Debat Kalimah Allah – Tidak sesuai di kalangan sendiri

image_pdf

00 debat kalimah allahTidak pasti jenis mentaliti umat bagaimanakah kita ini. Apabila direncanakan saranan agar kita meninggalkan debat, kelihatan terlalu ramai yang membantah. Debat ada disebut dalam quran kata mereka. Ya memang ada disebut, malah BANYAK SEKALI ALLAH sebut dan telah kami muatkan sebahagiannya, tetapi itu bukan untuk kita mengamalkannya, sebagaimana Allah menyebut panjang lebar tentang saranan kaedah SYURO…!

Sama juga dengan perbuatan tercela yang lain seperti kafir, musyrik, berpaling, mengejek, menghujat, menfitnah, berperang dan lain-lain yang turut Allah sebut. Itu bukan bermakna Allah perintahkan untuk kita lakukan sesama kita. ALANGKAH CETEK SEKALI PEMIKIRAN KITA. Anak tadika pun tahu bahawa tabiat debat itu saling membantah, menghujat, memanaskan keadaan dan menggalakkan permusuhan. ia hanya sesuai dilakukan bila kita sudah terlalu ego dan bongkak, sudah bulat tekat untuk terus bermusuh dan tidak mahukan perdamaian serta penyatuan.

Semuga caption ringkas yang memuatkan hadis Rasulullah SAW ini mampu membuka sedikit minda yang sudah terlalu berkarat dilitupi nafsu amarah, gila kuasa, riak dan bongkak di kalangan kita. Jika firman sudah, hadis pun sudah disampaikan, namun kita masih ingin menuruti hawa nafsu juga. Tunggu sajalah bencana kehancuran. Musuh akan gelak berguling-guling bertepuk tangan melihat KEBODOHAN KITA.

Tidak yang sini, tidak yang sana, bagi kami kedua belah pihak sama sahaja, 2×5 gilanya.

WARGA PRIHATIN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *