Membongkar Skandal Sindiket Pengutip Sedekah dan Derma

image_pdf

00 sedekah kesMembongkar Skandal Sindiket Pengutip Sedekah dan Derma

Terlalu ramai yang meminta kami mengulas isu pelbagai penyelewengan aktiviti kutipan wang sedekah dan derma. Sebahagiannya menjadikan derma itu satu igauan ngeri bila pemberian sampai ke tahap ratusan ribu hilang tanpa tujuan kebaktian seperti yang di war-warkan oleh tukang kutip. 

Pelbagai Sindiket pengutipan derma di jalanan semakin menjadi-jadi walaupun tangkapan terus menerus dibuat. Baru-baru ini ada seorang muallaf yang mendedahkan aktiviti seorang rakan Tionghua yang menjadi dalang mengaut wang derma menggunakan pancingan wanita dan anak kecil. 

Banyak juga kejadian individu bukan Islam yang berpindah randah dari satu masjid ke satu masjid memeluk Islam berkali-kali dalam seminggu hanya untuk mendapat wang ikhsan dari jawatankuasa masjid. 

Kes korban ghaib, iaitu mengutip wang korban tapi tidak dilaksana turut menjadi fobia kepada kita. Syarikat yang menganjur ibadah korban ini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Banyak yang bercerita tetapi tiada siapa yang mahu tampil melapur kepada pihak berkuasa. Kononnya ini urusan ibadah, ini urusan Allah, biarlah Allah saja yang balas. Akhirnya masyarakat terus terusan terpedaya.

Baru-baru ini heboh ramai pelajar dari golongan asnaf yang memerlukan tertipu dengan sebuah syarikat bernama “Sedekah Online” yang kononnya boleh mengeluarkan zakat untuk membiayai pengajian mereka. Syarikat ini mengutip wang proses sebanyak RM50 seorang. Bila sampai masanya apa yang dijanji tidak ditepati dan bila dilawati, ternyata alamat pejabat itu adalah palsu. Seorang Asnaf Pelajar Universiti dari RPWP yang kononnya tidak mahu membebankan kewangan RPWP telah terlibat memohon tanpa pengetahuan kami dan turut menjadi mangsa.

Pendedahan isu seorang Ustaz yang mengutip ratusan ribu derma dari orang kaya untuk membina rumah banglo miliknya di Phnom Penh, Kemboja hanya merupakan satu dari banyak kes yang tidak dilapur dan didedahkan. Adakah masyarakat terlalu pemurah? Adakah penguatkuasan atau pengurusan baitulmal dan pusat zakat terlalu lemah? Atau adakah kerana kejahilan masyarakat yang terlalu parah? Di manakah silapnya sehingga banyak urusan ibadah yang terkait dengan derma atau sedekah ini menjadi terlalu berpotensi untuk dikomersialkan? Kerana pengkomersialan inikah yang menyebabkan sedekah yang seharusnya menjadi tonggak pembangunan Ummah menjadi satu laluan jenayah? 

Masyarakat benar-benar dalam dilema. Sedekah itu tuntutan Allah. Tapi ia juga menjadi laluan fitnah dan jenayah. Kami telah bawakan isu ini dalam perbincangan BERKUMPULAN. Kami libatkan sampel masyarakat dan mengambil kira pendapat ramai mengenai kesemua kes di atas. Didapati semua faktur di atas ada signifikannya. Yang paling menyedihkan ialah situasi kefahaman masyarakat yang sangat parah. Rupanya terlalu ramai yang keliru begitu banyak istilah berbeza yang selama ini kita pandang remeh. Akhirnya kita telah melanggar aturan hidup yang diperintahkan Allah tanpa kita sedar.

Untuk itu kami buat keputusan mengulas kes ini secara ilmiah dengan mengurut secara dasar apakah itu sedekah?. Apa itu zakat? Apa itu infaq? Dan insyaAllah akan meneruskan secara bersiri dengan apa itu Wakaf? Fidyah? Akikah? Kurban? Dan lain-lain yang terkait dengan sedekah. Apa yang kami kongsikan adalah hasil dapatan sewaktu kami melaksanakan projek R&D, kami kaji dan kami bangunkan tepat mengikut dapatan hasil kajian itu dan telah kami rasai syumul hasilnya bersama kelompok kecil di RPWP.

Jika anda tergolong dari kalangan yang berminat untuk mengkaji, sila ikuti di pautan ini.

http://prihatin.net.my/2013/11/28/ustaz-kutip-derma-untuk-bina-banglo-peribadi/

http://prihatin.net.my/2013/11/28/sains-sedekah-konflik-istilah-yang-menyusahkan-ibadah-ummah/

Semuga kami mampu merungkai masalah ini hingga ke akar umbi agar kita semua lebih memahami dan menyusun semula aktiviti yang terkait dengan sedekah ini.

Hasil iqra
WARGA PRIHATIN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *