Rakaman Latihan Nasyid Untuk Persembahan Istana di hadapan DYMM YDP AGONG

image_pdf

00 montage_agong0_1Gambar terkini DYMM RAJA PERMAISURI AGUNG yang telah Bertudung Alhamdulillah.

Beberapa hari yang lalu RPWP didatangi oleh wakil DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk melihat kemampuan persembahan anak-anak RPWP. Istana berminat untuk memberi penghormatan kepada anak-anak RPWP membuat persembahan eksklusif dalam majlis rasmi sambutan hari keputeraan DYMM Seri paduka Baginda Raja Permaisuri Agung pada 8 Disember ini.

Ketibaan mengejut Y.Bhg Dato’ Najib dan isteri disambut dengan paluan kompang dan alunan selawat. Di dalam dewan dipersembahkan dua nasyid bertajuk “Ampuni Kami” dan “Baraqollah” secara ad-hoc. Kebetulan hari itu anak-anak padat dengan program luar. Mereka terpaksa dipecahkan kepada 3 kumpulan untuk memenuhi 3 jemputan berasingan.

Persembahan santai dan ad-hoc itu rupanya telah memikat hati beliau. Rakaman dari set hand phone beliau ditunjukkan kepada DYMM YDP Agung lalu baginda berkenan untuk mendapatkan persembahan kompang, selawat mengiringi keberangkatan masuk vvip ke dewan majlis di ballroom hotel Shangrila nanti. Untuk persembahan telah diperkenankan lagu ampuni kami dan baginda menitahkan satu lagi lagu khusus kegemaran baginda iaitu lagu ‘Tolong Kami Bantu Kami’ yang dipopularkan oleh allahyarham Tan Sri P Ramli.

Beberapa hari lepas itu pula anak-anak keletihan kerana sibuk membuat persiapan dan telah ikut serta dalam lawatan kemanusiaan ke Manong. Sambil memenuhi pelbagai undangan lain, dapatlah juga anak-anak berlatih secara intensif sehari dua sekembalinya mereka dari Manong. Khasnya mempersiapkan lagu permintaan khas dari baginda.

Dalam menjaga air muka anak-anak yatim dan asnaf, kami tidak pernah mengeksploitsi mereka untuk mengutip derma dari masyarakat. Walaupun ramai yang menawarkan agar kami sediakan tabung di restoran, masjid atau stesen minyak seperti rumah-rumah amal lain, namun kami tidak tergamak melakukannya. Jauh sekali untuk menyuruh anak-anak kami bertebaran merata tempat awam menjual tisu atau surah yasin bagi mengutip derma.

Azam kami ialah melakukan yang terbaik dengan kemampuan sendiri kerana Allah. Jika ada yang terasa ingin turut serta biarlah mereka lakukan dengan penuh kesedaran dengan menilai pengorbanan dan usaha kami serta menyumbang untuk kami meluaskan lagi skop dan skala kebajikan yang telah kami lakukan.

Sesungguhnya setelah hasil usaha kebajikan itu dapat dilihat kejayaannya, terutama apabila akhlak anak-anak didikan kami telah menyerlah di sana sini, pastinya ramai yang ingin tampil membantu dengan harapan mereka juga turut mendapat pahala. Bahkan ramai juga yang ingin menitipkan anak-anak mereka untuk turut dibina sahsiahnya di RPWP. Untuk itu kami tidak boleh menghalang sumbangan dari orang ramai yang berhasrat untuk sama-sama turut beramal sedekah melalui wadah yang telah kami sediakan.

Atas dasar itu anak-anak pada mulanya enggan menyanyikan lagu tolong kami bantu kami. “Bukankah kami tidak diajar untuk meminta-meminta, bahkan kami diajar untuk saling menolong insan lain“, ujar anak-anak kami. Namun kami terpaksa nyatakan kepada mereka, kita ini hamba rakyat yang taat dengan Rajanya. Walaupun kita tidak meminta untuk diri kita, tidak menjadi salan jika kita meminta bagi pihak lain kerana masih ramai lagi anak-anak yatim dan asnaf di luar sana yang memerlukan bantuan.

Kelmarin Y.Bhg Dato Najib datang lagi dengan seorang rakan kongsi beliau yang turut sama terlibat dengan pengurusan majlis ini untuk melihat perkembangan persiapan persembahan anak anak. Alhamdulillah beliau katakan kesemua persembahan yang ditunjukkan depan beliau ini sudah cukup baik, semuanya termasuk kompang, selawat dan nasyid. sudah macam langit dengan bumi bezanya dengan persembahan dari rumah anak yatim yang dijemput tahun tahun sebelum ini kata beliau… Subhanallah. Kami tidak berani komen kerana kami tidak pernah ikuti program mereka.

Ada beberapa perkara yang ingin kami kongsikan di sini. Pertamanya rakan Dato Najib pernah datang ke rumah ini 4 tahun dahulu atas urusan pembelian kayu. Beliau memang telah bertekad untuk membawa anak-anak rumah ini membuat persembahan di majlis DYMM Sultan Kedah atas Jemputan Yayasan Sultanah Haminah. Apabila diberitahu oleh Dato Najib untuk melihat persiapan persembahan di rumah ini beliau seakan tersungkur sujud kerana memang itu keinginan beliau sejak 4 tahun dahulu.

Keduanya kami mohon jika ada pembaca yang ada menyimpan salinan lagu asal nasyid lama ini agar dapat berikan linknya kepada kami agar kami dapat melatih anak anak dengan lagu asal. Setakat ini anak-anak menggunakan muzik yang dimainkan secara kasual dengan peralatan yang ada di rumah ini.

Sebagai buah tangan kami paparkan rakaman sewaktu latihan tersebut. Semuga dapat mengisi jiwa kita pagi ini. Mohon doakan agar anak-anak kami mampu menyentuh hati mereka untuk menjadi pemimpin yang lebih tawaduk dan prihatin, InsyaAllah.

 

14 Comments

  1. Jura
  2. Abil Abas Balyanul

    Allahu Rabbi..semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz..terima dgn ikhlas dan sabar.

    Reply
  3. Hamba Allah

    Hancur hati apabila membaca artikal mengenai pengabaian anak yatim ini…insya Allah kita sama2 mengambil iktibar dari kisah tersebut…barang siapa mengasihi anak yatim maka ia mengasihi Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam…dan kepada mereka2 ini serta konco2 nya yg telah menzalimi para anak yatim serta penjaganya maka tunggulah dan terimalah azab dari Allah kerana itu adalah janji Allah….tahu kah kamu bahawa anak yatim adalah sentiasa dalam perhatian dan perlindungan Allah….mudah2an kesemua mereka yg terlibat itu menerima azab yg sangat2 pedih dari Allah….Ya Allah perlihatkan dan tunujukan lah kami apa yg telah engkau janjikan sesungguhnya engkau tidak memungkiri janji dan bukakan lah pintu taubat kepada mereka yg ingin bertaubat…ameen ya robb…

    Reply
  4. Ibnu Borhan

    sungguh perkara ini tidak adil dan x patut berlaku…. andai iman itu terpatri dalam jiwa insan maka secara automatik diri menjadi yg terbaik… Allahu Robbi….

    Reply
  5. rosya

    sedih sgt dgr suara ank2,,smpai ati pnganjur wat cmtu..

    Reply
  6. Siti Nurbaya Murzan

    Serius,xsanggup tgk abis video tu..sebak..menangis dibuatnye.. smg Allah lindungi anak2 yg traniaya ni..berikan mereka kekuatan…amin..

    Reply
  7. Noorul Hasliza

    Astaghfirullah..inilah salah satu sifat mazmumah manusia..
    Perbuatan menganiaya anak2 yatim, samada memakan hartanya, mengherdik, menghina..termasuk di dalam dosa besar..
    Apapun tahniah kepada penjaga anak2 yatim ni krn dapat menerapkan didikan yg baik buat anak2 jagaan mereka..
    Hikmah atas apa yang berlaku amat besar sebenarnya buat semua yang terlibat dengan insiden ni..
    Beginilah uniknya perancangan Allah s.w.t..diberinya ujian sebegini rupa, akan tetapi kamu semua menerimanya dengan keinsafan dan kesyukuran..
    Terus terang, saya cemburu dengan kalian..
    “Lain syakartum, la aziidannakum..walain kafartum, inna ‘azaabii lasyadiid”..
    X kira samada diuji dengan kesusahan maupun kesenangan, maka bersyukur adalah nikmat yang sebenarnya..(bukan maksud kpd ayat di atas)..
    In syaa Allah..kebaikan sedang menanti kalian..amiin2..ya Rabbal ‘aalamiin..

    Reply
  8. Noorul Hasliza

    Tahniah anak2..pun begitu seharian menempuh ujian Allah..namun di wajah mereka tetap tersenyum..syabas..
    Sebagai manusia, kita takkan dpt lari dari ujian Allah..kekalkan sifat2 mahmudah yg telah diterapkan oleh penjaga kalian itu wahai anak2..pasti ganjaran yang tak disangka dari Allah akan tiba..amiin..

    Reply
  9. megat azran

    Harap bersabar la ini semua mainan org2 atasan yg hanya ada kepentingan diri, Saya pernah lalui pekara begini ketika ada seorang individu yg menganjur utk majlis hari raya bersama anak2 yatim semuanya hanya utk mengaut keuntungan peribadi dgn menjual meja amal dgn harga tertentu konon utk derma anak yatim tetapi semua telah di atur semua utk hadiah anak yatim memang telah ada yg sponsor, di akhir majlis tiada sumbangan wang pun di beri sebaliknya hanya hadiah yg di sponsor sahaja, kononya anak2 yatim ni duduk di hadapan sebaris dgn vvip semua hanya omongan kosong, Syukur, Alhamdulillah anak2 yatim masih boleh bersabar dan sentiasa rehda dgn dugaan dari Ilahi,

    Reply
  10. saaiff

    Wajah jernih anak anak ini tidak dapat melembutkan hati manusia bangsa melayu bangsat yang tamak dan angkuh, pangkat Dato yang dia dapat ni pun kononnya sebagai pembela nasib anak yatim, penipu…..kita si dewasa yang lebih bijak haruslah memastikan kepimpinan negara tidak dipegang oleh golongan munafik dan jahil seperti ini.

    Reply
  11. Amri

    Subahanallah…perkara anak yatim jangan main2….semoga guru2 dan anak-anak RPWP ditempat di syurga yg tertinggi dan diampunkan semua dosa mereka….amin

    Reply
  12. Pingback: KISAH BENAR -Penindasan Anak Yatim Di Majlis Makan Malam | topography explorer @Jupem

  13. eniey

    semoga apa yang mereka telah lakukan pd anak2 yatim ini, mereka tersedar dari keterlekaan dan kealpaan mereka… sy pernah jd mengajar pdidikan seni pd ank2 yatim di kuantan… mereka punyai harga diri dan akhlak mereka yang terpuji.. mereka tidak meminta, tidak mengemis… semoga Allah membuka hati mereka dan melindungi anak2 yatim ini…insyaAllah

    Reply
  14. Norman Farid

    Salah satu dosa yg tak diampunkan Allah ialah memakan harta anak yatim. Nauzubillah

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *