image_pdf

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

Posted:

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

25/12/2013 6:32pm

ANAK-ANAK yatim RPWP bergambar bersama pengunjung dari Brunei di Sg. Ramal, di sini, hari ini. – KOSMO!/Safiyana Salim


MERIAH. Lebih 1,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah terbuka dan Karnival Jualan Amal Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Sungai Ramal Baru, Kajang, hari ini.

Pengasas merangkap Pengetua RPWP, Dr. Masjuki Mohd Musuri rasa bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak untuk menjayakan sambutan rumah terbuka dan karnival jualan amal ini.

“Saya telah diberitahu lebih 1000 orang hadir memeriahkan program ini dan kebanyakan mereka datang dari Semenanjung Malaysia termasuk satu rombongan khas dari Brunei,” kata Masjuki.

Wakil rombongan Brunei, Hasnan Abdul Rahman, 57, berkata, pihaknya memang bercadang untuk melawat RPWP kerana alang-alang melancong di Malaysia.

“Kami telah menghubungi pihak RPWP beberapa minggu lepas untuk hadir ke rumah terbuka anjuran pihak mereka dan syukur mereka menyambut dan mempelawa kami dengan baik sekali,” ujar Hasnan yang mengetuai rombongan keluarga seramai hampir 40 orang yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia selama enam hari. – KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

JEMPUTAN KE FORUM KELUARGA JANNAH ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

00 bannerJEMPUTAN KE FORUM KELUARGA JANNAH ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Salam buat semua follower Warga Prihatin.

Kami ingin memanjangkan jemputan terbuka ini kepada anda yang berkesempatan untuk hadir ke Majlis tersebut seperti yang dinyatakan dalam poster.

Apa yang bakal dibincangkan ialah perkongsian melalui pengkajian dan pengalaman apa sahaja yang terkait dengan pembentukkan keluarga ke arah BAITI JANNATI. Insyaallah kami akan membawa bersama anak-anak kami serta beberapa murobbi untuk bersilatulrahim dengan anak anak anda dan anda sendiri dalam majlis itu.

Semuga usaha murni Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini dapat kita ambil manafaatnya untuk matlamat membina RUMAH KU SYURGAKU.

Jumpa anda semua di sana nanti.

WARGA PRIHATIN.

Kisah Benar – Hakikat Mengherdik Anak Yatim

 

herdik - CopyKISAH BENAR – HAKIKAT MENGHERDIK ANAK YATIM

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.

Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami. Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan.

Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan. Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee.

Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis. Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.

Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini.

PADA PETANG SEBELUM MAJLIS

Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang awalnya diminta Tuanku telah dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu “Tema Yayasan” bernada tinggi yang telah membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan.

Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India.

Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih. Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak beri.

Si Dato’ menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan. Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Dato’ juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!

Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato’ yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas. Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula.

Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. Dengan Dato’ masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah. Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial remaja yang macam “sial” lucahnya. Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau. Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya.

Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu. Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.

Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Pengiring dewasa menahan lapar, sedikit bekalan roti dan susu diberi pada anak-anak untuk alas perut. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka dari pagi, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak.

Dalam menunggu makanan dibeli, Dato’ dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?. Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring keletihan di lantai penjuru dinding itu.

Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang. Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli.

Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.

KONFLIK REHEARSAL

Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung. Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan. Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba.

Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu. Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura.

Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu. Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu.

MALAM SEPANJANG MAJLIS

Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis.

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar. Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.

Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya..>

“Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu? pakai tudung tapi dada terbelah begitu? Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha? Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang?”… solat?

Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah.

Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN. Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan. Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain.

Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja. Antara program yang dinyatakan ialah seperti;

1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang)

Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi. Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini.

Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat. Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa.

Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini. Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami.

Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim. Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu.

Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu. Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi.

Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik. Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya.

Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma. INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.

http://prihatin.net.my/2013/12/23/petikan-perbualan-wakil-yayasan-yang-dikatakan-membawa-titah-tuanku/

http://prihatin.net.my/2013/12/23/di-sebalik-tabir-suasana-sambutan-ketibaan-dan-keberangkatan-pulang-tuanku-dymm-spb-ydp-agong/

http://prihatin.net.my/2013/12/22/persembahan-khas-anak-anak-rpwp-di-hadapan-dymm-spbydp-agong-tolong-kami/

http://prihatin.net.my/2013/12/04/rakaman-latihan-nasyid-untuk-persembahan-istana-di-hadapan-dymm-ydp-agong/

JANGAN CEMARI INSTITUSI BERAJA

Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup. Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain.

Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini setelah si Dato’ yang berjanji untuk datang sendiri itu gagal menemui kami memberikan penjelasan hingga saat ini.

Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan. Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya.

Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia. Jauh sekali dengan sebarang niat untuk merendahkan Institusi Raja yang kami sendiri doakan dalam majlis itu dan dalam banyak artikel kami sebelum ini.

http://prihatin.net.my/2013/08/16/sains-fatihah-4/

http://prihatin.net.my/2013/07/05/fenomena-mengutuk-pemimpin-bukan-ajaran-islam/

http://prihatin.net.my/2013/08/07/doa-buat-pm-idea-penyatuan-menurut-al-quran/

Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA.! Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Alhamdulillah bersyukur beberapa anak dapat buahtangan angpau RM100 seorang dan kuih raya yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana bungkusan itu bertulis SELAMAT HARIRAYA 2013.

WARGA PRIHATIN

Di sebalik Tabir Suasana Sambutan Ketibaan Dan Keberangkatan Pulang Tuanku DYMM SPB YDP Agong

Walaupun kesemua janji manis penganjur yang mengatasnamakan Tuanku tidak dipenuhi, Anak-anak RPWP tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menzahirkan yang terbaik.

Banyak pelajaran yang boleh dikongsikan disebalik tabir tragedi ini. Mengapa kami kata tragedi, kerana mengherdik anak yatim dalam apa cara sekalipun adalah pendustaan terhadap agama… Sebesar ZARAH kita mengecilkan hati mereka bakal menerima sumpahan Allah. Timbangkanlah sendiri sejauh mana dan seberat mana dosa mengherdik anak yatim, dengan cara mensia-sia dan menghina mereka seperti itu.

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

DISKLAIMER:

SILA ELAKKAN PREJUDIS TERHADAP TUANKU KERANA KAMI YAKIN TUANKU SENDIRI TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU.

 

DISKLAIMER:

SILA ELAKKAN PREJUDIS TERHADAP TUANKU KERANA KAMI YAKIN TUANKU SENDIRI TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU.

JEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH MESRA RUMAH TERBUKA & GARAGE SALE

00 Open House Banner B.smallJEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH MESRA RUMAH TERBUKA & GARAGE SALE

InsyaAllah dengan izin Allah akan bertemu juga kita semua dalam event khas “Rumah Terbuka RPWP” 25 Disember 2013 ini. Sila rujuk maklumat bergambar yang dipaparkan dan ajaklah saudara mara dan rakan taulan untuk turut bersilatulrahim bersama folower WARGA PRIHATIN yang lain dan juga dengan kami Warga Prihatin sendiri.

Orang kata “Tak kenal maka tak cinta”. Selepas sesi takruf dan silatulrahim ini insyaAllah kita dan anak-anak kita akan lebih akrab untuk lebih saling hormat menghormati dan berkasih sayang. Itulah yang kita harapkan dalam kehidupan kita, menambah saudara dan menghilangkan fitnah dan sengketa sesama kita.

Bagi anda yang ingin hadir untuk saling berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat bersama anak-anak dan keluarga, ada kami sediakan beberapa kaunter pertanyaan semacam workshop untuk menjawab soalan apa saja. Antaranya akan kita buka kaunter pertanyaan dari kalangan ibu, bapa, serta anak lelaki dan anak perempuan di peringkat menengah dan universiti. Lawatan tapak juga akan ditawarkan bagi yang ingin meninjau seluruh kompleks RPWP. Dapatkan naskah pamplet baru RPWP yang telah siap kami cetak.

Bagi yang ingin berprogram lebih rapat, kami sediakan juga aktiviti anak-anak seperti peraduan melukis, sukaneka ringan dan sebagainya. Sementara itu tayangan video akan dilakukan terus menerus di dua lokasi iaitu di perkarangan Sekolah Agama Rahmaniah (tapak Garage Sale) dan di perkarangan Komplek RPWP. Secara spontan anak-anak Warga Prihatin akan insyaallah membuat beberapa persembahan untuk meraikan kehadiran anda semua.

Yang ingin meninjau pelbagai barangan yang dijual di Garage Sale ini boleh meronda pelbagai gerai yang mengambil bahagian.

Bagi pemilik kenderaan yang ingin mengambil peluang lebih besar, kami menawarkan pemasangan NGV dari pakar pemasangan berlesen dengan harga diskaun. Anda boleh juga menempah pemasangan NGV pada hari itu dan menghantar kenderaan anda di hari yang sesuai kemudiannya dengan harga yang sama. Kupon service kenderaan seperti penukaran minyak hitam, tambah gas aircond, accessories dan sebagainya dengan harga diskaun akan turut dijual pada hari itu.

Antara gerai-gerai yang sempat kami senaraikan mengikut nombor dan barangan jualan adalah seperti berikut,

1. Kerepek, kacang
2. Cakes, cookies, sugarholic
3. Burger,
4. Putu piring
5. Coklat
6. Makanan beku
7. Kueh melayu, brownies
8. Nasi briani
9. Nasi arab yg belum masak
10. Ais krim
11. Tudung, jamu
12. Minuman
13. Kosmetik
14. Baby product
15. Accessories
16. Health screen test
17. Mainan kanak2, cenderahati
18. Affin Bank
19. Barangan elektrik, perabut terpakai, pakaian baru dan bundle, pinggan mangkuk, perhiasan rumah, buku novel dan majalah, kelengkapan dapur, barang mainan dan lain2.

Kami akan senaraikan jualan dari para peserta ‘Car Boot Sale’ yang tidak kurang menariknya bila kami dapat maklumat lengkap dari para peserta kelak. Lelongan khas kenderaan dan beberapa barangan lain akan turut dilakukan pada hari itu. Insyaallah akan kami update dari masa ke semasa.

DIFAHAMKAN BEBERAPA LELONGAN AWAM KHUSUS SECARA KEKELUARGAAN AKAN DILAKUKAN PADA HARI ITU. MAKLUMAT BARANG LELONGAN AKAN KAMI UPDATE NANTI.

Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia seperti yang tersenarai di poster. Semuga usaha kita semua diberkati Allah hendaknya. Amien.

Jemputan Terbuka Dari,
WARGA PRIHATIN

00 Open House BannerLIVE UP-DATE 24 DISEMBER 2013

RUMAH TERBUKA RPWP DAN KARNIVAL GARAGE SALE ANJURAN NGO – PERSIAPAN AWAL (16 PHOTOS)

Sekitar Persiapan Carnival Garage Sale & Rumah Terbuka (28 photos)

Live Update Suasana Karnival & Open House (74 photos)

Live Update 1pm Tapak karnival & Open House (68 photos)

Update 6pm – Suasana Karnival dan Rumah Terbuka (59 photos)

KOSMO! – Majlis Rumah terbuka dan Karnival Jualan Amal Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP)

Sains Kahfi 6 – KEMBALIKAN FUNGSI MASJID DALAM KHARIAH DAN RUMAHTANGGA

00 gua 6.jpeg smallSains Kahfi 6 – KEMBALIKAN FUNGSI MASJID DALAM KHARIAH DAN RUMAHTANGGA

Antara rukun fe’li yang paling penting dalam solat ialah sujud, iaitu tanda penyerahan dan pengabdian seorang hamba. Tempat atau rumah tempat sujud ini dipanggil masjid. Itulah hakikat kepatuhan perlaksanaan segala ketetapan yang telah ditetapkan dalam al-kitab (quran). Itulah dia IBADAH, yang datang dari kata pokok ABDI, perlaksanaan yang menggambarkan PENGABDIAN seorang HAMBA tanpa dakwa dakwi.

PERANAN MASJID atau rumah peribadatan ini sangat besar bagi pembangunan peradaban umat Islam. Ceramah seorang ustaz di TV al-Hijrah baru-baru ini menjelaskan bahawa peranan MASJID di zaman Rasulullah SAW adalah ibarat sebuah universiti. Maknanya masjid adalah tempat pengembangan dan penyebaran ilmu dan maklumat yang sangat meluas.

Sesuai dengan maksud itu, harus kita renung dan tadabbur semula hadis yang menyatakan “Solat itu Doa”. Bahkan dalam surah at-Taubah ayat 103, semua naskah terjemahan menterjemahkan kalimah “WASOLLI ALAIHIM” itu sebagai “MENDOALAH” bukan “SOLATLAH ATAS MEREKA”. Sangat bertepatan dengan makna DOA itu sebagai seru, DAKWAH itu menyeru, DA’IE itu pendakwah/penyeru. Marilah kita realisasikan hakikat solat itu doa sebagai wadah aqimuddin yang membangun ummah di setiap jumaat.

Dalam proses pendidikan atau tarbiah ummat di masjid ini, apa yang penting ialah peranan murobbi (rabb) yang berilmu untuk mendakwahkan dan menyampaikan ilmu. Itulah proses menghubungkan (mensilah) ilmu Allah dan wasiat rasul kepada ummat. Proses inilah yang menjamin ketahanan dan pertambahan progres pembangunan ummat yang telah sekian lama hibernasi Islamnya ini.

APA SITUASI MASJID KITA HARI INI?

Jangan malu untuk mengakui bahawa masjid kita sudah tidak begitu bermanfaat dalam proses mempertahankan akidah dan menggembeling usaha pembangunan ummat. Beberapa kerat dari kalangan kita berulang alik untuk solat lima waktu dengan sekadar melakunkan ritual rukun fe’li dan qauli solat yang sama setiap hari di masjid. Semuanya di ulang tanpa penghayatan apa yang dilakunkan dan apa yang dibaca. Majoriti musollin tidak tahupun apa yang mereka baca. Inilah yang Allah katakan dalam surah annisa’ 43 “..jangan kamu solat dalam keadaan mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu kata..”

Di hari jumaat pula, kita hanya hadir untuk berkumpul setiap minggu mencari tiang masjid menyandarkan tubuh untuk lena, bukan khusyuk mendengar khutbah. Yang tidak dapat tiang akan menundukkan kepala dan badan sehingga tersungkur sujud sambil duduk menghirup air liur yang meleleh ke kaki akibat khusyuknya lena. Kita sedar untuk terpinga-pinga bangkit solat pun kerana dikejut orang sebelah.

Imam yang membacakan surah dalam solat juga ramai yang tidak tahu apa yang dia baca. Pilihan imam bagi kita ialah yang pandai menghafal dan melagukan bacaan sahaja. Khatib yang membacakan khutbah juga jauh berbeza. Mereka membacakan khutbah, bukan berkhutbah. Maksudnya, mereka hanya mengikut sahaja apa yang ditulis oleh Majlis agama atau sesetengah masjid mengikut teks dari ketua parti mereka. Seharusnya mereka mentausiahkan juga hal ehwal semasa masyarakat setempat dalam khariah mereka, yang telah mereka syurokan bersama majlis syuro di khariah itu.

Selebihnya masjid hanya menjadi tempat kita mencari pahala, meletakkan pisang di tangga untuk sajian orang ramai. Ummat pula berebut datang awal untuk mengambil peluang. Ada yang awal awal lagi sudah ambil beberapa sisir pisang untuk dipunggah dan diletakkan dalam raga motor buat sajian keluarga di rumah.

Sekali sekala kita himpun manusia mendengar ceramah Maulidurrasul, Awal Muharram, Israk Mikraj, sembahyang raya, menikahkan pasangan, bersunat dan sebagainya. Jelaslah peranan masjid yang sebegitu besar dan penting untuk mendidik dan menyedarkan manusia sudah lama berakhir. Inilah salah satu dari tanda berakhirnya zaman kegemilangan Islam. Berikut telah nabi SAW sabdakan,

Akan datang pada manusia suatu zaman, ketika itu Islam tidak tinggal kecuali namanya, alqur’an tidak tinggal kecuali tulisan (resam) nya, masjid-masjid indah/megah namun kosong dari petunjuk, ulamanya termasuk orang paling jelek yang berada dibawah kolong langit , karena dari meraka timbul beberapa fitnah dan akan kembali semula (fitnah itu) padanya (H.R. Baihaqi Dari Ali R.A)

Surah 9. At Taubah

107. Dan ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan, untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta.

108. Janganlah kamu berdiri/sembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

MASJID RUMAH TANGGA

Rumahtangga ibarat sebuah masjid juga. Kerana itu pasangan yang berkahwin kita katakan bakal mendirikan masjid. Namun situasinya kini sama sahaja. Rumah dan rumahtangga sudah tidak lagi disusun untuk memupuk fungsi sujud dengan tersusun. Ia tidak lagi menggambarkan sebuah masjid, yang terdapat taman raudhah tempat warga berdipan-dipan dan mimbar tempat murobbi atau imam mentaklimkan warganya.

Dalam ayat 21 al-Kahfi dijelaskan bahawa murobbi (rabb) dalam keluarga atau masyarakat harus tahu hal ehwal dan setiap urusan ahlinya. Namun ini tidak lagi berlaku dalam keluarga moden kita. Seorang suami sudah tidak tahu apa urusan isterinya, terutama isteri yang bekerja. Apatahlagi yang lebih tinggi pangkat dari suaminya. Hari ini seorang bapa juga kurang tahu atau tidak ambil tahu urusan anak-anaknya. Anak-anak juga tidak lagi sudi untuk berkongsi urusan mereka dengan ibu bapa mereka.

Jika Murobbi sudah tidak berilmu, tentu dia tidak lagi mampu memimpin atau mengimami ahli keluarganya. Ahli yang tidak dipandu oleh imam yang mantap selaku bapa hukum (ABAL HAKAM) pasti akan menjadi haru biru dan tidak tentu hala tuju. Maka masing-masing akan hidup mengikut kemahuan sendiri lalu banyaklah berlaku perselisihan dan perbalahan, sepertimana ayat al-Kahfi 21 itu. Ini pasti akan mewujudkan situasi neraka, menafikan hakikat rumahku syurga ku.

Ahli yang tidak terdidik tidak akan tahu bagaimana dan apa yang harus diruku’ dan sujudkan, apa yang harus di taati dan patuhi. Anak dan isteri akan hidup dengan haluan sendiri, tidak patuh dan sujud pada arahan ayah atau suami. Inilah hakikat keluarga yang tonggang terbalik, keluarga 69.

Doa anak-anak untuk arwah bapa/ibu mereka akan berbunyi .. “KAMA ROBBAYANA SOGHIIRO” (sebagaimana mereka menjaga/mendidik/mengatur kami waktu kecil). Jika sebagai MUROBBI (pengatur/rabb) anak-anak itu kita tidak gali ilmu untuk mentarbiah/mentaklimkan/mendidik/mengatur anak anak kita, maka akan adakah anak yang tahu mendoakan kita kelak? Ayuh fikirkan.

RUMAHKU SYURGAKU

Suasana syurga adalah bilamana ahli-ahlinya hidup damai, tenang jiwanya kerana setiap diri ada rujukan dan peraturan, masing-masing patuh dan mengikutinya dengan ridha. Jelaslah bahawa syurga itu terbentuk apabila ada seorang murobbi (rabb) yang mampu mendidik dan mengatur jemaah ahlinya dengan rujukan yang mantap. Segalanya terpapar jelas dalam ayat berikut,

Al-Fajr Ayat 27
يأيتها Wahai
النفس Jiwa /diri
المطمئنة Yang tenang
Al-Fajr Ayat 28
ارجعي Merujuklah (kembali)
إلى Kepada
ربك Rabb mu
راضية (Dengan) keridhoan
مرضية Di ridhai

Al-Fajr Ayat 29
فادخلي Maka masuklah
في Dalam
عبدي Hamba-Ku (jemaah)

Al-Fajr Ayat 30
وادخلي Dan/demi masuklah
جنتي Surga-Ku

SERUAN KHAS JUMAAT INI

Mari kembalikan semula fungsi masjid dalam khariah kita agar benar-benar menjadi tempat sujud, agar benar-benar menjadi tempat solat, tempat menyeru seruan agama yang membangun DIEN (aqimuddin).

Pastikan imam, murobbi, daie masyarakat dan keluarga kita tahu akan urusan setiap ahlinya. Dalam khutbah jumaat pula, jika sekalipun ada mesej dari atas, ibarat hujan dari langit yang harus dibacakan, janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab untuk mentausiahkan urusan perigi, maklumat dari bumi bawahan untuk dikongsikan melalui mimbar. Tausiahkanlah perkembangan isu serta masalah setempat juga.

Para imam/wali untuk masjid rumahtangga juga tidak kurang penting peranannya. Keluarlah mencari ilmu parenting Islam yang sebenar agar dapat mengimami keluarga dengan jelas. Dengan ilmu yang hak itu sahaja ahli keluarga boleh diatur dengan yakin dan sempurna.

“Benar sungguh-sungguh pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik”. Setiap para bapa dalam masjid rumahtangga dan imam dalam masjid khariah hendaklah menunjukkan uswah yang baik dalam melaksanakan segala isi tausiah dan tarbiah mereka. Janganlah pula jadi ketam yang menyuruh anaknya berjalan dengan betul.

Minda Jumaat
WARGA PRIHATIN

Sokongan moral buat anak Prihatin

00 uda mixedAnak kami ini sedang membuat kajian tentang kesejahteraan pelanggan bagi memenuhi keperluan tahun akhir pengajian Ijazah di bidang perniagaan mereka di UITM. Besarlah harapan kami kiranya anda yang ada ilmu, ada pengalaman atau idea dalam hal tersebut memberi buah fikiran.

Jika semua itu anda tidak ada, sumbangan paling minima ialah dengan satu klik untuk LIKE page dan status mereka. Jika kita tidak dapat sumbangkan ilmu, mungkin kita yang dapat menimba ilmu dari perkongsian mereka di page itu.

Selain perkongsian ilmu, sumbangan kecil kita insyaallah akan memberikan sokongan moral kepada usaha anak-anak ini. Sepanjang pengajian, beliau telahpun berdikari dengan melakukan perniagaan sendiri untuk membiayai pengajiannya. Lebihan hasil perniagaan itu malah mampu menambah tabung pembangunan RPWP. Sejak alam persekolahan dan peringkat diploma lagi, beliau telah berkorban untuk RPWP. Setiap kali cuti beliau akan bersama-sama bapa-bapa sukarelawan berpanas dan berhujan bekerja membangun komplek RPWP.

Sebelum ini beliau telah berjaya menamatkan kursus Diploma dengan CGPA melebihi 3.5 walaupun dengan menyertai ROTU. Walaupun dihalang menyertai ROTU oleh pensyarah yang inginkan beliau cemerlang dalam pelajaran di semester pertama, namun beliau gagahkan juga lalu berjaya mendapat CGPA 3.7.

INSYAALLAH, selepas selesai pengajian di peringkat tertinggi nanti, beliau jugalah yang akan bersama-sama anak-anak dan ibu bapa para profesional yang lain untuk mengendalikan ‘Sekolah Intergerasi Islam’ yang bakal kami lancarkan tidak berapa lama lagi.

Jika tidak keberatan, silalah klik link berikut untuk memberikan sokongan moral kepada group pelajar ini. Satu LIKE dari hujung jari anda amat berharga dari segi ilmiah dan moral kepada mereka melalui spirit jemaah Islamiah.

https://www.facebook.com/RaimieFaiz

Kami dahului sokongan anda dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

WARGA PRIHATIN.

p/s:
Latarbelakang anak-anak ini boleh juga didapati dari link berikut:

http://prihatin.net.my/2013/09/07/parenting-tips-10-ajar-anak-bekerja-elak-sindrom-anak-malas/

http://prihatin.net.my/2013/08/29/pengorbanan-impian-seorang-ayah/

Rumah diperteguh falsafah

Rumah Pengasih Warga Prihatin bukan sahaja menyediakan tempat perlindungan anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU), malah mementingkan perkembangan sahsiah, jati diri dan survival kehidupan kesemua penghuninya.


SEJARAH kewujudannya bermula dengan sebuah kediaman setingkat. Terletak di atas sebuah tanah persendirian seluas kira-kira dua ekar, apa yang boleh dilihat kini adalah fizikalnya yang sedang mengalami transisi.

Rumah di Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor ini sedang diperbesar menjadi sebuah kediaman tiga tingkat termasuk penyambungan beberapa binaan fungsi di sekelilingnya.

Biarpun kerja ubah elok masih jauh daripada sempurna, lebih-lebih lagi melihatkan timbunan kayu dan rangka keluli di halamannya yang berdebu pasir, tiada langsung ada petanda bahawa ia bakal menjadi projek yang tidak terbela.

Kalau dinilai tentang material binaannya, ia seolah-olah mencabar syarat minimum kualiti pembinaan.

Lalu terlintas di fikiran, mengapakah rumah ini begitu istimewa? Apakah pula tujuan pembinaannya?

“Rumah adalah unit asas yang menempatkan penghuni di dalamnya sekali gus menterjemah kepimpinan sebuah keluarga,” kata seorang lelaki yang duduk di kerusi roda di hadapan penulis.

Difahamkan bahawa tulang paha kirinya telah patah akibat terjatuh dari pelantar ketika sedang sibuk membuat kerja-kerja pembinaan rumah tersebut pada subuh 26 Oktober lalu.

Sesekali memperbetulkan letak duduk kakinya saat dirasakan kurang selesa, Dr. Masjuki Mohd. Musuri terus ramah berkongsi cerita.

Menurut pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin itu, bangunan kediamannya yang sudah ‘diwakafkan’ menjadi pusat aktiviti kumpulan tersebut begitu unik. Ini kerana kerana keseluruhan proses pembinaannya adalah hasil pengorbanan dan kerja tangan pendokong-pendokongnya sendiri.

“Kami berhempas pulas membanting tenaga membangunkannya dengan dana yang sangat terhad. Ada juga menerima tajaan ikhlas pihak tertentu, tetapi selebihnya adalah sumbangan sebahagian pendapatan daripada 20 keluarga asal Warga Prihatin,” ujarnya yang mesra menyambut sapaan isi rumah yang memanggilnya dengan gelaran ‘ayahanda’.

Tanpa bantuan kerajaan, rumah yang dijangka dapat menampung kehadiran lebih 200 orang keluarga besar Warga Prihatin ini dibangunkan secara berperingkat dengan memanfaatkan bahan terpakai dan terbuang, seperti kayu dan keluli yang diguna semula

“Sumber kewangan juga dikumpulkan daripada pengamalan konsep puasa secara hakikat. Konsep yang dimaksudkan itu adalah dengan mengoptimum perbelanjaan,” jelasnya.

PERHATIKAN pada wajah anak-anak muda ini. Siapakah idola yang mereka contohi untuk menjadi insan yang indah pekerti, tinggi pencapaian hidup, seterusnya kenal erti mencurah bakti?

Kata Masjuki, antara konsep puasa adalah dengan membelanjakan perkara yang perlu sahaja. Misalnya, warga Prihatin yang dahulunya membelanjakan sehingga RM200 sebulan untuk rokok, berjaya berfikir secara realistik untuk menyalurkan belanja itu ke dalam tabung pembinaan Rumah Pengasih.

Semua itu berkat pemahaman dan muafakat mereka dalam mendasari konsep kebajikan dan kebaktian, sebagaimana yang dianjurkan dalam pelbagai aktiviti komuniti mereka setiap minggu.

“Selain menjadi tempat berteduh dan makan minum golongan tersebut, rumah sudah pun memberi ruang memadani untuk mereka belajar tentang akhlak dan moral, ilmu dan amal, konsep keluarga Imran (surah Ali-Imran) serta banyak lagi,” ujarnya yang mengingatkan kalau rumah tanpa disertai didikan sedemikian, kesannya umpama membunuh generasi.

Tanpa disedari, setiap soalan tentang aktiviti yang dijalankan di rumah tersebut disulam falsafah yang indah dan berteraskan kemurnian Islam.

“Cuba lihat pada kualiti kayu yang dijadikan lantai aras dan dinding di tingkat dua dan tiga. Sekali pandang ia tidak sempurna bukan?” tanya Khalinan Mohd Tahar, salah seorang ketua keluarga Warga Prihatin yang bertanggungjawab dalam selok-belok pertukangan di Rumah Pengasih.

DR. MASJUKI MOHD. MUSURI

Khalinan menerangkan, setiap kayu yang lemah ada kaedah tersendiri untuk menguatkannya. Kayu yang bengkok boleh diapit supaya lurus, yang kasar boleh diketam, yang meleding boleh diragum dan diratakan, manakala yang rapuh boleh disokong dan dipasak dengan kayu lain. Akhirnya setiap kayu menjadi lebih kuat dan berguna.

“Bukankah itu juga ibaratnya sikap dan sifat manusia? Kalau seseorang itu sesat haluannya, dia perlu dirapati untuk membimbingnya ke jalan yang lurus.

“Kalau peribadinya tidak elok, seseorang boleh menasihati dan membantu menghaluskannya. Kalau dia lemah bersendirian, jemaah di sekelilingnya boleh menyokongnya dan memberi kekuatan,” kata seorang lagi ketua keluarga, Johari Ibrahim.

Kagum dengan penjelasan itu, penulis kembali meliarkan mata memandang ke sekeliling kawasan. Tatkala terlihat sebuah takungan konkrit yang berbentuk linear, seperti tab mandi yang panjang, penulis bertanya: “Bagaimana dengan kolam itu?”

Masjuki cermat berhujah: “Kolam renang itu bukan sekadar untuk anak-anak berekreasi dan berseronok semata-mata. Di sebalik latihan pernafasan dan renang, kemahiran itu sendiri sebenarnya suatu yang relevan dengan realiti kehidupan.”

 


Menurutnya, dalam anak-anak itu membesar dan mengenal dunia, mereka perlu ‘berenang’ dalam lautan manusia yang penuh cabaran.

“Setiap daripada mereka juga perlu ‘mengapungkan’ diri kewujudan mereka dilihat,” terang Masjuki yang menyifatkan orang yang gagal dalam kehidupan adalah sama seperti mangsa lemas di air.

Mengadaptasi konsep itu, antara aktiviti yang dianjurkan untuk kanak-kanak di Rumah Pengasih adalah bersangkut-paut dengan skil personaliti, seperti pengucapan awam dan komunikasi berkumpulan.

Nah! Sampai begitu sekali perincian teladan dan iktibar bagi setiap sudut fizikal Rumah Pengasih dan aktiviti yang dijalankan di dalamnya.

Itu membuatkan apa sahaja pertanyaan berikutnya menjadi lebih asyik untuk didengar dan ditelusuri. Mungkin tidak ramai yang pernah memikirkan bagaimana setiap suatu yang dipandang, dilafaz, didengar dan dilakukan itu adalah sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar pemahaman ibadah.


Di Rumah Pengasih ini, difahamkan bahawa ibu bapa dan anak-anak sering disyorkan untuk bersama-sama dalam majlis ilmu dan aktiviti gotong-royong. Tanpa diasingkan, setiap anggota keluarga berpeluang memahami sisi peribadi masing-masing seterusnya mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

“Masalah wanita dan para ibu, pasangan suami isteri, anak remaja, hinggalah kepada golongan fakir dan golongan kurang upaya, mereka ada tempat dan peranan masing-masing di rumah ini. Mereka memiliki antara satu sama lain untuk berkongsi masalah dan mencari penyelesaian,” kata Masjuki.

Besar harapan Masjuki serta himpunan orang kepercayaannya agar Rumah Pengasih Warga Prihatin berjaya sebagai wadah pembentuk konsep keluarga contoh.

“Falsafah kami adalah Al-Quran sebagai sumber rujukan dan makanan harian untuk menyelesaikan masalah keluarga, manakala sunah Rasul pula sebagai panduan khususnya dalam pendidikan keluarga,” ujarnya.

“Kami tidak memandang dari mana mereka datang atau siapa mereka sebelum ini. Lebih penting adalah dengan hasil asuhan di sini, mudah-mudahan mereka berubah menjadi insan yang lebih baik,” terangnya.

Apa yang dimaksudkan adalah anak-anak yang tinggi sahsiah, institusi keluarga yang murni arah tujunya, serta semangat kemuafakatan yang kukuh dan kekal. Semua itu demi menjalani kehidupan yang senantiasa diberkati dengan pesan-pesan ke arah kebaikan.

 

HASRAT jemaah Warga Prihatin terhadap fungsi dan bakti rumah ini begitu tinggi hinggakan mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan wang untuk membangunkannya.

Sesungguhnya setiap sen yang dibelanjakan untuk pembinaan rumah Warga Prihatin ini tidak pernah sesekali diminta pulangan dalam nilai mata wang. Kepuasan matlamatnya adalah apa yang disebutkan tadi.

Barangkali di dalam rumah ini, tiada yang menyesali akan setiap kudrat yang diperah, titik keringat yang tumpah, ataupun tulang paha yang patah.

Pamplet Baru Bingkisan Kasih Dari RPWP

Assalamualaikum, Salam Sejahtera buat Rakan Prihatin dan Warga Dunia,..,

Ramai pembaca yang mengikuti perkembangan RPWP dan meminta buah tangan berupa hard copy untuk dibawa pulang dan ditunjukkan kepada rakan taulan dan saudara mara. Alhamdulillah, dalam kesibukan masa dan kesempitan keuwangan, dapat juga kami usahakan sedikit bingkisan buat memenuhi permintaan semua.

Dalam pamplet bingkisan kasih RPWP ini kami selitkan beberapa falsafah kehidupan yang menjadi pedoman dan amalan hidup setiap warga di rumah ini. secara tidak langsung ia juga merupakan pedoman parenting bagi setiap ibu bapa yang ingin mencuba untuk mengecapi apa saja nikmat hidup bermasyarakat, berjemaah dan berkeluarga yang telah alhamdulillah berjaya kami kecapi selama ini.

Bagi anda yang akan hadir ke “Majlis Rumah Terbuka” bersempena aktiviti jugalan “Garage Sale” yang dianjurkan oleh sebuah NGO dari Universiti Malaya 25 Disember nanti, bolehlah dapatkan naskah ini dalam bentuk hard copy.

Jangan pula anda jumud dengan apa yang kami kongsikan dalam pamplet ini. Ia bukanlah merupakan satu kitab atau ketetapan. Ia hanya satu cetusan, kebetulan segala falsafah dan prinsip hidup itu telah kami amalkan dan ia terbukti berkesan pada warga kami. Untuk pedoman dan ketetapan cara hidup yang lebih mantap dan meyakinkan, dapatkanlah ia langsung dari quran. Kami semua juga ekstrak dari pembacaan alquran dan pengkajian sunnah dengan teliti serta mengamalkannya dengan yakin tanpa dakwa dakwi.

InsyaAllah kami yakin anda semua juga bakal turut mengecapi kenikmatan hidup yang amat sejahtera dan mensejahterakan jika anda ikut langkah yang sama. Jika kita sudah agak terlewat, mungkin langkah boleh diatur untuk menyelamatkan anak cucu kita pula.

Selamat membaca, meneliti dan mencuba. Selain itu, anda juga boleh ambil masa melihat bingkisan yang sama dalam bentuk buku cenderahati yang pernah dikeluarkan sempena Majlis Rumah Terbuka pada tahun 2008 dahulu.

http://prihatin.net.my/2011/11/28/buku-cenderahati-rumah-prihatin/

Juga beberapa maklumat pengenalan dari pelbagai video, artikel dan keratan akhbar yang boleh anda lihat dalam group artikel ABOUT PRIHATIN seperti berikut,

http://prihatin.net.my/2013/12/18/rumah-diperteguh-falsafah-kosmo/
http://prihatin.net.my/2013/08/08/dokumentari-tentang-prihatin-oleh-seorang-pelajar-uitm/
http://prihatin.net.my/2011/11/26/hari-terbuka-rpwp-kosmo-1-jun-2010/
http://prihatin.net.my/2011/11/25/hello-world/

Bingkisan Kasih
RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN

 

1 Page 0 Cover2 Page 13 Page 24 Page 35 Page 46 Page 57 Page 68 Page 79 Page 810 Page 911 Page 1012 Back CoverTAMAT

Biar Gambar dan Firman Berbicara

00 mainkan allahBiar Gambar dan Firman Berbicara:

Akan ada yang kata kami mengaibkan mereka jika tidak dikaburkan wajah mereka… Wajah merekakah yang wajar kita jaga atau wajah dan maruah agama ini yang harus kita jaga???

Dengan berleluasanya penghinaan terhadap agama ini oleh penganutnya sendiri, sudah wajarkah kita menerima bala???

Masih wajarkah Allah menangguhkan hukuman dan bala Nya kepada kita dan anak cucu kita yang sedang mencabar Allah secara amat berani dan berleluasa??? Kami tidak mahu berbicara panjang. Silalah renungkan firman berikut ini,

Surah 6. Al An’aam 68.

Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa, maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat.

Surah 4. An Nisaa’

17. Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan LANTARAN KEJAHILAN, yang kemudian mereka BERTAUBAT DENGAN SEGERA, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

18. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” Dan tidak orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

137. Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman, kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.

138. Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,

140. Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya, tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam,

Rayuan kami,

Berhentilah memperolok-olokkan agama dan mencabar Allah.

Taubat hanya diterima lantaran kejahilan.

Taubat hanya diterima jika kita lakukan SEGERA sebaik sahaja kita sedar DAN menerima peringatan.

SELAMATKANLAH DIRI KITA, DAN AHLI KELUARGA KITA DARI API NERAKA. PERBANYAKKANLAH TEGURAN DAN NASIHAT MENASIHATI. INGATLAH FIRMAN ALLAH, JIKA BALA TURUN, IA TIDAK HANYA MENIMPA PENDOSA, KITA YANG BERADA BERSAMA MEREKA AKAN TURUT MENERIMA AZABNYA.

Peringatan dan nasihat dari
WARGA PRIHATIN

Kembara Kifayah Ke Jepun Kaji Selidik sistem Pendidikan oleh Saiful Nang dan Dr Intan

415Baru-baru ini kami telah ikuti isu semasa, menyahut seruan kerajaan agar sama-sama cuba menyelami permasalahan yang melanda sistem pendidikan negara. Kami singkap dan ulas banyak perkara tentang kelemahan sistem pendidikan kita itu dan berazam untuk kongsikan hasil penyelidikan kami.

Sebelum ini wakil kami Haji Saiful Nang dan Dr Intan Salwani berkampung sekitar sebulan di Eropah. Selain menggali dan meneliti melalui pembacaan, mereka juga menjelajah dunia untuk meneliti apakah sistem pendidikan terbaik untuk generasi kita. Sepanjang masa kami mengikuti perkembangan terkini mengenai perkembangan sistem pendidikan dunia.

Saat ini Dr Intan Salwani dan suaminya Saiful Nang sedang berada di Tokyo untuk lawatan komparatif sistem pendidikan Islam. Mereka tinggalkan ketiga-tiga anak yang masih kecil di tanah air dalam misi kajian ini. Lawatan ke Jepun kali ini khusus untuk mengkaji kaedah terbaik mempersiapkan projek Pembangunan Sekolah Integrasi Islam yang bakal dilaksanakan oleh Warga Prihatin.

Dalam banyak kajian kami melalui muzakarah dengan ilmuan dan melalui pembacaan, kami dapati dari beberapa espek duniawi, sistem pendidikan di Jepun lebih Islamik dari negara-negara Islam sendiri (walaupun mereka bukan Islam). Begitu juga sistem pendidikan di Finland, China, Singapore dan sebagainya. Oleh itu kami tidak batasi penyelidikan dan kajian kami dalam soal pendidikan ini. Ini sesuai dengan falsafah “belajarlah kamu walaupun dengan Cina”.

Apa yang telah tersedia dalam Islam harus disesuaikan dengan keperluan duniawi. Oleh itu kami menghantar wakil ke luar atas biaya sendiri untuk mendapatkan kepastian secara zahir, secara in-situ untuk membenarkan apa yang telah kami kaji secara remote. Kita ingin ambil kebaikan apa sahaja yang ada pada amalan kehidupan mereka, bukan untuk mengambil doktrin atau agama mereka.

Prinsip pendidikan kami ialah agar kita didik segala yang terpenting dalam hidup seorang insan sebelum umur mereka 7 tahun. Itu yang nampaknya sangat ditekankan di Jepun itu. Anda pasti sukar untuk membina sebuah bangunan dahulu kemudian baru menanam cerucuk pasak kemudian. Oleh itu kita harus dahulukan akhlak sebagai cerucuk gedung pendidikan anak anak kita.

Saiful Nang dan Dr Intan berada di Osaka atau Kyoto pada 24hb dan pulang pada 25hb jam 11 pagi dari Kansai. Selain ke Tokyo dan Osaka, mereka juga akan ke Utsunomiya. Anda yang sedang berada di Jepun mungkin boleh berkongsi pengalaman dan maklumat dengan beliau di sana, untuk menjayakan misi kita bersama. Berikut ialah tentatif mereka,

15hb – Tiba di Haneda
16hb – Jalan-jalan cari supplier / business bersama Jusri untuk projek jualan amal RPWP
17hb – Lawatan ke Waseda Elementary (Malam mungkin mereka free)
18hb – Lawatan ke Sekolah Autism di Yokohama
19hb – Lawatan ke Preschool Waseda
19hb – (petang) – Lawatan ke Kelas pengajian Utsunomiya University
20hb – Saiful nang FREE (Dr Intan ada workshop di Utsunomiya)
21hb – Lawatan anjuran Utsunomiya University (Nikko Trip)
22hb – Workshop fotografi anjuran student.
23hb – Free sehingga jam 3 petang
23hb – (malam) – Bertolak ke Osaka
24hb – Di Osaka sepanjang hari bersama hos
25hb – Ke Kansai Airport untuk penerbangan 11 pagi.

FARDHU KIFAYAH UNTUK PENDIDIKAN NASIONAL

Sebelum ini ramai yang menempelak tiada kurangnya Warga Prihatin yang kononnya ikut mengulas isu pendidikan negara dan hujungnya meninggalkan masalah dan persoalan tidak terjawab. Padahal dari masa ke semasa kami sentiasa kongsikan hasil pendidikan anak-anak kami dalam tips parenting yang bersiri namun tidak ramai yang perasan. Maknanya, kami bukan keyboard warior yang hanya pandai melalak dan menuding jari sahaja. Kami tidak kongsikan apa yang kami belum kaji dan laksanakan dengan berkesan.

Sebenarnya apa yang kami kongsikan telahpun kami lakukan kajian yang agak mendalam. Sebahagiannya telah pun kami laksanakan sendiri dalam skala kecil, dalam lingkungan anak-anak didik dan warga rumah kami. Kali ini kami serius ingin melanjutkan lagi kajian kami sehingga insyaAllah anda akan lihat terdirinya satu “Sekolah Interasi Islam” ala tahfiz, namun ia mencakupi bidang akademik yang komprehensif dan praktikal berpaksikan akhlak sebagai pasak pendidikan.

Kerana itu kami amat bersyukur apabila YAB Timbalan Perdana Menteri mengumumkan dasar pintu terbuka agar Sekolah Agama Rakyat atau Ma’had Tahfiz mengambil peluang untuk merealisasikan sistem pendidikan Islam sepanjang hayat baru baru ini.

Insyaallah akan kami kongsikan apa sahaja hasil baik dari apa yang kami bakal usahakan sepenuhnya nanti dengan pihak kerajaan atau mana-mana sahaja institusi pendidikan yang berminat untuk berkongsi pengalaman demi memajukan sistem pendidikan generasi kita. Mari jadikan ini satu tanggungjawab bersama, satu fardhu kifayah untuk kita. Buktikan kita bukan hanya insan yang hanya tahu bersungut dan menuding jari kepada pihak lain sahaja.

Masih belum terlambat bagi anda yang berada di Jepun untuk bertemu saiful Nang dan Dr Intan Salwani di sana. Beliau kelihatan amat kesukaran mendapatkan talian internet melalui telefon mereka.

Misi pendidikan
WARGA PRIHATIN

kita Masih Ego menyalahkan Takdir Dalam Kes Jenayah Juvana

00 musibahKELMARIN baru kami ulas kes buang bayi, dan pagi ini ada lagi. Oleh itu, hari ini ingin kami kongsikan beberapa kes yang dirujuk kepada kami dalam ulasan semasa kali ini. Penekanan kali ini ialah jenayah juvana, samada selaku mangsa ataupun pemangsa. Jenayah ini semuanya memberikan kesan fatal samada secara lahiriah maupun dari espek rohani. Sebahagiannya tidak pernah dilapurkan kepada pihak berkuasa. Tujuan kami hanya untuk menampakkan keseriusan situasi semasa sebagai peringatan kepada para ibu bapa.

KES ANAK TUNGGAL YANG DIMANJAKAN

Ini kes anak tunggal dari satu keluarga berada yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa. Anak ini mendapat segala gajet dan kemewahan hidup yang diperlukan. Dalam rumah ada khidmat maid dan guru tuisyen peribadi sejak sekolah rendah lagi. Ironinya, sejak berumur 12 tahun anak ini yang ‘cukup makan’ dan berbadan besar sudah mampu meniduri maid dan guru tuisyen yang mengajarnya.

Apabila sedar, situasi ini sudah parah dan terlambat untuk diperbaiki. Anak ini dihantar ke pondok tahfiz, namun kedegilannya telah mengatasi kuasa pendidik. Guru-guru dan rakan rakan beliau ditipu dengan pelbagai cara. Untuk mengelakkan dari hukuman, anak ini lari dari pusat tahfiz itu dan masuk ke politeknik dengan mengulangi masalah yang sama. Beliau turut dikatakan merosakkan ramai gadis lain dan menipu pensyarahnya. Masalah bertimpa-timpa. Suara ibu bapa sudah tidak didengar lagi.

KES ANAK USTAZAH KETAGIHAN SEKS SEAWAL USIA 13 TAHUN

Dalam kes anak gadis seorang ustazah dan seorang anggota polis yang berumur 16 tahun itu ada kaitannya. Beliau yang mengaku telah ditiduri ribuan kali oleh 285 jantan itu mengakui yang ramai juga lelaki bawah umur yang menidurinya secara beramai-ramai dalam keadaan sedar dan rela. Menurut ibu si gadis ini, setiap malam anak ini akan keluar dibawa Mat Rempit dan hanya pulang jam 5 pagi. Ibu bapa tahu tapi tidak mampu berbuat apa apa.

Bermula dari ponteng sekolah, lari rumah lalu anak ini tinggal bersama teman lelakinya yang tinggal di rumah bujang bersama beberapa teman wanita lain. Setelah 2 minggu tinggal bersama, gadis ini tidak dapat menahan nafsu melihat keseronokan teman wanita lelaki bujang yang juga tinggal sebumbung itu lalu menggoda teman lelakinya untuk menidurinya.

Setelah ditemui bapanya dan diletakkan di asrama yang agak jauh, dia melarikan diri pula dari asrama. Sekali lagi kerana kesempitan wang, dia merelakan diri untuk ditiduri lelaki separuh umur yang tidak dikenali, hanya melalui perkenalan di stesen bas. Begitulah selanjutnya sehingga kami selamatkan dia dari rumah bujang dan kami simpan untuk dipulihkan selama 7 bulan. Gadis ini yang berusia 15 tahun ketika itu sanggup melacur diri setiap malam untuk menyara teman lelakinya yang juga penagih dadah.

KES GRADUAN UNIVERSITI IKUT LELAKI INDIA DAN MENGANCAM IBU BAPA

Keluarga gadis ini mengadu untuk meminta bantuan menyelamatkan anak gadisnya yang sudah tidak dapat dikawal. Gadis ini melarikan diri tinggal bersama seorang lelaki India selepas sekian lama memadu kasih. Ibu gadis ini pernah terserempak anaknya berwebcam dalam bilik dalam keadaan lucah namun tidak melakukan sebarang tindakan.

Apabila ditegur, gadis ini membawa lelaki India tersebut dan bertemu ibunya dan berlaku ketegangan. Lelaki India ini mengugut ibu gadis ini mengatakan anaknya sudah berumur 21 tahun dan ibu tidak berhak menghalang hubungan mereka. Beliau malah mengugut untuk menyaman ibu ini atas dasar hak asasi. Anak malang ini malah menjerkah ibunya, mengatakan siapa ibu senang-senang mengatakan dia derhaka? nak menentukan syurga neraka bagi dia???

Ironinya, si bapa seperti kehilangan arah. Setelah lebih 2 bulan anak lari dari rumah pun beliau masih tidak melapurkan kepada polis kerana kononnya anak ini sudah besar dan keluar rumah atas kerelaan sendiri. Beliau hanya berharap kepada bantuan Darus Shifak untuk membomohkan anak ini.

Setelah dikajiselidik, didapati kelaian sudah bermula sekian lama. Ibu bapa ini membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar malam dan hanya berpesan jangan pulang lewat dari jam 12 malam. Wajarkah limitasi seorang bapa terhadap anak gadis seperti ini??? Dari situlah anak ini bercampur dengan NGO Internasional yang aneh sehingga bertemu dan memadu kasih dengan lelaki India ini.

KES SUMBANG MAHRAM JUVANA

Kes yang dirujuk kepada kami ini amat menyedihkan. Seorang gadis sunti berusia 8 tahun ditiduri buat kali pertama oleh rakan abangnya. Dalam masa yang sama abang beliau pula meniduri adik perempuan kepada perogolnya. Dua gadis sunti ini menjadi mangsa, dirogol serentak oleh abang-abang mereka.

Seumur ini gadis ini tidak tahu apa-apa kerana abang sendiri yang membawa beliau ke rumah kosong itu. Ironinya selepas itu, beliau menjadi tempat memuaskan nafsu oleh abang sendiri sehingga umur beliau mencecah 20 tahun. Amat menyedihkan kerana selepas abang beliau berkahwin, beliau menjadi seorang yang ketagih seks dan merelakan diri ditiduri oleh siapa saja yang sudi.

Ada terlalu banyak kes sumbang mahram seperti ini yang tidak mampu kami tuliskan satu persatu. Cukuplah untuk memperlihatkan kondisi jahiliyyah yang lebih teruk dari haiwan. Kawal dan pantaulah aturan dalam rumah kita, kerana pencabulan sudah bermula dari usia 5 tahun, berulang kali bahkan beramai-ramai dalam kalangan saudara mara sendiri.

KES ZINA DAN BUANG BAYI DALAM PENGETAHUAN IBU BAPA

Melalui artikel “Satu Nafas Satu Zina”, kita dapat lihat betapa ramai yang membenarkan situasi ini, BAHKAN MENGEMUKAN kes-kes yang lebih teruk dari itu. Sila lihat artikel itu di sini.
http://prihatin.net.my/2013/12/12/tahap-kritikal-terkait-buang-bayi-satu-nafas-satu-zina/

Dalam artikel ini kami kongsikan kes yang dirujuk kepada kami mengenai ibu bapa yang tahu anak mereka sedang enjoy berzina namun tidak melakukan suatu apa pun. Ramai gadis muda seusia 18 tahun sudah lakukan 4 kali pengguguran, seumur 24 tahun sudah 6-8 kali gugurkan bayi, meneruskan zina lalu hamil lagi. Malah ada pembaca yang memberitahu jiran mereka sendiri yang membiarkan anak-anak gadis mereka hamil dan buang bayi berkali-kali kerana ingin menjaga nama keluarga. Mahu dinikahkan masih terlalu muda kononnya.

Seorang ibu tunggal yang ‘berada’ dengan senang hati membiarkan teman lelakinya keluar masuk rumah dan tidur sebilik dengannya, diperhatikan pula oleh anak-anak gadisnya. Malah beliau membiarkan teman lelakinya menjemput anak-anak gadis beliau dari sekolah dan kolej. Lebih sedih lagi, anak bujang beliau turut membawa teman wanita pulang ke rumah dan disitulah terhimpunnya aktiviti zina, jenayah seksual dalam satu rumah.

Dalam kes berlainan, seorang abang melapurkan kepada bapanya seorang anggota polis, akan kes adiknya yang membawa masuk teman lelakinya dalam bilik. Tabiat itu sudah berlarutan selama 3 tahun tanpa tindakan tegas. Apabila anak gadis itu dikurung, beliau sendiri membuka tingkap untuk membolehkan teman lelakinya masuk melalui tingkap untuk memuaskan nafsu. Apabila disita tingkap tersebut, gadis itu malah lari untuk tinggal bersama teman lelakinya. Itulah akibat ketagihan seks.

ULASAN DARI KES-KES YANG DILAPURKAN DALAM AKHBAR

Prinsip statistik (Law of statistic) menunjukkan daripada satu kes yang dilapur atau ditemui, ada puluhan lagi yang sebenarnya telah berlaku. Dari kes-kes yang dilapur, kita lihat pertengkaran pembaca apabila ada yang mengatakan musibah itu adalah atas sebab kelalaian ibu bapa. Yang lain melenting mengatakan kita tidak patut berkata begitu, menyalahkan ibu bapa.

Sila baca hati-hati berita dari pautan berikut jika anda ada masa dan kenalpasti di mana silapnya. Ini semuanya melibatkan gadis bawah umur. Setiap hari ada saja wawancara dan pendedahan terbuka tentang kes sebegini di tv, bagaimana anak-anak gadis yang terlanjur ini mengakui kronologi bagaimana mereka terjebak.

Dalam kebanyakkan kes, kita lihat memang jelas ada kelalaian ibu bapa. Membiarkan saja anak keluar malam dan pulang lewat pagi. Hanya tersedar setelah anak dirogol, dibunuh, anak hamil, ditangkap khalwat, buang bayi dan sebagainya. Dalam kes anak gadis 14 tahun yang dirogol dan dibunuh bersama adik adiknya sangat jelas kelalaian ibu bapa. Bagaimana anak 14 tahun boleh dizin keluar malam? Wajarkan anak gadis itu bekerja, mengabaikan persekolahannya? Wajarkan anak gadis itu memandu motosikal tanpa lesen? Jika keluarga ini susah bukankah ada Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Kami sahkan kelalaian ini berlaku dengan berleluasa kerana kami pernah menegur seorang bapa yang membiarkan anak-anak gadis mereka belajar di tingkat atas rumah beliau bersama 10 rakan mereka bercampur bebas lelaki dan perempuan. Alasannya ialah beliau ada di bawah (sedang membaiki kereta). Kami tanyakan berapa jam dibiarkan anak-anak itu bergaul mesra, dia kata 3 jam. Hasil kajian kami, kes begini yang berleluasa berlaku disebabkan sangkaan baik yang keterlaluan. Ibu bapa tidak peka dan melihat bayang musibah sebelum berlakunya. Bukan itu yang Allah ajarkan. Jangan kamu hampiri zina, itu adalah ungkapan prejudis dan pencegahan. Bukan bersangka baik yang tidak kena pada tempatnya.

http://prihatin.net.my/2013/12/16/remaja-14-tahun-hamil-dirogol-pengerusi-surau/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/kes-bunuh-dan-rogol-3-beradik-bukan-kes-biasa/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/jenayah-seksual-akibat-nafsu-budak-hingusan/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/dua-suspek-culik-jual-bayi-ditahan/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/suami-mangsa-rayu-kes-adi-putra-dibuka-semula/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/bayi-lemah-menangis-40-minit-ditemui-belakang-rumah/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/mangsa-rogol-8-remaja-lelaki-dakwa-dipaksa-dan-dicederakan-bukan-ketagihan-seks/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/polis-cari-5-lelaki-samun-dan-rogol-dua-wanita-di-dungun-titik-hitam-jam-3-pagi/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/bapa-rogol-anak-kandung-dipenjara-15-tahun-10-sebatan/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/jaip-digesa-siasat-gambar-lucah-pelajar-di-fb/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/kisah-dua-pelajar-yang-dahaga-di-awal-usia-pendedahan/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/remaja-14-tahun-perkosa-budak-12-tahun/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/remaja-bergelumang-noda-sejak-berusia-14-tahun-melacur-jual-bayi-sendiri/

http://prihatin.net.my/2013/12/16/pelajar-cemerlang-dirogol-dengan-rela-di-rumah-nenek/

http://prihatin.net.my/2013/09/12/anak-maut-lagi-kemalangan-sama-tetap-berulang/

http://prihatin.net.my/2013/10/20/parenting-tips-30-falsafah-kejar-akhirat-dunia-mengikut/

http://prihatin.net.my/2013/10/15/tid-bit-parenting-28-zina-anak-sekolah-satu-bencana/

Kita selalu meletakkan takdir Allah kepada perkara buruk. Terkadang kita seolah bersifat prejudis dan meletakkan keburukan yang kita taja itu kepada Allah. Terkadang kami lihat kata-kata kita menampakkan Allah itu tidak adil kerana mengizinkan penganiayaan terhadap anak kecil sampai di rogol, dilanggar kereta oleh abang sendiri dan berbagai-bagai lagi. Padahal bibir kita berkata, segala yang baik sahaja dari Allah, yang buruk itu kerana kelemahan kita sendiri tidak ikut aturan Allah.

Mari kita hadapi musibah ini dengan merujuk semula kepada banyak peraturan Allah yang sudah kita langgar. INNALILLAHI WAIINA ILAIHI ROJIUN. Sesungguhnya bagi Allah, dan sesungguhnya kepada Nya ada rujukan itu. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya. Jika anak 15 tahun tertembak polis selepas dikejar memandu kereta tanpa lesen dengan merbahaya jam 3 pagi, dan begitu juga kes-kes jenayah juvana jam 3 pagi seperti yang di lapur itu, adakah kita ibu bapa memainkan peranan mencegahnya? Perhatikan juga firman Allah ini,

42. Asy Syuura
30. Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar.

48. Jika mereka berpaling maka Kami tidak mengutus kamu sebagai pengawas bagi mereka. Kewajibanmu tidak lain hanyalah menyampaikan. Sesungguhnya apabila Kami merasakan kepada manusia sesuatu rahmat dari Kami dia bergembira ria karena rahmat itu. Dan jika mereka ditimpa kesusahan disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri karena sesungguhnya manusia itu amat ingkar.

APA JALAN KELUAR DARI MASALAH INI?

Tangkapan sudah tidak memberi erti lagi. Kami sarankan agar kita merapatkan saf, membentuk jemaah dalam kejiranan dan kelompok kita. Kita hidupkan suasana kejiranan dan persaudaraan, saling bahu membahu, tolong menolong serta nasihat mensihati dengan ikhlas, penuh rasa tanggungjawab dan berkasih sayang. Kita perhalusi semula firman dan sunnah bersama-sama. Jangan banyak menuding jari.

Kami telah cuba menghidupkan suasana kekeluargaan dan kerjasama itu untuk sekian lama. Itu saja jalan keluar dalam mendepani permasalahan ini. Kita tidak mampu hidup sendiri lagi. Itu pesan nabi, bila kita tinggalkan hidup berjemaah, maka kita akan dibaham syaitan, seperti serigala membaham kambing gamaknya. Pupuklah cara hidup yang koperatif, bukan kompetitif.

Kami tutup cetusan ini dengan surah 36. Yaasiin: 6. “Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai”.

Semuga cetusan ini mampu menghidupkan semula hati kita yang sudah lama mati, mata yang sudah lama membuta dan tangan yang sudah lama kusta…

Kudap Kudap
WARGA PRIHATIN.

Mengapa Kita Menganut Islam

00 sunnah lebahMENGAPA KITA MENGANUT ISLAM?
Berita skandal Awang Hitam dalam buletin utama malam tadi amat menyedihkan. Selamba saja wanita Melayu diserbu, tinggal bersama pemuda-pemuda Negro dalam sebuah rumah. Tidak serik-serik gadis kita jadi mangsa penipuan internet, menjadi keldai dadah, menyerah duit untuk membeli cinta bahkan menghalalkan tubuh untuk diratah Negro beramai-ramai. Hebat sekali sembahan nafsu seks wanita kita. Anak sendiri sanggup dibiar diperkosa, bahkan dibunuh oleh ‘teman lelaki Awang hitam’ mereka. Cerita seorang wanita melayu duduk serumah dengan ramai bujang sudah tidak lalu kita nak singkap.Terjentik dalam dipan-dipan kami persoalan ini, apabila kita yang mewarisi agama Islam ini seakan hilang taring keIslamannya. Kami perhatikan segala kerosakan dan gejala umat Islam yang mengaku Islam dan berpakaian macam Islam tetapi kebejatan tetap berlaku di depan mata. Setiap pagi, ada saja berita buang bayi disajikan, gejala zina dan kes rogol yang rela mahupun paksa. Pelacuran di kalangan ahli keluarga, malah meruntuhkan nilai Islam sehingga dipijak tanpa harga pada seorang yang namanya berBIN dan BINTI. Hanya itulah pengenalan yang menjadi petunjuk KEISLAMAN kita hari ini. Islam hanya di atas kad pengenalan!

KEMBALI KEPADA QURAN DAN SUNNAH

Kami dihujani pelbagai persoalan untuk mencari jalan keluar. Ramai meminta petunjuk sinar harapan yang ada pada kami. Tiada kaedah dan jawapan mudah melainkan merujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Hanya di dalam Al-quran sahaja yang menyediakan jawapan dan tanda aras samada masih Islamkah kita pada hari ini? Apakah nilai Islam pada kita? Adakah Iman dalam jiwa kita lagi? Al-quranlah satu-satunya yang JUJUR memberikan jawapan, tidak bias dan kekal asli untuk menjadi pembeda antara yang haq dan batil.

Sebelum kita menuding jari pada orang lain, perhatikan sendiri diri kita. Kita sering bergaduh dan berkelahi dalam persoalan ranting tetapi memandang remeh dalam persoalan asas yakni akar dan pokok. Persoalan yang paling besar yang perlu kita jawab, apakah kita berpegang teguh kepada asas rujukan sebenar kita yakni al-Quran dan as-Sunnah? Ramai yang mengangguk tahu tentang itu, namun berapa ramai yang sedar akan kepentingan 2 perkara itu. Al-quran masih disimpan dalam almari, tidak disentuh malah dipandang sebelah mata. Berbeza benar dengan selera menghadap televisyen sampai terbeliak dua biji mata.

Untuk percaya atau tidak, sila kaji selidik ummat Islam hari ini. Antara 100 orang di dalam satu fokus group, berapa ramai yang tahu kandungan ayat al-Quran? Berapa ramai yang celik dengan susunan ayat al-Quran? Ayat al-Quran terbahagi kepada berapa golongan? Persoalan-persoalan ini cukup untuk memberi kita satu jawapan. Silapnya ummat Islam hari ini ialah MENGABAIKAN AL-QURAN! 30 buah buku untuk menjawab soalan peperiksaan mampu dihabiskan dalam satu semester, tapi nak menghabiskan 1 kitab al-quran terjemahan boleh jadi seumur hidup! Itupun terlalu ramai juga yang sampai mati tidak habis pun membaca terjemahan quran untuk memahaminya.

Secara terbuka kami minta pembaca mulakan dengan membaca terjemahan alquran dahulu apabila mereka banyak bertanya apa saja formula kehidupan. Kemudian baru kami mudah menjelaskan susurgalur jalan keluar penyelesai masalah mereka. Ironinya, ramai yang kembali mengadu, tidak sampai 3 hari mereka mula istiqomah membaca al-quran terjemahan, mereka sudah di cop sesat. Lebih menyedihkan lagi, ibu bapa sendiri yang tidak tahu hujung pangkal turut merasakan kebimbangan itu sebaik saja perasan mereka mengisi ruang masa dengan khusyuk membaca quran. Padahal mereka hanya berusaha mencari cahaya bagaimana nak membina diri serta keluarga ikut sunnah dan aturan Allah.

MENGAPA TELAHAN SESAT INI TERJADI? Pastinya kerana habit kita sudah sangat berlainan dengan mereka yang mengatakan kita sesat. Mereka sudah terbiasa hidup tanpa al-Quran. Tentunya yang tidak membaca petunjuk itulah yang sesat bukan? Jadi bila anak mereka mula baca Quran, itu dilihat sesat kerana ia jadi pelik dan luar biasa bagi mereka. Cuma bagi kami sesat begini adalah kesesatan yang bagus, kerana yang mengatakan kita sesat adalah orang yang tersesat. Mana mungkin orang yang berjalan membaca petunjuk dikatakan sesat oleh orang yang sedang meraba-raba? (QS 68:1-13)

Untuk merealisasikan ikrar kita yang kononnya mahu ikut al-Quran dan sunnah, pastinya kita harus fahami dahulu, baru nampak kesungguhannya. Bagaimana nak ikut quran dan sunnah, mahu jadi ahli sunnah dan berjemaah jika sunnah besar nabi yakni membaca dan mengikut petunjuk quran itu kita tidak ikut?

Paling menyedihkan ialah, bila ditanya kepada pengadu yang ingin tahu rahsia kesejahteraan keluarga kami ini, siapa yang suruh mereka baca quran, lalu dijawab Prihatin. Serta merta mereka kata Prihatin itu sesat. Padahal kami cuma minta dia beli dan baca saja. Kami belum kenal pun dia dan beliau tidak pernah datang jumpa kami pun. Dari mana datangnya keputusan itu? Inilah masalah kita, memutuskan tanpa ilmu.

Surah 55, Ar-Rahman adalah surah yang menjelaskan bagaimana pemurahnya Allah, mengajarkan kita al-quran. Berulang-ulang kali Allah peringatkan kepada kita akan nikmat Allah yang mana lagi harus kita dustakan? Pastinya nikmat paling besar kita dustakan ialah al-Quran itu sendiri.

Berjalanlah kita di atas muka bumi dan perhatikanlah sekeliling kita hari ini. Apakah hasil yang kita lalui akibat dari tindakan kita mendustakan ayat-ayat Allah? Berapa banyak jenayah yang berlaku dalam masyarakat? Kerosakan akhlak anak-anak berlaku di merata-rata tempat. Masjid sendiri sudah tidak disucikan, tanpa segan boleh jadi tempat mencuri, menghisap dadah, jadi sarang melepas nafsu serakah. Di situ jugalah anak hasil zina dibuang. Sesungguhnya manusia itu memang sudah seperti binatang, bahkan lebih teruk dari itu! (QS: 7/179)

JADILAH SEPERTI LEBAH, JAUHI LABA-LABAH

Al-Quran dijadikan sebagai petujuk kepada umat manusia tentang kebenaran dan kebatilan. Ia juga terkandung bukti supaya dapat kita membezakan baik dan buruknya. Kita diciptakan oleh Allah untuk mengikut petunjuk yang diberikan dalam Al-Quran. Jika kita tidak membaca Al-Quran bagaimana hendak mengetahui petunjuk dan bukti yang diberi? Bagaimana pula kita hendak membezakan yang haq dan batil?

Dah jumpa dimana letaknya naskah terjemahan Al-Quran anda saat ini? Atau anda belum beli lagi? Belum install lagi dalam komputer dan smartfone anda? Memory dah penuh dengan lagu?

Tuhan tidak menciptakan manusia dengan sia-sia. Ada fungsi dan tugas kita sebagai hamba. Jika kita masih bermegah di atas dunia, nyatalah kita masih belum mengaku diri sebagai hamba. Tugas hamba adalah patuh kepada tuannya. Jika tidak patuh maka murkalah tuan punya hamba.

Fungsi kita di dunia ini sudah terbalik. Kita lupa siapa Allah sebagai PENGATUR. Kita terjerat, menjadi mangsa sistem hidup dan ekonomi aturan YAHUDI. Itulah cara labah-labah. Ia meletakkan sarangnya seluruh dunia. Kitalah mangsanya yang terperangkap tanpa mampu berbuat apa-apa. Rupa kita masih sama, tapi dalaman kita sudah rompong disedut mereka.

Kita hanya membuta tuli mengikut aturan mereka, HAMBA kepada sistem mereka. Kita bekerja dan hidup 24 jam dengan agenda pembodohan manusia untuk sujud patuh pada HARTA, WANITA dan PANGKAT DUNIA. Kita langsung menjauhi niai Islam yang sebenar. Hilang agama, hilang JEMAAH, malah pohon tauhid kita langsung ditebas, diracun akarnya supaya kita hilang arah mencari diri kenapa dan bagaimana kita harus jadi MUSLIM!

APA CIRI LEBAH?

Lebah, hanyalah serangga. Besar manalah sangat saiz seekor lebah, jika hendak dibandingkan dengan kita manusia, yang Allah telah lantik untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Hebatnya serangga kecil ini kerana cara hidup berjemaah. JEMAAH LEBAH ini taat pada POHON DAN RUMAH yang SATU. Di situlah tempat bergantungnya SARANG mereka yang SATU. POHON yang terpilih itu pula pohon yang baik; akarnya teguh, cabangnya melangit. Dahan yang dipilih pula jauh dari gangguan. Pokok itulah sistem tauhid Allah yang punya maruah yang tinggi, berdiri dengan sendirinya dan memberi manfaat, merahmati alam semesta.

Allah sendiri menceritakan perihal lebah dalam Al-Quran (Surah 16; An-Nahl). Adakah Allah menceritakan perihal lebah untuk suka-suka, sekadar untuk kita menghayati keindahan seekor lebah? Sekadar mahu khabarkan yang Allah berkuasa mencipta lebah? Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu dan menceritakannya dengan sia-sia. Setiap yang diceritakan di dalam Al-Quran ada pengajaran, ada manfaat bagi mereka yang sudi mendengar, melihat dan berfikir.

Al-Baqarah :2, “Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; PETUNJUK bagi mereka yang bertaqwa”.
Al-Baqarah :5 “Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.

Maha Bijaksana Allah, dijadikan seekor lebah sebagai perumpamaan. Tidak Allah jadikan sesuatu yang ghaib, yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita sebagai petunjuk, panduan dan pengajaran bagi kita. Segala yang Allah jadikan petunjuk itu wujud dan ada di sekeliling kita. Beruntunglah mereka-mereka yang mencari dan mendapat petunjuk dari Allah.

Carilah yang baik-baik seperti lebah untuk merahmatkan alam, memilih nektus yang terbaik. Lebah sedut madu dari pelbagai bunga, dikumpul jadi makanan dan ubat terbaik untuk manusia. Bunga tidak layu, bahkan lebah membantu pendebungaan. Tidak seperti habit laba-laba yang memangsa bersendirian. Tidak banyak bergerak, hanya dengan memerangkap mangsa saja. Mangsa yang terperangkap akan disedut isinya, meninggalkan rupa saja.

KAITAN LEBAH DENGAN UMMAT MANUSIA

Dajjal itu berupa-rupa. “Jika datangnya selepas aku tiada, maka setiap diri harus jaga diri masing-masing” nabi kata. Jika Dajjal merosak fahaman, maka lawannya ialan Nur Muhammad, cahaya ilmu dari Nur Allah. Hari ini rasanya sudah lebih 73 ajaran sesat diseluruh dunia. Ironinya, Dajal-Dajjal yang nak menyesatkan kita juga pakai quran. Orang yang kurang berfikir akan bertanya, bagaimana hendak pilih 1 YANG HAK DARI 73? Ramai juga yang takut tersalah pilih? Janganlah bila takut, terus langsung kita tidak memilih dan berusaha.

Gunakanlah akal untuk berfikir. Allah telah memudahkan Al-Quran sebagai pelajaran. Allah tanya berulang kali dan ditanya lagi, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan? (54 Al-Qamar: ayat 17,22,32,40). Tentu Allah tahu kita tidak mahu ambil pelajaran kerana itu Allah ulang pertanyaan itu berkali kali.

Jika kita masih terkapai-kapai dengan soalan-soalan berkaitan ketuhanan, maka hendaklah kita MENCARI seperti jemaah lebah. Tuhan kurniakan akal untuk kita fikir dan fizikal badan untuk digerakkan dalam usaha MENCARI kebenaran. Ikut proses lebah dalam mencari makanan yang terbaik untuk dibawa pulang ke sarang dengan memilih nektus yang terbaik. Kata kunci disini adalah CARI, PILIH YANG TERBAIK DAN KONGSIKAN.

Setelah dikumpulkan maka terhasillah satu sarang yang penuh dengan nectar terbaik dari ladang. Begitu juga kehidupan manusia di dalam proses mencari tadi, kita perlu berjemaah yang membawa kepada kesatuan dan bukannya perpecahan. Masing-masing mencari dan bawa kepada jemaah untuk disucikan, dirumus dan laksanakan bersama bagi mendapat kemanisan ilmunya. Itulah sunnah iqra’ dan aqimuddin secara berjemaah. Barulah ia dapat menyembuhkan pelbagai penyakit akhlak di kalangan masyarakat yang kini asyik bersengketa.

Di dalam surah An-Nahl Allah perintahkan kita untuk memerhati tingkah-laku lebah sebagai zikir atau nasihat kepada kita. Di dalam sarangnya ada struktur organisasi yg tersusun dan teratur, ada satu pemimpin dan ada pekerja-pekerjanya yang memainkan peranan masing-masing. Sebahagian lagi ditugaskan untuk mencari madu di luar. Perumpamaan yang Allah hadirkan kepada kita di dalam al-Quran bukanlah untuk dijadikan permainan ataupun senda gurau. Ia memiliki fungsi yg saling terkait untuk satu sama lain.

Seperti mana dalam firman Allah dalam surah Al-Imran 3:191 bahawa “… tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..”. Maka hendaklah kita bertafakkur dan bertadabbur dengan ayat-ayat Allah ini.

PERANAN UMMAT ISLAM

Cuba kita kaitkan gerak-kerja lebah dan sistem organisasinya dengan ummat Islam hari ini. Apakah kita memainkan peranan kita sebagai seorang insan yg bergelar muslim yakni berserah diri menunaikan tanggungjawab kita dalam menyeru manusia kepada Allah? Lihat sahaja kehidupan ummat dan dunia Islam hari ini. Bagaimana keadaannya? Kita yakin bahawa kita bukan di tampuk yang atas, bahkan kita telah lama tenggelam sedalam-dalamnya.

Apabila kita melihat saudara seagama kita ditindas apakah reaksi kita? Apakah kita memainkan peranan seperti lebah? Bila sarangnya di serang, sekumpulan lebah akan menyerang kembali. Kita? Bukan kata saudara seIslam, nasib keluarga sendiri pun belum tentu terbela lagi.

Lihat contoh menentukan awal puasa. Kita adalah ummat yang satu, anak bulan yang satu. Kita berpuasa dengan melihat anak bulan yang sama. Itulah satu perintah global yang Allah tunjukkan kepada kita bahawa di mana pun seorang muslim itu berada , petunjuknya hanya satu. Allah mendatangkan al-quran sebagai mukjizat untuk ummat Muhammad. Maka gunakanlah ia sebaik mungkin sebagai syafaat di dunia lagi, bukan sahaja di dalam kubur. Bacalah ia sebagai panduan ketika hidup, bukan DIBACAKAN sewaktu mati nanti !

Nabi Muhammad sentiasa mengenangkan ummatnya yang hidup jauh dari zaman baginda. Bagaimana kita yang masih hidup sihat dan waras ini mengingati dan membalas jasa perjuangan baginda? Apakah sumbangan kita pada agama dalam menghidupkan Islam hatta di dalam rumah sendiri? Di dalam batang tubuh sendiri??

Kesatuan kita amat rapuh kerana berjayanya agenda Yahudi memecah dan perintah jiwa kita yang telah mengikut saja dengan rela dan redha. Kita tidur lena tanpa pakaian agama – bogel tanpa ilmu dan panduan. Masih belum cukup malukah kita bila aurat agama dilondehkan dengan segala penyakit jiwa yang membenihkan jenayah dalam agama. Belum lagi dikupaskan isu-isu fanatisme dan membawa agama sebagai habuan dunia, meraih kekayaan dan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah untuk kesenangan peribadi.

Inilah antara punca-punca Islam itu dipandang sepi dari satu harakah memerintah dunia dengan ADIL dan memandu manusia kepada rahmat seluruh alam. LEBAH yang sepatutnya bersatu sudah kematian RATU. Itulah situasinya sejak sistem Khalifah Islam sedunia yang ditetapkan Allah itu dimansuhkan pada 1924. Hidup kita seperti bangkai yang menagih nyawa – itulah yang Yahudi jenamakan kita! Sewenang-wenang mereka katakan dengan angkuh yang kita Muslim ini sudah macam BANGKAI semata-mata.

Kocak fikir
WARGA PRIHATIN

8 Remaja Lelaki DiDakwa Paksa dan Cederakan Mangsa Rogol Berusia 12 Tahun

6 budak 14 tahun ditahan kes rogol

Hulu Selangor: Umur mereka baru berusia 14 tahun, namun sudah berani merogol seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun yang juga kenalan mereka.

Dalam kejadian 19 September lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tidak hadir ke sekolah kerana difahamkan sudah selesai menjalani peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menurut sumber, pada hari berkenaan, mangsa pergi ke rumah rakannya di Sungai Buaya sehingga lewat petang. “Takut untuk pulang ke rumah, dia tidur di sebuah surau di kawasan perumahan berkenaan.

“Pada keesokan harinya, mangsa mendapati terdapat lapan kanak-kanak lelaki yang juga kenalannya sedang berkumpul berdekatan surau berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian menghampiri mereka sebelum diajak pergi ke sebuah rumah kosong. “Ketika berada di dalam rumah berkenaan, seorang daripada kanak-kanak terbabit menutup mata mangsa menggunakan bajunya.

“Manakala dua lagi kanak-kanak membuka bajunya sebelum bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir,” katanya.

Berikutan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang mengetahui kejadian itu kemudian membuat laporan polis pada hari sama. Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, polis menahan lapan kanak-kanak lelaki termasuk enam berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun untuk siasatan lanjut.

“Semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya. “Mangsa juga dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan terdapat koyakan baru pada kemaluan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin mengesahkan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mangsa Rogol 8 Remaja Lelaki Dakwa Dipaksa dan Dicederakan- Bukan Ketagihan Seks

12 th rela ditiduri 8 lelaki[SH] KUALA KUBU BHARU – Ahli keluarga seorang remaja bawah umur yang dirogol lapan pelajar sekolah menafikan mangsa merelakan dirinya disetubuhi sebaliknya dipaksa dan dicederakan.

Sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sebenarnya baru berusia 12 tahun diugut dan dicederakan sebelum dirogol.

“Dia dibawa ke kawasan rumah kosong di Jalan Rampaisari oleh kelapan-lapan lelaki terbabit sebelum salah seorang menutup matanya dengan kain dan dibawa ke tingkat atas rumah tersebut.

“Ketika itu lelaki terbabit membuka baju, seluar dan meraba lalu merogolnya secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini semalam.

Menurut sepupu mangsa turut ditemani bapa tiri dan ibu saudaranya, mangsa dirogol dua kali di rumah kosong berlainan hanya selang 30 minit selepas itu.

Menurutnya, mangsa cuba menjerit tetapi mulutnya ditekap tangan suspek.

“Dalam jam 8.05 pagi kelapan-lapan lelaki itu sekali lagi membawanya ke sebuah lagi rumah kosong di kawasan sama.

“Dia cuba melarikan diri ketika dibawa ke rumah tersebut tetapi diekori rapat oleh lelaki terbabit. Setibanya di rumah itu, dia diraba dan dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki,” katanya.

Menurutnya, setelah itu mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah kosong tersebut.

Katanya, mangsa keluar dari rumah itu dan menuju ke surau berdekatan untuk mencuci pakaian dan ketika itulah seorang lelaki memanggil dan mendekati mangsa sebelum dibawa ke balai polis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku pada 20 September lalu di sebuah lokasi seperti dimaksudkan sepupu mangsa dan jaraknya hanya kira-kira 100 meter daripada surau berkenaan.

Sepupu mangsa menjelaskan, mangsa keluar rumah pada 19 September lebih kurang jam 9 pagi ke rumah rakannya Jalan Rampaisari 3E, Bandar Sungai Buaya.

Menurutnya, mangsa berada bersama rakannya sehingga petang dan tidak pulang ke rumah.

Katanya, pada keesokannya, lebih kurang jam 7.30 pagi ketika mangsa berada di sekitar kawasan rumah rakannya itu, mangsa telah diajak oleh lapan lelaki ke rumah kosong di jalan yang sama dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.

Tambah sepupu mangsa lagi, gadis itu turut mengalami kecederaan dan kesan lebam pada tangan dipercayai dipijak dan jari-jemarinya kehitaman kerana cuba bertahan dan menahan kesakitan.

“Dia turut mengadu sakit di kepala kerana dihentak pada batang paip PVC.

“Tangannya lebam-lebam kerana dikasari dan dia ada katakan perutnya turut disepak,” katanya.

Sementara itu, menurut ahli keluarga mangsa yang lain, mereka mengakui mangsa tidak hadir ke sekolah tetapi bukan sengaja sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana menemani ibunya yang mahu bersalin.

Menurut mereka, selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mangsa tidak lagi ke sekolah kerana menemani ibunya di hospital.

“Sebab itu dia tidak ada pakaian lain untuk digunakan.

“Dia berulang-alik ke hospital untuk menemani ibunya yang ketika itu hanya menunggu masa bersalin,” kata seorang ibu saudara mangsa.

Katanya, ibu mangsa selamat melahirkan anak perempuan pada jam 3 pagi, 24 September di Hospital Selayang.

Ahli keluarga mangsa turut diberitahu kesemua lapan suspek direman sehingga 27 September bagi proses siasatan.

Difahamkan, mangsa hadir ke IPD Hulu Selangor petang semalam untuk siasatan lanjut dan proses pengecaman kesemua suspek.

Namun, suspek yang dikatakan hadir untuk proses pengecaman itu tidak kelihatan sehingga jam 9 malam semalam. – 26/9/13

P/s: Berdasarkan berita terdahulu, suspek yang merogol mangsa ialah remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun. Gila!

image (27)

Penyebaran Wajah 8 Suspek Kes Rogol Budak 12 Tahun – Keluarga Suspek Ambil TINDAKAN!

[SH] SUNGAI BUAYA – Kesemua lapan keluarga suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun akan mengambil tindakan saman terhadap pihak terlibat mengambil, memuat naik dan menyebarkan gambar anak mereka ke dalam akhbar, internet serta laman sosial.

Tindakan itu diambil susulan tersebarnya gambar lapan suspek termasuk beberapa individu lain berpakaian tahanan yang berada dalam sebuah van pihak berkuasa.

Ibu seorang suspek yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana memalukan keluarga sedangkan anak mereka belum disabitkan kesalahan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal ini. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak kami.

“Bagaimana maruah kami dan bagaimana masa depan anak kami yang sepatutnya boleh dirahsiakan tetapi disebar dan disiarkan dalam media massa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Seorang lagi ibu kepada suspek berkata, kerahsiaan itu sepatutnya tersimpan dan hanya diketahui pihak berkuasa tetapi penyebarannya di media massa mencemarkan maruah ahli keluarga suspek.

“Cukuplah kami dimalukan dengan jiran serta penduduk kampung, tetapi kami kecewa dan tidak boleh bertolak ansur apabila maruah kami dicalar hingga diketahui seluruh negara.

“Gambar itu sudah cukup membuka aib kami semua sedangkan perbicaraan mahkamah sekalipun masih belum berjalan,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak sepatutnya terlepas pandang perkara sedemikian sepanjang suspek berada dalam jagaan atau pengawasan mereka.

Katanya, dari apa yang berlaku itu, individu terbabit atau pihak berkuasa harus bertanggungjawab berhubung perkara ini.

Seorang bapa kepada dua suspek berkenaan berkata, anaknya baru menerima keputusan soal siasat dan masih dalam proses siasatan sepenuhnya, tetapi gambar mereka didedahkan dengan niat mengaibkan.

Katanya, sikap individu terbabit jelas mencemarkan maruah keluarga mereka sehingga tersebarnya wajah anak mereka di akhbar, internet dan laman-laman sosial.

“Maknanya, semua yang terlibat mengambil, memuat naik dan menyebar serta menyiarkan gambar tersebut di internet, laman sosial dan televisyen swasta harus bertanggungjawab,” katanya.

Sinar Harian juga telah difahamkan bahawa gambar tersebut dirakam ketika kesemua suspek termasuk dua lelaki yang menghadapi kes berlainan sedang dalam perjalanan ke Selayang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Gambar tersebut telah mula dimuat naik antara 20 September hingga 25 September lalu dan terus tersebar di laman internet dan sosial. – 5/10/13

P/s: Siasat individu yang merakamkan gambar kesemua suspek ketika berada di dalam sebuah kenderaan, siasat juga individu yang memuatnaikkan gambar itu ke internet. Individu itulah yang perlu dipertanggungjawabkan.