image_pdf

RAHSIA AL-KAHFI 14 – Cantas Sedikit Untuk Membangun Yang Banyak

kahfi 14RAHSIA AL-KAHFI 14 – Cantas Sedikit Untuk Membangun Yang Banyak

Perkongsian rahsia al-kahfi kali ini merujuk kepada fenomena merelakan sedikit pengorbanan dari apa yang kita ada untuk memberi laluan kepada pengembangan yang lebih luas dan lancar. Fenomena ini tidak dapat dielakkan dalam usaha membangun dan menyelamatkan sesebuah organisasi, bangsa maupun agama. Kerana itu ada pepatah yang mengatakan “Biar mati anak, jangan mati adat”.

Apabila kemungkaran sudah berleluasa, apabila ilmu sudah jadi caca merba, dan bermacam-macam gejala akhir zaman ini telah melanda, maka kita perlu kembali meneliti dan menggunapakai hanya yang baik-baik sahaja. Antara analogi lain yang mewajibkan fenomena ini ialah, jika kita tidak sanggup menolak “nila yang setitik, nescaya akan rosaklah susu sebelanga”. Jika kita tidak sanggup menolak “seekor kerbau yang berlumpur, maka bakal terpalit lumpurlah seluruh desa”.

Begitu juga dalam hal pokok. Kita perlu korbankan pokok dan melakukan proses tanam semula apabila pokok sudah mula reput, ataupun apabila taman sudah mula menjadi belukar. Jangan lagi kita buang masa menyimpan pokok yang sudah rosak, tidak produktif setelah menunggu sekian lama. Kita perlu redha dan sabar dalam menangani masalah ini melalui proses tanam semula.

Sila perhatikan ayat-ayat berikut dari surah 18. Al Kahfi ini,

65. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.

66. Berkata Musa (kepada Khidhr): “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”

67. Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku.

68. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?”

69. Musa berkata: “InsyaAllah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun.”

70. Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.”

71. Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhr membocorkannya. Musa berkata: “Mengapa kamu melubangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu KESALAHAN YANG BESAR.

72. Dia (Khidhr) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.”

73. Musa berkata: “Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.”

74. Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidhr membunuhnya. Musa berkata: “Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan SUATU YANG MUNGKAR.”

75. Khidhr berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?”

76. Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku.”

77. Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu TIDAK MAU MENJAMU mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhr menegakkan dinding itu. Musa berkata: “Jikalau kamu mau, niscaya kamu MENGAMBIL UPAH untuk itu.”

78. Khidhr berkata: “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.

79. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.

80. Dan adapun anak muda itu, maka kedua (orang tua)nya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

81. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya.

82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.”

MERENDAH DIRI DAN SABAR UNTUK MENADAH ILMU

Dalam ayat 65 di atas, ingin kami tegaskan semula keperluan kita untuk mengorbankan sedikit ego kita dengan merendahkan diri sebagai hamba jika ingin menerima ilmunya. Ilmu yang asli ialah melalui proses pemerhatian aturan alam ciptaan Allah ini melalui pendengaran, pengelihatan dan hati. Inilah yang dikatakan ilmu laduni. Ia berbentuk furqon ALAM, yang belum di KALAM kan lagi. Ia berbentuk IQRA’, bukan dalam bentuk TILAWAH lagi.

Inilah proses pemberian dan penerimaan ilmu (talaqqi) secara langsung dan semulajadi sebagaimana Nabi Adam a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s, Khidr a.s. dan lain-lainnya (QS: 2.37). Kesemua para nabi telah melalui proses memerhatikan gerak alam untuk berfurqon mencari kebenaran dari tuhannya. Ia satu proses penelitian serta pengamatan yang amat panjang dan berulang-ulang sehingga mampu dijadikan satu hukum, formula, dan ketetapan (dikitab/bukukan) (QS: 3.1-4).

Kerana itu ia memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi. Lebih tinggi tahap kesabaran, lebih tinggi tahap dapatan ilmunya. Sila rujuk Siri KAHFI 8 dan 9

http://prihatin.net.my/2014/01/10/minda-jumaat-rahsia-al-kahfi-8/
http://prihatin.net.my/2014/01/17/minda-jumaat-rahsia-al-kahfi-9/

Sila rujuk juga terjemahan ayat 1-7 surah 96, al-Alaq, surah pertama yang bermula dengan kata iqra’ itu. Dalam surah ini Allah mahu mengajar manusia yang sudah tidak tahu apa-apa lagi (ALLAMAL INSANA MA LAM YA’LAM). Malangnya ramai manusia merasa diri mereka serba cukup dan tidak lagi perlu merujuk kepada kitabullah. Inilah sikap thogho yang menjadi penghalang kepada proses pengaliran ilmu. Akhirnya kita kekal menjadi golongan jahiliyah dan merugi selama-lamanya.

Dalam ayat 65 ini juga digambarkan bahawa ilmu itu diturunkan kepada golongan yang terlebih dahulu merendah diri dan mengabdi kepada Allah tanpa banyak soal. Kerana itu, secara otomatik, kita yang masih jahil ini digambarkan sebagai golongan yang pernah thogho. Satu-satunya sumber yang ada ialah daripada golongan hamba-hamba, yang sedang dipandang hina dina, tiada pangkat dan harta (QS: 11.27).

Dalam ayat-ayat di atas dapat kita lihat bagaimana Nabi Musa a.s. telah jadikan contoh untuk tabiat menuntut ilmu yang tidak baik ini, iaitu memandang rendah dan menegur tindak tanduk gurunya. Atas sebab itu jugalah kita akan mudah memperlekeh ilmu yang didapati secara laduni oleh penyampai ilmu dalam katagori ini. Di situlah mudahnya berlaku gejala durhaka dan sikap biadap terhadap penyampai ilmu, tambahan pula jika pencarian melalui alam maya dan tidak bersemuka. Ini telah menjadi sunnah sejak dahulu kala lagi untuk kita ambil pelajaran.

KORBANKAN SEDIKIT AGAR YANG LAIN SELAMAT DAN BOLEH MEMBANGUN

Terlalu panjang untuk dihuraikan satu persatu dari ayat-ayat yang kami petik di atas. Untuk siri ini kami hanya ingin menarik perhatian anda akan keperluan pengorbanan dalam usaha untuk membangun semula suatu yang hak dan telah luput dari kita ini. Jelaslah tindakan siyassah seperti yang dilakukan oleh nabi Khaidr a.s. itu akan dilihat sebagai zalim dan kafir bagi orang awam yang tidak berilmu.

Kisah kezaliman membocorkan perahu dalam Ayat 71 adalah kerana mengelakkan pertembungan dengan kezaliman yang lebih besar, yang bakal menyebabkan mereka kerugian semuanya. Kezaliman membunuh anak yang dipandang tidak terkait dengan ‘qisas membunuh’ dalam ayat 74 itu pula untuk mengelakkan anak itu menjadikan kedua orang tuanya kafir dan sesat.

Adapun kisah membina dinding rumah tanpa mengambil upah itu juga merupakan satu pengorbanan dalam bentuk amal. Mereka rugi sedikit tanpa mendapat upah, tetapi dapat menyelamatkan harta anak yatim yang lebih berharga. Khidr a.s. melakukannya dengan ilmu, bukan dengan kehendak dan kepentingan diri sendiri. Hari ini kita semua tidak akan sanggup melakukan sesuatu apa jika tiada pulangan secara langsung kepada diri kita sendiri. Kita terlalu berkepentingan diri.

KESIMPULAN

Rendahkanlah diri dan banyakan bersabar jika ingin mendapatkan ilmu. Hentikan segera tabiat suka menghukum dan mengkafirkan murobbi sebelum diperjelaskan isi pelajaran dari mereka secara berdepan. Ingatlah, tabiat ini akan menjadikan kita insan durhaka dan akan kerugian selamanya.

Sebaliknya jangan pula terlalu sayang untuk menafikan hak diri, untuk menghukum, bahkan mematikan golongan yang jelas akan merosakkan masa depan agama dan bangsa. Hari ini nak dedahkan maklumat penjenayah pun kita takut. Masing-masing bersilat konon nak jaga aib, nak jaga maruah penjenayah dan sebagainya. Kita tidak pernah fikir siapa yang nak jaga aib agama, bangsa dan negara yang telah dirosakkan oleh golongan ini di mata dunia.

Untuk membangun peradaban agama bangsa, kita harus sanggup berkorban harta. Samada kita berikan apa yang kita ada, atau kita tidak ambil upah yang seharusnya boleh kita ambil bila ada keperluan untuk membangun sesuatu yang hak dan benar untuk kepentingan umum.

Di RPWP sendiri contohnya, kami buat saja apa yang perintahkan Allah dalam quran dan hadis, contohnya dalam urusan infaq, zakat, korban, aqiqah dan sebagainya. Sementara itu, semua sukarelawan dan pengasas yang melakukan kerja pembangunan maupun pengurusan harian juga melakukannya tanpa mengambil upah dan komisyen untuk diri maupun keluarga sendiri. Segala hasil mahsul dikumpulkan untuk kegunaan pembangunan RPWP. Masing-masing hanya cukup mengambil sekadar keperluan diri sahaja.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan pengorbanan itu, Allah tunjukkan juga hasil baik darinya. Semuga dapat kita sama-sama kembangkan pedoman ini dalam kelompok organisasi, keluarga dan negara kita, bagi yang sudi. Selamat mencuba.

Kudap jumaat – Rahsia al-Kahfi
WARGA PRIHATIN

Sekolah Alam ke 4, Bah 4 – Yang Berhormat Yang Berkhidmat

sek alam 4 bah 4YANG BERHORMAT YANG BERKHIDMAT

Pada malam pertama kami berkampung di Amin Homestay, kami merencana satu majlis santai sambil memanggang ikan-ikan yang dibeli oleh anak-anak petang tadinya. Adab masuk ke kampung orang Jawa, beri salam dahulu kepada Wak Lurahnya (ketua kampung). Lalu kami tanyakan kepada pemilik Homestay, Wak Amin dan beliau pulangkan soalan kepada kami…

“Wak Lurah ada dua, nak yang PR atau nak yang BN?”

Kami tidak partisan, kami katakan kepada Wak Amin, jemput sahaja kedua-duanya. Namun yang hadir hanyalah Wak Lurah BN. Kami harap sangat, kedua-duanya juga hadir malam itu kerana kami sukakan keharmonian dan penyatuan. Malangnya, Wak Lurah dari PR tidak hadir malam itu.

Apa yang mengembirakan kami adalah apabila ADUN Permatang, YB Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak sudi menjengah dengan sangat kasual tanpa protokol dan tanpa sambutan. Ketika itu suasana sedang meriah seperti di malam hari raya. Sebahagian dari kami sedang menunjukkan anak-anak bermain meriam karbaid yang dibuat dengan kelongkong sepanjang 3 meter. Bergegar jugalah kampung dengan gegak gempitanya meriam tersebut di malam itu.

Tiba-tiba diberitahu YB datang. Maka masing-masing kelam kabut hentikan serta merta permainan meriam dan “sorokkan” karbaid. Macam tidak ada apa-apa lalu masing-masing bergegas untuk terus bersalaman dengan YB.

Anak-anak yang lain turut gembira dan beratur apabila diumumkan oleh Deejay majlis bahawa lelaki berkemeja ringkas itu ialah YB kawasan itu. Ringkas dan sederhana beliau hadir tanpa kamera yang mengambil gambar, tiada juga pengiring sampai sekapal. Beliau hadir dan duduk di kerusi plastik tidak berlapik dan tidak bertanda nama serta makan juga dipinggan plastik yang tiada khusus untuk seorang VIP.

Kami pula yang jadi keseganan kerana yang hadir ialah seorang pemimpin dan kami langsung tidak buat persediaan untuk kehadiran seorang VIP. Kelihatan di meja, beliau mesra berbual dengan wakil kami Saudara Yazid Majid dan ditemani oleh Ketua UMNO Parit Serong, Wak Rahman dan juga Wak Lurah. Sempat juga kami aturkan anak-anak untuk menyampaikan 3 buah nasyid buat meraikan kehadiran pemimpin prihatin itu.

Subhanallah.. baru dapat kami saksikan bahawa rupanya beliau adalah seorang YB yang terbuka. Walaupun bertiketkan BN, tetapi beliau juga tidak menafikan kebaikan lawannya dan dalam masa yang sama, tidak menafikan kelemahan parti yang diwakili beliau. Terbuka untuk mengambil pelajaran untuk yang baik dari lawan dan perbaiki parti yang diwakilinya pula. Ini jelas dilihat dari ucapan ringkas dan sepanjang perbualan beliau dengan wakil kami.

Semua hadirin terdiam dan terharu apabila mendengar bait-bait ucapan YB yang amat ringkas dan padat itu. Bicara beliau bernada sangat sayu dan penuh kesedaran di malam itu. Antaranya menyentuh tentang keruntuhan akhlak anak bangsa yang sudah ke tahap sangat parah. Beliau menyatakan rasa syukur masih ada segolongan insan yang prihatin dan sanggup ‘berhabis’ melaburkan segala kepentingan dunia untuk melakukan ‘sesuatu’ untuk memperbaiki keadaan.

Akhirnya beliau dengan rendah diri menawarkan untuk membayar bil penginapan sebagai menyatakan rasa syukur sebagai tuan rumah yang menerima kami sebagai tetamu. Beliau juga dengan terbuka meluahkan hasrat untuk mempelajari rahsia kejayaan pembentukan akhlak anak-anak, sepertimana yang telah beliau saksikan itu secara langsung di RPWP.

Kami tidak kisah apa yang anda mahu kata tentang parti mereka. Sekali lagi, kami bukan partisan. Hatta jika ada YB Pakatan yang hadir juga akan kami salam dan sambut mereka dengan mesra.

Ucapan beliau disambut oleh Pengetua RPWP Tuan Haji Dr. Masjuki Mohd Musuri dengan menyatakan secara ringkas konsep dan prinsip RPWP. Turut disampaikan juga mengapakah RPWP sangat serius dalam perjuangan membentuk akhlak generasi, mempromosikan perpaduan dan sangat mengecam perpecahan.

Dr Masjuki katakan bahawa YB Haji Sulaiman adalah seorang yang sangat rasional dalam penerimaan dan mengakui, perpecahan sudah jadi satu perkara kritikal yang merosakkan anak bangsa tanpa kita mampu lakukan apa-apa. Kedua tangan telah diguna untuk bertarung, apakah lagi tangan yang tinggal untuk membantu anak bangsa yang sedang lemas?

Ucapan balas Dr. Masjuki kemudian dibalas semula oleh YB dengan pengumuman peruntukan RM5000 lagi untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan pembangunan RPWP. Sempat lagi beliau berpesan kepada kami agar pemberian itu dirahsiakan. Kami lihat ini adalah amal jariah dari seorang YB yang berjiwa prihatin, bukan pemberian politik kerana kami semua dari Kajang, tidak seorang pun daripada kami berasal dari kawasan itu. Sekiranya kami suka dengan beliau sekalipun… kami tak boleh bantu beliau untuk mengundi di Tanjung Karang.

Kami berbesar hati tetapi untuk YB, kami minta maaf jika terpaksa kami dedahkan kebaikan YB untuk dijadikan contoh kepada khalayak yang lain. Sebelum YB pulang, sekali lagi YB menyatakan azam untuk hadir sendiri ke RPWP dalam jangkamasa terdekat.

Kami dan anak-anak sentiasa mendoakan agar YB prihatin ini diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk menjadi contoh pemimpin berwibawa, bersama-sama membangun generasi sejahtera di tanah air tercinta ini. Kami yakin penduduk setempat lebih kenal beliau dan kemenangan beliau bukan semata-mata atas kredibiliti parti yang beliau wakili, tetapi juga kerana sifat keprihatinan beliau itu.

Jika ada yang membenci parti wakilan beliau, ingatlah… dalam setandan pisang, tidak semuanya buruk dan tidak semuanya elok.

PELBAGAI PENGALAMAN BERSAMA YB

Suka kami kongsikan pengalaman terkumpul sejak 9 tahun penubuhan RPWP bersama 3 YB kawasan ini. yang pertama YB UMNO, seorang bekas pensayarah yang sukar ditemui dan suka menyendiri. Sumbangan kewangan jauh sekali. Jam 9 malam rumah beliau sudah gelap dan berkunci. YB kedua adalah dari PAS. Beliau sangat mesra dan berjiwa rakyat. Sewaktu rumah kami kebakaran, beliau dan ketua kampung sampai lebih awal dari bomba dan polis. YB ke tiga hanya sempat kami temui di tepi jalan sehari sebelum pilihanraya dan belum sempat kenal mengenal sampai kini. Sila layari klip video dari ulasan YB ini,
http://prihatin.net.my/2013/07/03/pengiktirafan-khusus-buat-rpwp/

Pengalaman kami sewaktu mengajar anak-anak erti bantuan kemanusiaan, melakukan program bantuan kemanusiaan di Manong Perak, juga menampakkan kepincangan. Seorang ibu tunggal dengan 2 anak kecil terpaksa merengkok kedinginan selama 1 minggu bersama 2 warga emas yang sakit dan kurang upaya (OKU). Mereka terpaksa berhujan sepanjang minggu kerana rumah mereka musnah ditimpa pokok tumbang. Alhamdulillah seluruh tenaga digembeling dan baikpulih siap seharian itu juga, seadanya.

Ironinya, dari jiran tetangga, ketua kampung, jemaah masjid, ADUN, MP, bahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat semuanya tidak ambil peduli untuk membantu. Sewaktu kami bekerja membaiki rumah dan membersih kawasan hari itu, datang seorang dua wakil wanita dan YB kawasan. Sedikit lawak apabila keesokkannya semua warong menceritakan kehebatan YB yang begitu cekap menghantar ‘orang dia’ untuk misi bantuan itu… kami pun tidak kenal siapa YB kawasan itu. Minta peruntukan jauh sekali.

http://prihatin.net.my/2013/11/28/perkongsian-ilmiah-misi-kemanusiaan-memanusiakan-manusia/

FENOMENA PENYATUAN & PERPECAHAN

Dalam pada orang Cina bersatu berkongsi-kongsi membeli bot besar sementara orang Melayu masih sendirian dan hanya mampu membeli bot kecil. Dalam pada orang Melayu mengasingkan diri di tengah sawah di rumah tunggal, sedangkan Orang Cina bersatu dan menyatu dalam kem-kem penempatan berpusat. Siapakah yang lebih berjemaah? siapakah yang lebih bersatu?

Adakah kerana politik… kita masih mahu berpecah. Tangan yang dua ini dah disibukkan dengan bercakaran, mulut pula dibazir untuk maki dan nista… adakah lagi tangan untuk dihulur ke air untuk dipaut oleh anak bangsa yang sedang LEMAS. Demikian isi bicara ringkas YB yang sangat merendah diri dan berjiwa rakyat ini.

Kami kongsikan berita ini kepada anak-anak yang Kampung Parit Serong ada 2 orang ketua kampung. Namun anak-anak tidak terkejut kerana fenomena dua ketua dalam satu kampung ini sudah menjadi lumrah yang menyeluruh di negara ini, termasuklah di Sungai Ramal, Kajang ini.

Terkait seperti di kembara Sekolah Alam 3 di Baling yang kami kongsikan sebelum ini, ada surau PAS dan ada surau UMNO yang jarak antara keduanya hanya beberapa ela. Kami bawa anak-anak solat di surau PAS kerana ia paling hampir dengan rumah itu, namun tuan rumah yang kami ziarahi tidak ikut ke surau itu, malah bersolat di surau UMNO dengan melintasi surau PAS.

Di parit Serong kelmarin, tidak pula kami perasan ada surau berasingan, kami harap ia benar. Namun kami masih dukacita kerana masih ada 2 orang ketua mengetuai satu kampung yang sama.

Anak-anak bertanya…

“Bukankah dalam program Jumaat, ayah-ayah beritahu 1 kapal hanya ada 1 nakhoda. 1 jemaah hanya ada 1 imam sahaja, bagaimana jika ada 2 orang ketua… dua orang imam dalam satu kampung.. mana satu nak diikut?”

Itu jawapan yang sukar dijawab. Kami serahkan dahulu kepada anda kerana insyaAllah kami akan ulas lanjut jika berkesempatan tentang fenomena perpecahan yang LENGKAP dalam komuniti Melayu yang beragama Islam kini.

Input jamaie dari Anak-anak & Murobbi
WARGA PRIHATIN

Sekolah Alam ke 4 Bah 3 – Mengapa bot nelayan Cina lebih besar

sek alam 4 bah 3Pemerhatian Sekolah Alam Sesi 4: Bahagian 3
MENGAPA BOT NELAYAN CINA LEBIH BESAR?

Semasa di dalam bas pulang dari jeti nelayan Melayu dan Cina di sekitar Bagan Pasir, Tanjung Karang kami melakukan sessi “rounding” seperti biasa untuk bertanyakan pemerhatian anak-anak di dalam bas dengan bantuan pembesar suara.

Anak-anak memberikan pemerhatian yang menarik soal perbandingan bot nelayan Cina dan bot orang Melayu. Ia menjadi satu topik pemikiran yang di luar jangkaan. Anak-anak bertanya seperti sekumpulan wartawan menemubual Vladimir Putin yang baru mendarat di Malaysia.

Dari soal harga bot, keupayaan bot, sehingga membawa kepada persoalan tentang siapakah pemiliknya juga menjadi isi pertanyaan anak-anak kepada nelayan Melayu dan Cina di sana. Rumusan yang menarik yang anak-anak buat ialah…

Orang Cina mampu berkongsi 10 orang untuk beli sebuah bot bernilai RM3 Juta dan mampu menangkap ikan dengan teknologi dan kapasiti yang besar lalu menghasilkan pendapatan sekitar 10 tan. Orang Melayu membeli bot kecil sendirian dan hanya mampu sebuah bot bernilai RM300,000 tetapi hanya mampu membuat tangkapan sekitar 100-300 kg sahaja (nilai hanya sebagai perbandingan sahaja dan bukan jumlah tepat).

Dengan perkongsian itu, Orang Cina mampu mendapatkan pendapatan bersih jauh lebih tinggi walaupun berkongsi dan Orang Melayu yang sendirian begini hanya mampu menjadi nelayan pesisir pantai sahaja dengan pendapatan yang rendah.

Soal utama ialah…KONGSI. Murobbi menambah, Orang Cina ialah kaum mendatang dan mereka terpaksa bersatu untuk survival mereka di tanah asing. Maka dengan penyatuan itu mereka mampu menjadi kuat dan kaya. Mereka jadikan tekanan hidup sebagai motivasi untuk bersatu, bekerjasama secara perkongsian dalam membangunkan diri bersama masyarakat mereka. Lihat sahaja, Orang Cina tinggal di Kem penempatan berpusat dan berjiran tetapi Orang Melayu tinggal sendirian di sawah masing-masing, 1 sawah, 1 rumah.

Ini agak jauh berbeza berbanding “Tuan Tanah” yang tidak melihat penyatuan dan perkongsian itu satu kemestian. Orang melayu selaku penduduk asal negara ini yang merasa selamat dan selesa. Di samping itu orang Melayu banyak menerima bantuan dari kerajaan dalam pelbagai bentuk dan rupa.

KREATIVITI IQRA’ ALAM

Agak menarik juga pemerhatian anak-anak ini untuk kami sebagai murobbi fikirkannya. Kami tersentak namun kami bangga dengan pemerhatian mereka. Anak-anak dalam program Kembara Sekolah Alam telah kami ajarkan secara semulajadi tentang “Teknik Iqra”. Iqra BUKAN bermaksud BACA tetapi KAJI. Jika tidak, mengapa ada perkataan TILAWAH yang juga bermaksud BACA.

Tilawah ialah BACAAN TEKSTUAL sementara iqra ialah BACAAN KONTEKSTUAL. Sebab itu, semasa Jibrail A.S menyuruh nabi iqra walaupun tiada lagi sepotong ayat diturunkan. Kerana Jibrail A.S mahukan Nabi Muhammad SAW untuk iqra keadaan masyarakat dari luar jendela kecil Gua Hira memerhatikan sosiologi masyarakat jahilliyah yang sudah punah.

Selepas selesai proses iqra’, setelah mendapatkan furqon, barulah ayat berikutnya turun. Selepas diturunkan ayat ayat itu, barulah berlaku proses TILAWAH. Demikian juga proses yang kami anjurkan. Anak-anak dalam program Kembara Sekolah Alam ini dianjurkan untuk mengkaji setiap sesuatu yang mereka lihat dan perhati. Task selepas ini ialah untuk mereka membaca teks yang terkait dengan konteks pemerhatian sepanjang kembara sebelumnya. Ini cukup untuk memberikan mereka pengisian bahan pembelajaran untuk jangkamasa tidak kurang 1 bulan selepas itu.

KESIMPULAN

Pelajaran paling besar yang ingin kami kongsikan di sini ialah soal tekanan alam yang mendorong kepada kerjasama (perkongsian). Apa yang dilihat dan dibincangkan oleh anak-anak dapat kami kaitkan dengan budaya dan cara hidup Islam yang sedang diamalkan oleh orang Cina, namun dinafikan oleh orang Melayu Islam itu sendiri.

Kami turut kaitkan dengan apa yang mereka lihat di RPWP itu sendiri adalah satu budaya kerjasama dan perkongsian. Tidak mungkin seorang individu, sekaya mana, sebijakmana dan sekuat mana sekalipun ia mampu membangun dan menguruskan RPWP dengan sempurna dan berkembang tanpa penyatuan beberapa pengasas secara berjemaah. Perkongsian dalam bentuk visi dan misi, dalam bentuk sumbangan dana, idea dan tenaga adalah menjadi kunci utama RPWP.

MELALUI PROGRAM Kembara Sekolah Alam ini Allah telah buktikan lagi kepada anak-anak bahawa ‘perkongsian’ ini sahaja pilihan yang ada jika kita ingin maju. Sentiasa kuatkan spirit NAHNIAH (berjemaah) bukan ANANIAH (keakuan/peribadi) kerana sabda nabi SAW, “TIDAK Islam tanpa jemaah”. Kami ajak anak-anak untuk merujuk kepada permohonan hidayah secara berjamaah, secara KAMI bukan AKU dalam Fatihah yang kita ulang-ulang baca 17 kali sehari dalam solat itu.

Nantikan perkongsian seterusnya selagimana kami masih mampu untuk mengingati dan kongsikannya. Terlalu banyak dan terlalu berharga untuk kami kembalikan hasil furqon itu kepada semua wakif (pewakaf) dan munfiq (penginfaq) yang bersedekah untuk membenarkan program Sekolah Alam ke-4 ini. Semuga apa yang kami kongsikan mampu memberi sedikit hidayah kepada kita semua untuk sama-sama berusaha mendidik dan mengatur anak generasi buat mengubah persepsi dunia terhadap ISLAM dan MELAYU.

InsyaAllah, destinasi seterusnya ialah SEKOLAH ALAM-5 di KELANTAN & TERENGGANU.

Untuk Sekolah Alam 5, anak-anak sangat berhajat menemui Sultan Muhammad V (akan kami cuba usahakan) dan juga Tuan Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mantan MB Kelantan). Rakan Prihatin yang ada cadangan tempat-tempat dan event menarik untuk dilawati bolehlah mula menghulurkan maklumat ke inbox kami.

ALHAMDULILLAHI ROBBILALAMIN – SEGALA PUJI BAGI ALLAH PENGATUR ALAM.

Cetusan anak-anak Prihatin
Ditulis semula oleh
WARGA PRIHATIN

Sekolah Alam ke 4: Bah 2 – Anak Melayu Main Game, Anak Cina Main Kotor

sek alam 4 bah 2Pemerhatian Sekolah Alam Sesi 4: Bahagian 2
ANAK MELAYU MAIN GAME, ANAK CINA MAIN KOTOR.

Kembara Sekolah Alam menyinggah di Jeti Nelayan Bagan Pasir. Kami beri tugasan anak-anak untuk membuat pembelian ikan untuk dimasak pada majlis keraian silatulrahim bersama penduduk setempat malam hari pertama kami di Tanjung Karang. Mereka belajar cara untuk tawar menawar sehingga mendapat harga terbaik dari peraih.

Semasa di dalam bas ketika perjalanan pulang ke homestay, seperti biasa murobbi bas bertanyakan tentang perkongsian pemerhatian dari anak-anak. Namun, pertanyaan murobbi tentang hasil pemerhatian anak-anak ini dijawab dengan sebuah soalan cepu emas.

Anak sebesar 8 tahun bertanya, mengapa orang Cina membawa anak kecil bekerja? Lalu dikongsikan kepada anak itu oleh seorang kakak yang berusia 12 tahun tentang konsep “Belajar dari buaian sehingga ke liang lahad”.

TOLABAL ILMI WALAU BISSIN – Tuntutlah ilmu walaupun dengan Cina’

Pendedahan alam di RPWP berlaku sepanjang masa. Setiap hari ada sahaja anak-anak yang kami bawa keluar samada untuk menghadiri majlis, membeli bahan binaan, alatganti kenderaan yang sedang kami baiki di bengkel kami, maupun membawa anak-anak ke workshop Cina untuk jenis baikpulih yang tidak kami lakukan sendiri seperti penjajaran tayar dan sebagainya.

Adalah terlalu lumrah bagi anak-anak kami memerhatikan anak-anak Cina tahap tadika yang duduk bertenggek di kerusi tinggi dekat meja kaunter pembekal borong untuk membantu mengira dengan kalkulator. Juga terlalu biasa melihat anak-anak Cina tahap sekolah rendah atau menengah bawah yang membantu ayah mereka membuka, menampal dan menimbang tayar kereta.

Seorang anak RPWP yang telah bakal menamatkan pengajian di universiti sempat memerhatikan pengambil alihan perniagaan pembekal besi buruk yang kami langgani. Sebelum ini rakan sebaya mereka kelihatan membantu urusniaga perniagaan besi buruk.

Hari ini bapa mereka tidak sering lagi kelihatan di pusat pengumpulan besi itu. Ia telah diambil alih sepenuhnya oleh anak beliau 3 beradik, 2 lelaki dan 1 perempuan. Padahal kesemuanya memiliki ijazah belaka. Bapa mereka kini telah beralih mengusahakan bengkel kenderaan dan menjual kenderaan/jentera terpakai pula. Semua itu berlaku depan mata anak-anak kami selama 9 tahun memerhatikan alam sewaktu bersama kami mengurus RPWP.

Anak Cina tidak dimanjakan dan mereka bawa anak-anak mereka bekerja. Pandangan ini agak biasa di sepanjang pemerhatian Sekolah Alam Sesi 4 ini. Orang Cina bawa anak untuk dijaga sendiri di tempat kerja. Ada juga anak yang telahpun membesar tetapi masih bermain di lingkungan tempat kerja ibu bapa mereka. Anak-anak juga terpaku melihat anak Cina seumur 10 tahun sedang membuat urusniaga jual beli dan jarinya pantas benar menekan punat-punat calculator.

Wajarlah mereka menjadi bangsa hebat tidak kira di mana mereka berada di dalam dunia ini. Pada ketika anak 10 tahun mereka sedang berbusuk-busukan dengan bau udang jeragau, tiram dan hanyirnya ikan, di manakah anak kita berada?

Di panggung wayang? di arked? bertafakur dengan ipad mereka? menonton Astro Ceria?

Fenomena ini dikaitkan pula dengan pemerhatian yang sama oleh anak-anak sewaktu Pembelajaran Alam Sesi 3 di Baling tempohari.

Di desa itu ada seorang peraih getah yang turut memiliki kedai runcit, ternakan lembu komersial dan sebagainya. Anak-anak peraih Melayu ini terbiar, berkeliaran keliling kampung saban hari dengan motosikal mereka. Kadang-kadang tidak balik rumah pun. Persekolahan tidak tamat dan tidak ada usaha membantu perniagaan keluarga yang diurus oleh bapa dan beberapa pekerja upahan sahaja. Ibu mereka juga tidak berminat dengan usaha niaga suaminya.

Selaku badan penyelidik kepada peradaban manusia, kami turut didokong oleh masyarakat Cina yang berkongsi masalah rumahtangga mereka. Sesuatu yang mereka takuti adalah fenomena negetif yang telah menular kepada sebahagian anak-anak mereka, iaitu budaya berseronok sebelum mampu bekerja dan berniaga. Bangsa Cina moden sekarang tidak lagi mempunyai 10-15 orang anak seperti dahulu.

Kalau dahulu bangsa Cina merasa tertekan dan generasi terdahulu sudah berusaha gigih untuk memperteguhkan ekonomi. Generasi sekarang sudah ramai yang hidup senang lenang, malas bekerja dan menghabiskan harta emak dan bapak mereka sahaja. Apapun kami melihat secara umum dan pada perspektif yang lebih meluas dari pemerhatian alam kali ini.

KESIMPULAN

Kita seharusnya meneliti apa yang baik dari hasil pemerhatian itu kerana segala yang baik adalah dari hidayah Allah. Yang buruk itu adalah kerana kelalaian diri kita sendiri.

Jangan cemburu jika orang Cina jadi hebat walaupun adakala tidaklah mereka belajar setinggi anak Melayu. Tetapi anak Melayu yang pandai akhirnya bekerja dengan Anak Cina yang dibesarkan dalam lingkungan kerja.

Belakang parang bila diasah lagikan tajam, inikan pula kita manusia. Pendedahan alam yang didedahkan kepada anak-anak Cina bagi membentuk habit bekerja, berjimat cermat, mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah itu telah mampu mencipta bangsa yang kreatif dan produktif.

Alhamdulillah ada juga segelintir anak Melayu yang dilihat berjaya mengikuti tabiat ini untuk membentuk habitat terpencil yang baik cirinya. Namun masih terlalu berleluasa sikap lama orang Melayu yang memerlukan usaha keras untuk kita sama-sama mengubahnya.

Fikirkanlah

Cetusan anak-anak Prihatin
Ditulis semula oleh
WARGA PRIHATIN

Album Sekolah Alah ke 4:

Menyusun semula Live Up-date sepanjang 2 hari perjalanan Pembelajaran Alam ke 4 di Tanjung Karang dan Teluk Intan dengan…

Posted by Warga Prihatin on 24hb Februari 2014

Pemerhatian Sekolah Alam ke 4: Bahagian 1 – Sawah Melayu Sawah Cina

sek alam 4 1

Pemerhatian Sekolah Alam Sesi 4: Bahagian 1
SAWAH MELAYU VS SAWAH CINA

Salam kepada semua. Tidak lupa salam juga kepada yang bukan Islam. Mungkin tajuk ini nampak rasis tetapi bukan perkauman yang mahu kami ulas tetapi kebaikan untuk dicontohi dari kaum berlainan. Untuk mengambil pelajaran, kami pastikan untuk mendapatkan input yang terbaik dari pihak lain, yang buruk pada mereka kami jadikannya sempadan sahaja.

Alhamdulillah, program SEKOLAH ALAM edisi ke-4 kali ini mendapat tajaan sangat memberangsangkan. Ia datang dari insan prihatin dan menjadi kewajiban kami untuk mengembalikan apa sahaja pelajaran untuk dikongsi bersama dengan para ‘pemilik program ini’.

Sudah jelas bahawa program ini belum pernah dijalankan oleh sesiapapun selama ini. Ini disahkan oleh pakar-pakar pendidikan yang bersama kami walaupun ada dalam komen-komen mengatakan mereka pernah lakukan perkara yang sama, namun hanya pada luarannya sahaja… dasarnya berbeza sama sekali.

Artikel pendek ini adalah salah satu cetusan dari pemerhatian anak-anak Warga Prihatin sendiri yang kami kutip semasa dalam bas lagi. Lalu kami artikelkannya untuk pelajaran kepada semua. Insyaallah akan kami cuba sunting juga klip video rakaman live sepanjang program ini nanti untuk mengesahkannya dalam bentuk movie pula. Kami yakin anda dan anak-anak anda akan lebih tertarik dan mampu mengambil pelajaran dengan lebih jelas dari video tersebut.

Pada hari pertama, kami sudah bawa anak-anak kami meraih ikan yang baru naik ke darat. Dalam perjalanan pulang, ketua rombongan merencana laluan berpatah balik ke Sekinchan dan kemudian menyusuri tepian terusan Bankanal sehingga ke Sawah Sempadan.

Salah satu cetusan yang menarik ialah tentang BEZA SAWAH CINA DAN SAWAH MELAYU.

Kesimpulan yang dibuat oleh seorang anak berumur 12 tahun menyatakan bahawa sawah Cina LAGI CANTIK DAN TERSUSUN dari sawah Melayu. Sawah Melayu ada rumah di dalam sawah tetapi orang Cina tiada mendirikan rumah di tengah sawah kecuali sarang burung walit sahaja.

Tempat tinggal Orang Cina adalah berpusat dan terancang di Sekinchan. Mereka mempunyai jiran dan kehidupan sosiologi mereka agak bersatu dan berpersatuan dengan kelengkapan sosial yang lengkap. Sementara orang Melayu pula mengasing-asingkan diri di tengah sawah. Masing-masing hidup tanpa jiran yang bersebelahan. Tempat berkumpul mereka hanya di warong dan juga surau.

Dalam komuniti Orang Cina, anak-anak perasan ada SATU rumah ibadat orang Cina. Sementara itu di kejiranan orang Melayu ada berbelas-belas surau dan masjid di sepanjang perjalanan yang mereka lalui. Di situ, anak-anak membuat kesimpulan bahawa Orang Cina lebih BERSATU berbanding orang Melayu.

Orang Melayu terpaksa menggunakan peruntukan sekitar suku ekar ke setengah ekar tanah tanah sawah mereka yang sekangkang kera untuk mendirikan rumah yang besar. Orang Cina boleh berjiran dengan rumah yang sederhana. Sebahagian rumah Cina berkongsi dinding seperti deretan rumah teres.

Sebagai murobbi, kami menambahkan input dari maklumat yang kami perolehi bahawa pesawah Cina di Sekinchan tidak mengambil benih, baja dan racun dari kerajaan, sebaliknya mereka berkongsi-kongsi untuk mendapatkan bekalan dengan harga lebih murah. Pesawah Cina juga memiliki pelbagai jentera keperluan dan tidak bergantung kepada pihak ketiga untuk menguruskan sawah mereka.

Orang Cina masih lagi kelihatan di sawah sepanas jam 11.30 pagi sementara orang Melayu sudah mula pulang berteduh dan sebahagian besar sawah kelihatan kosong dan berlalang.
Semua faktor itu menjadi satu justifikasi bagaimana produktiviti hasil padi orang Cina boleh sampai 15 tan untuk satu petak berbanding hanya 8-10 tan untuk sepetak sawah Melayu.

Anak-anak mengambil ibrah orang Cina untuk dicontohi tentang kerajinan mereka dan juga penyatuannya. Seterusnya, akan kami kupaskan tentang tabiat pengurusan tanah di kesemua tempat-tempat yang kami lawati. Akan kami kongsikan bagaimana Orang Cina boleh mendapat pendapatan tinggi setiap bulan sementara orang Melayu terpaksa tunggu hanya 2 kali setahun bagi meraih pendapatan tanaman padi mereka.

Artikel dapatan dari anak-anak ini akan kami rumus dan coretkan untuk anda dari masa ke masa agar dapat anda lihat, SEKOLAH ALAM WARGA PRIHATIN adalah satu yang unik dan tidak sama dengan rombongan sekolah semata-mata. Ada pemerhatian ALAM yang MEMBUKTIKAN KEBENARAN apa yang telah dikaji melalui KALAM, di samping itu ada pemerhatian yang menjadi bahan pencetus pemikiran, yang memerlukan anak-anak mengkaji secara ilmiah dengan mendalam.

Cetusan anak-anak Prihatin
Ditulis semula oleh
WARGA PRIHATIN

Album Sekolah Alah ke 4:

Menyusun semula Live Up-date sepanjang 2 hari perjalanan Pembelajaran Alam ke 4 di Tanjung Karang dan Teluk Intan dengan…

Posted by Warga Prihatin on 24hb Februari 2014

 

 

Kembara Sekolah Alam ke 4 – Tanjung Karang

 

sek alam 4KEMBARA PEMBELAJARAN ALAM KE 4 – TANJUNG KARANG, TELUK INTAN

Saat ini konvoi sebuah Bas dan beberapa buah MPV dan Pacuan 4 roda sudah berangkat ke destinasi. Alhamdulillah berkat latihan pengurusan masa, anak-anak cuma 4 minit terlewat dari jadual bertolak, berbanding dengan 45 minit lewat sebelum ini. Ini latihan pertama, latihan menepati masa.

Kemudian sepanjang perjalanan, semua warga yang turut serta dilatih menggunakan Walkie Talkie, Whatsapp dan lain-lain alat komunikasi dengan berkesan. Memandu dengan tenang, berdisiplin untuk patuh kepada aturan konvoi. Anak-anak sentiasa ditausiahkan apa yang mereka lihat di kiri dan kanan sepanjang perjalanan.

Misi kali ini ialah meneliti sebanyak mungkin fenomena alam yang terkait dengan sawah padi, kelapa sawit. Pastinya waktu ini cuaca panas dan kering. Anak-anak juga akan diajar berenang di kolam mandi yang ada di tempat penginapan itu dan juga di sungai dan parit taliair yang berpeluang mereka jelajahi. Sebahagian mungkin berpeluang menaiki boat dan sampan, juga mungkin berpeluang mengagau keli, haruan, sepat dan belut dalam selut.

Sementara itu, kami berhajat untuk melawat seorang Warga Emas yang sepatutnya kami temui dalam trip yang lepas. Malangnya beliau telah jatuh dan patah tulang pehanya. Kali ini juga terpaksa dibatasi kerana dilapurkan beliau dimasukkan ke hospital semula kerana berlaku kemelecetan berat di punggung beliau, mungkin kerana iritasi peluh disebabkan duduk lama. Apapun, kami akan tetap usahakan untuk menziarahi beliau bagi melepaskan hajat yang tertangguh. Banyak pelajaran yang boleh didapati sebenarnya dari bapak ini. semuga usaha ini berhasil, InsyaAllah.

Semua folower dari sekitar Sungai Besar, Tanjung Karang, Teluk Intan yang ingin bersilatulrahim bolehlah hubungi mana-mana admin kami di Whatsap atau telefon mereka. Senarai kontak mereka ada di menu ‘alamat’ web kami, www.prihatin.net.my. Malam ini macam biasa akan diadakan majlis silatulrahim dengan penduduk setempat untuk kita lebih saling berkenal mesra. Suka kami maklumkan bahawa anak-anak juga ingin kami dedahkan dengan budaya jawa di sana. Bawaklah orang tua anda untuk berkongsi pengalaman dengan mereka (jika masih ada).

Yang ada sebarang keunikan di tempat-tempat berdekatan untuk ditunjuk ajarkan kepada anak-anak ini juga amat dialu-alukan. Contohnya seperti yang telah ditanyakan oleh Saiful nang di page beliau,

1. Siput gondang – musuh utama petani dan untuk membunuh situ gondang kena beri mereka makan biskut (ini contoh sahaja),
2. Ular tedung selar sangat berbahaya dan sangat banyak di sawah semasa menuai tetapi ular ini selalu menjauhi manusia,
3. Tempat yang sesuai untuk menangkap ikan cara kampung (dari selut, biar anak-anak berkubang pun tak apa),
4. Jika ada sampan atau boat yang boleh membawa anak-anak mengalami suasana perlayaran di bibir laut.
5. Jika anda tahu tepat jam berapa dan di mana ikan naik ke darat, agar kita boleh bawa anak-anak membeli secara terus dari nelayan yang mendarat untuk juadah mereka malam ini.
6. Dan lain-lain yang menarik untuk pengetahuan am semasa kami bawa tour mereka ni. Tapi info tu mesti betul lah.

Kami juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjemput anak-anak melawat ladang dan kampung mereka, mengait kelapa dan sebagainya. Kalau ada rumah warga emas atau fakir miskin yang dhaif untuk dibersihkan pun dialu alukan, agar anak ini boleh terus menerus menanam jiwa prihatin dalam diri mereka. Turut diperlukan adalah informasi padi yang biasa seperti kaedah penanaman, tuaian, pemperosesan padi jadi beras dan segala maklumat yang berkaitan.

Bagi memenuhi permintaan, kami cuba terjemahkan teks dalam bahasa jawa yang tonggang terbalik dari Saiful Nang asalnya, dan yang ini telah kami perbaiki dengan kepakaran bahasa yang juga terhad…

Minggu iki, dhino Setu sampe ngahad, kulo karo batir lan anak-anak seko Rumah Pengasih Warga Prihatin arek lungo mareng Tanjung Karang. Anak-anak kepingin ndelok sawah, nangkep iwak kotok, iwak leleh/keli nang parit atowo londang sawah. Bocah-bocah saiki podo manggon nang bandar, iwak leleh pun orak ngerti. Kepreweh toh…?

Sedhulur Wong Tanjung Karang, Sungai Besar atowo seng manggon cepak Teluk Intan sekabehane munggo mampir nang penginepan mbengi ini (sore setu, mbengi ngahad) nek pingin ketemu. Bareng-bareng kito silatulrahmi, bareng-bareng mbakar iwak barbeque. Anak-anak kabeh nginep neng “Amin Homestay Parit Serong”… ojo lali mbengi iki… ono tahlilan, marhabanan lan persembahan nasyid lan karaoke seng rodho’ santai..

WAK SEPOL

Lebih kurang Maknanya,

Minggu ini sabtu sampai ahad, saya dan rakan-rakan pengiring dan anak-anak dari RPWP nak pergi Tanjung Karang. Anak-anak ingin lihat sawah, tangkap ikan haruan, keli di parit atau londang di sawah. Sekarang ini anak anak yang tinggal di bandar tak kenal pun ikan keli, macamana kan?

Semua saudara RPWP penduduk sekitar Tanjung Karang, Sungai Besar atau Teluk Intan yang ingin bertemu boleh singga jumpa anak-anak di penginapan kami malam ini (petang sabtu, malam ahad). Sama-sama kita bersilatulrahim sambil barbeque bakar ikan. Kami semua akan menginap di Amin Homestay Parit Serong”… jangan lupa malam ini. Akan ada tahlil, marhaban dan persembahan nasyid dan sedikit karaoke keluarga juga.

Terima kasih dan doa kesyukuran kami panjatkan kepada semua yang telah menghulurkan apa saja bentuk bantuan dan kerjasama bagi menjayakan program anak-anak ini. InsyaAllah, sepertimana biasa, hasil Pembelajaran Alam ini akan kami kongsikan kepada semua anak-anak kita yang tidak turut serta melalui page ini nanti.

DOAKANLAH AGAR SEGALANYA SELAMAT DAN BERJALAN DENGAN LANCAR.
Warga Prihatin

RAHSIA AL-KAHFI 13 – Hakikat Bumi Gersang Dan Diratakan

1796798_10152635123152786_1091816708_o

RAHSIA AL-KAHFI 13 – Hakikat Bumi Gersang Dan Diratakan

Secara fizikalnya Allah ciptakan bumi ini dengan segala perhiasan yang indah di atasnya. Allah ciptakan bukit dan gunung, juga tanah lembah yang subur. Allah turunkan juga hujan dari langit dan mengalirkan air melalui sungai-sungai dari bukit menuju ke laut. Semua itu Allah ciptakan untuk dinikmati manusia

Secara mutasyabihatnya Allah khabarkan penciptaan manusia dari tanah liat yang kering gersang lagi hitam warnanya, juga Allah ciptakan manusia dari saripati air. Kemudian Allah tiupkan roh dan Allah ajarkan kepada manusia itu segala nama-nama. Segala perhiasan dan hasil mahsul yang ada di bumi ini Allah izinkan manusia menikmatinya dengan rasa bersyukur. Jangan cuba muhkamatkan rahsia mutasyabihat ini kerana sampai bila-bilapun kita tidak akan mampu meyakinkan generasi kita.

SITUASI SEMASA

Dalam siri yang lalu telah dapat kita fahami bahawa Al-Kahfi merujuk kepada fenomena terbelahnya dua zaman, di mana berakhirnya satu kegemilangan dan keperluan untuk merangka usaha membangunkan semula kegemilangan agama. Tatkala kita disedarkan dengan situasi ini, kitab yang Lurus telah berjaya dipesongkan (bengkokkan) oleh fitnah Dajjal (Siri 10). Pokok iman yang seharusnya mencetus gaya hidup yang sejahtera sebagai perhiasan dunia sudah hilang semuanya.

Dalam siri 11, telah kami kongsikan fenomena fahaman NENEK MOYANG dalam urusan agama. Kefahaman Agama yang tidak terjaga ini telah menjadi semakin pudar dan sukar difahami penjelasannya. Amalan-amalan agama kita sudah tidak mampu memberi kesan ISLAH yang nyata. Kualiti umat menjadi semakin mundur akhlaknya walaupun kelihatan masih beragama. Itulah fenomena fahaman yang telah pikun, atau digelar fahaman nenek moyang yang diukur dengan kegagalan AMAL SOLEH (hasil islah yang murni) dari amalan dalam urusan agama kita.

Dalam Siri 12 dinyatakan bahawa kesedaran terhadap situasi dan fenomena kejatuhan ini benar-benar menjadi berita sedih dan amat sukar diterima oleh kebanyakan manusia. Mana tidaknya, kita merasakan yang selama ini kita telah beragama dengan perlaksanaan yang sebenarnya, rupanya agama kita sudah tidak bernyawa, tiada lagi rohnya dalam jiwa kita. Segala amal perbuatan kita dalam urusan agama tidak membuahkan amal soleh, tidak membuahkan hasil yang mensejahterakan keluarga dan umat manusia melainkan sekadar sangka-sangka sahaja.

Islam yang seharusnya menjadi perhiasan dunia melalui kesejahteraan kehidupan hasil dari perlaksanaan carahidup dengan agama Allah ini sudah tidak menjadi realiti lagi. Agama yang suci dan murni, agama yang mensejahterakan ini telah dicemari oleh penganutnya sendiri dengan tabiat yang aneh sekali. Agama yang telah menyatukan manusia dahulunya kini tidak lagi. Agama yang memandaikan manusia, memperbaiki akhlak manusia kini jauh dari realiti.

UMAT BERCELARU – SUMBER AIR LAUT TERLALU MASIN

Fitrah ilmu yang segar seharusnya datang ibarat hujan dari langit yang membasahi bumi, mengalir ke sungai menuju ke lautan bersama air yang terkumpul dari rembesan celah batu batan di puncak gunung. Di samping untuk kegunaan minuman dan sumber makanan berupa hasil sungai seperti ikan, aliran sungai ini jugalah yang mengalirkan kotoran, mengairi tanaman, malah menjadi laluan jalan serta pengangkutan manusia.

Di tanah lembah, air hujan turut bertakung. Bagi mereka yang tinggal jauh dari sungai, di situlah mereka menggali perigi bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan kehidupan harian mereka khususnya waktu kemarau. Lebih dalam digali, lebih banyak dan bersih airnya. Dari air telaga itu mereka minum, mencuci dan mengairi tanaman.

Hari ini, di mana saja sungai yang melalui penempatan manusia, dapat kita lihat kerosakan segi struktur dan pencemaran dari pelbagai jenis kekotoran yang merosak kualiti air dan alirannya. Segala sisa buangan yang mencemarkan sungai sudah sukar dikawal lagi. Ikan-ikan banyak yang mati. Malah manusia sendiripun sudah tidak sudi menggunakan air sungai yang melalui belakang rumah mereka untuk mandi manda, apatah lagi untuk minum seperti dahulunya.

Kita lihat fenomena kini di mana manusia yang di belakang rumahnya ada sungai dari air segar yang turun dari bukit pun membawa keluarga ke pantai laut masin atau kolam renang berklorin untuk mandi manda. Air yang segar telah dicemari bungkusan dan sisa makanan sejak dari atas gunung lagi semasa manusia berekreasi. Sepanjang sungai ditambah lagi dengan buangan dari limpahan takungan najis dan industri.

Air yang seharusnya jernih dari gunung menjadi keruh akibat kekotoran sisa buangan atau lumpur akibat dari bumi yang ditarah manusia. Hujan sedikit sahaja semuanya akan menjadi keruh akibat kehilangan tumbuhan tutup bumi seperti asalnya. Di dalam rumah kita guna air paip untuk memasak, mandi dan mencuci. Kita semakin jauh dari sumber asli yang telah kita rosakkannya sendiri. Sila klik link berikut untuk maklumat tambahan.

http://prihatin.net.my/2014/02/08/fenomena-kerosakan-alam-dan-keperluan-memulihkannya/

UMAT BERCELARU – POKOK AKIDAH SUDAH BERUBAH

Pohon-pohon adalah salah satu dari perhiasan bumi yang Allah ciptakan untuk kita. Ada yang tumbuh sendiri dengan berterabur secara semula jadi dan ada yang ditanam oleh manusia dengan sangat teratur. Dari kisah nabi-nabi terdahulu dapat kita perhatikan keterkaitan dari kisah tanah dan pokok ini. InsyaAllah akan kami kongsikan di rencana lain kaitan itu semuanya, siapa yang menanam pokok Tin dan di mana mulkiah tanaman itu. Begitu juga pohon Zaitun dan kurma.

Secara mutasyabihat dapat difahami bahawa setiap nabi yang membawa kalimah Allah berupa kitab akan terkait dengan tanaman. Ia mengaitkan peranan penanam (ubudiah), benih yang ditanam (rububiah) dan tapak atau tanah tempat di mana pokok ditanam (mulkiah). Kalimah dan isi kitab itu ibarat benih, yang bakal ditanam ke dada/hati manusia selaku tanahnya. Allah lakarkan fenomena ini dalam surah 14/24-27.

Antara punca umat Islam bercelaru dan hilang pegangan di setiap hujung zaman sesuatu kebangkitannya adalah kerana tumbangnya pokok akidah yang telah ditanam oleh penanam terdahulu. Itu semua berlaku secara semula jadi apabila pohon akidah itu telah terlalu tua dan tidak terjaga oleh pewaris zaman dengan ilmunya.

Tumbuhan yang dahulunya ditanam dengan rapi dengan benih yang baik di ladang secara terurus dan tersusun sudah terbiar lalu mereput tercabut dengan akar-akarnya. Fitrah tanaman yang seharus menjadi pelindung dan tempat berteduh umat agama ini seharusnya tegap menjulang, rendang dan sentiasa berbuah sudah tiada lagi. Terlalu banyak klon baru dan benih hutan yang ditanam. Ada yang agak malas sekadar membeli pokok plastik yang sama rupanya sebagai hiasan sahaja.

Pokok inilah tempat umat berpaut. Inilah analogi asal usul din yang kuat di mana manusia bersyahadah dan berbai’ah di bawahnya (QS: 48/10&18). Demikianlah analogi agama berdasarkan pembacaan alam yang cuba Allah tunjukkan kepada manusia melalui fenomena surah al-kahfi yang menggambarkan pembelahan dua zaman ini. Untuk kita yang kebetulan berada di zaman ini harus sedar dan berusaha menanam semula menggunakan benih yang baik agar hasil yang sama dapat dinikmati dengan pasti.

UMAT BERCELARU – BUKIT BUKAU BERBATU API DAN LEMBAH KEGERSANGAN

Inilah kata kunci atau code breaking kepada falsafah pembangunan semula yang amat perlu kita sama-sama usahakan. Kerosakan peradaban umat ini sudah sangat meruncing dan sukar dibaiki dengan cara lamayang telah melepasi tarikh luputnya. Ia hanya boleh dipulihkan dengan menanam semula minda manusia dengan benih asal. Itulah manual dari kitab yang dibekalkan oleh pencipta kita. Untuk ini silalah rujuk kepada artikel Pembelajaran Alam yang kami kongsikan baru-baru ini.

http://prihatin.net.my/2014/02/19/tafakur-alam-dari-lagu-berita-kepada-kawan/
http://prihatin.net.my/2014/02/19/tanah-air-manusia-hasil-iqra-pembelajaran-alam/

Untuk membangun semula umat ini kita harus pilih bahan mentah dan komponen kejadiannya. Itulah “tanah liat yang kering gersang dan hitam warnanya” sebagai asas kejadian kita. Batu yang keras berapi dan pasir yang poros tidak boleh dimasukkan sama. Mengapa? Kerana tanah yang kering sahaja mampu menyerap air, iaitu mutasyabihat bagi ilmu / wahyu. Tanah yang basah tidak akan mampu menyerap air. Samalah ibarat gelas yang penuh yang tidak mampu menadah air.

Secara analoginya, jika kita sudah merasa pandai berilmu yang kita dapati dari lautan manusia , maka ilmu Allah yang asal ini tidak ada selera kita men’tadabbur’kannya. Tanah liat yang kering dan merekah berpecah belah ini memerlukan air untuk dilembutkan dan dibentuk. Demikianlah manusia yang sedang berpecah belah dan tidak boleh disatukan kerana ketiadaan ilmu yang bersifat air, yang mampu melembutkan dan berfungsi sebagai bahan pengikat (bonding agent) ini.

Mengapa harus tanah liat yang berwarna hitam?

Ini adalah gambaran manusia yang layak dibentuk akhlaknya oleh ilmu Allah ini harus merasakan mereka huduh dan hina dina (QS:11/27). Jika kita negetif, Allah datangkan unsur positif agar kita bercahaya. Jika kita merasa kering dan keras Allah basahkan serta lembutkan dengan air. Jika kita rapuh dan tidak melekat antara satu sama lain, maka air itu juga akan melekatkan kita sesama sendiri dengan kasih sayangNya.

Itu semua gambaran sifat kehitaman kita yang ingin Allah putihkan dengan ilmunya. Syaratnya kita harus berpuasa dari menggunapakai ilmu batil dari air masin yang kita kutip dari lautan manusia sekian lama. Makanlah habis-habis kejahilan dan keingkaran kita yang hitam itu, minumlah secukupnya ilmu wahyu yang jernih segar dari Allah itu sehingga jelas nampak benang putih dari benang hitam sewaktu bersahur (QS:2/187).

MERATAKAN TANAH UNTUK PEMBANGUNAN SEMULA JIWA MANUSIA

Tanah yang sudah diratakan ini kemudian dibentuk semula mengikut fungsi dan peranannya. Ada yang diperkukuhkan menjadi batu yang merekah merembeskan air di bukit dan gunung yang dingin untuk mengairi yang di bawah bukit secara saksama. Tidak seperti sekarang, di mana batu gunung menjadi batu api dan gunung berapi yang membakar dan memusnahkan. Jika ada air pun akan ditakung sana sini untuk memberi keutamaan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Demikian jugalah kaedah perlantikan pemimpin, yang dipilih dari golongan yang merendah diri dan telah dibentuk semula oleh wahyu, agar benar-benar menjadikan ‘pemimpin itu hamba rakyat’. Rasulullah SAW dan semua para Nabi terdahulu, termasuk Sultan Mahmet Al-Fateh semuanya adalah dari golongan bangsawan yang dibentuk semula dari peringkat bawah.

Seterusnya, tanah yang di bawah pula memainkan peranan menjadi tanah yang subur, mampu menakung air menjadi perigi, dan menghidupkan tanaman dan manusia. Demikianlah golongan bawahan yang tidak musnahkan oleh golongan atasan, atau dipijak-pijak ibarat dibakar oleh lahan gunung berapi. Tanah lembah ini seharusnya mendapat air dari bukit secara saksama, dan hasil mahsul darinya dikirim ke golongan atasan kerana mereka semuanya dari asal usul yang sama.

Demikianlah serba sedikit yang dapat kami kongsikan tentang fenomena pembangunan semula akidah dan peradaban manusia beragama selepas berakhirnya kegemilangan dari hasil usaha umat sebelumnya. Anda mungkin perlu membaca habis terjemahan quran dan memahaminya beberapa kali sebelum mampu memahami coretan kami ini.

Bersabarlah jika masih belum mampu memahaminya kerana pertolongan berupa hidayah dari Allah itu hanya boleh kita dapati dengan ‘sabar’ sahaja. WASTA’INU BISSOBRI WASSOLAH. Itu juga rahsia besar al-Kahfi yang telah kami kongsikan dalam Siri ke 8.

Minda Jumaat
WARGA PRIHATIN

Mengekalkan Selera Honeymoon Boleh Mengelakkan Curang & Penceraian

1911239_10152633469592786_1537853981_oSELERA HONEYMOON – BOLEH MENGELAK CURANG & PENCERAIAN?

Semalam berlegar di Newsfeed berita Era Fazira disahkan bercerai. Beredar juga berita YB Nurul Izzah menuntut cerai dari suaminya (fasakh). Itu tidak termasuk berita suami kapak dan pukul isteri, cubaan suami bunuh anak isteri dan sebagainya.

Tidak sahaja gejala rumahtangga ini melanda rakyat biasa, golongan artis, pasangan tua dan muda, malah ia juga turut melibatkan pemimpin ternama.

Antara yang sedang hangat ialah berita Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib dengan tuntutan penjagaan anak berjumlah RM900,000 oleh bekas isterinya. Di laman sosial masih aktif edaran berita yang seumpamanya, ada yang baru, ada yang lama. Antaranya sedang berlegar video lucah YB Nurul Izzah dengan pensyarahnya, pelbagai versi Video seks Anuar Ibrahim, Mustaffa Ali, rakaman panggilan lucah Muhamad Sabu dengan isteri rakannya, video Chua Soi Lek, dan berbagai-bagai lagi. Banyak lagi isu skandal pemimpin seperti Rahim Tambi Chik dengan gadis 15 tahun yang menyebabkan beliau meletak jawatan juga masih diulas di sana sini.

Ada juga yang mengatakan tuntutan cerai Nurul Izzah terhadap suaminya itu hanyalah satu sandiwara politik sahaja. Kononnya ia dibuat untuk menutup malu supaya tidak nampak beliau yang diceraikan, akibat dari kekeciwaan suami setelah melihat video lucah si isteri bersama pensyarahnya. Wallahuaklam!

ULASAN MENGENAI ARTIKEL ISTERI CURANG

Artikel yang memaparkan kisah benar isteri curang kelmarin mengundang pelbagai reaksi pembaca. Ramai yang menunjukkan reaksi marah terhadap isteri yang curang dalam kisah itu dan menunjukkan simpati kepada suami yang kelihatan baik dan teraniaya itu. Amat jelas juga suasana kemarahan golongan isteri yang menampakkan ketidakpuasan hati dengan fenomena ‘penceraian berlaku lebih cepat dan banyak’ apabila isteri yang didapati curang oleh suami.

Apa yang menyedihkan dapat kita baca dengan jelas dari ratusan komen itu juga adalah fenomena bahawa gejala pasangan curang ini sudah terlalu berluasa di mana-mana. Ada yang mengetahuinya dari pelbagai media termasuk video asal yang tersangat banyaknya dipaparkan merata-rata. Ada pula yang menceritakan pemerhatian di tempat kerja masing-masing. Inilah berita besar yang wajib kita ambil kira. Bagi mereka yang terlepas artikel itu sila klik link berikut.

http://prihatin.net.my/2014/02/19/isteri-curang-lebih-banyak-dan-lebih-cepat-mengundang-penceraian-berbanding-suami-curang/

KOMEN ARTIKEL OLEH KASIH NORIS

“Suami curang dan melakukan penzinaan, isteri masih boleh terima lagi… tetapi isteri yang melakukan penzinaan, suami tak boleh terima WALAUPUN suami tu sendiri acap kali melakukan zina… kenapa?”

“Para isteri lemparkan jauh-jauh maruah diri kerana masih sayangkan keluarga walaupun dapat tau kecurangan si suami.. tapi suami?… Suami digelar DAYUS sebab tak ceraikan isteri kerana berzina… tetapi isteri dapat GELARAN APA SEBAB TAK MINTA CERAI KEPADA SUAMI KERANA CURANG DAN BERZINA DENGAN BETINA LAIN!!!!!… Dalam hal ini ALLAH berikan kita peluang banyak kali untuk bertaubat, peluang itu sepatutnya diberikan, tak kiralah sama ada suami atau isteri. Pengalaman ini menyebabkan sikap BENCI dengan suami tetapi tetap diketepikan perasaan itu kerana anak-anak, bukan kerana MARUAH SEPERTI YANG PARA SUAMI AGUNG2 KAN!!!!!

Ada pembaca yang meminta kami memberikan komen tentang ulasan sahabat pembaca ini secara rasional. Ingin kami meringkaskan pendapatkami seperti berikut,

1. Komen beliau ini seolah-olah menampakkan beliau marah sangat dengan kisah suami yang menceraikan isteri yang terbukti curang itu.

Dalam kisah yang dipaparkan, suami wanita ini kelihatan seperti seorang yang baik dan berakhlak. Jadi beliau teramat keciwa dan merasa jijik untuk meneruskan hidup dengan isterinya. Suami manapun tidak akan sanggup menelan musibah seperti ini. Kami ada banyak kes yang rata-rata membenarkan fenomena ini. Inilah fitrah alam terhadap perasaan seorang suami yang jujur kerana DOSA ISTERI AKAN TERBEBAN DI BAHU SUAMI.

Jika isteri yang baik lalu suaminya curang dan berzina, isteri tidak menanggung apa-apa dosa suaminya. Ini telah Allah jelaskan tentang contoh isteri terbaik dalam quran, iaitu Asiyah, Isteri FIRAUN.

Kesilapan yang dapat kami kesan dalam kisah benar dalam artikel ini ialah sang suami kelihatan tidak cukup tegas dari hari pertama perkahwinan lagi. Beliau sangat lembut, suka berjenaka dan tidak pernah meninggi suara kepada isterinya selepas 10 tahun hidup bersama. “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Mustahil bagi pasangan suami isteri yang hidup bersama lebih 10 tahun ‘tidak pernah mengalami situasi’ yang memerlukan suami bertegas, melainkan suami adalah jenis orang yang ‘tidak kisah’.

Fitrah makanan pun harus ada cukup manis, di samping ada masin dan masam. Jika terlalu banyak ‘kemanisan’ dalam rencah kehidupan, tanpa garam dan cuka, maka jelaslah ia tidak fitrah. Akhirnya kita akan ‘kena kencing’ dengan kemanisan itu juga. Beliau seharusnya tidak membiarkan isteri yang diizinkan bekerja itu tanpa pemantauan dan nasihat yang tegas bagi menghududkan batas pergaulan. Inilah masalah SUAMI ROMANTIK yang sangat berleluasa dewasa ini. Jadilah ‘beri betis nak peha’, atau ‘kaduk naik junjung’.

2. Saranan pemberian taubat kepada isteri curang dari komen KASIH NORIS pula merujuk kepada suami isteri yang kedua-duanya berzina. Untuk kes sebegini kami setuju isteri diberi peluang kerana kedua-dua belah pihak telah terlanjur berdosa. Biasanya suami yang curang turut mengabaikan isteri yang akhirnya juga turut curang dan berzina.

Kami merujuk kepada firman Allah, “Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau PEREMPUAN MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau LAKI-LAKI MUSYRIK, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman”. (QS: 24. An Nuur 3).

