image_pdf

Tid Bit Parenting 28 : ZINA ANAK SEKOLAH – SATU BENCANA

 

ZINA
Tid Bit Parenting 28 : ZINA ANAK SEKOLAH – SATU BENCANA

Di dada akhbar, kaca televisyen mahupun di media massa kini dipenuhi dengan pelbagai kes dan masalah. Masalah kini yang kerap berlaku dalam kalangan kita ialah masalah pembuangan bayi yang tidak dapat dikira berapa jumlahnya. Sehinggakan terdapat tempat-tempat yang dibina khas untuk wanita yang melahirkan anak luar nikah serta bayi yang dilahirkan oleh orang tidak bertanggungjawab. Paparan dan tayangan yang dibuat oleh penjaga kami di RPWP setiap hari sangat menakutkan dan menyedarkan kami.

Inilah salah satu kesan dan akibat yang berlaku disebabkan oleh kebejatan akhlak dalam kalangan generasi muda sekarang ini. Hal ini juga berlaku disebabkan batas pergaulan antara rijal (lelaki) dan nisa’ (perempuan) yang tidak diambil kisah atau dipandang remeh oleh ibu bapa. Amatlah penting perkara ini diberi perhatian kerana masa tidak mampu diundur semula tatkala perkara yang kita tidak pernah jangka itu sudah berlaku.

Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

BAGAIMANA MENGATASINYA?

“Janganlah kamu mendekati zina”. Itulah salah satu perintah Allah SWT yang tercatat dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, sama ada kita sedar mahupun tidak, kenyataannya setiap hari kita melanggar suruhan Allah walaupun kita tahu itu merupakan satu perintah yang mesti kita patuhi.

Apa yang ingin kami tekankan di sini ialah larangan Allah supaya TIDAK MENDEKATI ZINA. Sebenarnya kita ini dahulunya ibarat kera yang tidak cantik dan memerlukan bunga. Kita tidak cantik kerana sistem kehidupan yang teruk. Bunga itu ibarat pemberian Allah iaitu sistem kehidupan yang elok untuk kita pakai. Malangnya kita renyuk dan bazirkan saja. Sekarang ini kita sudah sampai tahap yang Allah katakan seumpama ‘babi’ atau lebih dikenali sebagai haiwan yang ‘melampaui batas’.

Inilah hakikat yang Allah ceritakan dalam Surah Al-Maa’idah(5), 60. Katakanlah, “Mahukah aku beritahu kamu balasan di sisi Allah yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang dilaknat Allah, dan dimurkai-Nya, dan menjadi antara mereka beruk dan babi, dan (bagi) penyembah Thaghut – mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul.”

Manusia zaman sekarang sudah melampaui batas, seolah-olah tidak pernah merasa dosa melakukan zina setiap hari. Yang penting masing-masing dapat memuaskan nafsu dalam diri. Oleh itu, janganlah kita mendekatkan diri kepada zina sekiranya kita tidak mahu hal sedemikian berleluasa.

MENDEKATI ZINA SAJA DILARANG, APATAH LAGI MELAKUKANNYA.

Berdasarkan Surah An-Nur (24), ayat 31; ingin kami rungkaikan isi yang terdapat di dalam ayat tersebut. Bagi memelihara diri daripada didorong perkara maksiat, jagalah pandangan kita. Terutama seorang wanita, namun tidak terkecuali kepada kaum laki-laki juga. Tatkala kita berjalan, tundukkanlah pandangan kita, bukannya mendada. Janganlah kita menunjukkan aurat kita tidak kira di mana-mana pun kita berada.

Melalui pemerhatian kami di sekolah, khususnya pelajar perempuan kini, tatkala sesi persekolahan tamat, tudung yang digunakan bagi menutup perhiasan tubuh badan dah dicabut hilang entah ke mana. Alasannya, panaslah.. tak selesalah.. dan sebagainya. Terlalu ramai juga pelajar menyimpan gambar dan video porno dalam smartfone mereka dengan bangganya. Sesetengah mereka malah menyimpan gambar lucah mereka sendiri walaupun mereka bertudung. Sesiapa yang belum melakukan seks mereka gelar kolot.

Percampuran bebas dalam kelas atau sewaktu aktiviti luar sangat merimaskan. Sewaktu cikgu tidak masuk kelas, kami diminta buat kerja sendiri. Dapatkah bayangkan apa jenis kerja sendiri itu? Pelajar lelaki dan perempuan akan bebas bertepuk tampar, raba-meraba dan bergelak ketawa, mengilai-ngilai dan terjerit jerit tanpa segan silu. Tudung, baju kurung dan kain diselak-selak sesuka hati.

Bayangkan bagaimana rupanya jika kita yang bertudung menyelak baju dan menampakkan susuk peha dan punggung yang hanya bertutupkan kain tipis itu. Ramai juga yang suka menyelak tudung menampakkan belahan dada dari leher baju yang besar dan tidak berbutang… Astaghfirullah.

BAGAIMANA MENUTUP AURAT?

Spesifikasinya harus mengikut Al-Quran dan sunnah, itu PERINTAH daripada Allah. Itu yang ibu bapa RPWP ajarkan kami. Aurat berkait rapat dengan aura (tarikan). Auralah faktor utama yang mampu menyebabkan seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan dan perbuatan sumbang.

Jagalah etika pemakaian dan pakailah pakaian yang menutup aurat agar tidak menimbulkan aura. Jika bertudung ikutlah spesifikasi tudung contohnya sampai menutup dada. Pilihlah kain, ukurlah baju sesuai dengan saiz tubuh kita. Jangan terlalu tipis dan ketat seperti apa yang dipesan nabi sehingga kita berpakaian tapi nampak macam telanjang. Begitu juga cara berjalan, adab bercakap, cara bersolek dan sebagainya.

Sesungguhnya ibadah itu ialah mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Menjaga aurat itu juga suatu ibadah besar yang dapat menyelamatkan diri kita. Selagi ia diperlukan dan kita tetap melakukannya maka ada ganjaran daripada menahan panas dan tidak selesa (bagi yang belum biasa). Kami juga peringkat awalnya begitu, namun alah bisa tegal biasa. Yang penting kita tahu dengan tepat surah mana dan ayat mana datangnya perintah Allah itu. Setiap datang dugaan, ibu bapa ajarkan kami untuk ingat ayat itu sebagi motivasi. Bukan menghafalnya menjadi tangkal azimat untuk selamat tapi kita terus membuka aurat.

Dengan menutup aurat, kita akan terselamat kerana tidak menarik perhatian lelaki buas dengan menunjukkan perhiasan yang terdapat pada diri kita. Ironinya kita sendiri selaku anak nisa’ yang selalu sengaja membesar-besarkan aura itu untuk menarik perhatian dan menjemput pelbagai gejala.

Dengan kaedah memerhati dan mengkaji alam sekeliling, kita akan mampu membaca tanda. Hanya melihat cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap sahaja dapat menggambarkan siapa kita sebenarnya. Oleh itu wajiblah kita sentiasa berjaga-jaga. Walaupun kita merasakan perkara ini sesuatu yang dianggap kecil, namun masalah yang besar sebenarnya datang dari perkara yang kecil yang tidak diatasi dari awal.

Akhir kata, sentiasalah istighfar diri kita dan perkuatkan istighfar dengan taubat iaitu agar kita istiqomah dalam melaksanakan islah. Dengan istighfar (sentiasa memohon ampun) dapat dijadikan hudud, lebih-lebih lagi percampuran sumbang antara rijal dan nisa’. Bersama-samalah kita menuju ke arah kebaikan agar dapat melahirkan insan yang berkualiti pada masa hadapan.

Cetusan zam zam
WARGA PRIHATIN

ULASAN ADMIN

Artikel ini ditulis oleh anak nisa’ Tingkatan 3 dan dinilai oleh rakan sebayanya. Beliau yang baru habis peperiksaan PMR telah lebih 3 kali habis bacaan terjemahan Quran. Adalah anak yang sangat berakhlak dan menjaga adab… Alhamdulillah.

Antara perkongsian mingguan kami dengan anak anak ini ialah apa yang mereka lihat di sekolah dan apa pelajaran yang mereka dapat. Gejala sosial yang melampau dan isu ke arah murtad adalah paling banyak. Kami pula kongsikan apa yang kami jumpa di luar dan apa batas atau langkah hudud yang harus kami ambil agar mereka kenal masalah itu dan tidak mendekatinya.

Antara yang mampu menyedarkan bahaya gejala sosial pada mereka ialah kes buang bayi. Ramai di antara mereka yang menangis apabila kami tayangkan ratusan video dan gambar bayi terbuang. Kami juga sentiasa tayangkan ratusan gambar kemalangan ngeri hasil rempit. Begitu juga kes gadis hilang, rogol yang berbagai jenis tidak kira tua muda yang berlaku setiap hari. Smartfone adalah antara punca banyak gejala. Kerana itu kami haramkan mereka menggunakannya sejak dahulu. Biarlah mereka dikatakan kolot tidak mengapa.

Akhlak anak bukanlah suatu yang terjadi dengan saja saja, yang berjaya dibentuk bukan juga terjamin selamanya. Hari ini mereka baik, esok lusa belum tentu. Oleh itu kami galakkan mereka hidup berjemaah agar sistem hidup beragama boleh dilakukan bersama sama. Mereka diminta sentiasa saling nasihat menasihati dan ingat mengingati perkara yang hak. Seboleh bolehnya kami mahu mereka menghayati semua perintah Allah hingga dapat mereka rasa nikmatnya.

Bagaimana? Ada yang menangis atau hantuk kepala menyesal bila rambut mereka terlihat bukan muhrimnya, walaupun secara tidak sengaja. Ada yang menangis kerana puasa sunat mereka dibatalkan dengan paksa. Ada yang menangis kerana tidak diizinkan ikut kerja dan sebagainya… Alhamdulillah..

Sepanjang pengkajian kami memang tepat telahan anak ini. Gejala sosial di sekolah sudah masuk tahap BENCANA bukan sekadar gejala. Jikalah tidak kerana sekatan sistem pendidikan pasti kami tidak izinkan mereka ke sekolah. Biarlah kami sendiri ajar mereka.
Kajian kami menunjukkan sebanyak mana pun pendidikan kita beri kepada mereka, namun hakikatnya cabaran di luar sana terlalu berat dan menekan jiwa. Kerana itu kami berhabis habisan BERKORBAN DIRI dan HARTA menyiapkan sarana agar lebih ramai anak anak dapat dididik untuk menambah kekuatan mereka melawan godaan bersama sama. Fahamilah, Kami tolak permohonan mereka yang memohon bukan kerana kami tidak mahu, tapi prasarana tempat belum siap.

DISCLAIMER:

Kepada yang tidak senang dengan gambar ini kami pohon maaf. Kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk menukarnya kerana kelemahan sistem FB ini, sekali gambar di upload ia tidak boleh ditukar gambarnya, kecuali tulisannya sahaja.

Yang kami harap bukan untuk anda menilai methodologi penyampaian (ini masalah umum pembaca Melayu), tapi kaji isi penyampaian atau mesej dari anak ini.

Jika beliau tingkatan tiga, pastinya mangsa adalah anak-anak yang sebaya atau lebih muda. Yang nak dipaparkan ialah umur anak di gambar itu (13 th), tempat atau lokasi (awam), waktu (siang). Lihat saiz dan isi beg anak perempuan itu, agak-agak ada berapa keping kertas atau buku?

Gambar ini pun bersepah di internet termasuk di fb sendiri. Rekod kami menunjukkan seks ANAK SEKOLAH INI sudah bermula dari DARJAH SATU… Kita tiada masa nak berkelahi pasal gambar lagi…

Jika kita nak cerita isu neraka, kena tahan hati masuk menjenguk isi neraka. Rasulullah dulu ceritakan terus bagaimana buah dada di gantung, manusia telanjang dibakar, rambut digantung, lidah dipotong, kemaluan disula… dan berbagai lagi.

Semua dinampakkan gambaran sebenar, tetapi ia sebagai tarbiah bukan nak melayan nafsu. Jika anda tunjukkan gambar begini kepada anak anda bersama mesej dan dengan tarbiah yang jelas, insyaallah ia akan jadi vaksin. Kuman yang dimatikan virulence nya. Jika tidak, anak anda akan melihat ribuan lagi gambar lebih teruk dari ini dengan nafsu buas. Itu baru menjadi viral dalam dirinya.

Saiful Nang Travelog Haji – 3

Saiful Nang Travelog Haji – Hari Ke-3
00 tl 3
Hari ini sempat saya bertugas untuk merakamkan foto-foto candid pelanggan saya di ruang dalam masjid. Memang fotografi adalah larangan besar dalam masjid tetapi nampak gaya ia sudah ada kelonggaran bagi kamera-kamera kecil. Lalu saya bawa beberapa kamera kecil yang hebat untuk kerja-kerja itu. Anda sendiri boleh lihat siaran langsung dari Masjidilharam bagaimana berkelicap lampu-lampu denyar kamera di sana sini.

Sebelum ini saya banyak menceritakan tentang keganasan Jemaah haji dari Indonesia yang menggunakan formasi kayak jentera penyodok tanah untuk mara menghampiri Hajarulaswad. Sesiapa sahaja di laluan mereka akan ditolak ke hadapan atau ke tepi.

Beberapa hari ini, saya berkesempatan melihat mereka ini di tempat Saie pula. Saya lihat mereka ini agak kasar dan itu negatif tetapi dari sudut pandang yang lain, saya lihat mereka KUAT kerana mereka sangat bersatu. Benar mereka bersatu untuk kepentingan kelompok mereka tetapi mereka berjaya juga kerana penyatuan itu.

Dalam satu ketumbukan Jemaah mereka terdapat sekitar 100-200 orang sekali jalan. Jemaah haji Malaysia biasanya dalam kumpulan sekitar 20-30 orang sahaja. Itupun apabila sampai tempat Saie dah tinggal 10 orang (paling ramai).

200 orang Jemaah berarak bersama dengan mutawwif yang sehebat Sultan Al-Fateh jeritannya. Semasa bertalbiah, boleh kedengaran gema suara mereka di lapangan tawaf. Semasa di laluan Saie juga, mereka menguasai ruang bunyi dan juga ruang lalu.

Saya sempat berkenalan dengan sebahagian mereka semasa saya melalui kawasan-kawasan mereka berehat di lantai dua masjid. Saya bertanyakan mengapa Jemaah dari Indonesia sangat bersatu. Jawapan ringkas yang mudah untuk saya fahami ialah, jika mereka terpisah dari ketumbukan mereka, ongkos untuk mereka pulang ke hotel sangat tinggi. Mereka tidak datang ke Mekah dengan telefon bimbit yang ada kad sim tempatan, mereka hanya dipimpin oleh mutawwif mereka sahaja. Ada yang datang tanpa wang saku. Jika ada wang saku itu hanya cukup-cukup membayar dam.

Dari sisi yang lain, saya pula lihat Jemaah-jemaah kulit hitam dari Negara-negara Afrika juga tidak kurang hebatnya. Semasa Saie, mereka seakan sebuah ketumbukan perang yang laju, sihat, pantas dan lantang suaranya.

Dalam hati, saya terfikir yang mereka ini semua dari negara yang miskin. Kerana kemiskinan itu mereka bersatu. Tidak pula saya lihat negara kaya yang memiliki jemaah menyatu sebegitu.

Satu lagi hujjah saya kutip. Kita bersatu apabila susah dan kesenangan membuatkan kita menjadi terlalu berdikari sehingga kita tidak memerlukan sesiapa. Kesusahan membuatkan mereka saling bergantungan antara satu sama lain dan kekal bersatu.

Cerita di hadapan mata saya membuat saya memikirkan bagaimana dahulu Nabi dan sahabat-sahabatnya yang kaya raya melucutkan kekayaan mereka dan sama-sama meletakkan segala kekayaan itu dalam satu system Baitulmal. Sahabat yang kaya tetapi memilih menjadi fakir itu hanya bergantung kepada baitulmal untuk segala keperluan. Itu juga satu faktor penyatuan dalam Islam.

Catitan perjalanan

SAIFUL NANG
Makkatul Mukarramah

Travel Log Haji SN – Jurang Kaya Miskin

00 kaya miskin

Allah sudah tentukan, saya akan berada di tepi tempat saie dan tawaf setiap hari sehingga hari wukuf. Itu salah satu skop tugasan saya. Dalam pada memerhatikan pelanggan-pelanggan saya melakukan ritual ini, saya menjadi pemerhati di pinggir sahaja. Saya perasan satu perkara yang dahulu pernah saya lihat dari sisi negatif tetapi ada positifnya. Orang Indonesia, Sudan, Somalia, Lesotho dan beberapa lagi negara miskin sangat menyatu berbanding jemaah lain.

Perkara negatif yang mereka lakukan tetap negatif seperti menggunakan formasi “bulldozer” untuk laluan mereka di dalam kesibukan ruang tawaf dan saie. Di sebalik itu saya belajar bagaimana mereka mampu menyatu dalam 1 command dan mereka tidak berpecah dari kumpulan. Mungkin ada benar, bila dalam kesusahan, semua merasa perlu memerlukan antara satu sama lain. Jika terpisah pasti sukar mencari jalan pulang. Hari ini kita tak dapat menolak bahawa Islam sudah menguasai kelompok negara termundur dan paling banyak dibuli.

Semangat bersatu semasa susah ini patut jadi semangat untuk manusia menyatu. Islam sudah lemah dan susah, cuma sebahagian kita masih merasa sangat senang walaupun dikelilingi kesusahan. Tidakkah kita mahu jatuh susah dahulu untuk kita bersatu? Di sebalik itu, saya lihat gelandangan di kaki lima menara pencakar langit zamzam yang saya gauli lebih jaga menjaga antara satu sama lain. Si Kaya masih dengan “I I You You”.

Semasa saya tiba di Bilik Gerakan Sementara Tabung Haji Travel sebentar tadi, ada pegawai beritahu sekumpulan media cari saya tapi mereka dah balik. Saya tak ada pula ketika itu, tapi saya nak juga masuk TV pagi raya (hahahahha…) ucap selamat raya kepada seluruh rakyat Malaysia terutama orang-orang kampung, Kak Rosmah, Cik Bedah, Senah Janda, Pak Man Tiger, Din Landak, Peah Lontong, Tok Siak dan lain-lain (Ehemm…saya harap mereka baca posting ini atau ada sesiapa nak TAG mereka).

Sekiranya ada nasib, saya boleh di wassap di nombor 0172267533 (habis lah lepas ni ramai wassap aku).

Ok lah…itu sahaja.

SAIFUL NANG
Kesian Ayah saya miss turn pergi haji tahun ni.

Travel Log Haji SN – Tetamu Allah

00 tetamu allah

Atas permintaan ramai yang nak lihat kot-kot ibu bapa mereka terakam dalam kamera saya. Ini sekumpulan jemaah dari Malaysia. Saya ketika ini hanya dalam warm-up photographic session pada hari pertama kerana clients sebenar saya adalah pada pakej yang lain (Yang tu tak dapat nak publish tanpa izin. Yang ni pun kalau taukey marah saya kena hilangkan ia dari sini). Mungkin ada wajah yang anda kenali,

Travel Log Haji SN – Haram

 

00 haram

Maaf kepada semua pembaca. Saya terlalu ambitious sebelum ini untuk mencatat perjalanan haji saya kali ini. Walaubagaimanapun, saya terkandas disebabkan kerja-kerja yang perlu diutamakan. Status-status pendek sahaja mungkin boleh dikongsikan. Saya hanya sempat rakam audio travelog yang masih belum di transkrip kan. Travelog akan terus nanti.

Saya tak boleh bawa masuk kamera dalam Masjidilharam. Tetapi gambar ini hanya dari kamera saya selebar 2 inci tanpa display digital.

SN

Travel Log Haji SN – Warga Emas panjat bukit

00 lepas isya

Selepas Isya tadi. Manusia berpusu-pusu pulang ke penginapan masing-masing. Tahan hati melihat sebahagian warga emas bersesak-sesak mendaki bukit ini. Mereka adalah jemaah Muassasah yg menginap di penginapan bajet jauh dari masjid. Saya perhatikan juga, mereka lebih rajin ke masjid. Mereka keluar ke masjid waktu zohor, dan kembali selepas Isya.

Saya tidak lakukan sesuatu kerana upah pahala dari Allah tetapi redha Allah itu yg lebih besar dan didambakan. Saya hanya lakukan apa yg disuruh tinggalkan apa yang dilarang. Takutkan neraka dan segan tak layak ke syurga. Saya buat yang terbaik sampai holas dan selebihnya saya serah pada Allah untuk diadili. Saya sedang melihat sebahagian orang di sini sedang memberi markah akan ibadat saya. Mereka sedang cuba menjadi tuhan yg mengadili.

SAIFUL NANG
Al-Haram

 

BUTA HURUF DI SISI ALLAH

00 aq. BUTA HURUF

SIAPA BUTA HURUF DI SISI ALLAH

Nabi s.a.w. itu seorang Al-Ummiy (buta huruf) betul ker? Habis tu bagaimana Baginda membaca? Ini satu lagi isu menarik yang selalu kami utarakan namun ramai yang tidak perasan. Setelah kami halusi dengan teliti maka satu lagi fenomena salah tentang ciri kenabian yang diajarkan kepada kita sejak kecil kami temui.

Ya betul Rasulullah s.a.w. al Ummiy. Kekeliruan kita ialah APA ITU AL-UMMIY?

Kekeliruan yang mengatakan nabi itu orang miskin papa, orang buta huruf yang tidak pandai membaca dan menulis jauh bercanggah dari ciri dan sifat sifat kenabian dan kerasulan. Semua kita tahu bahawa Siddiq (benar), Amanah (jujur), Tabligh (menyampai) dan Fatonah (bijaksana) itu adalah sifat sifat rasul Allah.

Meneliti dakyah kristianiti yang merasuk anak anak kita antaranya ialah mereka merasa rendah diri bila di ejek nabi mereka orang bodoh dan buta huruf. Secara tidak lansung agama yang dibawa juga diperlekehkan. Walhal hakikat sebenarnya tidak begitu. Dengan fenomena ini, tidakkah kita rugi kredit dari segi kehebatan rasul dan agama kita sendiri?

SIAPA KELUARGA BESAR NABI?

Nabi dari keluarga ternama, bukan keluarga miskin seperti yang diajar di sekolah rendah pada anak anak kita. Menurut riwayat serangan Kaabah oleh tentera Abrahah, Abdul Muttalib nenda baginda adalah Penguasa Mekah ketika itu. Diriwayatkan bahawa tentera Abrahah terkejut kerana yang beliau tuntut dari Abrahah hanyalah ratusan unta yang dirampas. Beliau memilih untuk membiarkan saja serangan ke atas Kaabah kerana Allah yang memelihara dan akan mempertahankannya. Kaya dan berpengaruh tak nenda baginda?

Abu Lahab yang kaya raya itu ialah Bapa Saudara nabi. Abu Jahal penguasa Mekah yang memusuhi nabi juga adalah Bapa Saudara Sepupu baginda sendiri. Abu Talib yang mempertahankan nabi dengan kuasa dan pengaruh yang ada pada dirinya hingga beliau wafat juga bapa saudara baginda. Kesemua mereka yang kaya dan berpengaruh itu telah turut meraikan kelahiran Nabi sepertimana yang diriwayatkan dalam Barzanji.

Soalnya, Tidak mungkinkah mereka yang kaya raya dan berkuasa ini sponsor anak saudara yatim mereka itu? Tiadakah ada bahagian kekayaan nenda nabi yang turun kepada ibunya atau kepada cucunya, terutama setelah jadi yatim kematian bapa?

HAKIKAT BUTA HURUF ZAMAN JAHILIYAH

Fitrah Allah telah menetapkan bahawa para anbiyak lapis pertama datang dari golongan bangsawan dari segi kuasa atau harta, namun buta huruf tentang agamaNya. Kita lihat fenomena zaman ini, memang lazimnya orang atasan akan lupakan agama, namun anak anak mereka semua di hantar ke sekolah antarabangsa. Mana mungkin boleh tidak kenal alif, ba, ta. Mudahnya, Para nabi melalui saat jahiliyah sepanjang hidup bersama keluarganya dan Allah jadikan itu sarana untuk mereka membuka mata dan hati membetulkan kaumnya.

Bukan itu saja, malah utusan pemberi peringatan hanya akan diutus bilamana situasi sudah sangat parah di mana bukan hanya nabi, malah SELURUH KAUM, rakyat dan pemimpin sudah menjadi jahil dan buta huruf, seperti firman Allah ini.

“Dia-lah yang mengutus kepada KAUM yang BUTA HURUF seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”: Surah 62. Al Jumu’ah, 2.

Sepertimana yang kami nyatakan tadi, dalam firman berikut, Allah jelaskan situasi apakah hakikat buta huruf itu. Itulah situasi di mana seluruh kaum sudah dalam keadaan AGAK-AGAK saja dalam SOAL AGAMA mereka.

“Dan diantara mereka ada yang BUTA HURUF, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga”: Surah 2. Al Baqarah 78.

Waktu inilah ramai orang suka mengambil kesempatan untuk menulis kitab dan menjualnya. Semakin hari manusia semakin jauh dari kitab Allah kerana ia sudah tidak difahami aplikasinya sama sekali. Semua ayat Allah harus di check dengan kitab manusia, akan dikaitkan pula dengan asbab nabi, sehingga banyak yang dikatakan tidak sesuai untuk digunapakai waktu ini. Pilihan yang ada ialah kitab-kitab tulisan manusia. Baca fakta ini di ayat berikutnya : Surah 2. Al Baqarah 79.

JAHILIYAHNYA KELUARGA RASUL

Rasulullah s.a.w. lahir ketika masyarakat Arab dalam kondisi jahiliyah walaupun Islam sudah ada sejak Ibrahim a.s. lagi. Lihatlah bagaimana nenda baginda mementingkan harta berbanding mempertahankan Mulkiyah Allah itu sendiri apabila diserang tentera bergajah. Di tahun gajah itulah nabi lahir. Itulah sejarah pilu yang membuka matahati baginda, hasil polisi pemimpin dari kalangan keluarganya sendiri.

Perbandingan standard kehidupan Orang Arab Quraisy di Mekah sewaktu kelahiran nabi dengan keluarga Halimah ibu susuan baginda ibarat orang Putrajaya berbanding orang Hulu. Setiap bayi yang lahir di Mekah dicarikan ibu susu dan amah dari hulu. Atas memenuhi standard itu jugalah nabi melalui pengalaman hidupnya selama lebih 4 tahun di desa. Jika bahasa anak putrajaya guna singkatan SMS atau bahasa rempit yang kita tidak faham, di desa itu baginda dilatih untuk petah berbicara dengan bahasa pidato.

Mungkinkah baginda buta huruf macam yang dimomokkan ceritanya kepada kita? Mari kita teliti beberapa personaliti golongan anbiyak lapis pertama.

Adam a.s. itu dari golongan atasan, hidup bersama malaikat di syurga. Apabila turun ke bumi baginda tersedar dan mendapat ilmu khas tentang nama nama asas oleh Allah. dengan ilmu itu Adam diperintah mengajarkan para malaikat. Di sisi Syaitan Baginda adalah buta huruf kerana syaitan ketuanya di syurga sana lebih pandai dari baginda.

Ibrahim a.s. dari keluarga pembuat berhala yang ada kuasa, pengaruh dan ternama. Kehidupan bersama keluarga ini membuka mata hati Ibrahim a.s. tentang hak dan batil. Lalu baginda berusaha mencari tuhannya sepenuh daya. Di mata mereka Ibrahim itu buta huruf, tidak layak bercerita soal agama kerana bapanya pun pencipta berhala.

Musa a.s. itu anak angkat Firaun yang hidup di Istana. Apa yang dilihat dalam istana itu menjadi aspirasi baginda untuk mencari yang hak dan menolak kebatilan. Begitu juga kisah Syuib yang diancam kaumnya, terselamat hanya kerana pengaruh keluarganya. Banyak lagi contoh lain dan ini sekadar contoh saja. Perhatikan ayat ayat berikut,

“Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: ‘Kami tidak melihat kamu (Noh), melainkan seorang manusia biasa seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta.’”: Surah 11. Huud; 27.

“Mereka berkata: ‘Hai Syu’aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah (agamanya) di antara kami; kalau tidaklah karena KELUARGAMU tentulah kami telah merajam kamu, sedang kamupun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami.’” : Surah 11. Huud 91.

Hina dinanya para nabi di mata manusia kerana apabila para nabi yang bukan dari latarbelakang agama ini mula bercakap soal agama. Di situlah timbulnya isu buta huruf, anak orang kaya atau kenamaan yang jahil tapi nak bercakap soal agama.

Kita ambil contoh anak YAB Perdana Menteri atau Putera Raja yang selama ini hidup bermewah mewah lalu nak bercakap soal agama. Pada masa yang sama bersepah isu sosial diri dan keluarga mereka dipaparkan di internet. Apa manusia akan kata? Kamu ini alif baa taa pun tak habis tapi nak cakap soal agama betul tak? Apakah benar mereka ini buta huruf? Hari ini ramai YB, MP bukan Islam berkempen dengan membaca quran dan buat fatwa… mahukah kita terima? Adakah mereka ini buta huruf?

SIAPA NABI SEBELUM JADI RASUL?

Dengan sifat amanah dan gelaran al-Amin, Nabi diberi amanah untuk memegang kunci kaabah oleh Abu Jahal sebelum baginda letak jawatan dan meninggalkan kota Mekah dan bertahanuth di gua hira’ mencari kebenaran. Jika ciri kepimpinan dan kebijaksanaan itu tidak ada pada nabi, mungkinkah baginda diberi amanah itu?

Baginda juga telah ikut Abu Thalib berniaga keluar negeri seusia 12 tahun ke Yathrib, Syam dan Yaman. Seusia 15 tahun baginda telah jadi komanden perang Fijr. Seusia 25 tahun sudah dilantik menjadi presiden NGO bernama Hizbulfudul. Berbagai bagai kehebatan dan ketokohan yang diperhatikan umum sehingga Baginda dilantik sebagai pengurus perniagaan, bahkan kemudiannya di pinang menjadi suami wanita kaya, Khadijah r.a.

Dengan kehebatan peribadi dan keturunan baginda itu, masih ada ruangkah bagi nabi untuk jadi insan yang tidak kenal huruf? Jikapun pada awalnya tidak kenal huruf, tidakkah dengan kecerdasan baginda mudah saja untuk baginda kenal huruf pada usia 40 tahun? Cuba perhati keliling kita… Boleh kita bayangkan bagaimana dungunya individu yang benar-benar tidak kenal huruf? Mungkinkah Abu Jahal dan sekalian kaum juga tidak kenal alif ba ta?

KESIMPULAN

Nabi buta huruf kerana tidak tahu menjabarkan kitab. Kerana itu mustahil baginda mampu menulis dan mengolah kitab. Jadi, doktrin dakwah baginda adalah tulin dari hasil iqra’ yang bijak akan kondisi KAUM. Iqra’ (kaji) banyak guna fungsi otak kanan, tilawah (mengaji) banyak guna otak kiri. Wahyu hadir hasil iqra’ (surah 96 al-Alaq) yang kemudiannya dicatatkan (surah 68, al-Qalam) menjadi bahan tilawah untuk dikongsikan dengan kaumnya. Inilah beza IQRA’ berbanding Tilawah. Kedua-duanya bermaksud BACA? Iqra itu KAJI KONDISI dan tilawah itu MENGAJI TULISAN.

Hasil iqra dari tawaf dan saie kita seharusnya boleh mencukur cetusan otak kanan yang selama ini bersifat sangka-sangka. Lepas itu lakukan pembaikan bacaan tilawah otak kiri selepas tahlul. Semuga tumbuh rambut (Hujjah) baru dari KEPALA kita selepas haji nanti. BETULKAN minda anak anak kita agar mereka boleh berbangga bahawa rasul kita adalah insan cerdas pintar dari keluarga ternama, bukan buta huruf dan papa kedana sepertimana yang kita sangka.

Hasil iqra’
WARGA PRIHATIN.

P/S: Soalan yang sama dari beberapa pembaca kami paste di sini untuk pembaca yang terkemudian.

NAJIB AZMI :

Assalamualaikum, saya tidak pasti sama ada saya tersalah faham penulisan pihak warga prihatin, tetapi adakah tuan menyatakan bahawa hakikatnya Rasulullah SAW tidak buta huruf. Kalau begitu, bagaimana dengan riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW berkata “maa ana bi qari” berkali-kali (aku tidak boleh membaca) apabila Jibril AS bertemunya di gua hira’ dan berkata kepadanya “iqra” (bacalah) serta semasa perjanjian hudaibiah yang mana Rasulullah SAW meminta Ali bin Abi Talib RA untuk menunjukkannya perkataan ‘Rasulullah’ dalam kertas perjanjian tersebut kepadanya supaya Rasulullah SAW sendiri boleh memotongnya (Ali RA enggan memotongnya) atas permintaan negotiator pihak quraisy?

WARGA PRIHATIN :

Terima kasih Najib Azmi Satu usul yang baik.

Kami akan cuba kupas satu persatu mengikut perenggan insyaallah. Kalau ada fakta tambahan bolehlah di usul semula. Sebelum itu, bolehkah anda terima fakta yang dihurai dari firman dan sirah nabi di artikel di atas?

Ma (apa atau apa yang) ana (aku) bi (dengannya) qori (membaca). Itu bukan bermaksud “aku tak boleh baca”. Seperti dalam firman Allah di artikel, bahawa kitab waktu itu sudah tidak difahami IQRA’nya atau penjabaran / penjelasannya oleh seluruh kaum, termasuklah baginda. Itu bukan tilawah. Yang kita faham buta huruf (ummiy) itu tilawah.

Riwayat yang baginda suruh Ali r.a. ubah tulisan ada takwilnya. Pertama itu riwayat manusia. Iqra’ kami pula ialah tiada sultan atau perdana menteri yang tulis surat sendiri melainkan PA atau S/U mereka yang buat. Dalam banyak hal baginda lebih hebat dari ummat namun kita terlepas pandang, contohnya baginda minta tahanan yang menghafal, sahabat yang menulis wahyu, baginda kata tauhid Abu Bakar yang lebih tinggi… walhal baginda lebih hebat lagi. Bukan baginda tidak boleh menghafal, tidak boleh menulis, tidak kuat tauhidnya.

Selaku komanden perang, Dalam perang Badar baginda berada di barisan paling hadapan dan sahabat di belakang, Baginda atur barisan pun dengan muncung pedang ke perut sahabat. Dalam khutbah Wida’ baginda berpidato di hadapan 100,000 jemaah, pidato baginda sampai timbul urat leher. Namun kita difahamkan baginda itu orang yang lemah lembut, tidak gagah berani dan tegas. Ini sekadar beberapa contoh. Apa pun jangan ambil ini secara bulat bulat. Buatlah kajian sendiri dan teruskan dengan furqon anda. Kami hanya beri cetusan sahaja.

Sains Haji 8 – FALSAFAH DI SEBALIK SEBALIK TAHLUL

00 tahlul
FALSAFAH DI SEBALIK SEBALIK TAHLUL

Ihram sudah, Kaabah sudah, Hajarulaswad sudah, tawaf, saie, telaga zamzam pun sudah. Kini tiba giliran kupasan code-breaking di sebalik ritual tahlul.

Tahlul ialah membebaskan diri dari segala larangan semasa ihram. Ia dilakukan dengan bercukur ataupun menggunting minima 3 helai rambut selepas melakukan saie sambil menghadap kiblat/kaabah. Mencukur pula sunat memulakannya dari bahagian kepala sebelah kanan.

Ulangkaji semula dari mula siri Sains Haji bagi yang tak faham kronologinya. Setelah itu barulah baca artikel ini. Ringkasnya, selepas sedar batu putih itu telah menjadi hitam, kita menyusur ke belakang melawan arah jam ataupun menyusur semula sejarah sehingga 7 kali bagi mengenalpasti di mana pincangnya perlaksanaan 7 ayat Al-Fatehah yang kita ulanginya 17 kali sehari di dalam solat fardhu itu. Selepas dikenalpasti dosa yang menyebabkan batu putih itu bertukar hitam, beristilamlah (flying kiss / good bye) dan teruskan mencari ilmu, pedoman baru dari 7 pusingan saie.

HASIL KAJIAN SIBUTA HURUF

Bagi mereka yang tidak sedar akan sirah nabi junjungan kita Muhammah SAW, sejarah tawaf dan saie juga telah baginda lalui secara praktik. Baginda pemegang kunci Kaabah, baginda ikut ritual tawaf, baginda yang selesaikan kemelut meletak semula batu Hajarulaswad yang jatuh ke tempatnya semula.

Namun begitu, Nabi s.a.w. juga melakukan “tawaf” yang actual semasa beliau menjadi Presiden Hisbul Fudul (NGO Mekah yang menangani masalah keruntuhan akhlak) dan mendapati dosa-dosa yang menghitamkan pertimbangan batu hajarulaswad (pertimbangan “batu jemala” ketua keluarga dan pemimpin ketika itu) lalu baginda meninggalkan Mekah untuk bertahannuts di gua Hira’. Diriwayatkan 3 tahun lamanya Nabi menenangkan fikiran mencari ilham segar di gunung yang tinggi itu. Dari pintu gua itu baginda mampu menyaksikan Kota Mekah.

Apabila Nabi berusaha keras mencari ilmu dari kebingungan menyelesaikan masalah akhlak yang tidak pernah mampu diselesaikan, maka di situlah Allah turunkan wahyu yang pertama yang berbunyi “IQRA”. Yang Nabi iqra’ ialah keadaan masyarakat jahiliyah Mekah yang polisi hidup mereka tidak lagi selari dengan kitab Taurat dan Injil yang tersedia ada. Baginda jadi tidak faham mengapa kitab ada tapi masyarakat masih jahil. Seluruh masyarakat buta huruf tentang kitab waktu itu termasuk baginda. Ini Allah jelaskan dalam surah 62 Al-Jumu’ah ayat 2 dan Al-Baqarah ayat 78.

Setelah mengkaji punca terjadinya keburukan masyarakat yang menggunakan pertimbangan yang hitam itu lalu baginda menerima wahyu. Wahyu itulah yang memahamkan Baginda apakah maksud dan kehendak Allah yang sebenar dalam kitab lama yang sudah tidak difahami dan dilaksanakan sepenuhnya itu. Lain diperintah Allah, lain pula yang dilaksanakan manusia, sebab itu masyarakat jadi haru biru ketika itu.

Antara isu besar ialah penyembahan keterlaluan terhadap Harta, Tahta dan Wanita mengalahkan sembahan terhadap Allah. Semua bayi Quraisy waktui itu dicarikan ibu susu, ibu ibu yang mewah itu berebut rebut cari maid dari hujung desa. Mengapa Rasulullah boleh sabdakan bahawa salah satu tanda akhir zaman, di mana pengaturan agama tidak lagi mampu mensejahterakan manusia ialah kerana ramainya wanita berkerjaya? Ialah kerana baginda sendiri pernah mengalaminya.

Sila rujuk artikel ‘Hakikat Buta Huruf’ dan ciri Arab Jahjiliyah yang bakal menyusul nanti.

TAHLUL – BUANG FAHAMAN LAMA

Orang tua dulu kata, kalau rambut cacak tu tanda kepala batu atau degil, kalau rambut kerinting tu kaki belit dan kalau rambut kemas, lembut dan mudah disikat itu tanda kita orang yang berdisiplin dan mengikut peraturan. Sejauh mana kebenarannya, pasti orang tua dahulu dah buat pemerhatiannya. Hasil kajian kami, analogi Rambut itu bicara penzahiran fahaman yang tumbuh dari kepala atau minda kita. Begitulah juga bulu bulu lain di seluruh badan. Ia tumbuh dari kondisi anggota tempat tumbuhnya. Kuku tangan dan kaki juga membawa analogi yang sama.

Dalam ihram, semua itu menjadi bahan kajian semasa tawaf dan saie. Bagaimana analogi kepala batu, degil, suka membelit dan menipu, fenomena kuku besi, sembunyi kuku dan berbagai bagai lagi boleh berlaku. Semua sifat itu adalah olahan dan terbitan dari aktiviti otak kanan kita yang jelas tidak selari dengan kehendak ketetapan kitab yang dihafal oleh otak kiri. Tabiat dan polisi hidup kita tidak sama dengan kehendak Allah yang berpaut kepada sistem Rob/Rububiyah, Ubudiyah dan Mulkiyah Allah yang harus kita besarkan. Semua elemen kajian itu perlu dikekalkan semasa ihram untuk setiap jemaah Haji atau Umrah mengkaji. Kerana itu semasa ihram ianya dilarang membuang atau memotongnya.

Setelah segala usaha dilakukan dan kita telah menemui jawapannya, maka sampailah masa membuat kesimpulan. Jika tahlil itu lafaznya, maka tahlul adalah kerjabuatnya. Maka diminta kita cukur semua RAMBUT atau sekurang-kurangnya 3 helai sahaja. Tiga helai itu representasi Rob/Rububiyah, Ubudiyah dan Mulkiyah yang menjadi asas tawhid Islam itu sendiri.

Di situ kita disunatkan bertakbir 3 kali menghadap kaabah. Kita besarkan Pendidikan/aturan Allah, Besarkan Ubudiah/hamba-hamba Allah dan Mulkiah/rumah/negara Allah. Bila aturan Allah itu dihadam sungguh sungguh, ia dapat melahirkan ubudiah yang berkasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong, tiada lagi mengamalkan sifat jahiliyah, pijak memijak hanya kerana ingin mengucup haraulaswad yang sunat. Analogi Rumahtangga itu ibarat mendirikan masjid, satu tempat sujud. Dengan ujudnya ubudiah yang taat maka rumah atau negara itu akan sejahtera ibarat syurga, terzahirlah rumahku syurgaku, Baiti Jannati, terzahirlah Darussalam.

GAMBARAN AKTUAL DARI RITUAL TAHLUL NABI

BUANG FAHAMAN lama itulah tahlul. Setelah mendapat wahyu di Gua Hira lalu Nabi Muhammad membuang fahaman (cukur rambut) agar fahaman baru boleh tumbuh kemudiannya. Janganlah setelah kita mengetahui punca kebatilan melaui tawaf dan telah mendapat petunjuk bagaimana membaiki kebatilan itu, bahkan sudah Allah hadiahkan zamzam sebagai hasil saie, kita masih lagi nak ikut fahaman lama. Cukurlah fahaman itu, kalau boleh sampai licin supaya nanti yang tumbuh itu lebih murni. Membaiki adakala lebih tinggi kosnya berbanding membuat yang baru.

Itulah falsafah di sebalik tahlul. Cetusan kami ini bersandarkan kes study yang kami buat sejak lebih 8 tahun secara berjemaah di RPWP. Prinsip kami mudah sekali, apa saja ayat Allah dan sabda nabi kami anggap sebagai perintah, kami cuba fahami dan terus laksanakan sepenuh penuhnya. Semua cetusan ini terbit semasa atau selepas usai kami melaksana. Apapun, ianya tidak cukup, melainkan hanya untuk kocak minda sahaja. Kami juga menggali sejarah nabi dari Adam a.s sampai Muhammad s.a.w. dan seterusnya sehingga kini. Kami cari falsafah di sebalik sejarah dan mengambil pelajaran darinya. Tambahan fakta dari rakan-rakan yang berilmu sangat kami alu alukan.

Jikalah semua umat Islam mengerti apakah yang mereka lakukan semasa mengerjakan haji, pastinya mereka akan pulang dengan haji yang Mabrur. Semasa kami menulis artikel ini, sahabat kami sedang berada di Tanah Suci dalam proses mengerjakan haji. InsyaAllah beliau akan salurkan perkongsian beliau dalam travelog khusus tentang haji bersandarkan actual haji yang diritualkan. Yang penting, beliau terbang ke sana dengan kefahaman yang actual dan bukan sekadar ikut-ikut sahaja.

Kami di sini menantikan catatan pengembaraan beliau saban hari yang akan beliau kongsikan hanya melalui fb kami Warga Prihatin dan akan di mirror melalui administrator ke fan page beliau.

Tahlul dari
WARGA PRIHATIN

Saiful Nang Travelog Haji – 2

00 tl2
Saiful Nang Travelog Haji – Hari Ke-2

Penulisan pena travelog saya teruskan. Dalam hati masih terasa bahang panas dalam hati yang dipendam dan tidak dikeluarkan. Perangai petugas Arab yang malas bekerja dalam urusan Muassasah yang menguruskan bas dari Jeddah ke Mekah menyebabkan kami terpaksa menunggu tanpa sebarang pembayang berapa lamakah lagi kami akan terus menunggu. Pertukaran syif jam 11 malam, maka tiada passport yang mereka mahu proses sekitar satu jam sebelum 11 malam itu.

Mereka tidaklah sibuk sangat, mereka menjalankan kerja itu sambil lewa dengan telefon bimbit sentiasa di telinga berbual dan ketawa tanpa rasa bersalah mebiarkan tetamu-tetamu Allah yang sudah sangat uzur terbiar.

Akhirnya, dari jam 6 petang kami mendarat di Jeddah, ketibaan kami di Mekah disambut dek azan Subuh. Dalam kepenatan itu, saya hanya sempat meletak beg di bilik sementara dan terus bersiap untuk mengerjakan umrah dalam rangka haji Tamattuk saya.

Padang tawaf sudah berubah kini. Mataf bertingkat yang dibina oleh jurutera-jurutera Malaysia telah tersedia bagi mereka yang menggunakan kerusi roda dan juga yang mempunyai keuzuran. Saya perhatikan, bagaimanakah manusia dari seluruh dunia mempraktiskan pelbagai kepercayaan mereka. Mengucup batu Hajarulaswad itu hanya sunat sahaja, tetapi mereka sanggup melakukan yang haram dengan sengaja. Hari ini, beberapa kali saya disiku, dipijak kaki dan diasak oleh sekumpulan Jemaah Indonesia yang menggunakan cara bulldozer (bertautan tangan bahu membahu dan menolak sesiapa sahaja di laluan mereka).

Saya terkuis keluar dari kekerasan lapangan tawaf lalu saya bertawaf di bahagian terluar sekali agar saya tidak menjadi sasaran mereka. Dalam hati, saya tak mampu menipu diri sendiri, adakah ini Islam? Atau Islamnya telah luput? Jika Islam, mengapa sampai jadi begitu sekali. Mengapa tiada kasih sayang? Mengapa perlu tolak menolak?

Sebelum masuk mengerjakan Saie, saya mengambil nafas sedikit berdiri dan memerhatikan gelagat manusia di lapangan tawaf itu. Di situ, saya belajar bahawa dalam pengembaraan mencari Tuhan di Bumi Anbia ini, saya melihat banyak perkara telah lari maksud utamanya walaupun ritual masih berjalan terus seperti dahulu. Jika dahulu haji mampu menyatukan manusia, hari ini haji di hadapan mata saya mampu membunuh tanpa ada rasa kasihan.

Usai Saie saya segera bertahlul dan terus meninggalkan Masjidilharam melalui pintu menghadap masjid baru. 150 meter dari pintu itu, sebuah papan iklan gergasi terpampang akan pembangunan masa hadapan Kota Mekah. Menakjubkan, akan banyak lagi pencakar langit, banyak lagi hotel mewah, banyak lagi kawasan bersejarah akan diroboh.

Semasa saya melalui tapak rumah Saidina Umar Al-Khattab r.a saya tersentap, ia dibangunkan menjadi sebuah hotel mewah. Kawasan hotel murah di sisi kawasan Saie telah bersih dirobohkan. Semua akan dibangunkan menjadi hotel mewah. Saya bertanya dalam diri sendiri, adakah satu hari nanti, haji itu hanya layak untuk orang yang sangat kaya sahaja? Adakah wukuf nanti akan menghimpunkan orang-orang kaya seluruh dunia?

Saya masih lagi mencari, di mana silapnya sehingga Islam pada hari ini dinilai dari angka yang mereka miliki dalam akaun bank dan bukan pada adab yang membentuk peradaban.

Salam haji

7 Okt 2013
Mekah

Saiful Nang Travelog Haji – 1

00 tl1

Buat sahabat-sahabatku di kampung. Catatan travelog saya di sini.

Malam semalam, saya diraikan dengan keraian penuh rasa kekeluargaan. Keluarga kandung saya dan juga keluarga saya di Rumah Pengasih Warga Prihatin meraikannya secara sederhana sahaja. Sempat juga jumpa rakan facebook Warga Prihatin yang agak aktif sekali, Abu Zafirah. Majlis dimeriahkan juga dengan kehadiran rakan-rakan sekerja, rakan kongsi yang sebahagian mereka baru pertama kali mengenali “shareholder” syarikat mereka iaitu anak-anak yatim dan asnaf RPWP.

Tahlil dipimpin oleh Anakanda Nik Harraz Nik Mat dan bacaan doa selamat dipimpin oleh Anakanda Haziq Amri Baharuddin. Apa lagi yang saya mahukan dari anak-anak ini selain dari doa mereka mengiringi saya.

Semasa memberikan ucapan, hati jadi sebak. Di hadapan saya ialah sahabat-sahabat saya yang sama-sama berlumpur dan bersimen membangunkan rumah ini sejak 8 tahun lalu. Sahabat itu juga yang basah bersama-sama semasa ribut yang menerbangkan kepingan zink yang kami pasang dan masih belum sempat kami pakukan dengan lengkap. Di hadapan juga sahabat yang menggalang ribut itu dengan badan sendiri memegang kepingan zink yang sedang berkibas-kibas ditiup angin kencang sebelum suara jeritan beliau didengari oleh sahabat lain yang membantu. Suasana pilu, kerana sahabat ini yang saya jumpainya setiap hari bakal saya tinggalkan selama sebulan. Bukannya tidak biasa pergi ke luar Negara, tetapi perjalanan kali ini tidak sama langsung dengan perjalanan yang lain. Perjalanan ini ialah perjalanan mencari Tuhan.

Majlis ringkas itu berakhir dengan solawat dan marhaban mengiringi saya dan keluarga ke kereta kami. Saat itu hati sayu melihat dari jendela kereta yang saya pandu. Mereka melambai dan saya bakal berjumpa lagi dengan mereka lebih kurang dalam 1 bulan lagi.

Pagi ini, saya dihantar oleh bapa dan keluarga saya ke Kompleks Tabung Haji. Saya tiada masalah, tetapi saya ingatkan mereka bahawa saya hanya seorang petugas musim ini. Tak perlulah ada bunga manggar, tak perlu ada tepung tawar, tak perlulah berkompang. Cukup sekadar menghantar saya sahaja dan mendoakanlah semuanya akan baik sahaja.

Anak, isteri, adik-adik, bapa dan ibu tiri saya menghantar sahaja. Walaupun mereka mahu menunggu, saya rasa itu bukan idea yang baik. Saya bukan seperti Jemaah haji yang lain yang pergi memasuki ruang perlepasan dengan lambaian. Semasa mereka masuk di ruang perlepasan, saya sudah berada di merata-rata tempat untuk merakamkan foto-foto Jemaah haji. Dalam hati rasa bersalah, tetapi saya minta ampun banyak-banyak kepada keluarga saya kerana saya bukan seperti yang lain. Sekiranya mereka tunggupun, takut saya tak terlayan dan tiba-tiba hilang dalam melaksana tugas tanpa sempat melampai selamat tinggal.

Penerbangan dengan Kapten Rosli agak berlainan. Kali pertama menaiki pesawat dengan pengumuman kapten yang membuat seluruh penumpang tak kering gusi. Tetapi keadaan berubah setelah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Jeddah. Proses dan sistem imigrasi mereka ternyata tidak pernah berubah semenjak dahulu. Kemasukan mengikut pesawat demi pesawat. Jika pesawat sebelum kami ada 1 jemaah yang masih tersangkut, keseluruhan pesawat kami perlu menunggu.

Kesabaran mula tercabar ketika ini. Penantian sangat lama dengan tempat menunggu di lapangan terbang yang khusus untuk jemaah haji. Lapangan terbang itu dari pesawat kelihatan sangat gah dan tersergam indah malangnya tidak pada sistemnya. Kelihatan beberapa kelibat Jemaah tua yang Nampak seperti bermasalah. Arab oh Arab, mereka tak pernah berubah. Dalam umrah yang lalu, sampai saya bertengkar dengan pegawai immigresen di Riyadh kerana menyuruh saya keluar dari pesawat hanya kerana kesilapan cetakan tiket sedangkan rombongan saya yang lain masih ada di dalam pesawat. Selepas meninggikan suara dengan bahasa Inggeris yang agak “berabuk” itu, beliau baru belajar bercakap dengan baik.

Di sini, kami tidak dilayan seperti Jemaah ataupun tetamu Allah. Kami semua dilayan seperti kambing yang mahu masuk ke kandang. Cara pengendali haji memujuk kami hanyalah dengan menetapkan dalam hati dan tubuh yang berihram yang itu semua adalah ujian Allah kepada tetamunya. Tetapi, apakan daya kerana salah satu kesalahan undang-undang juga jika mengkritik pegawai-pegawai mereka ini. Sebab itu barangkali, mereka tak pernah menjadi lebih baik. Mereka hanya seperti Anjing-Anjing yang mengejar kambing biri-biri untuk masuk ke kandang.

Sehebat manapun mereka, peranan dalam cerita ini ialah mereka tetap anjing. Tetapi yang malangnya ialah kami yang jadi seperti kambing biri-biri yang dihalau dan terpaksa mengikut anjing-anjing itu. Saya mengurut dada untuk bersabar kerana di sisi Allah, baiklah jadi kambing biri-biri dari jadi anjing yang najis.

Jauh di sudut hati, saya sedih apabila warga emas selayaknya berpangkat ibu dan bapa saya diherdik oleh mereka ini. Tiada kemanusiaan, tiada penghormatan apabila mereka merasakan mereka adalah golongan pewaris nabi. Tanpa sedar, mereka lupa bahawa Nabi diutus kepada bangsa mereka kerena bangsa mereka adalah bangsa paling teruk atas muka bumi pada ketika itu. Mereka juga lupa, mereka telah kembali kepada perangai jahilliyah mereka sedang diri masih merasa maksum yang tak sudah.

Perjalanan bersambung lagi menuju ke Mekah. Tunggu sahaja sambungan semasa dalam perjalanan ke Mekah nanti. Apa lagilah cabaran yang bakal dilalui nanti.

SAIFUL NANG
6 Okt 2013

Ulasan Pembaca : ZIARAH TARBIYYAH – Abu Zafeerah

00 abu and ayah
Hujung minggu lepas RPWP menerima lawatan yang bertali arus dari berbagai bagai tetamu. Salah seorang darinya ialah Abu Zafeerah (Shauqi) yang telah menghabiskan masa lebih 5 jam bersama warga, bermurah hati mengimami solat maghrib dan isyak, menemani tahlil serta mengaminkan doa selamat buat teman seperti yang tersiar di status fb kami.

Dengan rendah diri Admin ingin kongsikan nukilan Rakan FB Warga Prihatin yang mengulas hasil lawatan beliau buat renungan rakan FB yang lain. Namun bermacam cara kami usaha tapi gagal untuk share lalu kami pastekan linknya. Malangnya sistem FB membuatkan ramai yang tidak dapat masuk ke link tersebut.

Bagi yang mungkin tidak dapat membuka link terus ke page Abu Zafeerah , mungkin kerana sekatan privacy beliau, kami pastekan mesej beliau seperti berikut. Apapun kami rasakan komen komen di status asal tersangat menarik untuk dikongsikan bersama kerana ianya kaya dengan hazanah ilmu. Cubalah juga di wall DrMas Mohd Dua mungkin anda boleh lihatnya jika anda Friend dengan mereka.

Kesulitan amat dikesali…

Semuga bermanafaat hendaknya. Alhamdulillahirobbil aalamiin.

Post asal : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=389218931207219&set=a.257355931060187.60244.100003573473783&type=1

Kami perbaiki beberapa ejaan khasnya beberapa Nama yang disebutkan, juga kami buatkan paragraf untuk memudahkan bacaan.

Tajuk: ZIARAH TARBIYYAH

Alhamdulillah..

Akhirnya dapat juga saya kongsikan pengalaman berharga sepanjang keberadaan saya di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Perancangan asal saya mahu ke sana bersama anak-anak dan isteri usai Program Parenting Seminar Yayasan Khalifah di UPM (dari UPM sekitar 10 km sahaja lagi untuk sampai ke RPWP) tapi perancangan Allah mengatasi segalanya..ada tetamu dari Pulau Pinang berkunjung ke rumah keluarga mertua saya.

Selesai segala urusan di rumah, di sebelah petang itu – terlihat status page Warga Prihatin mengenai Majlis Tahlil dan Doa selamat untuk menghormati keberangkatan sahabat Saiful Nang menunaikan Haji dan doa selamat mengiringi Saudari Iza Namida yang akan melahirkan bayi sekitar Aidiladha dan dibimbangi mengalami kesulitan oversized baby…

Terjentik dengan status yang penuh kasih sayang itu – segera saya suarakan isi hati untuk pergi ke RPWP kepada isteri saya Khadijah Abu Bakar – setelah bersyuro dan memahami keperluan isteri untuk berada di rumah mertua – saya mengambil keputusan segera untuk menyertai majlis tahlil setelah mendapat maklumat majlis akan bermula selepas Maghrib – dalam perjalanan hati sudah berbunga membayangkan wajah-wajah yang selama ini hanya dikenali di alam maya!

IMPIAN JADI KENYATAAN

Alhamdulillah dengan rencana Allah – dilorongkan hati saya untuk menjejakkan kaki di tanah RPWP – tanah yang telah menampung segala aktiviti agama dan tarbiyyah mendidik anak-anak kembali menyemai rasa cinta melalui tauladan quran dan sunnah.

Rasa gembira melihat bangunan RPWP tersergam depan mata memang tak mampu dihalang – kocak hati yang bercampur rasa syukur.. gembira dan teruja cuba ditutup dengan lebar senyum yang memang tersimpul sepanjang perjalanan tadi.. saya ambil masa seketika mengililingi premis RPWP dengan kereta untuk melihat dari skop seorang penziarah.. usai tawaf dan memahami bagaimana premis ini berfungsi dengan skala andaian sendiri (mengagak-agak dahulu untuk mudahkan soal bertanya nanti).. mengutuskan status terkini di ruang facebook untuk memaklumkan ketibaan saya..(mestilah..saya ni jiwa asing yang datang terjah tanpa persediaan! )

Subhanallah – orang pertama yang menyambut saya ialah Ayah Muhamad Yazid… yang berjaya meneka saya Abu Zafeerah dengan tepat hanya sekali TERKAM! – kecoh sudah kedatangan saya ke RPWP rupanya.. dan ramai yang menanti saya gara-gara gatal tangan memberi komen tentang kehadiran saya! – Allahuakhbar pertama kali saya bertentang mata dengan tokoh ‘Unsung Heroes’ Ayah Kharuddin Khairudin Md Nor .. disertai seorang tetamu bernama En. Rosli yang hadir memberi sedeqah..

Silih ganti tangan anak-anak dan ayah-ayah yang menerpa bersalam dan bertukar nama – sudahnya yang mengenali saya melalui nama Abu Zafeerah.. susah pula nak berkomunikasi bila nama tu sudah tersemat dalam hati masing-masing..

Subhanallah walaupun baru bertemu kurang 30 saat..tapi getaran aura dan rasa kasih sayang dari alam maya itu – seakan sudah bertahun mengenali watak-watak yang cuma saya baca dan mesra di alam FB..!

Lain!.. sungguh lain.. jarang bertemu orang asing disambut dengan kasih sayang yang sangat-sangat penuh tertib keakraban dan cinta kerana agama.. Begitu molek Allah ketemukan kami dengan penuh rasa syukur dan salam – dengan diiringi paluan kompang – selawat dan marhaban dari anak-anak yatim menyambut kedatangan saya dan En. Rosli. Hati ini cuma mampu berselawat dan memuji dengan rasa kagum – begitu sekali biah dan keraian tetamu yang hadir.. disambut dengan penuh kasih sayang dan penghargaan.. lebih dari seorang asing! – semuanya kerana ILMU yang satukan kami dan balasan ILMU itu sangat tinggi nilainya!

UNSUNG HEROES

Mengenali watak-watak utama di sebalik penubuhan RPWP menyentuh rasa rendah diri dan hormat saya pada mereka.. Ayah Khairuddin, ayah Johari Ibrahimi, ayah Muhamad Yazid , ayah Nazmi Enstek.. ayah Awang Abdullah dan ramai lagi (minta jangan kecil hati kalau saya tak mampu sebut semuanya di sini) ingatan di meja kopi begitu kabut dengan tangan yang silih ganti bersulam salam-menyalam memperkenalkan diri Penghargaan pada ayah Khairudin Md Nor yang sangat ramah dan bercerita berkaitan RPWP – ayah Yazid dan Johari memberikan saya ‘tour’ sekeliling RPWP seterusnya bersama saya sepanjang keberadaan saya di sana.. Begitu cantik ukhuwwah dan rasa kasih ditunjukkan – seolah saya telah lama mengenali watak-watak ini..

Menghenjak waktu Maghrib kami bersiap siaga untuk menunaikan solat dan melaksanakan Majlis Tahlil .. Saya hadir sebagai tetamu dan penziarah – berkenan sekali di hati ingin mengaminkan doa yang dipanjat anak-anak ini – hajatnya mahu jadi makmun dan mengikuti proses tarbiyyah dan merasai nikmat perkongsian ILMU. Subhanallah – Allah memberi peluang saya mengimamkan solat fardhu – memimpin orang-orang yang setiap hari mengaudit ILMU Allah.. rasa kerdil saya semakin kuat – begini sekali tarbiyyah Allah untuk membuka hati saya.. melihat dengan HATI bukan dengan mata kasar –

Jika menilai dengan MATA KASAR kita hanya akan melihat ‘ketidaksempurnaan’ – tapi bila di belah jiwa – disumbat hati dengan rasa cinta.. kasih sayang.. cintakan Allah.. Rasul-Nya.. quran dan sunnah serta segala ILMU-Nya pastinya hati akan menilai dengan pandangan yang betul – RPWP ini bukan dalam keadaan ‘sempurna fasilitinya’ – tapi ‘akhlak rumah ini disempurnakan’ dengan pengkajian al-Quran dan Sunnah – tidak ada satu masa dan ruang untuk mengelak dari berbicara soal ILMU – segalanya di sini tentang ILMU – tentang mengubah persepsi.. mengkoreksi diri.. memusatkan kecintaan pada ILMU berteraskan akhlak quran – kalau datang dengan mata kasar – maka kita akan kekal buta di hati..

Sungguhpun saya yakin – untuk menjadi tetamu di RPWP ini.. ianya dengan jemputan Allah.. bukan semua diberikan peluang untuk suka-suka datang kecuali dengan misi mencari diri – mencari ILMU.. mahukan sesuatu untuk mengubah sesuatu.. ada matlamat yang membuatkan rasa membuak-buak mahu datang ke sini – Allah memimpin hati-hati hambanya yang mencari kebenaran Agama-Nya.. dan semestinya Allah akan memimpin hati hambanya ke tempat yang sepatutnya..hadir saya malam tu sebagai tetamu tetapi Allah buka hijab saya dengan majlis perkongsian rasa dan suai kenal yang sangat tertib gayanya – maafkan atas kekurangan ILMU saya dalam sesi perkongsian – moga soalan dari anak WP.. Adik @Nik MohdHarraz, ayah Shauqi berjaya sampaikan jawapan yang memuaskan hati anda (satu soalan sahaja yang mampu jawab! .. sebab satu soalan sahaja yang sempat ditanya ..

Kehadiran pengantin yang diraikan Saudara Saiful Nang sejurus masuk waktu Isyak – inilah pertama kali saya bertemu dengan tuan badan yang saya letakkan sebaris dengan insa-insan yang saya kagum akhlak dan pemikiran beliau – bertahun menjadi follower dan silent reader dari laman fotopages hingga ke fanpage FB beliau menambah rasa terharu dapat bertemu dan mengambil manfaat atas pertemuan ini – usai solat Isyak – ucapan dari Saiful Nang dan Ayahanda Masjuki DrMas Mohd Dua benar-benar memberikan impak pada hati saya..bukan senang nak menerima ILMU secara langsung -setiap butir bicara dari semua Warga Prihatin adalah ILMU belaka..bergantung pada hati kita nak menilai mana kaca mana permata – ILMU itu di mana-mana..perlukan pemerhatian untuk mengutip setiap apa yang dikongsikan..alhamdulillah saya dapat merasai nikmat majlis yang lain dari yang pernah saya hadiri

BERTEMU AYAH

Allahuakbhbar – sebelumnya hanya mendengar suara di corong speaker di ruang surau..ketika ralit menjamah selera malam – sekujur tubuh..yang susuknya seperti digambar hati hadir menyapa dan bersama menjamu selera ..pengalamannya mudah – berkongsi ILMU..itulah hajat yang membuatkan kami bertemu..ayah seperti digambarkan melalui pembacaan..tajam kata-katanya dengan ILMU yang boleh membelah otak JAHIL..terbuka hati dan akal dengan pencerahan ILMU..rasa kasih sayang pada ILMU dan agama Allah menghadiahkan saya dengan mentor yang berilmu..agamawan dan hartawan akhirat – tidak ada apa yang mampu dilafazkan kecuali rasa syukur di hati ini..

sesi mengasah minda berlangsung dalam suasana santai – dengan iringan persembahan anak-anak istimewa kepada saudara Saiful dengan selingan ucapan dari ahli keluarga..begitu subur rasa kasih sayang di sini – kalau ada anak saya bersama..tentunya dah bemain-main dengan si kakak Orked – pencetus kehadiran saya di page WP!..menjadi aktivis ilmu dan pemberi komentar di ruang WP – mendekatkan saya dengan watak-watak ILMUWAN dari WP..ayah banyak membuka hijab JAHILIYYAH MODEN yang bersarang dalam kepala..sedikit demi sedikit perkongsiannya menjentik akal supaya berfikir..bukan menelan – tapi kena koreksi setiap baitnya dengan ILMU – hujjah dengan hujjah itulah yang membuka lapangan dada untuk menerima ilmu..

Kocak minda ayah soal masyarakat kita direnjat dengan kejutan nikmat yang melampau – tersasar dari landasan agama.. bagaimana statistik zina melampaui batas umur pelajar sekolah – kebimbangan sebegini dikongsi dari hati ke hati.. majlisnya santai tapi penuh dengan sarana hujjah.. bukan mudah menjadi watak-watak akhir zaman.. kitalah yang menentukan hala tuju agama – bagaimana agama membentuk peribadi kita.. bersyukurlah kita masih ISLAM.. cumanya IMAN yang menjadi pertaruhan setiap hari kita bangun pagi.. in sha Allah saya akan hadamkan segala perkongsian dari ayah.

Seperti kata ayah.. tak semuanya mampu dikongsi dengan satu pertemuan – siri-siri pertemuan lain yang membantu menyuburkan lagi ILMU dan perkongsian.. segala nasihat dan budi akal yang ayah kongsikan akan saya sampaikan pada anak isteri saya..keluarga saya.. sebaik mungkin kesedaran ini saya kongsikan pada mereka.. sudah tiba masa untuk bangun dan bangkit melawan laqha dalam jiwa ini..

terima kasih pada seluruh Warga Prihatin yang menerima kunjungan saya dengan penuh nikmat kasih saya..apa yang mampu saya nukilkan di sini adalah satu luahan rasa kasih dan cinta saya pada WP..tak mungkin silaturrahim ini berganda cintanya hadir kalau bukan kerana cetusan ILMU dari kalian semua..subhanallah..pertemuan inilah yang memperkenalkan saya dengan anak-anak yang menulis makalah-makalah ilmiah – BERHALA ANAK..CERMIN AJAIB..dan lain-lain..saya diberi peluang mengenali insane-insan berilmu yang cilik dan jauh akal mendahului si ayahnya..

moga kita bertemu lagi di ruang masa yang menghimpunkan ahli keluarga saya dan WP..mohon maaf atas segala kekurangan dari pihak saya..yang baik-baik itu..segalanya pantulan tarbiyyah Allah..yang khilaf dan buruk itu..sememangnya dari kejahilan saya..

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LAA ILAHA ILLALLAH WALLAHUAKHBAR..

coretan ringan
MUHAMAD SHAUQI HASAN
(Abu Zafeerah)
1 Zulhijjah 1434

Sains Haji 7: FALSAFAH AIR ZAMZAM

00 zamzam
Sains haji 7: FALSAFAH AIR ZAMZAM

Dari hentakan kaki Ismail a.s. seorang bayi yang masih minum susu ibu tadi mampu memancarkan banyak air untuk kegunaan masyarakat seantero dunia. Ia berlaku ketika ibunya Siti Hajar berlari lari bergegas mencari air untuk minumannya agar mampu menyusukan bayinya. Ia berlaku disaat mereka hanya bergantung kepada bantuan Allah dan malaikat semata mata tanpa kehadiran sebarang manusia.

Air zamzam ini tiada di tempat lain selain di Mekah tetapi airnya sampai ke seluruh dunia dari dahulu hingga kini tidak pernah berhenti. Inilah bukti kebesaran Allah yang tidak diceritakan kisahnya dalam quran, namun DIKEKALKAN IA UNTUK DILIHAT sendiri oleh manusia yang masih sangsi dengan kekuasaan Allah yang berkuasa membalas ketaatan manusia terhadap perintahNya. Mereka bertiga adalah ‘role model’ kita.

KEJADIAN ALAM SEBAGAI BERITA BESAR – MUKJIZAT KENABIAN

Banyak lagi perkara lain yang luarbiasa bahkan seolah olah mustahil diminda manusia yang telah berlaku zaman dahulu Allah ceritakan dalam Quran. Ramai manusia tidak mahu percaya kerana masing masing tidak pernah alaminya sendiri ATAU kerana tiada kesan dan penemuan yang mampu dicapai akal mereka. Ramai juga yang tidak percaya kerana tiada manusia perawi yang mampu meriwayatkan dengan tepat kejadian yang Allah telah ceritakan itu.

Kita lebih yakinkan cerita manusia dari nukilan Allah yang mencipta. Inilah yang terjadi kini, banyak hadis yang baik secara praktiknya, yang ada pengesahan fakta dalam quran pun kita tolak kerana kegagalan perawi yang memang sedari asal telah Nabi cegah menulis perawiannya. Sebaliknya, kerana malas berfikir, kita letak satu hukum yang ayat quran harus disahkan oleh perawian manusia sedangkan ianya telah disahkan oleh Rasulullah s.a.w. Akhirnya tidak banyak rahsia quran itu kita dapati, kebanyakkannya kita biarkan sampai mati kerana tidak jumpa kebenaran perawi.

Sebenarnya semua kejadian alam itu mudah sahaja bagi Allah yang MahaTahu di mana, bila dan bagaimana ia akan terjadi. Allah tunjukkan kuasa itu sekali sekala untuk menunjukkan kekuasaannya, untuk menundukkan ego manusia. Atas dasar itu jugalah, Allah kekalkan zam zam ini untuk disaksikan manusia yang menunaikan HAJI. Allah mahukan manusia berfikir segala HUJAH disebalik agamaNya dan menambah usaha dalam mengabdi diri kepadaNya.

Banyak peristiwa besar seperti ini menjadi penumbuk rusuk kepada kesombongan manusia yang suka memperkecilkan Tuhannya. Bila terjadi saja maka mengangalah manusia, beristighfarlah mereka, bertakbirlah dan berimanlah semuanya untuk seketika. Namun kebanyakkannya tidak ada guna, sudah terlambat. Itulah yang berlaku pada Fir’aun yang lemas di belahan laut. Itu juga nasib anak dan isteri Nabi Nuh a.s. yang dilanda Tsunami terbesar dahulu serta banyak lagi contoh-contoh seperti ini yang dikisahkan dalam alQuran sendiri.

Hari ini kita sendiri telah menyaksikan fenomena kuasa alam yang luarbiasa seumpama ini. Depan mata kita ada Tsunami yang memanjat bumi, ada belahan bumi ditengah laut, ada gempa bumi, ada gunung berapi, ada ribut taufan yang luarbiasa bahkan juga ura ura perlanggaran planet dengan bumi seperti yang dinukilkan dalam quran. Hari ini semuanya telah di kaji dengan ilmu yang berkaitan akan logiknya segala kejadian itu, namun macam biasa kita tetap tidak mahu beriman dan ingin lagi menunjukkan kuasa dan ego kita selagi tidak berlaku didepan mata.

ZAMZAM – MUKJIZAT YANG KEKAL DIZAHIRKAN

ZAMZAM ini juga adalah sebahagian dari kejadian alam yang sangat luarbiasa bagi kita. Tetapi ia terlalu mudah sahaja bagi Allah yang mencipta alam ini. Tugas kita yang jahil dan lemah ini ialah menjadikan ia satu petanda (bainat) yang mendorong keimanan. Ia telah dijadikan satu lagenda dan penunjuk BUKTI kekuasaan Allah s.w.t bagi seluruh umat manusia dari dulu hingga kini. Ya, ia masih ada lagi sebagai BUKTI, boleh dilihat dan dirasa di Masjidilharam itu bagi orang yang MAHU BERIMAN. Oleh itu, berhentilah memperkecilkan ketetapan apa saja dari Allah.

Inilah dalil tentang kekuasaan Allah yang Mahatahu bila dan di mana air dari telaga zamzam itu akan terpancar. Allah tahu mengapa dan ke mana Ibrahim a.s. harus menghantar isteri kesayangan dan bayinya itu. Allah ingin menunjukkan kepada manusia akan kuasa agung Allah itu sebagai reward kepada orang orang yang bertakwa dengan perintahnya. Dalam kes ini Allah khususkan untuk institusi ibu (Siti Hajar) dan anak (Ismail a.s.) yang patuh kepada suami dan bapanya (Ibrahim a.s.) yang telah mendapat wahyu.

Semua perintah dalam urusan ini hanya Allah hidayahkan kepada institusi bapa (Ibrahim a.s.) yang cukup gigih berusaha mencari tuhannya dan menolak KESEMUA BERHALA. Legasi keluarga inilah yang di enkripkan sebagai KIBLAT dalam ritual solat dan Haji kepada manusia Islam lainnya. Inilah motivasi para isteri agar galakkan suami pergi menuntut ilmu agama. Bila suami telah berilmu patuhilah arahannya selagi ia tidak kearah mungkar. InsyaAllah rumahtangga akan bahagia dan anak anak yang soleh akan tercipta untuk menjadi watan yang menggalang kepentingan agama dan negara.

FENOMENA MUTASYABIHAT & MUHKAMAT ZAMZAM

Sementara Siti Hajar bergegas mencari air meninggalkan anak, akhirnya Si Anak yang tertekan dan kehausan itu ikut berusaha secara semulajadi dengan segala kemampuan yang ada pada dirinya. Sudahnya ia mampu menghasilkan cetusan yang LUARBIASA dan tiada batasannya. Hentakan kaki Ismail a.s. itu satu analogi kepada gerak kerja dan usaha sekuat tenaga institusi anak yang taat dan mulia. Akhirnya mereka mampu mencetuskan air / ilmu terbaik yang tidak putus-putus dari perut bumi untuk kegunaan manusia zaman berzaman.

Pada sekitar tahun 1993, Ada kisah seorang Doktor di Mekah mengeluarkan kenyataan kononnya air zamzam adalah air terkotor kerana ia terletak di bawah sebuah lembah batu yang menakung segala kekotoran sanitasi penduduk Mekah itu sendiri. Selepas itu, beliau ditulah dengan kudis buta yang biasa saja namun tidak sembuh dengan segala macam ubat-ubatan dan hanya sembuh setelah beliau menggunakan air zamzam yang beliau cela.

Ada juga dikisahkan oleh penduduk Mekah bahawa air zamzam itu surut dan tidak menyentuh paip ketika kontraktor bukan Islam yang diamanahkan untuk melakukan kerja pembaikan telaga zamzam di Masjidilharam itu memasukkannya. Air itu hanya kembali setelah tangan orang Islam yang memasukkannya sendiri. Demikian Allah yang ghaib menunjukkan kuasanya bagi menunjukkan martabat mukjizat yang dianugerahkan kepada nabi kita untuk menjaga dan meyakininya.

Baiklah, jangan lihat pada sudut muhkamat saja. Mari kita kaji sudut mutasyabihatnya bagaimana fenomena telaga zamzam itu. Apa yang Doktor itu katakan nampak macam benar dari segi muhkamatnya. Masjidilharam itu terletak di lembah terendah Kota Mekah yang terletak di atas bongkah batu-batu yang sebahagiannya ditutup pasir sahaja sebelum ini. Lihat gambar tambahan di katagori Sains Haji di Blog kami. Batu dan pasir memang tidak menyerap air hujan melainkan hanya mampu menapisnya sahaja. Segala jenis air hujan dari langit yang turun bercampur air-air yang dibuang dari rumah-rumah yang tidak diuruskan sanitasinya akan meresap ke bawah lalu berkumpul di lembah terendah mengikuti graviti.

SECARA MUTASYABIHATNYA, AIR itu adalah analogi tentang cetusan ILMU. Batu di tempat tinggi ini analogi mereka yang berkedudukan tinggi namun berkepala batu. Pasir juga sifat manusia yang kita berikanlah apa-apa ilmu sekalipun, tetapi basahnya sebentar saja dan ia akan kembali kering. Orang Melayu kata ini ibarat ‘Daun Keladi’, tak guna siram air. Namun Si KEPALA BATU dan PASIR inilah LALUAN ILMU dan penuras air sehingga air itu menjadi tulin. Analoginya, kita tidak akan benar benar yakin akan hidayah Allah sehingga kita lihat bencana yang terhasil akibat kedegilan puak puak ini.

Sepertimana biasa, kerana cetusan itu dari orang di lembah yang hina dina maka akan dikatakan ia tidak suci oleh orang ternama dan besar kepala. Jika Allah tegaskan jangan izinkan Musyrik mendekati Masjidilharam kerana mereka itu najis (Surah 9, At-Taubah, 28) maka kami percaya kisah zamzam surut kerana kehadiran Musyrik itu BENAR, bahawa kisah musibah kudis buta pada Doktor itu juga BENAR secara prinsipnya.

KESIMPULAN

Dari kedegilan dan kelalaian manusia itulah, institusi anak mampu belajar banyak ilmu yang tidak putus-putus. Tugas kita hanya untuk mendedahkan sahaja kisah kebejatan orang batu di atas atau pasir di lembah sana. Soalan soalan dari mereka menampakkan keperluan pola fikir yang membuka matahati kita. Tidak boleh lagi kita duduk senang lenang dengan mengharapkan orang lain mengurus minda. Berapa banyak pelajaran kita ambil dari kebodohan dan kedegilan orang lain pada hari ini? Jika Nampak Mat Rempit, kita pun sama merempit maka kita tergolong dalam golongan BATU tadi. Tetapi jika Nampak orang merempit kita jadikan CETUSAN untuk berpendirian tak mahu ikut melakukannya, maka itulah cetusan zamzam secara mutasyabihatnya.

Sumber air yang sebenar ialah dari langit. Tetapi Zamzam bukan jenis air yang datang secara lansung dari langit (wahyu). Ia air yang keluar dari pengumpulan dibahagian lembah bumi secara graviti. Di lembah ini jugalah merupakan bahagian bumi yang tertekan dan diinjak-injak manusia. Air dari langit itu telah melalui pelbagai batu dan pasir, yang sudah masuk ke rumah manusia atasan dan dibuang semula. Ia lalu terkumpul di lembah dan membawa berbagai mineral dari laluannya. Oleh itu air zam zam dikenali dengan air yang mengandungi kandungan mineral paling tinggi. Rasanya juga agak sedikit kemasinan atau payau tidak tawar seperti air hujan yang segar. Kerana itu orang yang meminumnya mampu membina ketahanan dan mencegah banyak penyakit rohani maupun jasmani.

Secara mutasyabihatnya, air zam zam ini adalah ilmu dari cetusan manusia / ilmu sekunder / terbitan dari olahan pengumpulan air yang asalnya berupa hujan juga. Ilmu ini terbit dari cetusan segala permasalahan manusia. Jika manusia ini diciptakan dari tanah, maka secara analoginya, kebanyakkan kaedah penyelesaian masalah manusia ini adalah dari bahagian bumi yang di lembah. Dari analisa dan usaha gigih golongan marhaen yang sudah berada di keadaan paling bawah, yang sangat tertekan dan tertindas inilah pelajaran yang penuh berperisa (mineral) akan tercetus.

Masalah yang berlaku pada orang tua PENYEMBAH 3 BERHALA UTAMA waktu ini adalah kerana kejahilan atau kedegilan. Ia berpunca samada mereka tidak dapat air atau tidak mahu memegang air. Apabila keadaan sudah mencapai tahap maksimum, tidak mustahil anak anak kecil mampu berfurqon untuk memberi cetusan penyelesaian kepada masalah orang tua. Dalam isu zam zam ini, tatkala tiada manusia untuk memberi air, tatkala sang Ibu bergegas dan berusaha mencari air, Ismail a.s. memberikan cetusan untuk meringankan beban ibu. Air inilah menjadi penghilang dahaga juga sebagai UBAT paling berkesan bagi merawat penyakit sosial dalam keluarga dan seluruh masyarakat manusia.

Bagi seorang ibu, anak yang taat dan berakhlak mulia adalah penawar derita paling utama. Itulah dia Ismail a.s., model anak yang agung, yang telah Allah rangkumkan dalam HUJJAH disebalik KIBLAT manusia yang ingin menikmati hasil hidup dengan agamaNya. Kami berbangga dan sanjung tinggi golongan ibu yang merendah diri seperti Siti Hajar, yang dari golongan abdi ini.

Cetusan yang kami kongsikan ialah hasil kajian & pengalaman sepanjang perlaksanaan kami sendiri. Bagi yang masih baru dengan siri artikel kami dan lambat nak hadam, silakan buat ulangkaji dan bersoal jawablah dengan hikmah. InsyaAllah bukansaja team admin kami, bahkan ramai rakan Likers Prihatin yang berilmu dan dah ikuti artikel kami dari awal juga boleh membantu.

Bacalah dengan tenang. InsyaAllah kita jumpa pada artikel seterusnya tentang TAHLUL. Mengapa 3 helai rambut? Mengapa kita bergunting? Mengapa kita tak boleh gunting rambut, tidak boleh bersongkok atau berkepiah semasa ihram? Dan sebagainya.

Iqra dari
WARGA PRIHATIN

Sains Haji 6: FALSAFAH DI SEBALIK SAIE

00 SAIE

Sains Haji 6: FALSAFAH DI SEBALIK SAIE

Selepas beristilam (flying kiss) bagi menyudahkan ritual tawaf, jemaah akan meninggalkan kaabah menuju ke tempat saie. Saie ini ialah ritual berlari-lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Masih tak lari dari angka 7, Tawaf 7 kali, saie juga 7 kali.

Ia dari kisah Siti Hajar yang berlari-lari anak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Tetapi, apakah pelajaran dari cerita itu? Pastinya ada sesuatu yang besar yang Allah ENKRIP dalam ritual Haji dan Umrah itu.

Kedudukan dari Kaabah untuk Bukit Safa sekitar 100 meter, Marwah pula kira kira 500 meter. Jarak perjalanan Saie antara Safa dan Marwah adalah sejauh kira-kira 450 m (1,480 kaki) satu perjalanan. Jumlah 7 kali ulangan adalah kira kira 3.15 km

Baca artikel Falsafah di Sebalik ritual tawaf (Sains Haji ke-5) untuk anda mampu fahami artikel ini. Batu Hajarulaswad yang putih menjadi hitam bila perintah Allah dalam 7 ayat Al-Fatihah itu dilanggar. Kita jadi hilang pertimbangan yang betul dalam mengatur keluarga dan masyarakat. Setelah mengenalpasti masalah dan puncanya, maka seterusnya ialah mencari SUMBER AIR (Ilmu dan hidayah) untuk memperbetulkannya semula..

ANALOGI AIR DAN ILMU,

Kedua duanya bersifat mengalir, membersih, merawat dan menghidupkan jiwa. Hanya Allah yang turunkan HUJAN / AIR / ILMU. Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. juga mengeluarkan air pada celah jari baginda. Itu bermakna, di celah kerjatangan dan perlaksanaan agama oleh Nabi sendiri mampu menzahirkan ilmu dan formula kehidupan. Telaga Kauthar juga analogi ilmu. Telaga Hang Tuah berlima yang ulang alik menuntut ilmu ke Acheh juga analogi Ilmu. Lautan luas yang masin itu juga analogi ilmu.

BERLARI-LARI ANAK Siti Hajar untuk mencari air / ilmu untuk diberikan kepada anaknya Nabi Ismail. Itulah sifat seorang ibu yang bergegas dan bukannya jalan heret kaki dalam kemalasan. Diriwayatkan bahawa ketika peristiwa ini berlaku, Ismail a.s. masih bayi dan menghisap susu badan.

Secara biologinya, ibulah yang akan mengeluarkan susu untuk diberi kepada anak (bukan susu formula, tetapi susu ibu). Tetapi, sebelum jadi susu, ibu perlu minum air dahulu. Bapa hanya beri “saripati air” kepada ibu yang ibu kandungkan dalam Rahim (kasih sayang) sehingga menjadi seorang manusia.

Dalam soal mencari ilmu juga begitu, Ibulah yang bergegas mencari dan memperoses, merumus sendiri ilmu itu kerana anak akan mendapatkannya dari ibu pula. Demikian besarnya peranan Ibu dalam urusan pembinaan rohani dan jasmani anak.

KAITAN IBU JAHILIYAH – SUSU MUHKAMAT & MUTASYABIHAT

SIMBOL atau SYIAR yang menyentuh tentang ketaatan dan usaha gigih seorang ibu ini telah ada sejak dahulu. Tapi sewaktu kelahiran Rasulullah s.a.w., keadaan sudah kembali jahiliyah. Simbol disiplin pembentukan keluarga Islam yang dicontohkan oleh keluarga Ibrahim a.s. ini sudah hilang praktiknya. Kerana darjat dan kekayaan, trend ibu ibu Quraisy yang berlumba lumba mencari ibu susu atau maid dengan upah lumayan menjadi lumrah.

Baginda s.a.w. juga tidak terlepas dari trend ini. Namun segala yang telah baginda lalui menjadi bahan iqra’ dan furqon baginda secara alami/laduni dalam menangani isu keibuan yang membentuk peradaban manusia ini.

Hari ini, situasi kita juga begitu. Kesungguhan, ketaatan dan kesabaran Siti Hajar tidak dijadikan contoh lagi. Sedikit masalah, ibu ibu akan mencari alasan untuk menafikan fungsi keibuannya. Ibu-ibu tak kisah untuk bergegas mencari ilmu, kerana mereka sendiri rasa tidak ada keperluan untuk mencari ilmu (air). Di rumah, anak diberi minum susu formula atau susu lembu terus oleh bibik. Di taska anak dijaga pekerja taska tanpa kasih sayang seorang ibu. Jika Allah nukilkan dalam ketetapan KITAB Nya, bahawa ibu bapa kandung tidaklah sama dengan ibu bapa angkat, pasti ada yang terkait dengan isu ini.

Bicara soal susu ibu hari ini, ada orang melenting kerana mereka aktivis penyusuan ibu. Tetapi mereka hanya melihat dari sudut SUSU MUHKAMMAT sahaja. Tidak pula mereka fikir signifikan mengapa Allah jadikannya begitu dalam bentuk mutasyabihatnya. Padahal strategi pembangunan ummah yang paling besar ada di sebalik rahsia SUSU MUTASYABIHAT itu. Maka kita masih juga rugi kerana susu pembinaan jasmani dan susu pembinaan rohani itu tidak berjalan selari.

Ibu cari ilmu, rumuskannya dan berikan kepada anak ON-DEMAND. Tetapi ibu sekarang semua tahu yang mukammat sahaja, dan kami puji mereka yang mampu menyusukan anak mereka secara ekslusif sehingga 2 tahun. Anda memang ibu yang hebat. Tetapi jangan sampai berhenti di situ, teruskanlah dengan mencari ilmu dan rumuskan untuk DIBERI SENDIRI kepada anak-anak kita. Bukan main hantar ke pengasuh sahaja saja untuk beri susu muhkamat dan serah pada sekolah saja untuk susu mutasyabihat.

Saie ialah satu disiplin keibuan. Sebab itu, dalam sejarah tiada pula Nabi Ibrahim a.s. yang berlari-lari anak mencari air antara dua bukit itu kan? Di mana Nabi Ibrahim a.s.? Nabi Ibrahim a.s. kembali kepada pembentukan ummat dan keluarga baginda yang satu lagi iaitu Siti Sarah. Ditinggalkan Siti Hajar berbekalkan “nafkah batin” yang tidak putus-putus. Bagaimana pula? Sekarang ini bila bicara nafkah batin sahaja, orang dah fikir tentang hubungan kelamin. Itu memang perlu. Sebaliknya, Nabi Ibrahim a.s. telah menerapkan ilmu dan prinsip terhadap Siti Hajar sehingga Siti Hajar mampu mencari air sendiri. Lalu ditinggalkan Siti Hajar sehingga Nabi Ismail besar.

Isteri sekarang jika kena tinggal begitu, nanti suami balik mungkin ada yang dah kahwin lain atau ada jantan lain (tidak semualah). Jangan persoalkan itu jika ia tiada kene mengena dengan anda, kerana kami hanya ceritakan kisah-kisah kenabian yang telah diriwayatkan sahaja.

KESIMPULANNYA

Peristiwa Saie antara Safa dan Marwa ini adalah SIMBOL ketaatan, pengorbanan dan kesabaran seorang isteri dan ibu yang TERUNGGUL dalam mentaati suami terhebat dan melahirkan anak terhebat. Ujian paling besar bagi Isteri hebat ini boleh saja membuatkan wanita itu prejudis terhadap Allah, namun tidak pada Siti Hajar. Kesabaran mengharungi ujian berat berserta ketakwaan dan ketaatan maksimum ini telah Allah redha dengan menghadiahkan sebuah TELAGA ZAM ZAM secara alami, Allah kekalkan ia sampai kini sebagai bukti kekuasaan dan keadilan Allah.

SAIE telah Allah ABADIKAN sebagai hujjah besar dalam Haji dan Umrah bagi seluruh umat yang ingin menikmati kejayaan berumahtangga. Safa dan Marwa ini telah jadikan satu simbol SYIAR dalam Islam, dijadikan satu SYARIAT bagaimana skop disiplin seorang isteri/ibu yang harus dijadikan contoh kepada seluruh ummat. Setiap lelaki dan perempuan Islam harus merasai sendiri dan menghayati apa yang telah Siti Hajjar dan Ismail a.s.. lalui. Perjalanan hidup keluarga agung ini menjadi ROLE MODEL yang Allah abadikan perlaksanaannya dalam haji dan zikirnya dalam ritual solat (tahiyat).

Begitulah juga halnya bagaimana Allah telah menampakkan kuasanya yang luarbiasa bagi meyakinkan hambanya yang kekal taat dengan ujian ujian berat. Contohnya ketika Musa a.s. dicabar umatnya, baginda meminta Allah menampakkan dirinya lalu Allah jawab dengan menghancurkan gunung. Ketika baginda dikejar Firaun, Allah menunjukkan kuasaNya dan menghukum firaun dengan membelah laut. Begitu juga dengan banjir dan taufan besar yang menghukum keingkaran umat nabi Nuh a.s. dan banyak lagi contoh lain.

Jika tidaklah Siti Hajar bergegas mencari ilmu, tidaklah Ismail melihat kesungguhan ibunya. Dan dengan semulajadi anak akan turut berusaha dengan cara sendiri. Dalam hal ini telah berlaku sedikit hentakan pada kaki baginda, lalu terpencarlah telaga zamzam, menjadi sumber air / ilmu cetusan dari anak yang bersih berhasiat dan tidak putus-putus. Scenario itulah yang membuatkan orang bertahlul. Dari pengalaman kami, apa yang anak anak kami lihat pada usaha gigih para ibu dan bapa di RPWP telah mencetuskan banyak idea yang tidak disangka sangka hebatnya malah tidak putus putus dari mereka.

Tentang telaga zam-zam dan tahlul itu, kami akan artikelkannya secara khusus, InsyaAllah. Teruskan bersama kami dan silalah share jika anda rasa ini bermanafaat.

Aliran Air dari,
WARGA PRIHATIN

Doa Selamat Buat Teman

00 doa haji sn

Malam ini anak-anak Warga Prihatin akan mengadakan majlis tahlil dan doa selamat khas buat mengiringi keberangkatan Saiful Nang, Pendokong RPWP ke tanah suci esok pagi. Kita pohonkan doa agar beliau sentiasa mendapat perlindungan Allah, sihat sentiasa, dipermudahkan segala urusan ibadah hajinya di sana, selamat juga sepanjang perjalanan pergi dan pulang untuk menyambung hidup beramal bakti bersama kita.

Doa selamat juga dipohon untuk rakan Prihatin, Saudari Iza Namida, yang hanya kami kenali di alam Maya, namun kehangatan ukhwah persaudaraan sudah meresap terlalu jauh ke sanubari. Beliau adalah insan pertama yang menghulur derma bakti sebaik saja tahu keperluan dana pembedahan Ibu Sofiah, Asnaf Fakir, OKU yang sekian lama mengabdi diri sebagai pengasuh dan tukang masak untuk anak anak di teratak ini.

Iza Namida dijadualkan bakal melahirkan anak sehari dua lagi sewaktu AidilAdha ini. Beliau menghadapi masalah oversized baby. Beliau inginkan kelahiran normal bukan melalui surgery. Kami pohon doa kepada Allah agar memberikan kemudahan dan hidayah yang tepat kepada para Doktor yang bakal membantu kelahiran bayi Iza Namida nanti. Yang paling penting mari kita sama sama pohonkan doa agar beliau selamat bersama bayi yang bakal lahir.

Saiful Nang telah berhabis harta dan meneruskan puasa untuk mendanai RPWP bersama co-founders yang lain. Iza Namida juga sangat pemurah dan banyak bersedekah, bukan saja kepada rumah ini bahkan kepada pihak lain juga. Sebagai amil dan penerima, kami tidak ada apa yang mampu diberikan untuk membalas jasa mereka kecuali memanjatkan doa sebanyak banyaknya. Itulah janji Allah untuk penderma seperti mereka, untuk kita yang menyaksikan amal mereka sama sama mendoakannya.

Surah 9. At Taubah 103. “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Ketahuilah wahai Iza Namida dan Saiful Nang, bahawa AURA doa kami semua sedang mengiringi kalian. Jadikanlah aura ini satu kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi cabaran apa saja. Ketahuilah juga kami semua telah menyaksikan amal penyucian melalui sedekah kalian, kami semua doakan segala dosa kalian diampuni KESEMUANYA oleh Allah yang Maha Kuasa. Jadikanlah oleh kalian doa dan penyaksian kami ini sebagai satu pendorong yang kuat untuk tidak mengulangi sebarang dosa lalu agar ia menjadi taubat yang sebenar benarnya. Jadikan doa ini juga untuk menambah amal yang sedia ada.

Biarpun doa anak yatim, fakir miskin dan orang orang yang tertindas itu mudah diterima, namun doa insan suci, insan berilmu dan doa ikhlas rakan Prihatin diluar sana juga tidak ada kurangnya. Ulangan doa 40 orang dalam jemaah dikatakan mencipta satu janji. Walaupun Warga Prihatin saja sudah ada 3x ganda, namun lebih ramai mengaminkannya lebih kuat haul dan kekuatan doa bagi mereka.

Mari sama sama kita aminkan dengan klik LIKE sebanyak mungkin buat menambah suntikan semangat kepada mereka. Lebih ramai mengaminkannya lebih kuat Aura doanya.

Al-Faatihah….. AMIIN.

WARGA PRIHATIN.

Sains Haji 5: FALSAFAH DI SEBALIK TAWAF & ISTILAM

00 haji 5
Sains Haji 5: FALSAFAH DI SEBALIK TAWAF & ISTILAM

Habis cerita tentang Hajarulaswad dalam artikel yang lalu. Sekarang sudah jelas pada anda semua bahawa ia hanya seketul batu yang tiada keramat selain ia satu indikasi kehitaman imej buruk kita selaku orang Islam yang tidak fitrah dengan ketinggian dan kesejahteraan Islamnya.

Ia juga indikasi “batu jemala” isteri yang samaada menjunjung titah suami dan Allah di atas batu jemala mereka ataupun ingin terus nak jadi kepala batu. Inilah bicara satu indikasi ibarat kertas litmus di makmal, yang menampakkan kehadiran dosa atau rahmat Islam pada umatnya di alam ini.

Setelah kita melihat batu hitam itu tercemar dengan dosa. Kita jadikan itu titik mula pencarian hujjah kita. Kita harus mulakan ritual tawaf dari garisan Hajarulaswad itu sendiri bagi mencari punca mengapa batu yang asalnya putih tadi menjadi hitam. Tawaf 7 pusingan melawan arah jam itu satu ritual yang signifikan untuk menyusur dan mengundur masa sebanyak 7 kali pusingan.

MENGAPA PERLU LAWAN JAM? KENAPA 7 KALI?

Kaji semula sejarah ke belakang dari apa yang terjadi. Kaji semula punca kebejatan keluarga dan umat ini. Apakah asas kajian itu sehingga 7 pusingan? Periksa kembali setiap 7 ayat dalam Al-Fatihah (7 yang berulang). 7 ayat itu menjadi satu ikrar harian kita sebanyak 17 kali yang WAJIB dalam setiap solat fardhu yang kita lakukan. Di manakah silapnya? Apakah suruhan yang kita tidak laksanakan? Apakah perlanggaran yang kita lakukan? Sudahkah kita fahami benar benar struktur perlaksanaan setiap ayat dalam fatihah itu? Sila rujuk semula artikel SAINS FATIHAH 1-7 di http://prihatin.net.my/category/sains-fatihah.

Hatta, dalam kejadian manusia dan pembentukan anak, nabi bersabda didiklah anak itu 100 tahun sebelum kelahiran mereka. Hakikatnya, tiada siapa yang setua 100 tahun yang masih subur untuk mengandung dan melahirkan anak. Tetapi 100 tahun sejarah terhampir itulah sebenarnya yang membentuk siapa kita pada hari ini. Sebelum ini kami telah rencanakan tentang itu (sila buat ulangkaji).

APA YANG ADA DI KAABAH YANG KITA HARUS KAJI 7 KELILING ITU

Inilah hakikat kiblat. Kaabah yang di dalamnya ada 3 tiang (sila rujuk sains Haji 3) adalah gambaran tunggak sembahan yang harus dibesarkan. Fatihah sendiri menyedarkan kita akan 3 unsur yang harus diagungkan ini sebagai pentajalian pengagungan kita kepada Allah. Pertama ialah ROB (pengatur) serta RUBUBIAH nya (aturan), kedua ialah MULKIAH(tempat) dan ketiganya UBUDIAH (pengabdi/hamba/pelaku).

Bila kita baca Fatihah, kita harus zikir dan semak sentiasa, sejauh mana kita berjaya menyempurnakan basmalah dan hamdalah kita sebagai pengagungan Rob dan Rububiah Allah. Bila kita baca MAALIKI YAUMIDDIN, kita harus check sejauh mana kita telah meletakkan Allah sebagai RAJA (malik) di MULKIAH (rumah/negara) kita. Apabila kita baca IYYAKA NAKBUD WIYYAKA NASTAIIN, kita harus check sejauhmana kita telah mengabdi kepada Allah? level 10% atau 100%? Ada tidak kemungkinan kecelaruan keluarga dan negara kita akibat kita memperkecilkan Allah, atau anak isteri kita memperkecilkan kita?

‘Habluminallah wahabluminannas”. Check juga semua perlakuan serta hasil dari kerjabuat kita dalam konteks 7 ayat fatihah yang lain. Jika kita belum dapat nikmat Islam seperti orang terdahulu, jika kita asyik saling dimurkai suami, isteri, anak, rakyat, pemimpin maka itu tanda kita sedang dimurkai Allah dan sebenarnya telah SESAT / BINGUNG. Puncanya ialah samada kita belum jumpa jalan yang tepat (SIROOT) atau tidak melaksanakan jalan itu dengan ISTIQOMAH (IHDINASSIROOTOL MUSTAKIM).

Dalam kontek keluarga, ROB ialah suami/ayah/Ibrahim, RUBUBIAH adalah aturan dan polisi keluarga, MULKIAH adalah rumah tangga itu sendiri dan UBUDIAH ialah isirumah. Di sini kita nampak jelas bahawa 3 unsur besar inilah yang menyelamatkan hidup kita di dalam keluarga berstatus syurga Darussalam, BAITI JANNATI. Ini hanya akan berlaku jika kita sanggup benar benar menjadi hamba (ABID) dan berserah diri (MUSLIM) kepada semua aturan Islam yang telah ditetapkan dengan penuh keyakinan dan bertawakkal.

Setelah 7 kali pusingan dilengkapkan lalu kita jumpai sebab musabab mengapakah batu Hajarulaswad itu bertukar menjadi hitam. Kita akan nampak kesilapan diri kita yang lari dari frame ketetapan Allah dalam 7 ayat berulang dalam FATIHAH itu sendiri. Seterusnya, apa nak dibuat?

ISTILAM

Antara tindakan Rasulullah s.a.w. sebaik saja memasukki Kaabah setelah berjaya menawan Mekah ialah membersihkan berhala di dalam Kaabah itu. Istilam ialah indikasi kita meninggalkan semua kesilapan yang telah kita kaji (flying kiss/bye bye). Ucapkan selamat tinggal kepada batu hitam itu dan TINGGALKANnya untuk bersaie pula. Untuk apa pula saie? Itu akan kami kupaskan dalam artikel berikutnya.

Hari ini kita lihat, ramai orang meratapi dinding Kaabah selepas mereka tawaf. Seolah-olah selepas mereka mengetahui punca dosa yang menghitamkan Hajarulaswad itu, mereka meratap dan menyesal TETAPI adakah itu caranya? Kami berikan contoh yang lebih local. Jika hari ini anda dapati anak lelaki anda mengambil pil khayal dan dadah-dadah berbahaya, jangan terus lempang anak itu sampai mati. Pusing semula sejarah hidup keluarga anda dan lihat sendiri dari frame al-fatihah itu apakah kewajipan seorang bapa yang telah anda nafikan? Apakah kewajipan seorang ibu yang telah dihentikan?

Antara sebabnya ialah kerana anda mungkin telah terjebak kepada gejala sembahan HARTA, TAHTA & WANITA. Contohnya anda mungkin terlampau sibuk mengejar harta untuk dibekalkan kepada anak itu. Harta itu juga untuk anda belikan apa sahaja yang anak sukai dengan percaya membabi buta. Anak minta duit beli syabu pun kita tak sedar. Bila kita sedar, ia dah terlambat. Anda juga mungkin sibuk mengejar pangkat, tidak kira suami isteri sibuk berkempen politik dan mengabaikan anak. Anda juga mungkin menyembah wanita dalam pelbagai cara. Ada yang sibuk melayan girlfriend diluar, atau berbini 4 sampai mengabaikan anak isteri terkatung-katung, tidak kurang ada yang takut bini dan berbagai lagi. Setelah anda tahu kesilapan itu, maka BERISTILAM lah. Anda dah nampak puncanya dan tinggalkanlah Kaabah untuk bersaie.

Jelas bukan? Diharap selepas ini, apabila kita mengerjakan umrah dan haji, dah tahulah kiranya apakah signifikan ritual ini.

Selepas ini perlu pula kita kenali apakah itu Saie? Apakah kaitan Saie dengan tawaf? Apakah kaitan Saie dengan ilmu? Jika ditanya oleh anak 4 tahun mengapa perlu bersaie, apakah jawapan kita?

Jika kita jawab, itu sebagai perlambangan kesungguhan Siti Hajar mencari air mungkin anak boleh senyap sekejap untuk berfikir. Nanti ditanya pula, kenapa mencari air itu sampai dijadikan ritual sepanjang zaman?

Tunggu artikel selepas ini nanti, InsyaAllah ada jawapan yang boleh kita beri.

WARGA PRIHATIN
Penggalang Sunnah & Firman.

SURAH 15. AL HIJR ;
86. Sesungguhnya Rob mu, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.
87. Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang berulang-ulang dan Al Quran yang agung.

SURAH 17. AL ISRAA'(PERJALANAN)
17:13. Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.
17:14. “Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan diri kamu sendiri pada hari ini sebagai penghisab terhadap dirimu.”
17:15. Sesiapa yang mendapat petunjuk, dia hanyalah mendapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami membangkitkan seorang utusan.

SURAH 22 AL-HAJJ
22:29. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kekotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,

Sains Haji 4: Falsafah disebalik HAJARUL ASWAD

hajarulaswad

Kami minta maaf kepada sidang pembaca sekalian, perkongsian kami tentang falsafah di sebalik ibadat haji tergendala sebentar bagi memberi laluan kepada asbab tentang isu An-Nisa (wanita) dan fungsi diri wanita itu sendiri. Kami akui, ia agak panas apabila menyentuh isu wanita berbanding penjelasan tentang poligami.

Semasa artikel ini ditulis, salah seorang dari kami akan bermusafir selama sebulan untuk menjalankan ibadat haji. InsyaAllah jika tiada aral, kami juga akan berlintas langsung melalui catatan travelog beliau.

Mari kita teruskan cerita yang tergendala di ‘Falsafah disebalik Kaabah’. Dah mula orang sedar bahawa kaabah bukan satu ‘kotak keramat’ yang menjadi sembahan dan dinding ratapan kayak Sang Yahudi yang meratap dan konfessi di dinding (wall). Sebab itu, pencipta Facebook juga orang Yahudi ini menyediakan wadah WALL secara halus. Lalu tanpa sedar hari ini kita lebih suka meratap nasib di atas “wall” facebook ciptaan mereka itu. Dalam masa yang sama kita jugalah yang menjadi aktivis untuk menentang segala carahidup Yahudi samaada baik ataupun buruk.

BATU SEBAGAI MUTASYABIHAT PERTIMBANGAN

Di satu penjuru Kaabah ada tempat Hajarulaswad. Diriwayatkan ia batu putih dari syurga yang kini HITAM kerana dosa manusia. Bilakah manusia akan bersih dari dosa sehingga batu timbangan dari syurga ini akan menjadi seputih susu semula seperti warna asalnya? Bolehkah kita putihkan semula satu kertas litmus yang telah bertukar merah dan biru dengan kehadiran asid ataupun alkali di dalam makmal kimia? Inilah analogi yang ingin kami kongsikan. Inilah kayu pengukur, inilah batu timbangan mengenalpasti PERSIMPANGAN yang menjadi pemula kepada tawaf kita.

Sayyidina Umar al-Khattab r.a. berkata “ini tidak lain hanya batu, jikalah tidak aku melihat Rasulullah s.a.w. mengucupnya, nescaya tidak akan aku sudi melakukannya”. Jika alQuran diturunkan untuk membaiki akhlak, jika Islam mengatur hidup bahagia berumahtangga, pastilah bukan ujudnya jasad batu itu yang menjadi soal pokok. Kisah disebalik batu itu yang harus kita pertimbangkan. Itulah dia batu timbangan dalam kehidupan manusia, itulah pedoman bagaimana manusia menetapkan prinsip dan polisi dalam keluarga.

Batu timbangan bernama Hajarulaswad juga begitu. Ia tidak pernah akan kembali jadi putih. Yang hitam ialah imej Islam akibat kita tersalah pertimbangan. Yang akan jadi putih ialah jika Islam mampu merahmatkan keluarga dan seluruh alam semula. Itulah satu-satunya komponen Kaabah yang masih kekal dari zaman Nabi Ibrahim AS lagi. Selain dari batu itu, semua bahagian Kaabah yang lain sudahpun di modifikasi mengikut zaman.

Hari ini berbagai-bagai pertimbangan yang mengelirukan dimomok momokkan kepada para ibu. Ada hujjah yang menganjurkan suami/isteri bergaduh seminggu sekali, ada yang menyarankan isteri mesti minta minima RM1500 sebulan elaun dari suami, sekalipun sang isteri juga bekerja dan macam macam lagi pertimbangan yang hitam. Itulah titik mula pembetulan kita… pergi haji untuk mencari hujah asalnya. Tak pasal pasal kami jadi sibuk menjawab semua kekeliruan ini di inbox kami.

NISAK PENENTU SYURGA NERAKA RUMAHTANGGA

Batu itu dinamakan HajarulAswad bersempena nama Siti Hajar sendiri. Itulah KUNCI kebahagian rumahtangga sehingga sebuah rumahtangga itu dirasakan seperti syurga. Begitu juga sebaliknya, seorang isteri juga boleh menjadikan sebuah rumahtangga sepanas neraka. Boleh bayangkan? Kalau tak boleh, mari kami berikan contoh.

Jika suami anda pulang kerja lalu melihat isterinya menyambut di muka pintu dengan muka manis tersenyum, bermata jeli, berbau wangi dan berhias rapi, pasti buat suami selalu nak cepat-cepat balik rumah. Disambut pula bersama anak-anak dan belum sempat suami duduk lagi dah dihulur air minuman pula. Anak-anak pula berperangai baik, terus menemani suami dan bermesra-mesraan. Suami yang penat pun jadi hilang penat. Jangan beralasan isteri pun bekerja, lagi nak sambut suami.! Jika boleh beralasan begitu, kenapa tidak beri alasan isteri bekerja tak boleh solat menyembah Allah?

Situasi kedua pula, suami anda pulang lalu melihat anda dengan bau hanyir ikan dan bawang, berbedak sejuk, berleter, rumah berselerak, nasi tak masak, air pun tak hidang memang wajar-wajarlah kalau suami cepat botak tertekan. Belum cukup 50 tahun dah mati kena serangan angin akhmar.. Baru jadi rasanya macam neraka kan? Semua itu pada fungsi seorang isteri bukan?

Selalu kita dengar Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, Syurga Isteri di tapak kaki suami. Selalu juga kami katakan antara ciri syurga ialah Isteri yang bermata JELI, wajah tenang dan membahagiakan. Jika Putih Si Isteri, maka putihlah keluarganya. Hitam Si Isteri maka hitamlah keluarganya. Jika langkah ibu ke syurga, maka kesyurgalah juga anak anaknya. Namun jangan lupa kerana semua anak di neraka juga ada ibunya.

Tetapi, jangan salah anggap pula peranan suami. Peranan suami adalah penetapan hukum (Abal Haqam). Jika boleh kami mudahkan, suami bertindak sebagai Arkitek dan isteri sebagai kontraktornya. Suami sebagai ‘Rob’ (pengatur), Isteri sebagai ‘Amarat’ (pelaksana)nya. Barulah mampu membina keluarga seindah bangunan yang tersusun kukuh (As-Saff, 4).

Mudahnya, jika batu Hajarulaswad itu satu indikator DOSA. Jika putih bermakna tiada dosa, jika hitam bermaksud terlalu banyak dosa. Dan petunjuk itu mampu kita lihat pada wanita. Wajarlah isu wanita sahaja mempunyai surah khusus dalam Al-Quran (An-Nisa). Banyak lagi surah surah lain yang berkaitan dengan wanita demi menunjukkan peri pentingnya peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat. Kami ulang, bukan ayat, tetapi SURAH, yang jadi topik khusus.

Lihat sahaja pada isteri / ibu yang kusut masai itu melambangkan keseluruhan keluarganya dalam kecelaruan dosa. Jika ibu / isterinya baik-baik sahaja itu melambangkan keseluruhan keluarga itu juga dalam keadaan terbaik.

Ibu satu jambatan perlaksanaan hukum. Sumber hukum dari bapa / suami. Sebab itu lelaki ketua keluarga dipanggil sebagai Abal Haqam (Bapa Hukum) kerana dasar dan prinsip datang dari bapa. Ibu pula jambatan perlaksanaan, titian Siroot ke syurga kepada anak-anak yang dizahirkan dalam bentuk pendidikan berkasih sayang secara istiqomah. Itulah hakikat “Sirootol Mustaqiim” dalam keluarga syurga. Maka anak akan terdidik menjadi yang terbaik.

Biar kami tanyakan, adakah dalam sejarah ibu yang jahat mampu melahirkan anak sehebat nabi? Contoh Nabi Noh sendiri, apabila isterinya kaput dari keimanan kepada Allah, anak seluruhnya mengikut. Berbanding dengan isteri terbaik yang Allah pandang, Asiah (isteri Firaun) yang mampu mendidik seorang Nabi (Nabi Musa) walaupun suaminya (Bapa hukumnya) orang yang toghut / melampau batas.

Janganlah ibu-ibu dan isteri-isteri yang membaca ini menjadi gusar dengan tanggungjawab anda. Sebaliknya perlu anda timbal semula dengan ketetapan Allah yang meletakkan syurga isteri itu sangat mudah, semudah hanya taat kepada suaminya dan mengerjakan solat, maka mereka akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang mereka mahukan. Mengapa hangat isu wanita berkerjaya? Kerana itu salah satu pertimbangan yang harus diambil kira, itu salah satu punca kerosakan dunia. Jangan marah kami kerana itu adalah Sabda Nabi.

Itulah falsafah di sebalik Batu Hitam itu. Ia adalah falsafah pertimbangan sebelum kita mula mengatur langkah menggiring keluarga ke syurga atau neraka. Segalanya memerlukan pertimbangan dan kajian kenapa dan mengapa Islam yang asalnya putih menjadi Hitam dalam keluarga dan masyarakat kita. Dari situ pencarian Hujjah dalam ibadah haji kita bermula.

Mengucup Hajarulaswad hanyalah SUNAT. TETAPI Hari ini untuk mengerjakan yang sunat itu, ramai orang sanggup lakukan yang haram seperti memijak, memukul, menumbuk, menyiku, menolak dan meraba hingga terlalu banyak yang mati lemas dan terpijak asalkan mereka mampu mengucup Hajarulaswad itu.

Ia hanya seketul batu. Ia satu batu tanda representasi “BATU JEMALA” seorang isteri terhadap prinsip dan ketetapan suaminya. Jika isteri menerima arahan suami lalu menjunjungnya di atas batu jemalanya, maka putihlah batu timbangan itu. Jika tidak, hitamlah rupanya.

Falsafah Seterusnya, ialah di sebalik tawaf.

Seperti dalam video di artikel ‘Sains Haji 1’, Ustaz dalam video ceramah di tv3 itu utarakan perkara yang sama. Profesional muda rakannya mengejek rukun haji, beliau jawab jangan banyak tanya mengapa dan kenapa. Hari ini pula, ada anak 4 tahun bertanya mengapa kita tawaf melawan jam, kenapa keliling kaabah, kenapa perlu beristilam (flying kiss), mengapa perlu melambai dan mengapa pula 7 pusingan? Si Ayah hanya menganga saja!.

Insyaallah kami akan sajikan apa yang kami ada pada episod yang akan datang iaitu “FALSAFAH DI SEBALIK TAWAF”.

Jika anda rasa maklumat ini penting dan berguna, janganlah lupa share juga dengan orang lain.

Perkongsian Iqra dari.
WARGA PRIHATIN