image_pdf

Cerai Talak Tiga Selepas 3 Jam Pernikahan

Georgetown: Harian Metro 2013/10/30

“Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri,” kata Sasha, 21, yang hanya sempat bergelar isteri kira-kira tiga jam sebelum diceraikan suaminya, Ahad lalu.

Menurutnya, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.

Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju.

“Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu,” katanya.

cerai 3 jam
SASHA menunjukkan mas kahwin dan cincin (gambar bulat) yang diterimanya.

Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan.

TIPS PARENTING – BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGUKIR SENYUM

00 senyum texTIPS PARENTING – BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGUKIR SENYUM

Senyum itu sedekah.
Senyum itu wajib bagi Allah.
Kita senyum mendapat pahala atau syurga.
Allah maha berkuasa.
(CETUSAN ZAMZAM)

Admin terkejut apabila anakanda Abdah, darjah 1 menghulurkan secebis kertas sambil tersenyum dan berkata, “Ayah.. Abdah ada tulis artikel… bacalahhh..!”. Itulah dia 4 rangkap tulisan anak yang menyentap jiwa kami. Lalu kami ambil peluang ini untuk memberi penghormatan kepada beliau.

Apa yang membahagiakan kami ialah apabila anak nisak sekecil ini mengutarakan perbendaharaan kata yang sarat dengan makna tersirat.. Senyum, Sedekah, Wajib, Allah, Pahala, Syurga dan sebagainya.

UNGKAPAN SENYUMAN ITU SEDEKAH amat menarik sekali. Ingin kami ringkaskan hakikat bahawa senyum adalah gambaran suka, lega, gembira, redha dan sejahtera. Ia adalah sesuatu yang sangat positif dalam kehidupan manusia. Bahkan saintis mengatakan senyuman redha boleh memanjangkan usia. Pegangan kami tentang sedekah ialah apa sahaja amalan atau pekerjaan yang benar dan baik bagi mensiddiqkan perintah Allah dan Rasul.

Di samping Tirmidzi meriwayatkan Nabi SAW adalah insan yang paling banyak tersenyum, baginda juga menyarankan agar umatnya sentiasa mengukir senyum. Kerana itulah dari segi falsafah akidahnya, mengukir seyum itu dikira ibadah yang berbentuk sedekah. Mengamalkannya dikira sebagai kita telah mengikat diri secara halus demi membenarkan saranan Allah dan rasul. Ada terlalu banyak hadis tentang saranan senyum ini, antaranya,

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Firman Allah yang berikut ini pula menjelaskan bahawa senyuman itu gambaran kecukupan dan jiwa sejahtera. Wajah masam pula adalah gambaran jiwa yang kacau, hati yang suram dan gelap.

80:37. Setiap lelaki, pada hari itu, ada hal yang mencukupi baginya.
80:38. Beberapa muka pada hari itu bersinar,
80:39. Tertawa, bergembira.
80:40. Beberapa muka pada hari itu berdebu,
80:41. Ditutupi kegelapan,

Kesimpulannya jika Islam itu sejahtera, maka senyuman itu adalah salah satu tandanya. Setiap orang pasti akan senyum apabila mendapat apa yang dicari, apabila hatinya gembira, jiwanya tenang. Ketenangan itu pula adalah ciri syurga Allah yang terhasil dari rujukan yang tepat dalam kehidupan. Manusia yang sudah berjaya menemui fenomena cahaya yang menghasilkan syurga Baiti Jannati dengan formula Allah ini pasti akan mengikat kuat (berakidah) dengannya. Demikianlah maksud firman Allah yang berikut dalam surah Al-Fajr

89:26. Tiada seseorang yang mengikat seperti Dia mengikat.
89:27. Wahai jiwa yang tenteram,
89:28. Merujuklah kepada Rabb kamu, dengan redha lagi deredhai!
89:29. Maka Masuklah kamu di kalangan hamba-hamba-Ku!
89:30. Masuklah kamu ke Syurga-Ku!”

Kerana itu golongan sufi mengatakan, “jika kamu ingin melihat wajah Allah… lihatlah pada senyuman manusia”. Manusia-manusia yang sentisa senyum inilah ahli syurga yang saling membentuk suasana syurga dalam rumahtangga.

BAGAIMANA MENDIDIK ANAK UNTUK SENYUM?

Ini adalah satu hidayah siroot yang memerlukan satu proses sabil yang istiqomah (IHDINASSIROOT AL-MUSTAQIM). Ibu bapa, rakan sekeliling adalah cermin ajaib kepada anak-anak kita. Apa yang kami sarankan ialah agar sentiasa zikirkan keperluan senyum itu setiap masa sehingga ia memenuhi ruang lingkup atau alam rumahtangga kita.

Segalanya telah diajarkan Allah dan diuswahkan rasul. Jika kita ingin anak jadi serius dalam urusan kerja, maka ajaklah mereka bekerja dan tunjukkan mereka caranya. Jika kita ingin anak menjadi rajin, pembersih, berjimat cermat atau apa sahaja juga harus kita tunjukkan kepada mereka. Ingat! Jika kita selalu melanggar perkara haram, menipu, mencuri, ambil rasuah, beri rasuah, memukul isteri, mengingkari suami atau apa sahaja tabiat yang melanggar peraturan, itu juga bakal di copy oleh anak kita.

Begitu juga dengan senyuman, kami sarankan agar anda mulakan sekarang jika belum. Cuba amalkan mengukir senyum paling manis setiap kali bertemu atau bersua wajah dalam keadaan sedar dengan anak. Amalkan ini terutama tatapan wajah yang pertama di pagi hari. Ini akan menjemput anak-anak untuk turut senyum. Anggapkan sahaja kita sebagai cermin ajaib bagi mereka. InsyaAllah walaupun anak kita sedang marah, sakit hati, atau memang dia telah memiliki karakter bermasam muka, lambat laun ia akan menjadi juara senyum. Itulah syurga dalam keluarga.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis”. (Hadis Riwayat Muslim)

Semuga bermanafaat

WARGA PRIHATIN

TIPS MUNAKAHAT – JAHIL FALSAFAH RUKUN NIKAH PENYEBAB PENCERAIAN

rukun nikah
TIPS MUNAKAHAT – JAHIL FALSAFAH RUKUN NIKAH PENYEBAB PENCERAIANRukun Islam biasa disebut sebagai tiang yang menongkat atau membangun agama. Tanpa memahami dan melaksanakan rukun maka robohlah agama. Begitu juga dengan rukun yang lain-lainya. Tanpa melakukan rukun haji maka batallah haji dan mabrurnya. Tanpa melaksanakan rukun negara maka hancurlah negara dan rakyatnya. Oleh itu jelaslah bahawa rukun itu harus dilaksanakan sepanjang masa untuk memelihara kedaulatan dan kesejahteraan agama dan negara.

RUKUN NIKAH JUGA BEGITU. Ia bukan sekadar untuk dihafal sewaktu majlis pernikahan sahaja. Ia adalah sesuatu yang harus difahami segala falsafah dan fungsinya. Apabila kita berhenti dari berpegang teguh dan melaksanakan fungsi dari rukun nikah itu, maka akan runtuh jugalah rumah tangga.

RUKUN 1 : LELAKI (SUAMI)

KETETAPAN FIRMAN “LELAKI MUKMIN DENGAN WANITA MUKMIN” harus kita ambil berat. Sepintas lalu untuk melaksakan tanggungjawab sebagai suami bagi keluarga Islam ia mesti terdiri dari seorang lelaki Islam yang merijal. Ingat tu..! ada bezanya lelaki biasa dengan lelaki yang bersifat rijal padahal kedua duanya bermaksud lelaki. Hanya fungsi kelelakian itu yang membezakan keduanya. Ini yang dipanggil lelaki yang TERTENTU, yang jelas keupayaan fungsi kerijalannya sepertimana yang kita hafal dalam syarat sah nikah selama ini.

Firman Allah dalam surah 4 An-Nisa’ ayat 34. Rijal (lelaki) adalah pengurus /PELINDUNG keatas perempuan, dengan sebab Allah MELEBIHKAN sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka MENAFKAHKAN daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga apa yang rahsia daripada apa yang dipelihara Allah, dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka (nusyuz), TEGURKANLAH mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari jalan MENYAKITI mereka; Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Jika kita benar-benar menganggap Allah ini MahaTinggi dan MahaBesar, maka seharusnya kita perhatikan ayat tersebut dan laksanakannya tanpa besar kepala lagi. Perhatikan perkataan yang dihurufbesarkan. Rasanya tanpa kami jelaskan juga anda telah mampu memahami apa tujuan kami besarkan huruf itu. Berapa ramai lelaki yang melindungi wanita? Yang disamakan atau direndahkan tarafnya? Yang memenuhi nafkah keluarga sepenuhnya? Yang mampu mendidik dan menegur isterinya? Yang sering menyakiti isterinya? Dan banyaklah lagi…

ANTARA FUNGSI RIJAL MUSLIM DAN MUKMIN yang telah Allah nyatakan dalam quran ialah mempunyai ilmu agama yang jelas (Qur’anum Mubiin), mampu pula menyampaikan pendidikan dengan jelas (Balaaghul Mubiin) serta mampu menjadi imam atau pemimpin yang jelas dalam keluarganya (Imaamim Mubiin). Di samping itu Allah perintahkan agar lelaki membiayai wanita dari segi nafkah sebagai syarat untuk meninggikan darjat rijal dalam teraju keluarga.

Sewaktu akad nikah dikatakan tidak boleh lelaki yang sedang BERIKHRAM. Ini ada kaitan dengan kesamarataan darjat. Jika ‘pakaian’ dikatakan sebagai analogi ‘sistem’ yang dipakai dalam kehidupan berumah tangga, maka lelaki yang berikhram tidak sah bernikah katanya. Ini juga satu petunjuk yang tiada persamaan taraf, darjat dan fungsi antara lelaki dan perempuan, juga antara mempelai dengan wali dan saksi itu sendiri. Sedangkan dalam ikhram sendiri pun telah membezakan dua pakaian yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Pakaian wanita itu berjahit dan terbatas, pakaian lelaki tidak berjahit dan bebas lepas. Tentulah perempuan ada sistem dan hudud hidupnya, dan lelaki juga ada sistem dalam peranannya.

Dalam kesinambungan perlayaran bahtera rumah tangga juga begitu. Status ini harus dikekalkan sepanjang masa melayari rumahtangga kerana ia akan runtuh jika taraf lelaki dan wanita, taraf wali dan saksi itu juga disamakan sepertimana ketika ikhram. Tidak seperti amalan kita hari ini dengan berbagai bagai hujah dan alasan yang menuntut kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita, suami dan isteri, anak lelaki anak perempuan, juga dengan bapa mertua, dengan saksi nikah dan sebagainya.

Ada banyak lagi falsafah di sebalik rukun nikah yang pertama ini yang tidak difahami bahawasanya ia harus dipelihara dan diamalkan sepanjang masa demi menjaga keutuhan rumah tangga. Akibatnya terlalu banyak perkahwinan berakhir dengan penceraian yang amat menakutkan dan menyulitkan keadaan.

PERHATIKAN SYARAT LELAKI BUKAN MAHRAM dengan bakal isteri. Ini menunjukkan pernikahan itu bukan saja untuk menyuburkan kasih sayang, malah untuk menghalalkan percampuran hidup sampai ke tahap persetubuhan kelamin antara lelaki dan wanita. Kerana itu dijadikan syarat talaq apabila perhubungan kelamin tidak berlaku sekian lama, di mana talaq boleh jatuh dengan sendirinya.

Hari ini berapa ramai lelaki dan wanita yang tidak peduli dengan syarat ini? cuba perhatikan kes di mahkamah syariah… berapa ramai yang telah hidup di bilik bahkan rumah berasingan? tidak bertegur sapa sehingga bertahun-tahun? dan mereka masih hidup sebagai suami isteri. Adakah mereka faham hakikat mempertahankan jodoh melalui konsep takliq? Melalui falsafah rukun nikah? Dan falsafah mahram, di mana apa yang telah jadi halal diharamkan sesuka hati?

Lelaki yang menganggap isteri ibarat ibu sendiri (mahramnya) contohnya harus dihukum di sisi Allah. Lihatlah begitu hebat syarat pernikahan ini yang harus dipelihara sepanjang tempoh perkahwinan. Hari ini berapa ramai yang tahu dan memberitahu? Baik Juru nikah, wali, saksi bahkan pengantin lelaki sendiri pun jahil tentang itu. Maka jadilah amalan perkahwinan jahiliyah yang kian menambah kes cerai masa ke masa.

MENGETAHUI WALI YANG SEBENAR juga menjadi syarat sah nikah bagi lelaki. Wali adalah WAKIL Allah. Bukan sahaja wali pakai cantik-cantik, cari wang banyak-banyak buat kenduri besar-besaran dan pegang mikrofon menjadi tukang lafaz akad nikah dengan bangganya sahaja. Wali adalah pelindung kepada wanita sebelum perkahwinan itu, lalu menyerahkan kuasa perlindungan itu kepada bakal suami anaknya.

HAKIKAT WALI INI ALLAH NUKILKAN dalam surah 2. Al Baqarah 257. Allah satu-satunya Pelindung (WALI) orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya (AULIYA’) ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

INILAH FUNGSI WALI (SATU SAJA) YANG SEBENAR, iaitu menyediakan cahaya petunjuk dari Allah untuk melindungi anak perempuan atau isterinya. Jika lelaki tidak berfungsi sebagai imam yang jelas, maka wanita akan kembali merujuk kepada BANYAK WALI (AULIYAK). Habis semua kawan, boyfriend, ipar duai, wall facebook dirujuknya. Akhirnya merujuklah mereka ke mahkamah…

Wali asal (bapa) seseorang wanita harus mampu mendidik dengan jelas tentang tanggungjawab anak gadisnya sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Wali juga harus memberikah tausiah kepada calun menantu bagaimana harus menjaga anak gadisnya selepas berkahwin nanti.

KITA LIHAT PULA KONSEP PELAPIS WALI yang menjadi penyokong kepada kesejahteraan sesebuah rumahtangga. Jika sang suami gagal berperanan sebagai pelindung kepada wanita yang dinikahi, lalu rumahtanga itu bermasalah, maka wali asal wanita itu harus berperanan mendidik dan menasihati menantunya dengan semangat persahabatan dan kasih sayang. Allah sarankan bimbingan ini dilakukan sehingga berumur 40 tahun. Itulah tahap kematangan seorang insan. Praktik ini menjadikan suami rapat dengan mertua. Tapi, Itupun jika mertua itu berilmu, jika tidak suami kenalah cari pedoman dari wali hakim yang arif tentang hukum hakam.

Kerana itulah kami nasihatkan agar menantu bersahabat baik dengan bapa mertua. Rasulullah SAW dahulu ambil masa 3 tahun sebelum membawa isterinya Aishah tinggal bersama. Setiap kali ada masalah, mertua baginda (yang juga sahabat) ini turut memikirkan dan memberi nasihat. Untungnya Abu Bakar a.s. ialah kerana nabi sendiri arif tentang urusan wali kepada Aishah ini. Nabi Musa juga mengabdi diri dan bersahabat, berguru dengan mertuanya nabi Syuaib a.s. sehingga 8 tahun. Para sahabat nabi yang lain juga saling bersahabat dengan mertuanya. Semangat Persahabatan itulah saluran ilmu dan nasihat di kalangan mereka.

KITA BAGAIMANA? Me’Rijal hanya waktu akad nikah sahaja. Lepas itu kita tukar fungsi jantina. Berapa ramai bapa yang mendidik anak gadisnya sebelum berkahwin? Menyenaraikan “Do and Don’s” kepada anak mereka? Pengantin laki-laki pula satu hal… Dengan mertua ramai yang berkelahi dan berdendam. Ini kerana perkenalan dan peminangan kita bukan dilakukan dengan kerjasama murobbi anak gadis sedari awal. Kadangkala kita siap bawa lari anak gadis dari keluarganya. Setiap kali ada perselisihan pula, si isteri juga tidak merujuk terus kepada suami, sering lompat terus kepada keluarga sendiri (Pihak ketiga). Mertua juga begitu, tidak melalui suami anaknya, terus saja lompat bawa lari anak gadisnya yang sudah berkahwin..!

SYARAT-SYARAT SAH NIKAH YANG TERKAIT DENGAN FUNGSI LELAKI ini tidak dapat kami hurai dengan panjang kerana melebihi kuota artikel. Cukuplah kami cetuskan untuk anda masing-masing mendalami hakikat pernikahan melalui penerusan perlaksanaan falsafah dalam setiap rukun nikah. Antaranya, Lelaki harus menikahi wanita dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa. Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri, kenal keluarganya dan kematangannya untuk siap membawa peranan sebagai isteri dan sebagainya.

InsyaAllah akan kami sambung untuk rukun nikah yang lain.

Kudap munakahat
WARGA PRIHATIN

ISLAM “RAHMATAN LIL-AALAMIN” – SATU RAHMAT BAGI ALAM

00 rahmatan lilalaminISLAM “RAHMATAN LIL-AALAMIN” – SATU RAHMAT BAGI ALAM

KEBANYAKAN artikel kami terasa banyak cilinya, agak pedas dan mengejutkan lena. Isu parenting turut menyentuh pencerahan kontroversi peranan isteri, suami dan anak. Isu politik kami kemukakan pandangan dengan adil, baik menyentuh parti pemerintah, pembangkang maupun raja. Jika cili itu tidak berguna, tiadalah ia dijual di pasar dengan begitu mahal sekali harganya. Cili besar yang merah menyala tidaklah begitu berharga, sekadar hiasan sahaja, tapi cili padi mencecah RM20 atau kadangkala lebih dari itu.

APA ITU RAHMAT DAN RAHMAN?

Kita semua sering membaca Bismillah dan hujungnya ada istilah Ar-Rahman. Hasil kajian kami tidak ramai yang tahu dengan pasti apa itu ciri Ar-Rahman yang MERAHMATI. Supaya kita tahu apa maksud sebenarnya apabila kita kata kembali ke Rahmatullah, mencari Rahmat Allah, Yarhamkallah dan sebagainya, ingin kami kongsikan sedikit di sini.

Besarnya erti dan peranan ar-Rahman dan Rahmat Allah ini ternukil dalam 1 surah khas bernama ar-Rahman, surah ke 55. Tetapi sepertimana bisalah, bila kita baca sepertimana ‘orang’ suruh kita baca, bukan sepertimana ALLAH suruh kita baca maka hasil bacaan itu kurang membuahkan hasil dalam kehidupan. Jadilah kita sekadar pengumpul harta yang dipanggil pahala, ibarat ibadah seorang saudagar jadinya. Bila kita tidak membaca DENGAN kehendak ALLAH maka pastinya Allah juga tidak redha dan nikmat redha tidak akan kita rasa.

Dalam surah ini Allah peringatkan, bahkan mencabar kita NIKMAT bagaimana lagi yang kita cari, yang tergamak kita dustakan? Apa nikmat itu? Kenapa begitu besar sehingga Allah ulang ayat yang sama sampai lebih 30 kali, hampir separuh dari kandungan dalam surah pendek itu. Mari kita singkap sedikit,

55. Ar Rahmaan (yang maha pemurah).
1. Yang Maha Pemurah,
2. Yang telah mengajarkan al Quran.
3. Dia menciptakan manusia.
4. Mengajarkan penjelasannya (tabayyun / bainat / bukti).

PEMURAH (AR-RAHMAN)NYA ALLAH adalah kerana pemberian ILMUnya, yang dihimpun dalam alquran dan Allah mengajarkannya kepada kita. Alquran ini diturunkan untuk memperbetulkan akhlak manusia seperti yang Nabi SAW kata. Akhlak nabi adalah alquran kata Aishah isteri baginda. Nabi adalah alquran yang bergerak kata ulamak Islam pula.

TANPA AKHLAK, yang ciri berakhlak ialah yang mengikut aturan pencipta (al-kholiq), maka kita adalah ibarat haiwan liar yang tiada gembala. Rupa manusia tapi perangai seperti haiwan, ini Allah yang kata. Anak sendiri, adik sendiri, anak saudara sendiri, anak jiran, anak kecil semua kita rogol, wanita tidak brdosa pun kita tembak di kepala, anak kecil kita tuba dengan kimia. Rakan dan saudara sendiri kita tipu, dengki, dan fitnah. Jiran kita lapar, atau tertindas kita biarkan saja. Itulah ciri HAIWAN dalam diri kita.

DI SINILAH DATANGNYA PERANAN AL-QURAN yang mengubah akhlak kehaiwanan menjadi akhlak manusia. Inilah rahmat Allah, yang apabila sifat keprihatinan dari ciri kemanusiaan itu sudah terbentuk, hasilnya sangat nikmat. Itulah hasil persaudaraan dan kasih sayang. Hidup sangat membahagiakan, saling tolong-menolong, nasihat manasihati dan saling menghormati. Ia sangat mensejahterakan. Itulah hasil utama dari sifat ar-Rahmannya ALLAH, itulah cara Allah menganugerahkan kita NIKMAT BERKASIH SAYANG (AR-RAHIIM) hasil dari rahmat ilmu alquran.

SOAL BICARA YANG MENJELASKAN BUKTI. Manusia boleh mengajar kita membaca cara tilawah dan mencipta pelbagai teori. Tapi Rahmat Allah yang paling besar ialah mengajar kita IQRA’, mengajar bagaimana mempraktik sehingga segala kebaikan dari wahyu ini terbukti jelas (terbainat) hasilnya selepas dilaksana kesemuanya.

MENGAPA TERJEMAHAN DIUBAHSUAI? dalam ayat 4 itu kebanyakan terjemahan mengatakan mengajarnya pandai berbicara, sedangkan harfiahnya berbeza? Ya, mungkin ada betulnya juga. Sekadar mencari titik persamaan dan bersangka baik walaupun kami tidak setuju terjemahan itu diubah. Apabila kita telah sungguh-sungguh menggali rahmat Allah dari hazanah ilmunya dalam alquran yang Allah ajarkan perlaksanaannya ini, bicara kita pasti akan sangat berbeza.

Tentu lain rupanya pencerahan dari pihak yang sekadar membaca, berbanding pihak yang telah mengkaji dan melaksana. Tidak percaya cuba bandingkan kesan khutbah dari orang yang BERKHUTBAH terus dari hati, menceritakan PENGALAMAN SENDIRI, berbanding dengan khatib yang MEMBACA KHUTBAH. Atau pensyarah yang mengajar dengan buku tebal, berbanding pensyarah yang mengajar dengan kemahiran sendiri.

Jika kita telah merasai hasil bainat dari perlaksanaan ayat, maka pencerahan dalam ayat seterusnya juga akan menjadi sangat praktikal dan mudah difaham, tidak lagi bersangka-sangka. Contohnya 55:5. Matahari dan bulan menurut perhitungan, 55:6. Dan bintang-bintang dan pokok-pokok bersujud, 55:7. Dan langit – Dia menaikkannya, dan meletakkan Timbangan. 55:8. Janganlah melampaui batas dalam Timbangan, 55:9. Dan timbanglah dengan adil, dan janganlah mengurangi dalam Timbangan. 55:10. Dan bumi – Dia meletakkan untuk semua makhluk, 55:11. Di dalamnya buah-buahan, dan pohon-pohon palma yang mempunyai kelopak, 55:12. Dan biji-bijian di dalam kulit, dan herba yang harum baunya. ….

55:13 Maka pemberian (nikmat) Rabb kamu yang manakah yang kamu mendustakan? Dan inilah yang kami katakan tadi, ayat ini yang Allah ulangi 31 kali dalam surah pendek ini. Begitu bersungguh-sungguhnya Allah dalam hal ini.

SERUAN KEBANGKITAN & KOREKSI DIRI

Kita semua sudah tidur cukup lama dan sewaktu kita terlena banyak yang telah teraniaya dan parah terluka. Kami di sini sekadar kongsikan apa yang kami rasa, setelah kami tersedar akan bahayanya pelbagai bencana kemasyarakatan yang telah melanda. Dengan skala kecil kami cuba ubah cara hidup ini dengan mengambil panduan terus dari quran dan sunnah. Yang mana telah terlihat jelas kebenaran melalui hasil perlaksanaan kami, maka kami kongsikan kepada semua agar lebih ramai turut merasai nikmatnya. Kesilapan silam diri, keluarga terdekat dan rakan-rakan kami serta kes-kes yang dirujuk telah dijadikan bahan asbab yang kami kaji.

Samada kita mahu setuju atau tidak itulah hakikatnya. Agama ini terkait rapat dengan pembinaan keluarga. Kerana itu segala asas doa dan kehidupan berkisar kepada keluarga. Segala petunjuk dan polisi keluarga pula menjadi asas sistem pengurusan sebuah negara. Kerana itu apa yang kami laksanakan di rumah ini diharapkan boleh dikongsikan samada untuk koreksi kepincangan pengurusan keluarga atau pengurusan negara. Kita semua manusia biasa, tidak perlu mana-mana pihak rasa terhina atau curiga.

SERUAN PENYATUAN PIHAK-PIHAK YANG BERTELAGAH

MISI KAMI ADALAH MISI PENYATUAN DAN KASIH SAYANG. Kami tidak memihak kepada mana-mana parti. Kerana itu anda lihat dalam satu artikel yang sama, kami terpaksa telus dan menasihati kedua dua belah pihak. Alhamdulillah sekarang ini tidaklah sangat kami dihentam hangit seperti dulu bilamana ada isu yang melibatkan unsur politik.

Dahulunya kalangan kami suami isteri dan anak sahaja pun sukar bersatu faham. Sesama jiran dan masyarakat apatah lagi. Kini rahmat Allah telah terbukti. Jika kami yang datang dari pelbagai latarbelakang ini boleh disatukan dengan satu faham, kami yakin kita boleh kembangkan asas penyatuan dan kasih sayang ini ke peringkat masyarakat, negara dan dunia. Kami yakin semua insan di dunia inginkan keamanan dan hidup sejahtera. Tanpa peperangan dalam keluarga, negara dan dunia.

KAMI TIDAKLAH BERSIFAT SELFISH ATAU PREJUDIS. Apa yang kami usahakan sekian lama, hanyalah berbekalkan semangat dan dana sendiri mengikut petunjuk ILAHI dan sunnah nabi. Kini kami kongsikan dengan percuma kepada semua yang ingin merasa sejahtera dengan berlapang dada. Tentunya tanpa dipaksa.

KAMI TIDAK SUKA MEMIHAK kepada mana-mana politik dan taraf agama bukan kami talam dua muka, ialah kerana kami sayangkan semua. Talam dua muka adalah bermuka-muka, kami hanya ada satu muka, iaitu memihak kepada yang hak dan menolak yang batil itu saja. Tidak kiralah yang di ulas itu pihak mana sekalipun. Yang baik kita kata baik, yang buruk kita kata buruk. Bukan untuk mencemuh, tapi untuk mengajak masing-masing sama-sama muhasabah.

PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT, tidak kira fahaman politik, agama maupun bangsa telah datang mengambil rahmat, berupa petunjuk yang telah terbukti praktikal (itulah sebenarnya hakikat rahmat). Mereka mahu tumpang guna teknologi alquran untuk bina keluarga mereka saja. Kami tidak paksa mereka masuk agama Islam pun, kecuali dengan keinginan mereka. Jadi tidak perlulah agama lain curiga atau rasa terancam.

InsyaAllah tidak kira pihak mana yang memerintah, bilamana diperlukan, kami juga akan dengan senang hati untuk kongsikan hazanah ilmu dan bainat ini. Oleh itu, tidak perlulah merasa curiga, tercabar atau tertekan. Jika anda masih mampu mengurus hidup dengan aman dan yakin mengikut ilmu yang anda ada sila teruskan, jangan menyempitkan dada dan memberatkan kepala untuk memaksa diri menerima perkongsian kami. Yang penting mohon bersangka baik dan jangan sekali-kali prejudis terhadap kami.

Penyemai Kasih, Pemburu Damai
WARGA PRIHATIN

Luahan Pembaca – Tahniah WP Terbaik – Abu Zaferah

az - tahniah 2Kami membawa pendekatan berjemah dalam mencari rumusan untuk setiap wasilah mengatasi masalah umat. Kami sedar kelemahan kami iaitu dari segi penulisan yang mampu difahami dengan mudah. Terkadang kami rasa bahasa kami sudah habis lembut dan mudah namun kami perhatikan masih ada yang tersentap dan menggelupur.

Sahabat kita yang berkelulusan SYARIAH dari Universiti Malaya ini kami dapati berjaya mencerap banyak artikel yang kami paparkan dengan tepat. Bagaimana kami tahu? Kerana beliau sering mengambil masa untuk menghadamkan semua artikel kami dan hanya mengkomen setelah beliau mengulang baca dan benar-benar memahaminya. Ada ketikanya beliau mengajukan soalan-soalan untuk mendapatkan pencerahan tambahan. Ini sangat sesuai dengan kaedah menuntut ilmu. Wajarlah beliau amalkan kerana itu bidang beliau.. Siyyasah Shar’iyyah.

Mereka yang serius mencari formula membina keluarga dan masyarakat sering bertanya bagaimana menggunakan formula alquran dan sunnah. Sukar untuk kami kongsikan secara tepat jika anda sendiri belum sudi membaca terjemahan alquran dalam bahasa yang anda faham. Kami sarankan agar kita ramai-ramai baca terjemahan quran sekurang-kurangnya 3 kali dengan penuh minat. Sahabat kita ini didapati telah mengikuti nasihat itu dan banyak tips parenting yang diberikan telah pun beliau sendiri amalkan.. Alhamdulillah.

Oleh kerana beliau selalu komen hanya beberapa hari selepas artikel keluar, maka ramai rakan Prihatin yang dahagakan ilmu tidak dapat menumpang kepakaran SIYYASAH SHAR’IYYAH dan penghasilan FURQON dari analisa ilmiah yang beliau lakukan. Ini bagi kami satu kerugian besar dalam kesinambungan usaha dakwah yang kami lakukan. Teknik mencerap ilmu yang beliau kongsikan ini amat menarik untuk kita orang awam. Kerana itulah kami kongsikan ulasan beliau secara khusus buat tatapan semua seperti berikut.

TAHNIAH..!

Agak lama menyepi dari ruang komentar, suka melihat dari jauh gamaknya. Tidak ada niat mahu sepikan pendapat, tapi bila ruang komen menjadi medan debat, hati berat dan rasa kurang sesuai nak datangkan komentar mungkin…

Melontar perlukan sasaran, bila sasarannya bergerak dan bergoyang. Susah juga mahu kena!

Diamkan diri sambil melihat kemeriahan dalam majlis ilmu di sini. PUASA menahan diri dari komentar memang kuat dugaannya, habis yang dinukilkan dalam nota, menjadi ilmu-ilmu yang diperam bila dibaca semula, ada baiknya juga. Mungkin Allah suruh turunkan secara chapter dan sesuai dengan kelompok semasa.

Bukan semua yang kita tulis mampu puaskan hati semua manusia, makanan yang dihidang bila terlalu banyak. Manusia menjadi juling dan nafsu makan pun boleh meraja, dipilih yang biasa dengan selera harian, yang sedap-sedap dulu, yang enak-enak belaka, nampak tak sedap dibiarkan terakhir.! Beruntunglah yang nafsunya sedikit, semua dicuba sehingga terjumpa yang tak pernah jumpa, pelik dan agak lain dari menu harian. ITUlah yang sedap dan paling terkesan pada selera.. sampai termimpi-mimpi nak lagi.. sampai mengidam jadinya!

Warga Prihatin menghidangkan makanan yang sama, resepi yang sama, perisanya pun sama.. diolah resepinya dari khazanah Quran dan Sunnah.. yang dalamnya memenuhi fitrah selera manusia. Mana mungkin kita boleh lari dari menghadap sesuatu yang memang kena pada batang tubuh dan keperluan jasad!

Itu yang SEDAPnya jadi lain dan tak jumpa di tempat lain! – walaupun isunya sama, olahan berbeza! – satu ILMU yang diberikan, dengan perspektif serta layout plan yang mencapah kepada kehidupan, membuka blueprint baru supaya manusia kembali kepada acuan Quran dan Sunnah!.. Itu yang membuatkan kami sayangkan page ni – mengidam dengan apa yang dihidangkan, menelan AIR (ilmu) nya yang tidak penah kering. Berapa ramai yang mencedok airnya, siram ke dalam akal masing-masing, menumbuhkan tunas yang berguna untuk mengubah fahaman yang kita pegang selama ini!..

ILMU DAN REALITI

WP menekankan aspek realiti semasa melalui ilmu yang dinukilkan. Asbab yang jelas kerana berlakunya porak peranda dalam hidup manusia yang mencari lampu ajaib! Manusia datang mencari solusi, bila himpunan masalah disuapkan solusi sedikit demi sedikit oleh WP, manusia tidak lagi mengharapkan keajaiban sedang al-quran datangkan keterangan dengan bukti-bukti yang jelas. Ilmu dalam Quran adalah kalam solusi yang paling mudah untuk menjentik hati manusia yang lalai…

Yang laqho! jangan diambil pusing bila hidayah belum meresap. HUDAN (hidayah) itu maksudnya berani mengambil keputusan. Kita hidup seharian dengan keputusan, memohon petunjuk dari Allah supaya Allah datangkan KEPUTUSAN yang betul. Alquran dalamnya ada HUDAN supaya kita membuat keputusan-keputusan yang selari dengan quran.

WP mendatangkan apa yang dihidangkan Quran berlandaskan HUDAN kepada mereka yang mencari hidayah. Kitalah yang menentukan keputusan sama ada baik atau tidak setiap kali usai membaca artikel di sini, memutuskan untuk membuat atau tidak, praktik atau tinggal, baca dan faham sahaja tidak menyampaikan, baca dan mengeluh saja – masalah masih sama. Faham ilmunya tapi tidak amalannya, masih belum memutuskan sesuatu, maka itulah kerugiannya!

Beranilah mengambil KEPUTUSAN selepas membaca setiap pencerahan dari WP, kebenaran memang pahit, sedang realiti semasa memang menyakitkan untuk ditelan. KITAlah yang kena putuskan di mana pendirian kita. Manusia bagaimana kita ini, di pihak mana kita selama ini. Golongan kanan atau golongan kiri.? yang menerima kitab amalannya dari tangan kanan atau tangan kiri!

Jentik-jentik dari saya yang dhoif!

Abu Zafeerah
(MUHAMAD SHAUQI HASAN)

P/S: WP terbaekk!

Kami beristighfar sebanyak-banyaknya. Segala yg baik itu adalah milik Allah dan kepada Allah juga kita kembalikan semua pujian dari sahabat kita ini. Alhamdulillah…

Luahan pembaca – KEMBALI KE RAHMATULLAH

00 kembalilah ke rahmatullahLuahan pembaca – KEMBALI KE RAHMATULLAH

Usai sudah membaca keseluruhan artikel Warga Prihatin di blog www.prihatin.net.my. Sebahagiannya terpaksa saya ulang berkali-kali untuk menghadamkannya. Selama mengkaji agama sejak darjah 1 sehingga mendapat ijazah di bidang Syariah, banyak yang telah saya lalui dan teliti. Hati terjentik untuk meneliti landasan agama di RPWP kerana banyak bunga kebenaran yang terkesan dalam pembacaan artikel pertama.

Hasil diskusi dengan rakan-rakan seangkatan, saya lihat sudah sampai masanya masyarakat ikut meneliti dan memberanikan diri untuk membuat beberapa koreksi di mana perlu. Kerana itu juga saya kongsikan ulasan peribadi dan hasil rumusan bersama rakan-rakan peminat Page Warga Prihatin yang lain.

Keberkesanaan sabil (misi) dari siroot (visi) yang sangat jelas adalah amat mengkagumkan selepas beberapa kali melihat sendiri bainat (buktinya). Kesempatan berada dalam majlis tahlil, yasin, doa selamat yang dipimpin oleh anak-anak didik, juga beberapa kali solat berjemaah dan berdiskusi bersama anak-anak, ibu dan bapa di RPWP benar-benar memberikan segala jawapan yang selama ini saya cari. Segala kebingungan dalam mencari jalan untuk memperbaiki akhlak keluarga, masyarakat dan umat serta menaiktaraf syariah agama ini seakan-akan terjawab.

Bagi yang masih kesukaran memahami pencerahan dari artikel Prihatin, bahkan mengulang-ulang komen dan rungutan yang sama, ingin saya pinjamkan furqon saya dalam sudut syariah.

KENALI ALLAH, KENALI AL-QURAN

Di bulan Ramadhan diturunkan al-Quran, yang menjadi HUDAN (petunjuk) bagi manusia dan BAINAT (bukti-keterangan yang menjelaskan petunjuk) dan FURQON (pembeza antara yang benar dengan yang salah) – QS 2:185

Al-Quran diturunkan Allah untuk 3 tujuan sebagaimana firman Allah.
1. HUDAN – petunjuk dengan nas-nas Allah
2. BAINAT – memberikan bukti-bukti nyata untuk memperkukuhkan petunjuk Allah
3. FURQON – sebagai pembeza dalam meneliti bukti tentang kebenaran petunjuk.

HUDAN ialah petunjuk (hidayah). Yang dimaksudkan dengan hidayah ialah kekuatan untuk membuat keputusan hidup kita iaitu keputusan-keputusan yang selari dengan kehendak al-Quran. Setiap hari kita melalui keputusan yang penting dalam menentukan hala tuju hidup kita. Keputusan untuk beramal, keputusan dalam berakhlak.. semua ini adalah medan-medan usaha yang menuntut kita berdoa supaya mendapatkan keputusan terbaik untuk mencari REDHO Allah (mardhotillah).

Setiap hari kita bersolat minima 5 kali sehari dengan lafaz doa memohon petunjuk Allah..memohon membuat keputusan hidup dari Allah, memohon Allah menunjukkan kepada tindakan yang tepat mengikut kemahuan Allah mengikut landasan agama dalam aktiviti harian dalam mencari TAQWA kepada Allah. Itulah taqwim (jadual) yang perlu kita penuhi sedari awal bangun pagi hingga kembali ke pembaringan. Allah telah susun jadual kita agar mengikut perintah dan landasan agamanya, dengan petunjuk Allah.

17 kali kita ulang baca dalam solat, IHDINASSIROOTOL MUSTAQIM! (1:6) sehari lima kali. Sungguh-sungguh kita pohon supaya Allah terbitkan dalam hati kita supaya KEPUTUSAN yang kita buat seawal bangun subuh itu adalah tepat, betul dan matang dalam kita mengendali tindakan-tindakan untuk menangani taqwin ibadah harian kita.

Dalam solat, tanpa jemu kita memohon petunjuk dari Allah supaya tunjukkan kami ilmu, penghayatan dan amal yang istiqamah (al-Fatihah:6). Bagaimana solat kita seorang diri, tapi kita memohon doa kami, ‘ihdinassiroot” bukan aku, “ihdissiroot”? Itu supaya doa kita menghimpun diri kita, isteri kita, suami kita, anak-anak kita, keluarga kita dan masyarakat kita supaya diberi petunjuk dari Allah. Itulah kuasa solat yang setiap hari kita pohon pada Allah supaya kita kekal dalam landasan agama-Nya jauh dari kesesatan, persimpangan, kegagalan, kelalaian dan kefaqiran ilmu untuk hidup di dunia.

Malangnya hanya sedikit dari kita yang memahami keperluan doa ini dan bersungguh-sungguh membacanya dengan hati yang tunduk pada Allah. Kalau memahami saja dah tak mahu, apa lagi kalau tinggal terus doa ni! – jauhnya kita tinggal Allah.. bagaimana nak harapkan Allah untuk bantu kita dalam waktu-waktu sukar dan susah. Kita sendiri yang menjauhi hidayah Allah. Jangan salahkan Allah bila kita dulu yang tak mensyukuri HIKMAH doa.

BAINAT – al- quran ini bukti yang memperkukuhkan lagi macam mana hendak buat keputusan untuk membuat tindakan yang tepat. Ketika Allah berikan petunjuk, andai kita masih ragu-ragu nak buat keputusan.. masih bersangka-sangka dengan andaian. Maka Allah bagi kita quran untuk menghilangkan segala keraguan, bukti jelas dengan ayat-ayat Allah.

Orang yang mempunyai kefahaman yang SOLID akan membuat keputusan yang betul. Bila ada masalah kita selalu ragu-ragu dan mengeluh. Masalah bukan untuk dikeluh, ditangisi, diratapi dan sekadar dikongs! Masalah untuk diurus dan mengurus masalah memerlukan tindakan yang berani dengan mengambil keputusan-keputusan hidup.

Allah jadikan al-quran ini sebagai mukjizat yang penuh dengan kisah-kisah nabi, mempunyai bukti-bukti yang jelas lagi benar akan perihal umat terdahulu untuk diambil iktibar dan ibrah supaya kita juga mengambil keputusan yang selari dengan kehendak agama dalam mengurus masalah, emosi, dan hati.

Nabi Musa dengan mukjizatnya membelah laut, orang yang mengikut mukjizat dia akan selamat,orang yang ikut nabi Musa melintasi laut selamat. Mereka yang ingkar dibinasakan Allah dengan ditenggelami laut.

Nabi Nuh dicabar anaknya dengan panjat ke gunung dan tempat tinggi untuk lari dari kebinasaan banjir bencana Allah. Nabi Nuh ajak anaknya ikut naik ke bahtera, tapi anaknya ingkar! Menolak mukjizat nabi Nuh sedangkan Allah kata mukjizatnya adalah bahtera, yang ingkar naik ikut ke dalam bahtera Allah binasakan kerana tidak mahu ikut mukjizat Allah.

Nabi Muhammad ni Allah bagi al-quran sebagai mukjizat yang sehingga hari ini ada depan mata, dalamnya ada perintah SOLAT tapi kita tinggalkan arahan Allah ini, maka binasalah kita kerana meninggalkan mukjizat Allah. Jadi teliti diri semula, bagaimana kita dengan Allah, hubungan kita dengan al-quran yang memandu kita kepada Allah.

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.2:195

Janganlah kita sengaja mencari kebinasaan, SOLAT itu tiang agama, bagaimana kita mahu menegakkan agama Allah kalau asas dan tiang batang tubuh sendiri pun kita dah lagho dari menghadap Allah.. jauh dari Allah?? Allah tanya kita dulu:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).2:214

Nak minta tolong Allah, hanya melalui solat. Kalau kita hanya mengejar dunia dan mengatakan Allah itu zalim dan langsung tidak memandang kita. Sebenarnya ego, bongkak, sombong dan benci pada Allah itulah yang menjarakkan kita dengan Allah. Lagak bodoh sombong yang merasakan kita lebih pandai dari Allah yang menjauhkan Allah hari demi hari. Sedangkan dalam sehari 5 kali Allah bagi peluang kepada kita memohon pertolongan. Kalau kita tidak seru pertolongan pada Allah, bagaimana Allah mahu memberi??

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.1:5

SOLAT yang kita laksanakan, kita ratapi, kita sujud dan tunduk malu sehingga sanggup rendahkan ego, bodoh sombong dan sifat bongkak sehingga meletakkan kepala lebih rendah dari buntut kita, hanya sanya untuk mengESAkan Allah kerana hanya kepadanyalah kita SEMBAH dan selayaknya kita pohon pertolongan. Solat itulah menifestasi doa kita kepada Allah. Ritual yang menyerah diri bulat-bulat kepada Allah dari soal hidup dan mati, soal ibadah dan rezeki dan segalanya berasal dari solat.

ALLAH SOAL KITA LAGI DALAM QURAN:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Sabarkah kita? Cukupkah sabar?.. janganlah meletakkan batasan sabar. Kita selalu cakap, sabar kita ada hadnya? Adakah betul itu hadnya? Boleh lagi kita bersabar. Sehingga tahap itu sajakah HAD sabar kita??

APA ITU SABAR?

SABAR itu “move forward and take necessary ACTION!” – pandanglah ke depan, bukan lagi mengeluh, meratap, menangis, mengadu dan bersedih TAPI mengambil tindakan! KEPUTUSAN! Membuat sesuatu yang perlu – dengan PETUNJUK Allah tadi berserta FURQON – penilaian yang matang dan hikmah lagi bijaksana!

FURQON – bila al-quran tadi dah jadi petunjuk, dengan bukti-bukti yang jelas maka furqon inilah yang menerangkan mana yang BETUL dan apa yang SALAH sehingga kita matang dalam membuat keputusan yang betul! Kita dapat bezakan yang mana yang benar dan salah.

Fahami Allah, kehendak Allah dan tujuan serta matlamat ubudiyyah kita kepada Allah. Islam ini agama ilmu, agama nyata, maka hebatnya Islam itu adalah kerana kenyataannya, bukan silap mata. Kalau kita harapkan segala masalah ini selesai dengan sekelip mata, tanpa sebarang usaha, tanpa melalui susah payah. Maka teruslah kita mengharapkan magik dalam kehidupan harian. Adanya lampu ajaib untuk mengeluarkan bantuan dari apa-apa yang menghadirkan impian menjadi kenyataan dalam satu malam!

Ibarat mencari lailatul qadar, berpuasanya tidak, bersolatnya tidak tapi bersungguh mahukan 1000 bulan yang kita sendiri tak tahu apa yang ada dalamnya! Doa itu satu kata SERU, jadi ada kaitan dgn dakwah. ALLAH seru kita supaya berdoa dengan harapan agar kita menyeru kepada Allah untuk beri hidayah kepada kita..

Kembalilah kepada IHDINASSIROOTOLMUSTAQIIM tadi. Bila sudah dapat hidayah itu, kita lakukan tugas kita mengikut arahan petunjuk itu dengan istiqomah. Baru terhasil penyelesaian secara bainat nya dan itulah yg paling nikmat. Kita dapat rasa Allah memimpin kita sampai begitu rupa. Itu cara Allah makbulkan doa, menunjukkan kasih sayangnya, membalas rasa syukur hamba-hambanya dan itulah sebab ia perlu buat di dalam solat.

Abu Zafeerah (MUHAMAD SHAUQI HASAN)

Pelajar tingkatan 1 asrama penuh parah dibelasah 10 senior

Ahmad Hasbullah kini dirawat di Hospital Jempol, lebam di badan selain dikhuatiri mengalami pendarahan dalaman selepas dipukul, disepak, ditendang dan ditampar oleh pelajar senior.

Bandar Seri Jempol, 10 Oktober, 2013: Seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah berasrama penuh dekat sini, cedera parah selepas dipukul, disepak, ditendang dan ditampar 10 pelajar senior sekolah sama, Ahad lalu

 

Ahmad Hasbullah Mohd Yusoff, 13, yang diserang selepas didakwa mencuri dompet mereka kini dimasukkan ke hospital di sini dan dikhuatiri mengalami pendarahan dalaman.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pelajar senior terbabit turut menyimbah air longkang ke muka mangsa hingga muntah.

 

Ibu mangsa, Suraya Harun, 43, berkata anaknya sedang bersiap untuk mandi apabila didatangi dua pelajar senior dan menuduhnya mencuri dompet mereka.

 

“Apabila dia enggan mengaku bersalah, mereka mengheret anak saya ke sebuah bilik yang dipenuhi pelajar Tingkatan Lima lain.

 

Enggan mengaku

 

“Anak saya kemudian dipaksa mengaku mencuri dompet dan apabila enggan mengikut kehendak mereka, dia dipukul, ditendang dan ditampar bertubi-tubi,” katanya.

Suraya berkata, serangan terhadap anaknya berlanjutan kira-kira 30 minit dan hanya dihentikan apabila pengawal keselamatan sekolah itu mengarahkan pelajar Tingkatan Lima terbabit bersurai.

 

Beliau berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi suaminya dan meminta menghantar Ahmad Hasbullah ke Hospital Jempol.

 

“Kejadian itu menyebabkan anak saya kini trauma. Dia enggan bercakap dan berubah menjadi pendiam,” katanya yang turut bimbang apabila doktor memberitahu anaknya mungkin mengalami pendarahan dalaman kerana tidak dapat makan dengan normal dan kerap muntah.

 

“Saya mendapat tahu bahawa ini bukan kali pertama dia dibuli, tetapi sebelum ini menganggap perbuatan berkenaan sebagai perkara biasa di asrama,” katanya yang membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada hari sama.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Tukiman Seriman mengesahkan kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 

“Polis mengambil keterangan 10 pelajar Tingkatan Lima dan setakat ini, lima daripada mereka mengaku memukul mangsa,” katanya.

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dibelasah10pelajarsenior/Article/

 
 

Selamat Datang Warga Pembaca Yang ke 50000 dan 50005

00 5005b.jpegcAlhamdulillah Likers Warga Prihatin berjaya melepasi Milestone yang ke 50,000. Mari kita ucapkan selamat datang, ahlan wassahlan, marhaban buat rakan kita yang terdaftar sebagai follower yang ke 50,000 dan 50,005 seperti dalam screen shot.

Semuga kehadiran kalian dapat sama-sama memeriahkan majlis ilmu di Page ini. Semua yang kami paparkan di sini adalah bebas dan halal untuk kalian kongsikan di mana sahaja, selagi ia memenuhi tuntutan dakwah dan missi pembangunan ummah kerana Allah.

Pesan kami, berdiskusilah dengan penuh berhikmah. Jika ada perbezaan pendapat tidak mengapa, kita raikan bersama-sama sebagai sumber inspirasi kita, tetapi suarakanlah perbezaan itu dengan menghormati pendapat rakan yang lain. Amalkan toleransi dengan mengelakkan argumen yang keras. Caranya mudah sahaja, jika ada rakan yang menegur kita akibat perbezaan pendapat yang agak ketara, apatahlagi jika ada yang menyatakan keterlaluan kita, balaslah dengan berbahasa sekali dua sahaja. Jangan melayan percanggahan sahabat lain dengan meleret-leret. Itu akan menampakkan kedegilan kita.

Page ini mengamalkan toleransi dan merumus ilmu secara syuro, mencari titik persefahaman yang murni. Toleransi dan Persefahaman itu nanti yang bakal menyatukan kita untuk kekal berkasih sayang. Sebaliknya, Kami tidak suka melihat budaya debat yang lumrahnya sangat berkeras, tiada titik pertemuan antara Pencadang dan Pembangkang. “Perdebatan itu melemahkan kamu”, nasihat Allah.

Semuga kami mampu istiqomah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kami kepada rakan penggemar page ini atas dasar kasih sayang. Semuga kalian mendapat sedikit manafaat dari Page ini InsyaAllah. Selamat datang sekali lagi…

ADMIN – WARGA PRIHATIN.

DISKLAIMER – PAGE WARGA PRIHATIN BERAT SEBELAH?

00 surat - profesion ibu.jpg DISKLAIMERDISKLAIMER – PAGE WARGA PRIHATIN BERAT SEBELAH?

Hidup kita ini tidaklah sempurna. Menyedari ketidaksempurnaan akan menjadi titik mula kepada KOREKSI (islah) kita. Nabi SAW sendiri ambil masa 23 tahun mengembalikan fitrah manusia. Sila maklum bahawa artikel kami bersifat umum dan tidak menekan sesiapa. Seringkali kami utarakan bahawa tidak dinafikan kita masih memerlukan profesyen dari kaum wanita. Guru, ustazah, jururawat dan sebagainya. Kami harap jangan jumud dalam menilai ilmu. Ada klausa DARURAH, di mana yang haram menjadi harus. Yang halal boleh jadi haram. Tapi darurah tidak selamanya.

Kami harap pembaca ambil sahaja inspirasinya, agar kita perbetulkan niat dan kelaku kita sekalipun dalam darurah dan terpaksa terus bekerja. Sekurang-kurangnya dapat gambaran apa kesan emosi pada anak-anak kita. NASIHAT KAMI… Jangan sewenang-wenang menghalalkan apa yang telah Allah nyatakan haram dengan jelas dalam kitab (itu ketetapan) jika anda tiada ilmu. Kerana anda boleh jatuh SYIRIK kerananya.

Kami agak kecewa dengan beberapa pembaca yang agak celupar mengatakan PAGE INI TERLALU MENAKAN WANITA dengan sewenang-wenangnya. Page ini TIDAK MEMERLUKAN FOLOWER YANG JUMUD DAN TERLALU DEFENSIF SEPERTI ANDA. Kami tidak teragak agak untuk BAN folower seperti ini kerana singkat akal. Page ini mengeluarkan cetusan yang adil kepada semua pihak… tidak kira kaum ibu maupun bapa. Parti A maupun B. Penyusunan semula masyarakat dan keluarga tidak akan terjadi dengan sempurna jika kita hanya menekankan sebelah pihak sahaja.

Jadi jika anda baru TERBACA satu dua artikel kami lalu TERUS ‘jump into conclusion’ sebegitu… kami pasti ANDA ADA MASALAH dalam hati. Anda seharusnya ambil segala cetusan sebagai motivasi dan ilmu. Menuntut ilmu harus berlapang dada. Jika ia tidak terkena dengan diri anda mengapa anda harus melompat? Jika terkena sekalipun mengapa tidak anda ambil ia sebagai satu cetusan untuk muhasabah diri? Berusaha untuk memperbaiki diri?