ULASAN GAMBAR – MALU SEBAHAGIAN DARI IMAN

Kami ambil kesempatan untuk mohon maaf kepada yang melenting dengan gambar hiasan yang dipaparkan. Masing-masing mengatakan kami sengaja mengaibkan pasangan itu kerana mungkin mereka telah berkahwin, mungkin mereka telah bertaubat dan sebagainya. Maaflah, tiada urusan kami untuk mengaibkan sesiapa. Kami tidak kenal pun mereka. Mereka yang mengaibkan diri sendiri. Satu dunia sudah tonton video mereka.

Ada yang mengatakan itu Klinik X-ray HKL, ada pula yang mengatakan mereka dari Klinik Larkin. Ada yang mengatakan pasangan ini telah kehilangan telefon mereka, ada yang mengatakan mereka ‘trade-in’ telefon tanpa memadamkan rakaman jimak mereka di tempat kerja. Ada yang mengatakan mereka melakukannya semasa bertunang dan kini mereka telah menjadi suami isteri. Tidak kurang yang meminta kami bertegas untuk tidak membuang gambar itu agar umat tahu seteruk mana kerosakan akhlak masyarakat kita. Terlalu ramai juga yang jujur berkata mereka telah menonton video lucah dari pasangan ini.

Ingin kami jelaskan bahawa kami MEMBUAT BEDAH SIASAT untuk mengenal pasti masalah masyarakat. Kami lakukan itu dengan sangat mendalam tanpa menyembunyikan batas aurat. Setiap kali sebelum kami paparkan, kami sudah timbangkan sehabis mungkin baik buruknya. Gambar menceritakan beribu kata-kata, harapan kami agar pembaca tahu sejauh mana kebejatan akhlak bangsa dan umat ini. Kami kaburkan wajah mereka pun sudah cukup baik. Kami harap kita semua berhenti berlunak dan menjadi munafik yang berpura-pura baik kerana itu akan menambah rosak lagi penyakit yang tersembunyi.

MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN. Kita sudah terlalu lunak membiarkan gejala ini tersembunyi hanya kerana semata-mata ingin menjaga aib individu. Pernahkah kita terfikir manusia bagaimanakah yang sanggup MEMALUKAN AGAMA dan bangsanya begitu? Yang manakah lebih penting untuk dijaga? Maruah individu ini atau maruah agama kita? Wajarkah berzina, tanpa rasa malu pula merakam persetubuhan di pejabat dan memaparkannya di internet walaupun sudah bertunang?

Biasanya hanya pasangan haram sahaja yang tidak menyempat-nyempat seperti ini. Pasangan suami isteri yang sah akan mampu menahan nafsu kerana mereka tahu tidak akan lari gunung dikejar. Sukar mempercayai adanya pasangan suami isteri yang gelojoh dan tidak tahu malu seperti ini. Untuk kita, nak bersangka baik pun ada batasnya. Jangan sampai sanggup membakar agama kerana setitik nila. “Biar mati anak, jangan mati agama”.

Hari ini anak-anak kita semua bertudung kerana desakan adat dan fesyen di sekolah maupun di majlis sahaja, bukan kerana takutkan Allah. Janganlah kita tertipu. Sebenarnya di sisi Allah, bertudung itu hanya gambaran keislaman, ia tidak semestinya menggambarkan iman seseorang. Orang beriman itu tidak akan melanggar arahan Allah. Kami juga harap agar orang bukan Islam tahu bahawa kita tidak bersekongkol mempertahankan kebatilan. Jangan sampai Islam difitnah kerana perbuatan golongan ini.

Sebagai langkah pencegahan kami ikut modul perubatan. Sedikit virus yang dihilangkan ‘virulence’nya kami suntik agar anak-anak faham akan masalah sebenar lalu mampu membina kebencian dan ketahanan diri terhadap semua gejala ini. Itu adalah antara rahsia pendidikan anak-anak kami dan kami tidak memaksa pembaca mengikutinya jika tidak mampu. Jika merasakan mesejnya penting, ambil sahaja pelajaran dari mesej itu dan abaikan sahaja gambarnya. Kami tidak pernah pun memaksa anda membaca atau share.

Ingatlah, jangan terus menerus mengambil kesempatan pada sifat pemaaf Allah kerana itu semua ada batasnya. Baca habis dahulu quran itu dan kita akan jumpa banyak ayat yang Allah tidak akan mengampunkan dosa walaupun para nabi sendiri mahu mengampunkannya. Kita sudah terlalu banyak lemak dan berlunak. Ingatlah akan perintah merejam di khalayak ramai bagi penzina yang sudah berkahwin. Anak sayidina Omar r.a. juga disebat hingga mati walaupun berzina hanya sekali. Rasulullah sendiri katakan akan memotong tangan anak sendiri jika mencuri. Siapa kita nak tutup dan membiarkan zina berleluasa?

Pegangan ‘siapa kita mahu menghukum’ sudah terlalu jauh disalah guna. Bertaubatlah segera! Kerana dengan prinsip itulah, ramai ibu bapa, suami isteri, saudara mara dan jiran tetangga hanya membisu apabila anak isteri melakukan durhaka dan perbuatan dosa. “YAASIIN, WALQUR’ANILHAKIIM”. Allah dan Rasul telah sampaikan dan wariskan alquran untuk kita menghukum dosa pahala, baik buruk, halal haram dan syurga neraka.

Kita semua tahu, Allah tidak akan mengubah nasib kaum selagi kaum itu tidak berusaha mengubahnya. Tapi mengapa kita asyik berserah kepada Allah lalu duduk diam tidak melakukan apa-apa? Jika terus bersikap begini maka jadilah kita kaum yang KAFIR, ZALIM dan FASIK. Mengapa? Kerana kita ada hukum tapi tidak mahu berhukum. (QS: Al-Ma’idah 44-47).

RAHSIA HONEYMOON – BAGAIMANA MENGEKALKANNYA

Honeymoon adalah antara kemanisan dalam perkahwinan. Ia mengaitkan hubungan intim yang disuburkan dengan memuncaknya rasa sayang dan hormat menghormati di antara pasangan baru suami isteri. Masing-masing masih ayu, cantik dan kacak bergetah lagi waktu itu, tidak nampak sangat kekurangan yang ada. Kaya miskin, darjat pangkat semua tolak tepi.

Dari komen isu curang ini juga ramai yang mengatakan bahawa antara sebab isteri dan suami curang adalah kerana kurang berkesannya hubungan intim. Pengalaman kami menunjukkan fenomena yang sama, namun itu tidaklah meliputi semua sebab musabab gejala curang ini.

Buktinya, cuba perhatikan betapa ramainya artis JELITA, isteri pemimpin dan jutawan KAYA YANG CANTIK MOLEK telah bercerai di awal usia. Mengapa ada yang bercerai seminggu selepas bernikah, bahkan ada yang talak 3. Jadi bagi anda yang mengatakan penceraian berlaku kerana asbab merudumnya kecantikan, soal kemiskinan, kurang upaya dan sebagainya, mari kita kaji semula.

Secara dasarnya, memanjangkan ‘mode honeymoon’ adalah dengan mengembalikan semula kemesraan bersama pasangan kita. Perenggan berikut ini ingin kami senaraikan beberapa tips untuk memanjangkan kemesraan dan kasih sayang bersama pasangan kita.

• Singkap semula KENANGAN SEWAKTU MUDA – Contohnya selalu-selalulah membelek semula gambar nikah, gambar sewaktu bercinta atau sewaktu bertunang dahulu. Bacalah semula surat cinta, hadiah dan kad-kad ucapan yang lama.

• Letakkan GAMBAR PASANGAN yang terpilih di peralatan peribadi kita seperti dalam wallet, wallpaper desktop komputer, smartphone, keychain dan sebagainya. Pasangan kita akan sentiasa merasa bangga dan besar hati melihat semua itu. Lakukanlah ia dengan ikhlas, jangan jadikan itu satu penyamaran hanya untuk mengaburi pasangan kita sahaja.

• Jika ada, silalah ‘ulang tayang’ KATA KUNCI CINTA antara kita dengan pasangan masing-masing sewaktu mula berkenalan dan berumahtangga dahulu. Yang itu hanya kita sahaja yang tahu. Ia boleh jadi ganti nama panggilan, rangkap pantun, nasyid atau lagu-lagu kenangan dan sebagainya.

• SUBURKAN KEMESRAAN DALAM PERHUBUNGAN dengan habit saling sapa menyapa, tanya menanya, usik mengusik dan bergurau senda. KIRIMLAH MESEJ harian atau ucapan khusus melalui whatsapp, sms, kad ucapan, email atau apa sahaja untuk menybur semula hubungan cinta.

• PIKAT MEMIKATLAH dengan pasangan kita sepertimana kita memikat mereka sewaktu mula bercinta dan berumahtangga untuk menaikkan minat HUBUNGAN INTIM. Kami setuju dengan beberapa komen pembaca yang menganjurkan agar isteri harus sentiasa berusaha tanpa jemu untuk berhias seksi bagi memikat selera suami. Bermanja-manjalah dengan suami. Jangan mudah mengalah dan putus asa bila suami tidak layan, mungkin kerana letih, runsing atau ‘kurang upaya’ buat seketika. Beri pembayang pada pasangan seperti buatkan ‘tongkat ali’, telur separuh masak dan madu dan sebagainya. Suami juga boleh fikirkan cara yang sama.

KESIMPULAN

Kami tidak mampu kongsikan semua tips memanjangkan honeymoon ini. Yang penting bagi kami ialah untuk menyedarkan akan keperluannya dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada pasangan masing-masing dan mengelakkan penceraian. Lain padang lain belalang. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk tujuan itu. Masing-masing carilah jalan untuk berusaha mendekatkan diri kepada fitrah yang telah diciptakan Allah.

BAGI PARA ISTERI, jika waktu honeymoon dulu kita berhias untuk suami, janganlah berhenti berhias. Nampakkan kesungguhan kita memikat suami, biar MENYERLAH bila di bilik tidur, jauh lebih menyerlah dari solekan kita waktu pergi kerja. Banyakkan senyuman dan sentuhan. Ingatlah selepas akad nikah dahulu kita tunduk, kita cium tangan suami. Kekalkanlah fitrah kepatuhan ketika honeymoon itu. Jangan sekali-kali berkata AH dan menderhakai suami dalam apa cara sekalipun. Itulah cara Islam, itulah cara sejahtera membina syurga.

Dahulu kita hias lengkap hidangan dan pakaian suami, kita kemas tempat tidur dan pakai pewangi, kita jaga tubuh seksi dan berlunak suara pada suami. Kekalkanlah romantik itu, biarpun usia sudah lanjut. Jangan bimbang tubuh yang kedut mengecut kerana suami anda juga mungkin sudah lesot. Lihatlah pasangan cantik bergetah yang berpusu-pusu memohon cerai itu. Bukankah tubuh dan wajah mereka semua cantik dan tegang? Mengapa masih bercerai? Jelaslah bahawa kesungguhan dan kreativiti usaha melayan itu yang menjadikan ianya memikat pasangan kita.

BAGI PARA SUAMI, carilah rahsia keintiman isteri anda. Kita semua sudah baca luahan para isteri akan ketidakpuasan mereka atas layanan suami masing-masing. Berusahalah dengan kreatif untuk memberikan kepuasan kepada mereka. Rujuk artikel sebelum ini. Kajian menunjukkan wanita jadi sangat pemurah dan lunak SELEPAS menerima hak batinnya, tidak seperti lelaki yang lunaknya SEBELUM melakukan hubungan intim. Kenal pastilah di mana ‘kelemahan nafsu’ isteri anda, di mana nak cubit, mana nak gigit, mana nak usap, mana nak hisap! Penuhilah keperluan isteri dan berbuat baiklah. Jangan sekali-kali ‘memperkosa’ isteri secara halal. (QS: 4:19, 4:34, 65:6).

Fitrah suami itu berilmu dan patuh kepada perintah Allah dalam memimpin keluarga. Jadilah imam yang jelas (IMAMIMMUBIIN), dengan ilmu quran yang jelas (QUR’ANUMMUBIIN) dan sampaikanlan ilmu kepada pasangan dengan jelas (BALAGHULMUBIIN). Apabila suami dan isteri MEMAHAMI dengan fahaman yang satu, pastinya kurang SALAH FAHAM yang menjadi batu api neraka rumah tangga.

Jangan ikut saranan kami jika anda tidak suka, kerana Islam bukanlah agama paksa. Hanya dengan ilmu dan kefahaman yang jelas sahaja kita akan menjadi benar-benar suka sampai ke tahap terpaksa, bukan dipaksa. Selamat mencuba bagi yang ‘suka’.

Kudap munakahat
WARGA PRIHATIN

Tafakur Alam – Dari Lagu ‘Berita Kepada Kawan’

Tafakur Alam – Dari Lagu ‘Berita Kepada Kawan’

Ramai yang berminat dengan maksud tersirat dari ayat kasar (tadabur) melalui pemerhatian alam terhadap lagu ‘Berita Kepada Kawan’ yang kami kaitkan melalui artikel Pembelajaran Alam sebelum ini. Ramai yang minta kami huraikan lebih lanjut apa sahaja pemerhatian alam dari lirik dan footage video itu dan kaitannya dengan kondisi kita sekarang. Sila rujuk artikel berikut,

http://www.youtube.com/watch?v=OCHGgfuRCT4
http://prihatin.net.my/2014/02/19/tanah-air-manusia-hasil-iqra-pembelajaran-alam/

LIRIK LAGU DAN FENOMENA KEMANUSIAAN:

PERJALANAN INI
TERASA SANGAT MENYEDIHKAN
SAYANG ENGKAU TAK DUDUK
DI SAMPINGKU KAWAN

BANYAK CERITA
YANG MESTINYA KAU SAKSIKAN
DI TANAH KERING BEBATUAN

Hidup ini adalah satu perjalanan. Setiap dari kita melalui jalan-jalan yang berbeza-beza. Namun begitu destinasi kita tetap sama. Setiap dari kita yang dijadikan dari tanah, bakal kembali semula ke tanah dan membawa cerita masing-masing disepanjang perjalanan itu ke hadapan Allah Robbul Jalil.

Menceritakan pengalaman sepanjang perjalanan kami mengkaji dan meneliti fenomena alam, banyak berita sedih yang kami temui. Sebahagiannya turut dilalui dan ditemui oleh anda juga di laluan hidup masing masing. Sebahagian dari kita juga turut memerhati dan memikirkannya. Sebahagian yang lain ada yang turut melihat namun tidak memperdulikannya.  Hanya mereka yang ikut serta dalam perjalanan bersama kami dalam usaha pengkajian dan pembangunan ini yang dapat melihat dengan pasti dan menghayati segala penemuan hasil iqra’ ini.

Sesungguhnya terlalu banyak cerita yang selayaknya sama-sama kita saksikan dengan mata hati dari apa yang kami temui dan rasai hasil pengkajian ini. Inilah pemerhatian di tanah kering yang merekah dan keras membatu. Inilah hakikat manusia yang kegersangan, tidak dibasahi ilmu dan menjadi sangat keras kepala. Inilah hakikat tanah liat yang kering dan amat keras tidak boleh dibentuk, ibarat manusia yang keras hatinya dan tidak mudah dibentuk di mana sahaja mereka berada. Inilah hakikat tanah liat yang telah merekah, retak seribu akibat kepanasan (ramadh).

TUBUHKU TERGUNCANG
DIHEMPAS BATU JALANAN
HATI TERGETAR MENATAP
KERING RERUMPUTAN

Sesekali kami sendiri turut dicabar, digugat kencang oleh puak-puak yang berhati dan berkepala batu ini. Apabila dilontarkan berita tentang kondisi ramadh umat saat ini, ramai yang menidakkannya. Ramai juga golongan cyber warior, khususnya yang ada sijil berjela-jela yang memaki hamun tidak tentu hala, tanpa usul periksa. Kesedaran yang ingin kami tanamkan dipandang dengan sebelah mata sahaja oleh golongan tanah yang kering membatu dan merekah ini.

Berhempas pulas juga kami dihempap oleh golongan seperti ini. Ada yang berhasad dengki, ada yang sanggup menipu, menindas dan mencuri. Terkadang mahu sahaja meluah rasa marah dan memaki hamun akibat dari tekanan dan goncangan ini. Namun itulah hakikat tabiat dari manusia yang mengalami kegersangan jiwa.

Dewasa ini, Islam yang seharusnya ada pokok iman, sebagai asas akidah yang kokoh sebagai naungan bersama sudah tidak kelihatan lagi di mana kekuatannya. Kita ibarat sudah tiada tempat berteduh dan dahan tempat berpaut lagi. Kita hanya ada sedikit lagi tumbuhan berupa rumput. Malangnya, itupun sudah kering layu. Itulah yang kami cuba sedarkan. Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak. Hijaukan dahulu rumput kering, sementara membesar pohon rendang. Sekurang-kurangnya agar bumi tidak terus ketandusan dan merekah kekeringan.

PERJALANAN INI PUN
SEPERTI JADI SAKSI
GEMBALA KECIL
MENANGIS SEDIH …

Perjalanan hidup sendirian mengendalikan urusan Rumah ini menyaksikan gembala-gembala kecil yang sentiasa sahaja menangis sedih. Orang-orang kecil dan kerdil, dari golongan marhaen inilah yang sedang membantu urusan pengkajian dan pembangunan segolongan kecil dari modal insan yang sekian lama kami usahakan.

Sesungguhnya gembala kecil ini sering sedih melihat anak-anak generasi diratah oleh pelbagai rupa fitnah Dajjal yang berada dalam rumah sendiri. Sedih juga kerana gembala besar, pemimpin besar, yang sedang memimpin organisasi besar berterusan memuja nafsu, bersengketa mengejar pangkat, kuasa dan harta. Sedih melihat bumi yang luas ini mengering, mengeras dan terus menerus merekah. Manusia di segenap lapisan, dalam keluarga, dalam masyarakat dan negara saling berpecah belah.

KAWAN COBA DENGAR APA JAWABNYA
KETIKA DIA KU TANYA MENGAPA
BAPAK IBUNYA TELAH LAMA MATI
DITELAN BENCANA TANAH INI

Anak-anak kecil yang terbiar dibaham mindanya oleh fitnah Dajjal ini telah ada yang sedar. Biar bapa mereka baru kelmarin sahaja meninggal dunia, namun ibu bapa dan ‘bapak pimpinan’ mereka sebenarnya telah lama ‘mati’ fungsinya. Ada yang terbiar kerana ibu bapa awal-awal lagi telah berpisah. Ada yang terbiar kerana ibu bapa tiada kesedaran dan mereka menjadi liar, berkeadaan jahil, malah diherdik semasa menjadi yatim ‘sebelum yatim’nya lagi.

Semuanya berlaku kerana kegersangan wahyu dan petunjuk pada ibubapa mereka semasa mereka masih hidup lagi. Semuanya kerana kegersangan (ramadhan) pada persekitaran dan masyarakat mereka. Itulah hakikat bencana pada alam, bencana di bumi yang sedang kita alami secara mutasyabihatnya waktu ini. Kerananya ibu bapa, ahli masyarakat dan rakyat di negara ini saling berpecah belah dan bermusuhan. Akibatnya anak-anak ini yang menjadi mangsanya.

SESAMPAINYA DI LAUT
KUKABARKAN SEMUANYA
KEPADA KARANG KEPADA OMBAK
KEPADA MATAHARI

TETAPI SEMUA DIAM
TETAPI SEMUA BISU
TINGGAL AKU SENDIRI
TERPAKU MENATAP LANGIT

BARANGKALI DI SANA
ADA JAWABNYA
MENGAPA DI TANAHKU TERJADI BENCANA
Kami cuba bawakan berita ini, kami sampaikan ia kepada semua. Kami ajukan pertanyaan fenomena bencana ini pada lautan manusia yang berbagai rupa dan upaya ilmunya yang telah mereka cerap dari lautan manusia sekian lama. Secara analoginya, kami tanyakan kepada karang yang telah sekian lama terjadi dari enapan kalsium hasil pukulan ombak air masin di lautan manusia

Kami tanyakan juga hal ini kepada matahari, kami perhati dan meneliti dengan cahayanya yang terang benderang. Namun semuanya diam membisu. Akhirnya kami teruskan menyendiri bertafakur sambil terpaku menatap langit. Ya! itulah sahaja pilihan yang ada. Kami tatap langit setinggi-tingginya. Kami cuba selami jawapan yang ada di langit paling tinggi. Itulah pencarian Ilahi, melalui pembacaan wahyu dan pemerhatian alam ini. Di situ kami dapat jawapannya.
MUNGKIN TUHAN MULAI BOSAN
MELIHAT TINGKAH KITA
YANG SELALU SALAH DAN BANGGA
DENGAN DOSA-DOSA

ATAU ALAM MULAI ENGGAN
BERSAHABAT DENGAN KITA
COBA KITA BERTANYA PADA
RUMPUT YANG BERGOYANG

Akhirnya kami dapati sesungguhnya tuhan sudah mulai bosan dengan tingkah manusia yang sentiasa menyalahi perintahnya, malah berbangga dengan himpunan dosa-dosa harian kita. Jelas tergambar apa yang telah Allah firmankan dalam kitabNya. Terlalu banyak kerjabuat tangan manusia yang tidak henti-henti merosak dunia.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah,

11. Dan bila dikatakan kepada mereka:”Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”

12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.

Yang paling nyata sekali ialah kerosakan terhadap hidayah dan petunjuk yang baik kurniaan Allah kepada kita. Cara hidup, hukum hakam dari tuhan sudah tidak sudi lagi kita jadikan manual kehidupan sehari-hari. Masing-masing dari kita hidup dengan mencipta cara dan selera tersendiri. Sedikit demi sedikit evolusi itu berlaku, sehingga akhirnya ‘habit telah menjadi habitat’. Tanpa sedar kita sudah terlalu jauh dari fitrah yang ditetapkan Allah.

Akibatnya kini kita terlalu terasing dengan alam. Kita semua redah dan ambil sahaja apa yang kita suka. Kita tidak lagi prihatin terhadap alam yang telah memberikan sumber kehidupan untuk kita. Kehijauan bumi yang banyak memberikan kehidupan dan hasil mahsul telah kita musnahkan.

Kita kini tidak lagi hidup seperti orang asli atau generasi tua zaman dahulu. Mereka tanam semula batang ubi yang mereka cabut untuk memastikan kesinambungan sumber kehidupan keluarga dan kejiranan mereka. Kerana itu mereka menjadi insan yang berbudi dan berakhlak. Mereka hidup bermuafakat untuk saling mempertahankan anggota keluarga dan kejiranan mereka dari ancaman luar. Mereka bekerjasama membina rumah, membina masjid, jalan, menanam dan pokok. Mereka memburu dan memukat bersama-sama dan membawa pulang hasil buruan untuk dinikmati bersama-sama.

Generasi kita waktu ini sukar memahami keterkaitan kita dengan bumi dan alam ini.  Bila kita google ‘Amazon’, kita akan dapati banyak video dokumentari tentang kehidupan manusia asli. Terharu melihat bagaimana mereka menghargai alam semulajadi. Mereka tidak membunuh binatang makanan mereka pada waktu mengawannya untuk mengelak kepupusan.

Sepertimana amalan orang tua kita di desa lama, mereka tanam semula batang ubi yang telah mereka cabut agar sumber makanan kekal berterusan untuk anak cucu mereka. Mereka yang bongkok tua masih berusaha menanam durian dan nangka walaupun sudah pasti tidak akan menikmati buahnya. Demikian sifat prihatin orang lama yang Allah ajarkan kepada kita melalui kitabnya.

Amat menarik meneliti kaedah orang asli memelihara sungai dan mencari ikan. Mereka cipta tuba khusus yang hanya membuatkan ikan pening beberapa jam sahaja, cukup sekadar memudahkan mereka mendapat sedikit makanan. Tidak seperti kita yang menuba ikan sampai satu tasik, sedangkan kita hanya perlukan beberapa ekor sahaja.

Kenapa mereka sangat memelihara sungai dan hazanah sungai itu?

Kerana kesedaran sivik mereka amat mendalam.  Mereka sedar dengan semulajadinya bahawa sungai itu yang memberi mereka kehidupan untuk mandi, minum, untuk mendapatkan ikan dan sebagainya.

Mengapa kita suka mencemarkan sungai dan menuba ikan tanpa belas ehsan?

Kerana kita rasa kita tidak perlukan sungai untuk mandi dan minum. Segalanya kita perolehi dari paip besi di rumah kita. Kita tidak perdulipun suasana kemarau yang melanda, sehingga ramai yang sengsara. Kita tetap membazir air, berendam di bath tab rumah kita. Semuanya kerana kita berada dalam alam ciptaan kita, dengan hawa dingin dan tidak tahu cuaca di luar sana jika tidak tv sampaikan berita.

Sebahagian dari kita malah tidak mencecahkan kaki ke tanah pun sepanjang minggu dan bulan. Walhal itulah asas kejadian kita. Itulah tanah yang akan menerima kita setelah matinya. Rumah kita berlantai simen dan jubin, jalan yang kita lalui berturap,  kenderaan kita pula bergolek tidak mencecah tanah, tempat letak kereta dan laluan ke pejabat juga berturap dan berkapet. Kerana itulah kita tidak menghargai tanah dan mudah lupa asal usul.

PELAJARAN ALAM DARI PAPARAN VIDEO

Landasan Keretapi itu ada dua jalur. Mari analogikan ia sebagai landasan dari sumber Quran dan Sunnah, dari NUR ALLAH dan NUR MUHAMMAD. Telah Nabi SAW sabdakan bahawa semua kita adalah pemimpin yang bakal ditanya akan kepimpinan kita. Maka jadilah kepala keretapi yang melalui landasan yang lurus, agar mampu memacu gerabak pimpinan kita di atas landasan yang sama. Itulah asas syahadah sebagai paksi kepada akidah kita.

Ada banyak yang ingin dikongsikan sepanjang perjalanan yang merentasi tanah kering berbatuan yang menyedihkan ini. Alangkah baiknya jika kita semua mudah mengerti akan segala analogi ini. InsyaAllah akan kami kongsikan lagi dan lagi hasil pemerhatian alam sekembalinya dari kembara Pembelajaran Alam ke 4 ke Tanjung Karang, Sungai Besar dan Teluk Intan di hujung minggu ini nanti.

Ulasan seni, iqra’ alam

WARGA PRIHATIN

Isteri Curang Lebih Banyak Dan Lebih Cepat Mengundang Penceraian Berbanding Suami Curang

00 curangISTERI CURANG LEBIH BANYAK DAN LEBIH CEPAT MENGUNDANG PENCERAIAN BERBANDING SUAMI CURANG

KES PENCERAIAN yang disebabkan oleh kecurangan semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami, dari kes yang melibatkan artis, melibatkan ahli perniagaan, melibatkan para pemimpin negara bahkan juga pasangan biasa.

Kali ini ingin kami pautkan fenomena ini melalui satu kisah benar yang dikirim kepada kami ini secara lengkap untuk renungan kita bersama. Bacalah dengan hati terbuka dan teliti pelajaran yang kami kongsikan di hujungnya. Kami hilangkan ‘nama penulis’ untuk mengelak fitnah.

KISAH BENAR ISTERI CURANG – WAJIB BACA!!!

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have sex with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan lucah melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

Tips Munakahat
WARGA PRIHATIN

Tanah, Air & Manusia – Hasil Iqra’ Pembelajaran Alam

00 gersangTANAH, AIR & MANUSIA – HASIL IQRA’ PEMBELAJARAN ALAM

Apabila kami bawa anak-anak mengembara dalam musim kemarau yang panas ke Baling, Kedah baru-baru ini, kami tunjukkan kepada anak-anak pelbagai fenomena kekeringan. Sepanjang pengembaraan, anak-anak kami diperlihatkan banyak kebakaran di kiri kanan lebuhraya, juga rekahan-rekahan tanah dan daun-daun getah yang bergururan. Susu getah berkurangan, tanah jadi keras, rumput menjadi kering dan banyak tanaman menjadi layu.

Sebelum program itu, kami turut tidak terlepas dari menerima musibah demam Denggi yang melanda seluruh negara. Berpuluh-puluh anak-anak dimasukkan ke hospital silih berganti. Ini juga terkait dengan kekeringan, di mana banyak jentik-jentik nyamuk Aedes dari air yang bertakung tidak berganti dan tidak mengalir. Syukurlah tiada yang mengalami Denggi berdarah yang serius dan boleh menyebabkan kematian.

AIR, TANAH DAN MANUSIA

Sepertimana kita semua tahu, air adalah satu elemen kehidupan yang sangat penting untuk manusia. Hampir 70 peratus tubuh kita terdiri dari air. Tanpa air, kita akan mati. Demikianlah bentuk rawatan yang diberikan oleh pihak hospital kepada semua Warga Prihatin yang mengalami demam denggi baru-baru ini. Ini adalah kerana demam itu menyebabkan suhu badan menjadi panas (ramadh) dan berlakunya dehydrasi.

Begitu juga halnya dengan keperluan air pada tanah. Sepertimana kita tahu, 70 % daripada mukabumi ini diliputi air. Apabila berlaku kekeringan yang berpanjangan sahaja, maka tanah akan merekah, tidak mampu menumbuhkan tumbuhan dan tidak boleh dibentuk.

MUTASYABIHAT KEJADIAN MANUSIA DARI TANAH DAN AIR

Terlalu banyak ayat quran yang mengatakan asas kejadian manusia daripada gabungan tanah dan air ini. Sesungguhnya ini adalah penjelasan mutasyabihat yang memerlukan kita tafakur dan tadaburkan dengan cara memerhati dan meneliti.

Surat Al-Hijr Ayat 28

وإذ dan tatkala
قال berfirman
ربك Tuhanmu
للملئكة kepada malaikat
إني sesungguhnya Aku
خلق yang menciptakan
بشرا manusia
من dari
صلصل tanah liat yang kering
من dari
حمإ lumpur hitam
مسنون yang berbentuk

Ayat di atas menerangkan fitrah kejadian manusia daripada TANAH LIAT YANG KERING, kemudian melalui proses pembasahan untuk MENJADI LUMPUR HITAM agar boleh diolah dan diBENTUK. Untuk menjadi komponen kepada jemaah Umat Islam di bumi Allah ini, kita harus memahami sedalam-dalamnya kelayakan sebagai tanah ini.

Dengan situasi panas dan melihatkan tanah yang merekah ini, kita seharusnya boleh mengambil pelajaran. Falsafah di sebalik ‘Tanah liat yang hitam dan kering’ adalah merujuk kepada diri kita. Untuk membolehkan kita dibentuk dan dipandang sebagai manusia di sisi Allah, maka tanah yang memerlukan air. Tanah juga harus diproses agar menjadi sekata atau homogenus. Batu dan pasir atau bahan selain tanah liat harus disingkirkan, agar jisim itu boleh dirapatkan untuk mampu menyerap dan dilikatkan dengan air sebagai bahan pelembut dan pengikat.

Kekeringan adalah satu fenomena ramadh (panas) yang menyebabkan manusia menjadi seperti tanah yang merekah tadi. Situasi ini menjadi penyebab kepada keperluan yang kuat terhadap air. Dalam bahasa mutasyabihat, banyak kali kami kongsikan bahawa air adalah analogi ilmu dan hidayah yang bersifat mengalir dari atas ke bawah. Air yang paling segar adalah air yang turun dari langit sebagai hujan yang membasahi bumi. Selain itu air juga terbit dari rembesan batu gunung dan terkumpul mengalir ke sungai-sungai. Jangan lupa bahawa air juga tersimpan dilembah bumi yang paling bawah, lalu DIGALI menjadi perigi untuk mendapatkannya. Itu juga ciri PENGGALIAN ilmu.

Fenomena ini juga telah kami kongsikan dalam siri sains puasa sebelum ini, iaitu dalam bulan ramadhan, suasana panas itu membuatkan manusia hidup huru hara dan berpecah belah. Mereka tidak lebih dari sekumpulan haiwan, tidak boleh disatukan untuk membentuk satu masyarakat yang harmoni (RUJUK QS: 7/179). Oleh itu apabila kita merasa kepanasan yang cukup, kita akan merasakan keperluan yang kuat untuk kembali fitrah, untuk hidup berkasih sayang dan berharmoni. Kita perlukan air/petunjuk Allah untuk tujuan itu.

Kerana itulah selepas 2/3 Ramadhan, Allah turunkan lailatulqadar. Itulah hari di mana tanpanya seluruh umur manusia akan terbazir begitu sahaja. Itulah gambaran 1000 bulan atau 83 tahun. Ini kerana selama ini manusia mencedok air dari laut (himpunan ilmu olahan lautan manusia) yang kelat dan masin. Pohon-pohon tumbuh tanpa siraman yang teratur oleh tangan manusia yang berjemaah dan berpedomankan wahyu. Kerana itu ia menjadi liar ibarat hutan. Tumbuhnya tidak teratur seperti pokok di taman syurga yang ditanam manusia dengan sengaja. Hasilnya kurang, malah sesetengahnya menjadi pokok beracun dan berduri.

Di malam Qadar itu Quran diturunkan sebagai hidayah untuk menyejukkan hati-hati manusia dan membuatkan mereka mampu bersatu dan membentuk komuniti dan masyarakat yang baik. Ini adalah analogi turunnya hujan yang segar dan dingin dari langit. Segala air (analogi ilmu) yang kelat dan masin yang dimiliki oleh lautan manusia tadi akan menjadi beku dan tidak berguna. Ini kerana manusia sudah dapat air yang segar dari Allah.

Dengan air yang segar dari Allah mampu menumbuhkan satu pohon akidah yang baik (RUJUK QS 14/24-27). Itulah kemampuan menyaksikan kebesaran Allah dan rasul melalui kalimah yang baik, kalimah syahadah. Kerana itu manusia akan mampu menyatu dengan kalimah yang satu. Ketika itu semua pohon lama yang berbagai bentuk dan rupa, yang tidak mampu menghasilkan buah fikiran yang baik kepada kehidupan manusia akan tunduk dan rebah semuanya.

Selepas itu maka sisa-sisa ramadhan akan dipenuhi cahaya. Manusia merasakan nikmat dalam beribadah kerana mereka sudah mendapat petunjuk yang di analogikan sebagai cahaya itu. Dipagi Syawal, manusia kembali bermaafan dan bersaudara semula.

KESIMPULAN

Kita dijadikan daripada tanah yang gersang dan hitam. Namun jika kita tidak merasa kekeringan, tidaksedar diri bahawa kita ini tidak cantik ibarat tanah liat yang hitam itu, maka tidaklah dapat kita dibentuk dengan fitrah asal kejadian kita. Rasakanlah suasana panas (ramadh) dan gersang. Akuilah bahawa kita sedang merekah, berpecah belah. Akuilah bahawa imej kita sedang sangat huduh di mata dunia. Kita semua sedang bersifat melampau (thogho) dan keras kepala sehingga masyarakat Islam tidak boleh dibentuk dengan wahyu.

Tanpa kesedaran ini, hidayah Allah seperti tidak laku, tidak dirasakan keperluannya oleh kita. Dengan itu kita akan sentiasa mengabai dan mendustakan petunjuk Allah begitu sahaja. Padahal, petunjuk itulah yang mampu membentuk dan menyusun saf, samada dalam bentuk keluarga, masyarakat maupun negara. Petunjuk Allah itulah yang bakal mewarnai semula imej kita yang asalnya hitam dan hodoh itu.

Untuk kembali fitrah, kita harus merendahkan diri sebagai hamba. Itu adalah analogi ‘bumi’ yang sifatnya rendah berbanding pemimpin di langit. Pemimpin yang baik itu adalah ‘hamba rakyat’. Dalam Islam, pemimpin dilantik oleh majlis syuro di peringkat tertinggi, bukan dari kalangan yang menawarkan diri, apatahlagi yang tergamak berebut tahta. Oleh itu, kelayakkan pemimpin juga harus dari kalangan insan yang bersifat tanah dan bumi, yang paling merendah diri dan telah DIBENTUK akhlaknya.

Allah bersemayam di atas arasy, di aras langit yang paling tinggi, lebih tinggi dari para pemimpin citaanNya di dunia ini. Oleh itu, samada kita sebagai orang yang dipimpin ibarat bumi, atau yang memimpin ibarat langit yang rendah, maka kekallah membesarkan Allah. Sucikanlah hati dari sifat besar kepala dan melampau batas. Janganlah meninggi diri, mendabik dada melebihi kuasa Allah dengan sewenang-wenang melanggar wahyu Allah dalam apa sahaja tindak tanduk kita.

Sebagai selingan, sila perhatikan pelajaran alam dari lirik dan paparan gambar hiasan dari lagu BERITA KEPADA KAWAN dendangan Ebiet G Ade ini. Landasan Keretapi itu ada dua jalur. Mari analogikan ia sebagai landasan dari sumber Quran dan Sunnah, dari NUR ALLAH dan NUR MUHAMMAD. Telah Nabi SAW sabdakan bahawa semua kita adalah pemimpin yang bakal ditanya akan kepimpinan kita. Maka jadilah kepala keretapi yang melalui landasan yang lurus, agar mampu memacu gerabak pimpinan kita di atas landasan yang sama. Itulah asas syahadah sebagai paksi kepada akidah kita.

http://www.youtube.com/watch?v=OCHGgfuRCT4

Perhatikan juga analogi simiskin anak gembala yang sangat menyedarkan kita. Mengapa dikatakan bapa dan ibu anak ini telah lama mati ditelan bencana tanah ini. Apakah analogi kematian? Ibu/ayah? dan apakah bencana itu? siapakah tanah itu?

Tataplah langit, carilah jawabnya!! Mengapa Tuhan sampai bosan melihat tingkah kita yang berbangga dengan dosa. Mengapa alam enggan bersahabat dengan kita. Bertanyalah pada rumput yang hidup, bukan rumput yang kering. Bertanyalah kepada MATAHARI yang terang benderang, jangan kepada sumber cahaya kedua dan ketiga.

Ada banyak yang ingin dikongsikan sepanjang perjalanan yang merentasi tanah kering berbatuan yang menyedihkan ini. alangkah baiknya jika kita semua mudah mengerti akan segala analogi ini.

Kudap awal minggu
WARGA PRIHATIN

Ziarah Nasyeed.com – Satu Keunikan

00 nasyeed comZIARAH NASYEED.COM – SATU KEUNIKAN

Pada petang Khamis yang sudah, kami dikunjungi oleh sekumpulan pengunjung dari program Ziarah Nasyeed. Mereka datang dalam satu kumpulan yang besar diketuai oleh Y.Bhg Dr Mir Hazil mewakili sebuah syarikat induk dan anak-anak syarikatnya keseluruhan. Mungkin bagi yang tidak kenal, mereka inilah yang mengadakan konsert Maher Zain di Malaysia bersama Inteam.

Seawal jam 2 petang, krew Nasyeed.Com (NC) telah sampai di RPWP untuk membuat persiapan. Sempat anak-anak kami belajar untuk pengendalian dan pemasangan sistem audio dan siaraya mereka juga sistem video live feed. Mereka juga tidak lokek ilmu untuk menjawab segala pertanyaan dari anak-anak.

Kita hanya merancang tetapi Allah jua ada rancangannya sendiri. Elektrik terputus dari sumber TNB tanpa apa-apa notis sejak tengahari lagi dan hanya kembali pulih pada jam 8 malam. Kebetulan hari khamis itu adalah hari anak-anak berpuasa sunat, lalu bersama-sama kru NC Record mereka sama-sama berbuka dalam gelap. Walaupun kami ada generator besar, namun ia tidak begitu lancar kerana sudah lama tidak digunakan. Kami dan team NC sudah berkira-kira bahawa majlis ini tidak akan berjalan lancar jika bekalan elektrik tidak disambung semula.

Akhirnya, doa dari anak-anak yang sangat teruja untuk melihat persembahan live itu termakbul juga. Dalam kegelapan tanpa elektrik itu juga kami sempat menyambut beberapa barisan artis nasyid tanah air yang diundang untuk menghiburkan anak-anak RPWP. Kumpulan Hufaz, Mestica dan penyanyi solo yang bersuara hebat, Daqmie. Dalam kegelapan itu juga kami dan anak-anak sempat solat berjemaah bersama mereka. Subhanallah, amat merdu dan syahdu sekali suara imam malam itu.

En. Waie yang merupakan CEO dan pengasas kepada kumpulan NC ini kelihatan ke hulu dan ke hilir memerhati persiapan. Beliau antara orang paling gusar kerana terputusnya bekalan elektrik. Mereka kelihatan telah berhabis-habisan dalam program ini. Bukan sekadar menurunkan krew dan artis dari syarikat sendiri namun telah berbelanja sangat besar untuk memastikan program ini satu program yang sukses. Setelah lampu kembali terang dari gelap, barulah kami lihat wajah En. Waie kembali bersinar-sinar ceria.

Sempat kami korek sejarah syarikat mereka itu yang diasas oleh En Waie sendiri. Syarikat NC diasaskan oleh 10 orang pemuda yang memang muda-muda lagi (semasa syarikat diasaskan) dengan tujuan untuk mengembangkan dakwah dan seruan kepada kebaikan melalui seni muzik. Dari situ, syarikat NC berkembang sehingga menjadi banyak anak-anak syarikat yang sangat berjaya seperti NC Records, syarikat pengelolaan event, audio & video production, merchandising Islam dan banyak lagi.

Sempat juga kami menilik barang jualan mereka yang sangat menarik berupa pelbagai model jam. Jam ini tidak sama dengan jam lain. Kerana ini dipanggil “JAM HIJRAH” kerana ia berpusing mengikut arah lawan jam iaitu arah kita bertawaf di Baitullah. Begitu juga arah pusingan planet bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya, juga kitaran peredaran darah dalam badan manusia yang kesemuanya melawan arah jam. Uniknya, selalu pusingan ke arah kiri kita panggil lawan arah jam, tetapi dengan jam ini ia akan jadi terbalik. Jadilah jam yang biasa kita pakai itu yang melawan arah jam yang sebenar.

Persembahan dimulakan dengan Abg Long sebagai MC yang berjaya menggamatkan suasana. Suasana mampu menjadi gamat dengan keletah Abg Long. Kumpulan Hufaz mengambil giliran pertama untuk membuka gelanggang bagi menghiburkan anak-anak, diikuti oleh sedikit sessi soal jawab antara Abg Long bersama pengasas-pengasas RPWP dan disambung dengan persembahan kumpulan Mestica yang cukup bertenaga walaupun hanya 2 dari 4 ahli mereka sahaja yang hadir.

Sedikit perkongsian dari Abg Razak Muthalib dan Dr. Mir Hazil juga mampu membuka perspektif baru dalam pemikiran anak-anak yang belum pernah diterokai sebelum ini. Antaranya tentang ilmu pengajian Aura Bio-energi dan falak. Banyak sekali ilmu hebat yang telah dikongsikan malam itu. Terima kasih kepada mereka semua.

Akhir sekali, pentas digamatkan dengan suara merdu dan hebat Abang Dakmie yang terkenal dengan lagu hit beliau “Yang Terindah”. Bagi kaki-kaki drama, inilah lagu OST untuk “Adamaya”. Banyak juga perkongsian dari pengalaman hidup beliau dan para pengasas RPWP sendiri yang telah sama-sama kami ambil pelajaran. Tiada apa yang batil dalam hidup ini, sekalipun buruk ia tetap mampu memberi pelajaran kepada kita untuk tidak mengulanginya. Yang baik kita contohi. Pengalaman hidup bukannya satu garis lurus, tetapi perjalanan yang berbelok dan bersimpang.

Akhir sekali, pentas dipenuhi oleh semua artis dan penganjur juga pengasas RPWP sendiri, Dr. Haji Masjuki Haji Mohd Musuri yang mesra dipanggil juga dengan panggilan “Ayah” oleh mereka malam itu. Ayah sempat ditanya tentang apakah sumber kekuatan utama dalam menubuh dan mengendalikan RPWP. Mendengar pengalaman dan penjelasan dari Ayah, kami perhatikan sebahagian warga NC telah ada yang “mendung”, sebahagiannya malah telahpun “hujan lebat”.

Biarlah tangisan lebat itu membersihkan jerebu-jerebu di dalam hati mereka agar mereka boleh bertandang lagi dengan lebih kerap selepas ini. Kami lebih merasa bertuah apabila semua yang memegang pembesar suara menyatakan berulang kali bahawa mereka cemburu dengan peluang mengecap kebahagiaan bagi kami kerana telah menjadi ‘keluarga RPWP’.

Lebih merasa ‘besar hati’ kami bila hampir kesemua mereka, khasnya Dr Mir sendiri berulang kali menyatakan permohonan untuk menjadi sebahagian dari ‘Warga Prihatin’, ingin turut menjadi ‘Anak Ayah’ katanya. Beliau adalah pengikut tegar FB Warga Prihatin sejak 2 tahun lalu. Artikel Warga Prihatin terlalu unik dan sarat dengan ilmu. Tiada yang seperenggan dua, bahkan semuanya berkajang-kajang katanya. Jarang ada artikel yang panjang-panjang di FB yang mampu menarik ratusan ribu, bahkan jutaan pembaca, jauh sekali untuk membuatkan pembaca menitiskan air mata seperti artikel Warga Prihatin katanya.

KESIMPULAN

Kami sangat terharu melihat persiapan dan juga penyediaan majlis itu yang bagi kami sangat besar kosnya. Kami masih belum habis fikir, masih lagi ada manusia di atas dunia ini yang benar-benar berhabis (kholas / ikhlas) dalam melakukan perkara yang tiada dijanjikan apa-apa imbuhan langsung. Barang jualan mereka juga tidak terusik kerana anak-anak kami kesemuanya tidak pegang duit sendiri dan ibu-ibu juga bapa-bapa residen di RPWP kesemuanya juga tidak bergaji dan tiada pendapatan selain melakukan kerja-kerja di RPWP secara sepenuh masa secara sukarela.

Tidak tahu apa yang mahu kami balas kepada mereka yang telah banyak memberikan pelajaran kepada anak-anak kami. Mungkin sekadar menyeru kepada anda khalayak pembaca untuk menyokong usaha mereka ini di https://www.facebook.com/NcRec

RPWP bukan destinasi pertama mereka, mungkin tempat anda adalah destinasi seterusnya dalam program Ziarah Nasyeed.com ini. Pesan kami, jika mereka datang panggillah seramai mungkin rakan taulan kerana teramat rugi jika persediaan peralatan canggih, serta persembahan dan pengisian ilmiah sehebat itu tidak dinikmati ramai.

InsyaAllah akan kami muat naik rakaman video, khasnya persembahan hebat lagu-lagu nasyeed terbaru dari semua kumpulan nasyeed yang hadir untuk anda nilaikan sendiri. Anda boleh juga terus ke Channel Youtube VideoPrihatin sebelum ianya kami pautkan.

Jazakallah, hanya Allah sebaik-baik pembalas budi.

WARGA PRIHATIN

00 nc rekodJEMPUTAN TERBUKA:
Ziarah Nasyeed.com menjemput keluarga dan sahabat handai semua rakan FB Warga Prihatin hadir menyaksikan persembahan khas mereka bertajuk “JOM HIJRAH” seperti berikut,

HARI & TARIKH : Khamis
13 Februari 2014
13 Rabiulakhir 1435

MASA : 8.00 malam

TEMPAT:
RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN
8558 Jalan Pegawai
Sungai Ramal Baru
(bersebelahan Taman Kenari)
43000 Kajang, Selangor.

Penceramah :
DR MIR HAZIL AZRAN
UTZ ABD RAZAK MUTHALIB

Artis:
DAQMIE
MESTICA & HUFAZ

Hos: ABANG LONG

ANJURAN: NC Record

Jom ramai-ramai memeriahkan sajian dakwah kreatif mereka. Tiket adalah PERCUMA.

Rahsia Hijab

RAHSIA HIJAB

Mari rehatkan minda, mari kita damaikan rasa.
Mari kita kemaskan akidah keluarga, bersama mengikat diri dengan ATURAN Yang Maha Esa.
Mari cari ilmu dan kefahaman, mari buktikan keyakinan iman dengan amal perbuatan.
Mari berhenti menipu diri sendiri, memaksa alam menerima dusta kita.

Sudah lama seruan tiba,
sudah lama kita terlena
Bahkan sudah terlalu lama kita mempersenda.

Berhentilah mencipta alasan.
Hukum dan peraturan Allah jangan dipermainkan.

Mari kita pujuk hati untuk berserah diri.
Mari kita cari jalan untuk memperbaiki diri.
Mari bertawakkal dengan aturan hidup yang Allah beri.

Aturan itulah ‘rahmat Allah’ buat kita.
Aturan itulah yang bakal Allah tanya.
Adakah kita melaksanakannya dengan berlapang dada.

Tahniah dan syabas kepada yang telah melakukannya.
Bersegeralah yang mengatakan seruan belum tiba,
Ia masalah kita, bukan masalah agama.

Bukan SERU yang belum tiba…
Cuma kita yang tidak membuka minda.

Ingatlah semua…

KITA BAKAL DIJEMPUT KE SANA,
MUNGKIN ESOK MUNGKIN LUSA.
JANGAN INGAT TAHLIL DAN YASIN, KIRIMAN FATIHAH PIHAK LAIN BOLEH MENYELAMATKAN KITA,
JIKA KITA SENDIRI SEPANJANG HAYAT TERUS MENERUS MEMPERSENDA, SERUAN DAN PERINTAH YANG ESA.

Semuga ‘kembali’nya kita nanti benar-benar menuju ke…
‘RAHMATULLAH’, bukan menuju ‘LAKNATULLAH’.

Salam Khamis

WARGA PRIHATIN.

Basmi Gejala Derhaka – Kembalikan Martabat Guru

00 derhaka 2BASMI GEJALA DERHAKA – KEMBALIKAN MARTABAT GURU

Rencana kami mengenai fenomena DERHAKA semalam menjadi sangat viral. Dalam masa 10 jam ia telah dibaca oleh hampir setengah juta pembaca, 6,000 SHARE, hampir 500 KOMEN, 2,700 LIKE. Padahal ‘Likers Page’ kami hanya 70 ribu sahaja. Ini menunjukkan tahap kesedaran dan keresahan umum yang melebihi had biasa. Rata-rata sangat bersetuju dengan fenomena yang direncanakan.

Kami turut dihujani dengan pelbagai komen, luahan hati dan saranan dari para pembaca. Ramai yang mengirim pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang denda-denda yang tidak boleh diambil oleh para guru kepada anak muridnya. MasyaAllah, hampir semua bentuk hukuman yang sangat biasa bagi kita generasi terdahulu sudah tidak boleh dilakukan lagi. Membaca senarai itu sahaja membuat kami terkesima. Apa sebenarnya yang boleh dilakukan oleh para guru untuk mendisiplinkan pelajar sekarang ini???

APA PENDEKATAN WARGA PRIHATIN?

Apabila kami kongsikan kaedah kolot pendidikan anak-anak kami, maka ramai yang bertanya apa yang kami lakukan untuk menangani anak-anak yang rosak akhlaknya.

Kami tidak dapat menerangkan satu persatu kerana ia terlalu panjang. Secara kasarnya, sangat kami tekankan disiplin pembelajaran ala TALAQQI, yang menekankan peningkatan akhlak MUROBBI agar layak dan mudah dicontohi anak-anak. Kami sangat disiplinkan anak-anak agar jangan sekali-kali MENDERHAKA, sentiasa menyayangi, menghormati dan mendaulatkan perintah guru untuk mendapat KEBERKATAN ILMU. Disiplin inilah yang dilakarkan oleh Imam Ghazali dan para ulamak terdahulu, yang juga banyak ditunjukkan oleh para nabi dan rasul untuk kita contohi.

Sewaktu mendaftar anak ke sekolah, kami lampirkan surat rasmi mengizinkan anak kami dirotan/hukum jika melakukan kesalahan. Yang penting jangan sampai melibatkan kecederaan. Atas dasar itu anak kami tidak terlalu mengada-ngada di sekolah, malah kerana itu juga anak kami ‘kurang’ menerima rotan di sekolah. Kami juga tidak membenarkan anak kami menggunakan handfone sebelum mereka ke universiti. Komputer dan internet hanya untuk tujuan penyelidikan pelajaran dan hanya dengan pemantauan sahaja.

Sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Mustahil tidak berlaku khilaf di mana-mana dengan jumlah kendalian anak seramai ini. Namun, jika ada berita yang meragukan, kami mengambil pendekatan untuk ‘menyiasat’ dahulu. Kami berhubung rapat dengan para guru melalui kaedah SYURO. Pendekatan melapur ke pihak POLIS atau SAMAN MAHKAMAH sangat kami hindari. Secara logik pun kita boleh faham bahawa tindakan itu menggambarkan kita bermusuh dan tidak sukakan perdamaian. Itu telah kami rencanakan dalam isu DEBAT sebelum ini.

Seterusnya, anak didik kami melalui 3 fasa persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah agama dan ‘home schooling’ kami sendiri. Atas permintaan ramai, kami akan lancarkan buku panduan HOME SCHOOLING kami yang memuatkan panduan sekitar 400 mukasurat tidak lama lagi. Kita selaku ibubapa harus sanggup melakukan sendiri kekurangan atau apa saja kelemahan modul pendidikan nasional.

Insyaallah hasil kajian pendidikan sedunia yang telah kami jalankan secara perbandingan selama ini akan turut kami kongsikan dengan kementerian Pendidikan bila sampai masanya nanti. Nantikan saja buku hasil kajian dan panduan pendidikan yang sedang dalam proses proof reading dan printing sekarang ini.

PEMILIHAN HOME SCHOOLING DAN TAHFIZ

Ingin kami kongsikan dengan para pembaca tentang fenomena kenaikan mendadak dalam statistik ibubapa yang memberhentikan anak mereka dari sekolah untuk mereka lakukan home-schooling. Padahal kami difahamkan yang ia sangat susah untuk diizinkan oleh KPM, namun ramai yang menggunakan hak asasi manusia sebagai pilihan mensekolahkan anak sendiri, atau memilih institusi Tahfiz sebagai alternatif.

Ibubapa sebegini lebih menekankan pendidikan akhlak dan ilmu akhirat daripada mengejar kecemerlangan akademik. Rata-rata mereka menampakkan kebimbangan dengan gejala DERHAKA dan rosak akhlak yang sangat berleluasa di depan mata. Tidakkah ini merugikan negara?

Fenomena ini juga menjadi pertanda telah hilangnya keyakinan ibubapa terhadap kemampuan institusi sekolah untuk membina akhlak dan sahsiah anak mereka. Juga fenomena hilangnya minat guru untuk mengajar, kerana terbeban dengan tugasan dan masalah anak murid yang sukar diatur.

LANGKAH PENCEGAHAN – FENOMENA HUKUM, HAKIM, HIKMAH

Selaku orang Islam, kita harus berpegang kemas pada alquran dan sunnah. Dalam quran ada lakaran hukum dan hikmah, ada hudud yang sesuai selaku pencegahan dan kisas yang sesuai untuk setiap kesalahan. Tiap malam jumaat kita baca surah Yaasin yang menegaskan “WAL QUR’ANIL HAKIIM – Demi Qur’an sebagai Hukum/Hakim”. Nabi SAW telah sabdakan agar kita merotan anak jika ingkar solat seumur 10 tahun. Tetapi ajar dahulu anak itu bermula umur 7 tahun.

Pepatah Melayu lama lantang mengatakan “Sayang anak tangan-tangankan”… Siapa kita? Bijak setara mana kita ini untuk menafikan keperluan hukuman yang sesuai terhadap anak?

Islam itu agama WASOTIYYAH. Sebaik-baik urusan ialah bersederhana. Kesilapan kita ialah keterlaluan bila menyayangi dan menghukum. Apabila anak sudah terlalu dimanjakan, maka akan malas belajar atau tidak boleh diajar, lalu membentuk sikap kurang ajar. Apabila itu terjadi kita hukum pula dengan keterlaluan, capai apa yang ada, atau bagi PENANGAN atau TENDANGAN terus, tak sempat nak bersoal jawab atau mencari rotan pun. Maka jadilah ia satu jenayah yang membinasakan, bukan lagi satu pendidikan.

Zaman dahulu, para ayah menghantar anak mereka untuk ke sekolah dengan rasa sangat hormat dan meyakini para guru. Ramai yang datang berbekalkan rotan untuk secara simboliknya diberikan kepada cikgu-cikgu, sebagai tanda segala tindakan cikgu akan dibela.

Yang baiknya, dengan simbolik itu anak berusaha menjaga disiplinnya kerana cikgu sudah dapat LESEN BESAR. Para guru pula menerima amanah itu dengan penuh tanggungjawab dan tidak menghukum murid sewenang-wenangnya. Maka jadilah kita sekarang ‘manusia’ yang ada ‘tatasusila’. Ironinya, ke mana kita campak pendekatan yang berkesan itu? mengapa ramai di kalangan kita menjadi bongkak terhadap para guru sekarang ini?

Dahulu, jika balik sekolah kita mengadu dirotan oleh cikgu, ayah akan ambil rotan atau talipinggang dan tambah lagi untuk cukupkan dos. Jalan keluarnya ialah menghormati guru dan mengikuti apa yang guru katakan. Hasilnya, tidakpun anak-anak ini dirotan walaupun diberi lesen rotan dari ibu bapa.

Kisah bapa meroyan bila anak dirotan ini pada kami sangat keterlaluan. Apabila bapa dah mula buat laporan polis, kami nasihatkan tukar terus sekolah. Bagaimana mahu sekolah di sekolah yang sama jika anak itu sudah jadi satu mimpi ngeri kepada semua jemah pendidik di sekolah itu. Nanti di sekolah baru pula boleh buat perangai lagi dan pindahlah sekolah lain pula.

Bukankah lebih mudah untuk UBAH PERANGAI diri, agar menjadi seorang ayah yang lebih menghormati guru kepada anak-anaknya? Hasil kajian saintifik menunjukkan ROTAN mampu menyerap hentakan (absorber) walaupun ketika marah. Keperitan rotan, biarpun calar tidak akan membunuh. Ia memberikan kejutan minda melalui rangsangan saraf yang sihat. Itulah fakta sains dari saranan Rasulullah SAW itu.

FENOMENA MALU UNTUK MELAKUKAN KESALAHAN

Hasil kajian kami di Jepun, PTA (Parents Teacher Association) untuk setiap sekolah sangat aktif. Mereka juga ada hukuman yang tidak ‘menyakitkan’ tetapi memberi impak MEMALUKAN. “MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN”. Orang Jepun pun tahu kerana malu, mereka tidak akan mengulangi perbuatan yang menyebabkan mereka dihukum.

Merujuk kepada ‘Pekeliling KPM’ yang kami terima, tindakan yang memalukan pelajar tidak langsung boleh dilakukan hari ini. Itulah dia…Kita ini, nama sahaja Islam, tetapi mereka beragama Shinto di Jepun lagi pandai tentang perlaksanaan Islam yang sebenar. Apa sudah jadi pada kita?

Jika dulu tak siap kerja sekolah, cikgu suruh keluar bilik darjah dan buat kerja sekolah di luar bilik darjah. Malu jangan katalah kerana berada di laluan orang lalu lalang. Lagi malang, bila ada “Cik Kecil Molek” yang diminati melalui koridor tempat kita terpaksa menyiapkan kerja rumah itu, terasa malunya bagai mahu ‘menukar muka’ menjadi tong sampah.

Ketuk ketampi, cubit, dijemur tengah padang kerana tak bawa baju PJ (Pendidikan Jasmani), piat telinga, junjung kerusi sehingga lari keliling padang bagi yang selalu ‘tidor’ atau tidak buat kerja sekolah itu satu asam garam pelajar dahulu. Kami sahkan melalui kajian bahawa segala hukuman itu membuatkan murid menyempurnakan apa yang diarahkan.

Sesungguhnya senjata ‘malu’ itu mampu untuk mendisiplinkan anak-anak. Menafikannya membuatkan generasi hari ini “TAK TAHU MALU” kerana mereka tidak biasa diperkenalkan dengan erti malu semenjak di sekolah. Bukan sekadar tak malu tidak buat kerja sekolah, mereka tidak langsung malu melakukan seks suka-suka di dalam kelas dengan diperhatikan oleh rakan-rakan yang bersorak. Cabar mencabar seperti “Kalau ko boleh main dengan mamat tu, aku bagi ko RM5” pun boleh sungguh-sungguh berlaku tanpa ‘rasa malu’. Kami mampu katakan ini kerana ia ada dalam fail kami.

JANGAN POLITIKKAN PENDIDIKAN

Realiti tidak seindah bicara menteri dan para pencacai politik. Setiap kali tukar menteri, tukar ketua pengarah, maka bertukarlah polisi pendidikan negara. Anak-anak dan para guru sering menjadi mangsa kecelaruan ini. Lihat saja buah butir dari luahan ibubapa dan para guru dari ribuan komen artikel berkaitan pendidikan yang telah kami rencanakan sebelum ini.

Sedarlah semua bahawa tahap ‘Pendidikan akhlak’ anak kita sudah sangat parah, walau akademiknya macam berjaya. Apabila pendidikan menjadi bahan politik, kebejatan yang bermula di sekolah juga tidak mampu ditangani.

Hasil perbincangan kami dengan pihak Polis juga sangat merisaukan. Banyak kejadian yang ibubapa tidak tahu, bahkan tidak dilapurkan pun kejadiannya atas dasar menjaga maruah keluarga. Apabila jenayah juvana tidak terkawal, PDRM terpaksa masuk sekolah. Malangnya ada yang protes lalu PDRM tidak dibenarkan masuk mengganggu persekolahan sedangkan gangster junior sedang dilatih dan direkrut di dalam sekolah itu. Itu hanya kerana campurtangan ahli-ahli POLITIK yang mahu menonjolkan diri mereka sebagai WIRA masyarakat.

Hasil kajian kami yang paling anda tidak suka ialah peningkatan kes di mana campurtangan anak-anak dan ibubapa yang turut mempolitikkan hal ehwal persekolahan. Apa yang anak lapurkan, ibu bapa ikut saja. Apa yang ibubapa putarkan anak pula ikut saja. Bayangkan anak yang masih belum kenal siapa TG Nik Aziz, DSAI, DS Najib, TS Muhyidin, DYMM Sultan dan lain-lain pun sudah dipolitikkan mindanya untuk membenci mereka. Ini amat tidak realistik sekali dalam pembentukan watan generasi. Harap pembaca faham apa yang kami maksudkan.

DI MANA MARTABAT GURU PADA HARI INI?

Dulu, jika berselisih dengan guru kalau boleh nak menyorok belakang tong sampah. Bukan kerana takut, tetapi segan dan rasa terlalu hormat dengan orang bernama guru. Tetapi setelah berjaya guru amat disayangi dan dihormati. Pantang guru minta tolong, apa yang termampu bekas murid akan bantu. Namun sekarang, cikgu sendiripun boleh dirogol, dicederakan sehingga ada juga yang sampai ke peringkat dibunuh. Nauzubillah.

Acapkali pembelaan kepada anak-anak yang bejat mendengar kata-kata keramat dari bapa dan ibu pelajar seperti “INI ANAK KAMI, KAMI KENAL MEREKA TIDAK LAKUKAN PERKARA TAK BAIK DAN SIAPA CIKGU NAK ROTAN ANAK KAMI? KAMI SENDIRI PUN TAK PERNAH JENTIK DIA”.

Sebahagian besar dari kami adalah warga pendidik. Ungkapan di atas ini seperti satu lagu “Dendang Perantau” di musim raya yang sentiasa berulang-ulang seperti satu skrip tetap ibubapa yang menyerang sekolah bila anak mereka dirotan. Kerana anak tidak pernah dijentiklah maka cikgu terpaksa lakukannya agar anak itu menjadi ‘manusia’. Jika sekadar kita sayang anak dengan membelainya semata-mata, kita nantikan sahaja kerosakan yang bakal berlaku.

Mungkin anak kita baru berumur 7 tahun pada hari ini dan kita rasa anak kita sudah baik. Anak ini melawan kita pun akan dikatakan “COMELNYA DIA DAH PANDAI BERHUJJAH, ALAHAI ANAK DADDY”. Tunggu sahaja apabila anak itu mula membantah kata-kata kita pada umurnya 13 tahun nanti. Pada ketika itu, “hilang comelnya” dan kita sendiri juga mungkin tidak lagi mereka pandang. Waktu itu kita akan capai apa yang ada, tak sempatpun nak cari rotan.

Jangan terlampau percaya cakap anak. Seorang lelaki yang tidak cemburu kepada kerja buat isteri dan anaknya ialah lelaki dayus. Kedayusan ini penyebab kerosakan rumahtangga yang menyebabkan huruhara. Itulah hakikat neraka yang kekal bagi keluarga yang imamnya DAYUS.

Siasat dan periksalah anak kita. Jangan terkejut, ada ibu bapa yang mendapatkan khidmat nasihat kami kerana anak tidak mahu dengar kata dan sering pulang sekolah lewat, bila kami minta diperiksa anak itu, maka ditemui kondom dengan diari yang membariskan senarai lelaki-lelaki yang pernah mengadakan hubungan seks dengan anaknya.

Remuk hati ibubapa. Tapi apakan daya, kerana tanpa disedari itu yang ditempah. Kita beri anak smartphone, dan dengan smarphone itu anak tadi mencari kenalan. Dengan smartphone itu juga, anak itu melakukan selfie seksi yang menarik ramai lelaki yang mahukan batang tubuh gadis ini. Semua itu adalah kecelakaan yang ditempah. Tak guna menangis ketika itu, sudah terlambat untuk memperbaikinya.

Ini berita “sangat besar”. GEJALA SEKS BAWAH 15 TAHUN SUDAH TIDAK TERKAWAL. Janganlah kita leka lagi.

KESIMPULAN – KEMBALIKAN MARTABAT TALAQQI

Inilah kaedah Islam yang telah kita sendiri yang mengaku berpegang kepada alquran dan sunnah ini menafikannya. Inilah pendekatan pendidikan Sultan Mehmet Al-fateh, begitu juga kaedah pembentukan disiplin dan jatidiri tentera dan badan beruniform, disiplin silat, pelajar pondok dan sebagainya.

Apabila fungsi guru sudah macam fungsi video di YouTube yang hanya boleh ditonton tetapi tidak boleh mendenda, berleter, menggertak mahupun mencubit, adakah kita rasa kita akan hasilkan anak yang mendengar kata?

Jangan rasa terlampau bijak dan bangga kerana kita tidak pernah menjentik anak kita. Sedangkan nabi juga sarankan penggunaan rotan. Mengapa kita bangga kerana tidak pernah merotan anak? Adakah kita mahu menyatakan yang kita lebih hebat dari Allah dan nabi yang menyarankan hukuman rotan?

Sultan Mehmet Al-fateh itu seorang PUTERA RAJA. Baginda dicampak ke pondok pesantren untuk belajar dengan 2 orang sheikh yang kadangkala dengan sengaja memukul baginda tanpa sebab dan memberikan baginda makanan yang menjadi baki paling akhir selepas pelajar lain semua makan. Pakaian baginda adalah yang paling teruk berbanding orang lain. Setelah menjadi raja, beliau memanggil 2 orang sheikh itu untuk bertanya mengapa sheikh itu tidak berlaku adil kepada beliau. Lalu sheikh-sheikh itu menjawab..

“Kami dititah untuk melakukan kezaliman itu kepada Tuanku supaya apabila Tuanku menjadi raja, Tuanku tahu perasaan rakyat yang akan Tuanku zalimi”.

Dipendekkan cerita, sebuah ketamadunan besar mampu ditumbangkan oleh Al-Fateh dengan penawanan Constantinople selepas ratusan tahun percubaan oleh pelbagai kekuasaan lain. Adakah kita mahu anak sehebat itu tanpa perlu ada pengorbanan? Tanpa tekanan, sebagaimana proses pembikinan batubata, sebagaimana tekanan carbon untuk membentuk Diamond?

Jika kita jawap “YA”, lebih baik kita teruskan bermimpi. Berilah anak kita hadiah kereta ‘Mini Cooper’ hanya kerana mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR dan nantikan sahaja kerosakan yang bakal tiba. Ini fenomena pendidikan yang tidak harus kita lupa.

Apabila guru tidak lagi dihormati, nantikan sahaja satu ketamadunan yang akan berakhir dengan REBAH.

Kudap Pendidikan
WARGA PRIHATIN

Rangkaian Pendidikan Generasi Derhaka

00 derhaka 1RANGKAIAN PENDIDIKAN GENERASI DERHAKA

Saban hari ada sahaja kes-kes penderhakaan. Buka facebook juga penuh dalam newsfeed kisah-kisah penderhakaan. Bermula dari anak derhaka kepada ibubapa, yang derhaka kepada suami, yang derhaka kepada majikan, yang derhaka kepada pemimpin, pada raja, pada negara, dan yang paling berat ialah DERHAKA KEPADA ALLAH. Mudahkan fikiran kita, itu adalah satu rantaian kederhakaan yang telah berlaku dalam umat generasi hari ini.

Berita semalam memaparkan penangkapan 5 pelajar kolej yang membunuh pensyarah sekali dengan bapa pensyarahnya. Baru-baru ini tertangkap murid yang menggunakan ‘kerambit’ mencederakan guru yang menegur rambut PUNK nya. Kisah guru dipukul, dimaki, kereta guru dicalar, dibakar, dibocorkan tayarnya oleh murid semacam sudah amat biasa kita dengar.

Kelmarin kita disuakan dengan isu panas tentang bapa buat laporan polis kerana anak dirotan guru dan disuruh pulang ke rumah yang tidak sampai 100 meter dari sekolah disebabkan tidak menyiapkan kerja sekolah. Ramai juga yang menyokong tindakan bapa kerana kononnya anak trauma, membahayakan anak yang diusir oleh guru walhal rumah beliau dekat sahaja. Kenapa tidak menyalahkan bapa yang tidak memantau kerjarumah anak? Tidakkah lebih trauma bila pihak guru dan sekolah sudah didakwa?

Baru-baru ini ada guru sekolah di seremban melapurkan kepada kami kes seorang pemandu lori yang berbadan tegap, menyerang guru sekolah kerana tidak puashati anaknya ditegur kerana ponteng dan ikut beliau pergi kenduri. “Semua guru bangsat” katanya. Seluruh guru dan tukang kebun terpaksa bersatu, lalu dihayun sibapa murid ini oleh cikgu dengan penyodok pasir untuk mempertahankan maruah guru.

Polis masuk sekolah untuk benteras samseng junior kita protes. Kes bapa buat lapuran polis, saman guru, tukarkan guru bila anak dihukum juga sudah terlalu biasa. Senarai larangan menghukum murid yang terkini amat menarik sekali. Guru seolah-olah sudah tidak boleh menghukum murid sama sekali. Telah kami rencanakan habit buat lapuran polis, saman mahkamah adalah tekad untuk berdebat. Tiada hasil baik sama sekali, hasilnya adalah permusuhan. Jalan penyelesaian yang murni adalah syuro.

Saranan nabi agar kita “rotan anak yang tidak solat di umur 10 tahun” kita persetankan saja. Ini semua adalah satu pembelaan yang menggalakkan pembentukan anak-anak derhaka. Sama saja kita sekarang dengan masyarakat barat yang tidak beragama dan mengalami gejala akhlak yang menggila. Lepas tu kita juga yang melolong bila anak jadi degil, kurang ajar dan derhaka. Konon menegakkan kebebasan hak asasi manusia! Inilah sistem Dajjal yang hanya melihat sebelah mata. Yang layak hidup bebas sebenar-benarnya ialah haiwan. Untuk manusia harus ada batas (hudud) dan tatasusilanya.

KITA MENDIDIK ATAU MENTERNAK?

Dahulu kita MENDIDIK anak. Ibubapa hantar anak ke sekolah dengan serahkan seutas rotan kepada guru sebagai simbolik ‘mendidik’. Pantang kita mengadu dirotan, bapa akan tambah lagi kerana berperangai yang memalukan mereka. Hasilnya kita berusaha menjaga akhlak dan mengikut segala peraturan lalu kita jadi manusia. Kita tahu malu bila dirotan lalu berusaha menjaga akhlak dan menjaga maruah ibubapa.

Sekarang ini kita MENTERNAK anak. Asalkan anak hidup dan tidak mengganggu sangat urusan harian kita, itu sudah dikira anak yang baik. Alangkah rendahnya ‘kualiti anak’ yang kita ciptakan melalui pendidikan gaya tablet, flappy birds, angry birds, candy crush dan banyak lagi. Mereka diam tidak mengacau urusan kita nak menonton sinetron, slot Akasia mahupun slot Zehra di TV. Tanpa sedar, itulah satu pendidikan anak derhaka.

Kata orang tua, istilah lain bagi derhaka ialah “Anak kurang Ajar!!”. Memang sebenarnya kurang ajaran secara mendidik walaupun cukup pandai dalam akademik. Tablet diberi untuk anak berkeliaran di alam maya mencari keseronokan yang kebanyakannya berunsurkan lagho dan maksiat. Jangan hanya ingat maksiat itu sekadar anak menonton pornografi sahaja. Membuang masa bermain permainan internet juga satu bibit kemusnahan yang membawa kepada maksiat-maksiat lebih besar. Saudara mara datang pun mereka tidak peduli untuk menyapa dan bersuai kenal. Dipanggil buat tak tahu kerana leka. Menolong ibubapa jauh sekali.

Hari ini ramai yang tidak sensitif dengan gejala kecil yang dibiarkan sehingga ia membentuk gejala lebih besar. Anak umur 8 tahun yang menonton rancangan Mat Saleh “Sex and The City” ataupun “Friends” dikatakan tidak bahaya. Padahal itu satu bentuk doktrin halus dalam mempromosikan seks bebas. Bila masa kita yang sibuk seharian ini nak nampakkan kepada anak di mana baik buruknya? Jika semuanya dihadapkan kepada mereka seolah-olah tiada halangan dan seolah-olah semuanya betul belaka.

FENOMENA ANAK TIDAK DENGAR KATA

Kajian saintis menunjukkan anak yang sudah terlalu leka dan seronok dengan gajet ini bakal mengalami masalah sensitiviti deria telinga yang amat rendah. Allah jelaskan berkali-kali agar kita menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati (QS: 17/36, 16/78) dalam proses pendidikan. Namun gejala ini telah mematikan fungsi deria paling utama dalam pendidikan, iaitu pendengaran. Ini adalah asas kepada pembentukan anak derhaka, apabila kurang sensitiviti serta respond mereka terhadap panggilan dan arahan murobbi.

Adakah anak kita bersegera semasa dipanggil? Adakah anak kita bergegas bangun apabila diarahkan melakukan sesuatu ketika mereka sedang menonton rancangan TV atau bermain gajet kegemaran mereka? Adakah kita membelai saja anak kita semasa mereka salah dan semasa baik? Atau kita sekadar berkata “Biarlah, budak-budak”. Benar mereka budak-budak pada hari ini, tetapi mahukah kita dengan habit itu mereka dibesarkan?

UMUR 13 TAHAP RAPUH, BERMULANYA PENDERHAKAAN NYATA

Dari kajian sosiologi dan perkembangan ekologi manusia, anak-anak yang bejat akhlaknya bermula nampak padahnya pada umur 13 tahun. Itu transisi antara kanak-kanak kepada remaja. Inilah antara sebab kami bertindak pantas menutup cawangan kami di Sg Pelek. Godaan dari gejala seks bebas amat kuat sekali.

Amat menyedihkan bila kami dapat aduan ada kutu kampung usia sekitar 15 tahun yang bersidai di depan masjid bertanya anak-anak lelaki kami yang keluar dari masjid untuk berjalan kaki pulang ke rumah… “ada kakak yang umur 13 tahun tak? Bagi kat kami boleh?”

Dari aduan itu kami pasti suasana tidak selamat. Kami minta anak-anak rijal kemaskan kawalan terhadap anak-anak nisak. Memang benar, keruntuhan akhlak berlaku di mana sahaja. Anak-anak kami yang bertudung labuh tidak terkecuali. Hanya sebulan dua selepas kami tempatkan anak kami di desa itu, mereka telah berjaya mempengaruhi seorang anak remaja kami yang baru masuk tingkatan 1 sekolah menengah. Diam-diam diberikannya telefon bimbit siap dengan simkad prabayar dan asyik minta untuk buat temujanji.

Mujur juga, ia terjadi kepada anak kami yang sentiasa dilatih untuk saling apit mengapit. Gejala itu segera kami kesan dan rawat. Jika anak-anak ini tidak diperhatikan oleh jemaahnya yang telah diberikan didikan dengan pendirian dan akhlak Islam, pasti hanyut juga mereka untuk bersedap-sedap pada fasa permulaan puberty. Itu fasa yang sangat bahaya. Ia berpadanan dengan banyak statistik kehamilan muda yang kebanyakannya bermula dari umur 13 tahun. Setiap hari ada saja paparan pengakuan terbuka panjang lebar di akhbar dan tv oleh mangsa, Nauzubillah.

Kebejatan yang berlaku pada umur 13 tahun itu satu penderhakaan yang besar dan ia berlaku melalui penderhakaan kecil yang dibiarkan dari mereka kecil lagi. Kita boleh tempeleng “Sazali” setelah dewasa, tetapi nanti beliau akan kata,

“Jika 10 tahun dahulu Ayah tampar Sazali, mungkin tidak Sazali jadi begini”, bukankah fenomena ini sudah berleluasa sekarang? Tidakkah kita mahu mengambil pelajaran?

Selebihnya, kita fikirkanlah sendiri. Kita menternak atau mendidik anak? Jika sekadar menjadikan anak pandai, pagi-pagi bangun hantar anak ke nursery dalam keadaan belum mandi mengharapkan semua nursery yang lakukan. Balik kerja kita ambil anak semula, lalu kita berikannya tablet untuk mereka tenang dan tidak ganggu kita menonton. Lepas isya kita terus tidur untuk rehat bagi kerja esoknya. Hujung minggu kononnya kita nak berikan masa kualiti untuk mereka dengan membawa mereka ke KLCC atau berkelah. Kami ucapkan “SELAMAT BERJAYA”. Itulah kaedah anak kita diternak menjadi penderhaka.

GENERASI PENDERHAKA YANG MENYELURUH

Pada hari ini, penderhakaan kita sudah masuk satu pusingan lengkap. Kami panggil ini PENDERHAKAAN YANG SEMPURNA. Pemimpin yang derhaka kepada Allah akan diderhakai oleh rakyatnya. Bapa yang derhaka kepada Allah akan juga diderhakai oleh anak isterinya. Isteri yang derhaka kepada suami akan juga diderhakai oleh anak-anak mereka. Guru yang derhaka akan diderhakai muridnya. Pelajar yang derhaka kepada gurunya akan diderhakai oleh semua rangkaian orang di bawah pimpinannya, biarpun mereka berjaya dalam pelajaran. Itu sudah pasti.

Hari ini jika buka di newsfeed sahaja, berjujuk-jujuk pencarutan kerana perbedaan fahaman politik dan aliran agama. Tok guru, ustaz dan alim ulamak yang ‘pernah’ kita ambil ilmunya dicarut dan dikutuk sewenang-wenang. Adakah keberkatan ilmu lagi? YB, YAB, mahupun DYMM semua itu mereka bedal dengan carut-carut yang hanya menambahkan panas yang telahpun sedia membara. Mahu kami Tanya, bilakah mahu selesai dengan cara itu?

Allah dah ajarkan semuanya tentang adab-adab menegur pemimpin sekalipun pemimpin itu zalim, tetapi mengapa manusia yang berkepiah dan beserban dengan gelaran ustaz-ustaz dari parti yang menggunakan nama Islam juga menghentam dengan carutan-carutan kasar? Tidakkah mereka membaca Al-Quran sampai habis? Atau mereka sekadar mengambil Al-Quran atas isu-isu yang mereka suka sahaja? Lantas mereka sendiri dicarut oleh pihak lain, mahu kita salahkan siapa?

SIBGHATULLAH – KEPIMPINAN, PENDIDIKAN MELALUI TAULADAN

Jika anak tidak dididik untuk MENDENGAR KATA semenjak mula mereka faham bicara, mereka akan membesar menjadi manusia yang mudah memberontak dan murung. Kami praktis bermula umur 1 hari melalui proses stimulasi. Kami minta ibu-ibu tunjukkan uswah secara semulajadi melalui konsep kepimpinan melalui tauladan ini. Tidak lebih 10 saat, panggilan anak melalui tangisan mesti kita attend untuk melatih ‘sensitiviti telinga mereka’ melalui ‘sensitiviti telinga kita’. Anak tidak boleh diletak jauh sehingga kita tidak boleh nampak atau dengar tangisan mereka untuk dirawat.

Di RPWP, bentakan melalui bahasa badan anak juga kami fahami dan sensitif untuk bertindak. Jika kita lihat seorang anak itu seperti bermasalah dan ditanyakan “Ada masalah ke? Masam je muka?” dan anak sekadar menjawab “Takde apa-apa” dan terus membisu, itu juga kami sudah anggap satu penderhakaan. Jika kami panggil anak lambat menjawab, kami larang anak langgar, kami suruh anak tidak buat, itu sudah dikira derhaka. Derhaka besar akan berlaku jika derhaka kecil tidak kita tangani.

Jangan ajarkan anak kita tentang akhlak, mereka akan lupa. Tetapi tunjukkan contoh akhlak yang baik, anak akan menirunya. Jangan cuba nak ubah fitrah, jika bapa dan ibunya ‘ketam yang berjalan mereng’, jangan harap anak boleh jadi seorang ‘manusia yang berjalan lurus’.

Pendidikan di RPWP memang agak kolot. Kerana kami mengambil model pendidikan nabi-nabi dan para tabi’in yang telah dilupakan pada hari ini. Jika adapun, mereka sekadar tebuk-tebuk sahaja modulnya untuk mencari keuntungan dengan pendidikan sebegitu. Tapi kami mengambil konsep sibghahtullah (acuan / rendaman Sistem Allah) seperti penyaduran yang berlaku dalam proses elektrolisis yang juga melalui kaedah rendaman ini.

Binalah persekitaran yang baik, kekang anasir luar dari masuk ke dalam persekitaran SEBELUM anak-anak ini sempurna dalam membina kekuatan akhlak untuk menangkis anasir itu. Mereka juga akan keluar berhadapan dengan segala kebejatan, tetapi pada ketika itu, mereka tidak melihat wanita seksi berbaju jarang untuk penyedap mata, tetapi sebagai sumber mereka melihat bainat kerosakan alam dan mengkaji penyelesaiannya. Alhamdulillah, ini dapat kami lihat buktinya pada akhlak anak-anak kami yang sedang belajar di universiti.

KESIMPULAN

Hari ini anak yang kita panggil tidak menyahut kita biarkan saja, mereka membentak juga kita biarkan. Kita tidak sensitif dengan bahasa badan anak yang membentak dan tidak menghiraukan derhaka-derhaka kecil sehingga derhaka besar tak mampu kita kawal. Api jika kecil mampu kita tiup dan siram untuk padamkan, tetapi jika sudah marak, kita terpaksa pasrah melihat ia terus membakar. Jika mampu kita buat sekalipun ialah dengan mengawal api dari membaham rumah-rumah lain.

Jika anak kita hari ini berumur 13 tahun dan sedang hamil anak luar nikah, pendidikan sudah kurang berguna ketika itu. Jika hudud (batas) tidak kita laksanakan dalam keluarga, nanti kita akan hanya mampu melihat dan mengawal kerosakan itu dengan qisas (hukuman) agar tidak merebak kepada anak-anak yang lain sahaja. Yang terbakar sudahpun hangus, yang koyak sudahpun rabak.

Renung kisah pendedahan akhbar mengenai pengakuan panjang lebar seorang isteri yang berselingkuh semasa suami bertugas di luar negara kelmarin. Jika seorang isteri sudah hilang hormat dengan suaminya hanya kerana bergaji lebih besar dan suami hanya duduk dayus membiarkan tanpa ada penegasan, maka tunggu sahaja perceraian berlaku. Hari ini mungkin isteri akan cakap “Tak apalah Yang, I kerja untuk keluarga kita juga” tapi bila dah menyampah, keluarlah pula bahasa derhaka sebegini…

“Asyik-asyik I yang kena bayar, rumah I bayar, kereta pun I bayar… you punya gaji setakat pergi Giant beli barang dapur sahaja, itupun tak cukup!!!”.

Suami dayus akan tunduk, tetapi suami yang benar-benar merijal akan bangkit dan berikan kata dua. Penderhakaan isteri juga sama seperti penderhakaan anak, ada tanda-tanda awal yang kita perlu bijak membacanya. Tanda-tanda mudah ialah, isteri mula mengarah-ngarah, kurang layanan, kurang memasak untuk suami dan anak, kurang mesra, terlalu taksub dengan kerja sehingga menolak suami yang mahu “bersama”. Jika tanda-tanda begitu dibiarkan… tunggu sahaja isteri failkan cerai satu hari nanti. Jika tidakpun, tunggu sahaja berita isteri berselingkuh.

Kami bercakap tidak sekadar ‘copy paste’, tetapi semua ini ada dalam fail kami. Banyak sekali kes-kes sebegini dirujuk kepada kami. Kami juga menganalisa gejala ini berpadanan dengan pelbagai statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk statistik perceraian. Hari ini ia sudah meningkat kepada lebih 3 pasangan dari 10 perkahwinan yang mengalami perceraian.

Jangan kita pandang remeh ancaman Allah dalam isu ini, kerana “Ia mungkin rumahtangga kita”.

Analisa Fenomena Derhaka
WARGA PRIHATIN

Lelaki pukul isteri guna kapak dicekup

2014/02/17 – 05:54:42 AM

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim Cetak Emel Kawan

LELAKI PUKUL ISTERI GUNA KAPAK DICEKUP

Kota Bharu: Seorang lelaki yang diburu polis hampir tiga minggu kerana memukul isteri dengan kapak serta mengunci leher mangsa dengan rantai besi, ditahan ketika bersembunyi di sebuah pondok dalam semak dekat Pasir Tumbuh, awal pagi semalam.

Suspek berusia 26 tahun terbabit, ditahan ketika bersendirian dalam pondok di Kampung Tembisu itu jam 5.30 pagi, oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kota Bharu, hasil risikan susulan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata suspek disyaki bersembunyi dalam pondok terbabit, selepas menyerang isterinya pada 30 Januari lalu.

“Pondok kosong dalam semak terbabit, dipercayai menjadi pilihan suspek untuk bersembunyi selama ini, kerana kedudukannya jauh dari rumah penduduk yang terdekat di kampung itu.”

“Suspek kini dalam tahanan untuk siasatan lanjut sebelum didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

CEDERA DI KEPALA, LEHER

Dalam kejadian 30 Januari lalu di Kampung Temusu, suspek yang bertindak kejam itu bukan setakat memukul isterinya menggunakan kapak, malah leher mangsa dipasang dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga seperti hamba.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di kepala dan leher. Suspek memukul isterinya berusia 21 tahun yang juga suri rumah itu, hanya disebabkan wanita terbabit tidak memberikan wang yang diminta.

Mangsa yang baru habis berpantang itu diselamatkan bapanya sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut, sebelum membuat laporan polis.

Tips Munakahat – Peranan Lelaki dalam mengelakkan penceraian

00 pdTIPS MUNAKAHAT – PERANAN LELAKI DALAM MENGELAKKAN PENCERAIAN

Sejak akhir-akhir ini kami terima banyak kes rumahtangga yang serius dan telah pun melibatkan penceraian. Sepertimana biasa ramai yang akan menuding pihak isteri kerana menjadi penyebab kepada ketidakpuasan hati suami dan retaknya rumahtangga. Hari ini ingin kami kongsikan kepada para pembaca supaya sama-sama dapat ambil iktibar dan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya.

Statistik menunjukkan lebih 30 peratus kadar penceraian telah berlaku. Ini bermakna, setiap 10 pasangan yang mendirikan rumahtangga, lebih dari 3 pasangan akan ke mahkamah syariah semula untuk tujuan bercerai. Ada yang bercerai sejurus selepas bernikah, ada yang seminggu dua, sebulan dua, atau setahun dua selepas itu. Bahkan ada yang masih tergamak bercerai selepas mempunyai 10 orang anak. Situasi ini sesungguhnya amat membimbangkan.

Kami ada kes dilapur oleh seorang anak yang bijak. Sejak kecil mendapat A untuk semua mata pelajaran namun lari dari rumah untuk belajar di Maktab Tentera dengan biaya sendiri, namun hanya sekerat jalan dan akhirnya berhenti sekolah. Si Bapa adalah seorang gurubesar, ibu juga seorang guru. Namun sukar sekali untuk melihat satu hari di mana ibubapa mereka tidak bergaduh. Si bapa tidak puashati dengan ibu, si ibu pula jenis sentiasa meninggi suara dengan suaminya, keras kepala dan tidak boleh dinasihati.

Akibatnya si bapa sentiasa keluar rumah, menghabiskan masa main majong bersama rakan-rakan, anak-anak menjadi tempat ibu melepas geram dan merasa tertekan. Lebih malang, anak-anak perempuan pasangan ini sudah mengikuti tabiat ibunya. Akibatnya, yang sulung awal-awal lagi sudah bercerai dan menjanda hingga sekarang. Yang kedua kebetulan mempunyai suami yang lembut dan boleh didominasi olehnya. Si ayah sudah meninggal dan semua anak tidak mengindahkan ibunya yang sudah tua. Pengadu sendiri pernah bercerai dengan isteri pertama dan kini bersama isteri kedua.

