Rescue Project – Kes Anak Makan Nasi Berlauk Garam

image_pdf

Ekoran dari pemakluman tentang anak kecil yang makan nasi hanya dengan air garam kelmarin, kami telah ziarah ke rumah beliau dan bertemuramah dengan keluarganya. Sedih melihat keadaan rumah yang usang, siling rumah banyak yang pecah, atap rumah bahagian dapur reput semuanya, lantai simen juga banyak yang sudah pecah di samping pintu dan dinding yang reput seperti yang dipaparkan semalam.

Lebih menyedihkan kami ialah bila melihat tiada stok makanan di dapur yang hanya ada dapur penunu single itu. Amat menyayat hati dan masih terkesima dengan berita anak yang makan nasi dengan air garam untuk sekian lama, walaupun berjiran dengan rumah-rumah yang agak mewah. Atas dasar itu, maka seluruh Warga Prihatin merasa sangat bersalah dan berdosa kerana selama ini tidak mengetahui penderitaan keluarga ini.

Pagi ini kami mengambil tindakan segera untuk bergotong royong bagi membersihkan kawasan rumah ibu tunggal ini. Selepas solat subuh anak-anak dan bapa pengiring berkunjung untuk melakukan gotong royong dan menyerahkan sumbangan bekalan makanan asas dan makanan segera berupa biskut dan lain-lain secukupnya.

Apabila kami dapat masuk ke dalam rumah, kami dapati beberapa maklumat yang disampaikan sebelumnya agak kurang tepat. Bukan tiada alat letrik, Cuma tidak boleh menggunakan alat letrik kerana tiada bekalan tenaga. Kami dapati ada sebuah TV yang sudah tidak menyala dan sebuah peti ais yang tidak diguna. Kami juga dapati pendawaian dalam rumah sudah siap, tapi meter belum di pasang oleh pihak TNB. Dimaklumkan rumah sewa ini juga milik seorang ibu tunggal yang tidak upaya. Oleh itu insyaallah akan kami bantu kedua-duanya isnin nanti.

penceraian.jpeg b.jpeg video

Ini adalah antara program pembinaan jiwa prihatin terhadap anak-anak. Apabila mereka tidak prihatin maka mereka akan hanya melihat kesengsaraan insan di sekeliling mereka dengan sebelah mata. Hari ini kita semua sudah tahu dan menanti-nanti makhluk yang dijadikan dengan sebelah mata tanpa kita sedar fenomena makhluk ini sudah lama hidup bersama komuniti kita… Astaghfirullah… kami beristighfar sebanyak-banyaknya. Amat takut dengan ancaman Allah yang akan menolak agama kita, yang dikira mendustakan Dien jika masih membiarkan anak yatim tidak dipimpin dan membiarkan orang miskin tidak makan.

Firman Allah dalam surah 107. Al Maa´uun

1. Tahukah kamu yang mendustakan agama?
2. Itulah orang yang menghardik anak yatim,
3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
5. orang-orang yang lalai dari shalatnya,
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna

Saksikanlah situasi keluarga ini dalam klip video ini. Kami jadikan rakaman klip video ini sebagai Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

Kes Update

WARGA PRIHATIN

1 Comment

  1. PakBusu PakTeh

    Sungguh sedih melihat keadaan dan masih ada Insan yg hidup menderita dan sebagai rakyat marhaen apa yg Ketua Kampung/Penghulu atau Wakil Rakyat kawasan tersebut buat? Mana JKM, mana Pejabat Zakat, mana Baitulmal jgn nanti bila umat Islam mendapat bantuan dari pihak Gereja maka mula lah kedengaran nyalakkan dari pihak yg kata memperjuangkan bangsa melayu, komen dari Jabatan Agama lah dan macam2 lagi. Bila istihar hasil kutipan zakan jumlah nya bukan main banyak lagi tapi kenapa orang yg sebegini tidak merasa hasi kutipan zakat tu ada kah mereka bukan Asnaf, jadi di harap Penghulu/ Ketua Kampung, Wakil Rakyat dan mereka2 yg berkenaan turun padang dan jengok lah insan2 yg malang ni.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *