image_pdf

KONTROVERSI KALIMAH ALLAH

00 kalimah allah 2

KONTROVERSI KALIMAH ALLAHJika isu ini mahu dihurai lengkap, ia akan menjadi buku. Masalah berat orang kita ialah malas membaca. Rela hidup meraba-raba dan ambil mudah semua perkara. Oleh itu kami akan cuba seringkas mungkin.

INI ADALAH CETUSAN PERKONGSIAN BERSAMA. Sebelum kami menunaikan hajat mereka yang meminta ulasan kami mengenai isu ini, mohon kosongkan dahulu minda dari sebarang pencemaran fahaman terhadap ulasan ini dari sentimen politik dan kebangsaan (assobiyah). Pesan junjungan nabi s.a.w. Asobiyah itu tidak Islam kerana Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia, bukan untuk sesuatu kaum sahaja.

Ulasan ini tercetus secara langsung dari pendirian kami, dari amalan kami, bukan cedokan dari mana-mana badan politik, maupun ulamak yang saling bercanggah pendapat sampai kini. Jika sama dari mana-mana punca mungkin itulah hidayah kebenaran dari Allah, hadiah untuk kita secara tidak sengaja.

APA ITU KALIMAH ALLAH?

Jika isu panas bertajuk kalimah, maka penting kita fahami kalimah ALLAH ini. Dalam bahasa mudah ALLAH datang dari kata pokok ‘ILAH’ (sembahan). Apabila ditambah dengan prakata ‘AL-‘ ia menjadi satu yang khusus. Lalu gandingan prakata itu menjadi kalimah ALLAH (AL-ILAH), satu-satunya sembahan, atau satu sembahan yang khusus. Contoh lain, Kitab ada banyak, al-Kitab itu khusus dari Allah. Alim ada ramai, Al-Alim itu khusus sifat Allah.

Kalimah Allah adalah kalimah agung yang menjadi asas syahadah. Kalimah inilah yang Allah minta kita saksikan makrifahnya sampai kita sanggup bersumpah setia dengan syahadah kita. Rujuk sains Fatihah dan Parenting Tips 14 tentang AL-ILAH.

Tiada maknanya mulut menyebut Allah ribuan kali sehari, jika kelaku kita tidak menampakkan Allah sebagai Al-Makbud (tempat kita mengabdi) sama sekali. Sepanjang hari kita mengabdi diri selain dari Allah secara hakiki. Perintah Allah kita perlekeh sesuka hati.

BAGAIMANA MENJAGA KALIMAH ALLAH?

Apapun isunya, kalimah ALLAH per-se’ ini tidak akan memberi apa-apa makna jika kita tidak menanamkan ia ke dada kita sehingga ia tumbuh kukuh dan menghasilkan buah fikiran yang muai dalam diri kita. Allah nukilkan tentang kalimah ini dalam surah 14 Ibrahim, ayat 24,25 (sila baca juga surah 29 al-Ankabut,49)

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan KALIMAH yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
25. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

Allah itu satu-satunya sembahan. Harus diketahui bagaimana cara menyembah dan mengabdi Allah (Ubudiah yang menyembah Al-Makbud).

Ungkapan ‘Awaludin makrifatullah’ – awal dien itu mengenal (arif) tentang Allah. Apa sebenarnya yang harus kita kenal selain dari sifat-sifat Allah dari 99 namanya? yang selama ini hanya kita hafal sahaja?

Pada pandangan kami, untuk menjaga dan memelihara kalimah ALLAH (AL-ILAH – satu-satunya sembahan) ini, kita harus sentiasa menyembahnya.

Untuk menyembah ALLAH (Al-makbud) pula, kita harus menjadi ABDINYA (Ubudaiah) yang patuh kepada ARAHAN (Rububiah)Nya. Oleh itu wajiblah kita kenali betul-betul SEGALA PERATURANNYA terlebih dahulu. Peraturan hidup itulah yang dipanggil Dien (cara hidup). Itulah keseluruhan kesimpulan MAKRIFATULLAH (arif tentang Allah).

Jika disiplin atau cara hidup itu sudah kita amalkan hari-hari, ia akan menjadi pendinding hati yang selalu mengingatkan kita tentang sembahan terhadap ALLAH itu. Mana ada ruang anasir lain nak menyelit dalam hati kita lagi.?

SEJARAH PENCARIAN ALLAH

Dahulu kalimah ini telah tertanam kukuh oleh Ibrahim a.s. Bersusah payah baginda mencari hakikat ketuhanan satu-satunya ini (ALLAH) sehingga hidayah Uluhiyah itu mampu memenggal berhala. Itulah Suhuf Ibrahim, asas agama kita.

Legasi Uluhiyah itu diperkukuhkan semula oleh keturunan Ibrahim daripada Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. secara jatuh dan bangun semula. Sepertimana biasalah, bila tidak dijaga, apa yang sudah ditanam dan tumbuh subur pun akan mati dan reput semula. Itulah pusingan siang dan malam dalam legasi agama. Sezaman ia terang benderang, akhir zaman ia gelap semula dan begitulah seterusnya. Mari lihat ayat seterusnya surah Ibrahim ini,

26. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap sedikitpun.
27. Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.

Kita berada dalam musim haji, musim hujjah bukan? Mari lihat kembali bagaimana Allah perintahkan kita ulangkaji hujjah ketuhanan oleh Ibrahim dan seluruh keluarganya. Itulah sasaran solat kita, KAMA SOLLAITA ALA IBROHIIM. Legasi keluarga baginda menjadi ikutan langkah umrah dan haji kita. Aturan dalam RUMAH atau POLISI RUMAHTANGGA baginda telah menjadi kiblat kita. PENGORBANAN keluarga mereka juga jadi ikutan ibadah KORBAN kita.

Sila ulangkaji siri artikel sains haji kami keseluruhannya (1-10).

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH GOLONGAN KRISTIAN?

Dalam konflik Fir’aun dengan Musa a.s. dahulu, Kalimah ALLAH telah ada dan dijelaskan oleh nabi Allah Ibrahim kepada manusia. Firaun ketika itu juga menyebut Allah. Doa Abu Jahal yang memusuhi Nabi s.a.w. juga menyebut Allah. Mengapa? Kerana mereka itu juga bertuhankan Allah, Cuma mereka ada sembahan lain selain Allah. Sila rujuk Artikel Jihad Besar Dengan Al-Quran.

Mereka yang menentang agama Allah ini asalnya telah beragama dengan agama ini, telah mengenal dan menyebut ALLAH, tetapi tanpa ilmu makrifahNya. Mereka jahil namun tidak mahu menerima wahyu dan ingin meneruskan kejahilan mereka. Samalah dengan kebanyakkan kita yang bersyahadah dengan syahadah kosong, menzikirkan kalimah ALLAH dengan zikir yang kosong. Zikir kalimah Allah kita kini sekadar sebutan sahaja. Tanpa usaha Tafakur, Tadabur dan Tabayyun yang sebenar-benarnya.

Soalnya sekarang ialah isu ini telah dijadikan bahan politik. Semua jadi bercelaru kerana ia bukan lagi menjadi perjuangan akademik keagamaan, bukan lagi berteraskan ketuhanan pun. Kerana puak yang kononnya sangat memperjuangkan kalimah itu sedang memijak-mijak tuan punya NAMA melalui tindak tanduk harian mereka. Jauh sangat sekali dari membesarkan Allah dalam polisi hidup diri sendiri, keluarga dan kepimpinan mereka.

Yang sedang menyokong penggunaan kalimah itu juga bukan atas nama dan maksud Lillah Billah. Ada udang sebalik batu. Mereka ini tidak perduli apa akan berlaku. Yang penting mereka dapat sokongan politik. Soal akidah dan kehancuran anak cucu belakang cerita. Yang penting mereka dapat tahta dan kuasa.

AL-LATTA, AL-MANNA, AL-UZZA (Tahta, wanita, harta) inilah BERHALA yang sedang mereka diperjuangkan melalui NAMA ALLAH. Alangkah hinanya perjuangan mereka. Segala amal baik akan tertolak jika tidak berdasarkan BISMILLAH, dengan/atas NAMA ALLAH. Apa saja pandangan baik kalian atas isu ini, lihat niatnya dahulu. Atas nama ALLAH kah pendapat atau perjuangan itu, atau atas nama KUASA, PARTI, DIRI, BANGSA atau apa saja.?

Lihatlah polisi BASMALAH ini >>> Sedangkan kita yang kononnya beriman sahaja pun ALLAH LARANG menyampai tanpa ilmu, sebelum kita sendiri telah jelas mengamalkan apa yang kita sampaikan. Inikan pula membiarkan mereka yang jelas tidak beriman, mempermain-mainkan bacaan firman depan mereka di pentas umum, hanya atas paksi politik yang sama.

Alangkah jijiknya pendirian dan kesaksian itu. KITA RELA MELIHAT MARTABAT FIRMAN DIPERMAINKAN DEPAN MATA. Berilah alasan apa sahaja, Allah tahu kita sedang berdusta, melainkan atas desakan politik semata-mata. Tunggu sajalah bencana yang sedang tersedia. Orang seperti ini ALLAH kata sama sahaja mereka dengan rakan mereka itu. Sila baca sendiri surah 4 An-Nisa’ ayat 137-140. Inilah MUNAFIK BERSERBAN.

Sebelum ia menjadi berkajang panjangnya, ada baiknya kami hentikan di sini dengan kesimpulan sahaja, bahawa kalimah ini hanya mampu dipertahankan secara alami dengan,

1. Kefahaman Makrifatullah yang hidup, ibarat pokok yang kuat akarnya mencengkam tanah (hati).
2. Menerapkan disiplin dalam amalan kehidupan Islam sebenar (bukan sekadar iklan penerapan nilai-nilai Islam dan ucapan politik yang entah apa-apa biji butir dan perlaksanaannya).

Apa yang sedang diperjuangkan sekarang hanyalah satu damage kontrol atau rawatan simptomatik sahaja. Rawat sini timbul di sana. Tampal sini bisul di sana, kerana sistem imuniti akidah kita sudah tiada. Darah akidah kita sudah dipenuhi kuman noda.

Tentu tidak masuk akal juga jika mereka yang dahulunya tidak menggunakan NAMA ALLAH tiba-tiba meminta penggunaannya sekarang. Jika anda pergi ke mana–mana negara lain mereka boleh guna nama Lord, God tanpa masalah. Mengapa tidak guna Nama Allah di negara lain? Itu hanya cara mereka menghimpit akidah generasi kita yang mereka tahu ada sengat di sebalik nama ALLAH, itu sahaja.

Hari ini orang pijak alQuran kita berdemonstrasi. Tinggalkan kerja, tinggal anak isteri. Anak Melayu masuk kristian, nak tukar IC kita naik mahkamah dan berdemonstrasi. Orang lukis karikatur nabi kita mengamuk. Orang nak guna Nama Allah pun begitu juga. Mereka tambah suka dan gembira melihat berbilion dana kita lebur kerana tinggalkan kerja dan berbelanja buat poster dan berdemonstrasi. Sehari dua mereka mulakan lagi. MACAM BUDAK-BUDAK kita dibuatnya.

Agama itu bicara hati, kefahaman yang menjadi pegangan hati dan keyakinan untuk melaksanakannya. Nak menjunjung Nabi s.a.w adalah dengan memelihara sunnahnya dalam kehidupan kita. Agama bukan duduk di MAHKAMAH. Mengekalkan status Islam dalam IC hanya bersifat luaran. Itu satu hakikat kefasikan dalam akidah. Itulah yang menjadi bahan perjuangan kita tidak sudah-sudah.

Kita semua juga lupa kalimah Allah itu sebahagian dari isi alquran. Allah jelaskan alquran itu bukan dalam bentuk tulisan. Ia berbentuk kefahaman dan terjaga di dalam dada. Jika tasdiq hati kita alquran minded, lafaz bibir dan kerjabuat kita juga akan terpuji, menjadi alquran yang hidup dan terpelihara. Itulah sebahagian dari hakikat Muhammad.

Bagi kami, lebih baik kita bertarung dengan fakta. Anak-anak kami semua kami galakkan baca al-Kitab (bible Melayu). Allah sendiri jelaskan yang isi kandung kitab mereka tidak sampai pun 1/10 dari kitab kita yang amat sempurna. Bawalah Hollywater, bacakanlah dakyah sebanyak mana, kami yakin insyaAllah anak kami akan KEKAL BERIMAN. Silap-silap mereka yang akan ikut kita, kerana mereka juga ingin mencari syurga.

AMATLAH RUGI mereka yang masuk kristian setelah mengetahui ISLAM yang sebenar, kerana semua isi kitab itu ada dalam alquran. Banyak kandungan alquran tiada dalam kitab mereka. Mengapa ? kerana alquran adalah LATEST VERSION kepada kitab agama langit. Tidak mungkin anda kembali kepada WINDOW 95 yang hanya 8% keupayaan berbanding WINDOW VISTA. Masalah kita ialah, ada Window Vista, tapi tak pernah guna. Komputer berselimut takut kena habuk. Alquran ada tapi duduk dalam gerobok.

Kami serah pada anda untuk menilai yang mana satu kaca dan permata, mana lebih baik pokok yang hidup berbuah lebat? atau pokok plastik yang sama rupa tapi tidak ada buah atau hasil panennya.?

Cetusan bersama dari,
TUNAS PRIHATIN

Parenting Tips 30 : FALSAFAH KEJAR AKHIRAT DUNIA MENGIKUT?

00 akhirat dunia

Parenting Tips 30 : FALSAFAH KEJAR AKHIRAT DUNIA MENGIKUT?

Ramai sudah tahu ungkapan ini, tapi ramai juga yang tidak pasti dan berteka teki. Akhirnya polisi kehidupan yang besar dan mahal ini tidak ada erti sama sekali. Hanya semata-mata kita tidak memahami apakah logika atau sains guna disebalik ungkapan ini. Lalu kita tetap mengejar dunia meninggalkan akhirat. Akhirnya dunia juga kaput.

Kita semua sering menyeru agar sama sama kembali hidup berpandukan alquran dan sunnah. Itulah sarana akhirat, tapi ia terlalu umum dan kabur. Bagaimana harus kita mendekatkan diri kepada Allah melalui alquran dan sunnah?

Alquran itu diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia. Sunnah itu adalah susurgalur kaedah dan amalan perlaksanaannya. Nabi s.a.w. bersabda “Aku diutus untuk memperbaiki akhlak manusia”. “Akhlak nabi sendiri ialah alquran” kata Aishah isteri Baginda. Inilah dia laluan menuju AKHIRAT.

APA BEZA KITA DENGAN HAIWAN YANG DISEMBELIH DIDUNIA?

DUNIA itu jambatan akhirat. Jika Islam itu bermakna sejahtera, maka kita harus mampu mengecapi kesejahteraan itu di DUNIA hasil dari kepatuhan kita mengikuti sistem kehidupan agama ini. Barulah nanti kita yakin akan sejahtera di Alam Barzah sana.

Kita ini semuanya adalah satu spesis haiwan yang bernama manusia. Yang membezakan kita dengan haiwan hanyalah fungsi akal terhadap perintah agama. Tanpa pedoman dan pimpinan carahidup beragama, akan kekallah kita dengan ciri kehaiwanannya. Bapa akan rogol anak sendiri, yang besar akan tindih yang kecil, suami akan biarkan isteri bersosial dengan sebarang lelaki, tiada beza barang yang halal atau yang dicuri dan sebagainya.

Lahirnya kita semuanya jahil sepertimana haiwan juga. Kejahilan yang berterusan akan membuatkan kita terus menerus berperangai macam haiwan. Akhirnya segala bencana akhlak menimpa keluarga dan masyarakat kita, jahiliyah moden ini. Jika kita berkelana dalam kejahilan akan menyesatkan halatuju kita. Mengetuai keluarga dan negara dalam kejahilan akan menganiaya orang di bawah pimpinan kita.

APA ITU HAKIKAT AKHIRAT?

Bagaimana kita boleh mengejar akhirat jika akhirat itu sendiri kita tidak kenal? Kata pokok persoalan ini ialah AKHIR atau PENYUDAH. Itulah hari yang kita cari dan kejar. Hari perhitungan, hari pertimbangan, hari pembalasan dari hasil mengikuti aturan Allah..

AKHIRAT adalah hari di mana segala gejala kejahilan dan kerosakan akhlak masyarakat ini akan berakhir. Bagaimana ia boleh di akhiri? Itulah soalan yang berlegar di minda kita. Jawapannya ialah dengan meneliti dan mengikuti seluruh panduan yang telah Allah beri. Itulah panduan alquran dari Allah dan sunnah yang telah dilaksanakan nabi. Itulah ikutan yang dijamin nabi dalam khutbah terakhirnya di Arafah agar kita tidak sesat selama-lamanya.

PERANAN AKHLAK – SARANA AKHIRAT YANG MEMBANGUN DUNIA

AKHLAK adalah misi besar agama yang akan membezakan haiwan dengan manusia. Memperbaiki AKHLAK adalah tuntutan Allah untuk mengejar akhirat. Nabi junjungan kita telah menunjukkan contoh akhlak yang agung (KHOLQIN AZIIM) dalam misi meng-AKHIRI JAHILIYAH zaman baginda.

AKHLAK datang dari kata asas KHOLIQ (pencipta). Orang yang berakhlak adalah yang patuh kepada penciptanya. Ini kerana selaku Pencipta, baik apa saja ciptaannya pasti akan membekalkan aturan (RUBUBIYAH) atau manual untuk ciptaannya.

Dalam ayat pertama “IQRA’ BISMI ROBBIKA ALLAZI KHOLAQ”, Allah minta kita kaji dan fahamkan atas nama (..ism, ismu) Allah, apakah ATURAN (Rububiah) PENGATUR (Rabb) yang diperlukan untuk memperbaiki atau MENJADIKAN (kholaq) manusia.

Kerana itu, Kami ajar anak anak kami agar mengikut akhlak nabi semampu mungkin. Apabila akhlak sudah terbentuk, ia akan dengan sendirinya membentuk hasil yang baik di DUNIA ini.

Contoh amalan harian dalam soal patuh kepada pencipta (berakhlak) ialah kepatuhan kepada guru di sekolah. Anak kami sangat sayang guru dan pensyarah mereka, kerana di sekolah, merekalah pencipta dan pengatur anak-anak ini. Hasil DUNIA ialah mereka dapat kasih sayang dan perhatian, mereka dapat bimbingan dalam akademik.

Di rumah mereka sayang dan patuh kepada ibu bapa selaku pencipta dan pengatur hidup mereka. Yang kecil diajar mematuhi ketua mereka (abang atau kakak yang besar) yang membimbing mereka seharian. Hasil DUNIA ialah mereka saling disayangi, hidup teratur dan akademik berjaya (jika arahan ibu bapa untuk belajar dipatuhi) dengan akhlak itu. Tentunya ia bukan kerja sehari.

AKHLAK IKHLAS DAN HASILNYA DI DUNIA

IKHLAS adalah satu lagi contoh AKHLAK yang baik. Ia dari kata pokok KHOLAS atau berhabis-habisan dalam semua gerak kerja. Ia adalah satu tuntutan besar dari pencipta sebagai sarana mengejar akhirat. IKHLAS bukan dari kata bibir. Ia diukur melalui cara kerja kita. Sebab itu dalam surah IKHLAS tidak pun disebut perkataan IKHLAS. Ia diukur dari tumpuan kerja/amal, berbuat sepenuh hati untuk Allah yang SATU/ESA dengan mematuhi aturanNya tanpa berbelah bagi.

Bagaimana dunia akan mengikut dengan polisi IKHLAS?

Jika niat kerjabuat kerana Allah (Lillah), dengan Aturan/Rububiah Allah (Billah) biarlah dengan sempurna. Itulah IKHLAS. Melakukan kerja untuk kepentingan diri tanda tidak IKHLAS. Tidak mengikuti aturan yang diberikan sepenuhnya juga tidak IKHLAS. Tidak menghabiskan kerja yang diberi atau melakukannya dengan tidak bersungguh-sungguh juga tidak IKHLAS.

APABILA DISIPLIN ikhlas ini telah menjadi amalan, sudah pasti anak akan menjadi orang yang hebat dalam pelajaran dan kerjayanya. Itulah habuan DUNIA dari kejaran akhirat.

AKHLAK BERSUNGGUH-SUNGGUH & TIDAK MUDAH PUTUS ASA

Allah sangat bersungguh-sungguh dan tidak main-main dalam mendidik dan mengatur kita. Banyak sekali ayat yang sama Allah ulang berpuluh kali untuk menyedarkan kita.

Sebelum melakukan kerja, kami minta mereka berusaha tanpa jemu mencari ilmu dahulu. Supaya kerjabuat mereka tidak berteka-teki dan sangka-sangka.

Kami ajar anak-anak BERSUNGGUH dan jangan cepat putus asa dalam pencarian ilmu akhirat sebagai satu cabang AKHLAK, kehendak pencipta. Kami minta semua warga mengulang baca serta kaji alquran dan memahaminya. Kami minta mereka nyatakan kefahaman mereka dan cuba melaksana. Sekali salah atau gagal tidak mengapa, ulang lagi dan lagi. Yang penting jangan sekali-kali tinggalkan alquran dan sunnah yang telah diajarkan Nabi.

ALQURAN MINDED Itu antara akhlak besar yang ingin kami tanamkan. Alhamdulillah 6236 ayat alquran itu sudah mampu disusun puzzlenya untuk melakar GAMBARAN bagaimana MENCIPTA manusia, secara individu maupun kelompok masyarakatnya.

Terlalu banyak contoh-contoh mencipta kejayaan DUNIA melalui kaedah AKHIRAT yang Allah telah nukilkan dalam quran. Contoh-contoh lain bagaimana AKHLAK (sarana AKHIRAT) yang kita utamakan akan membantu pencapaian akademik (DUNIA) ialah,

• Dengar baik-baik dan perhati dengan tenang sewaktu belajar,
• Jangan banyak takwil (mengganggu) SEMASA pelajaran disampaikan.
• Tulis / notakan sendiri apa yang dipelajari sebagai perantaraan kefahaman.
• Taat perintah ibu bapa, orang tua, guru – itu memudahkan pembelajaran
• Belajar berjemaah, saling belajar dan mengajar.
• Belajar yang mudah dahulu,
• Selesaikan satu persatu dengan sungguh-sungguh,
• Spirit awalul (sentiasa menjadi golongan yang awal)
• Bersegera memenuhi perintah (penjelasan iftitah)
• Dan banyak lagi. Ada banyak ayat yang menetapkan akhlak itu.

KESIMPULANNYA – Biarpun kami tidak mendesak anak-anak ini mengejar degree, atau dapat 20A seperti kebanyakan ibubapa lain, yang jelas mereka juga menyerlah akademiknya di sekolah. Kesemua angkatan pertama anak-anak RPWP sedang belajar di Universiti. Ada yang mendapat CGPA 3.7 walaupun menyertai ROTU. Ramai yang dapat 5A UPSR, Mumtaz Sekolah Agama, Pemenang Anugerah EMAS – Anugerah Akademik dan Sahsiah Tertinggi peringkat sekolah dan sebagainya.

Falsafahnya mudah sahaja, apabila AKHIRAT berlaku, KIAMAT (KEBANGKITAN) pasti bersama. Kami hanya fokus pada AKHLAK selaku sarana akhirat. Ahlak yang baik itu akan menghasilkan komitmen pembelajaran yang baik. Hasilnya akan membuatkan anak kita bukan saja berjaya untuk diri sendiri, bahkan mampu berbakti kepada insan lain di dunia. Inilah misi RAHMATAN LIL ALAMIN.

Itu jugalah yang membuat hidup mereka di DUNIA ini bahagia laksana syurga. Itulah TIKET syurga mereka di AKHIRAT YANG KEKAL ABADI nanti InsyaAllah.

KUDAP KUDAP
Warga Prihatin

Disklaimer

00 disklaimerDISKLAIMER:

Assalamualaikum semua Pembaca Setia.

Kami ingin membuat pengumuman rasmi bahawa apa sahaja yang dipaparkan di Wall status Saiful Nang tidak semestinya bersamaan dengan polisi kami walaupun beliau sebahagian dari pendokong rumah ini. Banyak juga posting beliau yang pedas dan agak keterlaluan seolah-olah menggambarkan polisi KAMI sedangkan kami sendiri kadang kala tidak menyetujui.

Kita cuba bersikap terbuka dan mengambil apa yang baik saja, kerana apa yang baik itu HANYA DARI HIDAYAH ALLAH. Yang tidak baik tentunya dari kelemahan kita sendiri. Sekalipun ada yang kami sendiri kongsikan samada dari Wall Saiful Nang atau dari cetusan kami sendiri tetap kami sedari ia bukan satu yang seharusnya menjadi ketetapan. Ia hanya berupa cetusan untuk kita sama-sama meriahkan minda dengan bahan zikir dan fikir.

Oleh itu kami harapkan pembaca semua menanam minat untuk sama-sama mempelajarinya dan kita satukan semua yang terbaik untuk pedoman anak cucu kita yang sedang dilanda berbagai pancaroba.

Sebagai insan biasa, kami juga tidak terlepas dari membuat kesilapan samada dalam cetusan artikel maupun dalam menjawab komen. Oleh itu kami telah lama korbankan PRIDE diri kami untuk memohon maaf atas sebarang kesilapan. Teguran anda secara berhemah sangat-sangat kami alu-alukan (bab ini kami setuju dengan status Diktator ini).

Untuk status DIKTATOR ini sekali lagi kami pohon agar anda sedar dan memahami. Mohon tidak mengaitkan polisi institusi jemaah KAMI di RPWP ini dengan pendirian dan pendapat peribadi. APAPUN ketepikan sahaja sebarang unsur negetif kerana masih banyak cetusan yang baik dan positif dari posting Saiful Nang itu sendiri.

HARAP MAAF.
Warga Prihatin

EN DIN – UNSUNG HERO YANG TERLANTAR

00 EN DIN TERLANTARKumpulan pertama anak-anak RPWP bergegas ke Senawang menziarahi Bapa Angkat mereka yang terbaring kesakitan sebaik saja menerima berita sedih itu. Suasana pilu menyelubungi bungalo mujahid yang amat disayangi ini sebaik saja anak-anak tiba. Beliau ini telah berkorban harta dan diri bertahun-tahun lamanya namun kini terlantar akibat kesakitan. Perkarangan rumah dipenuhi rumput dan lalang, pokok-pokok bunga layu dan seakan-akan terbiar.

EN. KHAIRUDDIN MD. NOR

Sebelum RPWP ditubuh dan dibangun secara berdikit-dikit melalui kerja gotong-royong pada tahun 2005 dahulu, beberapa co-founders telah berhabis-habisan dalam segala segi. Mereka berhabis harta dan berkorban diri, melabur masa dan tenaga untuk pembinaan RPWP.

Mesra dipanggil Baba Din atau Cik Din, adalah seorang dari mereka. Beliau adalah pengusaha stesen minyak Petronas di atas bukit Lavenda Height, Senawang, Seremban. Keuntungan perniagaan beliau disalurkan untuk memenuhi kekurangan apa saja yang dihadapi oleh RPWP, samada untuk membeli tanah, bahan binaan atau mencukupkan perbelanjaan bulanan bilamana saja ada keperluan.

Isteri beliau Cikgu Zuriaty (Mama Ti) pula mengalami penyakit LELAH dan darah tinggi yang agak serius. Namun begitu  beliau dan anak-anak beliau kesemuanya turut mewakafkan diri secara sepenuh masa sebagai tenaga pengajar anak-anak dengan sukarela sejak awalnya. Setiap malam mereka datang untuk melakukan tugasan masing-masing. Setiap hujung minggu atau cuti umum, hanya di RPWP lah tempat mereka menghabiskan tenaga.

Cik Din - Sedang bekerja di belakang gambar Yazid
Cik Din – Sedang bekerja di belakang gambar Yazid

Cik Din yang memang telah mengidap sakit tulang sejak 2005 belakang telah beberapa kali terlantar di wad hospital akibat kesakitan itu. Tahun lalu beliau terlantar dan telah menjalani satu pembedahan di HUSM Kubang Krian setelah dirujuk oleh Hospital Seremban.

Sepanjang 8 tahun bersama, beliau turut melakukan kerja berat sebagai buruh kasar walaupun tidak diminta kerana tidak sampai hati melihat rakan lain bekerja. Sepertimana co-founders yang lain, beliau tidak mengira kedudukan sebagai usahawan, berlumpur, berpanas melakukan kerja berat secara sukarela demi menjayakan projek membangun anak bangsa. Sewaktu pembelian kren baru-baru ini, beliau adalah antara penyumbang utama yang mencukupkan pembayarannya.

TETAPI sejak bulan lepas beliau sukar bergerak dan sering keluar masuk wad. Kes beliau dirujuk ke HUKM namun tiada kesan positif. Sebelum Aidil-Adha lalu beliau menjalani rawatan tradisional di Kelantan namun masih tiada perubahan.Sewaktu malam raya beliau solat atas kerusi kerana tidak mampu duduk bersila lagi (lihat gambar)

00 4PAGI TADI beliau diberitakan tidak mampu bangun kerana terlalu sakit sehingga mengalir air mata. Kaki menjadi kebas dan hanya terbaring kerana masalah slip disk yang sangat kritikal. Kini beliau sudah hampir hilang upaya dan terlantar di rumah tidak mampu bangun. Makan minum dan urusan kada’ hajat juga atas kerusi.

Menurut doktor, hanya kurang 20% lagi untuk saraf tunjangnya terhimpit penuh dan melumpuhkan beliau secara kekal. Pada masa yang sama, khidmat bakti beliau masih ditagih anak-anak Prihatin. Perniagaan Stesyen Petronas beliau juga sangat diperlukan untuk menampung kos bulanan dan pembangunan RPWP.

JIKA ADA DIANTARA ANDA SENDIRI ATAU KENALAN ANDA SEORANG DOKTOR YANG MAMPU UNTUK MEMPERCEPATKAN RAWATAN BELIAU ATAU MUNGKIN ANDA BOLEH TAG ATAU SHARE KEPADA MEREKA, MUNGKIN BABA DIN BOLEH DISELAMATKAN.

Allahyarham Khairi baru saja pergi menghadap Ilahi meninggalkan kami. Ramai tenaga kerja ko-founder yang lain sudah menghidap berbagai penyakit yang serius disana sini. Kami rasa tidak sanggup kehilangan mereka buat masa ini, kerana terlalu banyak kerja dan tugas yang perlu kami laksanakan sendiri untuk membela nasib anak-anak asnaf, anak yatim dan membangun watan pertiwi…

00 1Gambar gambar ini diambil oleh kumpulan pertama anak-anak yang datang menziarahi Baba Din mereka. Masing-masing menyaksikan sendiri bagaimana setiap malam dan hujung minggu Baba Din dan Mama Ti datang berbakti di RPWP sahingga mengabaikan rumah sendiri. Kawasan bungalo beliau dipenuhi rumput dan lalang. Lalu mereka ambil inisiatif membersihkan kawasan sebelum pulang.

Alhamdulillah kami bersyukur atas sikap keprihatinan yang mereka warisi.

00 200 5Pemakluman dari
WARGA PRIHATIN.

Sains Korban 2 – FALSAFAH BASMALLAH SYARAT SAH KORBAN

KORBAN 2

Sains Korban 2 – FALSAFAH BASMALLAH SYARAT SAH KORBAN

Perintah Allah dalam setiap penyembelihan ialah membacakan Bismillah, DENGAN NAMA ALLAH. Sila rujuk semula Artikel Sains Fatihah-1 yang menjelaskan falsafah yang agak mendalam disebalik BISMILLAH ini.

BASMALLAH terkait rapat dengan proses iqra’. Dalam artikel Ummiy (tidak kenal kitab) baru-baru ini ramai yang mendebatkan soal makna MAA dalam rangkap hadis “MAA ANA BI QORI”. Adakah MAA itu membawa maksud APA atau TIDAK?

Kami jelaskan jika kita maksudkan TIDAK, ia adalah satu kata penentu yang tidak lagi perlu bersandar kepada perkara lain. Tapi jika kita guna maksud APA maka disitulah terkaitannya dengan BI QORI… DENGAN APA? Lalu Allah jawab dengan ayat pertama. “IQRA’LAH DENGAN NAMA PENGATUR/ROB YANG MENJADIKAN”.

 

 

PENTINGNYA MENGKAJI ASAL USUL BISMILLAH

Dalam TURUTAN Nuzul Quran, Surah 96, al-Alaq yang menuntut iqra’ itu adalah wahyu pertama turun. Bacalah sekali lalu surah pendek ini untuk lebih faham. Dalam surah ini jelas Allah beritahu yang ramai manusia sudah tidak tahu apa-apa lagi kerana tidak iqra. Bila berlaku proses iqra’ Allah beritahu tidak ramai manusia yang akan mahu dengar hasil iqra’ kerana mereka merasa mereka lebih cukup dan lebih pandai. Allah gelar mereka ini pelampau yang sombong (togho).

Selepas iqra’ itu turun pula Surah kedua 68, al-Qolam (tulisan). Surah ini bermula dengan huruf potong NUUN. Ya, Memang NUUN JAUH sekali rupa TULISAN dari hasil Iqra’ yang dilihat agak gila bila dibaca oleh golongan thoghut yang melampaui batas dan merasakan diri serba cukup ini. Tulisan ini hanya boleh terhasil dari golongan pelaksana yang berakhlak yang agung. Bukan kaki ceramah dan penulis buku yang banyak bercakap dan menulis tanpa gerak kerja melaksana apa yang dikata atau ditulis seperti firman di Surah 2 al-Baqarah ayat 78, 79.

Sambil berbuat, nabi teruskan iqra’ dan menulis hasil iqra’ sebagai ketetapan dari Allah yang harus dikitabkan untuk panduan umat. Penjelasan dari ayat telah nabi sampaikan secara langsung dan nabi perintahkan ia disampaikan dengan aliran majlis ilmu secara berdipan-dipan seperti di pangkin Raudhah baginda atau melalui mimbar khutbah sahaja.

Nabi larang keras sesiapa menulis penjelasan dari mulut baginda kerana itu akan menjauhkan kita dari sumber asal iaitu wahyu Allah itu sendiri. Nabi sudah tahu itu bakal jadi punca kekalutan dakwah kerana sifat asal manusia memang sukakan jalan pintas, shortcut sahaja. Habit ini akan membuatkan manusia malas belajar dan ukhwah Islamiyah melalui sistem talaqqi akan jadi pudar. Kekuatan ilmu akan jadi kabur. Ketaatan dari Ikatan BAIAH perguruan terhakis dan keberkatan ilmu akan hilang.

Seterusnya yang ke 3 – iaitu surah 73 al-Muzammil (isu berselimut/tidur). Lepas itu diikuti dengan yang ke 4 iaitu surah 74 al-Mudatsir (berkemul/termenung).

Ringkasnya, semua wahyu Allah itu adalah untuk segera dilaksana oleh tangan dan kaki kita. Ilmu bukan hanya untuk pengisi dada sahaja. Jangan lagi terus tidur lena seperti sediakala. Jangan termenung terlalu lama baru mahu bangkit melaksana. Allah tidak akan terus memberikan hidayah wahyuNya selagi kita tidak bangkit melaksana sungguh-sungguh apa yang sudah diberi.

Akhirnya turun wahyu terbesar sebagai sinopsis atau pembuka cerita tentang alquran secara keseluruhannya. Itulah dia FATIHAH, wahyu ke5 turun dan diletakkan sebagai Surah-1 dalam Musyhaf al-quran itu sendiri. Inilah surah di mana Allah turunkan kesemua 7 ayat serentak dan BISMILLAH adalah menjadi ayat pertama. Dalam setiap surah yang dimusyhafkan, Bismillah lalu menjadi pembuka kata, kecuali dalam surah At-Taubah (ini satu artikel lain).

Ayat BISMILLAH inilah yang menjawab soalan MA’ANA ‘BI’ QORI?, “Dengan Apa Aku Membaca?” atau “Apa Aku Dengannya Membaca?” itulah penjelasan lanjut kepada BISMIROB dalam wahyu pertama tadi. Itulah dia penegasan agar kita membaca/mengkaji DENGAN NAMA Allah, dengan hidayah/faham Allah. Menarik juga asbabulnuzul BISMILLAH ini bukan?

Itu perintah Allah dalam iqra’ dan Fatihah (yang membuka minda alquran ke dada manusia). Begitu jugalah pasangan arahannya, ini didapati dari sinopsis surah terakhir Surah 114, An-Nas, iaitu agar kita tidak lagi ikut fahaman atau hujah berupa bisikan jahat manusia/jin/syaitan.

 

KAITAN BISMILLAH DENGAN IQRA’, BAGAIMANA TERJADINYA SESUATU

“IQRA’ BISMI ROBBIKA AL-LAZI KHOLAQ”. “Kajilah DENGAN NAMA Pengatur/ Pendidik/ Rob/ Murobbi yang Menjadikan”.

Hari ini ada terlalu banyak berlaku atau TERJADI perkara yang buruk dalam kehidupan kita. Untuk mencari amal SOLEH, kita harus mencari ruang ISLAH (pembaharuan). Oleh itu kita harus meneliti asal usul KEJADIAN buruk yang perlu diperbaiki dengan proses agama. Itulah proses iqra, mengkaji dengan panduan hidayah wahyu dan tauladan sunnah.

Jika para nabi telah berjaya JADI baik, maka bacalah, kajilah, iqra’lah aturan (RUBUBIYAH) siapa yang TELAH mereka guna dan MENJADIKAN mereka baik?

KEMUDIAN kita iqra’ pula situasi kita. Mengapa kita jadi BURUK dan tonggang langgang? Mengapa hidup kita JADI sangat berkasta? Mengapa jenayah dan kemaksiatan TERJADI tidak henti-henti? Mengapa ramai anak lelaki kita JADI lemah? Mengapa anak nisak kita JADI musnah? Mengapa usaha mendidik dan menyatukan ummah MENJADI terlalu payah?

Sila kaji semula,dengan aturan (RUBUBIAH) siapakah yang kita, selaku ROB/MUROBBI mendidik dan mengatur sehingga semua ini TERJADI dengan berleluasa?

Inilah yang diminta Allah, melalui Jibrail a.s. untuk Nabi s.a.w. iqra’ dan mengkaji ASAS PENGATURAN yang menjadikan SETIAP KEADAAN. Habis kurang 3 kali ulang iqra’.

Adakah Abu Jahal yang mengurus jemaah Haji waktu itu mengurus dan mengatur jemaah mengikut RUBUBIAH Allah? mengapa masih berlaku rampok merampok disekitar Baitullah? Adakah pengatur (ROB/MUROBBI) keluarga yang menggalakkan ibu-ibu Quraisy ambil maid, ambil ibu susuan itu selari dengan restu Allah? adakah segala perpecahan diselesaikan dengan NAMA dan kefahaman dari Allah oleh al-Amin yang amanah? atau mereka hanya ikut rasa dan sangka-sangka manusia sahaja?

BISMILLAH – PISAU PALING TAJAM DALAM IBADAH KORBAN

Inilah yang paling asas sebelum kita susur lebih jauh dalam falsafah korban ini. Bila kefahaman ini telah diperolehi dengan usaha iqra’, segalanya akan dapat dilakukan dengan LILLAH (untuk Allah) dan BILLAH (dengan cara/aturan Allah). Hasilnya barulah RAHMATAN LIL ALAMIIN yang sebenar-benarnya.

BERHALA, sembahan atau idola selain dari ALLAH dan RASUL harus kita korbankan dengan asas hujjah Basmallah. Ingatlah! Surah apa selepas Fatihah? Ya, itulah dia surah LEMBU. Bapa harus berkorban. Ibu harus berkorban. Anak harus berkorban untuk menjadi sarana yang membentuk SYURGA RUMAHTANGGA, rumahku syurga ku.

Hari ini ramai orang berkorban tidak atas dasar Basmallah, tidak atas nama Allah. Ada yang berkorban atas nama sendiri, tanpa kefahaman yang jelas mengapa kita berkorban. Ada yang kerana mahu naik lembu ke syurga. Bagaimana 7 orang akan naik seekor lembu di syurga? Nanti ada yang fikir jika begitu, aku ada banyak duit baik aku korbankan BMW saja…!

Ada pula yang suka menunjuk-nunjuk. Ramai yang berkorban berpuluh ekor atas nama company, parti atau persatuan. Adakah ruang syurga untuk parti dan company nanti? Amalan itu baik sekali, tetapi jika tidak meletakkan asas Basmallah sedari mula, maka ianya akan tertolak. Semuga kita faham sekarang, Bismillah itu satu DASAR / ASAS dan polisi besar dalam amalan kita, itulah polisi Fatihah – bukan sekadar lafaz bibir saja.

Dalam Hadis Rasulullah saw bersabda, “Setiap pekerjaan yang baik, jika tidak diawali padanya dengan “Bismillah” maka akan terputus/tertolak”.

Allah perintah tegas sebelum membaca al-quran (termasuk Bismillah) harus kita BERTAKWUZ dahulu. Korbankan dahulu semua sembahan. Rejam dahulu fahaman selain dari Allah, khususnya fahaman syaitan yang menghasut dan meragukan. Letakkan nama Allah dengan mengutamakan Rububiah, Ubudiah dan Mulkiahnya di tempat tertinggi dalam apa saja amal ibadah kita.

Bersambung …

IQRA’ KORBAN
Warga Prihatin

Sains Korban 1 : ILMU KORBAN DI SISI ALLAH

KORBAN 1

Sains Korban 1 : ILMU KORBAN DISISI ALLAHIslam itu agama ilmu. Segala amalan harus bersandarkan ilmu. Itu perintah Allah yang sangat tegas, telah dinukilkan dalam ketetapan kitabNya. Allah juga melarang keras kita melakukan apa saja dalam agama ini secara ikut ikut, tanpa kefahaman yang jelas .

17. Al Israa’ (Perjalanan) 36. “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan DITANYA”.

10. Yunus 36. “Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

Ibadah Korban juga tidak terlepas dari terkait dengan hujah. Apa yang selalu dijelaskan, korban ialah satu penafian hak diri untuk kepentingan dan kebajikan pada pihak lain. Meneliti hakikat pengorbanan, malah hakikat haji, hujjah, kiblat, solat dan semua soal asas agama ini tidak membolehkan kita lari dari merujuk kepada Orang tua kita IBRAHIM AS.

PENGORBANAN AWAL IBRAHIM A.S.

DI AWAL PENCARIAN TUHAN, Ibrahim a.s. mengorbankan masa dan tenaga, akal dan kebijaksanaan yang baginda ada untuk mencari kebenaran tentang tuhannya. Sepertimana nabi-nabi lain, baginda berkerja keras berusaha mencari tuhannya. Tidak melalui tulisan dan sebarang bahan bertulis untuk dibaca.

Semua ILMU itu didapatinya melalui kerjakeras dan penelitian alam. Matahari, bulan, bintang yang dilihat akan dimasukkan dalam kajian baginda sehinggalah baginda mengenali pencipta yang sebenarnya.

PENGORBANAN BERHALA BAPANYA menjadi urusan selanjutnya. Setelah tajam lidah dan hujahnya, baginda sembelih, penggal dan cantas segala berhala. Ironinya berhala itu semua bikinan bapa kandung baginda sendiri. Hari ini susah bagi seorang anak yang sanggup dan mampu mencantas berhala bapanya. Kenapa Ibrahim berjaya? Ialah kerana baginda telah mendapat ilmu itu.

Ini menjadi tips kepada generasi anak agar berusaha mencari ilmu jika ingin memperbaiki akhlak ayah dan ibu.

Amat menarik apabila baginda tinggalkan HANYA SATU BERHALA sahaja, berserta kapak tajam itu dan itulah BERHALA PALING BESAR. Kapak yang memenggal kepala berhala lain diletakkan pada tangan berhala yang paling besar itu. Apabila ditanya kaumnya, siapa yang penggal berhala semuanya?, berhala besar itulah ampunya kerja, jawab baginda.

Menarik sekali kehebatan Ibrahim a.s.. Apa sebenarnya pelajaran dari analogi penggal berhala, kapak tajam dan berhala paling besar ini?

Hari ini segala hujah yang lemah dari cetusan sekalian manusia telah menjadi ikutan dan sembahan atau idola kita semua. Sesetengah pencetus fahaman yang berbagai-bagai ini sudahpun mati. Berbagai-bagai fahaman mereka yang diterbitkan ini telah membuat umat zaman ini huru-hara, terlalu banyak selisih faham dan bersengketa. Anak-anak murid mereka pula sudah semakin mengambil kuasa dan akhirnya semua tenggelam punca.

MENCANTAS FAHAMAN SALAH CETUSAN MANUSIA harus juga kita lakukan dalam situasi ini. Tetapi jangan kita cantas dengan kuasa atau tangan kita secara hakiki. Cantaslah dengan hujah paling tajam yang telah Allah kirimkan dan kekalkan hazanah ilmunya dalam kitab yang dijamin suci dan masih asli lagi. Itulah hakikat BASMALLAH yang menjadi pisau paling tajam dalam setiap penyembelihan.

Di akhir usaha nanti kita akan dapati semua berhala, semua idola yang ada akan tercantas semuanya. Siapa yang mencantas? Ya Allahlah yang mencantas semua itu melalui ilmu dan kebijaksanaanNya. Kita hanya hamba yang tolong memperkatakan atau melontarnya sahaja.

Itulah hujjah dari kerja haji, itulah hidayah dari temu tilik garis mula, iaitu penemuan titik hitam di garis Hararulaswad dan muhasabah melalui kerja tawaf. Itulah hidayah hasil bergegas (saie) mencari air dan bertahlul. Itulah kesimpulan SEMBAHAN paling besar yang memalingkan kita dari segala berhala lain.

Akhirnya kesimpulan yang ditemui, Suhuf Ibrahim itu menjadi pedoman, asas agama buat kita. Baginda yang berusaha, kita yang merasa nikmatnya. Itulah pengorbanan awal Ibrahim a.s. untuk kita. Dalam tahiyyat solat, kisah baginda masih kita sebut baca tarbiahnya untuk mengenang dan mengambil ibrah dari kerjabuat baginda. Dalam haji dan umrah, rumah dan rumahtangga baginda menjadi kiblat dan rujukan kita.

KORBAN AWAL IBRAHIM A.S. TERHADAP KELUARGA BAGINDA

Apa yang dilakukan oleh baginda Ibrahim a.s. terhadap anaknya Ismail a.s. adalah satu analogi pengorbanan yang melangkaui batas pertimbangan akal manusia. Itu satu ukuran terhadap ketinggian tahap kepercayaan insan terhadap tuhannya.

Sejak Ismail bayi, Ibrahim sudah diperintahkan untuk menghantarnya ke padang pasir bersama ibunya Hajar. Allah maha tahu bahawa di situ bakal terbit satu sumber air yang akan dikekalkan hingga kiamat. ALLAH cuma perlu kita menjadi wakil yang menzahirkan kepada manusia kehebatan kuasa Allah dan agamanya.

Hajar mungkin tidak tahu ketentuan itu, apatah lagi bayinya Ismail. Tapi Allah maha tahu dan Ibrahim juga pastinya Allah beritahu, samada hidayah yang baginda dapati melalui ilmu alam atau mimpi. Cuma baginda pastinya diajarkan dengan bijaksana bagaimana menguji tahap keyakinan dan kepatuhan keluarganya.

Hajar amat memahami akhlak suaminya. Tahap keyakinan beliau terhadap Ibrahim terlalu kuat kerana tahu suaminya itu ada ilmu, sangat faham dan meyakini tuhannya. Kerana itu beliau hanya perlu tanya adakah ini perintah Allah? atau kehendak peribadinya? Beliau akan ikut saja bila dikatakan ini perintah Allah.

Ini satu tips untuk kita para isteri dan anak terhadap suami dan bapa yang telah berilmu dan bertawakal dengan ilmu Allah.

Apa yang perlu bagi Ibrahim hanya menahan hati. Dalam ertikata lain kena berhati kering terhadap isteri dan anaknya. Itulah hakikat pengorbanan paling besar bagi seorang bapa/suami.

TIPS UNTUK PARA SUAMI DAN BAPA SEKARANG – sudahkah kita memahami ilmu Allah setinggi Ibrahim? Sudahkah kita ambil inisiatif sehebat Ibrahim ke arah penggalian kefahaman itu sehingga mampu patuh kepada perintah Allah dengan tahap keyakinan yang begitu.? Sejauhmana kita sendiri mampu memenggal berhala dalam diri kita? Dalam keluarga kita?

Anak dan isteri akan membaca Ibrahim untuk mengukur tahap kefahaman dan keyakinannya. Setiap hari mereka memerhati dan mengukur semua itu melalui tutur bicara dan tindak tanduk kita. Mereka akan menimbang samada selamatkah mereka mengikuti perintah kita. Benar atau salahkah, tepat atau bercanggahkah perintah kita itu berbanding perintah Allah?

Jika kita hanya membaca untuk tahu, tidak banyak persoalan akan timbul. Kita akan mampu menerima dan menelan apa sahaja yang selama ini menjadi stigma. Tapi bila kita mengkaji untuk melaksana, segala stigma itu akan terpecah sendiri.

Terlalu banyak tentang falsafah menarik disebalik korban yang akan kita temui. Antaranya hakikat lembu menjadi kenderaan syurga, pisau tajam, tali pengikat, Basmalah, hakikat korban sapi jantan, sapi betina, unta berdiri, hakikat takwa dalam korban, bulu yang kita kira, sedangkan darah dan daging pun Allah tidak terima.

InsyaAllah akan kami kongsikan dengan cetusan korban ini satu persatu selagi mampu.

HASIL IQRA
Warga Prihatin

Ziarah Tarbiah 2 – Abu Zafeerah (Shauqi)

00 abu zafeerah sup

Alhamdulillah. Hajat untuk mengimarahkan suasana kekeluargaan dengan rakan FB sempena raya korban ini tercapai juga akhirnya.

Ibu Siti Baya antara yang paling awal, datang bersama suami dan anak anak yang disayangi, siap tolong menyembelih dan memasak lagi… ALHAMDULILLAH.. Merasa juga anak-anak RPWP merasa masakan AIR TANGAN IBU SITI BAYA.

Kemudian diikuti oleh rombongan Cikgu Badriah Ramli serta keluarga masing-masing… Rombongan guru Sekolah Presint 14 ini bertembung pula dengan Rombongan YDP PIBG Sekolah Presint 14 tanpa dirancang. Turut bertandang, khariah masjid Bukit Mahkota, Masjid Mat Saman, Country Height juga beberapa penduduk setempat yang ramai dan tidak sempat kami senaraikan semua. Mungkin Admin lain boleh update nama-nama yang tidak sempat disenaraikan di ruang komen nanti.

Beryukur juga kami kepada Allah hari ini sekali lagi Warga Prihatin dapat lagi bersilatulrahim dan bermuzakarah dengan lebih dekat dan santai dengan Abu Zafeerah. Kali ini beliau hadir bersama keluarganya. Berbunga-bunga hati kami melihat anak-anak beliau bermesra dengan kakak-kakaknya di RPWP. Hajat untuk melihat Zafeerah bermesra dengan kakak orked juga terlaksana.

Ikuti catatan ZIARAH TARBIAH 2 hasil dari lawatan yang ini. Semuga kita sama sama mendapat hidayah darinya. Salam EidulAdha dari kami di RPWP buat rakan FB semua.

 

ZIARAH TARBIYYAH 2

 

Alhamdulillah..tetamu sudah pulang semuanya.. jadual agak padat sepetang ke malam hari..bermula dengan ziarah tarbiyyah #2 ke RPWP dari jam 3.00 ptg hingga 7.00 malam

Bezanya lawatan kali ni disertai isteri dan anak-anak sekeluarga..meriahnya sambutan yang diterima..itulah mahabbah yang terpancar dari hati seluruh warga RPWP yang kami sayangi..sungguh!..berputiknya cinta ini atas nama Allah..bertemu kerana-Nya..berpisah kerana amanah-Nya..

ziarah ke sana bukan sekadar pergi makan dan pulang dengan perut yang kenyang..sebaliknya pergi dengan harapan akan pulang dengan dada yang penuh dengan bekalan..maka nasihat saya..andai dipilih Allah untuk sampai ke sana..perkemaskanlah dada untuk terima segala tarbiyyah yang ada..kosongkan minda seketika..biar hati yang berbicara..kerana di sana hati yang jadi raja sehari..tadah saja dulu ilmu..balik nanti biar akal yang fikir dari mana nak mula berubah kepada lebih baik!

alhamdulillah..hajat mahu buat kejutan..tak dapat kami buat kerana belum parking kereta..dah ada yang sedar keberadaan kami di luar premis …seperti biasa..sebelum parking kereta, tawaf dulu untuk memberikan ‘worldview’ pada isteri..apa yang RPWP milki di sekitar premisnya (macam pergi ziarah & umrah dah ni)

keperluannya..supaya isteri lebih memahami..apa yang sedang RPWP sedang usahakan..perlunya memahami apa yang ada..apa yang tiada dan kehadiran kita di sana..untuk menolong diri sendiri dengan apa yang kita tiada – ILMU…kalau dengan segala sarana begini..pagar sentiasa terbuka 24 jam..dgn serba kurang dan sederhana – mereka masih mampu membentuk anak-anak soleh dan cerah hati tunduk pada al-quran dan menghidupkan sunnah…soal semula di mana kita tinggal?..serba mewah dan lengkap – kenapa anak masih menoleh dari melihat agama!… (kenal dulu luarannya..kemudian bersedia untuk kutip apa yang di dalamnya!)

alhamdulillah – sempena eid mubarak ini..Allah temukan kami sekeluarga..suka si kakak Zafeerah..bermain dengan kakak-kakaknya yang baru..dapat juga bertemula kakak Orkednya, moga ukhuwwah si anak kecil ini..mampu membina gerombolan angkatan al-fateh di masa depan..inilah generasi yang bakal membentuk dunia Islam selepas kita..kepada merekalah kita bakal serah kunci akhirat kita..maka zuriat inilah yang perlu diberi perhatian..pelengkapkan dengan sarana ilmu dan tarbiyyah..supaya mereka bersatu mengutip bekalan tinggalan kita..

kita ibubapa berjuang hidup di dunia ni..meredah segala aktiviti dunia dengan sanggup meredah traffik jam..terpacak paling awal di pejabat..paling lewat punch out..menjadi hamba pekerjaan..malah sami’na wa ato’na kita juga pada majikan..semua itu semata-mata mahu membesarkan anak-anak dan memastikan cukup didikan dengan pengiktirafan sijil tertinggi..tapi di mana tahap IMAN mereka ketika bersama kita?..kepada Allah..kecintaan pada Rasulullah..dan rindu mereka pada syurga Allah..????

sungguh! kalaulah kita semua tahu betapa dahsyatnya realiti semasa..sedar akan masa depan agama..kepincangan akhlak dan sosio budaya yang semakin melingkupkan anak-anak kita..pasti kita sanggup tinggalkan semua kesusahan kita hari ini DEMI mahu anak-anak besar di depan mata..dan menjadi penjamin syurga kita!

moga isteri saya mendapat petunjuk dan tarbiyyah yang dia inginkan..saya memperoleh makrifat yang saya dambakan..dan anak saya memiliki tali dan ikatan yang selamanya disimpul kemas dengan anak-anak RPWP untuk menjadi angkatan ilmuwan dan pencetus fikrah agama di masa depan..

terima kasih daun keladi saya ucapkan kepada seluruh warga prihatin yang sangat kami sayangi dan kasihi..tiada galang ganti dan balasan yang boleh kami sediakan kecuali titipan doa dan harapan..semoga semakin utuh dan kukuhnya ‘foundation’ yang dibina..

moga bertemu lagi di masa akan datang..in shaa Allah..dengan kemesraan dan jalinan ukhuwwah yang akan sentiasa bertambah!

p/s: tak sempat ambil gambar sepanjang peristiwa kehadiran kami sekeluarga..gambar hiasan – sup tulang yang dijamu RPWP

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA SELAMA 3 HARI NI! dari kami sekeluarga

Acara Korban 2013

00 lapah lembu
Alhamdulillah. Lembu yang terikat telah rebah. Pisau menyembelih leher dipertajam dengan Bismillah. Darah sudah ke tanah, daging sedang dilapah. Insyaallah sebentar lagi daging ini dapat sama sama kita cicah.

Ada yang sudah bersama mesra. Ada yang baru teringin datang, sedang berkira kira. Ada yang sedang berada di lebuhraya. InsyaAllah kita semua diizinkan Allah untuk bersua mesra dalam suasana keluarga seagama. Kita bersatu dengan ilmu.

Surah 9. At Taubah 11. Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka itu adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.

Setinggi kesyukuran dan terima kasih atas sumbangan lembu dari Abidah Kamaruzaman … Jauh dari Batu Pahat sana. Ya Allah sesungguhnya dikau sedang memerhatikan cinta hamba mu melalui ibadah ini.

Allahuakbar 3x. Walillahilhamd.

This Picture tells thousands of words.

WARGA PRIHATIN

Klip Video Takbir Malam Eidul-Adha

Klip Video takbir malam EidulAdha oleh ayahanda pengetua.

Sepanjang hari kelmarin anak-anak dan ibu bapa RPWP bergotong-royong sama-sama membuat persiapan. Lepas solat maghrib berjemaah, bertakbir dan bertahmid beramai-ramai di halaman rumah. PA SYSTEM diurus sepenuhnya oleh team anak-anak. Lampu LED menyinar dengan tulisan ‘PRIHATIN’ dah nampak macam restoran tomyam lagaknya. Ikut sajalah asal anak-anak bahagia.

Usai solat isyak, anak-anak menyambung takbir yang ditutup dengan takbir raya dan sedikit tausiah EidulAdha oleh ayah pengetua. Lepas tu ibu-ibu dan anak-anak nisa duduk berdipan-dipan. Begitu juga anak-anak rijal dan bapa-bapa, turut duduk berdipan-dipan meneruskan wirid mengulas tausiah EidulAdha. Ada yang faham 100%, tidak kurang ada yang hanya faham 25% bergantung kepada tahap umur dan kefahaman asas tentang haji dan kurban. Terlalu menarik, soalan anak-anak malam tadi, insyaallah akan kami kongsikan dalam satu artikel nanti

Pagi Eidul-Adha 2013

00 solat raya haji

Mengisi ruang pagi EidulAdha ingin kami kongsikan perkembangan acara di RPWP. Untuk rakan-rakan tersayang yang merasa kesunyian, khasnya Saiful Nang di Mekah, Nik Shahrifulnizam di Australia, Ain Kadel yang menziarahi kakaknya diluar negara, Abu Zafeerah yang sedang melayani keluarga.. Iza Namida yang sedang menuggu saat kelahiran bayinya.. atau siapa saja di mana-mana. Sesungguhnya ketiadaan kalian di sisi amat dirindui dan diingati.

Sepanjang hari kelmarin anak-anak dan ibu bapa RPWP bergotong-royong sama-sama membuat persiapan. Lepas solat maghrib berjemaah, takbir dan tahmid berkumandang beramai-ramai di halaman rumah. PA SYSTEM diurus sepenuhnya oleh team anak-anak. Ada masa nanti kami update klip videonya. Lampu LED menyinar dengan tulisan ‘PRIHATIN’ dah nampak macam restoran tomyam lagaknya. Ikutlah asal anak-anak bahagia.

Lepas solah isyak, anak-anak menyambung takbir yang ditutup dengan takbir raya dan sedikit tausiah EidulAdha oleh ayah pengetua. Lepas tu anak-anak dan bapa-bapa berdipan-dipan meneruskan wirid mengulas tausiah EidulAdha. Ada yang faham 100%, tidak kurang ada yang hanya faham 25% bergantung kepada tahap umur dan kefahaman asas tentang haji dan kurban. Terlalu menarik, soalan anak-anak, insyaallah akan kami kongsikan dalam satu artikel nanti.

Gambar hiasan adalah rakaman kenangan di pintu utama masjid, usai solat sunat EidulAdha. Kemudian sama-sama bersarapan sebelum menyambung acara dengan penyembelihan lembu kurban (sedang berlansung sekarang).

Anda yang pulang ke kampung kami doakan selamat pergi dan pulang. Mulakan perjalanan dengan doa yang tenang. Isikan perjalanan dengan muzakarah ilmu bersama keluarga. Semuga kalian dapat membahagiaan orang tua yang diziarahi. Banyakkan perkongsian ilmu untuk membina syurga di rumah masing masing.

Yang kesepian di mana-mana, jangan terlalu melayan perasaan. Jenguk-jenguk page kami. Isikan masa terluang bertemanlah dengan ilmu, agar terasa dekat dengan Allah. Kerana perhubungan kita dengan allah ialah melalui hidayahnya, melalui ilmu yang menerangi hati.

Salam EidulAdha dari
WARGA PRIHATIN.

Salam AidilAdha

00

Salam AidilAdha Untuk semua.

Mulai malam ini kita semua akan bertakbir dan bertahmid. Kita semua membesar dan memuji allah dengan rendah diri dan rasa sangat memerlukan Allah.

Insyaallah lembu ini akan diKorbankan lepas Solat raya esok. Yang tidak balik kampung bolehlah datang join sama. Masih tidak berhenti mendoakan rakan founder RPWP yang sedang mengerjakan haji di Arafah waktu ini. Tuan Saiful Nang (tak berani nak panggil Haji lagi) dan rakan kita yang menunggu saat melahirkan anak Iza Namida.

Mardhotillah, Barakollah.

Sains Haji 10 – BERMALAM, KUTIP BATU & MELONTAR

00 jamrah-lama2.jpg bw

Sains Haji 10 – BERMALAM, KUTIP BATU & MELONTAR

Dalam wukuf kita telah mendapat penjelasan dengan cahaya yang terang di padang yang luas. Manusia seluruh pelusuk dunia dihimpun sebagaimana disatukan Adam dan Hawa.

Taklimat atau hujjah dalam khutbah tahunan tentang maklumat Islam sedunia itu menyedarkan kita dengan terang seterang mentari. Ia menuntut kita untuk reset semula minda melalui hujjah itu dan perbaiki (islah) polisi agama kita agar umat lebih maju mengatasi agama lain. Di situ juga dapat kita mengenalpasti apakah tindakan yang perlu mengikut acuan alQuran dan Sunnah sebagaimana diwasiatkan oleh Nabi dalam khutbah widak baginda SAW..

HASUTAN REGIM SYAITAN

Sepertimana biasa bilamana saja kita mendapat petunjuk dari Allah, syaitan juga akan mainkan peranannya untuk merasuk kita dengan pelbagai hasutan yang meragukan petunjuk itu.

Kalaupun syaitan gagal meragukan petunjuk, ia tetap akan mengganggu perjalanan kita dalam perlaksanaan yang mengikut acuan alquran dan sunnah. Itu tugas khusus syaitan kepada siapa saja yang akan melaksanakan seruan tuhannya. Oleh itu kita harus mampu merejam sebarang bisikan fahaman jahat (regim) syaitan itu dahulu apabila ingin sungguh-sungguh mengikuti jalan yang lurus.

Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah 16. An Nahl 98. “Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan dengan (hidayah) Allah dari regim jahat syaitan (yang terkutuk)”.

Ya, waktu membaca untuk mendapatkan hidayah Allah saja pun sudah diperintah untuk bertakwuz. Kerana hidayah itu pasti akan dicabar oleh regim syaitan tanpa kita sedar.

HAKIKAT GELAP MALAM & MENGUTIP BATU

Selepas wukuf kita akan bermalam di Muzdalifah mengutip batu, kemudian bermalam di Mina untuk melontar 3 jumrah. Kenapa mesti bermalam?

Kita harus melakukan perjalanan, sengaja bermalam di Muzdalifah untuk mengutip batu-batu kecil untuk digunakan melontar Jumrah di Mina. Tujuh biji batu-batu kecil itu ialah analogi kepada penelitian secara halus menurut polisi setiap 7 ayat Fatihah yang akan kita pegang kemas dalam mengikuti SEMUA perintah Allah.

Perjalanan kita khususnya dalam kegelapan malam itu adalah analogi situasi di mana kita harus mempersiapkan semua kemungkinan hasutan dari fahaman jahat syaitan ini. Oleh itu kita disunatkan membanyakkan zikir, talbiah dan solat malam. Amalan ini adalah supaya di samping dapat menguatkan hujah dan keyakinan atau azam kita, syaitan juga tidak dapat mencelah dari senggang waktu di mana kita mungkin terlalai.

Allah adalah cahaya dan menerangi kegelapan hati kita melalui cahaya kitabnya. Berwakilkan malaikat dan rasul-rasulNya, Allah berikan panduan, penerangan dan penjelasan kepada seluruh manusia. Syaitan pula memang sukakan kegelapan atau kesamaran. Apa yang jelas dan telah diterangkan oleh Allah pasti akan syaitan usahakan untuk menjadikan kita ragu-ragu dan samar samar.

Firman Allah di surah 2. Al Baqarah 257. “Allah Pelindung (wali – satu saja) orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (bingung) kepada cahaya (petunjuk). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya (auliyak – banyak) ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Umat berpecah kini kerana merujuk kepada terlalu banyak (auliyak) sumber sedangkan sudah ada SATU SIROOT dari Allah dan sudah dijelaskan oleh sunnah RasulNya. Kerana banyaknya rujukan yang memberi banyak fahaman itulah terhasilnya banyak SELISIH FAHAM. Inilah polisi “Iyyaka Nakbud Waiyyaka Nasta’iin”… “Ihdina al-Siroot al-Mustaqim” HANYA kepada Allah saja kita pohon hidayah yang lurus.

ANALOGI JUMRAH DAN TIGA BERHALA

Ketahuilah. Setiap hidayah dan azam kita akan pasti dicabar oleh syaitan yang menyediakan tiga sarana yang memberatkan hati dan tangan kita untuk tulus dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Tiga berhala itu ialah al-Latta (tahta), al-Manna (wanita) dan al-Uzza (harta). Itulah gambaran batu Jumrah, analogi kepada kedegilan dan kepala batu sikap kesyaitanan dalam diri manusia.

Ada di antara kita yang terhalang pengabdiannya kerana harta. Sebahagian lain mungkin kerana wanita, manakala ada juga yang kalah kerana pengagungan pangkat dan darjat. Itulah laba dunia yang sentiasa menjadi cabaran kepada pengabdian penuh kita kepada Allah.

Contohnya, seorang penceramah hebat, pemegang ijazah dan PhD yang dipuja puji manusia. Tiba-tiba diberi hujah yang tidak selari dengan fahaman atau ceramahnya. Sekalipun sudah nampak jelas kesilapan itu bercanggah dengan alquran dan sunnah, biasanya mereka tidak akan mengalah. Habis kitab dan rujukan manusia digali untuk mempertahankan hujjah sendiri. Biarpun dengan tahap kekuatan fakta yang tipis tetap akan digoreng semasak-masaknya untuk tujuan itu.

Ada juga penyebab perpecahan bilamana individu terkenal ini telah mengumpul banyak pengikut. Kalaupun idola tadi sudah mengalah, pengikut pula bersilat. Ironinya pengikut terkadang lebih sudu dari kuah.

Berhala besar kita juga boleh datang dari wanita. Institusi Ibrahim yang lumpuh masa ini dikenalpasti menjadi punca kegagalan rumahtangga dan negara. Jelas hukum Allah dilanggar tapi tidak mampu bertegas kerana suami yang takutkan isteri. Contohnya bila anak tidak menutup aurat, anak melakukan maksiat, bahkan isteri sendiri nusyuz juga terpaksa dibiarkan hanya kerana kehilangan kuasa dan ketegasan institusi Ibrahim (suami/bapa).

Berhala harta rasanya tidak perlu dijelaskan. Berapa ramai kita yang terhalang pengabdiannya kerana keterlaluan cintakan harta. Yang Allah larang kita langgar kerana tamakkan harta. Yang Allah perintah kita tinggalkan kerana sayangkan harta.

HAKIKAT GAYA MELONTAR

Orang jahil kita siram air. Lembut sedikit bunyinya. Itu sifat nabi bila berhadapan dengan orang yang jahil dan tidak mengetahui.

Melontar ini bukan untuk si jahil, tapi si degil dan banyak takwil, terlalu banyak alasan.

Syaitan itu bukan jahil, dia sudah tahu tapi tetap tidak mahu. Jadi ia harus direjam dengan gaya rejam tanpa kasihan. Kalau dalam pertuturan dan penulisan ia harus menampakkan ketegasan. Dari sudut negara, ia harus diperangi. Tiada tolak ansur lagi. Itu cara menangani syaitan.

Setelah tiada gangguan syaitan ini barulah kita boleh mencukur kepala dalam Nafar Awal (Rujuk Falsafah Tahlul). InsyaAllah mudah kita melakukan Tawaf dan tahlul Haji dan kembali ke tempat masing-masing untuk melaksana dikalangan keluarga dan negara.

Jelaslah sekarang bahawa apa saja rukun dan wajib haji itu tiada satupun yang terlepas dari unsur HUJJAH & ILMU. Itulah batu timbangan kita yang bakal menumpaskan KEPALA BATU atau kedegilan Syaitan dan regimnya. Itulah dia HAJI dan HUJJAH.

Cetusan iqra
WARGA PRIHATIN

Islamic Bedtime Story 1- ORANG YANG MEMBINA KAABAH

00 bedtime story abu zafiah kaabah.jpg2

Islamic Bedtime Story 1- ORANG YANG MEMBINA KAABAH
Sumbangan : Abu Zafeerah

Nabi Ibrahim a.s meninggalkan isteri baginda, Siti Hajar dan anak mereka Ismail a.s di sebuah lembah yang sunyi di negara Arab. Kewujudan mata air zam-zam di situ telah menarik ramai orang datang dan menetap di lembah itu. Lama-kelamaan, lembah itu bertukar menjadi pekan kecil yang kemudian dikenali sebagai Mekah..

Ismail a.s telah membesar menjadi seorang pemuda yang gagah dan penyayang..

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. supaya membina Rumah Allah – KAABAH di Mekah..

Mereka pun mula mengambil batu-batu dari bukit-bukau yang berhampiran..

Nabi Ibrahim a.s. berdoa, “Ya Allah, sejahterakanlah tanah ini dan bekalkanlah penduduk-penduduk di sini dengan buah-buahan. Sebagaimana mereka telah beriman kepada-Mu dan hari akhirat.”

Semasa Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. meletakkan batu yang pertama sebagai asas pembinaan Kaabah, mereka berdoa, “Ya Allah.. terimalah pemberian hamba-Mu ini!.. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Kemudian mereka berdoa lagi, “Ya Allah.. jadikanlah kami hamba yang taat kepada-Mu.. satukanlah keturunan kami dalam mentaati-Mu dan tunjuki kami jalan yang benar.”

Mereka juga berdoa agar Allah mengutuskan seorang rasul daripada kalangan keluarga mereka yang dapat membimbing manusia ke jalan Allah.. Doa mereka telah dimakbulkan Allah apabila lahir seorang rasul.. iaitu Nabi Muhammad s.a.w. untuk manusia selepas mereka..

Allah juga memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. agar membersihkan Kaabah daripada segala kekotoran akibat orang ramai yang datang bersembahyang.. Orang ramai juga diseru supaya mengerjakan haji..

Allah berfirman kepada Nabi Ibrahim:

“Ajaklah semua manusia untuk mengerjakan haji.. nescaya mereka akan datang kepada-Mu berjalan kaki dan menunggang unta; mereka datang dari seluruh pelosok dunia.”

Allah mewajibkan kepada seluruh umat Islam.. lelaki dan perempuan.. untuk menunaikan haji sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan..

NILAI MORAL DARIPADA CERITA INI adalah seluruh umat Islam perlulah mencontohi pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan keluarga baginda.. melakukan semua suruhan Allah.. hidup berasaskan kebenaran dan jika perlu, rela berkorban nyawa untuk kebaikan Islam..

PETIKAN daripada buku cerita Zafeerah – Kisah-kisah dalam al-Quran : Orang Yang Membina Kaabah.

>>> ULASAN abah Zafeerah (komentar dalam lenggok bahasa kanak-kanak)

Rasanya walaupun buku ini untuk kanak-kanak.. saya pasti masih ada orang dewasa yang baru pertama kali membaca kisah di sebalik pembinaan Kaabah.. perintahnya.. suruhannya.. pelaksaannya.. ini baru sejarah.. kalau hendak sembang tentang fardhu haji sendiri.. lagi dalam topik ni akan hanyut

Kembali kepada keluarga Ibrahim.. saban tahun kita menyambut hari raya aidil-adha.. menunaikan puasa sunat Arafah.. nikmat yang kita tunggu cuma penghayatan mengirup sup tulang dan menjamah menu daging korban!.. Rasanyalah..

Bagaimana pula penghayatan untuk menyingkap falsafah haji dan muhasabah diri untuk kembali melihat ketekunan dan taatnya keluarga Ibrahim? begitu jauh disimpan dan ditutup kisahnya dari mulut kita.. sedangkan setiap hari dalam waktu solat.. selawat dan salam kita pada keluarga Ibrahim sokmo kita lafazkan..

Bagaimana ikrar kita dalam IFTITAH untuk menjadi AWWALUL MUSLIMIN seiring dengan perintah ALlah kepada Ibrahim dan saranan baginda untuk kita menjadi hamba yang taat?.. Sedangkan baginda sendiri mendokan kita dan ingatannya jauh mendahului kita kepadanya..

Semak kembali TAHIYYAT kita dalam solat.. bagaimana kita mengingati pengorbanan baginda.. Adakah kita melafaz sekali nafas langsung tidak terlintas kenapa keluarga Ibrahim begitu penting disebut dalam solat kita.. Kerana mereka menjadi kiblat kita disatukan..

Bagaimana ummat kita dikurniakan air zam-zam yang menjadi kesaktian mukjizat baginda Ismail.. kekal hingga ke saat kita minum setiap kali musim haji bertandang.. dan ketika umrah yang bertong-tong orang kita bawa balik ke sini..

Janganlah kita melepaskan falsafah di sebalik ilmu yang sangat penting untuk kita hadamkan.. Carilah ILMU dan pengiktirafan Allah kepada baginda sekeluarga.. Semak kembali doa dan ikrar solat kita.. Kenapa kita perlu kiblatkan institusi keluarga kita kepada keluarga Ibrahim..

Bukan sengaja saya memberi persoalan.. Ultimatumnya supaya kita berusaha mencari jawapan.. Allah menilai usaha kita.. sejauh mana kita bersungguh dalam mencari ILMU untuk beramal untuk-Nya.. Kalau sekali baca tanpa terjentik minda tu.. maknanya kita hanya menganggap semua ini biasa.. AH “Aku dah tau” selalunya kerap berkumandang dalam hati kita.. AH “cerita budak-budak”.. Ceteknya ilmu kita kerana menganggap semua ini bahan bacaan kanak-kanak.. Sedangkan inilah ilmu pertama untuk anak-anak mengenal erti ketaqwaan..

Janganlah kita selalu mendabik dada kerana kita dewasa.. Sedang hakikat ilmu dan taqwa tak pernah kenal angka usia.. Umur itu hanya angka di sisi Allah.. Muhammad al-Fateh memimpin angkatan tentera di usia 18 Tahun.. Jauh sekali dengan anak-anak muda yang dah terjebak dengan angkatan maksiat zina dan samseng.. membuli dan menindas! – langsung jauh dari budaya dan saranan taqwa!

Allah lebih memandang kepada remaja dan orang muda yang berusaha beramal mencari dan mendekati Allah dan amalan mereka lebih disukai Allah dari orang tua yang hampir uzur baru berjinak mahu mengenal Allah.. Darjat orang muda itu sangat tinggi nilainya.. jauh lebih berharga untuk kita pelajari hikmah menjadi ‘Ghulam’ dalam mencari ILMU dan amal..

Moga titipan bedtime story untuk anakanda Zafeerah mampu menanam dan memperkenalkan sirah keluarga Ibrahim.. Memahamkan anak siapa disebalik Awwalul Muslimin dan kenapa kita perlu merujuk institusi keluarga kami kepada mereka..

Sempena dengan bulan HAJI ini.. bulan berhujjah.. bulan untuk mencari maklumat.. yang sedang menunaikan haji terikat dengan perintah taat dan patuh.. mereka sendiri sedang berusaha memperbaiki diri dan mengkoreksi maklumat untuk dimanfaat selepas kembali ke kehidupan harian..

Kita yang di sini.. mencari erti HAJI untuk diri sendiri.. mempersiapkan ilmu dan maklumat haji.. hujjah kita sebagai awwalul muslimin.. maka berebutlah mendapatkan hujjah sebagai kefahaman dan panduan..

Gagasan ILMU itu sangatlah luas..dari Quran juga Allah ceritakan.. maka beruntunglah menjadi ulil albab – kerana mereka melihat apa yang berlaku disekeliling mereka sebagai kurniaan ILMU untuk difikirkan dan dikaji dengan apa yang al-quran katakan..

Jom kita mencari ILMU.. seterusnya mengenali bapa kita Ibrahim a.s lalu mencontohi amalan keluarga ini supaya menjadi intipati keluarga kita menuju agenda BAITI JANNATI!..

P/S;

Selamat berpuasa hari Arafah dan selamat menyambut hari raya Aidiladha dari kami sekeluarga Shauqi, Khadijah Abu Bakar, Nur Aleesya Zafeerah dan Muhammad Zhareef Azfar kepada seluruh warga FB terutamnya ahli keluarga, sahabat dan rakan taulan.. Khasnya kepada penasihat ayahanda DrMas Mohd Dua , dan Warga Prihatin yang banyak mencetuskan gagasan ILMU kritis dan analitis..

Selamat bersahur!

ABU ZAFEERAH

Posting asal ada di pautan berikut:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=392628317532947&set=a.257355931060187.60244.100003573473783&type=1&theater

Cetusan Zamzam 7 : RUMAH 1000 MAKNA

00 rumah falsafah.jpg text

Cetusan Zamzam 7 : RUMAH 1000 MAKNA

Bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya kami telah diwakafkan di sebuah rumah yang mewah kasih sayang. Di Rumah Pengasih Warga Prihatin kami diletakkan oleh bapa-bapa dan ibu-ibu kami dengan RELA HATI tanpa timbul sedikitpun perasaan ragu di dalam hati. ‘Adakah makan, pakai anaknya terjaga, sihat ke tidak?’ dan macam-macam lagi jenis soalan yang terbit dalam minda.

Bapa-bapa dan ibu-ibu yang berada sepenuh masa juga telah menjaga kami seperti anak sendiri. Tidak mengharapkan sebarang balasan atau gaji. Malahan, mereka semua sanggup berkorban harta, jiwa dan raga demi membangunkan RPWP bagi menegakkan kembali syariat Islam dalam diri kami. Mereka juga sanggup bergadai nyawa bagi memastikan anak-anak tinggal di dalam rumah yang kondusif.

Kesemua gerak kerja di RPWP dapat membentuk sahsiah anak-anak di sini. Pada hari pertama kami menjejakkan kaki di RPWP, kami telah pun didedahkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan. Melihat perpustakaan di RPWP yang masih lagi dalam pembinaan jelas menggambarkan bahawa kami diajar supaya menjadi seorang yang berjimat-cermat. Kami lihat perca-perca kayu yang dikutip lebihan dari pembinaan struktur rumah ini dijadikan sebagai hiasan di dinding-dinding perpustakaan. Keadaan ini telah mencipta anak-anak yang kreatif.

Selain itu, baju-baju terpakai yang kami terima tetapi tidak mengikut standard pemakaian kami (tidak menutupi aurat) tetap kami manfaatkannya. Walaupun sebiji butang, sebiji cangkuk akan kami ambil dan kami gunakan untuk pakaian kami yang telah tertanggal butangnya, atau baju yang tercabut cangkuknya. Semua perkara ini memerlukan ketelitian dan kehalusan agar tidak berlaku sebarang pembaziran.

BAGAIMANA GERAK KERJA MEMBENTUK SAHSIAH ANAK-ANAK DI RPWP?

Tanpa kami semua sedari dalam kesibukan bapa-bapa serta ibu-ibu dalam pembangunan rumah ini sahsiah anak-anak juga terbentuk. Jika anak-anak membuat kerja bersama-sama bapa-bapa dan ibu-ibu sudah pasti arahan yang diberikan tidak berhenti-henti ibarat sungai yang mengalir. Jadi kami semua harus ‘alert’ dengan arahan yang dikeluarkan agar pekerjaan yang dilakukan tidak menimbulkan kesalahan.

Ketika memotong kayu contohnya, pasti ada ukuran yang tertentu. Jika kita salah mendengar arahan yang diberikan pasti kerja-kerja pambinaan menjadi susah dan kayu jadi membazir. Selain itu, bergegas ketika membuat sesuatu pekerjaan mendidik kami jadi cergas ibarat kuda yang berlari kencang. Jika semua perkara dilakukan dengan pantas pasti kerja akan selesai dengan cepat. Tetapi kami juga harus memastikan arahan yang didengar dilaksanakan dengan betul walaupun bergerak pantas.

Iqra’ (baca/kaji) keadaan ketika melakukan pekerjaan juga amat dititikberatkan. Iqra’ sekeliling supaya kita dapat furqan (beza) antara yang positif dan negatif. Jika perkara tersebut negative sudah tentu kita akan berusaha untuk mengelak dan mencantas perkara terebut dari berlaku. Manakala, perkara yang positif pula sudah tentu kita berusaha melakukannya, malahan kita dapat melakukan islah (pembaharuan).

NOTICE, NOTE, NOTIFY SIKAP SEMASA BEKERJA.

Bapa dan ibu dapat mengenali karakter anak-anak ketika bekerja. Samada anak-anak seorang yang ringan tulang, malas, suka mengambil kesempatan serta seorang yang membuat pekerjaan secara sambil lewa. Apabila sudah mengenalpasti (notis) permasalahan anak, bapa dan ibu pasti mencatitnya (note) lalu mereka memaklumkan (notify) dan mencari kaedah yang sesuai untuk mencantas sikap buruk yang dilakukan oleh anak-anak ketika membuat kerja dari peringkat awal lagi.

Memupuk sikap datang bekerja tepat pada masanya atau ‘punctual’ boleh disemai ketika bekerja. Jadi, ketika membuat pekerjaan, kami telah ditetapkan dengan taqwim (jadual) kami sendiri. Jika ada yang melanggar taqwim yang telah ditetapkan kami pasti akan ditegur. Hal ini kerana, bapa-bapa dan ibu-ibu ingin mendidik kami semua menepati masa kerana ‘masa itu emas’.

Kita boleh lihat contoh masyarakat yang berada di negara Jepun, mereka seorang yang menepati masa. Itu juga adalah antara faktor mengapa Jepun adalah sebuah negara yang maju. Secara automatik, jika kita seorang yang menepati masa, pasti kita akan menjadi seorang yang berdisiplin.

Dalam pembentukan rumah ini terdapat pelbagai konsep yang telah diimplementasikan. Antaranya ialah konsep apitan. Kayu-kayu yang bengkok atau lemah diapit dengan kayu yang lurus. Besi-besi terpakai yang pendek disambung menjadi panjang sehingga terbinalah rumah yang kami diami ini.

Konsep apitan ini juga diaplikasi dalam pembentukan anak-anak. Mereka yang bermasalah tidak kira dari segi akedemik mahupun akhlak diri akan diapit oleh para sahabat yang lain. Hasilnya, anak-anak akan maju kehadapan bersama-sama tanpa meninggalkan sahabat yang lemah di belakang.

Dari besi-besi yang disambung agar dapat digunapakai, juga konsep bagaimana batu, pasir dan simen digaul bersama air turut memberi banyak pelajaran dalam kehidupan. Ini memberi erti bahawa kami juga harus hidup dengan konsep ‘unity’ atau berjemaah (kumpulan). Kami tidak boleh melakukan sesuatu yang besar seorang diri. Kekuatan yang ada pada setiap orang digabungkan dan membentuk Jemaah yang kuat. Kami pasti akan melakukan kerja bersama-sama agar kerja menjadi mudah. Sehinggakan jika ada salah seorang sahabat yang cedera pasti yang lain akan terasa sama sakitnya. ‘Cubit paha kiri, paha kanan terasa’.

Lebih kurang 8 tahun pembinaan rumah ini dibuat bersama secara gotong-royong, Susah senang diharungi bersama. Bayangkan jika kami melakukan pekerjaan seorang diri apakah yang berlaku?. Sehingga hari ini pasti kami tidak dapat tinggal dalam rumah yang penuh dengan kasih sayang serta dilimpahi banyak ilmu.

Ini adalah serba sedikit sikap yang terbentuk ketika bekerja. Kami bersyukur dan seronok kerana dapat merasakan nikmat bekerja secara berjemaah. Itu memberikan kami sedikit kelebihan dari berbagai sudut kemahiran hidup berbanding rakan-rakan kami yang lain. Bila ada kerjatangan disekolah, atau ketika berkumpul dirumah nenek membuat persiapan raya atau kenduri kendara, kami tidaklah kekok dan berat tulang lagi berbanding dengan saudara-saudara sebaya kami yang lain. Perkara ini tidak akan terjadi jika kami tidak didedahkan untuk melakukan kerja.

Bila ada pakcik bertanya kepada rakan-rakan kami ketika dimasjid adakah anda didera di RPWP? Kami jawab tidak, memang kami yang suka hendak tolong ibu bapa dan kami seronok bekerja bersama mereka bila cuti sekolah. Pendapat kami, Janganlah sekali-kali menganggap apabila menyuruh anak bekerja adalah satu penderaan. Jika ingin melihat anak-anak berjaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan, bawalah mereka bekerja. Nescaya lahirlah generasi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh.

Cetusan Zam-zam
ANAK PRIHATIN

P/S: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA

ARTIKEL ini cetusan anak 15 tahun yang baru selesai PMR. Anak yang rajin, tawadduk dan pintar. Cemerlang dalam bidang akademik dan juga agama. Juga telah lebih 3x menghabiskan bacaan terjemahan al-Quran.

Memang benar seperti yang dinyatakan, anak-anak yang masuk ke RPWP bukan semuanya yang baik-baik saja. Konsep apitan sangat diperlukan. Yang lemah tidak boleh ditinggalkan sepertimana amalan dalam sistem persekolahan. Mereka harus saling belajar dan mengajar, saling nasihat menasihati ibarat cermin ajaib. Kami gunakan konsep `energy transfer’ dari ‘power of the pack’ (konsep islah secara berjemaah).

Dalam satu sudut, rimas juga kami bila anak-anak riuh rendah ikut bekerja selepas musim peperiksaan. Ada juga jemaah masjid yang mengatakan ayah-ibu RPWP mendera anak kerana mereka lihat program kemahiran kerjatangan anak-anak ini beramai-ramai. Manisnya ialah, anak-anak sendiri yang menjawab sinis, bukan ayah-ayah yang paksa, tapi kami yang SUKA BEKERJA.

ALHAMDULILLAH.

TidBid 29 – Bedtime Story

00 BEDTIME

TID BIT : Bed Time Story Cipta Anak Sehebat Sultan Muhammad Al-Fatih?

Nampak gaya bercerita kepada anak semasa mereka sedang mahu tidur itu seperti cara orang Nasrani pula kan? Baguskah jika kita buat juga? Atau kerana orang Nasrani Kristian dah buat, kita tak boleh nak buat? Orang nasrani juga datang dari ajaran nabi Isa yang telah dipesongkan. Cetusan asal mereka juga dari Allah. Mudahnya apa sahaja yang baik semuanya dari Allah. Yang jadi buruk itu kerana salahnya olahan manusia.

Mari kita lihat kebaikan dalam amalan bedtime story ini. Jangan ambilnya secara jumud dengan bercerita hanya semasa tidur. Pokok ceritanya ialah BERCERITA dengan cerita-cerita yang mempunyai kandungan motivasi, aspirasi dan nilai murni.

Sultan Muhamad Alfateh juga dari kecil sudah dibawa ibunya ke tebing menghadap Kota Constantinople dan baginda secara konsisten mengatakan kepada Al-Fateh bahawa Al-Fateh akan menawan kota itu satu hari nanti. Kata-kata aspirasi itu dah jadi seperti ulangan–ulangan saban hari sehingga terpahat dalam hati Al-Fateh kemahuan yang sangat kuat untuk meroboh tembok Kota Byzantine itu.

Walaupun pokok ceritanya ialah “BERCERITA” tetapi masa yang paling sesuai untuk bercerita ialah pada saat semuanya tenang sekali. Pada waktu sebelum tidur, ia adalah waktu yang paling sesuai. Anak dah buang air, basuh kaki, gosok gigi dan pakai baju tidur dan bersedia di katil mereka. Si Ibu pula sudah bersiap sedia juga untuk menidurkan anak. Dalam keadaan pemberi dan penerima sedang bersedia, di situlah keberkesanan penceritaan itu berlaku.

Jadikan memori cerita waktu tidur anda sebagai cerita yang anak terbawa dalam mimpi sebagai salah satu “halo effect”. Pilihlah cerita yang memberi tauladan dan sampaikanlah kepada mereka harapan anda kepada mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

APA PILIHAN SELAIN DARI BERCERITA?

Bergantung kepda umur dan situasi anak itu sebelum tidurnya. Bukanlah semestinya kita berada di sisi anak dari kecil sampai besar. Falsafah disebalik bercerita sebelum tidur ini ialah menanamkan satu inspirasi ke minda anak dalam keadaan tenang untuk mereka bawa halo effect nya ke dalam tidur SECARA ISTIQOMAH.

Bagi anak yang sudah meningkat dewasa, AMALAN bertemu ibu bapa bagi meminta izin untuk tidur juga boleh dijadikan ganti kepada amalan bercerita ini. ketika itu ambillah peluang menanamkan sesuatu keminda anak. Dakapan dan kucupan mesra sebelum mereka berpisah untuk masuk tidur boleh dijadikan penguat kepada penerimaan mereka.

Di RPWP, kami telahpun praktikkan perkara ini dan ternyata kami mendapat satu perbandingan ketara di antara anak-anak yang melalui proses bedtime story atau izin sebelum tidur ini pada kebanyakan malam berbanding dengan anak-anak yatim yang baru masuk menjadi penghuni. Anak yang biasa dengan bedtime story ini sangat mudah dibentuk dan sangat mendengar kata. Seolah-olah aspirasi dan harapan kita kepada mereka telah sebati masuk dalam hati mereka dalam satu tempoh yang lama dan berterusan.

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, kerosakan akhlak anak-anak sudah susah nak dibendung pada waktu ini. Jika dahulu kita dengar anak dara umur 17 tahun selepas SPM hamil luar nikah, tetapi sekarang anak dara sunti kita berumur tak sampai 10 tahun pun dah ada yang hamil. Yang belum sampai 10 tahun pun dah merasai seks walaupun belum cukup umur untuk hamil. Nauzubillah.

Tanamkanlah pada anak-anak ini harapan anda dan gunalah sepenuhnya waktu tenang sebelum tidur anak anda untuk anda sampaikan harapan itu.

Dalam kajian kami, memasangkan alunan ayat quran semasa anak hendak tidur mampu memberikan ketenangan kepada anak-anak dan mudah mereka tidur lena. Dari kajian kami pula, habit itu hanya sekadar menenangkan untuk tidur TETAPI tidak mampu memberi pelajaran. Seruan kami ialah, jika anda mahu pasangkan alunan bacaan quran itu, pastikan juga anda jabarkan maksudnya sekali dan ceritakan kepada anak anda pelajarannya. Lebih baik sepotong ayat yang anda jabarkan dari seluruh juzuk anda putarkan yang langsung tidak difahami oleh anak itu.

Sering Allah ulang-ulangi … “Pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran”. “Kami ulang-ulangi berbagai perumpamaan (contoh dan misal) supaya manusia ambil pelajaran”. Falsafahnya ialah cerita dan ulangan (istiqomah).

Amalan ini ibarat menanam dan membaja sebiji benih kedada anak kita sehingga ia menjadi pokok (akidah) yang bakal terus menerus menghasilkan buah (fikiran).

Surah 14. Ibrahim

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

25. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu zikirkan (tadarus, tafakur, tadaburkan).

Bermakna Allah gesa kita ceritakan kisah-kisah lama sebagai pelajaran kepada anak-anak kita. Ajar mereka iqra dengan sekurang-kurangnya 3 kali ulang. Apabila mereka sudah ada momentum, mereka sendiri akan menghabiskan bacaan kitab suci itu lebih laju dari kita. Lalu segalanya insyaAllah akan bergolek dengan sendiri selepas itu… MUDAH BUKAN?

Gunakanlah kebijaksanaan anda untuk memanafaatkan kaedah BED-TIME STORY dan Tausiah ringkas dalam amalan izin masuk tidur ini bagi menghasilkan anak yang hebat serba serbinya, InsyaAllah. Syaratnya anda harus ISTIQOMAH… laksanakan polisi IHDINA AL-SIROOT AL-MUSTAQIIM… amalkan siroot (jalan) yang telah dihidayahkan itu dengan istiqomah… itu saja!.

Kudap Kudap
WARGA PRIHATIN

Tahniah Nik Haraz – Terima anugerah Sahsiah 2 tahun berturut turut

 

NIK HARRAZ TERIMA ANUGERAH SAHSIAH 2 TAHUN BERTURUT TURUT.

Enam belas (16) tahun dahulu, tanggal 20 Januari 1997 merupakan satu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh pasangan Nik Mat b Nik Kob dan Sharifah bt Yaakub. Telah lahirnya putera mereka yang diberi nama Nik Mohd Harraz pada hari itu. Doa yang tidak putus-putus mengiringi perjalanan hidup anakanda tercinta.

Anak asnaf ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Atas desakan hidup yang terpaksa bergantung kepada ihsan Baitulmal, maka dengan izin Allah beliau menginjakkan kaki ke teratak Rumah Pengasih Warga Prihatin untuk menyambung pembelajaran bagi sekolah menengah. Tiga Visi yang digenggam kemas untuk memastikan ianya dapat direalisasikan. Membina sahsiah diri, berjaya dalam akademik dan ‘menguruskan’ badannya. Tanpa menoleh ke belakang, terus memacu dan mengorak langkah hari demi hari.

Pernah menjadi salah seorang pelajar di SMK Tinggi Kajang buat beberapa ketika. Kemudian bertukar sekolah ke SMK Presint 14 (1). Mula mengukir nama sejak Tingkatan Satu lagi. Hari demi hari dilalui dengan kesungguhan dan daya usaha yang gigih untuk menggapai visi. Menjadikan guru ibarat ibu dan ayah. Taat dan patuh kepada ajaran dan suruhan. Sedia menghulurkan tangan apabila bantuan diperlukan.

Pada tahun 2012 (Tahun Lepas)… Nik Mohd Harraz mendapat “ANUGERAH KECEMERLANGAN DALAM ASPEK SAHSIAH YANG TERPUJI”. Itu hasil kesungguhan dan kerjabuat yang efisien dan konsisten. Walaupun sudah mendapat anugerah yang diimpikan, perjalanan melengkapkan visi diteruskan.

Hasil usaha yang tidak pernah berhenti, kelmarin – tanggal 11 Oktober 2013, lagi sekali beliau mendapat “ANUGERAH PUTERA BUDIMAN”. Anugerah yang dikecapi adalah berdasarkan penilaian guru-guru yang terkait dengan espek sahsiah, akhlak, sikap bertanggungjawab dan mempunyai keperibadian yang luhur.

Perkongsian seperti yang dinyatakan oleh para guru:

1. Susah untuk menolak bantuan yang diminta oleh guru.
2. Murah dengan senyuman.
3. Menjaga silah dengan semua guru.
4. Mempunyai sikap berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.
5. Dikenali oleh semua guru-guru walaupun tidak mengajar Harraz.
6. Bukan seorang yang sombong dan sentiasa bersikap tawadduk.
7. Menjaga kebajikan sahabat-sahabat dari RPWP.
8. Seorang yang aktif dalam debat, forum, perbahasan,pidato, catur
9. Seringkali menggalas tanggungjawab sebagai MC dan menguruskan Sistem PA di sekolah.
10. Fokus dalam pembelajaran dan sering member tunjuk ajar pada sahabat.
00 arasy.jpeg SMALL
Beliau yang telah sengaja kami beri peluang sejak tingkatan 2 (14 tahun) untuk mengambil peranan sebagai Mas’ul (ketua anak anak) setelah melihat ciri kepimpinan yang ada pada dirinya. Alhamdulillah kini beliau telah menguasai banyak kemahiran hidup, dunia dan akhirat dan mendapat pengiktirafan dari pihak sekolah sekali lagi.

Anugerah ini bukan untuk saya tapi untuk RPWP sentiasa keluar dari bibir beliau setiap kali ditanya tentang anugerah ini. Diberitakan bahawa Anugerah peringkat Sekolah Menengah Atas ini biasanya dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 5, namun tahun ini telah diberi kepada Nik Harraz yang dalam tingkatan 4. Alhamdulillah.

Sebelum ini anakanda Syafaat juga menerimah anugerah sahsiah tertinggi oleh pihak sekolah untuk dua tahun berturut-turut. Anakanda Nurhani, Fatini, Mira dan beberapa yang lain juga telah menerima anugerah yang sama.

Tahniah kepada anak- anak ini kerana mampu menongkah arus. Mereka rela dikatakan kolot kerana hidup mereka di Prihatin ini tidak dibekalkan dengan bilik privacy yang cantik, tidurpun dilantai saja tanpa katil, semua mereka tidak memiliki telefon bimbit, apatahlagi smartfone/tablet. Internet pun hanya dimakmal komputer RPWP dan hanya digunakan depan ibu-ibu saja.

Setiap hari Isnin dan Khamis mereka berpuasa sunat. Hari biasa juga mereka ke sekolah dengan bekal makanan yang dimasak sendiri oleh ibu-ibu angkat disini, tanpa wang saku harian. Telahan-telahan kolot seperti kelambu bergerak dan sebagainya terus ditepis demi menjadi pelopor kepada perubahan positif untuk generasi muda yang semakin gila-gila.

Setinggi tinggi penghargaan kepada Pengetua serta seluruh Warga Pendidik Sekolah Menengah Precint 14 yang telah menyambung pendidikan yang telah kami mulakan ini diperingkat sekolah. Tanpa keprihatinan bersama dari pihak sekolah semua ini tidak mungkin tercapai. Sama-sama kita kembalikan puji syukur kepada Allah. Alhamdulillah.

Luahan syukur
WARGA PRIHATIN.

Surat Pembaca – Orientalis Berjaya – Abu Zafeerah

00 aq. BUTA HURUF ULASAN

KAMI amat bersyukur dengan kehadiran insan-insan berilmu yang prihatin dan berfikiran tajam dalam menambah baik cetusan dalam artikel kami. Malang sekali kehadiran mereka hanya di hujung komen yangmana ramai diantara kita sudah tidak lagi berkesempatan menjenguk semula. Oleh itu, Hanya orang yang mengulangkaji saja yang perasan dengan ulasan berkualiti itu.

Atas desakan ramai, telah kami syurokan dan Insya Allah akan kami sedut beberapa komen membina yang mampu menambah kefahaman kita kearah tajdid minda bilamana perlu. Inilah praktik hujjah secara berjemaah yang ingin kami pupuk. Kerana kami bukanlah insan mulia dan sempurna.

Segala cetusan kami hanya hadir dari celah debu dan simen sewaktu bekerja berjemaah membangun rumah ini, juga dari celah kemelut sejarah kehidupan yang telah kami analisa dalam keluarga kami sendiri. Semuga metodologi mengatasi keperitan dari kesilapan silam keluarga kami boleh dikongsikan oleh keluarga anda dimana perlu.

P/S: Teks asal ada diruang komen asal artikel ini. Kami telah edit minor ejaan, punctuation & paragraf yang TIDAK MENGUBAH MAKSUD untuk mana-mana yang perlu bagi memudahkan pembacaan.

KOMEN ABU ZAFEERAH : BERJAYANYA ORIENTALIS

Alhamdulillah.. Setelah memeram artikel ini dan mengambil masa menghadam dan memahami komentar-komentar panas dan penuh hikmah, saya cuba mencari konklusi untuk mencari ‘worldview’ atas isu ini..

Ternyata siri-siri artikel yang disumbangkan sebelum-sebelum ini belum cukup untuk memberi pencerahan global tentang kecantikan ilmu. Sedar atau tidak dengan sendirinya masyarakat kita juga hanya BERTILAWAH sepanjang membaca berkajang-kajang artikel yang telah Warga Prihatin cetuskan di sini.. Kaitan demi kaitan – (chapter by chapter) yang diusahakan bertujuan untuk memudahkan kita memahami setiap artikel yang dikeluarkan wp dan bakal dikeluarkan kemudian hari.

Kerana itu gesaan baca berulang kali itu penting sebagaimana pentingnya kita mengkhatam al-quran. Malangnya bila kaitan ini cuba dihurai.. Kita selalu membangkang dan mencari khilaf dari melihat isu pokok. Perkara furuq sering menjadi perbalahan dikalangan kita.

SUSAHNYA MENGAKUI HEBATNYA NABI

Kita begitu bangga dengan ilmu-ilmu kita sehingga sukar merobek ilmu baru, menjamah idea baru, memandang sudut positif dari perspektif lain..

Kontranya di sini – kita sedang memuji kehebatan nabi – mengeluarkan baginda dari stigma mengatakan baginda seorang yang lemah tanpa kehebatan membaca. Hebatnya kita diracuni orientalis untuk kekal dalam tempurung katak!. Rasanya hujjah-hujjah telah diberi dengan baik, dibentang firman membenarkan firman yang lain. Dalil naqli mana mampu kita sanggah dengan membawa dalil aqli. Itu pun susah untuk kita sanjung nabi sebagai seorang yang hebat.

Lihat saja bagaimana orientalis memasukkan nabi di dalam buku 100 manusia terhebat di dunia. Langsung seluruh kita bangun mendabik dada mengakui baginda antara manusia yang terhebat..! Disenarai masuk antara 100 manusia yang yang telah berjaya di muka bumi ini. Sedangkan itulah mainan orientalis meracun kita dengan ilmu yang licik. Masih ingat komen saya tentang jahiliyyah moden – kecerdikan kita melawan kepandaian mereka!?

Sepatutnya baginda tak disenarikan dalam buku itu. Mana mungkin baginda boleh di samakan dengan 99 orang lagi? Sedangkan baginda adalah kekasih Allah. Langsung tiada tempat untuk orang lain berada disisi baginda. Menjadi orang pertama dibangunkan di akhirat nanti. Mana mungkin ada kafir yang disebut akan bangun bersama baginda!. Itulah hakikat buku yang telah membuatkan ketetapan. Lalu ketetapan menjadi pedoman, langsung tak boleh dicabar!

KEMBALILAH PADA AL-QURAN

Kita sedang membincangkan soal kenabian dengan pelbagai hujah-hujah berhikmah. Dicerna sahabat-sahabat lain memberi bukti nabi sangat istimewa dengan sifat-sifat kenabian. Pelbagai bukti yang membantu menjernihkan suku kata buta huruf yang sangat menyakitkan.

Sesetengah orang nak terima bahawa nabi itu tidak buta huruf. Kita memang masih buta untuk melihat ilmu Allah sedang berkembang dan cuba membawa cetusan definisi baru kepada ilmu sirah. Sememangnya benarlah tahalul itu! Sesetangah dari kita masih belum mampu membuang pemikiran lama, untuk menumbuhkan tunas rambut yang baru berupa ilmu dan pucuk pemikiran yang lebih tajam!

Apa guna kita memahami cetusan sains haji sehingga khatam tapi bila kita belum mampu menerima pencerahan yang lebih tinggi. Ilmu itu menyuluh hati kita. Jangan ilmu itu memalingkan cahaya hidayah lalu terus meninggalkan kita dalam samar-samar, terus dengan andaian orientalis. Lapangkanlah dada untuk menerima ilmu.

Sumber yang Warga Prihatin bawakan terus dari quran. Jadilah Abu Bakar yang membenarkan (mensiddiq) dengan hujjah – bukan terus jadi Abu Jahal yang terus menyergah sehingga putus saudara!

Kita semua pencinta ilmu yang rasanya semuanya belajar tinggi lebih hebat dari saya. Bacalah berulang kali, ambillah al-quran. Beleklah bersama surah al-falaq bersama terjemahan ketika membaca artikel ni. Cuma selami perasaan nabi menerima dakapan jibril dengan lontaran iqra! Bacalah dan fahamilah ayat-ayat Allah dengan quran di tangan tu. Semoga kita beroleh hidayah Allah ketika membaca cetusan ini dan kembali merujuk quran.

Buanglah ego untuk menerima idea yang bersifat ilmu dan pemecah kejahilan kita itu. Tak susah pun, hanya perlu berlapang dada…

Saya cuma memberi pendapat. Sesungguhnya saya berbangga Rasulullah itu kekasih Allah yang hebat lagi bijaksana, yang tidak tahu membaca al-kitab! Tapi baginda berjaya menyatukan ummat membentuk kesatuan dan negara lalu membebaskan kota mekah merebahkan berhala dengan permulaan wahyu pertama – iqra’.

Itulah kefahaman mudah yang saya simpulkan dari terjemahan al-quran dan artikel ini.

Tahniah Warga Prihatin! – Pencerahan yang berjaya meruntuhkan tembok buta huruf saya dalam membaca al-kitab al-quran (kena batang hidung sendiri).

>>> NOTA <<<

Hasil kajian menunjukkan bagaimana halus dan liciknya strategi menjatuhkan Islam diNusantara ini lebih 100 tahun dahulu oleh Ulamak Palsu Kiai Haji Abdul Ghafur (Snouck Hurgeronje). Berkapal kapal Belanda angkut orang alim ke Mekah mempromosi ritual haji, tinggalkan ladang dan negeri. 6 bulan ditinggalkan, akidah desa diruntuhkan.

Hari ini dicanai elektromegnatik superpower dibungkah kaabah oleh saintis mereka agar umat Islam terangguk-angguk menambah gila dengan fenomena magiknya. Sampaikan rumah nabi dan sahabat diroboh semua, Hotel dan terowong dibina-bina, kerana Mekah itu sudah jadi pusat pelancungan mewah tajaan mereka. Bukan itu saja, binatang korban juga saham mereka.

Surah 8. Al Anfaal
35. Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.
36. Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan,

Apapun, Alhamdulillah.. ada juga akhirnya yang membaca artikel UMMIY kami ini berserta terjemahan quran dan mencari penjelasan lanjut. Insan-insan begini tidak terus lompat dan menerjah dengan penuh keegoan. Mereka mengakui benarlah kata artikel ini, selama ini mereka tidak iqra DENGAN view Allah dan Rasul, mereka hanya iqra DENGAN timbunan kitab-kitab YANG SALING BERCANGGAH yang ada dalam simpanan mereka.

Inilah sebenarnya pokok segala masalah kita umat akhir zaman ini. Kita sudah tidak bersama DENGAN Allah. Kita sudah tidak bercakap, berhujjah dan berbuat untuk Allah lagi selain untuk menjaga ego diri kita, sijil kita dan orang orang yang kita PUJA. Kita sudah tidak LILLAH dan BILLAH lagi dalam meneliti ilmu dan mengukuhkan akidah kita.

Ada pula yang sedar dan bertanya. Dalam surah iqra sudah Allah sebut solat. Apakah nabi solat sedangkan itu wahyu pertama dan fatihah belum diturunkan lagi? Alhamdulillah sekurang-kurangnya artikel kami telah membuatkan anda membaca dan ikut mengkaji. Itulah hakikat iqra yang sebenar-benarnya.

Ya itulah kehebatan ilmu dan zikir, kehebatan tadarus yang disertai dengan tafakur dan tadabur. Semua Nabi selepas Ibrahim telah solat… KAMA SOLLAITAALA IBROHIM. Abu jahal penguasa Mekah dan Abu Lahab juga solat. Kesemua mereka itu dari keluarga Islam KETURUNAN yang sama dengan Nabi. FIRAUN juga solat, bezanya mereka tidak beriman dengan Tuhan Musa melainkan setelah hampir dicabut nyawanya.

Kita semua juga sekarang ini sedang solat. Tapi solat kita tidak ubah seperti solatnya jahiliyah yang menentang Rasulullah SAW dahulu. Mujurlah mereka faham dengan bahasa solat mereka. Kita ini lebih teruk dari itu. 98% dari kita tidak faham sama sekali apa yang kita baca dalam solat kita. Walhal telah Allah larang dari ikut-ikut berbuat sesuatu tanpa ilmu, tanpa kefahaman, tanpa iqra. Allah larang keras kita solat selagi kita tidak faham apa yang kita kata dalam solat macam orang mabuk.

Allah benci hambanya yang bercakap merapu, tidak tahu apa yang dikata. Kerana Allah tahu mereka tidak akan mampu melaksana apa yang mereka kata. Allah juga benci orang yang berkata tapi tidak melaksana. Kerana itu Allah larang kita berbuat tanpa ilmu.

Itulah cara bagaimana kita memperkecilkan Allah melalui perbuatan, sedangkan bibir kita sentiasa melafaz kalimah membesarkan Allah. Tidak ubah seperti orang mabuk yang tidak sedar diri dan tidak tahu apa yang kita lafazkan dihadapan pencipta kita sendiri.

Kita sebenarnya sedang menghina Allah dari ritual harian kita. Berhentilah menipu diri sendiri yang kita semua sebenarnya masih sangat sangsi dan tidak pasti dengan keberkesanan ilmu agama kita sendiri. Sebab itulah keluarga, masyarakat dan negara-negara Islam kita semua jadi haru biru begini.

Kami turunkan sedikit firman untuk penyejuk hati…

2. Al Baqarah 8. Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian,” pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

17. Al Israa’ 36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya.

10. Yunus 36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

36. Yaasiin 6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.

69. Al Haaqqah 41. Dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.

69. Al Haaqqah 42. Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya.

Surat Pembaca – Sains Haji 7, zamzam

00 zamzam.ULASAN

KAMI amat bersyukur dengan kehadiran insan-insan berilmu yang prihatin dan berfikiran tajam dalam menambah baik cetusan dalam artikel kami. Malang sekali kehadiran mereka hanya di hujung komen yangmana ramai diantara kita sudah tidak lagi berkesempatan menjenguk semula. Oleh itu, Hanya orang yang mengulangkaji saja yang perasan dengan ulasan berkualiti itu.

Atas desakan ramai, telah kami syurokan dan Insya Allah akan kami sedut beberapa komen membina yang mampu menambah kefahaman kita kearah tajdid minda bilamana perlu. Inilah praktik hujjah secara berjemaah yang ingin kami pupuk. Kerana kami bukanlah insan mulia dan sempurna.

Segala cetusan kami hanya hadir dari celah debu dan simen sewaktu bekerja berjemaah membangun rumah ini, juga dari celah kemelut sejarah kehidupan yang telah kami analisa dalam keluarga kami sendiri. Semuga metodologi mengatasi keperitan dari kesilapan silam keluarga kami boleh dikongsikan oleh keluarga anda dimana perlu.

P/S: Teks asal ada diruang komen asal artikel ini. Kami telah edit minor ejaan, punctuation & paragraf yang TIDAK MENGUBAH MAKSUD untuk mana-mana yang perlu bagi memudahkan pembacaan.

ABU ZAFEERAH : SUCI DALAM DEBU

Subhanallah – usai menghabiskan semua bacaan pada malam ini. Bermula dari Sains Haji 1 hingga terkini berkait AIR ZAM-ZAM. Senyum dahulu kalau mahu saya simpulkan. Takutnya berkajang lagi komen saya nanti.. Sungguh! Kali ini falsafahnya menuntut saya mengulangi bacaan seberapa kerap yang boleh. Ini bukan bacaan biasa lagi – penuh dengan perincian syariat dan panduan kepatuhan pada hukum Allah..

Mahu mengambil falsafah penyucian diri saja sudah jelas HAJI mabrur diibaratkan seperti kembali lahir sebagai bayi yang bersih dari sebarang dosa. Begitu tinggi mertabat haji untuk sama-sama kita fikirkan, hadamkan. Bincangkan kenapa ia begitu penting dengan segalanya berpusat kepada keluarga Ibrahim. Allah menjemput kita ahlul albab untuk berfikir dan beruntunglah mereka yang sentisa berfikir kerana di sisi Allah pencerahan ILMU sedang berlaku.

Rasulullah sendiri ketika hidupnya menyampaikan ILMU dan syariat. Baginda tidak mengharapkan sahabat-sahabat terus memahami falsafah dan membuat analisis yang detail kerana ketika itu Baginda rasul masih ada untuk menjelaskan sejelas-jelasnya setiap keperluan asbab hukum dan arahan Allah.

Kita yang jauh dari zaman Rasulullah ini yang diharapkan baginda – semoga ummat selepas kamu lebih memahamii dari yang sebelum kamu! Alhamdulillah – kita sedang dalam pencarian ILMU dengan pentafsiran yang memerlukan penglibatan semua pihak dan kegigihan setiap dari kita memahami keperluan IMAN!

Sebagai masyarakat awwam – mulakan dengan memahami kepentingan AWWALUL MUSLIMIIN – yang membentuk ikrar kita untuk merasakan kehangatan patuhnya keluarga Ibrahim pada Allah. Lalu diletakkan martabat keluarga Ibrahim dalam TAHIYYAT kita. Ambillah peluang mengkaji solat. Saya sendiri sudah dihenjak-henjak ingin mencari ILMU berkaitan rahsia disebalik semua ini. Allah mahu kita celik, bukan sekadar TAKLID BUTA. Dari mula kenal solat sampai dah jadi bapak budak – masih dengan solat yang sama! Tidak ada penambaikan ILMU – moga kita bukan dikalangan orang-orang yang RUGI!

Melihat mukjizat ZAMZAM sebagai fungsi air dalam kehidupan – dikeluarkan untuk menghilangkan KEHAUSAN tangisan Ismail hingga memaksa berlakunya HUKUM SAIE kepada Siti Hajar – tertarik dengan analogi yang menunjukkan keperluan IBU berkejaran (SAIE) mencari ilmu (AIR). ITU sudah cukup membuat saya berfikir jauh. Sungguh peranan ibu tidak dapat lari dari kepentingannya membentuk anak.

Kalau ibu zaman sekarang JAHIL, kalau memberi puting tiruan itu pun dikira mengajar anak MENIPU… selebihnya fikirkanlah sendiri.

ZAMZAM bukan sekadar menjentik kronologi kepentingan ILMU yang mengalir dalam tubuh. Kita perlu kembali memikirkan kenapa ianya mesti dirujuk kembali kepada Ismail sehingga segala falsafah QURBAN melingkari seluruh keluarga Ibrahim.

Saya cuma mahu menjentik hidung dan kocak sedikit kepala saya. ILMU ini tidak berhenti di sini – masih jauh untuk diteroka hingga kita betul-betul faham. Sehingga yaqin dan pasti sebagaimana yaqinnya Ismail kepada ayahnya! Anak menyerahkan kepala untuk disembelih kerana perintah Allah.

Anak zaman sekarang lain sudah jadinya. Mereka sembelih betul-betul ayah dan ibu mereka. Bukan lagi bersifat majazi! Semuanya kerana perintah nafsu dan serakah! Asbab ganja, dadah dan gila joli dengan kehidupan dunia! Mahukah kita disembelih hidup-hidup oleh anak kerana mereka mahu memenuhi NAFSU dunia mereka??..

Jika kita disembelih untuk membeli kemewahan dunia pada mereka.. Memenuhi kehidupan dengan hiburan, menyembelih anak dengan akses internet tanpa had.. tanpa sebarang pemantauan ke mana hala tuju jari mereka membawa mereka.. Tau-tau ada bayi luar nikah dah disembelih anak sendiri! – maka kembalilah merujuk – SIAPA yang kita sembelih selama ini!

BERKORBAN cinta pada anak bukan menyediakan keperluan material semata-mata. Tapi berkejaranlah (SAIE) setiap hari ke majlis ilmu, ke masjid. Bersegera mencari solusi anak-anak. Berlarilah untuk mendapatkan jawapan dan penyelesaian. Berlari itu tanda USAHA.. tanda KESUNGGUHAN.. tanda ADA TUJUAN..(tak pernah kita lihat orang sekarang saja-saja nak berlari! – berjalan itu normal.).

Itulah gerak kerja kita.. usai solat fardhu subuh.. sesudah melafaz ikrar dan mengakui kiblat kita pada panduan keluarga Ibrahim.. berpagi-pagi kita berkejaran di dunia.. Kalau bermatlamatkan IBADAH – habuanya sentiasa ada. Kalau asbabnya DUNIA.. maka habuan kita pun dunia. Bagai diingatkan Allah.. siapa yang mengkehendaki DUNIA pasti Allah akan beri.. pilihlah mana yang kita mahu!

Saya cuma mahu kocak-kocak dengan ulasan seringkas mampu. Hasil kesimpulan dari artikel yang telah dikongsi.. Semoga kita mampu mengkoreksi diri, apa tuntutan Allah disebalik solat kita.

Wallahu’alam – Mohon Warga Prihatin audit butir komentar saya.. Andai ada yang salah.. betulkanlah semahunya..

Terima kasih, Tahniah WP kerana berjaya buat saya tak lena malam ni.

KOMEN : MUHAMMAD ADAM FALIQ – Umur 16 tahun

Coretan yang menarik tentang ZAM ZAM. AIR ini menjadi simbolik terpancar tentang usaha seorang anak ( Nabi Ismail ) yang tertekan dan ingin turut sama membantu meringankan ibunya ( Siti Hajar ). Kesannya, AIR tersebut bukan sahaja menjadi manfaat buat keluarga tersebut, malah Allah kekalkannya untuk manfaat seluruh manusia sehinnga ke hari ini.

Peristiwa ini benar-benar menunjukkan kepentingan ILMU ibu yang dicurahkan pada anak. Seterusnya, anak tersebut mampu menghasilkan cetusannya sendiri untuk manfaat masyarakat.

Subhanallah.. Semoga Allah membantu kita dalam usaha mencontohi model keluarga terbaik sepanjang zaman ini.

KOMEN : PACKEER MOHAMED NORZAINI

Terima Kasih kepada team Warga Prihatin yang menyampaikan ilmu tentang falsafah haji secara bersiri. Ini sesuai dengan bulan zulhijjah dan Raya Haji yang bakal kita sambut tak lama lagi.

Sebagai kesimpulan daripada artikel ini, kita renung semula diri kita dengan membandingkan keluarga kita dengan keluarga model Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Jika setiap diri, setiap keluarga berazam dan bertekad untuk berhijrah ke arah membentuk keluarga seperti itu, nescaya sedikit demi sedikit kita akan menyaksikan perubahan yang besar secara menyeluruh dalam masyarakat kita nanti, Insyaa Allah.

Suntikan semangat daripada team warga prihatin ini wajar kita gunapakai semaksimumnya. Wallahua’lam.

Travel Log Haji SN – 4 – Siapa yang mampu Haji

00 tl 4

CATITAN KEMBARA PRIHATIN DI BUMI ANBIA’ : HAJI PELENGKAP ISLAM BAGI YANG MAMPU. SIAPAKAH YANG MAMPU?

Hari ini saya berdiri memerhatikan jemaah-jemaah haji yang datang dari serata dunia mengerjakan saie seperti biasa sambil menjalankan tugas saya di Tanah Suci Mekah ini. Namun begitu, keberadaan saya di sini telah menampakkan saya akan suatu perkara yang lebih besar untuk kita kenalpasti mengapa Islam yang ada hari ini tidak lagi gemilang seperti dahulu.

Saya melihat di sebelah kanan saya, mereka yang kurang keupayaan untuk bersaie sedang diusung dengan kerusi roda oleh para petugas khas malahan diantara mereka yang diusung itu tadi, ada yang tertidur lena diatas kerusi roda. Mungkin kerana keenakan hawa dingin ditambah pula rasa selesa terbuai diatas kerusi roda yang empuk semasa mereka bersaie. Kita pastinya tidak akan mampu merasai kepayahan Siti Hajar dengan Saie sambil Lena sebegitu.

Disebelah kiri saya pula, ribuan manusia yang datang dari merata dunia, pelbagai bangsa dan warna kulit, melakukan saie berlari-lari anak secara bersendirian, ada juga yang berkumpulan, malah ada yang berihram, dan ada juga yang tidak. Anda mungkin lebih tahu ibadah apa yang sedang dilakukan oleh mereka yang tidak memakai ihram itu dari saya. Atau mungkin mereka sedang bersenam agaknya, saya sekadar bersangka baik saja.

SENDIRIAN di sini saya memikirkan sama ada mereka yang dihadapan saya ini sebenarnya faham secara prinsip mahupun falsafah disebalik apa saja yang mereka lakukan di sepanjang menjalankan ibadah haji mereka. Mungkinkah mereka hanya buat saja sepertimana yang telah diajarkan oleh para ustaz mereka. Ataukah mereka hanya mengikut sahaja mutawwif mereka seperti seekor burung kakak tua yang diajar berkata-kata tanpa tahu pun apa maksudnya? dan mengapa ia diucapkan dan dijalankan ritualnya.

Haji merupakan rukun Islam ke-5, pelengkap kita sebagai umat Islam. Ia adalah untuk mereka yang berkemampuan kerana hakikatnya Islam itu hanya bagi mereka yang mampu sahaja. Bagi mereka yang tidak mampu, Islam kelihatannya kekurangan kerana Islam mereka hanya 4/5, tidak lagi 5/5. Namun, pada hari ini, kemampuan mengerjakan haji jelas dilihat berdasarkan keupayaan harta dan fizikal semata-mata sehingga ada yang mampu mengerjakan haji berkali-kali seumur hidup. Kemampuan harta dan kuasa menafikan kemampuan akal dan amal marhaen yang direbut kuota hajinya…!

Oleh itu, keberadaan saya disini telah membuka mata hati saya melihat hakikat kemampuan yang sebenar dalam ibadah haji. Ia bagi saya terletak pada kemampuan untuk berfikir mensyukuri nikmat akal dengan mengutip hujah-hujah selama berada didalam musim haji (musim hujjah). Hujah dan maklumat itu yang perlu dibawa pulang ke kampung halaman sebagai buah tangan yang sebenar, bukan lagi bertong-tong air zamzam, ataupun kurma semata-mata. Sekurang-kurangnya, kita tak risau pesawat kita jatuh kerana terlebih muatan.

Sepatutnya para jemaah haji MAMPU untuk menggunakan akal mereka mengutip hujah-hujah dan pelajaran daripada jemaah lain yang pelbagai bangsa dan budaya dari serata dunia. Mereka harus mampu berfurqan untuk membezakan antara yang haq dan bathil. Dengan itu, barulah percampuran BANGSA-BANGSA ISLAM BERSATU ini mampu menjadikan Islam bangsa yang hebat.

Ingatlah, kita dahulu telah ada PBB kita sejak Nabi Ibrahim a.s lagi bukannya Barat. Haji pula satu KONVENSYEN TAHUNAN ISLAM TERBESAR SEDUNIA. Inilah masanya pemimpin boleh mengenali masalah marhaen tanpa protokol. Selain itu, kemampuan berfurqan ditajamkan lagi dengan samarata sehingga kita mampu membaca dan memahami Al-Quran dalam maksud yang berbentuk muhkamad (tersurat) juga mutashabihat (tersirat) dengan serentak.

Hasil interaksi saya bersama jemaah haji, juga para ustaz dan mutawif yang sempat saya kenal di sini, kebanyakan mereka tidak mampu menampakkan hakikat haji sebagai hujjah dan mereka sekadar menjawab untuk kita IKUT SAHAJA tanpa banyak bicara. Bagaimanakah pula dengan Surah Al-Isra ayat 36 yang melarang saya mengikut-ikut tanpa pengetahuan? Tidakkah kenyataan ustaz ini bercanggah dengan arahan Allah?

Segala bentuk permasalahan dan hujah dari serata dunia sepatutnya dihimpunkan untuk dinilai semula dan kemudian disimpulkan (hakikat tahlul). Kesimpulan itu lalu dibawa pulang untuk diadakan penambahbaikan, agar negara-negara Islam tidak lagi berpecah dan pencapaian negara-negara maju dan yang miskin mampu disawasiahkan.

Ribuan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan berpesan walau melalui komen agar saya memberikan tumpuan sepenuhnya pada ibadah haji saya disini. Namun, saya memilih untuk memerhatikan keadaan sekeliling dan berkenalan dengan mereka yang datang dari serata dunia untuk saya iqra-kan (kaji dan analisa). Saya sedang mengumpul hujjah dan fakta Islam dari haji saya agar memperoleh pelajaran darinya untuk dibawa pulang sebagai bekalan memperbaiki polisi hidup saya dan rakan rakan semua. Itulah hakikat haji dan itulah yang sedang saya lakukan di sini.

Inilah metodologi pengumpulan hujjah dan ianya juga satu ibadah bukan? Maka, tidak perlu jumud untuk berulang kali nasihatkan saya supaya tinggalkan kamera atau komputer dan fokus kepada ritual haji saja. Tanpa menggunakan akal yang Allah berikan untuk berfurqan dan juga tidak mentablighkan secara fatonah cetusan akal yang Allah berikan saya rasakan haji saya akan sia sia. Mungkin anda pandang enteng tentang itu, antara sebab cetusan idea sering sampai ke pemikiran saya juga kerana diilhamkan oleh Allah. Sebaik ilham itu datang saya tidak menunggu lagi dan terus saya kongsikannya, kerana ramai juga rakan hujjaz yang dapat manafaatnya di sini.

Berbalik semula pada isu kemampuan, kaji semula adakah kemampuan itu pada dasar harta dan upaya fizikal saja? ATAUPUN keupayaan furqan yang Allah berikan kepada kita setelah 4 rukun Islam itu kita fahami dan laksanakan. Ayuh kaji mengapa syarat sah wukuf ialah berakal dan mampu menyampai (Akil Baligh), tidak mabuk atau gila?

Kesimpulannya, saya melihat, ramai mereka yang mengerjakan haji namun hakikatnya Islam mereka hanya 4/5 sahaja kerana mereka masih belum mampu untuk untuk berfurqan dan mengutip hujjah antarabangsa. Tidak hairanlah mengapa ibadah haji adalah rukun Islam ke-5, kerana tentunya anda akan mampu berhujjah menegakkan Islam, membesarkan Allah setelah anda mampu untuk melengkapkan 4 rukun Islam yang lainnya.

Haji sebagai pelengkap BUKANNYA satu pilihan. Apabila hujjah itu mampu dirumus dan digunakan dan menjadi wadah islah kepada ummah setempat, MAKA itukan SAINS DI SEBALIK HAJI MABRUR yang bukan lagi satu teka teki.

Catitan dalam pencarian
SAIFUL NANG
Makkatulmukarramah, Saudi

Sains haji 9: FALSAFAH DI SEBALIK WUKUF

00 haji 9 wukuf

Sains haji 9: FALSAFAH DI SEBALIK WUKUF

WUKUF ialah kerjabuat pertama dalam haji selepas ihram, iaitu berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. WAKTU yang afdhal berwuquf ialah sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah. Mesti dilakukan oleh seorang ahli ibadat yang akil baligh dan waras, tidak gila, mabuk atau hilang akal sepanjang masa wukuf dan telah siap berihram dengan niat haji

Tertinggal wukuf walau apa alasannya tidak boleh ditebus dengan DAM. Sekalipun sakit, berusung dalam ambulan dengan alat bantuan hayat sekiranya tidak wukuf bermakna, tiada haji.

CAHAYA SIANG DAN KEGELAPAN MALAM DALAM WUKUF

Umrah boleh dilakukan setiap hari tetapi tidak untuk wukuf. Hanya 1 hari dalam 1 tahun sahaja. Kita harus berada dalam bahagian siang dan malam di Arafah untuk wukuf. Disunatkan semasa Wukuf membanyakkan solat berjemaah, Bertalbiah, Berdoa, Berzikir, Membaca al-Quran dan Solat sunat.

Secara berjemaah kita hubungkan kembali diri kita dengan Allah dan sunnah rasul melalui tarbiah solat bersama-sama SETAHUN SEKALI. Dalam solat kita wajib baca quran, sekurang-kurangnya 7 ayat Fatihah dan selawat. Jika nabi katakan solat di masjidilharam 100,000x fadhilatnya adalah kerana sejumlah itu yang datang berkumpul dalam perkongsian semasa haji widak baginda. Itulah perkongsian hujjah, hasil dari kerja haji sebagai ganjaran dari ritual itu.

Kemudian ramai-ramai kita berTalbiah untuk menyahut seruan Allah, meletakkan Allah sebagai MALIK (Raja) yang sebenar benarnya dan berikrar untuk tidak menduakanNya (syirik). Ramai ramai kita kemukakan Usul dan Hujah melalui konsep Doa dan Daie, saling berkongsi hidayah dan saling seru menyeru (dakwah). Banyakkan membaca quran, kita tadarus, tafakur dan tadaburkan bacaan itu bersungguh sungguh melalui hakikat zikir dan fikir.

Siang hari dalam Wukuf kita manafaatkan nikmat cahaya. Kita dedahkan dan kongsikan segala hujah dan masalah hidup ummat dengan nyata dan terbuka di padang yang sama. Kita kongsikan situasi kita sekarang dari segala sudut dari setiap pelusuk dunia. Kita rasakan sendiri kesukaran saudara kita dengan suluhan matahari cahaya Allah di siang hari. Di malamnya sama sama kita rasakan hakikat kegelapan di padang itu. Bagaimana rasanya hidup dalam kegelapan tanpa pedoman cahaya, lalu hidup kita dipenuhi jenayah dan rasukan hantu syaitan serta iblis merata rata.

WUKUF WADAH PERTEMUAN DAN PENYATUAN

Arafah diriwayatkan tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Siti Hawa selepas ratusan tahun terpisah bila mereka diturunkan dari syurga. Haji widak nabi juga berpuncak di Arafah di mana dikumpulkan lebih 100 ribu umatnya.

Dalam wukuf, baginda mewasiatkan agar hanya Kitab Allah dan Sunnah Rasul-rasulnya SAHAJA untuk kita pegang kemas untuk tidak sesat selamanya. Bukan kitab-kitab dari pendapat ratusan ulama yang saling bercanggah kita pegang erat sedangkan quran dan sunnah kita tinggalkan. Inilah FAKTOR UTAMA yang bakal menyatukan manusia semula.

Quran itu yang harus dibaca habis dahulu untuk dijadikan kayu pengukur untuk menilai hujah hujah lain dan bukan sebaliknya. Sekarang sudah terbalik, pelbagai kitab orang alim kita baca dahulu dan quran pula yang harus merujuk kepada kitab dan hujah yang berbagai bagai itu. Ironinya bila ada percanggahan, kita tergamak menolak fakta dari firman Allah yang jelas dengan sunnah Rasulullah s.a.w. hanya kerana tidak disertakan sanad manusia. Padahal asbab dan isunya mudah sahaja pun.

Perhimpunan di Arafah adalah kemuncak haji. Kemuncak segala hujjah yang mampu menghimpunkan orang Islam yang telah DISAMARATAKAN dalam ihram. Semua jemaah “sepatutnya” berada dalam khemah yang sama walaupun tidak selesa. Bukan ada khemah orang kaya dan ada pula khemah orang miskin. Hatta, minyak wangipun tak boleh dipakai. Rasakanlah semulajadi bau badan orang lain sepertimana orang lain menahan bau badan kita semasa kita berhimpun di Arafah. Pada ketika itu, semuanya sama sahaja.

HARI INI hakikatnya jauh berbeza. Sikaya sembahyang selesa depan tingkap bilik hotel mewah berharga USD5000 sehari (lebih RM 15,000). Bahkan atas dasar inilah mereka boleh ulang haji berkali-kali, menolak kuota simiskin yang sudah bertahun-tahun mempersiapkan diri. Banyak perlanggaran wajib haji juga dibuat kerana kemampuan membayar DAM. Jika dahulu mereka duduk dikemah yang sama di Arafah, berjalan kaki atau naik unta kurus demi seruan ini, sekarang tidak lagi. Sikaya dengan kereta dan kemah mewahnya, simiskin kekal dengan kesengsaraannya.

ARAFAH GAMBARAN MAHSYAR

Arafah juga diumpamakan seperti Padang Mahsyar yang lapang, di bawah matahari yang terang serta panas. Manusia dihimpunkan di hari kiamat (bangkit). Ya, kiamat itu bermaksud HARI KEBANGKITAN (kiam) semula. Islam yang telah ditegakkan oleh Ibrahim dan Ismail a.s. pernah jatuh lalu Nabi Muhammad SAW membangkitkannya kembali. Islam kini juga telah jatuh dan kita semua wajib bangkitkannya semula.

Selepas peristiwa Futuh Mekah, Nabi melakukan Haji WIDAK. Kemuncaknya ialah perhimpunan baginda bersama orang Islam yang telah DISAMAKAN kesemuanya dengan status HAMBA ALLAH. Disitulah nabi keluarkan hujah yang MENYIMPULKAN semua ummat harus kuat berpedomankan alquran dan sunnah. Tidak kira mereka anak penguasa, orang berpangkat yang kaya maupun hamba sahya, tua maupun yang muda, lelaki maupun perempuan, orang alim atau rakyat marhaen.

HUJJAH & MAKLUMAT, PAKAIAN & SISTEM YANG SATU

Kata dasar HAJI itu sendiri terkait dengan HUJJAH. Bulan haji juga bulan Zulhijjah, bulan maklumat. Setelah Nabi masuk semula ke Mekah, banyak hujjah-hujjah telah Nabi kumpulkan yang mematah dan menundukkan golongan Jahilliiyah untuk menggunakan hanya 1 sistem iaitu sistem Allah. Jika nak diperincikan lagi, pakaian IHRAM itulah satu simbolik KESATUAN SISTEM. Semua MAKLUMAT itu disimpulkan dan disampaikan dalam KHUTBAH TERAKHIR baginda itu.

Pakaian yang Bersih dan Indah ini ialah analogi Sistem. Sebab itu Allah turunkan wahyu untuk Nabi pakai pakaian yang INDAH dan CANTIK ke masjid. Adakah isteri Nabi pemalas sehingga ditegur Allah dalam wahyunya untuk membersihkan pakaian suaminya? Itulah sistem kehidupan, analogi pakaian kusut masai dan berbagai corak yang sedang dipakai oleh si Jahiliyah. Berlaku tidak situasi itu waktu ini? Sudah cukup 73 corak pakaian ihram belum waktu ini? atau jumlahnya sudah terlalu banyak sampai tidak terhitung lagi?.

Apabila semua sudah berihram, disitulah berlaku penyatuan sistem, pentauhidan kepada Allah yang SATU dan itulah kemuncak haji di mana ummatunwahidah berlaku. Adakah umat Islam hari ini pergi dan balik Haji saban tahun pulang ke Negara asal masing-masing dalam keadaan mereka BERSATU? Mengapa masih ada lagi tindas menindas antara negara Islam dan kita sebagai jiran Negara Islam masih boleh sekadar kata “OOoo I See” tanpa tindakan?

Di Malaysia ini sendiri hampir semua yang sedang tuding menuding, fitnah menfitnah dalam perebutan jawatan politik itu sudah haji belaka. Kebanyakan ustaz dan orang alim, bahkan AJK Masjid yang saling bercanggah pendapat itu juga haji kebanyakannya. Di mana kesan ihram? Di mana hujjah dan iktibar penyatuan dari Wukuf mereka? Apakah maklumat Haji yang mereka bawa pulang dan laksanakannya?

KESIMPULAN

Cukur kepala yang dimulai dari bahagian kanan dalam Tahlul itu analogi yang kita membuang pelbagai fahaman dari otak kanan (pencemaran sunnah) dan membaharui bacaan oleh otak kiri (quran), agar kedua duanya tumbuh semula ibarat bayi yang baru lahir. Semua Hujjaz seharusnya pulang dengan kopiah putih yang sama menutupi kepala. Semua memakai serban nabi sebagai analogi kesimpulan tentang sunnah-sunnah dakwah baginda.

Nabi s.a.w. bersabda, Haji itu ialah Wukuf. Intipati wukuf ialah kemuncak hujjah dan pemakluman yang menyatukan manusia (UMMATUNWAHIDAH). Jika ratusan tahun berlalu, haji berjalan hanya seperti satu perniagaan yang mendatangkan keuntungan TRILLION ringgit kepada kerajaan Saudi dan agen agen haji serata dunia semata mata, adakah Islam kini sudah mampu bersatu?

Maka, kaji semula mengapa wukuf kita tidak mampu menyatukan manusia. Ihram sama putih, khemah lain-lain, darjat pun tak sama, yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya, yang tertindas terus ditindas. Mungkin ada segelintir yang tidak setuju dan mengatakan kami menongkah arus kepercayaan anda dalam ritual wukuf. TETAPI sila ambil ini satu cabaran agar kita sendiri fikir-fikirkan pelajarannya.

Tidaklah wukuf menjadi SYARAT SAH HAJI yang paling utama jika ia bukan membawa mesej paling besar dalam Islam iaitu PENYATUAN UMMAH. Haji itu sahaja satu ritual penyatuan manusia. Itu kebajikan AKTUAL yang dituntut dari RITUAL Haji.

Jangan mimpikan HAJI MABRUR jika wukuf yang dijalankan tidak mampu menyatukan hati kita, keluarga kita, masyarakat, negara dan dunia Islam amnya.

Kocak minda
WARGA PRIHATIN