PUNCA UTAMA PENCERAIAN

Sepertimana biasa, pencerian di peringkat awal biasanya disebabkan samada isteri atau suami merasa tertipu. Semua tembelang yang tersimpan semasa perkenalan dahulu hanya terzahir selepas bernikah.

Ada suami yang segera menceraikan isteri apabila mengetahui isterinya telah ditebuk tupai, pemalas, pengotor dan sebagainya. Asbab ini boleh menyababkan penceraian berlaku pada kadar sangat segera. Pihak isteri pula mula mengetahui bahawa suami kaki betina, ramai teman wanita, pemalas, tiada kerja dan pendapatan tetap, tidak bertanggungjawab, rosak akhlak, kaki dadah dan sebagainya. Cuma penceraian dari asbab ini akan sedikit memakan masa, kerana kuasa mencerai berada di tangan suami.

Dari kes-kes vateran yang kami kendalikan, didapati rata-rata sebabnya adalah kerana suami tidak puashati dengan layanan dibilik tidur oleh isteri, juga disebabkan isteri pengotor, rumah berselerak, malas memasak, boros, tidak pandai menjaga anak dan tidak kurang yang disebabkan isteri berselengkoh dengan jantan lain.

Penceraian akan segera terjadi apabila si isteri pula sama sahaja tahap ketidakpuasan hati mereka terhadap suami. Suami dilapurkan ganas, selalu memukul isteri, terlalu cemburu, tidak berkerjasama, tidak pandai melayan serta mendidik isteri dan sebagainya. Hubungan mesra dan tanya menanya tidak berlaku. Mereka duduk serumah tapi tiada silah (perhubungan) yang sangat perlu untuk memupuk kasih sayang sesama mereka.

Dari kes-kes lain juga disebabkan suami tidak tidak bekerja dan pemboros, sakit dan tidak upaya, campurtangan pihak keluarga atau pihak ketiga dalam keluarga yang tinggal serumah, seperti berselengkoh dengan ipar duai dan sebagainya.

KAEDAH MENDAMAIKAN YANG ADIL

Untuk Warga Prihatin, kami akan meneliti setiap kes yang dirujuk melalui kaedah syuro. Niat utama ialah mengelakkan penceraian. Pasangan yang berkrisis akan kami wawancara secara berasingan oleh beberapa wakil dari kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa yang berpengalaman dan tiada kepentingan. Semuanya kami tangani secara NAHNIAH bukan ANANIAH. Kami tidak akan membiarkan mana-mana pihak menipu atau memutarbelitkan fakta. Kaedah yang kami gunakan akan amat mudah untuk mengesan kefasikannya.

Kemudian hasil soal-siasat itu akan kami bincangkan dalam syuro harian kami. Di situ sama-sama kami fikirkan, sama-sama memperhalusi semua punca krisis tersebut dan berjemaah mencari kaedah penyelesaiannya. Biasanya kami akan gunakan kekuatan dan keikhlasan jemaah, tanpa prejudis dalam mengadili kedua-dua belah pihak.

Rujukan dari alquran dan sunnah akan kami gunakan dengan tegas tanpa kompromi dalam menyelesaikan semua masalah yang berlaku. Minggu lepas sahaja kami telah berjaya menyelamatkan dua pasangan yang secara spiritnya telah bercerai, bahkan telah dilafaz oleh pihak suami berulang kali dalam keadaan beremosi. Anak-anak mereka menjadi murung dan amat tertekan sekian lama. Hari ini mereka dapat hidup mesra dan berbaik semula. Alhamdulillah, anak mereka juga telah turut kembali ceria.

PEDOMAN RUMAHTANGGA YANG DILUPAKAN

Dalam surah AnNisa’ ayat 34, alquran ada melakarkan pedoman berumahtangga dengan jelas. Suami seharusnya mampu bertegas MEMIMPIN dan MENDIDIK isteri. Suami juga bertanggungjawab memenuhi NAFKAH buat isteri. Selain nafkah batin yang melibatkan hubungan intim, pendidikan agama dan khidmat nasihat juga adalah sebahagian dari bentuk NAFKAH BATIN bagi seorang suami terhadap isterinya.

Apabila berlaku masalah isteri yang NUSYUS, langkah pertama yang Allah nasihatkan dalam ayat itu ialah dengan memberikan NASIHAT kepada isteri. Apabila nasihat tidak berkesan, maka tindakan seterusnya adalah MEMISAHKAN TEMPAT TIDUR. Jika itupun tidak berkesan barulah dibenarkan MEMUKUL ISTERI.

Namun kajian kami menunjukkan terdapat banyak kelemahan yang jelas terhadap para suami. Kami ada pandangan tersendiri dalam isu MEMUKUL ISTERI ini, bahkan ia bukan pukulan fizikal sepertimana yang kita amalkan. Ramai suami yang menggunakan ayat ini sebagai sandaran untuk memukul isteri sewenang-wenang. Sebenarnya, ini adalah langkah terakhir yang Allah sarankan, namun ramai yang menggunakan ini sebagai langkah pertama, melupakan urusan NASIHAT, dan pisah tempat tidur (BOIKOT).

SUAMI PERLU BERILMU DAN MENGALIRKANNYA:

Lelaki sepatutnya rakus menuntut ilmu agar dapat mengendali rumahtangga dengan ilmu, namun hakikatnya kini wanita yang lebih rakuskan ilmu. Dalam kes isteri nusyuz, sering para suami terus bertindak dengan beremosi. Sebenarnya, segala yang berlaku ada puncanya yang tidak diperhatikan dengan baik sejak mula. Lama kelamaan ia menjadi kebiasaan dan menunggu letupan ibarat bom jangka. Proses tanya menanya, nasihat menasihati dengan istiqomah tidak berlaku.

HABLUMINALLAH, WAHABLU MINANNAS – jagalah “PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA”. Hubungan dengan Allah adalah dengan membaca dan memahami mesej ayat-ayat Allah dari surat-suratNya. Ia juga berlaku melalui kaedah solat yang kita laksanakan 5x sehari, di mana kita mengambil pelajaran dari ayat-ayat yang dibaca dalam solat.

Hubungan dengan manusia ialah melaksanakan pelajaran yang dibaca dalam solat untuk digunakan bagi mengatur hidup sesama manusia. Rasulullah SAW telah katakan “ASSOLATUDDU’A – SOLAT adalah DO’A / SERUAN”. Selaku imam dan ketua keluarga, lanjutan dari solat harus dikembangkan melalui proses MENYERU kepada ahli keluarga. Itulah hakikat amal yang harus dilaksanakan dengan jelas dan istiqomah. Segala perbuatan keji dan mungkar kita basmi dan sucikan menggunapakai semua prinsip dari pelajaran yang kita cerap dari solat harian kita.

Malangnya ramai pasangan yang solat 5x sehari, namun tidak mentarbiahkan disiplin dalam solat untuk diterapkan dalam kehidupan ahli keluarganya. Proses silatulrahim, tanya menanya yang menjadi sarana aliran ilmu dan kefahaman tidak berlaku di antara mereka. Kerana itu, solat mereka tidak mampu mencegah segala perbuatan keji dan mungkar dalam rumahtangga mereka.

Nabi SAW katakan “syurga itu adalah taman-taman ilmu”. Allah pula katakan yang “aliran sungai (ilmu) adalah sarana syurga”. Maka kegagalan aliran ini melalui syuro keluarga menyebabkan pembentukan rumahku syurgaku tidak berlaku. Ahli keluarga kekal hidup dalam KEJAHILAN dan mengharungi hidup dengan tabiat JAHILIAH. Mereka sentiasa dalam keadaan tegang, bercanggah pendapat dan berselisih faham kerana tidak diberikan kefahaman YANG SAMA, menggunakan FAHAMAN ALLAH YANG SATU.

Tiada rumahtangga yang tidak dilanda badai dan selisih faham. Itu semua kita tahu. Namun ramai pasangan yang mengambil jalan singkat dan ditunggangi emosi dalam menangani masalah yang melanda. “BASTOTAN FIL ‘ILMI WALJISMIDengan ilmu yang luas, badan jadi perkasa”. Jika kefahaman yang mantap berjaya disampaikan, maka tindakan masing-masing akan teratur. Jika adapun masalah, rujukan yang difahami tadi akan membuatkan masing-masing kuat dan tabah menanggungnya.

Lelaki seharusnya ada 9 akal dan 1 nafsu, wanita pula adalah sebaliknya. Namun dalam menangani masalah rumahtangga ini, kajian kami mendapati banyak kes yang menunjukkan sebaliknya. Inilah punca gejala yang sebenarnya. Hari ini ramai sekali para isteri yang suka meminta cerai. Suami pula suka melafazkan cerai, menghalau isteri tanpa hak secara beremosi dengan sewenang-wenang. Ada kes di mana isteri dipaksa keluar rumah jam 5 pagi. Ini menyalahi keadilan hukum Islam dan kami nampakkan kesilapan itu dengan rujukan wahyu.

Lelaki sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap anak isteri, dari segi nafkah, pendidikan dan sebagainya. Namun kami dapati ramai wanita yang terpaksa bertungkus lumus mencari nafkah, memikirkan kebajikan diri dan anak-anak. Ramai sekali para suami yang lepas tangan, anak nak sekolah, nak masuk universiti, anak masuk hospital, lockup dan penjara, anak kena rogol, anak mengandung atau lari rumah semuanya diserah kepada isteri belaka.

KESILAPAN SUAMI MENGIKUT SUNNAH TANPA BASMALLAH

Sunnah Rasulullah SAW adalah berpedomankan wahyu dan Basmallah. Malangnya ramai juga (walaupun tidak semua) suami yang menggunakan sunnah nabi secara jahiliyah. Mereka ikut yang mana mereka suka sahaja. Nabi berpoligami mereka ikut. Mereka lupa bahawa Nabi lakukannya dengan ilmu sedangkan mereka melakukannya dengan kejahilan. Nabi berakhlak, adil, namun mereka sering tidak adil dan menganiaya.

Ramai suami yang menjaja sunnah nabi, yang menggunakan harta isteri baginda Sayidatina Khadijah r.a. untuk membolehkan mereka lakukan perkara yang sama. Mereka lupa yang isteri nabi tidak serah harta pada nabi untuk kegunaan peribadi, tetapi menyerahkan untuk urusan dakwah baginda. Nabi tidak gunakan harta isteri untuk memenuhi hobi dan maksiat seperti mereka.

Budaya sesetengah pengamal poligami zaman ini pula terbalik. Kita gunakan harta isteri untuk bayar rumah, untuk beli motor besar, buat loan beli kereta dan enjoy sana sini. Kita mengumpul isteri untuk ditugaskan mengurus cawangan perniagaan ataupun mengumpul gaji-gaji mereka. Semua itu agar kita dapat enjoy, bersenang lenang dengan harta isteri. Kami ada terlalu banyak kes sebegini.

Tinjauan kami mendapati ramai sekali isteri yang bekerja atau berharta sangat inginkan suami mereka mendekatkan diri pada agama. Mereka redha jika terpaksa menanggung suami yang berjihad di jalan Allah. Contohnya ada suami yang menguruskan rumah anak yatim, tahfiz, jadi imam masjid sepenuh masa dan sebagainya. Inilah sunnah yang sebenarnya. Para isteri hanya kesal jika suami menghabiskan wang mereka untuk tujuan hobi dan maksiat.

PISAH TEMPAT TIDUR YANG TIDAK BERKESAN

Fitrah wanita memang banyak bercakap. Bicara mereka lebih beremosi jika dilayan. Kerana itu Allah sarankan suami untuk menasihati mereka secara istiqomah hanya tatkala mereka dalam keadaan tenang dan redha. Jika mereka masih Nusyuz, Allah sarankan kita boikot mereka dengan memisahkan tempat tidur. Tetapi ramai yang mengadu usaha itu tidak berkesan. Mengapa jadi begitu?

Hasil soal selidik kami mendapati pasangan sebegini rupanya telah terlalu lama mengabaikan urusan bilik tidur mereka. Duduk sebumbung namun sering tidur berasingan. Ada yang sudah lupa bila kali terakhir mereka jimak isteri mereka. Sedar tak sedar ada yang mengaku sudah 6 bulan, malah 8 bulan tidak ‘bersama’ dengan isteri. Biar apa pun alasannya, ini adalah suatu yang sangat tidak fitrah dalam hubungan suami isteri. Bukan begini yang Islam sarankan.

Fitrah wanita memang suka dibelai. Jika lelaki sering bersifat lembut dan manja SEBELUMbersama isteri’, namun wanita akan lembut SELEPASbersama suami’. Ramai suami yang sengsara menyiksa diri ‘menghukum’ isteri dengan mengabaikan urusan jimak. Sebenarnya tindakan itu membodoh dan menyisa diri sendiri kerana nafsu wanita akan menjadi semakin keras jika tidak dibelai. Kitaran Berahi atau Circlus Estrus yang berlaku pada para Isteri perlu juga diambil kira oleh para suami dan jangan pula dipandang itu satu perkara yang ringan kerana ia terkait dengan fittrah alam.. Cukuplah pusingan HAID bulanan atau NIFAS yang Allah sudah tetapkan untuk berehat mengumpul tenaga keintiman jika perlu. Janganlah kita tambah dengan apa yang kita reka sendiri. Harap anda faham maksud kami.

Jika kita berupaya, nabi sarankan agar kita jimak isteri sekitar 2-3 kali seminggu. Jika kurang mampu sekurang-kurangnya 1 kali. Itulah yang kita faham akan tugas suami di malam jumaat kononnya. Sebenarnya, jika kita laksanakan sunnah nabi dan hidayah Allah yang lurus dalam ayat tadi secara istiqomah (itulah isi fatihah ayat 6), maka nasihat dan ilmu yang mengalir tanpa putus itu sahaja sudah cukup untuk membentuk isteri mengikut acuan Allah yang mampu membahagiakan kita.

Jika ada yang terlanggar oleh isteri ke arah NUSYUZ, tindakan boikot atau pisah tempat tidur akan menjadi sangat berkesan dan meresahkan sang isteri. Tidak perlu kita bertengkar riuh rendah sehingga membuatkan anak-anak kita lari. Sepatah dua tambahan teguran selepas itu adalah satu PUKULAN yang berat bagi isteri. InsyaAllah ia bakal mampu memulihkan keadaan. Jauh sekali sampai peringkat memukul, berkungfu dan bertinju, menghempas dan membaling itu dan ini secara fizikal.

KESIMPULAN

Fahami emosi wanita dan keterkaitannya dengan pusingan haid bulanan mereka. Baiki pendekatan keintiman anda dengan isteri, kerapkan tanya menaya. Jemput isteri untuk menjadi mesra dengan salam dan senyum. Didik dan fahamkan isteri untuk memenuhi kesukaan anda, asalkan tidak melampaui batas syarak, biar dia tahu bagaimana menggamit selera dan kasih sayang anda. Membiarkan isteri lama tidak ‘disentuh’ akan membuatkan hati mereka semakin keras membatu.

Bagi pasangan vateran, bukanlah semata-mata urusan jimak yang menjadi ukuran. Interaksi kalam (silatulrahim) dan sentuhan tubuh, belaian dan dakapan tangan anda lebih bermakna kerana isteri dan suami kedua-duanya mungkin sudah semakin tidak berselera jasadnya, namun bukankah dalam syurga kita sebaya? Kekalkanlah intensiti berkasih sayang sepertimana umur di syurga, sepertimana orang muda juga.

Jika setiap hari anda saling bertanya dan bermesra, saling berkongsi ilmu dan maklumat, pasti akan kurang selisih faham. Jika setiap malam anda dakap dan peluk pasangan anda, anda kucup, gigit dan cubit dengan mesra, maka dengan sedikit boikot saja bakal membuatkan masing-masing rindu dan berusaha untuk memulihkan semula kemesraan sebelumnya.

Gunakan kaedah pisah tempat tidur atau boikot. Jangan layan bertengkar dengan isteri kerana mereka memang banyak cakap dan sukar mengawal emosi. Nanti anda juga yang semakin sakit hati. Sedikit teguran tambahan selepas boikot itu akan menjadi satu pukulan yang berat bagi isteri anda. Tidak perlu anda bersilat berkongfu dengan isteri kerana wanita bukan lawan lelaki.

Kudap munakahat
WARGA PRIHATIN

Gadis ikut teman lelaki – mengadu dirogol bergilir-gilir tetapi didapati sudah hamil 2 bulan

Gadis ikut teman dirogol bergilir-gilir
2014/02/17 – 05:50:24 AM

Kota Bharu: Tindakan seorang gadis mengikut teman lelaki yang baharu dikenali menerusi Facebook ke rumah sewa, mengundang padah apabila dirogol secara bergilir-gilir dalam kejadian di Kampung Geting dekat Tumpat.

Mangsa berusia 17 tahun itu menerima ajakan lelaki yang dikenali sejak dua minggu lalu itu, untuk berkunjung di rumah, sebelum menjadi mangsa rogol oleh pemuda itu jam 11.30 malam Jumaat lalu.

Lebih malang, beberapa rakan teman lelakinya yang berada dalam rumah itu mengambil kesempatan merogol mangsa secara bergilir-gilir, selepas mencekik leher mangsa itu yang cuba melawan untuk melepaskan diri.

Mangsa hanya dihantar pulang ke rumah keluarganya di Pulau Panjang, Jalan Pengkalan Chepa pagi kelmarin oleh teman lelaki terbabit.

Tidak bersekolah

Remaja yang sudah tidak bersekolah itu kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada ibunya sebelum dibawa membuat laporan polis.

Namun, pemeriksaan perubatan mendapati gadis itu bukan setakat menjadi mangsa rogol terbabit, sebaliknya sedang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi mengesahkan kejadian rogol yang menimpa mangsa.

Beliau berkata, susulan laporan diterima setakat ini polis sudah menahan lima lelaki di sekitar Tumpat, pagi semalam.

BERITA HARIAN

SYAITAN HANYA DIUTUS UNTUK MENGUJI KITA – DIA JUGA TAKUTKAN ALLAHDEMOND WAS SENT TO TEST OUR STRENGTH – THEY ALSO AFRAID OF ALLAH

tertipuSyaitan itu adalah makhluk Allah. Diciptakan khusus untuk menguji keimanan kita. Janganlah sampai kita tertipu dan diperbodohkan oleh syaitan, kerana sebenarnya mereka juga takut kepada Allah. Perhatikan firman berikut.

QS: 8. Al Anfaal 48 – “Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: “Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu.” Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat, syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: “SESUNGGUHNYA SAYA BERLEPAS DIRI DARIPADA KAMU, SESUNGGUHNYA SAYA DAPAT MELIHAT APA YANG KAMU SEKALIAN TIDAK DAPAT MELIHAT; SESUNGGUHNYA SAYA TAKUT KEPADA ALLAH.” DAN ALLAH SANGAT KERAS SIKSA-NYA.”

jalan-syaitanSeperkara lagi… Malaikat dijadikan dari cahaya… cukup patuh dan taat dengan perintah Allah Tuhan mereka. Kita semua tahu ada juga malaikat yang tugasnya penjaga neraka. Tetapi tidak terbakar seperti kita kerana itu adalah tugas mereka.

Renungan petang Ahad.tertipuSyaitan itu adalah makhluk Allah. Diciptakan khusus untuk menguji keimanan kita. Janganlah sampai kita tertipu dan diperbodohkan oleh syaitan, kerana sebenarnya mereka juga takut kepada Allah. Perhatikan firman berikut.

QS: 8. Al Anfaal 48 – “Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: “Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu.” Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat, syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: “SESUNGGUHNYA SAYA BERLEPAS DIRI DARIPADA KAMU, SESUNGGUHNYA SAYA DAPAT MELIHAT APA YANG KAMU SEKALIAN TIDAK DAPAT MELIHAT; SESUNGGUHNYA SAYA TAKUT KEPADA ALLAH.” DAN ALLAH SANGAT KERAS SIKSA-NYA.”

jalan-syaitanSeperkara lagi… Malaikat dijadikan dari cahaya… cukup patuh dan taat dengan perintah Allah Tuhan mereka. Kita semua tahu ada juga malaikat yang tugasnya penjaga neraka. Tetapi tidak terbakar seperti kita kerana itu adalah tugas mereka.

Renungan petang Ahad.

SAINS FALSAFAH DI SEBALIK SYURGA DAN KAITANNYA DENGAN ILMU

00 SYURGA TAMAN ILMUSAINS FALSAFAH DI SEBALIK SYURGA DAN KAITANNYA DENGAN ILMU:

Mari teliti mengapa Rasulullah SAW sabdakan bahawa “syurga itu taman ilmu”, terletak di antara Taman Raudah, pangkin tempat baginda berdipan-dipan dengan mimbar baginda.?

Mengapa Allah ulang berkali-kali syurga itu terdapat sungai-sungai yang mengalir di bawahnya.? Apa kaitan aliran sungai syurga dengan aliran ilmu?

Mengapa Rasulullah SAW katakan yang kunci gedung ilmu ialah tanya menanya, Allah pula berfirman “di dalam syurga mereka saling tanya menanya”..? Apa kaitan tanya menanya dengan ilmu dan syurga?

Renungan tambahan hujung minggu ini untuk merumus artikel tentang keperluan mendidik anak melalui kaedah TANYA MENANYA yang kami kongsikan baru-baru ini.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152596243457786&set=a.201867952785.170933.176792972785&type=1&theater

Secara logiknya,

Tanya menanya akan menerbitkan suasana harmoni dan mesra dalam rumahtangga. Habit itu akan mengalirkan maklumat, menambah kefahaman ahli keluarga dan mengurangkan salahfaham yang mencetuskan suasana neraka antara satu dengan yang lain. Itulah rumahku syurgaku, “Baiti jannati”.

Tanpa ilmu kita akan menjadi orang yang JAHIL. Hidup dalam keadaan jahil akan porak peranda, itulah kehidupan JAHILIYAH.

Tanpa tanya menanya kita akan hidup seperti haiwan dan boneka yang saling berlaga antara satu sama lain. Salah faham dan pertengkaran menjadi amalan jika tanya menanya tidak berlaku.

ITULAH PUNCA NERAKA DALAM RUMAHTANGGA.

Kudap Hujung Minggu
WARGA PRIHATIN