TIPS OBM – MENANGANI KRISIS ORGANISASI DAN KELUARGA

image_pdf

00 TIPS OBM - ULTRAMEN

TIPS OBM – MENANGANI KRISIS ORGANISASI DAN KELUARGA

Apabila kami utarakan fenomena WASWIS dan TAJASSUS dalam siri artikel Tips Mengurus Tabiat Organisasi (OBM) baru baru ini, ramai yang bertanya apa cara menanganinya. Sebenarnya dalam setiap artikel telah kami sertakan kaedah menanganinya, malang mungkin sebahagian anda tidak perasan atau tidak membaca sampai ke hujung. Kali ini biar kami ringkaskan jalan penyelesaian melalui analogi yang telah Allah umpamakan sebagai lalat dan nyamuk ini.

Bagi yang lupa atau belum baca artikel kita sebelum ini, waswis itu “cakap belakang” tanpa melalui saluran syuro / meeting. Sementara TAJASUS itu pula ialah “mencari keburukan” juga tanpa melalui syuro.

MENANGANI LALAT

Bagi tabiat lalat, telah kami katakan dengan jelas jalan penyelesaiannya ialah nyahkan punca bau busuk dan hanyir. Ini boleh dilakukan dengan selalu menyapu dan membersihkan pejabat, atau mulkiah organisasi secara muhkamatnya. Jangan biarkan orang luar atau anggota organisasi masuk bangunan dengan kasut yang tidak disucikan. Mungkin mereka baru keluar dari tempat buang air, terpijak najis dan sebagainya di luar sana.

Lebih penting lagi khususnya jika organisasi anda jenis yang memerlukan Standard GMP (Good Manufacturing Practice) kerana terlibat dengan pemerosesan makanan dan minuman atau ubat-ubatan untuk keperluan manusia. Jika perlu anda mungkin kena buat sistem ‘foot dipping’ atau celupan kaki atau kasut dalam air yang ada disinfektan. Banyak juga kilang yang meminta semua anggota menukar terus kasut, pakaian, atau menyarung pakaian luar yang disediakan khas sebelum sesiapa masuk ke dalam kilang mereka.

Secara mutasyabihat bau busuk dan hanyir atau kotoran najis itu adalah isu dan maklumat yang dibawa dari luar. Ia boleh disucikan dengan konsep syuro dan dipan-dipan secara rutin harian. Ketua organisasi harus cekap menghidu anasir sebegini dan harus tegas dan berani mencantasnya.

Pakaian adalah analogi sistem yang kita guna. Ramai orang luar yang terpengaruh dengan sistem yang mereka jumpa lalu kembali kepada organisasi dan memperlekehkan sistem dalam organisasi sendiri tanpa melalui peroses syuro. Kerana itu amat perlu sekali setiap individu yang ingin bersama ke dalam organisasi itu sanggup mengenakan pakaian yang sama. Jika mereka tidak sanggup, itu adalah satu pertanda yang sudah ada bibit keingkaran dalam individu itu secara azali. Individu seperti ini haruslah dinafikan dari berada dalam organisasi.

MENANGANI NYAMUK

Secara muhkamat, nyamuk ini hanya menyedut sedikit darah serta membuat bising dan merimaskan sahaja. Kapasiti nyamuk tidak akan sekali-kali mampu membuatkan kita jadi kekurangan darah (anemia) tetapi nyamuk menyebarkan virus yang merosakkan sel sel darah itu. Inilah bahaya nyamuk, iaitu membawa penyakit yang kesannya amat menular.

Pada asasnya nyamuk memerlukan air bertakung untuk membiak jentik-jentik. Jadi jalan mengatasinya ialah dengan membuang semua air bertakung, meletakkan ubat jentik-jentik atau menghalau nyamuk dengan erosol atau menyekat kehadiran mereka ke premis kita dengan jaring / netting.

Secara analogi mutasyabihat, keupayaan ahli organisasi bersifat nyamuk ini juga begitu. Mereka tiada keupayaan untuk menumbangkan organisasi yang diserang dengan keupayaan mental dan fizikalnya. Namun nyamuk ini menggunakan jarumnya menyuntik dakyah dengan nyanyiannya. Akhirnya semua anggota akan terpengaruh lalu berpenyakit hati dan lemah semangat. Itu yang melemahkan prestasi dan boleh meruntuhkan organisasi.

Dalam analogi air bertakung, segala maklumat atau ilmu yang boleh dianalogi sebagai air itu tidak dialirkan, maka ia akan jadi tempat nyamuk nyamuk ini membiak. Aliran air atau ilmu itu juga boleh dilakukan dalam rutin syuro yang istiqomah. Dalam syuro, segala kekeliruan, kebuntuan, fitnah, visi dan misi organisasi boleh dialirkan. Apabila semuanya dapat maklumat, semua bebas memberi cadangan, tiada yang buntu dan bingung, tiada yang tertekan, maka semua akan aman dan tenang membawa fungsi diri.

ANALOGI TINDAKAN PEMIMPIN ORGANISASI MENANGANI NYAMUK/LALAT

Nyamuk dan lalat ini tiada adab dan tatasulila. Mereka hidup berkeliaran tanpa aturan dan pengatur, bahkan suka-suka masuk ke rumah-rumah tanpa adab dan izin. Nyamuk tiada rumah khusus dan fungsi diri yang teratur dalam sebuah rumah yang berpengatur. Tidak seperti lebah dengan tentera dan ratunya. Bagi nyamuk, di mana ada TEMPAT GELAP dan terselindung, di situ mereka berkoloni. Lalat pula, di mana ada bau busuk dan hanyir, di situlah dia berkoloni dan bertelur.

Di mana saja nyamuk dan lalat hinggap, disitu akan berlaku kerosakan. Tidak seperti lebah yang memberi manfaat di mana saja ia berkoloni kecuali JIKA IA DIGANGGU. Hasil koloni lebah yang hidup teratur dengan kepatuhan kepada pengatur rumah atau ratu adalah MADU yang berhasiat. Sewaktu mengutip madu dari pelbagai bunga, lebah juga tidak memudaratkan bunga, malah membantu pendebungaannnya. FENOMENA LEBAH inilah yang disarankan Allah. Satu surah Allah nukilkan tentangnya.

Mungkin ini satu tips ATAU perumpamaan mudah. Jika Allah buat perumpamaan orang yang waswis dan tajasus ini umpama lalat yang menghurung najis. Saiznya kecil tetapi sangat mengganggu. Bayangkan ada seekor lalat di dalam kereta anda, mesti tension betul tak? Solusinya ialah buka sahaja tingkap sampai lalat itu terbang dek angin luar kereta. Jika dilayankan kita bersilat dengan Si Lalat ini, mahu EKSIDEN kereta kita masuk longkang.

Lalat dan nyamuk memang “annoying” tetapi ia bukanlah lawan kitapun. TIPS menangani golongan ini ialah “BIARKAN” dan teruskan sahaja berjalan. Yang penting ialah jauhkan diri dari lalat dan nyamuk, jangan sekali kali biarkan mereka hinggapi kita dengan apa cara sekalipun.

Bayangkan, lawan ULTRAMAN ialah RAKSASA yang saiznya sama, kekuatannya hampir sama. Barulah berbaloi nak dilawan kerana memang lawannya. Tetapi jika yang mencari pasal dengan Ultraman ini ialah seorang budak kecil dan ultraman pun melayaninya, itu satu bukti ataupun satu pengiktirafan budak kecil itu SEKUAT DAN SETARA dengan Ultraman itu sendiri. Bila Ultramen bertindak, Tokyo akan turut hancur. Jadi jika anda jadi pemimpin, jangan memusnahkan organisasi kerana hendak melawan nyamuk/lalat. Itu tidak berbaloi.

KESIMPULANNYA BIARKAN LALAT DENGAN NAJIS-NAJIS YANG MEREKA SUKAI. UNTUK NYAMUK, JIKA MEREKA MENYELINAP MASUK KE RUMAH KITA, HALAU ATAU PUKUL SAJA DENGAN SURAT KHABAR. KALAU DATANG BAWA GENG, KITA SEMBUR SAHAJA DENGAN AEROSOL. JANGKA HAYAT SERANGGA INI TIDAK PANJANG, SEKITAR 2 MINGGU MEREKA AKAN MATI SENDIRI PUN. YANG PENTING BUANGKAN AIR-AIR BERTAKUNG SUPAYA MEREKA TAK MEMBIAK.

Banyak sekali ayat yang menyokong nukilan ini. Sebelum ini telah banyak kami petik dan huraikan. Jika sudi sila baca ayat-ayat dari surah 3. Ali ‘Imran yang berikut, ia jelas dan tidak perlukan banyak huraian.

131. Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang ingkar.

132. Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat. (Nabi saw wajibkan taati ketua, rujuk QS: 4/59).

133. Dan BERSEGERALAH KAMU KEPADA AMPUNAN dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

134. orang-orang yang menafkahkan baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang MENAHAN AMARAHNYA DAN MEMA’AFKAN orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

135. Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? DAN MEREKA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJINYA ITU, SEDANG MEREKA MENGETAHUI.

136. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya MENGALIR SUNGAI-SUNGAI, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. (Jangan biar maklumat bertakung, selagi ia mengalir, selagi itu jemaah akan tenang).

137. Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan PERHATIKANLAH BAGAIMANA AKIBAT ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN.

138. ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (sediakan takwim/rutin syuro, hendaklah BERTAKWA, istiqomah melaksanakan takwim itu).

139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal KAMULAH ORANG-ORANG YANG PALING TINGGI, jika kamu orang-orang yang BERIMAN.

140. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa itu Kami pergilirkan di antara manusia dan SUPAYA ALLAH MEMBEDAKAN orang-orang yang beriman supaya sebagian kamu dijadikan-Nya syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,

141. Dan agar Allah MEMBERSIHKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN dan MEMBINASAKAN ORANG-ORANG YANG INGKAR.

142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal BELUM NYATA BAGI ALLAH ORANG-ORANG YANG BERJIHAD DI ANTARAMU dan belum nyata orang-orang yang SABAR.

143. Sesungguhnya kamu mengharapkan mati sebelum kamu menghadapinya; sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya. (MELAKUKAN TABIAT NYAMUK DAN LALAT INI SAMA DENGAN BUNUH DIRI, SEBAB ANDA AKAN MATI DENGAN SENDIRI SEPERTI JANGKAHAYAT SERANGGA INI).

Sekian Tips Mudah hari ini.
WARGA PRIHATIN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *