TIPS MUNAKAHAT – KONFLIK ANTARA ISTERI MALAS & SUAMI ROMANTIK

image_pdf

00 isteri pemalasTIPS MUNAKAHAT – KONFLIK ANTARA ISTERI MALAS & SUAMI ROMANTIK

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang merujuk kes rumah tangga, khususnya yang berakhir dengan tahap parah dan sudah menjengah ambang perceraian. Antara kes yang kami pandang berat ialah fenomena suami ‘romantik’ yang menjadi kebanggaan isteri pada awalnya.

Ramai suami di kalangan pemimpin di pejabat dan di organisasi pimpinannya, namun di rumah terlalu ‘romantik’ sehingga terpaksa melakukan sendiri kerja rumah. Ironinya, ada di antara isteri yang terlibat tidak bekerja, bahkan tidak mempunyai anak.

Banyak juga kes perceraian yang disebabkan isteri terlajak aktif bekerja sampai sering sekali outstation meninggalkan suami dan anak-anak di rumah. Fitrah seorang wanita adalah untuk digagahi suaminya secara fitrah. Apabila suami berterusan mengambil alih tugas isteri, memasak, membasuh, menghias rumah, menjaga anak dan sebagainya, maka lama kelamaan kelembutan terbentuk padanya. Akhirnya kelembutan ini pula memakan dirinya kerana isteri sudah mula hilang selera.

Sesetengah isteri yang terlajak aktif di luar terdedah dengan pertemuan berbagai jenis lelaki bukan muhrim. Sedih juga bila terlalu banyak kes isteri menyerahkan diri kepada lelaki di luar, khasnya yang pandai bermain kata dan kelihatan lebih hebat perwatakan dari suaminya. Ini banyak berlaku samada hubungan seks dari kalangan klien atau rakan sekerja. Paling malang sekali, ada suami yang telah tahu ‘permainan’ isterinya namun masih merasakan itu perkara biasa (NAUZUBILLAH).

Kesan jangkapanjang dari masalah ini akhirnya menimpa anak-anak yang kehilangan fungsi diri. Ramai sekali wujudnya ‘jentayu’ di sana sini. Mereka bijak dan berjaya mendapatkan degree di Universiti, namun malang sekali kerana mereka kehilangan fungsi diri sebagai lelaki.

Selain itu, perselengkohan antara ipar duai, sepupu sepipit yang tinggal serumah semakin hari semakin menjadi-jadi. Ada yang berlaku secara paksa, bahkan terlalu banyaknya yang ‘sudi’ melakukan dengan suka dan rela. Mula-mula sekadar mencuba, namun akhirnya menjadi biasa.

Kini pelbagai habit buruk telah membentuk habitat. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya. Kita dibekalkan dengan manual kehidupan dari yang Maha pencipta.

Mari kita renung masalah ini dan sama-sama buat koreksi.
Kudap Munakahat
WARGA PRIHATIN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *