimana Allah mengatur alam ini sebelum kita mampu menirunya. Bagaimana harus kita fahami dan menerapkan BASMALLAH, LILLAH, BILLAH melalui fungsi Murobbi (rabb yang menguasai), malaikat (yang menyampai dan mencatat), nabi (penerima berita), serta rasul (penyampai dan pelaksana risalah). Perhatikan bagaimana Allah menyediakan alam yang baik melalui uswah para rasul untuk kita letakkan diri dan keluarga kita di alam kehidupan itu, agar kita turut jadi baik.

Demikian juga pelbagai peranan dalam institusi malaikat yang secara ghaib menyampaikan berita, mencatit amalan manusia dan melapurkannya kepada Allah (Rabb) setiap hari tanpa rasa takut dan pilih kasih. Kemudian dipanjangkan sistem pengaturan alam itu kepada fungsi nabi dan rasul sebagai utusan yang membawa risalah buat mengatur manusia agar sejahtera semuanya. Konsep Allah melihat dan mendengar kami terjemahkan melalui 65 cctv terpasang dan terakam 24jam di kompleks ini. Bahkan dalam bas kami pun ada 4-8 cctv.

SARANAN RPWP UNTUK MASYARAKAT & PDRM?

Soalan ini kami jawab dengan saranan agar masyarakat tidak terlalu takut atau membenci polis. Jika ini berterusan maka masyarakat sendiri yang akan rugi. Wang rakyat diguna untuk membayar gaji dan sarana kepolisian, namun tugas mereka tidak efektif kerana tiada sokongan masyarakat. Dari komunikasi yang berterusan antara kami dengan PDRM, bukanlah semua polis itu baik, namun tidak semuanya jahat.

Seperti anggota masyarakat yang lain, kami juga ada banyak komplain tentang kepincangan institusi kepolisian. Belum ada dari sebegitu banyak kes-kes kecurian yang kami lapurkan dan kami dapat semula. Bahkan ada kenderaan kami yang dicuri oleh sindiket besi buruk, yang kami sendiri temui ‘bangkainya’ sejurus selepas lapuran dibuat dan kami serahkan segala bukti termasuk geran, bil belian besi buruk kepada pihak balai, namun tiada tindakan dibuat sampai kini.

Atas sebab itu juga, ramai penduduk yang tidak mahu bekerjasama membuat lapuran apabila berlaku kes jenayah. Ada sampai 6 kecurian motosikal berlaku dalam masa sebulan tanpa sebarang lapuran dibuat. Memanglah sekali kecurian, harapan mendapatkan kembali terlalu tipis. Namun kami pujuk masyarakat agar membuat lapuran supaya PDRM dapat maklumat tentang indeks jenayah setempat. Dengan itu mereka boleh menyusun semula rondaan atau program pencegahan.

Rumah kami menggunakan besi terpakai yang dibeli dari kedai besi buruk. Banyak kali juga kami terserempak kereta peronda yang tanpa segan silu mengutip ‘zakat’ terang-terangan dari pusat ini. ini kerana kami yakin mereka ada membeli dan menyimpan besi buruk yang tidak sah dari sudut undang-undang.

Kami ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan membaiki dan menjual kenderaan terpakai. Sebahagiannya kenderaan lama hasil wakaf orang ramai. Pernah juga kami diganggu oleh ‘pengutip zakat’ sepertimana nasib peniaga kenderaan terpakai yang lain. Pelbagai ancaman dan gaya bahasa yang tidak bermoral sekali dilontarkan. Kononnya terima lapuran kami menyimpan kenderaan curi.

Yang baiknya pula, kami dibela oleh pasukan lain yang lebih tinggi dengan meminta kami panggil beliau jika ada mana-mana anggota ‘pengutip zakat’ seperti ini datang lagi. Atas dasar lapuran dari golongan yang sakit hati, maka pasukan yang ikhlas ini telah tanpa pengetahuan kami menyelinap secara senyap selama 4 hari menyelidiki kesemua stok kenderaan kami. Mereka sahkan tiada satupun barang curi dari stok kami. Kerana itu mereka sanggup mempertahankan kebenaran biarpun terpaksa bertembung dengan anggota lain. Tidakkah zalim jika kita ‘cop’ PDRM keseluruhannya buruk?

Tatkala rumah kami terbakar, POLIS adalah yang sampai paling awal. Mereka antara yang simpati dan menganjurkan bantuan. Kami juga pernah disaman hanya kerana sebelah lampu belakang van kami tidak menyala. Namun kami juga pernah diiring (eskot) oleh kereta peronda, dari jalan bandar sampai tol sungai besi selepas mereka menahan kenderaan kami yang tamat tempoh cukai jalan. Mereka tidak mahu ada anggota lain yang ambil peluang ‘mengutip zakat’ ke atas kami. Wajarkah anggota sebaik ini kita bunuh hanya kerana bencikan PDRM?

Dalam hal mengkaji situasi jenayah dan gejala sosial melibatkan anak-anak juga begitu. Kami banyak berkongsi maklumat terkini tentangnya. Kita perlu kemaskini apakah perkembangan modus operandi penjenayah atau gejala sosial terhadap anak-anak. PDRM pula perlu tahu indeks jenayah yang ada pada kita. Jika perlu kita beri maklumat tentang dadah, maksiat dan jenayah lainnya untuk tindakan mereka. Bila jenayah sudah berkurangan, anggota pula boleh anjurkan CSR, mendekati masyarakat, bergotongroyong dan sebagainya. Indah bukan?

Terlalu banyak lagi kebaikan PDRM yang boleh dikongsikan. Kami sarankan agar PDRM boleh memainkan peranan sebagai institusi yang bercirikan malaikat, bersifat berkecuali dan tidak berkepentingan diri. Alangkah baiknya jika orang ramai, khasnya ketua masyarakat boleh menjadikan polis sebagai rakan karib, duduk santai bermuzakarah bersama mereka di balai sebagai rakan kongsi. Kita isi kebosanan mereka bertugas di sunyi malam dengan kopi panas dan biskut, kita cari jalan untuk mensejahterakan masyarakat dan anak-anak kita.

Pepatah inggeris mengatakan “you pay peanut, you got monkey”. Seperti di negara Eropah, pihak kerajaan mungkin boleh menaikkan lagi moral polis, guru dan pegawai penguatkuasa lain dengan menyediakan gaji yang cukup sehingga mereka tidak lagi berselera untuk mengutip ‘zakat secara tidak sah’ seperti yang sering berlaku sekarang.

Pengisian rububiah Allah perlu ditanamkan agar anggota faham dan ikhlas menjalankan tugas menjaga keamanan negara dengan sebenar-benarnya. Segera singkir yang masih ambil rasuah atau salahguna kuasa. Dengan demikian setiap anggota akan berbangga dengan PDRM kerana tapisan yang tinggi ini. InsyaAllah dengan ini anggota PDRM kita akan sangat bermotivasi dan berprestasi tinggi. Seperti di negara eropah, Polis sangat friendly dan ikhlas. Khidmat mereka sangat menyenangkan rakyat.

KESIMPULAN

Kami di RPWP bina SAMPEL komuniti kemudian pengalaman itu kami kongsikan untuk pedoman bersama memperbaiki komuniti luar iaitu komuniti tempat anak-anak kita bercampur di masa hadapan.

Apa yang kami kongsikan di RPWP adalah sebahagian dari Program Sekolah Alam kami. Ia adalah sarana “Pendidikan Islam Sepanjang Hayat”. Tidak akan cukup dengan program 6 bulan untuk mendisplinkan manusia, kerana ia harus dilakukan secara istiqomah, dari buaian hingga ke liang lahad. Secara harian, ia seperti rukun solat fardhu, 5 kali sehari dalam hidup kita.

Mari kita sama-sama berusaha menjadikan institusi kepolisian itu suatu yang bersifat natural dan penuh bermakna. Jangan hanya cari polis bila anak dirotan guru, anak dirogol, tertangkap kes dadah, curi, gaduh, bunuh dan sebagainya. Kita akan saling menyukai dan aman sejahtera jika berkerabat dengan polis sebelum jenayah menjelma. Begitu juga dengan guru. Kita dan anak kita akan sejahtera jika selalu berjumpa sebelum masalah menjelma. Itu nasihat kami pada anak kami, berkerabatlah dengan guru.

Janganlah kita provokasikan isu politik dalam institusi kepolisian, kerana institusi seperti polis, tentera, bomba, guru dan sebagainya ini tetap dianggotai oleh orang yang sama biar siapapun yang memerintah.

Anjuran perdamaian dan reformasi dari
WARGA PRIHATIN

Antara berkeliaran & kerosakan – Musibah & muhasabah

00 draft 2ANTARA BERKELIARAN & KEROSAKAN – MUSIBAH & MUHASABAH

Seminggu dua ini kita semua gempar dengan misteri MH370, ditambah dengan tragedi kematian pengunjung Konsert FMFA 2014. Dengan kesibukan isu PRK di Kajang dan Sarawak, kita hampir tidak perasan deretan berita tentang pelajar hilang dan banyaknya kes pelajar mati lemas.

Artikel ini khusus kami rencanakan untuk menarik perhatian pembaca, khususnya dari kalangan murobbi, samada ibu bapa atau para guru. Apakah pelajaran yang kita dapat dari kesemua tragedi ini dan apa tindakbalas kita untuk segera mencegah ianya dari berulang lagi dan lagi.

RINGKASAN BERITA-BERITA KEHILANGAN & KEMATIAN

KES 1: Berita terkini malam tadi tentang kehilangan 4 pelajar tingkatan 5 Sekolah Vokasional di Gunung Bubu, Ulu Kenas, Kuala Kangsar pada 17/03/2014 sekali lagi menyentap nurani. Dua dari 4 pelajar itu disahkan mati. Mayat kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu ditemui di dalam Sungai Gading, kira-kira 13 kilometer dari kaki gunung berkenaan.

Dua lagi pelajar, seorang lelaki dan seorang perempuan berusia 17 tahun yang turut hilang, dijumpai hidup pada pukul 9 pagi di persisiran Sungai Gading dalam keadaan letih dan lesu.

Keempat-empat pelajar itu merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan 5 sekolah itu yang mengikuti program perkhemahan 3 hari 2 malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru.

KES 2: ini adalah kes kehilangan 4 pelajar, 3 lelaki dan 1 perempuan yang dilaporkan hilang selepas dibawa oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk Mansor, 39, memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau, berhampiran kaki Gunung Inas di Baling sebelum ini. Kesemua ibubapa menyedari anak mereka hilang setelah mereka tidak pulang seperti biasa sekitar maghrib.

Hasil pencarian pihak bomba dan penduduk kampung, 3 mangsa ditemui dalam keadaan selamat di Lata Lubuk Buluh malam itu, iaitu kira-kira 6 km dari kaki gunung tersebut. Seorang lagi mangsa perempuan, berusia 13 tahun, ditemui dalam keadaan pengsan.

Datuk Mansor dilaporkan membawa empat pelajar ke dalam hutan untuk menangkap beruk. Penduduk kampung mendakwa beliau pernah membawa seorang gadis kampung masuk ke dalam hutan yang sama sebelum ini namun tiada dakwaan dibuat.

KES 3: Berlaku di Kuala Krai. Mayat dua remaja perempuan berumur 13 dan 16 tahun yang lemas ditemui selepas tergelincir ke dalam Sungai Lebir di Kampung Manek Urai.

KES 4 : Kematian 3 beradik yang hilang dan dijumpai mati dalam sungai di Kedah semasa menunggang motosikal keluar rumah di malam kehilangan mereka.

KES 5 : Berita yang paling sadis tentang kematian 8 remaja di sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat baru-baru ini.

KES 6: Tragedi 2 pelajar UITM yang mati lemas semasa mengikuti perkhemahan latihan intensif Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia bersama 30 pelajar lain di Pantai Sri Telong, Bachok.

KES 7: Seorang pelajar 17 tahun ditemui lemas ketika mandi bersama rakannya di Pantai Sri Tujuh, Tumpat pada 27 Mac 2013.

KES 8: PUNCAK ALAM – Seorang budak berusia 13 tahun lemas selepas terjatuh dari basikal ke dalam sebuah tasik bersebelahan sebuah pasar raya besar, di sini. Mangsa, dikatakan tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik ketika hujan renyai.

KES 9: 13 September 2013 – 2 kanak-kanak berusia 10 tahun mati lemas di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Mereka lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan di kolam tadahan air yang dalam pembinaan di belakang bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Seorang darinya adalah anak seorang ibu tunggal.

KES 10: 04 Oktober 2013 – Tiga dari 18 penuntut Universiti Malaysia Kelantan mati lemas di air terjun Lata Tembekah dekat Besut..

KES 11: 03/09/2013 – Remaja 16 tahun mati lemas di Sungai Klang, Batu 8, Jalan Klang Lama, Selangor,

KES 12: 22 Julai, 2013 – 4 rakan berumur dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun ditemui mati lemas ketika bermain di tebing Sungai Melaka, berhampiran Taman Seri Krubong, Krubong.

Dan terlalu banyak lagi kes serupa, termasuk kes lemas ketika banjir, yang mudah kita baca di arkib berita. Harus diketahui juga bahawa Malaysia telah dikenali sebagai negara yang mempunyai kes mati lemas tertinggi di Asia.

MUHASABAH MUSIBAH – MENCARI ISLAH

Secara ringkas dapat kita rumuskan bahawa tragedi seperti ini banyak berlaku atas dasar kelalaian murobbi, samada ibu bapa ataupun guru / pensyarah. Umumnya kita lihat para murobbi tidak sedar akan kehilangan anak mereka sehingga berita kehilangan atau kematian mereka diterima. Ya, kita memang tahu anak remaja suka bersukaria, sukakan kebebasan, namun samada suka maupun terpaksa, kita harus bijak membaca tanda dan menfirasatkan bencana sebelum terjadinya. Tambahan pula apabila kes sebegini memang boleh dijangka.

Dalam kes 1, jelas memperlihatkan kelalaian murobbi. Bagaimana 6 guru boleh gagal mengawal 25 anak murid sehingga 4 dari mereka, 3 lelaki dan 1 perempuan boleh begitu jauh terpisah dari kumpulan mereka. Mengapa dan untuk apa pelajar ini memisah begitu jauh. Bagaimana pengawasan murobbi terhadap mereka.

Dalam kes ke 2, ibu bapa mangsa juga kelihatan lalai kerana tidak tahu di mana anak mereka sehingga disedari hilang malam itu. Penduduk kampung juga tidak megambil pelajaran bilamana Datuk berusia 39 tahun yang pernah ada kes membawa masuk anak gadis kampung ke dalam hutan. Kelalaian penjaga turut melibatkan hampir kesemua kes kematian akibat lemas yang tersenarai di atas.

Demikian juga kelalaian murobbi atas apa yang terjadi pada kes kematian sewaktu pelajar mengikuti rombongan dan perkemahan, contohnya pada kes pelajar UITM, UMK dan sebagainya. Bukan kita tidak redha dengan takdir, tidak juga bertujuan untuk mencari salah semata-mata. Namun sebagai murobbi kepada anak-anak dan pelajar kita, ada tanggungan yang harus kita jawab dan ambil kira.

PERKONGSIAN PENGALAMAN SEKOLAH ALAM

Sekolah Alam ialah satu program pembelajaran laduni yang sangat iteraktif dan berbentuk eksplorasi. Ramai anak-anak hari ini jadi hebat dan jaguhnya sekadar di atas kertas peperiksaan, namun apabila mereka ditolak masuk ke lapangan kerja, mereka ini terus bertukar dari hebat jadi menikus akhirnya.

Sekolah Alam Prihatin bukan sahaja ketika mengikuti rombongan, tetapi juga ketika berada di rumah. Kami cipta alam kami yang tersendiri untuk membentuk anak anak di rumah ini. Keseronokan bukanlah matlamat utama kami ketika membawa mereka mengembara dalam Program Sekolah Alam. Namun PENDIDIKAN secara alam itulah matlamatnya, yang apabila ia dicapai, keseronokan juga akan hadir dengan sendirinya. Itu jelas dapat kami dan anak-anak rasakannya.

Sebelum kami memulakan PROGRAM SEKOLAH ALAM (PSA), kami bertelekan dalam program dipan-dipan harian mencari buruk baiknya Sekolah Alam. Semua jemaah founder harus menceritakan kesemua pengalaman semasa mengikuti ‘rombongan sekolah’. Oleh itu, selain dari merujuk kepada berita semasa, sebahagian dari rumusan kami turut merujuk kepada pengalaman itu. Atas analisa itu maka kami membuat rangka khusus untuk mencari kaedah terbaik untuk PSA kami.

Antara dapatan kami adalah perkongsian seorang anggota pengasas yang menceritakan pengalaman mengikuti ‘rombongan sekolah’ dengan 2 buah bas, 4 hari 3 malam dari sekolah beliau di Johor ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland. Antara perkongsiannya ialah guru pengiring hanya 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan sahaja.

Apa yang perhatikan adalah begitu banyaknya perbuatan sumbang yang berlaku pada pelajar remaja tingkatan 4 dan 5, samada sesama sendiri atau dengan guru lelaki pengiring. Ia berlaku di sepanjang kembara itu, samada dalam bas maupun di penginapan. Seorang guru lelaki malah turut membawa pelajar perempuan yang memang diketahui ‘rapat’ dengan beliau naik ke ‘bukit’ di perhentian air terjun ketika rombongan berehat. Perjalanan rombongan sampai terlambat kerana menunggu pasangan ini turun. Kami tinggalkan di sini untuk kita selaku murobbi sama-sama mengkaji kemungkinan seterusnya.

Dalam PSA kami, anda dapat lihat begitu ramai pengiring samada dari kaum ibu maupun bapa. Selain daripada itu, abang dan kakak yang besar ditausiahkan untuk mengambil seorang adik sejenis untuk sentiasa diapit. Setiap murobbi, abang dan kakak besar dibekalkan dengan kamera, samada video maupun gambar biasa. Tiada siapa boleh memisahkan diri dari pengatur dan pengiring, maupun dari jemaah besar tanpa terlebih dahulu mendapat izin.

Percampuran lelaki perempuan sesama warga tidak diizinkan sama sekali. Jika ada peluang berenang di kolam atau sungai sekalipun, mereka akan digilirkan. Perjalanan anak-anak Prihatin semasa sekolah Alam dirakam sepenuhnya oleh video dan gambar. Mungkin bas kami satu-satunya bas yang mempunyai 8 cctv untuk merakam gelagat anak-anak sepanjang perjalanan. Demikian juga dengan fungsi 65 cctv di kompleks RPWP di mana pergerakan anak-anak sentiasa diperhatikan dan dirakam untuk tujuan analisa sikap dan tabiat.

Setiap murobbi dibekalkan dengan ‘walkie talkie’ dan telefon pintar untuk memudahkan perhubungan dan melapurkan setiap keadaan sesama mereka. Semua perkara yang terjadi di sepanjang perjalan PSA, maupun di rumah akan lapur dan dibincangkan bersama setiap malam. Inilah kaedah alam RPWP ditadbir. Ia sesuai dengan konsep Allah sentiasa melihat dan mendengar, konsep setiap diri ada malaikat yang mencatat dan mengiringi, konsep malaikat melapur amal kepada Allah setiap hari dan sebagainya itu diterjemahkan.

MEMPERBETULKAN BASMALLAH

Ramai yang bertanya bagaimana kami mengatasi masalah seperti ini. Akan kami cuba kongsikan sedikit sebanyak formulanya secara ringkas.

Pertamanya, anak-anak khususnya yang sudah akil baligh kami wajibkan membaca quran terjemahan perkata, minima 3 kali ulang. Keduanya kami cuba jelaskan segala perintah dan aturan kepada mereka merujuk kepada quran yang mereka baca itu. Dengan itu mereka tahu, apa sahaja yang kami perintahkan itu bukan dari kami semata-mata, ianya dari Allah yang maha kuasa. Mematuhi arahan itu adalah ASAS BASMALLAH, berbuat dengan NAMA ALLAH.

Setelah itu, setiap hari akan kami tanyakan mereka di mana ‘larinya’ Basmallah mereka, iaitu perlakuan yang tidak mengikut kehendak Allah, atau tidak tepat mengikut ketetapan alquran. Mereka akan mengakui sendiri jika menyedari, melalui amalan harian yang dipanggil takwim ISTIGHFAR harian. Jika mereka tidak sedar, maka pendamping pula akan melapurkan. Jika bercanggah, rakaman video, gambar dan cctv akan dimainkan. Kemudian setiap pagi mereka akan menyatakan rutin IKRAR/IFTITAH. Itulah amalan harian pembentukan mereka.

Seterusnya anak-anak sentiasa diarahkan untuk mengamalkan konsep salam dan izin. Semua yang ingin mereka lakukan harus mendapat izin dari murobbi atau ketua mereka terlebih dahulu. Dalam hal perkemahan dan rombongan sekolah ini juga begitu. Kami sangat ‘ketat’ untuk melepas anak-anak kami mengikuti rombongan sekolah biar apa pun alasannya.

Dalam hal ini, kami rasakan mudah meletakkan Basmallah kepada anak-anak kami kerana kami menjaga mereka juga atas dasar Basmallah, lillah billah semata-mata. Tiada seorangpun menerima ganjaran ‘dunia’. Apa yang kami arahkan kepada mereka, kami juga mengamalkannya. Contohnya, mereka mudah mengaku kesalahan dalam program istighfar kerana setiap hari mereka lihat murobbi melakukannya pada diri sendiri. Mereka tidak malas bekerja kerana semua murobbi berkerja siang malam untuk membela kebajikan mereka. Mereka minta izin kerana murobbi juga melakukannya.

Antara masalah kita mengurus anak dan para pelajar ialah apabila kita meminta anak mengamalkan aturan, tetapi kita selaku murobbi mereka mengabaikannya, seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus.

Rombongan sekolah itu baik, namun ia akan meruntuh akhlak dan mengorbankan nyawa bila tidak terpantau dengan baik. Kerana itu ada kalanya kami rela dikatakan kolot dan kedekut dalam mengikuti rombongan sekolah. Biarpun dana wakaf bas tidak seberapa, namun kami usahakan juga membeli 2 buah bas terpakai untuk memenuhi keperluan pendidikan yang lebih sempurna kepada anak-anak ini melalui PSA.

BERKELIARAN VS BERTEBARAN

Pernah kami sentuh sebelum ini tentang bezanya konsep ini yang kelihatan serupa tapi tak sama. Allah mahu kita bertebaran di atas muka bumi mencari rahmat Allah dan bukan berkeliaran di atas muka bumi. Jika dalam bahasa inggerisnya, kedua-dua membawa maksud yang sama iaitu “Roaming”.

Perbezaannya ialah berkeliaran ini sifat haiwan yang tidak berpengaturan. Mereka bergerak tanpa objektif khusus yang membangun selain dari memenuhi nafsu mereka. Jika lapar mereka makan, jika berhajat mereka mengawan. Berapa ramaikah generasi kita yang sudah seperti ini? Hidup tak selesa dikongkong peraturan. Itu jadinya anak-anak kita berpeleseran berpesta-pesta mencari halwa nafsu yang sekadar menyedapkan mereka sementara sahaja. Sudahnya, bala yang ditempah yang tiba. Banyak juga cerita tentang kumpulan lelaki dan perempuan terhilang dalam hutan semasa aktiviti perkhemahan. Adakah terhilang ataupun menghilang mencari port terbaik untuk “projek”?

Apabila kami menampakkan begini, nanti banyaklah nasihat yang meminta kami untuk bersangka baik. Kami rasa, itu sangat tidak kena tempatnya untuk bersangka baik di kala kita perlu prejudis. Nabi Hidir tidak akan bunuh kanak-kanak kecil dalam perjalanannya bersama Nabi Musa jika beliau tidak prejudis. Bukankah Nabi Hidir patut bersangka baik? Oleh kerana tiada prejudis itu yang menyebabkan ibu bapa Si Mati kerana overdos dadah semasa Festival Muzik minggu lepas menangis dan meroyan tak habis-habis. Bukankah patut prejudis bila anak keluar rumah dengan baju ketat, rambut berwarna dan siap minta izin untuk pergi “parti liar”. Ibu bapa hanya bersangka baik sahaja kan?

Berbeza dengan BERTEBARAN di atas muka bumi. Dalam Bahasa Inggerisnya ia masih bermaksud “roam” tetapi ia lebih teratur dan ada misi, dengan aturan oleh pengatur-pengaturnya. Bayangkan jika Malaysia tiada peraturan, ia akan jadi aman ataupun rosak? Begitu juga dengan manusia yang bertebaran di atas muka bumi untuk mencari rahmat Allah. Rahmat terbesar Allah ialah ILMU dan itulah yang kami lakukan dalam PSA kami. Ia Nampak sama seperti rombongan biasa tetapi ia padat dengan pengisian.

Sebelum naik bas, semua sudah diberikan tausiah perjalanan dan diakhiri dengan ikrar. Naik sahaja bas, ia sudah diatur tempat duduknya. Lalu muhadir akan memberi tausiah disiplin. Makan dan minumnya semua bertaqwim. Anak yang ibu bapanya berkemampuan tidak boleh singgah turun di perhentian untuk beli “jajan” yang hanya dia seorang sahaja yang ada. Jika mahu beli, belikan terus 100 ahli dalam perjalanan itu. Di dalam bas pula ada muhadir yang memberikan input-input melalui pemerhatian sepanjang perjalanan. Tidur mereka juga ditaqwimkan mengikut masa. Terus sampai ke destinasi dan pelbagai lagi pengaturan yang dibuat supaya mereka boleh bertebaran dan mengaktifkan rongga fikiran mereka untuk mengambil segala pemerhatian itu menjadi ilmu yang manafaat. Kerana minat atas ilmu itu, maka timbullah SERONOK. Keseronokan hanya kesan dari apa yang kami lakukan dan bukan satu destinasi utama.

Hari ini, anak kita minta izin bertulis yang dibawa dari sekolah untuk pergi ke perkhemahan di air terjun. Surat itu wajib ada tulis “sekiranya terjadi apa-apa kemalangan yang menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian, pihak kami tidak akan bertanggungjawab”. Itu bermakna, tanggungjawab dikembalikan kepada ibu bapa tetapi ramai ibu bapa tidak sedar. Anda tutup mata, bayar RM50 dan tandatangan surat itu tanpa prejudis. Semasa hari rombongan, anda beri lagi RM100 untuk belanja. Di manakah tausiah anda?

Selepas 2 hari anda terima panggilan dari polis mengatakan anak anda meninggal dunia kerana lemas di air terjun. Apa yang anda rasa?

Mesti ada yang akan jawab “itu dah ajal”. Memang betul matinya seseorang kerana ajal, maka tidak perlulah dilakukan post-motem kerana boleh sahaja letak sebab kematian dalam sijil kematian mereka itu dengan “KERANA AJAL TELAH SAMPAI”.

Adakah anak anda berkeliaran?
Ataupun bertebaran?

KESIMPULAN

Gejala dan musibah boleh di cegah dengan ilmu, dengan doa, seru, dan nasihat sesama kita dengan ikhlas, telus dan istiqomah. “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipersoalkan”. – Al Israa’ 36.

Guru juga manusia biasa, sesama pelajar apatah lagi. Jika kita dekatkan sesama mereka dalam suasana yang mengizinkan mereka melakukan sesuatu yang ‘luar biasa’, maka itu adalah salah kita. Kesilapan itulah yang mengundang nasib malang. Nasib itulah yang kita selalu kata ditetapkan Allah.

Nasib kita akan terus menerus malang sampai bila-bila selagi kita tidak mencari rujukan dari sunnah dan kitabullah tentang bagaimana dan mengapa terjadinya. Itulah ketetapan Allah, iaitu tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak berusaha mengubahnya mengikut cara yang telah Allah tunjukkan. “Tidak Islam orang yang dipatuk Ular, 2x di lubang yang sama”.

Rekod menunjukkan ada juga guru, bahkan ustaz yang mengambil kesempatan untuk sampai ke peringkat berzina dengan anak murid mereka sehingga mengandung anak luar nikah. Sesama pelajar sudah pasti sukar dinafi. Pemandu dan kelendan bas sekolah pun tumpang sekaki.

Anak gadis pada tahap usia 13-15 tahun ini adalah tempoh mereka memasuki fasa puberti yang semulajadi. Pada waktu ini, anak yang dilepaskan keluar tanpa pantauan boleh menjadikan mereka mencuba apa yang mereka telah lihat, lebih-lebih menerusi internet yang langsung tidak boleh disekat-sekat lagi pengaruhnya. Ketagihan seks di usia muda membuatkan anak kita menggila ketagihannya. Ia terlalu sukar dimatikan melainkan setelah anak kita hamil dan menderita.

Hayatilah rintihan bapa dalam berita kehilangan anak gadis berusia 15 tahun baru-baru ini. “SAYA SUDAH TEBAL MUKA NAK BUAT LAPURAN POLIS KERANA INI SUDAH LAPURAN KE 3 DIA MELARIKAN DIRI”, kata si ayah.

Sebagai Ibu bapa kita harus cemburu. Kirimkan, bacakan Yasin dan Fatihah (bahkan seluruh quran) waktu hayat mereka. Jangan terlalu sporting sehingga membiarkan anak gadis dengan berani keluar dengan boyfriend, mendedahkan gambar-gambar tubuh dan memek muka gedik merata-rata. Jangan izinkan anak gadis ke konsert yang banyak rosak berbanding seciput sahaja kebaikan yang tinggal. Natijahnya, begitu ramai kematian yang mengerikan. Pada waktu ini, menangis sudah tiada gunanya lagi.

Kami juga sedar kami dan anak-anak tidak maksum dan sentiasa terdedah kepada gejala dan bahaya. Jika alam ini masih terus ternoda, anak kami juga akan turut merasa bahangnya. Kerana itulah kita perlu saling menasihati dan mencari Islah melalui amal soleh bersama-sama.

Semuga bermanfaat.

WARGA PRIHATIN

Bila sifat sabar Allah berganti murka

00 draft 2BILA SIFAT SABAR ALLAH BERGANTI MURKA

Mesej kami berbentuk ilmiah dan seruan. Sasaran kami ialah para penanggungjawab umat seperti ibu bapa, guru, ketua keluarga, ketua masyarakat dan pemimpin negara. Jika anda masih belum bersedia untuk mengambil pelajaran, untuk muhasabah diri atau masih tidak ingin berubah, sila abaikan artikel ini. Jangan sekali-kali terus komen artikel kami jika anda belum ada masa membaca kesemuanya. Ini kerana ramai sekali yang terus komen sebaik saja melihat gambar dan tajuknya.

Kira-kira 7 petang semalam Seorang tukang cuci terkejut apabila mendapati beg dalam tandas wanita yang disangka barang orang tertinggal, rupanya berisi mayat seorang bayi perempuan. Mayat yang hampir busuk itu masih bertali pusat. Kejadian berlaku di hentian bas dan teksi Terminal One Seremban.

Berita kematian 6 orang pengunjung pesta gila FMFA 2014 kelmarin masih diulas akhbar dan media. Isu pagi ini ialah tentang dadah jenis baru yang luarbiasa. Mangsa diberitakan mati hanya 10 minit selepas menelan pil tersebut. Mulut mereka berbuih, tubuh jadi kejang dan ada yang menggelupur sebelum ajal tiba. Masyaallah.. Anak anak kita sedang dituba..!!

Seharian, bertalu-talu kami terima mesej pembaca yang menyokong paparan rencana semalam. Ramai yang mengirim puluhan pautan berbagai portel seks dan maksiat Melayu. Terima kasih kami ucapkan. Sebelum ini kami kongsikan adanya 1 akaun FB yang berterusan memuat naik ratusan video seks Melayu. Bila yang itu ditutup, rupanya berpuluh-puluh akaun lain timbul. Terkini heboh pasal Group SMO (Sex Melayu Official /Malaysian Freelance/Escort Girl Endless Info).

Banyak sudah kami kongsikan tentang analisa gejala sosial kita sebelum ini. Bahkan ada artikel dari cetusan anak-anak kami yang bertajuk “Seks bebas anak sekolah satu bencana, bukan lagi gejala.” Kerana itulah kami sanggup berhabisan harta dan diri untuk memeranginya, biarpun sebahagiannya mendapat tentangan dari keluarga sendiri. Mungkin video ini mampu menjelaskan mengapa.

http://prihatin.net.my/2013/09/22/harakah-kren-video-yang-bakal-dicari-para-ibu-bapa-100-tahun-nanti/?lang=en

http://prihatin.net.my/2013/09/22/harakah-kren-rahsia-wasilah-membesarkan-allah/?lang=en

SIKAP DEFENSIF & MENYOKONG MAKSIAT

Amat sedih bila pengunjung pesta yang terselamat tidak sedikitpun merasa gerun atau insaf. Rencana kami kelmarin memaparkan gambar pengunjung Melayu yang separuh bogel beredar di instagram dan media sosial. Anak-anak kita seperti sudah hilang akal dengan mengedarkan gambar yang mengaibkan diri sendiri dan keluarga mereka.

Bila kami paparkan gambar yang mereka sendiri uploadkan, ramai pula pembaca yang merungut. Ada yang mengatakan gambar itu mengaibkan mereka, gambar itu menambah dosa pembaca, bahkan ada yang kata kami berdosa kerana tidak minta izin dari pemilik gambar itu sendiri. Padahal telah kami paparkan pun firman yang menuntut agar kita mendedahkan gejala ini sebagai pengajaran kepada yang lain.

Ramai juga kalangan pembaca yang membela kami. Mereka kelihatan marah dan bertindak balas terhadap komen-komen yang menghalang kami memaparkan gambar itu. Terpanggil dengan respond pembaca, maka satu demi satu profil pembaca yang komplain itu kami selidiki. Ternyata kebanyakan yang melontarkan komen sebegitu adalah golongan muda yang sedang mabuk dengan hiburan.

Ironinya, ramai yang bercakap soal agama, namun isi status mereka penuh dengan unsur maksiat yang tidak perlu kami ceritakan. Ada yang kirim mesej di inbox kami menegur penggunaan gambar tanpa izin, namun beliau juga turut ‘mencuri artikel dengan cara copy paste’ bukan dengan cara share seperti biasanya. Kami juga tahu banyak gambar, video dan artikel kami disalin dan di share merata-rata dan kami menghalalkannya. Seperti yang kami selalu katakan, ilmu itu milik Allah. Isunya di sini ialah pada yang menegur orang, tapi dia juga melakukan perkara yang sama.

Wajarlah mereka ini bersikap defensif terhadap seruan untuk segera meninggalkan acara sebegini kerana mereka masih muda dan merasa seronok melayaninya. Mereka belum cukup makan garam yang masin dan memeningkan kepala seperti kita golongan ibu bapa dan penanggung jawab terhadap masalah gejala sosial ini.

Anak-anak muda ini belum merasa hidup berumahtangga, belum merasa bagaimana peritnya penceraian. Mereka belum ada anak yang membesar dengan sikap keras kepala dan sentiasa membebankan ibu bapa dengan pelbagai gejala. Mereka tidak pernah peduli dengan jumlah kematian akibat dadah, rempit, jenayah, bahkan jumlah sebenar gejala buang bayi. Mereka belum pernah ‘mati’ untuk tahu apakah akibat dari perbuatan dosa dan noda.

Sidang parlimen pagi ini turut membincangkan isu jenayah seksual yang hebat melanda. Kami agak pelik juga bila kita tidak habis-habis berbahas, berdebat dan menulis kertas yang boleh membawa kita naik ke bulan jika disusun. Berbagai cadangan dirangka. Ada yang dilaksana, ada yang tinggal di kertas saja. Malangnya kita masih terus menerus membiarkan bahkan menganjurkan acara yang mendorong kepada bencana yang sama. Kita beri penawar dan kita racun semula. Kita meraung macam anjing tidur atas paku, tapi kita tetap tidur di situ juga.

BERTUDUNG & BERBANGGA MENDEKATI MAKSIAT

Berpuluh ribu gambar gadis bertudung dan bergambar seksi, serta video lucah yang melibatkan gadis bertudung sedang beredar di internet. Ungkapan “tidak bertudung tidak semestinya jahat atau tidak beriman” atau sebaliknya kini sudah jadi mainan bibir.

Artikel dari Ustaz Ravi yang menyeru orang ramai bersangka baik terhadap wanita Islam yang tidak bertudung pula menyemarakkan lagi fenomena ini. Beliau artikelkan pertemuan dengan seorang pramugari yang bertanya jika ada ustaz untuk menjadi tenaga pengajar di maahad tahfiz keluarganya ketika melayani beliau dalam penerbangan. Artikel itu disokong oleh wanita yang ‘free hair’ namun dikecam hebat oleh golongan wanita bertudung dan beberapa ustaz yang membaca.

Hari ini kami paparkan satu lagi mesej yang sangat menyedihkan. Seorang gadis bertudung menyebarkan luahan hatinya seolah-olah beliau merasa hebat kerana berani mengunjungi pesta liar itu walaupun bertudung. Seolah-olah wanita bertudung itu boleh melakukan apa sahaja, seperti tudung itu mampu menyelamatkan beliau dari api neraka. Tidakkah beliau lihat bahawa seorang mangsa yang mati itu juga bertudung?

Panggilan meminta izin kepada ibu beliau sebelum ke pesta itu bersama pasangannya dijadikan satu kayu pengukur yang beliau telah melakukan perkara yang betul. Ibu beliau telah mengizinkan dari kejauhan dan meminta beliau menjaga diri. Kata kunci yang dibanggakan ialah, ‘Allah tahu apa ada dalam hati kita’ katanya.

Satu lagi mesej di sebelah kiri gambar hiasan itu ialah dari seorang yang menyokong kenyataan terbuka gadis bertudung ini. Ulasannya menampakkan sokongan padu kepada tindakan gadis bertudung yang pertama tadi dan pendirian keluarganya. Dengan bangga beliau mengatakan semua yang komen tentang insiden melibatkan konsert ini sebenarnya cemburu dengan keseronokan yang para pengunjung rasai. Penentang konsert ini digelar ‘haters’ dan beliau dengan lantang mengatakan tidak mahu peduli.

BICARA AURAT – BERTUDUNG SAHAJA BELUM SEMPURNA

Berhijab itu adalah ketetapan Allah. Apa yang ditetapkan ialah spesifikasi hijab itu sendiri, iaitu harus mampu menutupi aura seksual dari perhiasan tubuh seorang wanita. Namun ia hanyalah salah satu dari banyak jalan (sabil) agar kita memperjuangkan keIslaman dalam diri kita dengan sepenuh hati.

Islam itu agama yang selamat dan mensejahterakan (salam). Kerana itu Islam menyediakan aturan hidup yang mampu menyelamat umatnya. Kita semua tahu bahawa salah satu punca berlakunya perbuatan sumbang, samada dengan rela atau diperkosa adalah kerana tarikan aura wanita. Pelajarilah semua spesifikasi yang ditetapkan tentang aurat dengan tepat dari petunjuk wahyu. Jangan kita melakukannya atas dasar ikut-ikut atau sangka-sangka sahaja. Dapatkan dengan tepat surah berapa ayat berapa dan apa bunyinya supaya dapat kita fahami dan melaksanakannya dengan sempurna.

Bicara aurat adalah menyentuh soal ‘aura wanita’ yang perlu ditutup. Selain dari aurat yang terkait dengan hijab/tudung, ia turut merangkumi unsur lain yang perlu dipatuhi semuanya jika kita inginkan hasil yang sempurna. Antaranya ialah bagaimana cara dan gaya kita berjalan, bersuara, berbicara, bergaul, berhias juga cara kita berpakaian keseluruhannya.

Telah banyak kali kami seru melalui artikel sebelum ini menyentuh soal ini. Kita semua sering dibacakan tentang tanda akhir zaman di mana ramai wanita yang berpakaian namun macam telanjang. Sekalipun bertudung, namun jika berpakaian ketat, lengan pendek, baju senteng nampak pusat, berkelakuan gedik, berkepit dengan jantan, tersengih-sengih, terjerit-jerit, melenggok-lenggok waktu berjalan, menari-nari dan sebagainya jelas itu satu pendustaan agama.

Jangan kita binasakan sedikit sebanyak hidayah yang telah kita laksana dengan melangkah ke tempat-tempat yang mempromosikan zina. InsyaAllah jika kita telah laksanakan semuanya dengan sempurna, kesejahteraan yang Allah janjikan pasti akan kita rasa. InsyaAllah kesejahteraan itu akan dapat memberikan ketenangan yang berpanjangan. Akhirnya, kita akan berterima kasih kepada Allah dan amat meyakini segala perintah dan janjiNya.

Kesimpulannya jika kita masih melakukan semua larangan lain menyentuh tentang aurat itu walaupun sudah bertudung, jelaslah kita samada tidak faham, atau sengaja melanggar arahan Allah. Ini jelas menunjukkan yang kita belum cukup ikhlas memenuhi tuntutan Allah. Alasan yang pasti ialah kerana kita belum cukup YAKIN (mengimani) Allah melalui aturan ciptaanNya.

KESIMPULAN

Janganlah kita campuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk. Taubat itu hanya diterima Allah atas sebab lupa dan jahil, bukan atas sebab sengaja dan degil. Bertaubatlah segera, kerana Allah hanya menerima taubat yang dilakukan dengan segera setelah menyedari kesilapan kita. Allah dengan tegas menolak taubat kita jika menunggu hingga saat ajal tiba.

QS: 4. An Nisaa’17-18. “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih”.

Kepada pihak kerajaan dan para pemimpin, tidak kiralah dari pihak pemerintah atau pembangkang, peringkat pusat maupun negeri, atas dasar BASMALLAH kami rayu dan seru dengan rendah diri. Hentikanlah segala macam pesta lagho yang merosakkan anak-anak kita. Mengaku kalah sahajalah dengan Allah. Kita perlukan ilmu untuk mengatur generasi kita semula. Lupakan soal fahaman politik. Kita perhebatkan serangan ilmu untuk mendidik dan mengatur anak watan negara yang semakin hancur binasa.

Ingatlah, bala tetap akan menimpa bukan sahaja kepada penderhaka, malah semua umat yang berada di sekitarnya apabila Allah telah murka. QS: 8. Al Anfaal 25. “Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya”.

Al Baqarah 132. “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub: “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan berserahdiri (MUSLIM)”

Ali ‘Imran 102. “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan berserahdiri (MUSLIM)”

Mesej besar dari artikel kami semalam ialah agar jangan kita menuntut kebebasan seperti haiwan, kerana kita adalah manusia yang dikurniakan akal dan wahyu. Kami kongsikan juga beberapa firman Allah, situasi bagaimana jenazah kita tidak boleh dikebumikan dengan cara Islam dan ada masanya dosa kita tidak diampun. Yang belum baca silalah baca.

Kepada umat Islam, mari muhasabah diri. Kita semuanya (termasuk kami) harus merasa berdosa dengan gejala ini dan wajib berusaha keras memperbaikinya. Kami doakan agar kita semua sempat bertaubat dan diterima Allah taubat kita sebelum ajal tiba.

WARGA PRIHATIN.

Kematian di Konsert Gila – Neraka Dajjal disangka syurga manusia

NERAKA DAJJAL YANG DISANGKA SYURGA OLEH MANUSIA

Jam 1.30 pagi, di malam kedua Future Music Festival Asia 2014 Stadium Bukit Jalil 6 orang diberitakan maut. Kesemua korban, 4 Melayu dan masing-masing 1 India dan 1 Cina dilapurkan mati akibat terlebih dos dadah methamphetamine. Mereka adalah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Sabreena Kamaruddin, 21, Syazana Sohaime, 23, Nor Faizza Mohd Wazir, 27, M.Suresh, 28 dan Victor Wong E Hern, 26.

Seorang dari mereka maut serta merta di Bukit Jalil. Bakinya mati dalam perjalan ke hospital. 4 dari mereka meninggal di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC ) dan seorang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sementara itu ratusan lagi mengalami sesak nafas, 15 daripadanya tenat. Beberapa daripada mereka koma dan dirawat di unit ICU. Ketua Polis Kuala Lumpur turut melapurkan penangkapan 22 orang bersabit kesalahan dadah sepanjang berlangsungnya pesta muzik itu. Akibatnya acara malam ke 3 pesta itu telah dibatalkan untuk memudahkan siasatan.

Sepanjang hari semalam pula, para pengguna Instagram merasa amat terkejut dengan beredarnya gambar yang dimuat naik oleh pengunjung pesta tersebut. Turut terkejut dengan berita yang dikongsikan oleh mereka yang bekerja di kejiranan tapak pesta, iaitu berita pembekalan pelbagai jenis DADAH dan KONDOM kepada pengunjung. Nauzubillah. Anak-anak muda kita memang sedang dibunuh secara terang-terangan dengan cara itu tanpa diketahui atau diperduli oleh penguasa, rakan taulan dan ibu bapa.

Mungkin sebahagian daripada kita, penerima gambar dan berita dari instagram, tweeter atau facebook itu tidak tahu bahawa gejala ini sebenarnya berlaku saban hari di tempat-tempat khas berstatus ‘private’. Bagi kami yang terlibat secara langsung dengan usaha kajian dan pembangunan peradaban ini sudah tidak merasa terkejut lagi.

Ini hanya kes terpencil yang terdedah kepada umum, hanya kerana berlakunya kematian yang ramai secara serentak. Jika tidak kerana kematian itu kita mungkin tidak tahupun ada fiesta berkandang sedajjal itu. Kita masih terus merasa aman dalam dunia kita sendiri. Masih ingat lagi tragedi kematian di pantai PD, Negeri Sembilan yang melibatkan 3 kontena minuman keras? Masih ingat berita tentang seks bebas di private house melibatkan anak-anak usahawan dan vip?

INIKAH MATLAMAT TAHUN MELAWAT MALAYSIA?

Mungkin ramai yang berfikir upacara telekan oleh Raja Bomoh VVIP boleh menarik perhatian dan mampu menarik pelawat ke Malaysia. Jika ini benar, maka harap kita sudah sedar bahawa tersebarnya berita aksi Raja Bomoh itu telah membuatkan rakyat, pemimpin dan negara kita dicemuh begitu hebat di serata dunia. Tak pasal-pasal rakyat kita, khasnya yang beragama Islam di luar negara menjadi bahan ejekan oleh masyarakat dunia. Gambar dan video aksi teropong buluh, tikar terbang, kelapa muda bertaburan di mana-mana.

Jika konsert yang menghimpun artis dan penonton dari pelbagai negara ini dimasukkan dalam agenda Tahun Melawat Malaysia, jelaslah ia satu kesilapan besar. Masyarakat dunia sudah tidak pelik dengan hiburan seperti ini kerana mereka boleh mendapatkannya saban malam dan hari. Yang menjadi mangsa ialah rakyat kita yang jadi jakun dengan arak, dadah dan seks bebas. Kita sanggup berhabis duit, bahkan mati dan berbunuhan kerana gejala ini.

Entah mengapa kita lihat baik yang lelaki maupun perempuan Melayu terlalu edan dan rakus dengan seks bersama orang asing. Wanita kita, terutamanya yang janda, atau remaja yang telah ‘terlanjur sampai terbiasa melunjur’ begitu ghairah dengan lelaki asing. Fenomena ini dapat kita saksikan berulangkali di akhbar dan tv. Ribuan kes buang bayi, gadis hamil, video lucah bahkan tangkapan oleh pencegah maksiat adalah bukti nyata untuk fenomena ini.

Sekadar sekali sekala membaca berita kes gadis Melayu ‘bersekedudukan’ dengan Awang Hitam atau lelaki India, Cina, Bangla, atau Mat Salleh mungkin tidak begitu terasa kebimbangannya. Sebenarnya ia sudah sampai ke tahap yang tidak mungkin dapat anda bayangkan lagi. Anda mungkin menangis atau pengsan jika kami dedahkan bahan bukti dakwaan ini.

Kerana itu jugalah kami katakan satu kesilapan besar jika konsert seperti ini dan segala rencah ratus bersamanya ingin dijadikan penggerak ekonomi melalui Tahun Melawat malaysia. Yakinlah bahawa dapatan kerosakan melebihi perolehan, samada secara moral atau ekonomi. Belajarlah puasakan diri, jangan kita tamak untuk meraih kekayaan dengan cara ini.

Sebenarnya penjanaan ekonomi dengan cara ini tidak akan memberikan keberkatan. Kenapa kami kata begitu? Ini kerana keberkatan itu adalah bermaksud mencukupi, biarpun jumlahnya sedikit. Ingatlah kita sedang berada dalam kondisi yang sangat panas (ramadh). Ramai yang panas hati, panas poket, panas mata, panas telinga dan sebagainya. Itu semua akibat dari keruntuhan akhlak umat yang memerlukan kita banyak berpuasa. Kerana itu ramadhan itu dipanggil al-mubarakh, bulan yang berkah dan diberkahi (ada tambahan penjelasan di bawah).

KAITAN ZINA DENGAN SYIRIK & HUKUMAN MATI

Mendekati ZINA sahaja sudah dilarang. Apabila kita sampai melakukkannya, maka jelaslah kita melakukannya dengan niat dan sengaja. Ungkapan ‘TER’LANJUR tidak layak sama sekali, kerana kita sebenarnya ‘ME’LUNJUR dengan sengaja. Jangan tipu diri sendiri. Sebenarnya, kita sengaja rancang dan berusaha dengan rapi untuk melakukan ZINA. Kedegilan kita terhadap Allah sebenarnya sudah ke tahap melampau batas apabila zina itu terjadi.

Jika kita sampai peringkat berzina, kita sebenarnya telah dengan sengaja melanggar garis kuning ke arah zina itu. Itulah batas aurat, pergaulan, arak, dadah dan sebarang situasi yang boleh menjurus kepada zina. Membataskan diri itulah hudud (batas) yang sebenarnya harus kita lakukan untuk mencegah zina dari berlaku. Bukan setelah ia berlaku.

QS:17. Al Israa’ 32. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan/sabil yang buruk”.

QS:24. An Nuur 2-3. “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali dera, dan JANGANLAH BELAS KASIHAN kepada keduanya mencegah kamu untuk agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah hukuman mereka DISAKSIKAN oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”.

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan PEREMPUAN YANG BERZINA, ATAU PEREMPUAN YANG MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh LAKI-LAKI YANG BERZINA ATAU LAKI-LAKI MUSYRIK, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin”.

Jelasnya jika kita masih berzina juga, kita sebenarnya sengaja menduakan Allah dengan cara melawan hukumNya secara SENGAJA. Atas dasar itulah Allah padankan zina itu dengan SYIRIK dalam ayat yang sama. Ia bukan dosa biasa. Kerana itulah juga hukuman terhadap zina itu boleh dikatakan ‘mati’. Cuma proses hukum bunuh terhadap zina ini dilakukan secara perlahan-lahan seperti rotan dan rejam sampai mati. Ini sebagai membalas kedegilan kita, sejajar dengan proses zina itu yang juga berlaku secara berperingkat, bermula dari muqaddimah zina sampai berlakunya zina.

Kita semua sudah tahu dengan jelas setiap perkara yang Allah larang, tiada taubat kecuali kerana jahil (QS:4/17,18). Melanggarnya dengan sengaja bermakna kita dengan SENGAJA menduakan Allah melalui keingkaran dengan sengaja itu. Itulah cabang syirik yang layak menerima hukuman setaraf dengan ‘mati’.

Mohon perhatikan huruf besar, JANGANLAH BELAS KASIHAN, dan hukum mereka dengan DISAKSIKAN sekumpulan orang beriman dalam ayat di atas. Jika anda beriman, anda harus berani melaksanakan ayat di atas. Soal pelaku sempat bertaubat esok hari, samada diterima atau tidak taubatnya (itupun jika tidak mati dalam maksiat seperti yang 6 orang itu), itu urusan mereka dengan Allah esok. Apa yang kita lihat hari ini harus kita tangani sewajarnya sekarang.

Jangan pula ada lagi yang sawan dengan komen JANGAN SUKA BUKA AIB ORANG…JANGAN SUKA MENGHUKUM ORANG… MANA TAHU DIA LEBIH BAIK DARI KITA… BLA BLA.. untuk kes study ini. Cukuplah maruah Allah dan Islam dimalukan sejauh ini.

Jika kita tidak mahu dibuka aib, jangan lakukan perkara yang megaibkan diri dan agama. Jangan lagi dedahkannya sendiri dengan sengaja dan penuh BANGGA sebegini. Kami dedahkan semua ini laksana doktor yang merawat penyakit siplis yang tersembunyi. Dengan Basmallah kami nampakkan kebencian kami dan mengajak pembaca, khasnya ibu bapa yang masih lena agar maklum dan turut menghayatinya.

KEBERKATAN REZEKI & KERUGIAN MORAL

Tiket maksiat untuk FMFA itu beratus dan beribu RM harganya. Akhbar melapurkan pil dadah berbagai jenis itu dijual dengan harga antara RM50-RM100 sebiji. MASYAALLAH. Bahasa hiburan mereka pula adalah bahasa inggeris. Tentunya bukan orang miskin atau yang tidak sekolah yang menjadi pengunjung pesta muzik itu. Pilu juga bila mengenang adanya simiskin yang tulus berusaha mengirim sedekah seringgit dua, bahkan ada yang sen-sen saja melalui MBB2U untuk jariah mereka. Si kaya pula alpa berbelanja serta meneruskan dosa dan kerosakan.

Ketahuilah bahawa zina itu penyebab kepapaan dan kemiskinan, samada dalam bentuk kewangan maupun secara moral. Biarpun rezeki kita banyak, tetapi tetap tidak akan mencukupi jika zina kita jadikan amalan hidup. Ini kerana kita akan banyak membelanjakan rezeki pada jalan yang membinasakan.

Contohnya setiap orang yang berzina akan membelanjakan banyak wang untuk kos mukadimah zina itu sampailah ianya berlaku. Yang muda, yang tua, yang kaya, yang miskin semuanya ada cara dan jumlah perbelanjaan tersendiri untuk melakukan zina.

Bila ada niat untuk berzina, maka tak pasal-pasal kita terpaksa tanggung kerugian yang nyata. Antaranya ialah membuang masa dan belanja untuk kos perhubungan, kenderaan, makan minum pasangan untuk berdating dan sewa hotel bagi yang mampu. Bagi kes berprofil tinggi maka lebih lagi kerugiannya. Itu termasuklah belanja clubbing, pil khayal, dadah, arak, shopping dan sebagainya. Bagi sugar daddy pula terpaksa sponsor apartment, kereta dan lain-lain.

Apabila tertangkap, masing-masing akan mengalami kerugian moral yang bukan sedikit. Itu tidak termasuk membayar kos peguam dan denda mahkamah. Salah perkiraan akan dijatuhkan hukuman penjara kerana terbabit dengan kes rogol atau perkosa. Yang terhamil kena belanja pengguguran, bahkan membuang bayi dan sebagainya. Kerugian seterusnya termasuklah jatuh kelayakan dalam kerjaya dan niaga. Gejala sosial turut membuatkan kerajaan rugi akibat dari masalah jenayah yang berbagai serta biaya menanganinya.

Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS: 9. At Taubah, 28).

Atas pencerahan ini, maka kita harus sanggup tunduk kepada Allah. Marilah kita ikuti sunnah Tanah Haram, masjidil haram dan pakaian Ihram. Kita tawaf sentiasa untuk membersihkan tanah air kita dengan MENGHARAMKAN zina dan segala mukaddimahnya. Promosikanlah negara kita dengan tarikan yang suci murni. Biarlah tidak banyak wang masuk asalkan kita tidak menjemput puak-puak Dajjal yang sah-sah Musyrik ini. Yakinlah dengan janji Allah.

Banyak nasi, banyak keraknya. Terlalu banyak kes melibatkan anak-anak vip dan jutawan yang terlibat dengan gejala ini dalam fail kami. Semuanya kerana kemewahan laksana syurga tajaan Dajjal. Amalan dadah, arak, seks bebas, bahkan buang bayi sekalipun sebahagiannya dimaklumi oleh ibu bapa, namun tidak mereka berbuat apa-apa. Apatahlagi kes yang tidak diketahui kerana sibuknya ibu bapa mengejar pangkat dan harta.

Ingatlah, ketika kita masih hidup ini pun sudah jelas tidak berkatnya. Kita banyak kerugian akibat menaja kos kerosakan dan biaya untuk menebus kerosakan yang telah berlaku pada anak kita.

APABILA KITA MATI NANTI, hanya ilmu yang mampu membentuk anak yang soleh sahaja yang boleh meneruskan amal kita melalui harta yang kita tinggalkan. Jika tidak, apa yang kita tinggalkan kepada mereka akan lebih menjahanamkan hidup mereka. Waktu itu tiada siapa boleh menasihati mereka kerana jika kita masih hidup sekalipun, kita sudah tiada upaya dan kuasa.

Janganlah kita asyik ambil mudah dengan bersandarkan kepada sifat Allah yang maha pengampun itu selama-lama untuk berterusan mengabaikan perintah dan laranganNya. Ketahuilah bahawa keampunan dan kelembutan Allah itu pun ada batasnya. Harus tahu di mana batas keampunan yang layak bagi kita, biar jelas dan tidak bersangka-sangka.

Jangan tunggu terjadinya kematian seperti yang 6 orang dan beberapa lagi yang mungkin menyusul ini. Kerana jika sedemikian, maka jelaslah kita sengaja membiarkan mereka dengan beraninya MELAWAN ALLAH. Banyak contoh depan mata di mana kita mungkin tidak layak menguruskan jenazah mereka dengan cara Islam, NAUZUBILLAH.

Ya..! Ada kalanya jenazah kita pun tidak layak disembahyangkan, berdoa di kubur pun tidak Allah izinkan (QS:9/84). Ada tahap yang mana keampunan yang dipohonKAN oleh para nabi, sampai 70 kali ampun sekalipun tidak Allah ampunkan (QS:9/80).

Mahukah kita berada di katagori itu? ATAU MAHU KITA PERSETANKAN SAHAJA PERINGATAN ALLAH INI?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
WARGA PRIHATIN

************ RUJUKAN************:

QS: 4. An Nisaa’17-18. “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

QS: 9. At Taubah

80. Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka Kendatipun kamu memohonkan ampun bagi mereka 70 kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampunan kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.

82. Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.

84. Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

85. Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.

Bomoh – Antara khilaf agama & kecelaruan politik

ULASAN KHUSUS : ISU BOMOH DALAM MISTERI MH370 – ANTARA KHILAF AGAMA & KECELARUAN POLITIK

Kesedihan keluarga dan para penumpang yang kehilangan terpisah secara misteri dengan insan tersayang semakin memuncak hingga ke hari ini. Kejatuhan saham MAS cukup menyedihkan. Kita semua dalam keadaan berkabung kerana kehilangan aset, maruah dan nyawa. Kehadiran Raja Bomoh VIP melakukan ritual TELEK di KLIA, satu tempat yang sangat terkawal keselamatannya di depan wartawan pula memberi tekanan kepada maruah agama Islam di mata dunia.

Sudahlah berita yang baik tidak diminati oleh media luar, dihidang pula dengan “bahan” yang boleh memburukkan imej Islam, maka lajulah berita tentang bomoh ini sampai ke seluruh dunia dalam sekelip mata. Seluruh masyarakat dunia mengejek dengan turut melakunkan aksi mentera.

Berita Raja Bomoh yang diputar hebat oleh pelbagai pihak telah membuat beliau marah. Tidak pasti apa dan siapa yang menjadi ‘backup’ di belakang beliau sehingga berani mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman sedemikian rupa. Seorang menteripun beliau berani ajak bertarung secara jantan, bahkan mahu ditampar seperti beliau menampar seekor buaya tembaga sehingga mati. Ditambah pula dengan ancaman tindakan mahkamah, tuntutan gantirugi 10, 20, kemudian 100 juta pula diminta.

Kami mengikuti perkembangan Raja Bomoh dengan hati-hati termasuk kesemua ulasan dan komentar yang berbagai rupa. Kami kira sudah cukup dengan pelbagai ulasan dari pelbagai peringkat. Malangnya semakin hari semakin ramai yang mendesak agar kami turut memberi ulasan mengikut sudut pandang yang lebih luas. Ulasan WP biasanya agak berlainan kata mereka.

Tidak pasal-pasal Malaysia ditempelak oleh masyarakat dunia, khasnya dunia Islam atas kecelaruan dari upacara Raja Bomoh ini. Apapun kita bersyukur atas tindakan pihak Penguatkuasa JAIS yang menempatkan pegawai mereka di KLIA untuk mencegah sebarang upacara yang sama berulang lagi. Kita yakini semua yang berlaku itu ada hikmahnya.

BICARA AKHLAK & BOMOH

Isu bomoh ini telah menambah runtuhan akhlak umat masa ini. Samada yang mengeji dan yang dikeji tidak jauh bezanya. Puak A mengatakan Puak B yang membayar aksi bomoh di KLIA. Puak B pula kata ada bukti yang puak A juga ada menggunakan khidmat bomoh yang sama untuk tujuan politik. Maka beredarlah video upacara ‘menelek’ siapa bakal menang di PRK Kajang oleh Raja Bomoh yang sama. Namun itulah dia tabiat politik dan politiking.

Sebelum ini sudah banyak sekali kita baca berita tentang penggunaan khidmat bomoh oleh ahli politik. Dikatakan ramai ahli politik ada bomoh peribadi masing-masing. Ada yang sampai peringkat berbunuhan sesama sendiri. Kecelaruan pada orang awam tentang bomoh lebih teruk lagi. Berbagai berita kita baca di mana anak sanggup membunuh bapa, adik sanggup bunuh abang, pernikahan dibatalkan di saat akhir, hanya dengan mendengar kata tukang telek/bomoh sahaja. Tidak termasuk lagi kes seperti anak gadis dirogol oleh sang bomoh..!.

Dalam isu Raja Bomoh VIP dan menteri ini kami melihat satu situasi akhlak yang amat menyedihkan. Maruah dan kedaulatan seorang menteri muda dipijak-pijak secara terbuka oleh seorang bomoh yang ‘belum cukup tua’ dan belum boleh di gelar pikun atau nyanyuk lagi. Terlalu rendah akhlak kita di mata umum. Kematangan akal fikiran dan keteguhan akidah jauh sekali.

Yang paling menyedihkan ialah sikap bongkak dan riak dalam pembomohan ini. Upacara yang jika sekalipun dirasakan betul itu tidak seharusnya dibuat secara terbuka di hadapan khalayak ramai. Semua kehebatan diceritakan depan pemberita yang seramai itu. Selebihnya kita fikirlah sendiri kewajaran dan kewarasannya. Yang pasti Allah tidak suka hambanya takbur dan ‘menunjuk-nunjuk’.

KONFLIK AKIDAH – ANTARA LOGIK/MAGIK – ANTARA SAINS KASYAF, RUKYAH & FALAK

Aqidah adalah bicara ikatan tasdiq hati. Ia dizahirkan melalui lafaz aqad/ikrar yang mengikat hati dan akal kita dengan Allah. Selagi kita masih nampak keesaan Allah dan bergantung dengannya, selagi itu aqidah kita akan kemas terikat. Tidak akan tergamak kita menduakan Allah, seolah-olah sudah hilang kepercayaan dan kebergantungan kita padaNya. Sandaran kepada bomoh ini boleh menghapus akidah, menjurus kepada syirik (menduakan Allah) NAUZUBILLAH.

Cerita kekebalan dan kehebatan diri, cerita boleh nampak perkara yang ghaib, seperti apa yang ada di sebalik dinding, atau tahu perkara yang belum terjadi itu sahaja sudah menyalahi fitrah. Mukmin seharusnya merendah diri, mengakui hanya Allah yang maha hebat dan perkasa. Allah juga telah tetapkan bahawa hanya Allah yang tahu akan perkara yang ghaib. Hari ini, ada seakan-akan seorang manusia yang mengetahui yang ghaib seperti “Tuhan”.

Nabi SAW sendiri tidak kebal. Dibaling batu luka juga dahinya, patah juga giginya, mengalir darah sampai ke kaki. Tapi bagaimana pula 313 orang boleh menang mengalahkan 1000 orang musuh di perang Badar? Itu kerana Baginda kobarkan semangat bala tenteranya, diberikan kefahaman tujuan dan strategi perang yang meyakinkan serta disusun saf mereka dengan rapi. Walau pun menang, tetap ramai yang gugur syahid. Tidaklah mereka itu kebal. (QS:8/65)

Sayidina Hamzah r.a. bapa saudara baginda juga gugur di perang Uhud, malah dikelar-kelar dengan kejam sekali oleh musuh. Mengapa tidak digunakan sahaja khidmat bomoh “ISLAM” yang kebal, yang kekuatannya jika ditampar buaya tembagapun boleh maut. Jika ia benar dari Islam, pastinya Nabi yang akan tahu dan amalkan dahulu berbanding kita. Tetapi tidak, jika dibaling dengan batu sehingga luka di dahi ia tetap luka dan sakit. Jika diracun bakal maut. Itulah bentuk telekan yang Nabi SAW ajarkan.

Dalam masa kita akur ketetapan Allah dalam quran bahawa Nabi pun tidak tahu perkara yang ghaib, tetapi banyak juga kita dengar seolah-olah baginda tahu perkara ghaib pula. Contohnya, banyak perkara akhir zaman telah baginda firasatkan, banyak hadis tentang keadaan syurga dan neraka, bahkan futuh Mekah itu sendiri pun sudah baginda rukyahkan sebelum ianya berlaku (QS:48/27). Tapi bagaimana?

Secara sainsnya, ada beberapa sudut pandang dalam hal ini. Pertamanya baginda adalah insan yang dibimbing wahyu. Keduanya baginda sepertimana nabi-nabi lain menggunakan sepenuh-penuhnya FORMULA yang diwahyukan untuk MENGATUR TINDAKAN. Contohnya jika perpecahan itu melemahkan, baginda atur umat agar melakukan perintah Allah untuk bersatu. Kemudian baginda sandarkan kepada janji Allah untuk memberikan kekuatan hasil dari penyatuan itu.

Banyak lagi kehebatan yang kita lihat sebagai metafizik telah berlaku kepada para nabi Allah. Sebenarnya kisah metafizik yang diceritakan dalam quran itu adalah suatu imbasan mutasyabihat yang sangat strategik. Kita akan menjadi manusia yang jahil, lemah dan zalim jika hanya suka duduk memuja, mengharapkan magik dan metafizik sahaja. Malanglah kita yang tidak rajin meneliti dan memahami konteks mutasyabihatnya lalu bersangka-sangka yang para nabi itu mempunyai kuasa magik semata-mata.

Rugilah jika kita tidak ambil pelajaran dari contoh kisah metafizik yang sekalipun mungkin telah berlaku secara fizik itu untuk menukarkannya menjadi satu kehebatan mutasyabihat secara strategik lalu berjaya menikmati realiti fiziknya. Selama ini kita hanya mampu berbangga dengan kehebatan Allah dari semua unsur metafizik itu saja. Yang Allah mahu ialah memuja kehebatan ‘strategi’ melalui falsafah mutasyabihat dari kisah metafizik yang sekadar menjadi sandaran pelajaran itu, bukan metafiziknya.

Jika berterusan demikian, samalah kita dengan jahiliyah sejak dahulu yang tidak habis-habis mengatakan para nabi itu adalah tukang tenung, ahli sihir atau orang gila yang penuh dengan metafizik. Sedangkan para nabi sebenarnya sedang menyampaikan FORMULA bagaimana harus berbuat untuk kita turut jadi hebat dari semua kisah-kisah itu.!

Bertelekan dan berdipan-dipan di majlis ilmu (mutasyabihat syurga) yang para nabi lakukan itu adalah satu bentuk syuro untuk mengatur siyyasah. Mereka bukan hanya menelek dengan melihat air dalam mangkuk saja. Ia adalah aktiviti berjemaah untuk berpadu kepakaran, menganalisa segala input, mengatur tindakan dan MENELEK kesannya. Semuanya berdasarkan wahyu dan tindakan berjemaah mengikuti kehendak wahyu itu. Di situlah hadirnya kebenaran segala yang ditelek oleh mereka.

Contohnya apabila Musa a.s. bertelekan memukul tongkat di laut sebelum terbelahnya lautan. Itu adalah analogi tongkat sebagai ‘petunjuk’ yang akan membelah lautan manusia di peringkat awalnya. Sebahagian akan menerima petunjuk itu sebagai golongan kanan, sebahagian lagi mendustakan sebagai golongan kiri.

Di celah belahan dua kelompok manusia itulah Musa a.s. berjalan mengikut petunjuk dari tongkatnya lalu dikejar Firaun. Dengan kehebatan petunjuk itulah Allah yakinkan Musa a.s. serta pengikutnya bahawa lautan manusia yang terbelah tadi pasti akan bercantum semula untuk mengikuti langkah baginda. Akhirnya Firaun yang angkuh itu lemas kerana ditinggalkan pengikutnya. Bolehkah anda lihat fenomena itu sedang berlaku sekarang?

Bacaan Rasulullah SAW tentang al-Masih Dajjal, al-Mahdi, Isa a.s. dan peristiwa-peristiwa akhir zaman juga seolah-olah menampakkan unsur telek dan tenungan. Sebenarnya itu adalah fenomena membaca tanda dan mengatur strategi. Firasat itu berdasarkan iqra’ baginda setelah mengkaji unjuran perkembangan peradaban manusia. Apa saja tabiat yang umat amalkan, maka itulah akibat yang bakal diterima. Ini adalah iqra’ wahyu, satu FORMULA bagaimana berlakunya suatu kejadian. Bukan satu firasat kosong. Kerana itu ianya boleh diubah dengan doa/dakwah, dengan bimbingan wahyu yang jelas difahami maksud dan perlaksanaannya.

Semua kitab samawi juga berdasarkan pelajaran yang diambil dari unjuran testimoni serta pengalaman baik dan buruk masa lalu. Semuanya bakal menjanjikan samada kejayaan ataupun kehancuran, bergantung sejauhmana umat memahami, meyakini dan melaksanakan perintah dari kitab mereka. Telekan ke atas kronologi / testimoni itulah yang baginda kaji dan jadikan satu ‘bacaan’ apa bakal berlaku di masa depan. Itulah asas ilmu kasyaf, rukyah dan falaq yang sebenar. Bukan mengikuti falaq dari sumber was wis dan hasad dengki (QS: 113-114)

KAITAN AYAT QURAN & BOMOH, SIHIR, TUKANG TENUNG / TELEK

Alangkah sedihnya melihat kejahilan generasi kita tentang quran dan isu bomoh ini. Asal sahaja Si Bomoh ada baca quran dalam jampi mentera mereka, maka dikatakan itu yang hak dan benar. Kesan magik dan metafizik dijadikan ‘ukuran kebenaran’ pula. Kami ingin tegaskan prinsip itu telah BERLELUASA menipu kita tetang kebenaran.

Mari fikirkan sejenak. Adakah unsur syariat/syarak dari wahyu yang dibacakan itu yang memberikan hasil? ataukah sebenarnya unsur pujaan berupa syair, sihir, syirik dan tahyul yang menghasilkan kesan metafizik dan magik itu?

Jika begitu bagaimana pula dengan bomoh Siam, dukun Indonesia, bomoh orang asli, bahkan David Coperfield dan ramai lagi magician yang jauh lebih magiknya dari kita? Adakah mereka ini semuanya turut membaca mentera ayat suci alquran? Jadi, apa bezanya mereka dengan kita? Di mana nak kita kaitkan mentera quran yang memberikan hasil yang sama itu? Sila baca firman di bawah nanti untuk jawapannya.

Sebenarnya bahasa apa sekalipun boleh dijadikan mentera. Apa sahaja yang kita puja akan menghasilkan tenaga aura metafizik dan magik itu. Ada yang berupa busut, keris, cincin, kain kuning, kain hitam, kayu tas, buluh, rotan dan berbagai lagi. Terbitan metafizik itu adalah sejenis ‘makhluk’, satu fitrah alam kurniaan Allah. Terbitan itu telah Allah tetapkan melalui fenomena kajiaura dan metafizik. Semua itu adalah jadian dan pinjaman dari Allah. Tentunya Allah adalah sebaik-baik dan sehebat-hebat pemilik metafizik.

Bagaimana mekanisma quran itu menjadi syifak dan menyembuhkan penyakit?

QS: 10. Yunus 57. “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Rabbmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

Nabi SAW sabdakan bahawa kebanyakkan penyakit itu bermula dari hati. Ia terbit dari hati yang resah dan bingung akibat kejahilan. Kehidupan secara jahiliyah itu mencorak penyakit kepada kita. Lalu Allah datangkan pelajaran untuk menenangkan dan menambah keyakinan dalam jiwa manusia. Petunjuk itulah yang menjadi rahmat yang meyakinkan lalu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit lainnya melalui pembetulan tabiat manusia.

Jika kita baca kuat-kuat dan ulang-ulang syair dan lafaz wahyu menjadi mentera tanpa memahami, adakah apa-apa pelajaran dari bacaan kita? Jika tidak, mampukan wahyu itu memberi ketenangan jiwa yang bersifat interinsik/dalaman dan kekal? Mampukah mentera itu membetulkan kesilapan yang telah menjadikan kita sakit dari carahidup/habit yang jahil? Mampukah mentera itu memberi kekuatan jiwa melalui keyakinan dan keimanan dari pelajaran hasil bacaan kita tadi? Wahyu berikut mungkin boleh membantu…

QS: 69. Al Haaqqah 38-43

Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat. Sesungguhnya Al Quran itu adalah benar-benar wahyu Rasul yang mulia, dan bukanlah ia perkataan seorang ‘PENYAIR’. Sedikit sekali kamu BERIMAN kepadanya. Dan bukan pula perkataan BOMOH / TUKANG TENUNG. Sedikit sekali kamu mengambil PELAJARAN daripadanya. Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam.”

52. At-Thuur 29. Maka tetaplah memberi peringatan, dan disebabkan nikmat Tuhanmu bukanlah kamu seorang BOMOH / TUKANG TENUNG dan bukan pula seorang gila.

Ada kalanya bomoh menyampaikan berita yang mengandungi kebenaran, namun di waktu yang sama diselit beberapa amalan syirik kepada kita tanpa disedari. Contohnya, mensyaratkan puasa sunat, baca zikir tertentu atau menyembelih haiwan tertentu. Itu semua adalah ibadah yang hanya layak dilakukan kerana Allah dan atas perintah Allah, bukan kerana bomoh dan jin mereka. Inilah unsur syirik dalam ibadah ciptaan bomoh yang tidak kita sedari.

Uswah dari Nabi Ayub a.s. dalam menghadapi penyakit harus kita ambil pelajaran. Baginda tetap bertawakkal kepada Allah, menolak tawaran pihak yang mahu dan mampu kononnya menyembuhkan penyakit yang dideritai sekian lama itu. Mampukah kita mengikut sunnah itu?

Allah berfirman: “Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan asma-ul husna itu dan tinggalakanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam penggunaan nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”(QS. Al-A’raaf : 180)

Biasanya bomoh akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Dakwaan itu biasanya bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh golongan jin dan bijakpandai yang mencuri-curi berita lalu diadun dengan ratusan kebohongan untuk membuat manusia mempercayai ramalan tersebut. hadis berikut menjelaskan…

Orang-orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang para dukun atau bomoh, maka baginda menjawab: mereka itu TIDAK BERGUNA SEDIKITPUN”. Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah kadangkala mereka berbicara tentang sesuatu dan ternyata benar ia terjadi”. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: “Kebenaran itu ialah suatu yang dicuri oleh satu jin, lalu ia lontarkan pada telinga kekasihnya (bomoh) dan mereka mencampuradukkan dengan seratus pembohongan.” (al-Bukhari & Muslim daripada Ai¬syah r.ha)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Sesungguhnya para malaikat turun ke al-Anan iaitu awan, lalu mereka saling bercakap-cakap tentang masalah yang diputuskan di langit dan syaitan-syaitan mencuri-curi dengar apa yang diperkatakan, maka syaitan berjaya mendengarnya lalu syaitan menyampaikan kepada para bomoh dan mereka pun menokok tambah dengan seratus pembohongan dari mereka sendiri” (HR Al-Bukhari daripada Aisyah r.ha).

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari”. (HR Muslim )

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.” (HR Abu Daud )

BERBOMOH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

Jika Tauhid bermaksud ‘MengESAkan’ Allah S.W.T., maka makna syirik pula ialah ‘MENDUAKAN’ keESAan Allah. Syirik adalah dosa yang paling besar daripada dosa-dosa besar lainnya. Ia tidak akan diampuni Allah. Segala amalan lalu juga akan terhapus. Firman Allah S.W.T.:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Al-Nisa’ / 4 : 48 )

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang sebelummu: “Jika kamu mempersekutukan, niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi. ( Al-Zumar : 65 )

وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ
Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (Al-Hajj / 22 : 31)

AMALAN PERBOMOHAN TELAH DITETAPKAN SEBAGAI TANDA AKHIR ZAMAN.

Para ulama seumpama bintang di langit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara akan hilang pedoman dan langit menjadi suram tidak berseri. Ini bermakna kewafatan seorang ulama itu adalah merupakan suatu musibah yang besar pada umat Islam. Di antara tanda-tanda Kiamat adalah hilangnya ilmu dan tersebarnya kebodohan. Hal ini telah dijelaskan dalam himpunan banyak kitab hadis akhir zaman, antaranya oleh Syeikh Banjari. Antara hadis dan firman yang terkait ialah,

Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama’, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain”. (Riwayat Muslim Daripada Abdullah bin ‘Amru fin al ‘Ash)

Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

Hendaklah kalian memiliki ilmu sebelum ilmu itu diangkat dan dilenyapkan, lenyapnya ilmu dengan wafatnya orang yang mengajarkannya. Seseorang tidak akan mungkin dilahirkan dalam keadaan ilmu, kerana sesungguhnya ilmu itu didapatkan dengan belajar.”

Perhatikan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90-91 ini:.

Hai orang-orang yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berhala, menelek nasib adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu mudah-mudahan kamu beruntung. Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara sesama kamu lantaran daripada arak dan judi, dan menghalangi kamu dari mengingat ALLAH dan daripada melakukan solat, Adakah kamu hendak berhenti dari melakukan perkara-perkara keji itu atau kamu masih berdegil“.

KESIMPULAN:

Boleh jadi buku nanti jika kami teruskan ulasan ini. Kesimpulannya, kembalikan sunnah ‘BASTOTAN FIL ILMI WAL JISMI’ “Dengan Ilmu yang luas, tubuh jadi perkasa” (QS:2/247). Unsur magik itu menggunakan kekuatan luaran, sedangkan tauhid menerbitkan kekuatan dalaman. Itulah hadiah Allah untuk para mukmin. Ilmu dan Iman itu yang mahu diwariskan oleh para anbiyak kepada kita. Tanpanya maka lakulah kelentong sang bomoh. Jadi ulam Dajjal saja kita ini dan lemahlah semuanya. Ini bermakna sudah hilang / berakhirnya zaman kehebatan Islam hasil dakwah baginda SAW. Ya, amalan berbomoh inilah salah satu tanda berakhir zaman kegemilangan agama.

Mari teruskan berdoa untuk #MH370 #PRAY4MH370 #PrayForMh370 #DoaUntukMH370 #doakanMH370

Maafkan kami kerana ulasan ringkas jadi panjang sebab ini isu akidah menyentuh amalan harian yang sangat penting.
WARGA PRIHATIN

Rahsia Kahfi 16 – keperluan membina semula fungsi Masjid (Bahagian 1)

00 GUA 16RAHSIA KAHFI 16 – KEPERLUAN MEMBINA SEMULA FUNGSI MASJID BAH 1

QS: 48. Al Fath 29. “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang yang ingkar, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka bersama ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada wajah mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang yang ingkar. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Masjid adalah tempat sujud, dan ia dari kata pokok sujud. Sujud pula terkait rapat dengan pengabdian dan solat. Solat adalah saluran perhubungan kita kepada Allah. Apa yang terkandung di dalam amalan solat itu ialah bahan tarbiah, saluran petunjuk dari Allah untuk kita, hambaNya. “WASTAINU BISSOBRI WASSOLAH (mintalah pertolongan dengan sabar dan solat)”. Pemberian petunjuk itulah cara Allah menolong kita.

Melaksanakan apa sahaja petunjuk dari Allah, dari bacaan Fatihah dan ayat quran dalam ritual solat itu menjadi tanda bahawa kita sujud kepada Allah secara aktual. Hasil sujud dari solat itulah yang memberikan kesan pembangunan. Kerana itulah solat itu dikatakan sebagai ‘tiang agama’, iaitu tunggak ibadah besar yang mampu menggalang dan membangun agama secara ritual dan aktualnya.

Sebaliknya, jika kita hanya baca sahaja tetapi tidak melaksana sepertimana yang Allah perintahkan dalam surah yang kita baca dengan sepenuhnya, itu tanda kita tidak sujud. Kerana itulah solat kita tidak menjadi penolong dalam kehidupan kita. Sebab itu juga Allah perintahkan agar kita memahami apa yang kita baca dalam solat, jangan seperti orang mabuk yang tidak mengerti apa yang kita ucapkan.

An Nisaa’ 43. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan,..”

Ilmu itu sangat penting dalam Islam. Dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam, seorang hamba akan menjadi yakin dan beriman, sentiasa tenang dan sejahtera tanpa keresahan dan gundah gulana. Semua gerak kerja kita akan menjadi teratur dan mudah berjaya. Kita tidak mudah panik dan terjerumus ke lembah durjana dan celaka. Itulah hakikat syurga, yang telah nabi katakan sebagai ‘taman-taman ilmu’.

Demikian juga telah banyak sekali Allah jelaskan bahawa dalam syurga itu tiada perkataan yang sia-sia, ada sungai yang mengalir di bawahnya dan para penghuni syurga pula saling tanya menanya. Semua kalimah dan bicara syurga itu ada unsur ilmiah dan bermanafaat. Ilmu tidak putus-putus mengalir. Hubungan baik dan habit tanya menanya sesama penghuni membuatkan aliran ilmu sentiasa mengalir ibarat sungai. Pepatah Melayu mengatakan ‘malu bertanya sesat jalan”. Ini juga sesuai dengan sabda nabi SAW bahawa kunci ilmu itu adalah bertanya.

Kerana itu jugalah Allah larang kita melakukan apa sahaja dengan ikut-ikut, tanpa ilmu. Malangnya kita semua ambil mudah dan masih terus menerus membiarkan diri dalam keadaan yang jahil dan tidak tahu apa yang kita lakukan saban hari. Kita rasa Islam sudah tegak dan akan terus tegak tanpa kita berusaha mencari dan menggali ilmunya. Tanpa ilmu itu kegemilangan peradaban Islam tidak akan dapat dipertahankan.

Kefahaman ilmu agama itulah yang melayakkan kita mewarisi agama ini dari para nabi dan rasul dengan bijaksana dan sempurna. Ilmu itulah yang menambah keyakinan atau iman terhadap agama dan mampu menghasilkan kesejahteraan apabila kita mampu melaksanakannya dengan sempurna.

QS: 17 Al Israa’ 36. “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipersoalkan nantinya.”

QS: 10. Yunus 36. “Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

Apa yang dihuraikan di atas menunjukkan dengan jelas fungsi Masjid sebagai pusat pendidikan, pusat penyampaian maklumat dan dakwah kepada masyarakat Islam. Inilah keperluan paling utama dalam pembangunan dan pertahanan komuniti Islam itu.

Apabila ini gagal dilaksanakan secara aktual, maka agama dan masyarakatnya tidak akan terjaga. Umat akan kembali jahil sejahil-jahilnya. Akhirnya kegemilangan masyarakat dan agama Islam akan runtuh dan perlu dibangunkan semula.

Sabda Rasulullah SAW.

Akan datang pada manusia suatu zaman, ketika itu Islam tidak tinggal kecuali namanya, alqur’an tidak tinggal kecuali tulisan/resamnya, masjid-masjid megah namun kosong dari petunjuk, ulamanya termasuk orang paling jelek, yang berada di bawah kolong langit , karena dari meraka timbul beberapa fitnah dan akan kembali (fitnah itu) padanya

– (H.R. Baihaqi Dari Ali R.A)

Dari siri yang lepas banyak kami kongsikan bahawa antara rahsia besar al-Kahfi adalah petunjuk kepada pemisahan dua zaman kegemilangan Islam. Setelah kejatuhan hasil dari fitnah Dajjal itu dikenalpasti, maka surah itu juga memberikan pedoman bagaimana untuk membangunkannya semula.

Hadis tanda akhir zaman ini memberi hidayah kepada kita bagaimana untuk ‘mengenal tanda’ dan ‘mengesan’ samada kegemilangan Islam hasil usaha dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat itu masih kekal atau sudah berakhir. Mari kita teliti satu persatu..

Benarkah Islam hanya tinggal NAMA? Benarkah Quran hanya tinggal tulisan yang tidak kita fahami dan hayati? Adakah kini kita hanya baca quran tanpa kefahaman, hanya sebagai adat resam ketika ramadhan, malam jumaat atau bila ada orang mati sahaja? atau hanya di majlis tertentu seperti majlis tilawah, maulidurrasul, awal muharam, nisfu syaaban dll sahaja?

Benarkah kita memilikki banyak masjid yang besar dan megah tetapi tidak berfungsi sewajarnya? tiada aliran ilmu di masjid kita semantapnya? Kita hanya ke masjid untuk bersolat atau bermajlis sekali sekala sahaja?

Ada tidak pelbagai golongan orang alim atau jemaah orang alim (ulama’) yang berbagai-bagai aliran kefahaman mereka? Ada tidak berlaku fitnah dan kecelaruan dari pelbagai orang alim ini yang akhirnya fitnah itu kembali kepada mereka sendiri? Benarkan ulamak kita kini hanya bercakap mengikut apa yang diperintahkan oleh golongan atasan (golongan langit) mereka sahaja dan melupakan hal ehwal qariah mereka?

Nah, inilah yang harus kita teliti saat ini. Kesemua ini memerlukan satu penstrukturan semula fungsi masjid dan pemahaman alquran yang tepat kepada semua ahli qariah untuk memperbetulkan halatuju hidup kita dalam beragama. Bila masjid hilang fungsi sebenar, itulah tanda jatuhnya peradaban Islam yang sebenar. Yang tinggal hanya masjidnya tetapi hilang fungsi dan isinya.

APA JADI MASJID KITA SEKARANG?

Selain daripada bermajlis sekali sekala, kita sudah sampai ke peringkat di mana Masjid hanya digunakan untuk tempat berhenti makan, buang air, mandi dan tidur si musafir sahaja.

Masjid juga telah menjadi tempat sasaran penagih dadah untuk hadir mencuri. Kecurian bukan sahaja ketika masjid kosong, malah telah ke tahap sewaktu jemaah sedang solat berjemaah. Jika dahulu mereka hanya hadir untuk mencuri kasut sahaja. Kini mereka berani mencuri beg tangan dan segala barang berharga yang diletak di sisi ketika jemaah sedang solat. Anda mungkin pernah melihat rakaman cctv yang beredar menunjukkan bagaimana aksi yang amat menyedihkan ini.

Baru-baru ini masyarakat dikejutkan pula dengan isu panas apabila ada orang menceroboh masjid sehingga mencampakkan kitab Quran ke lubang tandas lalu mencetus kemarahan yang melampau kepada ramai orang.

Bukan sekadar itu, kita juga tidak habis-habis disajikan dengan berita masjid dan surau yang sudah biasa dijadikan tapak selesa Si Jantan dan Si Betina melampias nafsu dengan zina. Bukan sekali dua, tetapi acapkali juga perkara ini berlaku dan disedari oleh Tok Siak yang datang awal ke masjid. Lebih malang lagi apabila ada berita dari kalangan kakitangan masjid sendiri yang melakukannya.

Inilah fitnah Dajjal hasil dari pemodenan dan kemajuan pembangunan yang harus kita bayar. Kesejahteraan hasil dari akhlak al-karimah insan beragama sudah kita gantikan dengan fitnah itu. Inilah yang wajib kita fahami dari surah al-Kahfi yang cuba kami kongsikan. Kerana itulah dalam surah ini diperintahkan kita mendirikan masjid di sisi gua itu.

“ sesiapa yang menghafaz (menjaga) 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal” dan “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.” – HR Imam Ahmad daripada Abi Darda’ ra.

Penting sekali kita tahu bagaimana menjaga dan memelihara 10 ayat pertama itu. Iaitu dengan memahami dan mempastikan ancaman yang terkandung dari ayat itu tidak berlaku pada kita (sila rujuk siri yang lepas).

“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” – HR Ibnu Katsir Daripada Umar

Bahagian seterusnya ialah bagaimana cara untuk penstrukturan semula fungsi masjid ini.

Kudap Jumaat
Warga prihatin

TV3 lebih mementingkan RM dari kepentingan sosial

00 BYE BYE TV3MENGAPA KLIP BERITA MH370 DIPADAM SEMUANYA?

Ramai pembaca yang bersungut kerana klip video update berita tentang MH370 yang kami paparkan kini semuanya telah tidak dapat ditonton. Kami sahkan memang ianya telah dipadam atas arahan pihak TV3.

Pembaca yang merasa hairan mengapa tergamak dipadam klip berita yang tidak melibatkan unsur komersial dan ekploitasi, tiada edit tambahan dan logo tv3 pun tidak di’usik’ ini?.

Ada golongan yang tiada kesempatan untuk mengikuti perkembangan semasa atas sebab tugas dan sebagainya. Mereka ini perlukan sumber berita yang ‘seharusnya sohih’ dari saluran rasmi. Ini bukan bahan hiburan yang boleh dikomersialkan? Mengapa berita tragedi sedih begini pun tidak diizinkan? Apa sebenarnya yang tv3 cari? Apa sebenarnya matalamat tv3 dalam bersiaran?

PENGALAMAN BERSAMA TV3

Sejak 1995 lagi pengasas RPWP dan jemaahnya telah bekerjasama dengan TV3. Banyak sekali program jemaah telah dijadikan bahan berita dan rencana khas tv3 untuk menarik penonton. Tiada satu pun program yang melibatkan personaliti dan jemaah itu yang dibayar atau menerima sebarang royalti kerana kesemuanya bermatlamatkan kepentingan agama dan masyarakat umum belaka. Semua rakaman itu masih tersimpan hingga kini.

Sesetengah rancangan bersama tv3 memerlukan kami tidak tidur malam, pernah berkampung di kompleks tv3 sejak 6 pagi hingga 12 tengahari untuk mengisi slot khas sepanjang pagi. Bila ada klip penggambaran luar, kami terpaksa membuat persiapan khas yang melibatkan persediaan pakaian, tempat, PA system, jamuan dan sebagainya. Semua rakaman menjadi hak tv3 tanpa sedikitpun royalti maupun sumbangan kos persediaan dari tv3.

Sejak RPWP ditubuhkan banyak juga kami kesan rakaman video kami yang diguna oleh TV3 samada untuk klip iklan khidmat sosial, motivasi dan sebagainya. Kami juga mengesan banyak topik rencana dan fakta dapatan hasil R&D kami yang digunakan untuk mengisi program khas seperti Nona, Wanita hari ini dan slot dakwah. Ada olahan fakta yang kami 100% pasti didapati dari video dan artikel kami, samada secara langsung mahupun tidak.

Sebenarnya bukanlah tv3 ini ada kualitinya sangat di mata masyarakat. Jolokan tv ‘3 suku’ itu sudah menjadi biasa dan sangat popular pun. Sepatutnya tv3 bersyukur kerana Warga Prihatin masih ‘sudi’ memetik berita dari tv3 berbanding dari begitu banyak channel berita lain seperti Bernama, RTM, Astro Awani dan sebagainya. Bukan klip itu dijadikan filem, movie dan dijual pun!..

Ramai juga yang mendesak kami menjelaskan kepada masyarakat perkongsian mereka tentang LAPUKNYA program yang disajikan oleh tv3 ini, namun kami simpan sahaja permintaan itu atas dasar kita ambil yang baik, kita tapis yang buruk. Contohnya, Drama Melayu yang sudah tidak menggambarkan ciri Melayu dan Islam sama sekali. Walaupun untuk berlakun boleh ke ‘beromen’, berseksi seksa keterlaluan begitu? Paling ramai lagi yang bertanya apakah rasional paparan begitu banyak drama filem Filipina yang menjijikkan tidak habis-habis? Ia merosakkan umat terutama anak-anak. Sudahlah bahasa tidak difahami, mesej langsung tiada, pakaian pulak dedah sana buka sini, dah macam filem lucah rupanya?

00 lucah tv3.jpeg2
Contoh kedua ialah rungutan tentang unsur lucah oleh pembaca berita dan para pengacara. Penonton merasa hairan bagaimana boleh terjadi pengacara yang sedang merungkai gejala sosial tetapi pakaian dan gaya gedik mereka sendiri pun ‘macam sial’ aura lucahnya. Gaya dan pakaian para tetamu yang dijemput juga kadang-kadang lebih kepada menggalakkan maksiat, bukannya memadamkan gejala itu.

Ibubapa yang sedang tertekan dengan gejala sosial anak-anak juga ramai yang merungut. Tatkala masyarakat kelam kabut untuk mencegah gejala itu, tv3 pun ikut melapurkan dan konon ingin ikut mencegah. Malangnya tv3 sendiri lebih banyak menekankan program hiburan melampau tanpa memikirkan sensitiviti dan tekanan mendidik yang dihadapi oleh para ibubapa. Program agama hanya alah kadar dan untuk tutup mata sahaja, semuanya bercampur aduk dengan begitu banyak program maksiat.

PANDANGAN KAMI

Pandangan kami tentang siri filem dan drama Filipina, Indonesia dan lain-lain filem yang berbentuk ‘sampah’ itu hanyalah kerana di sebelah petang atau waktu-waktu tertentu itu kurang penonton. Oleh itu tv3 hanya sajikan apa sahaja bahan tangkap muat asalkan MURAH. Soal kesan baik buruk kepada masyarakat itu tiada dalam peduli mereka.

Tentang program maksiat dan hiburan yang berunsurkan lucah itu tidak lain adalah untuk menarik perhatian penonton. Lumrah bagi nafsu manusia itu memang sukakan hiburan. Untuk menaikkan rating penonton, mereka terpaksa gunakan sajian seperti itu. Soal anak gadis akan dinoda, soal bayi akan terbuang, soal anak muda jadi liar itu bukan urusan mereka. Yang penting dapat banyak sponsor dan tv3 boleh untung.

Tentang klip berita yang dipadam ini juga mudah sahaja analisisnya. Jika tv3 ikhlas untuk berbakti kepada masyarakat, mereka seharusnya gembira sebab kami tolong sebarkan bahan berita itu untuk maklumat umum. Mereka tidak habis-habis mencegah masyarakat agar jangan dengar berita yang tidak sah, konon berita mereka yang paling sohih. Mereka mahu kita semua terpacak depan tv jika mahu mendapatkan berita terkini, tinggal kerja, tinggalkan urusan keluarga.

Kita semua tahu yang sebenarnya tiada masalah dengan klip berita biasa. Tindakan bermula bila Warga Prihatin mula mengajak masyarakat memerhati dengan mata hati ulasan teknikal “bersulam tauhid” oleh Kapten Norudin mengenai misteri MH370 ini. Klip itu yang pertama dipadamkan. Tidak susah untuk mencari sebab meengapa yang lain turut dipadam bukan?

Tidak mengapalah, kerana banyak lagi saluran berita lain untuk kita tatap. RPWP sudah tutup terus channel tv3.

Kami tidak langsung berniat untuk bermusuh. Pendirian kami tidak ada siapa yang baik semua dan buruk semua. Lumrah orang yang mengejar duit akan hanya nampak duit. Yang mengejar nama akan hanya nampak nama dan pujian semata-mata. Kami juga ada rakaman dan bukti apa yang kami dakwa.

Ada orang menang kerana dia kaya dan banyak harta, boleh ambil lawyer dan guna kuasa atau pengaruh yang ada. Jangan lupa lebih ramai lagi yang menang kerana mereka hanya ada KEBENARAN DAN BUKTI NYATA. Kebenaran itu ada pada Allah dan Allah hanya berserta dengan orang yang BENAR.

Kita orang kerdil dan miskin memang ibarat timun yang nak melawan durian. Tapi jangan lupa doa orang teraniaya. Masih ingat bagaimana rakyat bangkit apabila penganiayaan sudah melampau batas? Contohnya apabila anak yatim di herdik dan dihina seperti di link berikut,

https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10152479050497786

Walaupun kami hanya ada sekitar 78,000 FOLOWER, namun posting ini mendapat respond seperti berikut,

27,168 SHARE,
21,695 LIKES,
6,181 KOMEN dan
1,821,696 VIEW

Bakinya kami serah kepada minda waras anda untuk mencerna dan menimbang. Semuga pengurusan tv3 masih ada hati dan masa untuk memperbaiki polisi hidup dan amal mereka sebelum semuanya ‘terlambat’.

Tumpuan kita ialah untuk teruskan berdoa agar misteri MH370 ini segera berakhir dengan baik.

#PRAY4MH370 #PrayForMh370 #MH370 #DoaUntukMH370 #doakanMH370

WARGA PRIHATIN.

Rakaman Black Box Adam Air 574 Sejurus sebelum terhempas

Maut boleh menemui kita dalam pelbagai cara. Mari kita dengar rakaman teriakan Allahuakbar oleh krew di saat-saat akhir dari kotak hitam pesawat Adam Air Flight 574 yang telah nahas pada tahun 2007 ini.

Rakaman kotak hitam ini telah di padankan dengan animasi nahas penerbangan dalam program Air Crash Investigation oleh National Geografi.

Kami harap klip video boleh dijadikan satu pengajaran untuk menyedarkan kita agar segera kembali berserah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sementara itu marilah teruskan berdoa agar MH 370 tidak menerima nasib yang sama InsyaAllah.

http://youtu.be/oLrDCK8GVzI

#prayforMH370

Wawancara Menarik MHI dengan Kapten Norudin Abdul Majid – WAJIB TONTON

Wawancara Menarik MHI dengan Kapten Norudin Abdul Majid – WAJIB TONTON

Sepertimana sewaktu menghadapi tragedi Tsunami di Jepun, setiap malam kami bincangkan bersama perkembangan terkini, menilai pelbagai rumusan dan momokan teori mengenai tragedi misteri MH370.

Kami juga ada rujukan hidup yang sangat komprehensif tentang kebergantungan kita kepada Allah dan kebesaran kalimah Allahuakbar dari seorang pesara juruterbang pejuang. Untuk menguji minda, kami cuba pautkan dengan klip pendek tentang teriakan kalimah itu oleh krew pesawat Adam Air Flight 574 yang nahas tahun 2007. Malang sekali ramai yang bukan sahaja tidak sedar, malah ‘mengejek’ animasi video yang dipadankan dengan rakaman suara dari kotak hitam pesawat itu.

http://youtu.be/oLrDCK8GVzI

Dapatan kami sama tepat dengan pencerahan oleh Kapten Norudin ini. Sebelum ini TV3 ada menemuramah seorang lagi pesara Juruterbang yang memberikan kesimpulan yang seakan-akan sama, namun dengan lontaran yang agak ‘reserved’, tidak terus terang seperti ini.

Ulasan yang bercirikan tauhid dari ketiga-tiga juruterbang ini sangat membahagiakan kami. Kapten Norudin dengan berani mengatakan, perlaksanaan perintah Allah telah dengan angkuh didustakan oleh manusia yang merasakan telah cukup hebat dengan ilmunya. Kami perhatikan scenario alam maya ini, yang angkuh itu kebanyakannya hanya tahu sedikit, yang sudah ‘masak’ ilmunya mendiam diri dan semakin tuntuk. Itulah ‘resmi padi’ pada sifat manusia.

Alhamdulillah janji Allah itu benar. Kami yang mengkaji tentang rahsia al-Kahfi amat yakin bahawa Allah tidak tinggalkan kita dari sumber cahayaNya yang asal dan benar. Allah yang telah menurunkan ketetapan dalam kitab itu, dan Allah juga yang memeliharanya melalui rijalul ghaib, para penjaga agama. Mereka sekadar ‘tidur’ dari bertutur kata dan tindak tanduk mereka. Mereka tidak termakan kebatilan yang dibuat manusia atas dasar sunatullah, sunnah alam, kerana situasi tidak membenarkan.

Tragedi MH370 ini telah sedikit sebanyak membuka mata manusia yang selama ini bukan sekadar menutup ‘sebelah mata seperti Dajjal’ malah sudah sampai tahap menutup kedua-dua belah mata terhadap petunjuk dan arahan Allah. Kita sering lihat perintah Allah dinafikan mentah-mentah.

ANTARA YANG MENARIK DARI ULASAN KAPTEN NORUDIN INI IALAH,

• Umat Islam khususnya di Malaysia sudah kehilangan halatuju. Sudah sekian lama ungkapan “Allah sebagai pencipta dan pemilik peraturan” hanya di bibir, tidak ada di hati kita.
• Manusia di seluruh dunia (termasuk kita) terlalu bongkak dengan ilmu dan teknologi yang mereka ada.
• Apabila teknologi berakhir, di situ Kuderat Allah bermula.
• Jika kita sudah keterlaluan merasa pandai, akan sampai masanya Allah ‘perbodohkan’ kita. Kita lihat sekarang manusia seluruh dunia sedang merasa bodoh dan buntu. Di sinilah baru kita berselera untuk mencari Allah.
• Kita seharusnya yakin dan berani menjadi KETUA / koodinator misi ‘find & rescue’, bukan melantik pakar luar.

Tumpuan kita kini ialah untuk mengumpul aura perhambaan, seru seluruh manusia, tidak kira fahaman dan kelompok untuk merendahkan diri kepada Allah. Kita seru agar seluruh manusia zahirkan, buktikan penyerahan itu dengan tulus ikhlas, dengan hati yang murni dan jujur agar terasa hingga ke ‘langit’ bahang aura penyerahan dan pengharapan itu.

Kita selalu ajukan kempen tutup lampu, kempen naik basikal dan tinggalkan jentera bermotor, kempen cegah denggi dan sebagainya. Alangkah baiknya jika kerajaan ‘meminjam’ ketulusan manusia untuk ajukan kempen ‘bertudung labuh’, kempen berhenti maksiat; minum arak, zina, judi, rasuah dan fitnah dengan azam yang mendalam.

Sungguh-sungguh bertudung labuh (bukan selendang dan baju ketat) bagi wanita dan perhimpunan solat hajat bagi lelaki itu bagi menzahirkan aura penyerahan kita sebagai hamba yang sedang memohon pertolongan daripada Allah.

Jika untuk meraikan Taipusam kita sanggup sarung pakaian dan kalung mereka, untuk tahun baru kita sanggup sama-sama gaul mee mereka, untuk mengadap Raja kita sanggup pakai dan ikut protokolnya, semua itu demi untuk menzahirkan rasa ‘hormat’ kita pada mereka, kenapa tidak boleh kita lakukan itu untuk memenuhi protokol Allah?

Oklah, ada masa nanti Insya Allah kami rencanakan apa berita besar yang kami terima dari seorang pesara Juruterbang tentang kehebatan Kalimah ‘Allahuakbar’ dalam arena penerbangan. Bagi yang meminta ulasan tentang isu bomoh, black hole, bermuda triangle dan sebagainya juga harap bersabar. Tidak semua cetusan dan analogi boleh dipaparkan buat masa ini demi menjaga ‘hati-hati’ orang-orang yang terlibat. Kadangkala terpaksa melukakan ‘hati Allah’ demi menjaga ‘hati manusia’.

Buat masa ini kita fokus saja untuk berdoa dengan penyerahan sepenuh-penuhnya bagi mengharapkan pertolongan Allah agar misteri MH370 segera terjawab.

#PRAY4MH370 #PrayForMh370 #MH370 #DoaUntukMH370 #doakanMH370

http://youtu.be/Yln3PsHilPU
Maaf kami terpaksa kecilkan sais video untuk mempercepatkan proses muat naik. Suara wawancara lebih penting dari visual.

MH370 – Berita terkini

doa untuk mh370BERITA TERKINI KEHILANGAN PESAWAT MH370 MAS

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI’UN.

Masya Allah.. Salam Takziah kepada Malaysia dan kesemua warga dunia yang menjadi penumpang pesawat terlibat serta ahli keluarga mereka. Mari kita SEMUA kembalikan segala rujukan untuk kejadian ini kepada Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha mengetahui. Segala kejadian yang berlaku adalah atas kehendak Nya belaka.

Sejak awal pagi kami menerima pelbagai berita berkaitan bencana ini melalui News Feed, inbox, Whatsapp dan sebagainya. Banyak berita yang sama yang berulang-ulang kali dihantar oleh pengirim yang berbeza. Ironinya sebahagian besar dari berita tersebut tidak tepat, bahkan ada yang seolah-olah dipermainkan seperti satu lawak dan aktiviti menyakat ala April fool. Ia bukan saja datang dari orang biasa, malah dari orang ternama dalam bidang hiburan dan ahli politik juga.

MENUDING JARI

Peristiwa yang sama, iaitu Nahas Pesawat MAS di Tanjung Kupang pada tahun 1977 dahulu kini berulang kembali. Ia turut mengorbankan kesemua penumpang termasuk pemimpin negara bertaraf menteri. Atas asbab yang sama, ramai pula yang membuat andaian bahawa nahas kali ini juga disebabkan oleh pengganas.

Sementara keluarga mangsa dan seluruh negara dalam keadaah sugul dan dukacita, masih ada yang tergamak melakukan lawak jenaka dan lebih ramai lagi yang melakukan pelbagai andaian dan tohmahan liar tanpa memikirkan sensitiviti keluarga mangsa.

Ini adalah satu musibah besar yang meragut banyak nyawa, bukan masa melawak dan menunjukkan ketidakprihatinan kita dengan menuding jari kepada pilot, menyalahkan pihak senggaraan pesawat, pihak MAS, pihak kerajaan dan sebagainya.

Pesawat yang sama boleh digunakan selama 25 tahun, sedangkan yang ini hanya berusia 11 tahun. Ia seolah-olah masih ‘dara lagi’, demikian ulasan pakar di TV sebentar tadi. Soal kehabisan minyak semasa penerbangan juga agak mustahil kecuali ada tembakan dan kebocoran tangki. Kredibiliti juruterbang juga tidak boleh diperlekehkan kerana gandingan juruterbang berusia 53 dan 27 tahun itu amat ideal sekali. Oleh itu sukar untuk kita membuat andaian itu dan ini melainkan menyerahkan kepada pakar dan pihak berkuasa.

BENARKAH MATI KEMALANGAN ITU SYAHID KECIL?

Secara logiknya, sesiapa sahaja yang mengalami musibah seperti ini akan menerima simpati yang sangat mendalam dari masyarakat. Kami yakin anda bersetuju dengan hakikat bahawa siapa juga yang menjadi mangsa akan mudah menerima maaf dari apa sahaja dosa yang telah mereka lakukan terhadap manusia. Semuanya atas dasar simpati dan atas dasar kita sendiri mohon dijauhkan dari menerima musibah yang sama dengan mangsa.

Selain dari perkiraan teknikal dalam bentuk pengesanan lokasi, secara logiknya pesawat itu memang telah sah terhempas. Perkiraan paling tepat ialah dengan mengukur jumlah bahanapi yang boleh digunakan berbanding jangkawaktu kehilangan pesawat itu dari menara kawalan. Apapun, berita terkini TV masih gagal mengesan secara sah tentang nahas dan kedudukan bangkai pesawat melainkan menggunakan anggaran berdasarkan bahan berita serta lokasi terakhir perhubungan dengan menara kawalan.

Andaian ini disokong oleh beberapa berita tidak rasmi yang beredar di laman media sosial termasuk dari keluarga mangsa yang bekerja dengan pasukan keselamatan dan mempunyai hubungan rapat dengan sumber berita. Kononnya sengaja tidak didedahkan kepada awam demi mengelakkan situasi panic.

Antara berita tidak rasmi yang menyokong kesimpulan ini ialah dari beberapa petugas pelantar minyak yang mengatakan telahpun melihat nahas itu dan cuba membantu. Mereka tidak dapat banyak melakukan sesuatu kerana kekurangan peralatan dan kedudukan laut di mana pesawat terhempas itu terlalu dalam, dianggarkan lebih 3 km dalamnya.

Ulasan pakar penerbangan di TV3 tadi menyatakan dengan kedalaman lautan itu, adalah amat sukar untuk melihat bangkai pesawat jika ianya tidak terapung. Sekalipun pesawat tidak hancur, ia boleh tenggelam secepat kurang dari 10 minit selepas jatuh ke permukaan lautan.

Kita masih berdoa agar segala berita sedih itu tidak benar selagi ia masih berupa andaian dan perkiraan fizikan dan matematik belaka. Ada baiknya kita letakkan harapan agar ia sekadar di hijak dan dipesongkan ke laluan lain dan mendarat di mana-mana agar dapat peluang kita menemui pesawat dan semua penumpang dan krewnya.

Apapun, jikalah benar ia terhempas seperti yang dijangka, mari sama-sama kita maafkan segala dosa mangsa yang berkaitan dengan kita keseluruhannya. Kita doakan juga agar Allah juga akan mengampuni dosa mereka.

Bagi yang tidak berkesempatan, kami ada bukakan katagori khas untuk mengumpulkan berita terkini termasuk klip rakaman video dari berita TV untuk mengetahui berita mutakhir mengenai nahas ini. SEKARANG INI PUN BEBERAPA RAKAMAN VIDEO BERITA JUGA SEDANG DALAM PROSES UPLOAD.

Silalah klik link group khas ini dari masa ke semasa untuk mengikuti berita terkini.

http://prihatin.net.my/category/article/news/pesawat-mas-mh370-hilang/

Sekali lagi kita ucapkan TAKZIAH dengan lafaz “INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUUN”.

WARGA PRIHATIN
#prayforMH370

Melayu bangsa defensif tapi kurang ofensif

melayu defensifMELAYU BANGSA DEFENSIF TAPI KURANG OFENSIF

Ini adalah soal sosiologi bangsa. Dari sudut sejarah, bangsa Melayu memang bangsa yang tidak pernah menjajah sebaliknya hanya dijajah sahaja. Pendekatan tunggu dan lihat ada pada Melayu. Ciri Melayu yang asal suka mengelakkan pergaduhan dan lebih berbudi bahasa. Itu satu sifat yang sangat positif.

Namun begitu, jangan disangka air yang tenang tiada naga di dalamnya. Jangan cuba usik atau pijak Maruah Melayu, kerana kebangkitan emosi Melayu tidak mampu ditadah lawan. Berparang, bergolok dan berluka, berdarah, bahkan mati sekalipun semuanya Melayu yang beragama Islam ini sanggup jika sentimen maruah dan agama mereka tercabar.

Dalam kebaikan yang ada pada sikap bangsa Melayu ini, ia tetap ada lemahnya. Defensif (bertahan) dalam contoh mempertahankan maruah Bangsa Melayu di atas ialah sebenarnya satu pendekatan pasif. Sikap ofensif (menyerang) pula lebih kepada tindakan pro-aktif.

Malangnya apabila melibatkan agenda membangun sesuatu perubahan yang baik contohnya, Melayu masih mahu menjadi bangsa defensif. Dalam bahasa yang sering kita dengar ialah antara MALAS (defensif=pasif) dan RAJIN (ofensif=proaktif). Itulah kaitan dari segi istilah dan tindakan.

Orang Melayu sering dikaitkan secara generik sebagai bangsa yang malas. Namun tidak semuanya begitu. Contohnya jika orang Melayu diumpamakan sebagai seorang pemburu, mereka akan duduk di satu tempat dan menunggu mangsa masuk ke jerat. Bangsa lain pula lebih ofensif dengan menjejaki haiwan buruan sehingga jumpa lalu ditembaknya. Tidak cukup dengan diri sendiri, mereka sanggup bawa beberapa ekor anjing untuk menjejak dan menghalau buruan. Dalam 1 hari pemburuan, pendekatan ofensif akan mampu menghasilkan jauh lebih banyak dari pendekatan defensif.

DEFENSIF DAN OFENSIF DALAM AGAMA

MELAYU pada asalnya adalah satu rumpun bangsa yang berkulit sawo matang di gagasan Tanah Melayu Nusantara. Dari sudut bahasa, Melayu secara tepatnya adalah istilah Jawa yang membawa maksud lari. Ini adalah istilah agama yang terkait dengan ‘Hijrah’.

Pelbagai suku kaum berpakat membentuk satu rumpun bangsa yang dipanggil Melayu untuk menyatu meninggalkan agama asal mereka iaitu Hindu kepada Islam. Jawa, Banjar, Bugis, Minang, Arab, Malbari dan lain-lain yang telah sepakat berhijrah menerima Islam, ‘lari’ meninggalkan agama lama membentuk ‘rumpun Melayu’. Hal ini terkait dengan ‘penyatuan’ dan ia sangat Islamik (ummatun wahidah).

Budaya agama mereka ketika itu sangat ofensif. Islam berjaya melebar luas hasil penyatuan rumpun bangsa ini. Hampir seluruh negara-negara Nusantara termasuk IndoChina, kecuali Thailand yang bermaksud ‘tanah bebas’ dari penjajahan, telah menerima Islam. Malangnya sifat ofensif itu tidak bertahan lama. Mereka berjaya dilemahkan oleh gerakan ofensif 3 golongan penjajah barat, iaitu Portugis, Inggeris dan Spanyol yang bersekutu untuk menjajah Nusantara. Laluan perdagangan melalui Syarikat India Timur (Vereenigde Oost-Indische Compagnie, V.O.C.) telah berjaya memperdaya Melayu Nusantara sehingga terjajah semuanya.

KEPERLUAN OFENSIF DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

Gejala sosial yang sedang teruk melanda bangsa Melayu Islam kini memerlukan tahap kesedaran yang tinggi. Kita harus bertindak ofensif untuk menanamkan kefahaman dan akidah generasi bagi membendung kerosakan yang lebih teruk. Kita harus terlebih dahulu menampakkan segala bentuk gejala yang bakal menyerang minda dan jasad anak-anak kita sebelum mereka sendiri diperkenalkan oleh pemangsa yang bersifat buaya. Itu gerakan ofensif yang bersifat proaktif namanya.

Hari ini bila anak gadis keluar malam, kita masih lagi menjadi orang yang kurang ofensif untuk membanteras perangai anak gadis kita itu. Namun, setelah anak gadis kita mengandung anak luar nikah, barulah sibapa bangkit mengasah parang. Ada yang sanggup mati menjadi ikon difensif yang membunuh jantan yang merosakkan anaknya. Dari segi keselamatan, langkah amukan itu nampak macam ofensif, tetapi dalam ilmu keibubapaan, pencegahan tadilah sebenarnya ofensif dan menuntut bela itu sudah jadi defensif yang tidak berfaedah lagi.

Sudah mula nampak bukan?

DILEMA SIKAP DEFENSIF DALAM POLA FIKIR MELAYU

Dilema ini turut tergambar apabila kami menulis artikel yang dicetuskan melalui pemikiran anak-anak kami tempohari, contohnya di antara Bot Cina Vs Bot Melayu, Padi Cina Vs Padi Melayu, juga Permainan Bolasepak Vs Bola Keranjang. Kesemua itu adalah cetusan dari sintesis pemikiran anak-anak RPWP sahaja. Kami kongsikannya untuk memberi gambaran polafikir anak-anak hasil dari pemerhatian mereka melalui Program Sekolah Alam. Telah kami katakan itu bukan perbandingan yang konkrit, namun furqon anak-anak itu ada banyak pelajarannya untuk membina Islah bangsa.

Kita akui dan perlu akui, Orang Cina adalah bangsa terbaik di atas mukabumi Malaysia dan dunia apabila kita berbicara tentang ekonomi dan penyatuan. Maka, untuk belajar dari mereka, kita harus nampakkan dahulu apa sahaja sisi baik orang Cina yang boleh kita tauladani itu. Sementara itu kita highlight juga perbandingan sisi buruk pada bangsa kita yang perlu kita perbaiki. Pertemuan titik positif dengan negetif yang bakal kita cantumkan itu yang akan memberikan ‘cahaya perubahan’ kepada bangsa kita.

Namun… Masih ada lagi berulang-ulang perkataan-perkataan defensif seperti…

“Tak semestinya Melayu malas… Tak semua Cina rajin….”
“Tak semestinya main bola keranjang buat kita jadi fokus dalam hidup…”
“Tak semestinya bola sepak itu tiada fokus”
“Kita tak boleh mengagungkan bangsa lain.. Kita mesti bangga dengan bangsa kita…”
“Tak semesti itu, Tak semestinya ini bla bla bla bla and bla bla…”

Itu semua adalah respon defensif bangsa Melayu yang sukar menerima hakikat yang bangsanya sedang lemah dan masih lemah. Kita hanya menjadi pekerja kepada golongan mendatang sahaja. Tidak bolehkah mereka ambil sahaja kebaikan bangsa lain untuk mereka tauladani, selain dari hanya mencari keburukan mereka sahaja.

Satu lagi sikap defensif yang agak negetif pada orang Melayu ialah suka mencari-cari kelemahan bangsa lain, bukan mencari kelemahan bangsa sendiri dan meneliti kebaikan bangsa lain untuk dicontohi. Dalam perkongsian ilmu contohnya, pembaca Melayu suka mencari kelemahan penyampai berbanding mencari apa sahaja pelajaran dan kebaikan dari apa yang disampaikan. Contohnya, kita suka mempertikaikan perkara remeh seperti kaedah penyampaian, gambar hiasan, salah ejaan dan lain-lain lebih dari meneliti pelajaran dan mesej yang disampaikan. Ada juga yang mempertikai penyampai, bukan apa yang disampaikan.

Antara sebab berleluasanya sikap defensif Melayu ialah, kebanyakan kita telah merasakan satu ‘keselesaan’ berada di tanahair sendiri tanpa menyedari akan ada kemungkinan yang tidak kita ingini berlaku, iaitu ‘tanahair’ kita tergadai kepada bangsa lain.

PERIHAL MELAYU YANG BERHIJRAH DAN BERSATU

Kata hikmat “PUASA SIHAT, HIJRAH KAYA” ada kaitannya. Spirit MELAYU sebagai ‘rumpun bangsa Muhajirin’ yang sama-sama ‘berhijrah’ di Nusantara itu sudah luput dari minda generasi kita. Spirit itu telah diambil alih oleh minda hijrah Cina yang merasakan mereka kaum pendatang. Kita juga lihat Cina sangat komited dan patuh dengan pelbagai persatuan, atau ‘kongsi’ mereka. Jadi, tekanan persekitaran hidup sebagai pendatang (Muhajirin/ Melayu/ lari) itulah sebenarnya yang menerbitkan kekuatan ofensif kepada sesebuah bangsa, bukan genetik bangsa itu.

Dengan tekanan hidup di bumi asing itu membuatkan sesebuah bangsa suka dan mudah bersatu dan bekerjasama. Itulah juga asas rumpun Melayu yang telah bersatu di Nusantara ini. malangnya apabila sudah selesa maka semua sekadar bertahan dan mengharap sahaja. Jangan kata nak bersatu, ‘keselesaan’ itu malah membuatkan Melayu menjadi tamak dan saling tindas menindas merebut harta dan kuasa.

Dari sikap selesa itu juga timbulnya malas, merasa selamat, dan tiada usaha lebih dalam membela nasib bangsa atau sekurang-kurangnya nasib keluarga untuk masa hadapan. Kita amat yakin dengan kerja makan gaji, cukup masa, keluar makan tengahari, lepak dengan kawan tengah malam di kedai mamak. Hujung bulan, cucuk ATM, dapat gaji. Kerja 2,3, 10 tahun boleh naik pangkat dan gaji. Ada gred sampai Jusa dan lain-lain yang kita idamkan sudah cukup. Kita tidak memandang serius kepada dunia perniagaan, ancaman akidah, keperluan teknologi dan siyasah lainnya kerana tiada tekanan seperti bangsa pendatang atau yang terancam.

Kerana itu jugalah ramai Melayu di luar negara yang didapati mudah bersatu dalam apa saja persatuan dan mampu membina jatidiri sehingga menjadi sangat ofensif dan berjaya. Malangnya ini tidak berlaku di bumi sendiri.

KESIMPULAN

Jika kita asyik lihat keburukan orang, apakah tauladan yang boleh kita ambil lagi? Sebaliknya, ia akan hanya menjadikan kita bangsa yang sentiasa merasa selesa dan tidak lagi berubah untuk pembaikan.

Kita semua tahu setiap bangsa dan kaum itu ada kebaikan dan kelemahan. UNTUK KITA BELAJAR DARI MEREKA, carilah kebaikan mereka untuk kita contohi dan carilah keburukannya untuk kita jadikan sempadan laku.

Mari sama-sama ofensif. Kita atur diri, bersatu dan berhijrah untuk proaktif mencari uswah kebaikan orang lain dan melakukan pembaikan. Mari buangkan sikap defensif, sekadar duduk berdoa dan berharap sahaja tanpa usaha. Budaya ini sangat menebal di kalangan bangsa Melayu dalam kehidupan harian kita sekarang. Masih ramai yang hanya tahu berdoa, meminta-minta dan mengharapkan pihak ketiga untuk membantu menjayakan cita-cita atau menyelesaikan masalah kita. Buang habit menyalahkan orang lain yang kini jadi kepakaran kita.

Dalam hal agama pun begitu juga. Umat Melayu Islam kini sedang dilanda dengan pelbagai ajaran sesat yang semacam sukar dibendung. Sesetengahnya sampai peringkat yang tak masuk akal. Ajaran yang jelas mengubah kalimah syahadah, menyembah dan mengagungkan manusia, yang menolak terus urusan dunia, yang memutuskan persaudaraan, bahkan yang sampai peringkat menghalalkan pembunuhan pun kita ikuti juga.

Mengapa begitu mudah umat akhir zaman ini terpengaruh dengan pelbagai ajaran sesat? Adalah kerana dada kita kosong dan jiwa kacau. Mengapa dada dan jiwa jadi kosong? Ialah kerana tiada langkah offensif yang proaktif untuk program pengisiannya sejak dari buaian lagi. Kita tidak ofensif dalam urusan itu.

Apabila ajaran sesat sudah meluas dan tidak terkawal, maka barulah kita terhegeh-hegeh dengan tindakan mencegah dan menangkap. Situasi ini sudah tidak lagi dikira offensif walaupun ia seolah-olah kelihatan kita menyerang penyebar dan penganut ajaran sesat atau pesalah jenayah dan maksiat itu. Ia hanyalah sekadar langkah defensif, untuk mencegah kerosakan lebih berat (damage control) sahaja.

Tanpa ada rasa kebimbangan tergadainya tanahair, maka tidak akan ada kekuatan ofensif. Satu langkah yang kemas perlu diambil. Gaya fikir dan perlaksanaan dari defensif kepada ofensif perlu disuntik kepada anak-anak sejak lahir lagi. Semuga usaha, kerja keras dan semangat tidak mudah menyerah dapat segera ditanamkan menjadi satu budaya yang boleh menyelamatkan Melayu dan Islam khususnya di bumi bertuah ini.

Melayu sebenar… tidak hilang. Cuma manusia yang mengaku Melayu hari ini tiada lagi semangat Melayunya. Melayu kini telah hilang ‘Islam’nya.

Banyak bukti yang Melayu sudah tidak mampu untuk mempertahankan (defence) martabat dan kuasa bangsanya sendiri pun, sahingga dimomokkan dengan telahan ‘me-layu’. Melayu kini tidak lagi proaktif dan ofensif seperti makna asal perkataan Melayu yang bermakna ‘berlari’, kerana kini Melayu sudah “terduduk dan merangkak”.

Sesungguhnya ‘the best deffence is offence’.

Kudap Hujung Minggu
WARGA PRIHATIN

Rahsia al-Kahfi 15 – Falsafah Takdir, Qada’ dan Qadar

kahfi 15RAHSIA KAHFI 15 – FALSAFAH TAKDIR, QADA’ & QADAR

Bicara al-kahfi adalah satu bicara tentang pertapaan yang terlindung. Kerana itu, ia sering dikaitkan dengan suatu yang rahsia dan menjadi tanda tanya. Tanda tanya itulah yang membuatkan manusia bingung dan kehilangan arah. Semua ini berlaku setelah kegemilangan agama dilalaikan dan rebah semula, sehingga menjadi sukar difahami oleh umat seterusnya.

Inilah fenomena yang membuka ruang kepada peraih cukai, pengaut untung dan laba dunia, juga pihak pihak yang berhasad dengki terhadap agama menyuntik dakyahnya. Ironinya, fitnah ini akan dilakukan oleh orang yang tahu dan berilmu. Mereka sedar akan perbuatan keji mereka, namun kerana tamakkan laba atau demi menebalnya hasad dengki mereka terhadap agama, maka mereka tutup sebelah mata untuk melakukannya juga. Makhluk bermata satu secara prinsipnya (al-Masih) inilah yang dipanggil Dajjal.

Fitnah inilah yang membuka ruang kepada kekafiran dan keingkaran. Ada yang ingkar kerana kejahilan dan kelalaian, ditambah pula dengan fitnah dan hasutan pihak-pihak yang berkepentingan. Lebih banyak lagi yang ingkar kerana kedegilan, khususnya oleh orang yang tahu dan berilmu.

PERSELISIHAN TENTANG KUANTITATIF

Antara banyak perkara dan fakta yang menyebabkan kita sering berbalah adalah tentang angka, nama orang, nama tempat, kadar dan jumlah. Ia lebih merumitkan lagi apabila melibatkan fakta tentang kisah purbakala yang mana kesemua yang berhujjah tidak ada bersama ketika kisah yang diceritakan atau dihujjah itu berlaku. Fakta yang digunakan hanya berdasarkan proses sampai menyampai berita yang penuh dengan sangka-sangka dari satu penyampai kepada yang lain.

Ada banyak unsur kuantitatif (kadar) yang menjadi perbalahan umat telah Allah nukilkan dalam alquran. Contohnya tentang kedudukan timur atau barat dalam surah al-Baqoroh (tidak di timur dan tidak di barat). Juga telah Allah sentuh soal batas waktu siang dan malam dalam surah al-Muzammil. Allah katakan hanya Allah yang tahu batas waktu itu.

Apa yang ingin ditekankan di situ adalah fakta kualitatif. Bicara timur atau barat itu menuntut kita meyakini bahawa Islam itu untuk semua manusia dan boleh dibangkitkan oleh siapa sahaja dan di mana sekalipun. Itu yang wajib setiap dari kita sedari, fahami, yakini dan usahakannya.

Soal batas waktu siang dan malam juga merupakan mesej mutasyabihat berbentuk kualitatif. Secara geologinya, lain tempat mempunyai batas waktu malam dan siang yang berbeza, namun masih dapat kita ukur untuk mengetahui bila bermulanya malam dan siang itu. Yang Allah katakan hanya Allah yang tahu batas waktu ini ialah tentang perubahan ‘kondisi’ siang dan malam, terang dan gelapnya kefahaman dan perlaksanaan amalan agama ini. Itu yang pasti berlaku secara kualitatif dan perlu kita ketahui dan yakini. Inilah ketatapan kualitatif atau qadha’ Allah yang pasti berlaku dan telah ditaqdirkan.

Dalam surah alkahfi ini juga telah Allah jawab perbalahan tentang kadar atau jumlah itu dan Allah larang kita mendebatkannya secara kuantitatif. Antaranya ialah tentang berapa hari Ashabul Kahfi berada di Gua? Berapa bilangan mereka bersama anjing mereka? Dan sebagainya. Yang Allah mahu kita yakini ialah qadha’ atau kewajipan berlakunya pusingan jatuh bangun, dan tidur jaganya kefahaman dan perlaksanaan agama ini melalui fenomena ashabul kahfi secara kualitatif.

Sebelum tamatnya riwayat kegemilangan agama yang pernah ditegakkan oleh orang terdahulu, pasti berlaku gejala memekakkan telinga serta membutakan mata dan hati kebanyakan dari pewaris agama itu setelah perginya golongan pendakwah yang telah berjaya menegakkannya sebelum itu.

Golongan ini disifatkan sebagai anjing yang Allah analogikan sebagai orang yang hanya menjelirkan lidah sahaja. Disuruh melaksanakan dia enggan dengan menjelir lidah, disuruh keluar juga dia enggan dengan menjelirkan lidah. Inilah analogi kepada sifat anjing yang hina, yang banyak diamalkan oleh manusia.

QS: 7. Al A’raaf 176. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikannya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Manusia yang bersifat anjing yang hina ini boleh ditingkatkan darjat mereka dengan ilmu Allah. Namun mereka juga enggan. Dalam majlis ilmu contohnya, ramai manusia yang disuruh keluar dewan dia menjelirkan lidah tanda enggan, disuruh tekun belajar juga mereka menjelir lidah.

Padahal anjing itu juga mampu dilatih untuk cekap memburu atau menjaga rumah, untuk memberi manfaat kepada pemiliknya. Namun dalam kisah ashabulkahfi ini ia tidak memberi manfaat kepada agama, maka anjing yang dimaksudkan adalah milik kerajaan yang kafir seperti dalam kisah itu. Kerana itu ia amat menakutkan ashabul kahfi.

Inilah perkara yang harus kita fahami dan yakini secara kualitatifnya. Secara kuantitatif seperti berapa ekor anjing?, baka apa? Sais sebesar mana? dan lain-lain itu tidak disuruh kita fikirkan dan perselisihkan kerana tiada keperluannya.

Surah 18. Al Kahfi

11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu

12. Kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lama mereka tinggal

16. Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu

19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada” Mereka menjawab: “Kita berada sehari atau setengah hari.” Berkata: “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada. Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.

22. Nanti mengatakan “ada tiga orang, yang keempat adalah anjingnya”, dan mengatakan: “adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya”, sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan mengatakan: “tujuh orang, yang ke delapan adalah anjingnya.” Katakanlah: “Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui mereka kecuali sedikit.” Karena itu janganlah kamu bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka kepada seorangpun di antara mereka.

23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi,

24. kecuali “Insya Allah” Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini.”

25. Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun.

26. Katakanlah: “Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal; kepunyaan-Nya-lah semua yang tersembunyi di langit dan di bumi. Alangkah terang penglihatan-Nya dan alangkah tajam pendengaran-Nya; tak ada seorang pelindungpun bagi mereka selain dari pada-Nya; dan Dia tidak mengambil seorangpun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan.”

27. Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhanmu. Tidak ada yang dapat merobah kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain dari padaNya.

28. Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

KESIMPULAN

Secara kualitatif wajib diketahui dan diyakini bahawa setiap kebangkitan bakal menemui kejatuhan. Itu fenomena malam dan siang, terang dan gelap secara hariannya. Tatkala kita sedar bahawa agama kita sudah dimusnahkan al Masih Dajjal, maka pastinya kegemilangan itu telah tertidur melebihi separuh dari jangkamasa kegemilangan itu.

Secara kuantitatifnya, jika zaman Isa a.s. dengan Baginda Muhammad SAW itu sekitar 600 tahun, maka pastinya ia telah tertidur lebih 300 tahun. Kerana itulah Islam, agama orang tua kita Ibrahim a.s. yang telah ditegakkan oleh Isa a.s. itu sudah tidak diketahui oleh Nabi SAW serta kaum jahiliyah ketika itu. Itulah yang diceritakan secara kuantitatif dalam surah al-Kahfi ini.

Secara komparatifnya, kejatuhan yang berulang di zaman kita (akhir zaman) yang berjarak lebih 1400 tahun dari kegemilangan Rasulullah SAW ini, pastinya telah ketiduran melebihi 700 tahun. Kerana itulah semakin hari amalan dan kefahaman Islam yang sangat hebat dahulunya, kini semakin luput. Jika manualnya luput, setakwa mana pun kita bakal luput atau batal juga hasil amalnya. Kerana itulah Islam kini sangat tertindas dan tidak menyerlah seperti dahulu.

Dengan keyakinan itulah maka kita akan bersemangat mengikut strategi al-Kahfi untuk bersatu hati menggali semula segala rahsia kitab terakhir yang paling terkini ini untuk sama-sama berganding bahu membangunkannya semula. Tidak ada apa yang harus kita tunggu kerana Allah tidak akan turunkan kitab lain.

Kita semua tahu para nabi itu tidak boleh dilukis. Allah sendiri nukilkan dalam quran bahawa Muhammad itu bukanlah bapa kepada seorang laki-laki. Yang handsome dan indah ialah perlaksanaan agama yang mencantikkan akhlak para nabi dan rasul Allah itu sendiri, bukan dari rupa wajah, tinggi rendah jasadnya. Itu adalah kualitatif bukan kuantitatif.

Begitu juga tentang syaitan, iblis dan musuh kepada agama yang lain. Kenalilah semua al-Masih (Isa, Mahdi dan Dajjal) itu secara kualitatif kerana kita sudah lama tertipu dengan momokan ciri kuantitatif, mengukur besar mana?, tinggi mana? Turun di mana? tentang mereka.

Dalam kita bersangka sangka itu, Dajjal sudah lama berjaya masuk ke rumah-rumah kita. Suami butakan sebelah mata membiarkan isteri berpakaian telanjang keluar bekerja dan bersosial. Bapa tutup sebelah mata seperti Dajjal membiarkan anak tidak kenal agama, anak gadis mengikuti jejak ibunya keluar berpakaian telanjang dan di’rempit’ sang buaya. Bapa dan suami tutup sebelah mata memberi makan keluarga dengan hasil mahsul yang keji dan hina, juga menutup sebelah mata dari mencari ilmu buat mendidik anak isteri seperti perintah yang Esa.

Minda Jumaat Rahsia alKahfi
Warga Prihatin

Transformasi Pendidikan Islam Zaman ini – part 1

ceramah shah alam

TRANSFORMASI PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN INI – Part 1
(Perkongsian Ceramah Warga Prihatin Di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor)

Alhamdulillah, pada minggu lepas kami sekali lagi diundang untuk berkongsikan metodologi pendidikan yang kami amalkan pada anak-anak kami agar ia boleh dipraktiskan oleh mereka di rumah. Y.Bhg Ustaz Shauki, Y.Bhg Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri dan juga Y. Bhg Tuan Haji Saiful bin Nang telah diutuskan untuk mewakili Rumah Pengasih Warga Prihatin.

MEMULIAKAN TAMU DALAM ISLAM

Penganjur mengaturkan agar program bermula jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, rombongan kami tiba di perkarangan Bangunan Darul Ehsan seawal jam 9.04 am dan disambut mesra oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Terima kasih kerana menyediakan kami kotak parkir VIP di bawah kompleks yang memang amat sesak dengan banyaknya kenderaan itu.

Pernah juga kami ke majlis-majlis sebagai jemputan khas sebagai penceramah tetapi bukan nak kata parkir VIP, parkir biasa yang kami dapat hampir 300 meter. Terpaksalah berjalan kaki mengangkut peralatan dalam kepanasan. Tahniah dan terima kasih kepada Kelab Rekreasi dan Sukan JPBD Negeri Selangor yang sangat prihatin terhadap kami, Alhamdulillah.

Seterusnya Kami dibawa untuk sarapan pagi ringkas di sebuah bilik. Untuk ke bilik itu, kami melalui ruang legar yang dipenuhi peserta-peserta ceramah pagi itu yang juga turut sedang bersarapan. Kami tidak bertiga sahaja kerana bersama kami ialah anak-anak (Anak RPWP) kami, Raimie & Irfan yang kami bawa untuk iringi kami dan mengambil video serta menguruskan penataan sistem siaraya dan paparan persembahan multimedia yang berkaitan.

Sekali lagi kami bertiga bersama 2 orang anak yang bertugas diraikan dengan sarapan pagi. Alhamdulillah, konsep Islam dalam memuliakan tetamu sudah berlaku dengan baik di situ.

WANITA LEBIH RAKUS ILMU

Tepat jam 9.30 pagi, kami semua masuk ke ruang dewan ceramah. Ia berupa sebuah bilik sidang yang digunakan untuk ceramah. Di situ kami lihat satu lagi perkara besar. Seolah-olah sebuah kapal yang senget sebelah kerana bahagian wanita dan lelaki bernisbah 4:1 (pada awal program) dan kemudian beberapa lagi peserta lelaki masuk menjadikan nisbah merapat menghampiri nisbah 2:1 selepas itu.

Jelas seperti yang pernah kami coretkan dalam artikel-artikel kami sebelum ini. Golongan wanita sahaja yang kini kelihatan beria-ia mencari ilmu pengetahuan sebagai bekalan menguruskan rumahtangga. Fenomena ini menggambarkan samada kaum wanita yang biasanya terbiar dan tertekan mengurus anak-anak dek kerana Si Lelaki sibuk dengan hobi-hobi atau melobi perniagaan, pangkat atau politik.

Sempat kami mendengar keluhan beberapa orang peserta tentang ada yang hadir ke ceramah itu hanya untuk memenuhi KPI minima 7 jam latihan setahun. Mereka masuk di tengah program dan ada yang tidur tanpa ada usaha menahan diri dari tidur sedikitpun. Dan itu dianggap sebagai HALF DAY merit. Program itu kami teruskan dengan wanita sebagai dominan yang kelihatan berminat untuk mendengar.

Tambahan input lagi dari peserta selepas program berakhir, ada yang mengatakan bahawa kelab sukan dan rekreasi ini akan penuh dengan lelaki untuk program-program berbentuk hobi walaupun tiada pengisian ilmu. Nyata sekali apa yang pernah kami tuliskan, apabila golongan pemimpin tidak kisahkan ilmu dan melebihkan nafsu mereka untuk berhobi-hobian, maka Si Wanita pula terpaksa mencari ilmu sendiri demi anak-anak.

Air (Ilmu) mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah. Sewajarnya si Lelaki yang mencari ilmu untuk mengangkat martabat kepimpinan dalam keluarga dan organisasi. Pulang ke rumah nanti, isteri akan merendah diri dengan segala hormat untuk bertanya ilmu baru dari Sang Suami, maka mengalirlah ilmu itu kepada isteri dan langsung isteri juga alirkannya kepada si anak. Barulah berlakunya perintah Allah dalam surah an-Nisa ayat 34, di mana Lelaki itu pemimpin kaum wanita.

Jika ini boleh diamalkan, tidaklah jadinya nanti suami balik terus duduk sebelah menyebelah tetapi tidak berbicara selain menonton Drama bersiri Akasia pula. Habis drama, tonton berita dan kemudian layan handphone masing-masing sampai penat dan tidur. Esoknya, rutin yang sama berulang. Anak jadi keliru tak dapat input baik dari ibu bapa.

Banyaknya berlaku situasi beginilah yang menyebabkan anak yang dah yatim sebelum yatimnya. Terlalu banyak kes yang dirujuk kepada kami di mana hujung minggu pula, Si Bapa sibuk dengan kelab kereta dan motorsikal, aktiviti memancing ikan, golf dan macam-macam lagi. Kesibukan itu yang membuatkan Si Bapa ini tiada minat langsung dengan majlis ilmu. Jika adapun, kami perhatikan di mana-mana ceramah yang kami hadiri, tidak ramai yang benar-benar memberi tumpuan, kecuali di ceramah politik.

Dr. Masjuki yang pernah cemerlang dalam subjek psikologi manusia agak cekap memerhatikan bahasa badan peserta dengan cara mereka duduk, pegang pen, melihat dan mendengar. Secara bahasa badan, sebahagian besar peserta lelaki yang hadir adalah kerana KPI yang mahu dicukupkan. Mana tidaknya jika ada yang tidur tanpa terlihat sebarang usaha untuk melawan rasa mengantuk, itu tanda besar yang jiwanya tiada di situ.

SOALAN UMUM PERMASALAHAN ANAK-ANAK

Soalan yang diberikan kepada kami antaranya tentang fenomena anak-anak yang ada konflik kasih sayang antara orang gaji dan ibu bapa mereka sendiri. Ini satu lumrah kerana melihat kepada ketidakseriusan golongan bapa untuk mencari ilmu, maka isteri tidak menerima input ilmu juga dari suami, secara langsung anak juga tidak mendapat input ilmu dari si ibu. Maka, komunikasi dalam keluarga tidak lain hanya seperti pengembala dengan kambing-kambingnya sahaja.

Kami juga ingatkan peserta, yang kami hadir bukan sebagai ustaz berwajah halus, berkulit lembut bermulut manis dan memberi ceramah yang membelai rasa dan emosi sahaja. Kami hadir membawa pengalaman hidup selama kami bergelumang dalam pembangunan nilai ketamadunan dalam komuniti kecil kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin semenjak tahun 2005 lagi. Kami akan sebutkan segala apa yang telah kami pegang dan kami usahakan berdasarkan asbab dan perlaksanaan.

Bercakap dari pengalaman tidak sama dengan bercakap melalui hafalan-hafalan kitab. Berpandukan wahyu dari Quran dan juga Sunnah, kami mengharungi manual pembangunan itu dalam bentuk PRAKTIS dan bukan sekadar retorik ceramah yang bersifat kitaran (recycled) yang tak sudah.

Jika anak bangsa sudah dalam kapal yang sedang karam, bahasa lembut tidak lagi berfungsi. Maka kami banyak menunjukkan fakta-fakta dari kajian-kajian kami selama ini. Ada juga kami tayangkan gambar dan video.

Ada yang tergamam seakan tidak percaya tetapi terpaksa percaya kerana ia satu realiti dari bukti hidup. Apabila laluan ilmu dan maklumat tidak berlaku seperti fitrahnya yang mengalir dari tempat tinggi (pemimpin keluarga) sehingga ke tempat rendah (anak-anak) melalui ibunya, maka fungsi rumahtangga akan hilang dan perasaan bosan akan mula melanda.

Apa lagi mahu dibincangkan selepas 10 tahun berumahtangga? Masih belum kenal hati budi? masih nak bertanya apakah warna kegemaran? Ataupun sudah membincangkan permasalahan demi permasalahan anak-anak yang mendesak Sang Suami mencari ilmu bagi menyelesaikan masalah itu. Hasilnya, anak yang terdidik, bukan anak yang diternak.

Jika didik, jadilah manusia
Jika ternak, jadilah anak persis haiwan yang diternak juga.

Persoalan yang dilontarkan oleh seorang peserta lelaki yang agak berumur menampakkan bagaimana kesibukan kerja seharian menghadkan perhubungan dengan anak-anak. Akhirnya akhlak anak menjadi buruk dan tidak terdidik. Solusinya, anak dihantar ke pusat tahfiz. Wajarlah, mengikut statistik kami, pusat tahfiz pada hari ini seperti cendawan percambahannya. Ada pusat yang mengenakan bayaran paling murah RM350 sebulan untuk anak yatim, RM500 untuk asnaf biasa dan setinggi RM1500 sebulan untuk anak golongan berada.

Kemudian dilapurkan dengan cara melepas tangan meletakkan anak kepada pihak ketiga dan mengharap kesemuanya akan OK sahaja asalkan yuran mereka dibayar adalah satu retorik yang agak tipikal. Al-Quran yang dihafaz tidak mampu membina akhlak kerana kebanyakkan pusat tahfiz tidak menjelaskan pelajaran di sebalik apa yang dihafal dan dibaca. Sebenarnya Al-Quran yang dipraktiskan itu yang mampu membangun akhlak, bukan hafalannya. Nabi SAW juga seorang pengamal, bukan sekadar penghafal. Bahkan kerja hafazan banyak Nabi berikan kepada banduan-banduan tahanan sahaja.

Banyak lagi yang mahu kami kupaskan dan kongsikan kepada umum. Tetapi akan jadi terlampau panjang jika semuanya kami huraikan dalam satu rencana.

Selain pelbagai institusi pendidikan, khasnya dari Universiti tempatan, kami juga banyak dijemput oleh jabatan kerajaan, sekolah dan syarikat swasta untuk memberikan perkongsian kami tentang Tips Pengurusan Tabiat Organisasi (OBM), parenting, munakahat, jatidiri bangsa, pendidikan Islam, motivasi, dan banyak lagi cabang sains sosiologi Islam.

Sebelum ini ianya hanya menjadi bahan ceramah tetapi bukan bahan perlaksanaan. Namun, bahasa kami sebagai pelaksana tidak selunak bahasa penyair-penyair yang suka bergurindam tanpa melaksana. Kami nampak agak kasar dengan meniupkan roh perlaksanaan kerana kami nampak Islam perlukan ketegasan, bukan sekadar ceramah-ceramah biasa yang memenuhkan nota dan quota sahaja.

Kami minta maaf kepada penganjur. Kami harap dapatlah penganjur redhakan perkongsian ini kerana artikel ini tiada niat mengaibkan sesiapa tetapi hanyalah untuk menjadi pelajaran kepada yang lain yang tidak dapat bersama pada hari itu. Redhakanlah asbab yang menjadi laluan ilmu kepada yang lain untuk sama-sama membuat koreksi ke arah Islah Islamiah yang kaffah.

InsyaAllah, rahmat Allah untuk anda semua

Dilaporkan oleh
WARGA PRIHATIN

PEMAKLUMAN : TRIP SEKOLAH ALAM KE-7 PANTAI TIMUR.

sek alam 7 pengumumanPEMAKLUMAN : TRIP SEKOLAH ALAM KE-7 PANTAI TIMUR.

Sebenarnya, trip sekolah alam berjarak jauh ini dahulu kami lakukan setahun dalam 2 atau 3 kali sahaja disebabkan kekangan bajet. Sebelum ini kami banyakkan trip yang dekat-dekat sahaja. Alhamdulillah, kini sudah ada bas sebuah, bajet dapat dikurangkan hampir separuh. Pe’nombor’an trip ini kami tanda dari selepas kami memiliki bas sendiri. Jika nak dikira dari dahulu kita lakukan, mungkin ini trip yang entah ke berapa puluh kalinya.

Alhamdulillah, anak-anak masih lagi memberikan input pemerhatian yang tidak putus-putus. Tidak sempat pula kami tuliskan semuanya serentak untuk kami kongsikan kepada umum. Yang Tanjung Karang pun belum habis, Trip ke-3 di Baling juga masih banyak belum dikongsi semua.

Minggu lepas sahaja ada 2 trip jarak dekat secara ad-hoc yang anak-anak menggunakan sebagai input alam. Trip Sekolah Alam ke 5 mereka beraktiviti malam minggu memberi makan dan berkomunikasi dengan gelandangan di Kuala Lumpur. Hari berikutnya ada trip ke 6, hanya berhampiran sahaja dengan RPWP iaitu di Sungai Long. Lokasinya ialah tapak cadangan untuk komplek sekolah alam kami, sebuah hutan pinggir bandar dengan air sungai yang belum dicemari oleh sisa manusia.

TRIP KE 7: KL – KB – KT – KEMAMAN – KL

Itulah perancangan laluan kami. Pada 27 Mac kami telahpun mengajukan mohon perkenan Kebawah Duli Tuanku Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan Darul Naim untuk kami mengadap baginda. Baginda Sultan merupakan idola anak-anak sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang berikhtihar memartabatkan Islam. Kami juga harap, permohonan mengadap ini akan diperkenankan Kebawah Duli Tuanku. InsyaAllah. Jika ada pembaca yang rapat dengan baginda mungkin boleh turut membantu meyakinkan baginda.

Selain dari itu, trip ini akan menelusuri jejak kehidupan beberapa tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang khabarnya sedang sakit pada ketika ini. Maklumlah, homestay tempat kami menginap di Kota Bharu nanti hanya 50 meter dari Rumah Tok Guru. Mungkin kalau dapat bertemu pemimpin-pemimpin budiman mana yang sudi, kami lebih dari berbesar hati. Pemimpin adalah pemimpin. Kami tidak mengira parti politik. Seperti sebelum ini YB Dr. Shafie ADUN Bangi dari parti PAS yang sangat prihatin kepada kami dan kami sangat hormati. Begitu juga kami hormati YB Haji Sulaiman Abd Razak ADUN Permatang yang menolak segala protokol untuk bertemu kami, beliau akrab seperti saudara bahkan turut menghulur bantuan yang beliau mahu kami rahsiakan.

Jika dapat berjumpa MB Kelantan atau MB Terengganu, juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, kami juga sangat berbesar hati. Sekurang-kurangnya, anak-anak Warga Prihatin ada pelbagai input untuk diperhatikan dan dipelajari.

MISI LAWATAN

Misi untuk anak-anak kali ini ialah meneliti sejarah tokoh dan apakah disiplin di sebalik ketokohan tokoh-tokoh ini. Bagaimanakah zaman kanak-kanaknya, bagaimana ibu bapanya, bagaimana pembelajarannya dan sebagainya.

Di samping itu juga, anak-anak akan dibawa untuk melihat kerajinan-kerajinan tempatan seperti batik, songket, gasing, wau, keris dan sebagainya. Ini semua akan memberikan anak-anak bahan untuk mereka sintesiskan menjadi pelajaran yang baik dalam hidup mereka.

Pengalaman menunjukkan bahawa satu trip 3 hari dalam program sekolah alam adalah lebih baik dari 3 bulan belajar di dalam kelas. Ia banyak mencetus kaedah penjanaan benih pembelajaran “dari dalam ke luar (inner out)” serta “dari bawah ke atas (bottom up)” berbanding kaedah penghafalan dalam kelas. Ini adalah antara rahsia mengapa para nabi dan cendiakawan Islam zaman dahulu matang pada usia jauh lebih muda. 1 tahun sistem pembelajaran ALAM boleh menandingi 5-6 tahun pembelajaran KALAM. Itulah yang menjadi panduan kepada kami.

PINTU WAKAF & SEDEKAH

Seperti biasa, tidak mahu kami mengecewakan sekalian pembaca budiman seperti sebelum ini. Ramai yang ingin turutserta dalam projek ini walaupun tanpa jasadnya berkelana bersama, maka kami bukakan pintu wakaf SEKOLAH ALAM 7 ini secara rasminya. Sekurang-kurangnya, ada ruang yang kami sediakan untuk anda bersama-sama kami melalui ganjaran sedekah walaupun jasad belum dapat bersama.

BAGI MEMENUHI PERMINTAAN BEBERAPA PEMBACA YANG ASYIK BERTANYAKAN PELUANG UNTUK IKUT SERTA, MAKA KALI INI KAMI BUKAKAN PELUANG ITU KEPADA BEBERAPA ORANG (FIRST COME FIRST SERVED BASIS). JIKA KAMI TIDAK DAPAT MEMBELI BAS KE DUA, MUNGKIN KAMI AKAN CUBA MENYEWANYA. SILALAH HUBUNGI WAKIL KAMI. Apapun, segala pelajaran hasil dari pemerhatian alam itu nanti akan kami kembalikan kepada keluarga wakif atau penyumbang yang berhak menerimanya dengan penuh barakah, InsyaAllah.

Berikut ini adalah sedikit idea untuk anda mencongak apa bentuk pendanaan yang diperlukan untuk trip kali ini.

– Belanja perjalanan untuk 2 buah bas (1 bas sendiri + 1 bas sewa) dan 3 buah kenderaan marshall, berupa Van dan 4×4 dianggar berjumlah sekitar RM8000.

– Kos makan minum ala kadar sepanjang perjalanan pergi, balik dan di lokasi selama 4H3M untuk sekitar 100 peserta dianggarkan RM5000.

– Seperti biasa, penginapan 3 malam kami hanya dengan penginapan bajet sahaja. Kami akan sewa 2 buah homestay, satu untuk rijal dan satu untuk nisa’. Jika tidak cukup, sukarelawan pengiring bertugas biasa tidur atas bas atau di masjid sahaja. Anggaran sewaan homestay selama 4H3M di lokasi KB dan Kemaman ini dianggar berjumlah sekitar RM3000 keseluruhannya.

Wakaf boleh dalam pelbagai bentuk, samada berbentuk dana, makanan, penginapan, bahanapi kenderaan dan sebagainya.

Namun begitu, prinsip RPWP sejak dahulu memang tidak meminta-minta dengan paksa. Kami tidak meletakkan tabung anak yatim di sana sini. Menyuruh anak kami jual tisu atau bawa tempurung dan resit dengan meminta sedekah di merata tempat jauh sekali. Jika ada yang memberi gula-gula atau duit dengan cara melontarkan ke tanah sepertimana biasa kita lihat di majlis-majlis terbuka juga kami larang anak kami ikut mengutipnya.

Kami membuka pintu sedekah ini untuk memenuhi permintaan beberapa pembaca yang ingin ‘menitipkan’ amalan mereka melalui usaha kami. Allah melarang kita ‘menghalang manusia dari jalan Allah’. Ia juga menamampakkan bahawa sedekah di sisi Islam adalah satu ibadah yang amat besar basmallahnya. Ia perintah dari Allah bagi penerima (amil) dan pemberi, bukanlah ia sesuatu yang menghinakan.

Begitu juga dengan Program Kembara Sekolah Alam ini, ia tidak bergantung kepada dana wakaf semata-mata. Seperti sebelumnya, di mana kami pernah buka wakaf tanah, wakaf kren, wakaf bas, wakaf kembara alam, misi bantuan kemanusiaan dan lain-lain. Kami tetap meneruskan pembelian dan program yang dirancang samada ada yang mewakaf atau tidak.

Kami bukakan pintu wakaf dan sedekah ini sekadar untuk memberi peluang kepada insan-insan prihatin yang tidak berkesempatan untuk berjihad bersama kami dalam jihad pendidikan membentuk generasi ini. Ia juga untuk memberi peluang lebih luas kepada yang masih tercari-cari di mana dan apakah amal anak Adam yang boleh terus menerus dijadikan bekalan amalan selepas matinya, yang jelas halatuju serta bersifat kekal dan lebih pasti hasilnya.

Islam itu berdasarkan misi NAHNIAH dengan berjemaah, bukan bersifat individualistik atau ANANIAH. Dengan membuka pintu wakaf ini juga kami harap lebih ramai yang akan merasakan RPWP ini adalah milik kita bersama. Anak-anak RPWP juga kami wakafkan kepada umum tanpa prejudis. Demi kepentingan generasi, kami minta mereka untuk InsyaAllah hidup bersama anak-anak lain, khususnya wakif dan munfiq yang dikenalpasti. Kami minta mereka berkongsi bekalan pendidikan yang terkumpul melalui semua yang kami usahakan selama ini.

Alhamdulillah, setakat ini, sekadar kerja-kerja mengurus jenazah, tahlil dan doa, atau untuk menceriakan pelbagai majlis dengan kompang, nasyid, gotong royong membantu golongan yang memerlukan dan lain-lain itu memang sudah menjadi lumrah bagi anak-anak RPWP sejak hari pertama lagi.

WAKAF BAS SEKOLAH ALAM KE 2

Selain dari wakaf Kembara Sekolah Alam ini, WAKAF BAS SEKOLAH ALAM juga masih di buka untuk kita dapatkan bas yang ke 2. Kami harap ia dapat menjawab pertanyaan dari mereka yang sering tertanya-tanya. RPWP telah membiayai lebih separuh dari kos pembelian unit bas yang pertama, bakinya telah didanai oleh sumbangan wakaf, Alhamdulillah. Dengan adanya bas milik sendiri, segala program boleh dijalankan dengan lebih murah dan lancar, tanpa terikat dengan jadual pihak ke 3. Lebih banyak program ad-hoc juga boleh disertai dengan adanya bas sendiri.

Dengan itu Jika ada yang berminat untuk mewakaf, bolehlah hubungi kami di talian berikut;

Puan Werda (Mak Long) – 013-5858789 (call, sms & whatsap)
Puan Irawanti – 013-5858460
Inbox ke Page FB “Warga Prihatin” atau email ke: prihatin@live.com
Anda juga boleh buka menu ‘alamat’ di website kami www.prihatin.net.my

Bagi yang ingin mengenali dan bersilatulrahim dengan kami di lokasi juga dialu-alukan. Silalah berhubunglah dengan nombor di atas. InsyaAllah jika tiada aral, kami akan adakan sessi bersilaturrahim di sekitar Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan pada malam 26 dan 27hb. dan di Kemaman pada malam 28hb. Datanglah bersama-sama keluarga untuk berkongsi buah fikiran bersama anak-anak RPWP dan juga penjaga-penjaga mereka.

Anda juga boleh tolong kami forwardkan / share posting ini kepada saudara mara, kenalan yang mungkin mampu membantu misi anak-anak untuk bertemu pemimpin-pemimpin negeri serta sebarang peluang pemerhatian alam yang unik di pantai timur mampu jadi kenyataan.

Terima kasih

WARGA PRIHATIN
Pengelola & Pengasas Program Sekolah Alam