image_pdf

MINDA JUMAAT – RAHSIA AL-KAHFI 8

00 KAHFI 8

MINDA JUMAAT – RAHSIA AL-KAHFI 8

Alquran ini diturunkan mengikut ASBAB yang mana banyak disebut dalam surah al-kahfi ini sebagai PERJALANAN (merujuk kepada kisah Khidhr dan Zulkarnain). WP juga melalui pengalaman yang sama dalam mencari hidayah mengurus organisasi ini. Satu demi satu hidayah hadir melalui pengalaman sewaktu kami berjemaah mengumpul dana, bergotong royong membina rumah, mengurus segala keperluan kehidupan anak-anak didik, penyelesaian masalah keluarga dan masyarakat, mengurus perniagaan dan sebagainya.

Pengalaman kami menunjukkan, membaca sahaja tanpa kita padankan apa yang kita baca dengan perjalanan atau ASBAB kehidupan akan mengurangkan tahap kejituan kefahaman kita. Banyak istilah dan falsafah dari pelbagai kisah-kisah yang sarat disebut dalam quran selama ini kami dapati sukar difahami dalam sudut perlaksanaannya. Alhamdulillah rupanya ia jadi mudah difahami apabila kami meletakkan setiap ayat pada ASBAB sepanjang PERJALANAN hidup kita.

Hasilnya ialah ketenangan jiwa, kerukunan hidup berkeluarga, berjemaah dan bermasyarakat serta kecintaan terhadap Allah dan rasul yang sangat mendalam.

KEPERLUAN IQRA’ TERJEMAHAN QURAN

Apabila masyarakat bertanya apakah rahsianya, kami katakan rahsianya ialah petunjuk alquran dan perlaksanaan mengikut sunnah. Kerana itu jika mereka mendesak ingin tahu, kami katakan belilah alquran dan cuba baca terjemahannya dengan istiqomah dari depan sampai belakang. Maksud membaca bagi kami ialah memahaminya melalui proses iqra’ yang kita semua tahu Nabi s.a.w. ulang baca sehingga 3 kali.

Rata-rata yang bertanya tidak pernah membaca terjemahan quran walau sekalipun. Bagaimana mampu kami kongsikan perlaksanaan dari pedoman itu jika membacanya pun belum pernah? Lebih menyedihkan lagi kebanyakkan mereka tidak memilikki sebarang naskhah terjemahan pun di rumah masing-masing. Inilah situasi kita dalam menilai hadiah Allah, warisan nabi yang kita cintai kepada kita.

Menjelaskan sesuatu berdasarkan teks alquran pula agak unik. Ianya agak sukar difahami dan dijelaskan dengan yakin jika kita belum membaca keseluruhan isi kandungan alquran itu. Banyak ayat yang sukar ditakrifkan, namun rupanya dengan sifat pemurahnya Allah, ia dijelaskannya dalam ayat yang lain. Banyak juga ayat yang menyentuh isu yang sama, tapi membawa petunjuk yang berbeza, saling mengesahkan atau memansuhkan yang lain. Contohnya ada ayat yang mengatakan nasib itu urusan Allah, ayat lain pula mengatakan itu atas usaha kita sendiri.

Allah nyatakan dengan terang dan berulang-ulang bahawa syurga itu berkait rapat dengan ilmu dan rujukan. Dengan ilmu dan kefahaman yang meyakinkan, kita akan sentiasa redha, tenang dan yakin. Dengan ilmu kita akan bersemangat, hidup teratur dan dapat mengecap hasil dari amal dengan tepat, tidak meraba-raba dan tidak mudah kecundang.

Oleh itu nabi s.a.w. sabdakan menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap mukmin lelaki mahupun perempuan. Mahu berkeluarga, berniaga, berjemaah, berorganisasi, bermasyarakat, bernegara semuanya perlu ilmu. Ilmu hadir dalam bentuk teks dan konteks, samada berupa ayat halus (berbentuk tulisan/kalam) atau ayat kasar (berbentuk bukti alam/pengalaman).

PENTINGNYA SABAR, MENGHAMBAKAN DIRI DAN TIDAK DURHAKA

Perkongsian al-Kahfi hari ini ingin merujuk kepada etika menuntut ilmu secara alami/laduni oleh nabi Musa a.s. dengan Khidhr. Isu besar di sini ialah fenomena ilmu yang Allah bekalkan kepada golongan HAMBA yang tiada NAMA dan PANGKAT. Itulah golongan yang meraih ilmu melalui penelitian alam atau perjalanan hidup sebagai HAMBA dan PELAKSANA.

Menuntut ilmu harus SABAR kerana ia bakal dipenuhi pelbagai ujian dan persoalan. Malangnya ramai di kalangan kita tidak sabar dalam menuntut ilmu. Kita sering melanggar DISIPLIN yang Allah telah gariskan dengan sering bersikap gelojoh dan tergesa-gesa. Kita juga suka mengumpul ilmu namun tidak suka melaksanakan. Yang paling penting ialah kita sering berlagak pandai dan merasakan diri serba cukup dalam menuntut ilmu sehingga MENDERHAKAI murobbi yang mendidik kita tanpa sedar.

Apabila disebut DURHAKA, tidak kira kepada siapa sahaja samada kepada ibubapa, guru, pemimpin, negara, rasul dan apatahlagi durhaka kepada Allah, maka balasannya ialah kemurkaan Allah dan neraka. Itulah hitam putih dari Allah buat pedoman kita. Penderhaka tidak akan merasai ketenangan dalam hidupnya. KERESAHAN dan KERUNSINGAN hidup itulah hakikat neraka. Demikian ketetapan Allah.

Ayat-ayat Surah 18. Al Kahfi berikut ini memberikan pedoman yang jelas, biarpun tidak dihuraikan rahsia mutasyabihat daripada kisah-kisah itu.

65. Lalu mereka bertemu dengan seorang HAMBA di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.

ADA JENIS-JENIS ILMU YANG HANYA ALLAH BERI KEPADA GOLONGAN HAMBA, YANG MELAKSAKAN APA SAHAJA PERINTAH TUHANNYA DENGAN KAFFAH TANPA SOAL.

66. Berkata (Musa kepada Khidhr): “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”

67. Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup SABAR bersama aku”.

INILAH UJIAN BESAR DALAM MENUNTUT ILMU ALAM TANPA KALAM. BANYAK PERSOALAN DARI TINDAK TANDUK. KEBENARAN HANYA DIKETAHUI SELEPAS TAMAT PERJALANAN.

68. Dan bagaimana kamu dapat SABAR atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?”

69. Musa berkata: “Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang SABAR, dan aku tidak akan MENDERHAKAI mu dalam sesuatu urusanpun.”

AKIBAT TIDAK SABAR MAKA KITA SERING MENDERHAKAI MUROBBI.

70. Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka JANGANLAH KAMU MENANYAKAN kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.”

INILAH SIFAT GELOJOH LALU MEMPERSOALKAN TINDAK TANDUK GURU.

71. Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhr melobanginya. Musa berkata: “Mengapa kamu melobangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.

PERHATIKAN MUSA A.S. SUDAH MULA MEMPERSOALKAN KHIDHR PADA LANGKAH PERTAMA LAGI. BEGITU MUDAH MUSA A.S. MELUPAKAN JANJINYA.

72. Dia (Khidhr) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan SABAR bersama dengan aku.”

73. Musa berkata: “Janganlah kamu menghukum aku karena KELUPAANKU dan janganlah kamu MEMBEBANI aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.”

UNTUK MENDAPATKAN ILMU TIDAK BOLEH LARI DARI UJIAN YANG MEMBEBANKAN. KHASNYA BEBAN FIKIRAN DAN KEBINGUNGAN. DI HUJUNG KEBINGUNGAN ITULAH HADIRNYA PETUNJUK. “WAWAJADAKA DHOOOL LAMFAHADA.”

74. Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidhr membunuhnya. Musa berkata: “Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang MUNGKAR.”

KERANA KEJAHILAN DAN TIDAK SABAR, KITA SERING BERLAGAK SOMBONG DAN MUDAH SAHAJA MENGGELAR MUROBBI SEBAGAI MUNGKAR.

75. Khidhr berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat SABAR bersamaku?”

76. Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu selepas ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku.”

INILAH ETIKA MUROBBI, MASIH BERSABAR SETELAH DICABAR MURIDNYA.

77. Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhr menegakkan dinding itu. Musa berkata: “Jikalau kamu mahu, niscaya kamu mengambil upah untuk itu.”

ILMU ADA NILAI YANG LEBIH MAHAL DARI WANG RINGGIT. ANTARA KELEMAHAN MURID IALAH MENILAI AMAL ATAS DASAR UPAH. DAN INILAH UJIAN TERBESAR YANG MENJADIKAN KELAYAKAN MENUNTUT ILMU TERBATAL.

78. Khidhr berkata: “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.

79. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.

80. Dan adapun anak muda itu, maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

81. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya.

82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.”

Antara sebab hilangnya keberkatan dalam menuntut ilmu melalui alam maya juga ada pengalamannya. Penggalian ilmu begini tiada akad dan ikatan antara guru dan murid. Kekeliruan tidak dapat dijelaskan, kerana itu ia berakhir dengan bantahan yang sangat biadab kerana yang menuntut dengan pencetus ilmu tidak saling mengenal dan tidak bertentang mata. Akhirnya ia sekadar membiakkan generasi ilmuan yang tidak berakhlak.

QS: 3. Ali ‘Imran 142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.

Semuga bermanfaat buat kita semua. Salam jumaat dari kami.

Perkongsian iqra’ rahsia al-Kahfi.
WARGA PRIHATIN.

NILAILAH ISLAM DARI PETUNJUK DAN PERLAKSANAANNYA, BUKAN DENGAN NAMANYA

00 pajak gadai arrahnu

NILAILAH ISLAM DARI PETUNJUK DAN PERLAKSANAANNYA, BUKAN DENGAN NAMANYA

Ingin kami kongsikan kes seorang pengadu yang merujuk tentang penindasan yang dialami akibat dari keterlanjuran memajakkan 3 utas rantai oleh isterinya. Banyak isu yang terkait dengan kes ini dan beberapa kes lain yang sepertinya untuk sama-sama kita teliti dan mengambil iktibar darinya.

KRONOLOGI KES AR-RAHNU

Hamba Allah ini yang sedang dalam kesusahan dan telah menjual perniagaannya. RM30.000 dari wang hasil jualan diserahkan kepada isterinya yang kemudiannya membeli 3 utas rantai untuk dijadikan aset. Baki RM30,000 lagi dilaburkan kepada rakan niaga yang akhirnya tertipu dan lebur semuanya sekelip mata.

Tanpa pengetahuan suami, si isteri, seorang penjawat awam telah menggadaikan emas tersebut kepada Sistem Gadaian Islam sebuah bank tempatan. Hasil gadaian dilabur pula dalam satu Skim Perlaburan Emas yang ditawarkan oleh seorang lelaki yang akhirnya lesap.

Daripada nilai asal RM29,000 emas tersebut, beliau hanya diberi pinjam RM18.800, iaitu sekitar 65% sahaja. Itu tidak termasuk kos proses dan terpaksa mengisi pelbagai borang dan memberikan nama waris yang mungkin dijadikan sebagai penjamin.

Yang memeranjatkan kami, ‘Kos Faedah’ yang digelar sebagai ‘upah simpan’ ialah RM1,300 utk 6 bulan atau RM2,600 setahun, iaitu 14% setahun.

Apabila pelaburan lesap dan beliau terpaksa membayar ‘upah simpan’ seterusnya maka beliau merasakan tidak mampu. Anak yang ramai dan masih bersekolah ditambah dengan kejatuhan perniagaan suami yang juga tertipu membuatkan beliau menyerah kalah.

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Apabila dibawa berbincang dengan pihak bank pada hujung tempoh pajakan, beliau amat terkejut kerana jika beliau tidak bayar maka emas akan dilelong. Harga semasa pula jatuh jadi lebih kurang RM21,000 sahaja.

DIBERITAHU PULA BAHAWA BANK AKAN TOLAK 20% DARI HARGA SEMASA UNTUK PROSES LELONG. SEBARANG DEFESIT LELONGAN AKAN DITUNTUT DARI BELIAU. ITU TIDAK MASUK KOS LELONGAN, GUAMAN DAN SEBAGAINYA.

Kira punya kira beliau tetap akan rugi, bahkan akan terbeban dengan defisit lelongan yang amat banyak. Jika mahu ditebus sekarang pula harus bayar juga RM1,300 dan caj tebusan bersama wang pokok RM18,800. Jumlah itu menghampiri RM21K iaitu nilai semasa emas itu.

Demi mengelakkan beban lebih berat akibat defisit hasil lelongan yang sudah pasti beliau tidak boleh bayar, dan diblacklist, akhirnya beliau tiada pilihan bahkan terpaksa menebus juga emas tersebut. Malangnya beliau tiada wang.

Semakin hari beliau semakin tertekan sedangkan kesemua anak sekolah memerlukan belanja di awal tahun. Setelah disyurokan, kami memutuskan untuk membantu menebus emas yang tiada gambaran keuntungan sama sekali itu. Ianya atas dasar melepaskan saudara asnaf kita dari cengkaman zalim RIBA atas NAMA ISLAM ini. Mudah-mudahan wang yang dilaburkan dapat dikembalikan apabila harga emas naik semula InsyaAllah. Yang penting ialah niat membebaskan sahabat kita dari penindasan yang tidak bertepi ini.

Pada hari terakhir tempoh ‘upah simpan’, kebetulan hari jumaat, beliau bawa cek kami untuk tebus emas beliau. Pihak bank kata mereka beri masa sampai isnin sambil tunggu cek clear. Bila sudah clear beliau ke bank semula lalu diminta datang semula esoknya kerana tidak sempat proses pada hari itu.

Apabila datang semula mereka minta bayar denda lewat iaitu RM7 sehari. Walhal itu kelalaian mereka. Setelah gagal bernegosiasi, akhirnya sahabat kita yang sudah amat tertekan itu minta jumpa pengurus namun pihak kaunter tidak izinkan. Beliau naik angin dan mengacah untuk lompat naik ikut kaunter jika pintu tidak dibuka untuk bertemu pengurus… MORALNYA IALAH HANYA KERANA RM7, DENDA LEWAT SEHARI YANG DISEBABKAN OLEH KELEWATAN PIHAK BANK SAMPAI BEGITU SEKALI RIGIDNYA.

ISLAM TINGGAL NAMA

Hari ini berbagai-bagai nama dan skim yang berbunyi Islamik namun hakikat perlaksanaannya tiada petunjuk yang membenarkan keIslamannya seperti mahunya Allah. Nama Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera jika kita serah diri dan amalkan sungguh-sungguh mengikut sistemnya.

Banyak pihak telah menulis dan menyuarakan, termasuk artikel kami sebelum ini. Kini kami kongsikan terus melalui koleksi pengalaman hidup kami sendiri.

Akan datang pada manusia suatu zaman, ketika itu Islam tidak tinggal kecuali namanya, alqur’an tidak tinggal kecuali tulisannya, masjid-masjid megah namun kosong dari petunjuk, ulamanya termasuk orang paling teruk yang berada di bawah kolong langit , karena dari meraka timbul beberapa fitnah dan akan kembali (fitnah itu) padanya.” (H.R. Baihaqi Dari Ali R.A)

Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuknya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang PETUNJUK kepada mereka dari Tuhan mereka” – QS:53. An Najm 23

SISTEM KEWANGAN ISLAM YANG TIDAK ISLAMIK

Rasanya semua sudah tahu bahawa Islamic Finance ini hanya pada nama dan istilah Islamik yang menyokong pada urusniaga yang sebenarnya jauh lari dari konsep muamalat Islam. Dari apa yang kami sendiri alami ini, maka kami cuba membuat bacaan dan ingin kami kongsikan beberapa kepincangan dari sudut pengalaman dan pandangan qualitatif.

Memberi pinjam dari perspektif Islam perlu lebih baik demi meringankan beban si peminjam. Ada juga yang memberikan alasan seperti kalau diringankan yang meminjam pula pijak kepala. Jadi sistem perekonomian hari ini tiada lagi nilai IBADAH di dalamnya. Sekadar ingin memeras dan mengaut keuntungan semata-mata. Yang kaya bertambah kaya, yang susah akan terus merana. Kalau kita mengetahui konsep atau asas Islam itu sendiri, kita mampu membezakan sesuatu sistem itu samada ianya “ISLAM” atau pun tidak.

DI MANA TIDAK ISLAMIKNYA KES DI ATAS?

Hari ini dengan IC saja pun anda boleh dapat kad kredit yang rata-rata cajnya sekitar 1% sebulan. Faedah untuk pinjaman kereta, pinjaman peribadi, rumah juga serendah 2-4%, jarang yang melebihi 10% setahun. Ini bermakna ‘upah simpan’ (istilah menggantikan faedah riba) 14% setahun dari kes ar-Rahnu ini lebih teruk dari RIBA’ CIPTAAN DAJJAL.

Kedai Pajak Gadai Berlesen sekarang mampu meminjamkan tunai sehingga 82% daripada nilai marhun berbanding ar-Rahnu yang hanya maksima 75% (dalam kes di atas hanya 65%).

Bila anda gagal menebus, pajak gadai berlesen tidak akan menyaman anda walaupun harga emas turun kerana biasanya mereka tidak melakukan lelongan seperti bank, tetapi menjualnya secara runcit. Jika terpaksa melelong sekalipun, mereka tanggung risiko, tidak mengejar pemilik emas jika lelongan tidak mencukupi. Tidaklah jadi sudah jatuh, tertimpa tangga tercium pula tahi ayam seperti kes di atas.

Pengalaman ini menafikan ayat Allah QS 2:280 “Dan jika dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”.

AR-RAHNU SUDAH JADI ‘PINJAMAN’ BERCAGAR EMAS. Ia sebenarnya semacam satu pinjaman biasa yang menggunakan nama pajak gadai dan dicantikkan lagi dengan istilah Islam. Bermacam-macam borang dan penyenaraian dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS. Ini akan menjadikan anda disenarai hitam dalam sistem perbankan yang menyebabkan permohonan pinjaman anda di mana-mana bank akan dinafikan. Padahal emas itu buttertrade tunai anda, bukanlah ia pinjaman tanpa cagaran. Ramai sekali yang tertipu akibat CCRIS dan CITOS ini.

PENTINGNYA MUSYAWARAH, UTAMAKAN KEPERLUAN, BUKAN KEMAHUAN

Banyak kes yang dirujuk kepada kami menunjukkan situasi parah apabila isteri bertindak tanpa pengetahuan dan izin suami. Di situlah pentingnya budaya musyawarah dalam keluarga. Dalam contoh kes di atas juga, jelas ada unsur mengejar kemahuan, bukan keperluan. Biarlah rezeki sedikit tetapi mencukupi (berkat), daripada banyak tapi tiada keberkatannya.

Dalam satu kes, ada isteri yang mengambil pinjaman Along tanpa pengetahuan suami hanya untuk membeli peralatan rumah. Kononnya ia akan dibayar menggunakan penjimatan wang dapur. Akhirnya bil air dan letrik, , ansuran rumah tidak berbayar, belanja anak sekolah juga turut terhakis kerana membayar Along. Akibatnya rumah yang ingin dihias itu juga akhirnya terlelong.

QS: 42. Asy Syuura 38 “Dan orang-orang yang mengutamakan seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, urusan mereka dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”..

QS 2 Albaqoroh : 278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman.

QS 2 Albaqoroh : 279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak dianiaya.

SENGSARA DAN PENINDASAN AKIBAT RIBA

Dari kes yang dirujuk kepada kami, juga hasil pengumpulan kes dari kalangan kaum keluarga dan pengalaman sendiri, jelas mengesahkan kesan buruk dari amalan riba ini.

Selain kes di atas, terlalu banyak kes mereka yang meminjam Along, Bank dan Ceti untuk menampung bayaran pembelian aset. Sampai aset yang dibeli bahkan aset yang sedia ada terjual semuanya, masih tidak dapat melunaskan hutang riba ini. Inilah akibat dari mengikut KEHENDAK hawa nafsu dan rasa tamak. Akhirnya semua kerugian.

Ramai juga peniaga yang tidak mahu bersabar dan berpuasa apabila dilanda kesusahan, atau terlalu ghairah untuk membesarkan perniagaan lalu melibatkan diri dengan pinjaman dan riba. Akhirnya mereka mudah terkucil. Apabila ada wang pinjaman di tangan, banyaklah pertimbangan salah dan pemborosan dilakukan. Akhirnya hidup jadi haru biru, berkerja siang malam hanya untuk menjadi hamba riba dan akhirnya perniagaan jatuh.

AMALAN RIBA JADI GAMBARAN AKHIR ZAMAN,

Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya“. – H.R. Ibnu Majah

Jelas sekali telah berakhirnya cara hidup Islam yang diajarkan nabi saw. Harta riba’ wujud di merata tempat. Itu menjadi manifestasi kejatuhan dan berakhirnya Islam. Salah seorang dari kami pernah berbincang dengan bekas mufti sebuah negeri. Beliau sendiri jelas mengatakan beliau tidak jumpa jalan keluar. Zakat terkumpul beratus juta dalam setahun namun tidak tahu kemana perginya. Kelompongan sistem ekonomi Islam ini agak sukar ditampung melainkan kita ada satu sistem yang mandiri tanpa bersekongkol dengan sistem kuffar.

Kami harap rencana ringkas ini mampu menguatkan semangat umat Islam untuk mengorak langkah. Jika kita tidak mampu mengubah sistem, jauhilah sistem itu. Berpuasalah dari mengikut kehendak nafsu.

Perkongsian Iqra’
WARGA PRIHATIN

Warga Prihatin curi perhatian

Warga Prihatin curi perhatian

ANAK-ANAK RPWP bergambar bersama rombongan dari Brunei.

ACAPKALI kita dengar keluhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengenai kekurangan pendedahan dan sokongan daripada masyarakat umum. Keadaan ini pada kebanyakan masa menyukarkan badan-badan tersebut menjayakan sesebuah acara demi manfaat komuniti naungan mereka.

Kesukaran itu bagaimanapun tidak melemaskan niat murni sebuah badan NGO berjiwa besar, Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) untuk menganjurkan satu karnival amal sekali gus acara rumah terbuka khusus untuk penyokong mereka.

Setelah lama dirancang, tarikh 25 Disember 2013 menjadi detik bersejarah bagi badan itu apabila hampir 3,000 orang menghadiri kedua-dua acara berkenaan.

Dilaksanakan pekarangan Sekolah Agama Rahmaniah di Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor, karnival itu turut menghimpunkan lebih 23 buah gerai dan 40 orang peniaga.

Cuaca baik ternyata mengiringi usaha murni RPRW. Pada masa yang sama, kelihatan beberapa buah kenderaan ulang-alik membawa tetamu dari tapak karnival ke bangunan RPWP yang berjarak kira-kira 200 meter.

Lebih istimewa, penganjur acara itu turut menerima rombongan khas dari Brunei Darussalam.

Menurut ketua rombongan tersebut, Hasnan Abdul Rahman, pihaknya memang bercadang untuk melawat RPWP apabila berada di Malaysia.

“Wakil kami telah menghubungi pihak RPWP melalui laman Facebook mereka tentang hasrat kami. Alhamdulillah, mereka menyambut dan mempelawa kami dengan baik sekali,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! pada majlis berkenaan.

HASIL jualan pada karnival amal itu akan turut digunakan bagi pembinaan sebuah sekolah bagi anak-anak asnaf.

Beliau yang mengetuai rombongan keluarga yang terdiri daripada hampir 40 orang itu berada di Malaysia selama enam hari.

“Di Brunei, persatuan seperti ini masih kurang dan saya tidak terkejut jika RPWP mendapat perhatian yang cukup istimewa di Malaysia,” tambah lelaki yang berusia 57 tahun itu.

Karnival amal tersebut menyediakan gerai-gerai jualan yang menawarkan pelbagai barangan yang sebahagian besar terdiri daripada hidangan lazat seperti kuih-muih dan nasi beriani.

Selain itu, barangan lain seperti kosmetik, novel, pakaian Muslimah dan pakaian terpakai turut ditawarkan kepada pengunjung.

Sokongan ramai

Selaku Pengasas merangkap Pengetua RPWP, Dr. Masjuki Mohd. Musuri menzahirkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan sambutan rumah terbuka dan karnival amal tersebut.

“Saya telah diberitahu, hampir 3,000 orang hadir memeriahkan program ini dengan kebanyakan daripada mereka datang dari Semenanjung Malaysia,” katanya.

Tokoh yang lebih selesa digelar ‘ayahanda’ atau ‘ayah’ itu turut memberitahu, bilangan kehadiran pengunjung itu telah terbukti melalui koleksi gambar, rakaman video dan buku daftar tetamu yang disediakan oleh sukarelawan RPWP.

“Objektif utama kami mengadakan rumah terbuka ini adalah untuk meraikan penyokong-penyokong di Facebook kami yang kini mencecah hampir 65,000 orang.

Tambahnya, penganjuran acara ini juga membuka pintu kami memperkenalkan misi dan visi RPWP kepada masyarakat umum.

SEBAHAGIAN daripada 40 orang peniaga mengambil bahagian dalam Karnival Jualan Amal RPWP pada 25 Disember tahun lalu.

“Sementara itu, karnival amal yang kami jalankan adalah hasil kerjasama dengan sukarelawan dari Universiti Malaya. Ia bertujuan untuk mengutip dana bagi kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan membina sebuah sekolah untuk anak-anak asnaf ini,” terangnya penuh bersemangat.

Karnival yang bermula seawal pukul 8.30 pagi sehingga 6 petang itu turut mengadakan beberapa aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna dan bercerita bagi kanak-kanak.

RPWP, yang ditubuhkan sejak tahun 2005, menerapkan konsep keluarga besar bagi menjadikan persatuan tersebut berbeza dengan pusat jagaan anak-anak yatim dan asnaf yang lain.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai RPWP di laman web www.prihatin.net.my.

Tips OBM – Tajassus

00 tajassus
Tips OBM – Tajassus 

Banyak tabiat orang kita yang tidak bermoral dan membuatkan kesatuan dalam jemaah samada dalam institusi keluarga, pejabat, persatuan dan sebagainya menjadi lemah dan runtuh. Alhamdulillah ramai yang memberi perhatian dan meminta kami menghuraikan lebih lanjut “Tips Pengurusan Tabiat Organisasi (OBM)” yang berkaitan tabiat WASWIS dan berpuak-puak yang kami nukilkan baru-baru ini. Jika anda belum membacanya, sila klik link berikut dan bacanya terlebih dahulu –

http://prihatin.net.my/blog/2014/01/07/perumpamaan-lalat-dalam-pengurusan-organisasi/
http://prihatin.net.my/blog/2014/01/13/tips-obm-menangani-krisis-organisasi-dan-keluarga/
Ingatlah, selagi kita membawa tabiat buruk dalam organisasi atau jemaah, maka kita hanya boleh berada dalam jemaah syaitan yang kotor sahaja. Kita pasti akan tertolak dan terkeluar dengan sendirinya dari jemaah pengabdi yang tunduk patuh kepada Allah dan Rasul. Selagi tabiat syaitan yang kotor itu masih bertapak di hati kita, sedangkan itulah bekas untuk menadah hidayah Allah, maka hidayah yang bersih murni dari alquran tidak sekali-kali akan singgah ke hati kita.
QS: 16. An-Nahl, 98.: “Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan DENGAN ALLAH dari REGIM SYAITAN”.
TAJASSUS (MENCARI-CARI KESALAHAN/KEBURUKAN)

Hari ini kami ingin menekankan secara khusus tabiat tajassus, iaitu SENGAJA MENCARI-CARI KESALAHAN. Tabiat ini menunjukkan ahli kita ada penyakit hati dan ia akan memberikan kesan yang sangat buruk terhadap sesebuah organisasi atau institusi jika tidak dibendung segera. Inilah punca bahan yang dijadikan isu dalam membawa tabiat syaitan iaitu waswis / bisik-bisikan jahat. Ia akan berlanjutan kepada aktiviti umpatan dan fitnah.

Untuk menjelaskan isu ini, kami petik keseluruhan Surah 49(Al-Hujuraat), surah pendek yang telah menerangkan dengan agak jelas (muhkamat) ketetapan Allah tentang ciri munafik, mereka yang palsu pengakuan imannya melalui tabiat TAJASSUS, UMPATAN, FITNAH, GELARAN BURUK dan sebagainya.

Untuk memahami dan meletakkan asbab pada diri dan organisasi kita, sila berpegang pada surah 4: ayat 59 iaitu untuk taat kepada Allah, taatilah rasul, jika mahu taati rasul maka taatilah ulil-amri. Oleh itu sila gantikan tempat RASUL yang menjadi ulil-amri ketika ayat ini turun kepada ULIL AMRI sekarang. Bagi anda yang menjadi ulil amri pula, bertindaklah sepertimana saranan Allah terhadap rasul sewaktu ayat ini diturunkan. Ini sesuai dengan saranan nabi s.a.w tentang pentingnya berakhlak dan taat terhadap ulil-amri. InsyaAllah kita akan dapat mengambil iktibar dan petunjuk dalam menguruskan organisasi kita.

DARI SUDAH 49, AL-HUJURAAT:

1. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

– KENALI ANGGOTA JEMAAH ANDA YANG SUKA MENDAHULUI KETUA(ULIL-AMRI) DALAM MENGELUARKAN FAKTA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN. MENINGGIKAN SUARA DAN APA SAHAJA TABIAT YANG ALLAH NAMPAKKAN TERHADAP RASUL DALAM AYAT-AYAT BERIKUT INI.

2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebahgian kamu terhadap sebahgian yang lain, supaya tidak hapus amalanmu, sedangkan kamu tidak menyadari.

3. Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.

4. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar kebanyakan mereka tidak mengerti.

– SILA APLIKASIKAN KAMAR SEBAGAI BILIK ATAU JABATAN. KENALI ORANG YANG SUKA MENYIBUK DAN SUKA CAMPURTANGAN URUSAN JABATAN LAIN TANPA DIMINTA KERANA PENYAKIT HATI.

5. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

– KENALI SIAPA SI FASIK INI. NASIHATKAN AHLI ANDA UNTUK BERTINDAK BEGINI APABILA MENERIMA BERITA DARI MEREKA.

7. Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,

– SAMADA DALAM URUSAN KERJA, MAUPUN URUSAN AGAMA, ULILAMRI YANG BERTINDAK MENGIKUT KEMAHUAN MUNAFIK AKAN MENJADI SUSAH. TANPA GANGGUAN MUNAFIK INI SEMUA JEMAAH AKAN MERASA TENANG DAN MENIKMATI IMAN DENGAN AMAN SEJAHTERA TANPA PERGOLAKAN.

8. sebagai karunia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

– DENGAN ILMU ALLAH ULILAMRI JADI BIJAK UNTUK TAHU DAN KENAL SIAPA MUNAFIK INI.

9. Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

– ANDA AKAN KENAL MUNAFIK, YANG KATANYA TAAT DAN BERIMAN, NAMUN SUKAR DIDAMAIKAN.

10. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

– RAHMAT ALLAH IALAH BERUPA ALIRAN ILMU DAN HIDAYAH (QS: 55/1-2). MUNAFIK AKAN MENGGANGGU KEMURNIAN MAJLIS ILMU.

11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

– ANTARA CIRI MUNAFIK INI IALAH SUKA MENGEJEK DAN MENGGELAR ORANG LAIN DENGAN BERBAGAI-BAGAI GELARAN. DI FB INI ANDA MUDAH KENAL MEREKA DENGAN KATA-KATA SEPERTI ‘MOHON TERASA’ DAN SEBAGAINYA. ITULAH GAMBARAN PENYAKIT HATI MEREKA YANG MEMANG DENGAN SENGAJA INGIN MEMBUAT ORANG TERASA/SAKIT HATI. MAKA HATI-HATI DENGAN ORANG SEPERTI INI. ALLAH BERFIRMAN, KITA BOLEH KENAL MEREKA MELALUI GAYA BAHASA DAN PERBUATAN MEREKA. HANYA YANG KURANG AKAL SAHAJA TIDAK MAMPU MENILAI PENYAKIT HATI ORANG SEPERTI INI. OLEH ITU ALLAH KATAKAN BAHAWA SAHABAT MEREKA ADALAH DARI GOLONGAN YANG SERUPA.

12. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, karena sebahgian dari prasangka itu DOSA. Dan janganlah MENCARI-CARI KEBURUKAN ORANG (tajassus) dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

13. Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

– TIDAK SUSAH UNTUK MENGENAL MANUSIA. AHLI YANG BAIK IALAH AHLI YANG BERTAKWA, YANG TAAT DENGAN APA YANG DITAKWIMKAN. MEREKA SEMAKIN BERKASIH SAYANG SELEPAS MENGENAL. MEREKA MENCARI KEBAIKAN DARI AHLI LAIN. MUNAFIK PULA AKAN MENAMBAH MUSUH SELEPAS MENGENAL KERANA MEREKA SUKA MENCARI KEBURUKAN PADA AHLI LAIN.

14. Orang-orang Arab Badui itu berkata: “Kami telah beriman.” Katakanlah: “Kamu belum beriman, tapi katakanlah ‘kami telah tunduk’, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

– UNTUK BERIMAN MEMERLUKAN PROSES. ANTARA SYARATNYA KITA KENA TUNDUK PATUH SUPAYA ILMU BOLEH DI SAMPAIKAN. RAMAI MUNAFIK YANG TIDAK SEMPAT BERIMAN DAN MERASAI NIKMAT IMAN WALAUPUN BIBIR MENGATAKAN TELAH BERIMAN KERANA KEINGKARANNYA TERHADAP KETUA, TERHADAP SUAMI, TERHADAP IBU BAPA DAN TERHADAP PERINTAH ALLAH DAN RASUL.

15. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka TIDAK RAGU-RAGU dan mereka berjihad dengan HARTA dan JIWA mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

– INILAH ANTARA CIRI MUNAFIK. MENCARI KESALAHAN DAN MENANAMKAN KERAGUAN KE DADA MANUSIA (SURAH 114, AN-NAS).

16. Katakanlah: “Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu?”

– JIKA HIDAYAH ALLAH ITU DITURUNKAN MELALUI RASUL DAN ULIL AMRI/MUROBBI, MAKA MUNAFIK SELALUNYA SUKA TUNJUK PANDAI (THOGHO). BEKAS YANG PENUH TIDAK MAMPU MENADAH AIR.

17. Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar.”

– MUNAFIK SELALU MERASA DIRINYA BESAR, PANDAI DAN PENTING DALAM JEMAAHNYA. DALAM ISLAM, KITA HARUS BERPRINSIP BAHAWA KITA YANG PERLUKAN ALLAH DAN HIDAYAHNYA MELALUI KESATUAN BERJEMAAH, BUKAN ALLAH / JEMAAH YANG PERLUKAN KITA. WALAUPUN KITA RASA KITA PANDAI, KAYA DAN MAMPU MENYUMBANG. ULIL AMRI YANG YAKIN DENGAN SISTEM PENGURUSAN ALAM YANG ALLAH AJARKAN INI PULA HARUS BERTEGAS/QOWAM MENANGANI GOLONGAN INI.

18. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

– DEMIKIANLAH ALLAH MENGETAHUI APA YANG NAMPAK DAN YANG GHAIB, YANG ZAHIR DAN APA YANG ADA DALAM HATI, IAITU MELALUI PEMERHATIAN PERILAKU DAN KATA-KATA KITA.

Kekuatan sesebuah organisasi bergantung kepada kualiti dan didikasi anggotanya. Itulah golongan yang patuh dan mengabdi kepada arahan ketua tanpa banyak soal. Itulah golongan yang terpuji. Jika anda selaku ulil-amri/abal hakam sesebuah organisasi biarkan golongan munafik dan berpenyakit hati, yang penuh dengan hasad dengki dalam organisasi/keluarga anda, maka usaha membina jemaah yang terpuji itu tidak akan sekali-kali berjaya. Sila perhatikan juga surah 47 Muhammad (Golongan terpuji) yang telah kami petik dalam artikel Tabiat Lalat.

Pendirian kami mudah sahaja. Semua yang Allah nyatakan dalam alQuran adalah sangat tepat. Ia adalah satu ketetapan yang menjadi perintah untuk kita meyakini dan melaksanakannya tanpa soal. Barulah terjamin untuk kita mengecapi nikmat dari apa yang terhasil dari mematuhi segala arahan Allah itu.

Perkongsian Santai OBM
WARGA PRIHATIN

Dilema kos sara hidup

Dilema kos sara hidup
Oleh ZULHILMI JALIL

 PENGURANGAN subsidi mampu memberikan kesan positif kepada rakyat dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi. - Gambar hiasan

PENGURANGAN subsidi mampu memberikan kesan positif kepada rakyat dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi. – Gambar hiasan

“SEKARANG bawa duit RM1,000 pun tak cukup. Beli barang-barang sekolah anak sahaja dah habis.”

Itu antara butiran perbualan dua orang wanita separuh umur yang penulis dengar sewaktu menaiki lif di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur minggu ini.

Kelihatan juga empat orang anak kecil menjinjing beg plastik barangan keperluan persekolahan. Situasi itu sudah cukup untuk membayangkan kos perbelanjaan keluarga yang perlu ditanggung ibu bapa mereka.

Belum pun cerita poket kering kerana membuat persiapan persekolahan, timbul pula isu harga makanan di kantin sekolah yang disifatkan tidak masuk akal.

Jika 10 tahun lalu, kanak-kanak yang membawa wang saku RM5 ke sekolah rendah boleh dianggap mewah, namun, kini jumlah yang sama mungkin menyebabkan murid di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur tercekik akibat tidak cukup duit untuk membeli air.

Ini semua gara-gara harga sepinggan nasi ayam dan air minuman menelan kos RM5.50 seperti yang dilaporkan akhbar Kosmo! baru-baru.

Itu baru kisah perbelanjaan anak kecil, belum lagi ibu bapa yang terpaksa menanggung kos kenaikan harga petrol, bahan mentah dan tarif elektrik.

Umum mungkin melihat kenaikan harga barangan ini ekoran pemotongan subsidi oleh kerajaan tetapi pemotongan itu merupakan sesuatu yang perlu dilakukan.

Subsidi

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Zaharuddin Abdul Rahman, tindakan kerajaan mengurangkan subsidi barangan tertentu mampu memberikan kesan yang lebih baik kepada ekonomi negara.

“Jika kerajaan terus memberikan subsidi, ia sebenarnya tidak bagus untuk kelangsungan kewangan negara.

“Namun, apabila ini dibuat, kenaikan harga barang sukar dielakkan. Justeru, perlu dianalisis kaedah mengawal kenaikan harga secara drastik kerana ia mampu membantutkan objektif rasionalisasi subsidi.

“Maka, apabila dilihat dari sudut keutuhan ekonomi jangka sederhana, semakan dan susunan semula jumlah pemberian subsidi pada barang tertentu dapat memberikan kesan yang baik sekiranya berlaku ketelusan dan integriti dalam belanja urus tadbir negara,” katanya.

Zaharuddin memberitahu, keseimbangan tersebut wujud jika pemotongan subsidi itu mampu membuahkan hasil dengan pelaksanaan pembangunan negara yang lebih dinamik.

“Jika kerajaan kurang tanggungan, maka pendapatan negara lebih tinggi, jadi lebih banyak pembangunan yang mampu dilaksanakan, dengan syarat ia disalurkan di tempat yang betul.

“Ia sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya ia memerlukan tindakan bersepadu dan kerjasama daripada pelbagai sektor, bukan kerajaan sahaja.

Ujar beliau, rakyat mampu merasai kesan positif daripada pelaksanaan pengurangan subsidi dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya kenaikan harga barangan terlampau drastik, ia berkemungkinan boleh mencetuskan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

Malangnya, kenaikan harga bahan mentah ini dijadikan alasan oleh sesetengah individu untuk meraih keuntungan yang berlipat ganda.

“Kalau kita tengok, harga barang mentah yang naik itu tak seberapa, tapi kadang-kadang peniaga caj lebih-lebih kepada pembeli.

“Sebenarnya mereka masih lagi untung jika tak naikkan harga makanan. Ini sifat peniaga yang tamak sebab nak untung lebih,” ujar Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya.

Katanya, apa yang lebih penting, sebagai pengguna, kita perlu bijak mengurus tadbir kewangan keluarga dengan berbelanja secara berhemah.

“Harga sesetengah barang kita tidak boleh kawal kerana mengikut harga pasaran luar.

“Cuma sebagai pengguna, kita kena bijak dalam membezakan antara barangan keperluan dan kehendak,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm#ixzz2pisARvJx
Hakcipta terpelihara

Harga Makanan Kantin naik Mendadak – Perlu Bawa Bekal?

00 kantin mahalBERITA UTAMA menggemparkan ibu bapa apabila didedahkan situasi sebenar harga makanan di kantin sekolah yang naik secara mendadak tahun ini. Padahal ramai pembaca yang meminta kami mengulas berita pengumuman persatuan penjual alat tulis yang ingin menaikan harga baru-baru ini serta keresahan mereka dengan kenaikan tambang bas masih belum sempat kami ulas lagi.Mengikuti berita TV3 semalam yang mendedahkan RM3 untuk harga sepinggan nasi di kantin sekolah benar-benar mengejutkan kami. Ramai ibu bapa yang mengatakan terpaksa memperuntukan sekurang-kurangnya RM5 sehari, untuk memastikan anak mereka tidak lapar. Yang berkemampuan mungkin tidak bermasalah untuk membekalkan RM10 bahkan lebih dari itu sehari sekalipun. Namun seorang bapa berkata beliau hanya mampu memberikan RM2 seorang dan anak mereka terpaksa belajar berjimat. Sebahagian lagi mengatakan tidak mampu sama sekali lalu terpaksa menyediakan bekal untuk anak mereka ke sekolah.

Dalam akhbar, BERNAMA turut melapurkan isu yang sama dan mengatakan yang pihak kerajaan akan melakukan siasatan. Sedikit petikan berita ada kami paparkan di link berikut,
http://prihatin.net.my/2014/01/07/harga-makanan-kantin-sekolah-naik-disiasat/

BERPENDAPATAN TINGGI TAPI TANPA KEBERKATAN

Fenomena kenaikan harga dan pengurangan subsidi yang berlaku sekarang ini nampaknya sudah tidak dapat dielakkan. Peperangan di kalangan parti politik pula telah banyak menyebabkan pembaziran dan memakan keberkatan ekonomi negara bertuah ini. Perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti penganjuran berbagai-bagai majlis, jamuan, pesta, serta perhimpunan untuk tujuan kempen, pembelian t-shirt, uniform, mencetak banner, banting, poster, perjalanan untuk berkempen dan sebagainya telah turut menyumbang kepada fenomena ini.

KEBERKATAN adalah bermaksud kecukupan. Dengan fenomena kenaikan harga ini jelaslah pendapatan yang tinggi seakan-akan tidak membawa sebarang erti lagi. Dahulu anak sekolah cukup dengan berbekalkan wang siling, kemudian terpaksa bawa wang kertas biru. Kini minima mereka perlukan wang hijau dan kebanyakkannya telah membawa wang merah untuk belanja ke sekolah.

BAGAIMANA MENGATASI KENAIKAN BELANJA PERSEKOLAHAN?

Bagi yang bertanya bagaimana RPWP mengatasi masalah ini, sila rujuk kepada artikel kami sebelum ini dari link berikut. Apa yang dipaparkan dalam kisah ini adalah sama seperti apa yang kami amalkan. Antaranya ialah kami didik anak-anak kami berpuasa sunat Isnin Khamis dan membawa bekal ke sekolah.

http://prihatin.net.my/2013/09/20/miskin-terhormat/

Apabila sesuatu gejala itu tidak boleh kita bendung, maka belajarlah untuk menjarakkan diri menjauhi gejala itu. Contohnya jika selama ini terlalu banyak pesta lagho dan banyak pula kes buang bayi 9 bulan selepasnya, maka masyarakat prihatin menegur pihak terbabit. Apabila tiada tindakan untuk menghentikan penganjuran pesta, maka lakukanlah usaha agar kita menjauhinya saja.

Merujuk kepada kenaikan harga makanan di kantin sekolah ini, ada lebih baik jika kita tukar pendekatan kita. Kami pasti ada yang tidak senang dengan pendekatan kami ini dan akan mengatakan tidak sanggup atas berbagai alasan. Kami sekadar kongsikan sahaja dan terpulanglah kepada masing masing untuk menimbangkan kewajarannya.

“Hai sekalian manusia, makanlah yang HALAL lagi BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” – QS: 2. Al Baqarah 168.

Beberapa bulan dahulu anak kami ada menulis sebuah artikel merujuk kepada isu BEKAL KE SEKOLAH ini. Untuk itu kami kongsikan tulisan anak 16 tahun ini untuk sama-sama kita pertimbangkan apa yang tersurat dan tersirat dari luahan mereka.

=========================
BEKAL

“Makcik saya nak makan nasi lauk ikan keli berempah, sayur dan air milo ais”, pesan salah seorang anak muda di sekolah saya. Fenomena inilah yang berlaku kepada anak-anak di kantin sekolah. Penggunaan duit belanja ke sekolah jadi fenomena biasa kepada anak-anak sekolah sejak berusia tujuh ke lapan tahun. Tahukah kita ke mana terbuangnya duit yang diberikan?

Apa yang kami perhatikan sepanjang sembilan tahun bergelar pelajar, jarang melihat ada rakan-rakan sebaya untuk membawa makanan dari rumah untuk ke sekolah. Sehinggalah kami menjejakkan kaki ke Prihatin, barulah kami faham dengan jelas mengenai hakikat ‘bekal’ yang sebenar.

Di Prihatin, anak-anak dididik tidak menggunakan wang ringgit ke sekolah. Para ibu bersusah payah untuk bangun awal dan memasak bekal kami semua. Sebenarnya di sebalik bekalan makanan yang diberikan ada pelajarannya yang kami sebagai anak-anak perhatikan. Kesudian, kesanggupan, komitmen yang tinggi, keikhlasan dan yang paling penting kasih sayang dalam masakan itu dapat dirasai setiap kali kami menikmati bekalan yang disediakan. Yang lebih penting lagi, bekalan nasihat, kata-kata semangat dan pantang larang sepanjang keberadaan kami di sekolah turut dititik beratkan bersama bekalan itu.

“Bangsa yang hebat adalah bangsa yang belajar daripada kekurangan dan sanggup mencontohi kekuatan bangsa lain”. Itulah pesanan yang sentiasa disemai dalam jiwa kami.

Menyedari hakikat ini, ibu-ibu telah mengambil uswah (suri tauladan ) daripada salah satu bangsa yang terkuat di dunia yakni bangsa Jepun. Salah satu budaya yang sering dipraktiskan oleh ibu bapa mereka adalah dengan menyediakan bekal. Budaya ini diamalkan semata-mata untuk membentuk penyambung legasi yang hebat. Hasilnya, kita boleh lihat generasi mereka hari ini sentiasa memanfaatkan masa dengan ilmu walaupun di atas keretapi. Ini kerana, penggunaan bekal ini mendidik mereka agar sentiasa memanfaatkan masa.

Dengan adanya makanan yang dibekalkan, kami tidak perlu kalut menunggu-nunggu waktu rehat untuk berebut berlari ke kantin akibat takut kehabisan makanan kegemaran. Kami juga tidak perlu berasak-asak membeli makanan dan mendapatkan tempat duduk. Banyak masa dan risiko boleh diselamatkan dengan adanya bekalan makanan dari rumah.

“Kamu adalah apa yang kamu makan”. Bahan yang dimakan mampu membentuk seseorang insan. Selain bekalan makanan yang tersurat, sebenarnya ada pengubahsuaian yang dilakukan oleh ibu-ibu Prihatin. Bekal yang dimaksudkan adalah bekalan makanan dan minuman sebagai pendinding. Pelik bukan?. Mari kami kongsikan dengan lebih mendalam lagi.

Bekalan yang disediakan bukanlah untuk kekenyangan perut semata-mata. Tetapi, bekalan ini adalah untuk pengenyang hati dan pendinding prinsip berupa pegangan hidup. Untuk tujuan ini, bekalannya bukanlah mee, bihun, nasi goreng mahupun roti. Tetapi berupa nasihat, seruan dan banyak lagi yang dibekalkan kepada kami. Sungguhpun perkara ini adalah yang terbaik, namun ia sering terlepas pandang oleh segelintir ibu bapa. Bekalan inilah sebenarnya yang ditagih oleh dan sangat diperlukan oleh anak-anak sekarang.

Di Prihatin, setiap hari ‘bekalan’ inilah yang disemai ke dalam jiwa kami oleh ibu-ibu maupun bapa-bapa. Hasilnya, kami ‘sentiasa kenyang’ dan tidak mudah lapar dan haus bila berjauhan daripada kawalan mereka. Sekaligus kami terhindar daripada masalah sosial. Ternyata, bekalan ini lebih tinggi keperluannya berbanding bekalan wang yang berguni-guni tetapi sifar pengisiannya. Ini jelas kami lihat dari rakan-rakan kami yang mewah dengan wang lalu dengan wang itu juga mereka membeli rokok dan berpeleseran di pusat membeli-belah dan pusat video.

Dalam proses penyediaan bekal ini juga secara tidak langsung membentuk sikap para ibu. Mereka akan terdidik secara alami untuk bangun awal, ringan tulang dan sentiasa istiqomah dalam memastikan anak-anak ‘tidak kebuluran’. Kendatipun tiada kaitan darah daging, namun sikap keibuan ini secara tidak langsung mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan dalam diri segilintir anak-anak yang sudah tidak mampu merasai sentuhan seorang ibu. Kasih sayang itulah juga yang membuatkan kami tabah menjalani hidup di rumah yang serba kekurangan ini.

Tugas sebagai seorang pengatur rumah tangga juga akan lebih tersemai dalam diri para ayah. Ayah-ayah akan sentiasa mengingati isteri masing-masing semata-mata hanya untuk memastikan kami ke sekolah dengan keperluan yang mencukupi. Hal ini menyebabkan kami bangga sewaktu ‘menikmati bekalan’ tersebut walaupun kadang-kala ada juga ejekan dan sindiran yang dilemparkan.

Kepada Murobbi di Rumah Pengasih Warga Prihatin , terima kasih kerana sentiasa memastikan kami dan adik-adik cukup bekalannya untuk mengharungi kehidupan dunia yang mencabar ini.

Cetusan zam-zam
WARGA PRIHATIN

Harga makanan kantin sekolah naik disiasat

sbnprista 1Harga makanan kantin sekolah naik disiasat
5 Januari 2014

BESUT – Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan menyemak  harga makanan dan minuman di kantin sekolah di seluruh negara bagi memastikan tiada kenaikan melampau dilakukan pengusaha kantin yang boleh membebankan ibu bapa mahupun pelajar.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, siasatan itu akan dilakukan satu jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghaffar Mahmud.

Bagaimanapun setakat ini, katanya pihak kementerian tidak menerima sebarang aduan atau laporan rasmi daripada pentadbir sekolah mahupun ibu bapa mengenai perkara itu.

“Pengusaha kantin sekolah tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual atas alasan kenaikan harga beberapa jenis barangan terutamanya gula hingga membebankan pelajar,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tok Has di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata kementerian akan berusaha mencari jalan terbaik bagi meringankan beban para guru yang tidak berjaya mendapat kelulusan pertukaran balik ke negeri masing-masing sebagaimana keputusan dikeluarkan oleh kementerian baru-baru ini.

Katanya, pihak kementerian tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana tiada kekosongan dengan memberikan contoh di Kelantan yang mempunyai kelebihan 30,000 guru manakala di Terengganu dan Kedah pula masing-masing mempunyai kelebihan 10,000 orang.

Antara masalah lain ialah ialah mereka yang memohon balik ke negeri-negeri berkenaan tidak memenuhi kekosongan opsyen (aliran) yang diperlukan di negeri berkenaan, katanya.

“Mereka memang wajar dibantu tetapi kena ingat kerana masih ramai memohon dari aliran Bahasa Melayu manakala keperluan ialah untuk mengajar Bahasa Inggeris dan dari kalangan yang mengajar Sejarah tetapi keperluan pula untuk mata pelajaran Sains,” katanya.

Idris berkata satu mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pada pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah yang sakit, hendak bersama isteri atau suami yang telah lama tinggal berasingan dan berjauhan dan juga kerana masalah keselamatan atau sakit.

Sementara itu, beliau meminta semua Anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri, Pentadbiran Daerah maupun Pengetua dan Guru Besar memastikan tiada pelajar yang tercicir dari persekolahan kerana faktor miskin.

“Sekiranya ada, saya minta pentadbir sekolah segera membuat laporan kepada KPM di samping memaklumkan juga kepada Ahli Parlimen, Adun, Pegawai Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah supaya ia dapat diatasi segera,” katanya. – Bernama

Parenting Tips – Akibat Gagal Mengenali Tangisan Anak

00 tangisan bayiPERIHAL TANGISAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK ANAKHari ini ramai ibu bapa menjadi tenggelam punca untuk menundukkan anak-anak mereka agar mendengar arahan. Anak-anak suka berkeliaran tanpa kawalan dan sukar ditegah untuk melakukan apa sahaja sesuka hati walaupun sewaktu bertamu di rumah orang. Lebih sedih lagi ada ibu bapa yang tidak langsung berusaha mencegah anak-anak ‘mengusik’ dengan sesuka hati apa sahaja yang ada di rumah yang diziarahi. Anak-anak dibiarkan melompat-lompat di atas kerusi, memanjat meja, mengusik kereta dan apa sahaja yang ada di sekelilingnya.

Sewaktu kita kecil dahulu, ibu bapa sangat menitikberatkan disiplin kita apabila ada tetamu bertandang. Pantang sekali bagi orang tua dahulu melihat anak menyibuk ketika mereka melayani tetamu. Hari ini banyak kes anak yang meramas buah dan makanan yang disajikan ibu bapa untuk tetamu sehingga tetamu jadi serba salah. Malang sekali kerana ia berlaku depan ibu bapa sendiri tanpa sebarang usaha mencegah dan mendisiplinkan mereka. Tetamu pun berbasa basi dengan kata-kata biarlahhhh… budak-budak tahu apa? Ermmmm…

Setiap hari kami didatangi oleh berbagai-bagai tetamu atas pelbagai urusan. Ramai juga yang bertanya apakah rahsia RPWP dapat menundukkan anak-anak jagaan tatkala terlihat mereka mula menunjukkan tabiat yang kurang elok itu. Hanya dengan satu jelingan, satu tanda ‘psttt… ‘ anak-anak sudah faham dan berhenti serta merta. Demikian yang diluahkan oleh para tetamu yang memerhati dengan matahati yang tajam.

Ingin kami kongsikan bahawa asnaf yang diserahkan kepada kami bukanlah yang asalnya baik-baik belaka. Di kalangan kami juga ada banyak belang dan parut dalam sejarah kekeluargaan yang berbagai rupa. Ramai suami isteri yang tidak sefaham, sering bertelagah dan bercakaran. Ramai anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat yang buruk, degil, tidak berdisiplin, tidak menyahut panggilan, tidak datang bila dipanggil, pemalas dan sebagainya. Kami cuba berfikiran positif dan menjadikan segalanya satu asbab untuk saling mengkaji dan membuat pembaikan.

AJARLAH ANAK SEJAK HARI PERTAMA KELAHIRANNYA

Anak-anak dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya. Bagaimana kita harus menggunakan sepenuhnya sensitiviti deria pendengaran dan pengelihatan untuk mendidik anak sejak hari pertama kelahirannya.

Perhatikan Surah 16. An Nahl 78. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI, agar kamu bersyukur”.

Banyak kes anak yang tidak pekak dan bisu tetapi tidak pandai bercakap seolah-olah mereka bisu, hanya kerana dilahir dan dibesarkan oleh ibu bapa yang pekak dan bisu. Banyak kes anak yang cukup sifat namun lebih teruk dari orang cacat, pemalas dan tiada kreativiti sama sekali. Ini kerana pendengaran dan pengelihatan mereka tidak didedahkan untuk bekerja, menjadi rajin dan kreatif walaupun ibu bapa mereka rajin. Apatahlagi jika ibu bapa sendiri memang jenis pemalas atau pengotor.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa proses pembelajaran dan pembentukan akhlak anak sudah bermula dari hari pertama kelahirannya. Tumpuan harus dilakukan khasnya dalam tahun pertama dan ke dua usia bayi itu. Inilah tahap awal yang kritikal di mana kita harus memperkenalkan diri kepada si bayi bahawa kita adalah pengatur mereka yang bertanggungjawab dan prihatin. Tunjukkan yang kita ingin mendidik mereka untuk menjadi anak yang bertanggungjawab dan peka.

Sewaktu bayi lahir, deria mata tidak berfungsi dengan baik lagi. Yang ada adalah deria rasa dan pendengaran. Bayi tidak boleh bertutur melainkan hanya berkomunikasi melalui bahasa tangisan dan gerak tubuh. Inilah tahap di mana kita harus meneliti dan menghalusi setiap respon yang ditunjukkan dalam bahasa tubuh dan tangisan bayi terhadap kita. Dengan itu kita mampu mengenali bayi kita dengan baik.

Al-Baqarah Ayat 146

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami telah berikan mereka)
الكتب (Al Kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenal/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka)
وإن (dan sesungguhnya mereka)
فريقا (segolongan)
منهم (dari mereka)
ليكتمون (sungguh mereka menyembunyikan)
الحق (kebenaran)
وهم (dan mereka)
يعلمون (mereka mengetahui)

Al-An’am Ayat 20

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami berikan kepada mereka)
الكتب (Al-kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenalnya/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka sendiri)
الذين (orang-orang yang)
خسروا (merugikan)
أنفسهم (diri mereka)
فهم (maka mereka)
لا (tidak)
يؤمنون (beriman)

Kata kunci yang ingin kami kongsikan dari ayat ayat di atas ialah AL-KITAB (yang merujuk kepada satu KETETAPAN) dan ARIF (sangat KENAL). Ingin kami mengajak pembaca memerhatikan juga mengapa kedua-dua ayat yang membawa mesej yang lebih kurang serupa ini diletakkan di SURAH HAIWAN, iaitu al-BAQARAH (sapi betina) dan al-AN’AM (binatang ternak).

Ringkasnya jika kita membela anak dengan tabiat haiwan, maka kita akan melupakan elimen pendidikan dan tarbiah sepanjang kita memelihara anak-anak kita. Kita hanya mementingkan makan minum dan menjadikan anak kita besar panjang sahaja. Namun pembangunan minda dan akhlak anak-anak kita akan terabai.

MENGENALI ANAK MELALUI TANGISAN DAN GERAK BADAN

Hasil kajian dan pengalaman kami terhadap subjek menunjukkan ramai ibu bapa yang kurang sensitif terhadap tangisan anak. Ramai yang sudah melahir dan membesarkan sehingga 8 orang anak masih tidak mampu mengenali bentuk tangisan anak sendiri. Kami rujuk pula perihal tangisan anak ini kepada fakta quran, sunnah dan sains

Inilah seni dalam memelihara anak yang tidak begitu ditekankan dengan penuh minat oleh para ibu bapa. Akhirnya kesemua anak-anak mereka membesar dalam pemeliharaan yang sebanding dengan haiwan ternak sahaja, atau mudahnya mereka tidak lebih dari menternak anak. Tiada unsur pendidikan yang diterapkan dengan teliti semasa memelihara anak itu.

Terlalu panjang jika ingin kami tuliskan jenis tangisan dan gerak tubuh anak di sini. InsyaAllah akan kami huraikan secara khusus pada siri parenting tips khas nanti. Cukuplah jika kami katakan ada banyak yang perlu diperhatikan terhadap bentuk tangisan dan gerak tubuh bayi ini ketika ia berumur 1-4 bulan, 4 bulan hingga setahun, 1-2 tahun dan seterusnya.

Antara contoh yang kita harus kenali ialah,

• Bagaimana bentuk, intonasi dan nada tangisan? Merengek? menjerit? selang seli? berterusan? Terkawal atau luar kawalan seperti sawan?
• Apakah iringan gerak tubuh waktu menangis? Menggeliat, menggaru kepala, menggosok mata, meronta-ronta?
• Apakah tanda lain atau perubahan pada tubuh mereka semasa bayi menangis? Contohnya kembung, kejang, badan jadi panas, mata jadi merah dan sebagainya.
• Anda juga harus tahu bila terakhir anak anda diberi susu atau makan? Bila terakhir anak anda buang air dan dibersihkan?
• Bila masanya anak anda tumbuh gigi?
• Adakah anda sendiri merasa panas dan rimas sehingga mungkin anak anda juga ikut merasa panas dan tidak selesa?
• Bagaimana mengenal tangisan mengada-ngada? Adakah air mata yang keluar semasa anak menangis?
• dan banyak lagi tanda-tanda.

KESILAPAN MERAWAT TANGISAN BAYI BOLEH MENJADIKAN ANAK DEGIL, LEMAH DAN DUNGU

Inilah yang menjadi penekanan dalam isu yang ingin kami ketengahkan. Hasil kajian kami menunjukkan ramai ibu bapa yang tidak kreatif dalam mengenal tangisan dan gerak tubuh bayi mereka, biarpun sudah ramai melahir dan membesarkan anak.

Sebelum anak mampu berkata-kata dan menggunakan komunikasi melalui kalam, ia belajar melalui alam. Tangisan dan jeritan anak adalah ‘Universal Language’, satu-satunya cara mereka menyampaikan mesej kepada ibu bapa. Secepat mana kita menyahut seruan atau doa mereka melalui tangisan itulah yang akan mendidik mereka untuk menyahut seruan dan panggilan kita secepat itu juga kemudian nanti. Itulah pendidikan awal yang sangat berbentuk alami bagi mereka. Tindakbalas kita sedang mengajar mereka tanpa kita sedar.

Kami menetapkan di RPWP jika boleh kita didik bayi kita dengan menyahut panggilan mereka melalui tangisan itu dengan kadar segera. Sebaiknya jangan sampai melebihi 10 saat. Rasakanlah kekesalan dan berdosa yang mendalam jika kita tidak dapat hadirkan diri untuk menenangkan anak yang diamanahkan kepada kita itu melebihi 30 saat setelah mendengar tangisannya.

Pada peringkat awal tangisan itu, anak masih dalam keadaan tenang dan sedar. Tangisan hanyalah merupakan bahasa mereka sahaja. Namun apabila anda gagal menghadirkan diri, maka intensiti tangisan itu akan bertambah. Akhirnya anda akan dapati anak anda akan seolah-olah marah kepada anda. Waktu ini minda anak akan jadi bercelaru, sangat beremosi dan penuh dendam. Inilah punca penyakit hati yang mula anda tanamkan ke jiwa mereka tanpa sedar.

Para saintis sepakat merumus bahawa habit membiarkan bayi menangis yang berpanjangan tanpa rawatan akan menyebabkan bayi mengalami berbagai bentuk tekanan (stress). Ini juga menjadi antara punca terhasilnya habitat anak yang dungu, degil, emosional, pemarah dan sebagainya.

Hormon stress yang dipanggil cortisol ini boleh terhasil dan terhimpun di otak bayi. Ia boleh merosak dan membantutkan pembangunan struktur penting otak mereka. Membiarkan anak terus menerus menangis juga akan merosak sistem saraf bayi. Ia boleh menjadikan mereka terlalu sensitif dan mudah mengalami trauma hanya dengan cabaran yang kecil. Ia juga memberi kesan yang besar kepada kemampuan anak untuk menerima maklumat pembelajaran dan berdarah gemuruh (nervous).

Kesan dari segi kesihatan pula akan menjadikan bayi ini anak yang mudah stress. Peningkatan tekanan darah dan nadi akan menyebabkan ketidak-stabilan bekalan oksigen, nutrisi, hormon dan antibodi dalam darah. Ini secara langsung menyebabkan anak menjadi kurang daya tahan dan mudah berpenyakit. Bahkan saintis telah menetapkan bahawa ia boleh memberikan kesan yang berat terhadap penyakit otak yang dipanggil ‘meningitis’. Mungkin ada kes terpencil yang tidak menepati ketetapan ini dan terserah samada kita mahu perjudikan nasib anak kita atau mahu mengikuti ketetapan dan petunjuk yang ada.

KESIMPULAN

Hasil kajian kami menunjukkan sesetengah ibu sengaja membiarkan anak mereka menangis begitu lama. Mungkin mereka sedang masak, membasuh, bergayut di talian atau bermuka buku. Mereka tidak sedar kesan dan bahaya yang terlalu parah dari segi kesihatan rohani dan jasmani yang bersifat kekal pada anak itu. SANG SUAMI yang sedar akan keadaan itu juga seperti tidak merasa bimbang dan tidak menegur isteri untuk berbuat sewajarnya terhadap anak mereka.

Nabi s.a.w. telah menyarankan, “belajarlah dari buaian sampai ke liang lahad”. Kelalaian kita menangani panggilan dan seruan bayi melalui tangisan mereka itu telah mengajar anak menjadi orang yang juga tidak bersegera apabila dipanggil, jadi bodoh, pemberontak dan degil. Sebaliknya, kita pula yang terpaksa mengikuti kehendak anak sebegini apabila ia besar nanti.

Demikianlah juga bagaimana Isa a.s. selaku nabi yang hebat telah dikisahkan mampu berbicara sejak dalam buaian lagi. Malangnya kita sebagai ibu bapa Islam ini tidak ada ilmu pengetahuan dalam mengenal bahasa universal anak itu lalu ianya berlalu menjadi satu pembaziran yang amat merugikan anak kita. Apa yang kita selalu rungutkan ialah tangisan itu memberi kesan negetif terhadap persekitaran, terhadap emosi jiran dan ibu bapa yang menjadi stress akibat tangisan anak. Kita tidak langsung fikir kesan negatif terhadap anak itu sendiri.

Ironinya, ibu yang jahil ini tidak mendapat pendidikan dan pembetulan yang penuh siyyasah dari para suami kerana mereka selaku abal hakam dalam keluarga juga jahil. Ramai suami yang membiarkan sahaja sang isteri berkelakuan yang ‘tidak wajar sebagai isteri’ tanpa teguran. Akhirnya isteri membentuk tabiat liar dan lagho. Isteri begini kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap anak, iaitu tidak sensitif dengan seruan bayinya. Isteri akhirnya terkontang-kanting mengendalikan segalanya dalam penuh kebingungan dan kesukaran. Maka terhasillah generasi anak-anak yang liar dan berkeliaran.

Kami ada terlalu banyak bukti. Anak-anak darjah 3-5 masih tidak kenal huruf, tidak pandai berbicara dan mengurus diri. Anak tingkatan 1- 4, yang baru kematian ayah setahun lalu tapi menjadi begitu dan begini. Sebenarnya semua itu sudah lama berlaku, semasa si ayah masih ada. Inilah hakikat anak yang yatim sebelum yatimnya. Oleh itu, mari kita pelihara anak kita dengan teliti, penuh minat dan kasih sayang seperti keluarga manusia. Jangan biarkan anak kita membesar sepertimana haiwan yang diternak untuk diherdik setelah kita tiada.

Kudap kudap
WARGA PRIHATIN

Wakaf Bas – Menunjang Program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat

00 WAKAF BAS ALL INPendidikan ALAM adalah mod pendidikan utama RPWP. Beberapa buah bas sedang dicari. Kami memikirkan perolehan melalui konsep,

1. Wakaf unit dari perseorangan atau syarikat
2. Wakaf dana secara kolektif (KONGSI WAKAF)
3. Pelupusan hadiah dari unit terpakai yang ingin dilupus atau lucut hak oleh jabatan kerajaan, syarikat korporat, pengusaha BAS dan sebagainya.
4. Unit yang ingin dijual segera dengan diskaun wakaf atau dengan harga berpatutan.

Anda juga boleh usulkan kepada mereka yang anda tahu memiliki kemampuan mewakaf sebuah bas atau ikut serta program KONGSI WAKAF. Anda boleh menyalurkan dana WAKAF BAS mengikut kemampuan ke akaun RPWP seperti di bawah. Setelah wang itu cukup, kami akan membeli BAS dan memperbaikinya di mana perlu.

PENDIDIKAN ALAM

Mod Pendidikan Islam terhadap para Nabi berlaku secara ALAM. Apa yang berlaku pada hari ini ialah pendidikan secara QALAM (Akademik). Di RPWP anak-anak diberikan keseimbangan pendidikan qalam & alam. Namun, penekanan adalah pada pendidikan secara alam.

Inilah gaya pendidikan bagaimana Nabi Musa belajar dengan nabi Syuib, juga belajar dengan Nabi Hidir tanpa ada kelas. Dengan Nabi Hidir, Musa a.s. hanya mengikuti perjalanan dan melihat bagaimana baginda melaksanakan siyyasah semasa dalam perjalanan. Begitu juga bagaimana Musa a.s. belajar dengan bekerja bersama-sama Nabi Syuib.

Nabi Sulaiman juga tidak pernah masuk universiti tetapi pendidikan baginda adalah melalui konsep alam apabila baginda mengikuti ayahandanya Nabi Daud sepanjang masa dan memerhati. Begitulah juga dengan nabi-nabi lain yang tidak bersekolah dan mendapat pendidikan secara qalam yang berjadual padat seperti kita sekarang tetapi mereka belajar SECARA ALAM.

Pada era moden pula, Sultan Mehmet Alfateh mendapat pendidikan dual mode iaitu pendidikan QALAM & ALAM. Alhamdulillah walaupun jumlah masa belajar anak-anak RPWP agak kurang berbanding pelajar lain (hanya sekitar 1.5 jam sehari) tetapi mereka mampu mendapat keputusan akademik yang baik berbanding anak-anak yang tumpuan ulangkaji mereka tidak boleh dikacau. Anak-anak Prihatin dibiasakan dengan kerja tangan, membantu orang tua, berkebun, menternak ikan dan pelbagai aktiviti ALAM yang menjadi modul integrasi segala pendidikan qalam yang mereka dapat di dalam kelas.

Sementara itu anak-anak RPWP meneruskan alam pembelajaran di setiap musim cuti tatkala anak-anak lain sedang bercuti. Dalam kem cuti sekolah ini anak-anak dibawa mengembara untuk mengembangkan minda dan pembelajaran melalui proses penelitian alam. Ini kerana pengajian al-quran yang kami terapkan kepada mereka menuntut mereka keluar meneliti segala petunjuk dari alquran yang banyak Allah kaitkan dengan unsur alam. Membacakan kalam/teks bukit, pokok, sungai, lembu, kera dan sebagainya tidak akan lengkap tanpa membawa anak ini berjalan meneliti sendiri apa yang dibaca secara alami. Kerana itu maka pembelajaran kalam tidak akan sekali kali dapat disempurnakan kefahamannya.

APAKAH KAITAN PENDIDIKAN ALAM DENGAN BAS?

Semua kita tahu sabda nabi s.a.w. “solat itu ialah doa/seru” (Assolaatud du’a). Inilah aktual dari ritual solat yang harus kita kembangkan praktik aktualnya melalui mekanisma pengaliran ilmu dan proses dakwah. Dalam kembara pendidikan ada banyak waktu senggang yang terbazir. Kita tidak seharusnya membiarkan anak-anak dalam keadaan terbiar tidak terpantau pemikirannya, mengelamun tanpa fungsi diri menzikirkan ilmu Allah sewaktu dalam perjalanan. Apatah lagi membiarkan anak-anak membuat kerosakan, membuat lagho, bermain-main dengan berbagai gajet serta bergurau senda sesama sendiri sepanjang perjalanan.

Surah Al-Baqarah Ayat 238

حفظوا peliharalah
على atas
الصلوت segala solat (solawat)
والصلوة dan solat (solawat)
الوسطى wustha (pertengahan/perantaraan)
وقوموا dan berdirilah
لله untuk Allah
قنتين dengan tunduk

Perhatikan juga AYAT 239 yang kami sertakan dalam gambar hiasan.

Apa yang kita takutkan ialah apabila murobbi terlalai maka anak-anak akan menjadi lagho. Seminit kita terlepas dari zikir mengingati Allah dan Rasul melalui pendidikan dan tarbiah, maka saat itu tiada hubungan (silah) kita dengan Allah dan Rasul dalam minda kita. Jadi dengan mengumpulkan anak-anak dalam satu kenderaan besar yang ada kelengkapan audio visual, mudah kita kendalikan program tarbiah untuk mereka. Sekurang-kurangnya melalui penjelasan oleh para murobbi merujuk persekitaran alam yang sedang mereka lalui atau tayangan dokumentari agama yang boleh menarik fokus minda mereka kepada Allah. Apabila telah aman boleh kita kemaskan kefahaman mereka di dewan dengan lebih sempurna.

Selama ini kami terpaksa menggunakan sekitar 15 buah MPV dan 2 buah kenderaan utiliti (pickup) terpakai untuk membawa bekalan keperluan, peralatan pandang dengar serta alatan bengkel untuk membaiki sebarang kerosakan kenderaan di perjalanan. Belanja perjalanan menjadi sangat tinggi di samping masalah yang melibatkan pemandu yang ramai. Kerana itu kami tidak mampu untuk lakukannya selalu sedangkan itu adalah WADAH pendidikan yang utama untuk anak kami.

Mengatur anak-anak yang ramai untuk dalam kenderaan yang banyak juga sangat rumit, khasnya di setiap kali berlakunya perhentian dan keberangkatan semula. Paling mengerikan ialah pengalaman anak OKU kami yang hampir dilanggar kereta bila berlaku kerosakan di lebuhraya pada salah satu dari mana-mana unit kenderaan dalam konvoi kami. Kerosakan luarjangka ini sering berlaku kerana kami menggunakan kenderaan lama / terpakai.

Lebih penting lagi ialah untuk menyatukan aktiviti penerangan secara berpusat yang sukar dilakukan apabila anak-anak berpecah-pecah dalam banyak unit kenderaan. Pemandu terpaksa fokus pada pemanduan lalu pendidikan anak-anak terputus sewaktu perjalanan sedangkan bagi mereka ‘masa itu emas’. Itu adalah satu kerugian besar dalam usaha memanfaatkan waktu dan subjek pembelajaran yang hadir sepanjang perjalanan tanpa ulasan MUROBBI.

OLEH ITU, RPWP sangat memerlukan beberapa unit bas untuk melanjutkan jangkauan pendidikan sehingga anak-anak ini mampu melihat lebih jauh dan mampu menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang. Insyaallah hasil pendidikan mereka ini boleh dimanfatkan untuk ikut sama mendidik anak cucu kita di masa depan. Sebelum ini, hanya setahun sekali atau 2 kali sahaja mereka dapat keluar dari RPWP untuk membuat lawatan-lawatan ke luar.

JIKA ANDA ADA UNIT BAS LAMA yang masih berfungsi dan ingin dilupuskan juga boleh dipertimbangkan. Kami mungkin usahakan untuk dijadikan motorhome bagi kemudahan penginapan dan persalinan alakadar di lokasi pengembaraan untuk program pembelajaran di lingkungan alam. Ia juga bagi memudahkan murobbi yang menyusukan anak, yang sakit atau menempatkan golongan OKU dan warga emas. Ia juga dapat menjimatkan kos penginapan, khususnya kepada pengiring dewasa / MUROBBI.

KAMI TAK BAWA ANAK KAMI MELAWAT LEGOLAND ATAUPUN LAWATAN KE WATERPARK. Lawatan yang biasanya diatur ialah lawatan-lawatan seperti berikut;

– Lawatan Kasih : Warga Emas
– Lawatan bantuan kemanusiaan : Membaiki Rumah dan membersih kawasan rumah Warga Emas, ibu tunggal, asnaf miskin, mangsa bencana alam dan sebagainya.
– Lawatan Sejarah : menelurusi jejak perjalanan hidup para Pengasas RPWP untuk membuka mata dan hati anak-anak tentang hakikat ujian dalam kehidupan,
– Lawatan keraian dan kematian – memenuhi jemputan keraian di majlis seperti buka puasa, khatam quran, kenduri kahwin, tahlil, pengkebumian dan sebagainya.
– Lawatan pendidikan – menghadiri kursus, seminar, kem motivasi, lawatan ke tempat bersejarah, pusat sains, zoo, muzium dan sebagainya.

KEPERLUAN BAS JUGA UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH.

Hari ini kami menggunakan beberapa buat MPV dan van untuk tujuan itu. Di samping menjimatkan kos, ia turut mengurangkan PEMBAZIRAN TENAGA KERJA jika tidak menggunakan banyak kenderaan dan pemandu. Sukarelawan sepenuh masa yang sama juga diperlukan untuk kerja-kerja membina rumah, memasak dan menguruskan pendidikan anak-anak pra-sekolah (yang kini di bawah konsep ‘Home Schooling’ kelolaan RPWP sepenuhnya).

PEMBUKAAN WAKAF.

Alhamdulillah, selepas kejayaan wakaf Quran yang lalu dan “kegagalan” Wakaf Kren (tetapi kami beli juga dengan wang simpanan yang ada), kami harap Wakaf Bas ini mampu mendapat tempat di hati. Bas yang bakal membawa anak-anak yatim, asnaf, tahfiz dll untuk belajar dan pelajaran itu bakal dimanafaatkan sepanjang zaman untuk pembangunan generasi kita dan itu semua adalah bahagian pelaburan akhirat buat kita semua.

Berikut ini ialah butiran akaun kami.

1. MBB (UNTUK ON-LINE ATAU CEK – sebab kemudahan MBB2U)
NAMA AKAUN : PRIHATIN SERVICES
BANK : MBB, KAJANG BRANCH
ACC NUMBER : 5620 2160 7398

2. MBB (UTK CEK SAJA).
NAMA : PER KEB RMH PENGASIH WARGA PRIHATIN 2012
BANK : KAJANG BRANCH
ACC NUMBER : 562021611721

3. Jika anda hanya ada CIMB sebagai pilihan, kami berikan No. akaun Sukarelawan kami,
No. AKAUN : 14670007074521
NAMA : JOHARI IBRAHIM

WAKAF itu satu pelaburan sepanjang zaman. Sepertimana saham wakaf al-Quran Per Kata yang telah anda sertai baru-baru ini, juga wakaf Sekolah yang bakal kami lancarkan sedikit masa lagi, InsyaAllah WAKAF UNTUK SISTEM SEKOLAH BERGERAK ini akan kekal beroperasi selagi SEKOLAH INTERGRASI yang kami usahakan masih berjalan. Selama itulah juga ganjaran dari saham wakaf ini terus mengalir bertali arus.

Semuga amal dari segala ilmu yang dapat digarap dan dimanfaatkan oleh generasi anak-anak silih berganti ini nanti menjadi bekal akhirat untuk kita yang bakal pergi meninggalkan mereka. Insyaallah dengan kemudahan ini jumlah pengambilan ke dalam KEM CUTI SEKOLAH boleh ditambah bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang selama ini tidak dapat kami penuhi.

Sebarang pertanyaan boleh ajukan samada melalui Inbox Warga Prihatin, email prihatin@live.com atau Whatsap / SMS 013-5858789, 5858700. Biarpun seringgit, kami mohon maklumkan juga untuk tujuan rekod, akad dan doa. Selamat berwakaf.

SEKOLAH INTERGRASI PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT
Warga Prihatin

Minda Jumaat – Rahsia Kahfi 7

00 GUA 7MINDA JUMAAT – RAHSIA KAHFI 7Dajjal telah sangat berjaya melaksanakan misi mengaburi agama apabila rata-rata umat sudah tenggelam punca. Begitulah yang telah berlaku apabila Adam a.s. yang diketuai oleh Syaitan di Syurga dahulunya sudah tidak lagi kenal nama-nama. Akhirnya KHULDI, buah syurga yang terlarang telah dimakan baginda. Semuanya disebabkan kekeliruan dari segi nama dan hakikat buah yang sebenarnya.

Adam tersilap lalu dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke dunia nyata untuk memahami semula segala yang sudah tidak dikenali selama ini. Langkah pertama di dunia untuk Adam ialah belajar dan diajarkan Allah tentang nama-nama. Proses pemberian dan penerimaan ilmu itu dipanggil TALAQQI (QS 2:37)

Begitulah juga keadaan kita yang telah dihadiahkan Rasulullah saw dengan hazanah syurga berupa ilmu yang terang dan nyata sebelumnya, namun kini jahil semula. Banyak maklumat dan pedoman agama yang hanya kita mampu baca pada teks, namun kita jahil dari segi konteksnya. Pelbagai istilah yang bermain di bibir setiap hari sebenarnya tidak kita ketahui secara tepat dalam konteks kehidupan seharian.

Hari ini ingin kami kongsikan dapatan kajiselidik kami tentang beberapa istilah yang terdapat dalam surah kahfi.

MENGENALI FALSAFAH TALAQQI, LADUNI DAN MURSYID

Sering kita dimomokkan dengan istilah pencarian ilmu yang dipanggil LADUNI. Kemudian kita disaran agar belajar dengan guru MURSYID. Malangnya ramai yang tidak mengetahui dengan jelas apakah konteks sebenar dari istilah-istilah itu.

Ilmu LADUNI ialah ilmu yang dikatakan didapati melalui kaedah semula jadi. Ia didapati dalam bentuk pemerhatian yang panjang dan berulang-ulang oleh mereka yang merendah diri dan fokus terhadap tabiat alam dan manusia. Ia diperolehi secara praktikal atau pembacaan (iqra’/kajian) ayat kasar secara objektif dan konteks, bukan dalam bentuk penceritaan atau tulisan berhuruf (teks).

ILMU juga boleh didapati dan diturunkan melalui proses TALAQQI (pemberian/penerimaan). Inilah juga kaedah pembelajaran orang dulu-dulu di mana para guru adalah insan yang banyak meneliti tabiat alam maya dan manusia. Itulah guru yang mampu menjelaskan kepada muridnya dengan jelas lalu ia dipanggil guru MURSYID, yang mampu menunjuk/menjelaskan dengan jelas.

Inilah hakikat penjelasan tentang kefahaman segala persoalan ilmiah dalam kehidupan yang tidak boleh dicabar oleh orang yang hanya sekadar membaca teks sahaja tanpa meneliti konteks.

Pepatah inggeris mengatakan “you read you know, you do you remember”. Contoh adalah perbezaan yang sangat ketara apabila kita mendapat penjelasan dari orang yang membaca ‘TULISAN LEMBU’ dalam quran, berbanding dengan orang yang setiap hari ‘MENGGEMBALA LEMBU’ di lapangan. Kefahaman tentang lembu itu didapati melalui proses secara LADUNI oleh GURU MURSYID.

MEMAHAMI HAKIKAT HAMBA, TABIAT DAN ASBAB

Hari ini terlalu banyak bahan bacaan, terlalu ramai bijak pandai yang fasih berceramah dan berhujjah dengan lidah dan mata pena. Malangnya kebanyakan ilmuan bergerak sendiri tanpa rumusan secara berjemaah, bahkan tanpa keluar meneliti alam buat mengesahkan kebenaran maklumat dari teks yang dibaca dan dijadikan bahan ceramah. Akibatnya banyak percanggahan isi ceramah atau buku berbanding tabiat alam dalam konteks yang sebenar.

Sementara itu tidak ramai ilmuan yang berbuat seperti guru mursyid zaman dahulu di mana mereka sendiri memperhambakan diri kepada alam dengan ikut meneliti serta mengalami asbab dan tabiat alam. Oleh itu, dalam keadaan umat sudah kembali jahil ini, kita tiada pilihan melainkan harus rajin kembali mencari bukti kebenaran melalui proses penelitian alam dan pembacaan ayat kasar.

Bermula dari ayat 60 dalam surah al-Kahfi, ingin kami petik kisah pengalaman pembelajaran dari Nabi Musa a.s. dalam konteks LADUNI dan guru MURSYID.

Pertamanya ingin kami ajak pembaca meneliti kisah bagaimana Musa a.s. berkelana, berjalan bersama pengikutnya sehingga bertemunya dua lautan, bagaimana baginda mengalami kehilangan ikan sewaktu berehat. Kemudian dikisahkan pula bagaimana baginda bertemu dan belajar dari hamba yang diriwayatkan bernama Hidhir. Itu tidak termasuk penerimaan ilmu melalui pengalaman bekerja dengan bapa mertuanya Syuaib a.s., bertalaqqi secara langsung dengan Allah, belajar dari kepetahan Harun a.s. dan sebagainya.

Dalam ayat seterusnya dikisahkan pula bagaimana Zulkarnain berjalan meneliti ASBAB dalam membantu umat menangani ancaman Yakjuj dan Makjuj, meneliti matahari yang terbenam di lautan berlumpur hitam dan berjalan lagi sehingga bertemu tempat matahari terbit. Falsafah di sebalik misal ini akan kami kongsikan di siri lain insyaAllah.

65. Lalu mereka bertemu dengan seorang HAMBA di antara HAMBA-HAMBA Kami, yang telah Kami berikan kepadanya RAHMAT (ilmu) dari sisi Kami (LADUNI), dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami

66. Musa berkata kepadanya (Khidhr): “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar (RASHID) di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”

67. Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup SABAR bersama aku.

78. Khidhr berkata: “INILAH PERPISAHAN antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu TIDAK DAPAT SABAR terhadapnya.

84. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya ASBAB segala sesuatu,

85. maka diapun menempuh suatu ASBAB/SEBAB (ayat yang berulang-ulang dalam kisah Zulkarnain).

Dari ayat 65 dan 66 sila perhatikan juga harfiahnya di gambar hiasan. Apa yang ingin kami kongsikan ialah kata kunci LADUNI, HAMBA, MURSYID, ASBAB, SABAR dan IKUTI / BERJALAN / TABIAT.

KESIMPULAN


Untuk mendapat ilmu dan kefahaman yang tepat, kita harus banyak merendah dan MEMPERHAMBAKAN DIRI kepada Allah melalui perlaksanaan. Kita harus banyak berjalan dan meniti asbab musabbab, agar dapat menghayati KONTEKS SEBENAR tentang tabiat alam dan manusia. Proses ini mampu menjelaskan dan mengesahkan kefahaman apa saja yang kita baca dari teks.
Segala kekalutan hidup yang kita alami sekarang adalah hasil kerjabuat kita sendiri. SEMUANYA akibat kejahilan kita yang teterlaluan. Cara Allah menolong kita hanyalah dengan membuang kejahilan itu. Itulah ilmu, itulah hidayah yang kita pohon HANYA dari Allah sebagai penolong kita. Kita baca pengakuan itu 17 kali sehari dalam Fatihah semasa solat. Kerana itu juga Allah perintahkan kita agar sentiasa sabar dan khusyuk untuk mendapatkan hidayah itu. Namun itu amat sukar kita lakukan.

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’”- QS 2:45

Jelaslah untuk mendapatkan semua ilmu dan petunjuk yang bakal menolong kita dari kekalutan hidup ini kita harus SABAR. Tanpa kesabaran itu kita akan gagal dalam pencarian ilmu. Tanpa ilmu dan petunjuk yang tepat maka segala permasalahan hidup kita selama ini akan tidak tertolong dek kerana kejahilan kita yang berpanjangan.

Inilah serba sedikit disiplin yang ingin kami kongsikan dalam pencarian ilmu yang telah sekian lama hilang dari pegangan umat Islam ketika ini. Semuga kita semua mampu menghayati dan sama-sama ikut mencuba, menghambakan diri dengan rendah hati untuk meneliti.

Ambillah pelajaran dari proses pembelajaran yang dilalui oleh Nabi Musa a.s.. Haidir yang dikatakan Guru Mursyid itu adalah dari GOLONGAN HAMBA yang mendapat ilmu secara LADUNI, secara semulajadi langsung dari Allah, melalui perlaksanaan dan penelitian alam. Guru terbaik ini BERSIFAT HAMBA, tiada nama, pangkat dan harta namun amat fokus dan penuh siyyasah yang strategik, bukan seperti ciri guru-guru hebat yang selama ini kita sangka.

Ilmu itu bersifat seperti air YANG PERLU DITADAH dan yang mengalir mengikut graviti. Ia tidak akan mengalir dari bawah ke atas. Oleh itu kita harus belajar merendah diri dalam menuntut ilmu. Sediakan bekas yang bersih dan kosong untuk menadah ilmu yang bersih.

Selagi kita masih merasakan kita sudah berilmu, berpenyakit hati, keras kepala, suka membantah dan tidak sabar, maka segala rahmat ilmu dari Allah akan terhenti dant terputus. Kekallah kita menjadi golongan yang rugi dan sengsara dengan pelbagai salah laku yang membinasakan. Amal harian kita bakal dipenuhi dengan angan-angan kosong dan fatamorgana selamanya.

Koncakan Minda pagi Jumaat
WARGA PRIHATIN

Perumpamaan Lalat Dalam Pengurusan Organisasi

00 lalat
PERUMPAMAAN LALAT DALAM PENGURUSAN ORGANISASISelagi kita hidup, kita cuma ada dua pilihan. Pertama ialah hidup dengan sumber wahyu Allah yang segar lagi menyegarkan, sejahtera lagi mensejahterakan serta tenang lagi menenangkan. Pilihan kedua ialah bersumberkan regim (fahaman jahat) syaitan yang sesat lagi menyesatkan, resah lagi meresahkan dan panas lagi memanaskan. Jika anda tidak bertakwuz dari regim syaitan, maka jangan harap anda akan mendapat hidayah Allah.

QS: 16. An Nahl 98. “Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan DENGAN ALLAH dari REGIM SYAITAN”.

Merujuk kepada pengalaman Pengurusan Tabiat Organisasi (Organizational Behavioral Management – OBM) suka kami kongsikan beberapa cabaran di dalamnya. Antaranya ialah bagaimana tabiat ahli sesebuah organisasi yang mampu menggugat keutuhan organisasi tersebut. Tabiat yang ingin kami kaitkan ini ada kaitan dengan perumpamaan lalat dan nyamuk yang telah Allah nukilkan dalam alquran dengan unik sekali.

Sebelum ini telah kami rencanakan tabiat hebat jemaah lebah dan tabiat buruk labah-labah (laba-laba). Kali ini ingin kami huraikan tabiat lalat pula. Jika alquran diturunkan untuk memperbaiki akhlak, tentunya segala maklumat dan petunjuk yang telah Allah nukilkan dalam quran adalah terkait dengan pedoman memperbaiki akhlak, termasuklah perumpamaan yang telah Allah berikan tentang lalat ini.

http://prihatin.net.my/2013/12/18/mengapa-kita-menganut-islam/

http://prihatin.net.my/2013/08/26/jihad-dengan-al-quran-bahagian-4-jihad-ilmu-lebih-utama-dari-bertumpah-darah/

TABIAT LALAT DAN PELAJARANNYA DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

Lalat dikenalpasti sebagai serangga yang memudaratkan. Ia suka kepada segala benda yang busuk, hanyir dan berbau. Ia bergerak secara berjemaah dan membiak dengan cepat melalui telur dan ulat (maggot) yang turut memudaratkan atau merosak sumber yang di hurungnya.

Seperti ilustrasi gambar hiasan, anda dapat lihat jika lalat menghurung luka atau kudis, ia akan bertelur dan menjadikan kudis itu berulat (maggot wound). Jika ia hinggap pada buah, terutamanya yang berair (juicy) ia akan menyebabkan buah itu busuk. Jika ia hurung bunga sekalipun, akan menjadikan bunga yang indah itu menjadi bertompok-tompok dan huduh. Jika lalat hinggap pada makanan, ia akan jadi kotor dan berpenyakit.

Dari segi rumah, lalat hidup berkeliaran tanpa sarang atau rumah. Ia berbeza dari tabiah lebah yang membina rapi srangnya maupun labah-labah yang berumah dalam sarang perangkap mangsanya.

Sebagai manusia, perumpamaan ini terkait dengan perangai individu yang bersatu dengan tabiat lalat ini tidak bijak memilih sumber kehidupan. Jika sifat pemurahnya Allah kepada kita ialah atas dasar pemberian wahyu dan hidayah, maka sumber yang terkait dengan sifat lalat ini ialah sumber ilmu dan berita/hujjah. Kerana itu ayat ini dimusyhafkan dalam surah Haji (Hujjah).

Ringkasnya, orang yang tidak bijak akan suka menghurung berita/hujjah yang busuk dan tidak keruan. Mereka ini turut membawa mulut dan bertelur merata untuk membiakkan komuniti sepertinya. Jenis ahli seperti ini akan merosakkan organisasi.

Ada pula tabiat ahli yang suka mencetuskan sesuatu berita yang busuk dan hanyir untuk memanggil manusia lalat. Berita sebegini adalah satu kefasikan yang tidak berasas. Pencetus itu sendiri tahu pasti bahawa dia sedang melakukan kejahatan dan kedengkian. Mereka tahu yang usaha mereka tidak boleh pergi jauh dan satu hari pasti kefasikan dan kerja bodoh mereka akan diketahui umum, namun dilakukan juga demi mengikuti hawa nafsu jahat mereka.

Itulah penyakit hati yang telah menjadi darah daging seorang manusia yang malang. Tabiat perosak sesebuah organisasi ini dipanggil WASWIS (pembicaraan rahsia) mengikut bahasa alquran.

“Sesungguhnya PEMBICARAAN RAHSIA ITU ADALAH DARI SYAITAN, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal” – QS 58 Al-Mujaadilah (wanita yang menggugat): ayat10.

Bagaimana caranya Allah tidak mengizinkan tabiat WASWIS ibarat lalat dan nyamuk ini merosak orang yang beriman? Iaitu dengan memesan orang mukmin agar bertakwuz, menolak fahaman jahat dan merahmati mereka dengan rahmat hidayah yang sangat indah dan meyakinkan.

BAGAIMANA MENGELAKKAN GEJALA LALAT

Secara muhkamat, kita boleh menghalau lalat dengan cara membersihkan kawasan atau persekitaran kita dari segala bahan atau benda yang busuk dan hanyir yang dikenal pasti menarik perhatian lalat. Keduanya kita boleh bunuh terus lalat-lalat itu dengan penyembur lalat atau membuat jaringan bagi menyekat kehadiran lalat itu sendiri.

Secara mutasyabihat dalam pengurusan sesebuah organisasi, kita harus sentiasa memerhati dan mengenalpasti serta membersihkan organisasi kita dari pencetus kerosakan ini. Keduanya, kita singkirkan mereka yang tidak berprinsip dan terus terusan suka berjemaah dengan komuniti lalat ini.

Telah Allah jelaskan bahawa orang yang berakal dan bersih hatinya pasti boleh mengenal unsur fitnah yang Allah ibaratkan sebagai memakan daging saudara yang sudah busuk ini. Selaku ketua atau penanggungjawab organisasi anda harus tegas dan berani bertindak tanpa kompromi dengan kedua dua golongan ini. SAMA sahaja bahayanya bahan yang busuk yang menjadi tarikan lalat atau lalat yang menghurung itu sendiri.

Inilah nasihat yang kami berikan apabila kami dirujuk untuk menangani masalah perpecahan sesebuah organisasi yang berpunca dari tabiat gossip, fitnah dan WASWIS yang meruntuhkan ini.

Perhatikan beberapa ayat dari Surah 47 Muhammad (Golongan Terpuji) ini.

29. Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka ?

30. Dan kalau Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu.

31. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan hal ihwalmu.

35. Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah pun bersamamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu.

36. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

KESIMPULAN:

Dari sudut agama, ini hanya sedikit dari begitu banyak ayat ayat Allah yang menegaskan betapa kita harus bijak menilai ilmu/berita/maklumat dan pembawanya. Tidak susah untuk menilai kebenaran dan ketulinan ilmu/berita jika hati kita bersih dan sungguh-sungguh ingin mendekatkan diri kepada Allah. Selama ini kita tidak kenal Dajjal dan Syaitan, kerana itu kita gagal menjauhinya bahkan suka berkawan dengannya. Tidaklah Nabi katakan yang Dajjal itu boleh masuk ke rumah-rumah kita jika tidak kerana kejahilan kita mengenali tabiatnya.

Jadilah lebah yang bijak memilih sumber, tidak merosak bunga, membantu pendebungaan, bekerja dengan mematuhi aturan dan arahan ratu/ketua. Lebah cermat memainkan peranan masing-masing, bekerja untuk jemaah dan secara berjemaah, menghasilkan madu yang berhasiat, memberi tenaga dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Janganlah kita jadi seperti lalat yang menyukai benda busuk dan hanyir, menghurung apa sahaja sumber busuk tanpa usul periksa. Lalat bertelur merata-rata menghasilkan ulat yang merosak substance / sumber dengan liurnya.

Jangan juga jadi seperti laba-laba yang bersifat individualistik. Memerangkap mangsa dengan jaringnya, semata-mata untuk santapan peribadi dengan menyedut mangsa tanpa merubah bentuk asalnya. Licik dan rakus sungguh tabiat laba-laba.

Binalah Keutuhan Rumah tangga atau organisasi dengan pautan SATU DAHAN yang kukuh seperti lebah. BERJEMAAH dengan patuh dan teratur mengikut aturan pengatur/sang ratu dalam gerak kerja mencari sumber madu dari bunga yang indah dan murni.

Janganlah tiru struktur rumah labah-labah yang terdedah dan berserabut lemah. Rumah yang hanya berfungsi memerangkap dengan binaan jaringan yang memaut lemah apa saja dahan dan ranting di sekitarnya. Rumah laba-laba ini bersifat sementara sahaja, lepas dapat makanan ia suka-suka berpindah dan membuat perangkap baru pula.

Paling penting sekali ialah pesanan agar tidak sekali-kali mengikut perangai lalat yang sentiasa berkeliaran TANPA RUMAH. Tiada sumber ilmu dan hidayah yang bertunjangkan siyyasah.

Selamat Tahun Baru 2014 dari kami.

Perkongsian Santai OBM
WARGA PRIHATIN

Kocak Minda – Surah 47. Muhammad /qital / perang

00 surah muhammad

Kocak Minda.

Setiap hari kita bersyahadah atas nama Allah dan Muhammad Rasulullah saw. Mari sama-sama saksikan, sabitkan syahadah kita dengan surah Muhammad ini. ‘Copy paste’ kan ayat mana yang paling terkesan dengan anda. Kita boleh juga rujuk dengan asbab semasa dalam qariah kita, diri dan keluarga kita.

Surah 47. Muhammad /qital / perang

1. Orang-orang yang kafir dan menghalangi dari jalan Allah, Allah menyesatkan perbuatan-perbuatan mereka

2. Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

3. Yang demikian adalah karena sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan sesungguhnya orang-orang mukmin mengikuti yang haq dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka.

4. Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir maka pancunglah leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka.

5. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka,

6. dan memasukkan mereka ke dalam jannah yang telah diperkenankanNya kepada mereka.

7. Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

8. Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka.

9. Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah lalu Allah menghapuskan amal-amal mereka.

10. Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima seperti itu.

11. Yang demikian itu karena sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan karena sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak mempunyai pelindung.

12. Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang mukmin dan beramal saleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan jahannam adalah tempat tinggal mereka.

13. Dan betapa banyaknya qariah yang lebih kuat dari pada Qariahmu yang telah mengusirmu itu. Kami telah membinasakan mereka, maka tidak ada seorang penolongpun bagi mereka.

14. Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Rabbnya sama dengan orang yang menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya?

15. perumpamaan jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?

16. Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu orang-orang berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan : “Apakah yang dikatakannya tadi?” Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka.

17. Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya.

18. Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang?

19. Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada ilah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.

20. Dan orang-orang yang beriman berkata: “Mengapa tiada diturunkan suatu surat?” Maka apabila diturunkan suatu surat yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya perang, kamu lihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pingsan karena takut mati, dan kecelakaanlah bagi mereka.

21. Ta’at dan mengucapkan perkataan yang baik. Apabila telah tetap perintah perang. Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.

22. Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?

23. Mereka itulah orang-orang yang dila’nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

24. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?

25. Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah dan memanjangkan angan-angan mereka.

26. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah: “Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan”, sedang Allah mengetahui rahasia mereka.

27. Bagaimanakah apabila malaikat mencabut nyawa mereka seraya memukul-mukul muka mereka dan punggung mereka?

28. Yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan karena mereka membenci keridhaan-Nya, sebab itu Allah menghapus amal-amal mereka.

29. Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka ?

30. Dan kalau Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu.

31. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan hal ihwalmu.

32. Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah serta memusuhi Rasul setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun. Dan Allah akan menghapuskan amal-amal mereka.

33. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kamu merusakkan amal-amalmu.

34. Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah kemudian mereka mati dalam keadaan kafir, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampun kepada mereka.

35. Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah pun bersamamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu.

36. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

37. Jika Dia meminta harta kepadamu lalu mendesak kamu niscaya kamu akan kikir dan Dia akan menampakkan kedengkianmu.

38. Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak; dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.

SODAQOLLAH AL-AZIIM.

Ulasan santai Forum Happy Family Till Jannah Anjuran Majlis Agama N.Sembilan

00.jpg b.jpgc.jpeg SMALLPort Dickson, 26 Disember 2013 bertempat di Auditorium Muzium Tentera Darat kami dijemput oleh Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan untuk memberikan perkongsian tentang Tips Munakahat dan juga Parenting. Temanya sangat menarik iaitu “Happy Family Till Jannah”.

Bagi rakan-rakan yang meminta perkongsian dari peogram tersebut, berikut ini sedikit laporan kami dari apa yang telah dilalui sepanjang hari itu. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (PD). Kami dihubungi oleh Ustaz Ahnaf semuanya melalui facebook kami. Agak ringkas dan tidak berprotokol manapun, kami sangat suka cara begitu kerana kita semua manusia biasa di sisi Allah. Bila Allah sudah permudahkan urusan kita, mengapa kita mahu susahkan urusan manusia lain.

Berhubung hanya melalui facebook message dan whatsapp sahaja telah berjaya menjadikan program ini satu yang realiti. Sangat menarik dan tahniah kami ucapkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Apa yang kami perhatikan, semua Pegawai Agama yang terlibat, dari urusetia penganjuran, Moderator, VIP bahkan Yang Arif Tuan Hakim Mahkamah Syariah sendiri adalah dari golongan muda yang sangat berminda terbuka dan energetik.

Seawal jam 6.30 pagi, kami sudah bertolak, segerombolan dari Rumah Pengasih Warga Prihatin Kajang menuju ke PD. Anak-anak sangat teruja untuk ke Port Dickson. Bukan teruja untuk pergi tengok laut tetapi teruja kerana nak tengok bapak-bapak mereka berforum secara LIVE (Siaran Langsung terus menerus depan mata mereka). Sebelum ini mereka pernah hadir di RTM dalam forum bertajuk ‘Si Tanggang Moden’.

Selama ini, anak-anak seumur 7 tahun dah kami dedahkan dengan pengucapan umum termasuk berforum sesame mereka dan semuanya dilakukan secara dalaman di RPWP. Hanya kali itu, sekali lagi anak-anak dapat lihat sendiri contoh hidup di hadapan mata mereka bagaimana bapak-bapak mereka itu berforum dikhalayak umum pula.

Kami sampai sekitar jam 8.10 pagi. Setibanya kami di sana, kami rupanya kumpulan yang terawal selepas kumpulan catering dan beberapa pegawai Jabatan Agama Islam. Ketua rombongan yang dipimpin terus oleh Ayahanda Pengetua RPWP, Dr. Haji Masjuki Mohd. Musuri sendiri yang sampai bersama isteri beliau Cikgu Shakirah Abdullah dan Haji Saiful Nang. Mereka disambut oleh Ustaz Kahar, wakil Pegawai dari pejabat Agama Islam daerah PD.

Perbualan bersama beliau sangat menarik. Antara perkara pertama yang beliau tanyakan ialah “Apakah module yang kami gunakan untuk parenting dan munakhahat di RPWP?”

Soalan beliau disambut dengan muka blur “kelabu asap” En. Yazid dan Haji Saiful Nang dan setelah dijelaskan soalan itu semula oleh Ustaz Khahar barulah kami faham yang beliau bertanyakan tentang silibus yang kami gunakan di RPWP agar mungkin boleh mereka gunakan untuk sessi akan datang.

Soalan itu lalu dijawab oleh Haji Saiful dengan bersahaja “Sumber modul cuma Quran & Sunnah sahaja. Tetapi modul / pendekatan sebenarnya adalah bergantung kepada “subjek” di hadapan mata kita”.

Ustaz Khahar memang sangat pantas memahami, beliau terus jelas dengan itu. Pendekatan di RPWP lebih kepada pendekatan insitu yang tidak mempunyai satu modul rigid. Setiap masalah yang berlaku tidak mengira siapapun yang menjadi subjek dan atas apa asbab sekalipun, kami rujuk kepada Quran & Sunnah. Maka, apa perlunya modul jika semuanya kita mampu selesaikan dari Quran & Sunnah itu sendiri.

Contohnya tawas (coagulant) untuk menjernihkan air kolam A mungkin tidak berfungsi untuk kolam B. Subjeknya lain, pendekatannya PASTI lain. Antibiotik juga ada berbeza-beza, ada yang boleh kita makan dan berkesan ada pula yang berkesan pada orang lain tetapi tidak kita. Apa yang kami dapati setiap permasalahan keluarga ada penyelasaiannya dalam Quran dan sunnah.

Tepat jam 9 pagi, kami semua telah bersedia di dalam auditorium. Dewan itu tiada sound engineer yang bertugas. Kebetulan kami bawa anak-anak kami yang memang telah terdidik menguruskan PA System, lalu mereka menguruskannya secara ad-hoc walaupun peralatan di situ jauh berbeza dengan apa yang mereka gunakan di RPWP.

Pentas dibuka dengan beberapa tayangan video sementara masing-masing mengambil tempat. Belum pun bermula ceramah dan forumnya, kami perhati beberapa “Kakak Army” sudah mengesat airmata apabila kami paparkan video dari dapatan kajian kami tentang gejala sosial yang disebabkan masalah utama dari parenting dan munakahat itu sendiri.

Langsung selepas ucapan pengerusi majlis dan bacaan doa, Ayahanda Dr. Haji Masjuki Musuri membuka gelanggang dengan ucapan beliau tentang “Tips Munakahat” sepertimana yang diminta. Penonton yang sebelum itu seperti tidak memberi tumpuan dan sebahagian berselang seli menguap panjang tiba-tiba jadi kejang dan terbeliak dengan perkongsian dari Dr. Masjuki. Sebahagian besar hadirin adalah imam masjid yang juga menjadi pendaftar atau jurunikah di Qariah masing-masing.

Seperti satu pembuka mata apabila Dr. Masjuki membukakan tentang RUKUN NIKAH yang lima dan memberi penjelasan. 45 minit ucapan beliau hanya mampu kupas rukun nikah yang PERTAMA sahaja dan itupun masih belum sempurna. Wakil kami mendengar bisikan perbualan imam di belakang mereka mengatakan…

“kita selalu Tanya pengantin rukun nikah sahaja, tapi tak pernah tanyakan mereka FUNGSI setiap rukun nikah itu”.

Mudah untuk hari ini orang Islam berkahwin dan memenuhi rukun nikah. Yang susah ialah nak kumpul duit banyak-banyak untuk dihabiskan dalam 1 hari perkahwinan. Kenduri besar, hantaran tinggi, persalinan yang jadi perkara paling susah pasangan nak berkahwin itu tiada langsung disebut dalam rukun nikah. Sedangkan yang rukun nikah itu sendiri ramai yang MAMPU HAFAL tetapi tak mampu menjelaskan fungsinya apatahlagi menjalankan fungsi RUKUN itu dengan tepat.

Rukun nikah ada 5. Pertama LELAKI, WANITA, SAKSI, WALI serta IJAB KABUL. Sesiapapun mampu hafal senarai pendek itu dalam tempoh kurang 1 minit. TETAPI dalam ceramah Dr. Masjuki, beliau menjelaskan bukan hafalannya, tapi FUNGSI LELAKI ITU yang sepatutnya yang dikira mampu untuk bernikah. Terlampau panjang perkongsian beliau untuk kita muatkan kesemuanya di sini.

Mudahnya, perkahwinan BANYAK BERAKHIR dengan perceraian kerana lelakinya tidak berfungsi seperti lelaki yang mampu memimpin dan wanitanya pula berfungsi menjadi pemimpin rumahtangga. Kes kata-kata keramat sang suami kepada isterinya “Ikut suka you lah Yang…I ikut jer” itulah salah satu perkara yang menafikan rukun nikah selepas ijab kabul dilafazkan.

Selagi Rukun Nikah itu berjalan, maka pernikahan yang diakadkan itu akan terus berjalan. Apa yang kita faham, jika selepas 10 tahun berkahwin, Si Lelaki bertukar jadi wanita melalui pembedahan MAKA terurailah pernikahan itu secara automatik. Itu semua orang tahu, tetapi ramai yang tidak tahu apabila Si Lelaki dah bertukar fungsi diri dari seorang pemimpin menjadi “pengikut” dalam rumahtangga, berapa ramaikah suami romantik ala-ala “ikut u lah yang…I follow” itu sebenarnya telah meleraikan akad pernikahan mereka itu.

Penyampaian Dr. Masjuki menyentap jiwa beberapa imam kampung yang kemudiannya semasa makan tengahari datang berjumpa wakil kami dan menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar ceramah sekeras ini TETAPI mereka juga tidak dapat menafikan sebaliknya dengan jujur mengatakan ITULAH YANG SEBENARNYA TERJADI. Mereka juga kongsikan pemerhatian sehingga ada yang bernikah hari ini, esok datang jumpa imam untuk ceraikan isterinya kerana isterinya tidak perawan lagi pada malam pertama dan mengakui telah melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Tetapi ramai juga suami dah boleh kompromi dengan isteri tiada dara sekarang ini kerana mereka sendiripun kaki “melantak”, atau jadi tukang koyakkan “plastic” anak dara orang.

Itu realiti yang ramai penceramah tak berani ketengahkan. Dr. Masjuki menjelaskan kepada mereka kerana kita tak perlu takut untuk berkata benar. Realiti memang pahit tetapi jika beliau sekadar nak berceramah untuk jadi penceramah selebriti, lebih baik tak payah berdakwah. Bercakap apa yang mahu orang lain dengar dan bukan menyeru apa yang telah lari dari fitrahnya.

Di bawah pentas, Ustaz Shauki dan Haji Saiful Nang sedang ditemuramah pula oleh moderator, iaitu Timbalan Pendakwa Syariah yang sangat fasih penyampaiannya. Beliau bertanyakan kedua-dua ahli panel “apakah soalan yang mahu beliau tanyakan?”. Itu satu prosidur biasa pada beliau bagi memberi ruang untuk ahli panel membuat persediaan.

Lalu dijawab oleh Ustaz Shauki, “Tanyalah apa-apa insyaAllah kami jawab. Jika tak tahu, kami jawab sahaja tidak tahu” sambil senyum.

Ucapan Dr. Masjuki berakhir tepat jam 10 pagi mengikut kadar waktu yang diberi. Seterusnya, anak-anak RPWP naik ke pentas untuk mendendangkan 2 buah lagu bertajuk “Ampuni Kami” dan juga “Baraqallah”.

Pentas dibuka semula selepas itu dengan forum yang dipimpin oleh Al-Fadhil Muhd Zulzaidi Mahmud. Topik forum pula tertumpu kepada TIPS PARENTING bagi mewujudkan “Happy Family Till Jannah”. Mungkin sangat banyak isu yang dikupaskan dalam sessi yang berlangsung sekitar 2 jam itu (Dari 10.30am-12.30pm).

Yang menariknya, Ahli Panel RPWP kesemuanya bercakap dengan BAHASA BAINAT ataupun bahasa perlaksanaan dan bukan bahasa halus dari Al-Quran. Mereka menyampaikan mengikut konteks, tidak berdasarkan teks. Hebatnya moderator pula kerana setiap bahasa perlaksanaan yang disampaikan oleh semua ahli panel, mampu beliau keluarkan ayatnya dari Al-Quran dan hadis dengan tepat. Di situ kami rasa berlaku titik pertemuan antara ahli panel dari RPWP dengan Minda Agamawan dari kalangan Ulamak Pejabat Agama.

Jika tidak faham perenggan sebelum ini, kami jelaskan lagi. Kami mengambil Al-Quran dan sunnah sebagai panduan perlaksanaan bagi setiap inci peraturan di RPWP. Semasa kami ceritakan tentang tips-tips parenting yang kami telah jalankan lebih 8 tahun di RPWP, dengan pantas tuan moderator mampu keluarkan ayat dari Al-Quran dan hadis yang selama ini kami rujuk dalam perlaksanaan itu.

Seperti seorang arkitek yang melakar sebuah rumah dan seorang kontraktor yang membinanya. Kami ini kontraktor dan arkiteknya ialah Allah sendiri. Kami tidak hafal “plan” arkitek seperti kehebatan moderator menghafaznya kerana kami bukan al-Hafiz. Tetapi kami sentiasa tekun merujuk dan cuba memahami pelan dari Arkitek yang Maha Hebat itu sambil kami membina rumah yang diplankan itu. Setelah kami siapkan rumah itu, lalu bila ada orang panggil kami untuk berkongsi pengalaman dalam membina rumah itu, maka, kami ceritakannya dari pengalaman kami secara telus walaupun pelan arkitek yang kami rujuk pada mulanya itu tidak kami hafal.

Sudah terlampau panjang perkongsian ini, insyaAllah jika diizin Allah nanti akan kami kongsikannya lagi melalui asbab yang lain. Kami orang yang “kotor tangan” melaksanakan pelan yang dilakar oleh Allah dalam Al-Quran dan contoh yang kami ambil sebagai pedoman ialah sunnah nabi-nabi. Hari ini ramai juga penghafaz “pelan arkitek” itu tetapi tidak membinanya. Kami terpaksa kerana itu titah perintah Allah untuk ambil PELAN ALLAH dan laksanakannya hingga ia BERDIRI.

Hujung kata, kami ucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jemaah Penganjur dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (PD). Layanan mesra ala keluarga sangat membahagiakan kami dan anak-anak semua, biarpun tidak berprogram di hotel Lima Bintang lalu menjadi ‘anak tiri’ seperti pengalaman pahit anak-anak kami baru-baru ini.

Usai program kami dijamu makan tengahari yang terlalu enak dan nikmat dirasakan. Tidak kurang juga sumbangan tunai dihulurkan kepada setiap penceramah yang terus kami serahkan semuanya kepada bendahari untuk menambah tabungan anak-anak ini. Selepas itu kami dipelawa melawat Muzium Tentera yang bersebelahan di mana ia sangat bermakna bagi anak-anak menambah pengetahuan tanpa diduga-duga. Dalam perjalanan pulang kami sempat bawa anak-anak singgah sebentar di pantai untuk menghirup udara segar dan pandangan samudera luas.

Alhamdulillah. Segala puji untuk apa sahaja kebaikan dari program ini adalah bagi Allah jua. Segala yang buruk adalah dari kelemahan diri kami sendiri. Jika ada umur dan rezeki, insyaAllah kita bertemu lagi.

Perkongsian santai oleh
WARGA PRIHATIN

 

=======================

 

Sementara menanti rencana ulasan keseluruhan sepanjang majlis ini nanti… baca dulu ulasan ringkas dari Haji Saiful nang Yang sangat melucukan ini… 😀

Pagi tadi saya dijemput menjadi ahli panel sebuah forum anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (PD) di auditorium Muzium Tentera Darat bersama Dr Haji Masjuki Muhd Musuri (Founder Rumah Pengasih Warga Prihatin) dan Ustaz Shauqi. Topiknya adalah tentang Munakahat dan Parenting dalam Islam. Yang menariknya ada beberapa perkara…

Kali pertama moderator memanggil saya dengan nama “Tuan Haji Ustaz Saiful bin Nang”. Tiba-tiba rasa macam ada batu besar timpa bahu saya. Saya bukan ustaz, tapi saya adalah orang biasa yang mengambil Islam sebagai carahidup. Saya tak hafal ayat quran, tapi menggunakan quran sebagai sumber petunjuk yang dipraktis di RPWP. Saya hanya menceritakan hasil perlaksanaan ayat sahaja.

Seperti tidak hafal buku resepi buat kek tapi baca buku resepi dan ikut satu persatu sampai jadi kek. Maka saya tetap tak hafal resepi kek itu tapi saya boleh ceritakan macammana nak buat kek yg sedap selepas itu

Keduanya, seminar tentang Munakahat dan Parenting ini dihadiri oleh lebih ramai juga golongan “senja” ataupun Malaysia mengenali mereka sebagai “Warga Emas”.

Tiba-tiba saya senyum sorang-sorang memikirkan bahawa forum tadi patutnya bertajuk “GRANDPARENTING”

Kemudian saya berhenti senyum bila memikirkan bahawa ilmu-ilmu begini hanya diminati oleh mereka yang sudah tidak punyai masa yang lama untuk mempraktikkan berbanding mereka yang masih muda dan gagah.

Kemudian saya senyum semula. Kerana saya berbaik sangka bahawa program itu dibuat pada hari bekerja.

Apapun, enjoy juga dengan kemeriahan anak-anak Warga Prihatin yang turut memeriahkan suasana

SAIFUL NANG

p/s supaya tiada yang risau melihat saya ketika itu sekejap senyum sekejap tak dan sekejap senyum semula. Saya masih sihat.

Lapuran Khas Karnival Jualan Amal RPWP 2013

00 GARAGE small
Karnival Jualan Amal anjuran sebuah NGO yang diketuai oleh Dr Azma pada 25 Disember 2013 merupakan satu program yang sukar kami lupakan. Ia seperti sebuah mimpi bagi kami yang tidak menyangka ia bakal menjadi begitu menarik dan mendapat kehadiran yang sangat memberansangkan.

Cuaca pula tidak seperti yang dijangkakan di mana ramalan kajicuaca meramalkan hujan lebat tahap kuning pada hari itu, namun dengan izin Allah cuaca kekal redup dan cerah sepanjang hari. Ini telah membuatkan para peniaga mudah menjual dan tetamu dapat hadir berbelanja dengan selamat dan selesa sekali.

Wartawan KOSMO! Yang datang jam 3 petang menganggarkan kehadiran melebihi 1,000 orang tanpa melawat tapak karnival. Namun selepas meneliti gambar-gambar, video dan buku daftar tetamu, didapati kehadiran melebihi 3,000 orang sejak seawal 8.30 pagi hingga jam 7 malam. Ini disokong oleh lapuran dari beberapa peniaga, khususnya peniaga makanan, minuman dan permainan yang mana jualan mereka habis terjual semuanya.

Apa yang menarik dari acara yang dirangka sejak 3 bulan sebelumnya itu bukanlah jumlah jualan semata-mata, tetapi bagaimana program ini dapat menyatukan hati-hati manusia. Beberapa mesyuarat bersama urusetia dan Warga Prihatin telah diadakan sebelum program berjalan. Program ini juga turut merapatkan hubungan antara RPWP dengan warga masjid, masyarakat setempat, dengan pihak Sekolah Agama, pihak Polis dan sebagainya.

Lebih menarik sekali bahawa Karnival ini turut dihadiri oleh rakan-rakan dari pelbagai bangsa seperti India dan Cina. Tidak ketinggalan serombongan 40 orang dari Brunei Darussalam juga turut hadir. Jurang pangkat dan darjat benar-benar telah dapat dihapuskan dalam program ini. Kecil besar, tua muda, kaya dan miskin, asnaf dan yatim kesemuanya gembira bekerjasama membuat persiapan dan menguruskan jualan.

Turut hadir ialah Bikers Club Affin Investment Bank yang turut memeriahkan majlis dengan menghadiahkan 10 buah basikal baru untuk anak-anak RPWP. PA SYSTEM yang canggih telah disumbangkan sebahagiannya oleh saudara Dika. Ini menambah lagi kemeriahan Karnival yang berlansung di padang letak kereta dan seluruh komplek Sekolah Agama Rahmaniah Sungai Ramal Baru itu.

Dari maklumbalas pembeli, ternyata apa yang dijual terlalu murah harganya sehingga ada pembeli pelbagai bangsa yang mengulang sehingga 6 kali dalam masa beberapa jam itu. Mereka turut mengajak rakan-rakan sejiran mereka untuk datang membeli. Paling manis bila mereka harap agar karnival ini dapat dibuat lagi sekerap mungkin.

Jualan paling laris ialah buah potong dan Aiskrim Malaysia yang dibuat dengan berhati-hati dan dijual sendiri oleh anak-anak RPWP sebagai latihan keusahawanan mereka sempena Kem Cuti Sekolah tahun ini. Apapun yang paling membuatkan kami sangat gembira ialah melihat terzahir dengan jelasnya keikhlasan semua pihak yang terlibat sehingga ada yang datang berniaga barang sendiri, jual sendiri, menyewa gerai dan sebelum berangkat pulang mewakafkan KESELURUHAN JUALAN mereka di rumah ini.

Hanya Allah dapat membalas amal budi semua yang terlibat. Ketahuilah, ramai masyarakat memuji usaha kalian kerana mereka dapat berbelanja sambil beramal. Rata-rata terpegun dengan kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan. Kredit ini bukan sahaja dari pemerhatian kami, malah juga hasil ulasan pihak sekolah dan ketua masyarakat setempat. Mereka harap Karnival ini boleh diulang setiap musim cuti sekolah kerana tapak itu sangat sesuai untuk jualan amal. Surau dan tandas sekolah juga semakin bersih selepas digunakan ujar kebanyakan mereka.

Insyaallah kami berhajat untuk menjemput kesemua urusetia dan para peniaga yang terlibat untuk satu majlis kesyukuran sedikit hari lagi. Sewaktu program berjalan mungkin ada kekurangan di sana-sini yang terlepas pandang akibat kesibukan masing-masing, khasnya dalam melayani semua insan budiman yang terlibat. Jadi dalam majlis itu nanti insyaallah kita boleh beramah mesra dengan lebih akrab lagi.

Kami kembalikan kepada Allah untuk membalas jasa kalian semua. Mohon ampun dan maaf atas apa sahaja kekurangan layanan dari kami selaku tuan rumah dalam membantu menyempurnakan Program yang anda anjurkan untuk membantu Projek Amal rumah ini.

Luahan kesyukuran.
WARGA PRIHATIN

Lapuran Khas Majlis Rumah Terbuka 2013

 

00 compile smallLINANGAN AIR MATA MENYAMBUT KEHADIRAN & MENGIRINGI KEPULANGAN TAMU

Alhamdulillah, Disember 25, 2013 adalah satu hari bersejarah bagi RPWP kerana telah dihadiri oleh ribuan tetamu dalam “Majlis Rumah Terbuka 2013” sempena karnival Jualan Amal Warga Prihatin anjuran sebuah NGO. Apa tidaknya, kali terakhir kami buat rumah terbuka ialah pada 2010. Hampir kesemua tetamu yang berbelanja dan berniaga di tapak karnival singgah dan beramah mesra dengan kami di RPWP.

Ada yang tujuan utama datang kerana Karnival Jualan Amal lalu singgah ke rumah. Ada juga yang datang semata-mata untuk beramah mesra dalam “Majlis Rumah Terbuka” itu lalu singgah ke Karnival. Pelbagai bangsa, agama, darjat dan pangkat manusia dari serata pelusuk telah turut hadir dan bersilatulrahim. Paling jauh adalah serombongan 40 orang follower FB Page kami dari Brunei Darussalam. Terima kasih kami ucapkan.

Tidak dapat kami bayangkan betapa besarnya hati, betapa merasa bersyukurnya kami yang dihadiri kalian semua. Demikian juga dapat kami lihat linangan air mata sebahagian kalian yang keberatan saat berpisah meninggalkan kami untuk pulang ke tempat masing-masing. Inilah indahnya nilai sebuah persaudaraan melalui perkongsian maya. Kita semua saling berkasih sayang walaupun belum pernah berjumpa.

KEMATANGAN ANAK MENGURUSKAN MAJLIS

Lebih kami syukuri ialah ulasan jujur dari kebanyakan mereka yang hadir dan melakukan lawatan tapak sepanjang majlis itu. Ramai yang menyatakan kagum melihat kelancaran anak-anak mengendalikan majlis (floor).

Oleh kerana tidak cukup kaki tangan yang terpaksa menguruskan 2 event besar pada hari yang sama itu, maka anak-anak terpaksa mengendalikan hampir keseluruhan Majlis Rumah Terbuka kali ini. Persediaan tapak majlis, sajian, audio visual, juru acara, kerja menyambut tetamu dan lawatan tapak kepada para tetamu kebanyakannya di urus oleh anak-anak. Ini juga menjadi sebahagian dari latihan kemahiran hidup buat mereka sempena kem cuti sekolah ini.

Walaupun tidak diminta, namun ada tetamu yang menghulurkan sumbangan sebelum meninggalkan majlis. Setiap yang menghulurkan sedekah di majlis itu turut di akad dan didoakan sendiri oleh anak-anak dengan di’amin’kan oleh keseluruhan para tetamu yang hadir. Ia dikatakan sangat menyentuh hati dan berkesan sekali di sanubari tetamu.

Beberapa persembahan secara santai turut dilakukan oleh anak-anak sebagai menghibur dan meninggalkan sedikit kenangan manis kepada semua tetamu yang hadir.

PERSOALAN SEDEKAH DARI TETAMU

Ramai yang tidak habis-habis bertanya mengapa projek sebesar ini, yang dipandang berat dan sukar ini tidak memohon bantuan dari kerajaan. Mereka juga bertanya mengapa tiada nombor akaun bank di business card dan pamplet yang diedarkan. Ada juga yang bertanya mengapa tidak diedarkan tabung amal rumah ini di masjid dan surau, restoran dan stesyen minyak yang berdekatan? Bagaimana orang awam boleh tahu untuk turut sama menyumbang dan mendokong usaha ini?

Kami jelaskan kepada mereka sedekah yang murni dan berdasarkan Basmallah itu tidak perlu diminta. Kerana jika kita meminta-minta, kita akan jadi golongan yang di bawah dan terhina, lalu itu boleh merendahkan martabat bagi nilaian satu-satu kebenaran dalam carahidup Islam. Ia akan menjadi satu kehinaan jika kita meminta-minta sedekah dengan keterlaluan.

Ramai juga yang bertanya bila boleh mereka daftarkan anak-anak mereka bila mendengar tentang desas desus perancangan penubuhan Sekolah Intergrasi oleh RPWP. InsyaAllah kami sedang menulis buku yang bakal memuatkan segala hasil kajian tentang perbandingan sistem pendidikan beberapa negara terbaik dunia dan bagaimana sistem “Pendidikan Islam Sepanjang Hayat” mampu memenuhi kekurangan mereka. Ini kerana sesungguhnya Islam itu seharusnya jauh lebih baik dari mereka.

Wakil kami Tuan Haji Saiful Nang dan Dr Intan Salwani yang kebetulan baru pulang dari “Kembara Pengkajian Komparatif Sistem Pendidikan Jepun” sedang merumus segala maklumat untuk dimasukkan dalam buku khas hasil kajian dan penelitian tenang sistem pendidikan ini. Ia mungkin akan kami buka kepada umum, termasuk pihak Kementerian Pendidikan bersama WAKAF SEKOLAH sedikit masa lagi. Itulah sumbangan kecil kami kepada negara jika ia boleh memperbaiki kelemahan sistem sedia ada.

Apapun kami tetap akan melaksanakan sendiri hasil sistem yang kami kaji dan teliti itu bersama pihak-pihak lain yang berminat. Insyaallah kita akan sama-sama dapat membandingkan hasilnya. Seorang pegawai tinggi Kementerian Pendidikan telah menunjukkan minat untuk bekerjasama. Kami gembira dengan kejujuran wakil Kementerian Pendidikan itu kerana kami suka membangun ummah dengan sistem kerjasama (kooperatif) dan bukan saling bertanding dan berpolitik sesama sendiri (Kompetetif).

SIDDIQ, TASDIQ & SEDEKAH

Prinsip kami dalam soal sedekah telah kami jelaskan dalam artikel khas. Ia bermula dari kata pokok BENAR. Apabila manusia dapat melihat satu KEBENARAN, ia akan terpanggil untuk turut MEMBENARKAN DI HATI (TASDIQ) dan lambat laun akan mereka buktikan TASDIQ itu dengan sumbangan SEDEKAH tanpa kita memaksanya. Sila rujuk artikel berikut jika anda terlepas pandang,

http://prihatin.net.my/2013/12/02/membongkar-skandal-sindiket-pengutip-sedekah-dan-derma/

http://prihatin.net.my/2013/11/28/sains-sedekah-konflik-istilah-yang-menyusahkan-ibadah-ummah/

http://prihatin.net.my/2013/12/02/sains-sedekah-2-kaitan-sedekah-dengan-zakat-dan-infaq/

Pendekatan sedekah seperti ini adalah jauh lebih murni dan suci. Ia jauh dari sebarang penyelewengan. Yang menerima tidak akan direndahkan, yang memberi juga tidak perlu mengungkit-ungkit kerana semua pihak berbuat kerana Alah, bukan dipaksa. Ini membuat kedua-dua pihak menjadi semakin dekat dengan Allah. Bahkan pemberi sedekah sendiri bakal merasakan kewajipan ia memberi itu atas perintah Allah terhadap amil (pelaksana), bukan kerana diminta dengan paksa.

Segalanya hanya memerlukan satu keikhlasan, iaitu kerjabuat yang tulus dan berhabis-habisan tanpa memikirkan balasan. Itulah satu penyerahan dalam melaksanakan tuntutan tuhan. Kerja amal sebegitu akan menghasilkan kesan yang sangat jelas dan nyata, samada dari segi rohani maupun jasmaninya. BUKTI penghasilan dari kerja amal ini dipanggil BAINAT dari satu AMAL SOLEH, iaitu amal yang membina pembaharuan (ISLAH) yang berterusan, hari demi hari.

Ini dijelaskan Allah dalam surah 98, al-Bayyinah di mana hanya bukti keberkesanan dari perlaksanaan sistem Islam itu yang bakal menarik ramai golongan manusia, bukan teori atau doktrinnya. Maksud itu Allah jelaskan dalam ayat pertama surah tersebut, “Orang-orang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik tidak akan meninggalkan sebelum datang kepada mereka BUKTI (BAINAT) yang nyata”.

Itu nasihat Allah dan harus dijadikan pedoman dalam usaha mengatur semula masyarakat di alam ini. buktinya semakin hari semakin ramai orang bukan Islam yang tertarik dan merujuk segala macam persoalan tentang parenting dan pendidikan anak-anak kepada kami. Jangan tersentap jika kami katakan ada di kalangan mereka yang sampai ke peringkat memberikan infaq bulanan demi menghargai ilmu dan pengalaman yang mereka dapati dari RPWP, ALHAMDULILLAH.

KESIMPULANNYA,

tugas kami hanya melakukan atas nama Allah apa sahaja yang termampu, sehabis mungkin (KHOLAS) untuk menterjemahkan kata buat IKHLAS sehingga terzahir bukti (BAINAT) dari hasil usaha itu. Sesungguhnya jika kita benar-benar letakkan nama, maksud, kaedah dan hidayah Allah sebagai landasan, hasilnya akan mampu menampakkan sifat ar-Rahman Allah itu.

Buktinya ialah bainat itu akan mampu memberikan rahmat kepada manusia iaitu berupa petunjuk dan hidayah mengharungi cabaran hidup. Dari situ akan terbit aura kasih sayang sesama kita atas nama Allah. Lalu ia sama-sama membawa kita yang berjaya memperlihatkan hasil baik melalui budi Allah yang memberikan hidayah itu, juga manusia yang melihat bukti itu kepada kasih sayang (ar-Rahiim) Allah. Itulah hakikat Bismillah yang menghasilkan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

http://prihatin.net.my/2013/08/13/sains-di-sebalik-bismillah/

Apabila aura kasih sayang itu terbit dari sistem Allah, atas Nama Allah, hasil melaksanakan hidayah Allah, maka manusia akan menjadi sangat bermurah hati untuk membenarkannya dengan sedekah. Hari demi hari ada saja yang berminat untuk mempelajari teknik dan tektik kehidupan itu. Pencarian ilmu dan hidayah itulah yang membawa manusia mendekati Allah dengan penuh rasa kasih dan tunduk.

Jika ada yang berkemampuan dan menghulurkan SEDEKAH dari semua pembuktian (TABAYYUN) itu, maka sedekah cara ini amat murni dan tinggi nilainya. Jauh sekali dari sebarang penyelewengan yang menyakitkan hati kerana pemberi melihat sendiri bukti keperluan sedekahnya. Ia bakal menjadi jihad harta yang hujungnya akan dapat membantu pembangunan ummah secara lurus dan murni. Jihad harta inilah yang bakal membersihkan diri dan keluarga pemberi, bahkan masyarakat amnya.

ALHAMDULILLAH

Ramai juga yang mengucapkan kesyukuran tidak terhingga kerana dipertemukan Allah, berpeluang hadir dan berkenal mesra berkongsi pengalaman dengan RPWP. Segala puji dari apa saja kebaikan dari usaha kami adalah milik Allah yang telah mengurniakan hidayah dan petunjukNya untuk membimbing kami. Apa sahaja kekurangan dan kesilapan samada penjelasan kata-kata maupun dari segi perlakuan adalah atas kelemahan diri kami sendiri yang selalu sahaja lalai dan lupa.

Permintaan kalian untuk kami anjurkan majlis ini lebih kerap lagi, khasnya setiap musim cuti sekolah akan kami cuba pertimbangkan semula. Memanglah ia banyak memakan masa dan belanja di pihak kami, sedangkan kami masih dalam kesibukan bekerja siang dan malam membina kompleks yang belum siap ini. Namun kami juga dapat merasakan keperluan umum kerana majlis sebegini dapat membuka peluang lebih luas kepada mereka yang merasa malu untuk datang sendiri.

Doa kami agar kalian tidak hanya datang semasa majlis seperti ini, kerana masa dan peluang berkongsi pengalaman amat terbatas sekali dengan kehadiran tetamu yang ramai. Teruskanlah hadir di hari lain selepas perkenalan ini kerana rumah kami sentiasa terbuka sepanjang masa, tidak hanya dalam majlis rumah terbuka sahaja. Insyaallah kita akan ada banyak masa untuk perbincangan yang terancang.

Akhir kalam, Doakan kami sihat dan tabah mengharungi dugaan apa sahaja dalam mengendali amanah menjaga anak-anak dan asnaf yang ada pada kami. Doakan juga agar kami waras dan dilimpahi hidayah untuk terus mengkaji, meneliti dan berkongsi apa sahaja tips maklumat untuk kebaikan kita bersama.

Perkongsian santai penuh kesyukuran,
WARGA PRIHATIN