Cuba Ambil contoh beberapa pembaca yang berlapang dada… Jika anda hanya mahu melayan selera sendiri. Maka anda tidak perlu mengikuti page kami kerana tidak akan ada satu artikel yang mampu mencakupi semua perkara. Penjelasan harus mengikut chapter dan subject matters. Sila lihat beberapa senarai artikel berikut yang cuba menyedarkan pihak bapa…

http://prihatin.net.my/2013/09/26/punca-gejala-apabila-abal-hakam-bapa-dah-hilang-hukum/
http://prihatin.net.my/2013/10/23/tips-munakahat-konflik-mertua-ipar-duai/
http://prihatin.net.my/2013/10/23/tips-munakahat-suami-makan-gaji-isteri/
http://prihatin.net.my/2013/10/24/tips-munakahat-apakah-ciri-suami-kesukaan-rasulullah-s-a-w/
http://prihatin.net.my/2013/09/27/poligami-sunnah-yang-menjadi-fitnah/
http://prihatin.net.my/2013/10/16/sains-korban-1-ilmu-korban-di-sisi-allah/

Untuk Nurziana Harun : Kami bertoleransi dengan mengingatkan anda agar belajar melontar komen secara beradab. Jika tiada kesedaran, malah mencari-cari takwil maka kami tiada pilihan melainkan terpaksa BAN anda. Kami sendiri merasa kecil hati, apatahlagi perasaan penulis ini jika luahannya yang makan kicap sewaktu di rumah pengasuh pun nak anda pertikai.

Semua ibu yang ada naluri keibuan tersentuh hati, kami hairan kenapa tidak anda. Anak kecil pun boleh faham yang kicap itu di rumah pengasuh, bukan di rumah sendiri. Tidak timbul anak pensyarah makan nasi dengan kicap. Oleh itu kami rasa anda ada masalah furqon dalam hati. Tanpa keupayaan iqra dan furqon dalam hati, tiada guna anda menjadi follower kami. Kami juga khuatir anda bakal ada masalah dengan anak dan suami tanpa belajar muhasabah diri.

Sila ambil pelajaran dari ratusan komen dan Sharing Intro rakan-rakan kita yang berfikiran positif seperti berikut,

INI TUJUHJIWA :
Ibu, mak, wanita, anak-anak, asalkan perempuan, HARUS BACA SAMPAI HABIS. Luahan trauma jiwa seorang anak dan juga suami. Percontohan kata-kata yang harus diambil iktibar secar positif. Bacaan ini khas untuk mereka yang ingin berfikir sahaja, jika anda seorang yang defensif dan tidak boleh berfikir kritis, tak payah buang masa anda membaca. Cheer~~

ROZAIHAN RAZALI :
Satu kisah sbg pngajaran. xblh disamaratakan kisahnye utk semua org..but still bnyk benarnya

HARYANTI ALIAS :
Semoga dikurnia kekuatan!
Surely, i’m not perfect but will try all my best.
Mohd Faizuddin Nordin : reminder for both of us.

SYALINA AHMAD :
Really, ibu-ibu. Jika suami mampu menyara keluarga, berhentilah bekerja. Jika suami bergaji kecil yang mana mungkin kadang2 terpaksa mengikat perut, maka hiduplah secara sederhana sahaja. Tidak ke mana dan tidak bermakna jika kedua2nya bekerja semata2 untuk hidup mewah, bayar pinjaman 3 buah kereta, pinjaman rumah banglo, berjalan ke Korea dan Itali. Dan sudah ada banyak options untuk isteri bekerja dari rumah sekarang, masanya lebih fleksible…

SHIKIN AMIR :
Artikel yg sgt2.. Menarik… Menjentik hati, mencungkil perasaan… Senyummmmmm….

NURHASANAH MAZALAN :
Perkongsian ini sangat merangkum pelbagai isu yang meluas. Jiwa jadi makin termenung, rasa celaru rasa sedih dan macam-macam lagi. Pernah jugak ada sahabat buat perkiraan, kos hantar pengasuh etc last sekali sama je perbelanjaan dia isteri kerja atau tidak. Benda ni sangat subjektif, tak nak sesiapa rasa offended. Sebab kondisi berbeza. Tempat tinggal yang selari dengan kos kehidupan pun berbeza. Dan macam-macam lagi.

Just that I believe bila kita mencari barakah dengan mengelakkan fitnah, menjaga rumahtangga, memelihara isteri, mengikut saranan islam…Allah akan bagi jalan keluar dan akan bagi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Ingat lagi maksud ayat seribu dinar..?

“Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3]

Dan terlalu banyak lagi komen-komen yang sangat berkualiti. Terimakasih kepada anda yang telah turut menasihati rakan kita untuk belajar menjaga adab. Ingatlah adab ibu akan menurun kepada anak. Sesiapa yang telah kami BAN, kemudian nanti telah sedar diri dan ingin ikut berforum di sini, sila gunakan rakan anda untuk hantar mesej kepada admin memohon maaf dan memohon untuk di lepaskan sekatan itu. Kami tiada masalah untuk mengizinkannya kerana Allah juga sangat pemaaf.

Tahniah juga kepada anda yang terbuka pintu hati untuk melakukan koreksi diri. Terimalah doa selamat dari kami agar anda berjaya dan mampu membina keluarga yang bahagia. Anak-anak kita bakal menjadi watan negara dan menentukan baik buruknya masyarakat mereka.

WARGA PRIHATIN

Luahan Pembaca – Trauma Isteri Keluar Bekerja

00 surat - profesion ibu.2Rata-rata perempuan bekerja menyatakan, keluar bekerja sebab NAK TOLONG SUAMI… Tapi tahukah mereka apakah pertolongan sebenar untuk suami?

Biar kita berbalik kepada agama dan lihat siapa yang berani menafikannya. Sila jawab dengan yakin di hadapan Allah di padang mahsyar nanti. Dalam Islam , wanita diharuskan keluar bekerja hanya jika:

a) Bapa sudah tiada atau bapa tidak mampu menanggungnya (disebabkan sakit) – bagi yang belum berkahwin.
b) Suami sudah tiada atau suami tidak mampu menanggungnya (disebabkan sakit) – bagi yang sudah berkahwin.

Syarat-syarat wanita yang berkaitan tadi untuk keluar bekerja pula adalah, WAJIB menutup aurat (no baju ketat, no free hair, no kain pendek, no whatever yang Allah haramkan). Keluarnya wanita tidak harus bermekap-mekap, atau menunjukkan perhiasan diri, atau bertabarruj, atau berwangi-wangian. Mereka wajib menjaga batas lelaki perempuan. Bukan sekadar tidak bersentuhan atau bercumbuan lalu itu sudah dikira menjaga batas…!

Menjaga batas dalam erti kata sebenar, tidak bercakap dengan kaum bukan mahram tanpa perkara penting selain kerja yang wajib ditunaikan. Ramai yang saya lihat apabila keluar bekerja, batasan pergaulan bukan sahaja telah dilangkaui ketika berada di office, tetapi batas tidak terjaga apabila adanya program-program khas, samada yang di office mahupun di luar e.g. pertandingan koir, menari, pertandingan bowling antara jabatan, hari keluarga, kursus dan seminar yang dibuat di mana-mana tempat peranginan, hotel dan sebagainya. Terlalu banyak perkara lagho yang dibuat, yang sama sekali jauh dari perintah Allah, bahkan dekat sekali dengan kemurkaan Allah.

Adakah wanita-wanita yang ingin TOLONG SUAMI tadi membantu suami mereka menjauhi api neraka dengan menjaga batas-batas tersebut? kalau ada, BAGUS. Tapi kalau tidak, sila renungkan kembali. Menjaga dan mendidik anak adalah wajib bagi seorang isteri dan ibu. Jika kita keluar bekerja dengan meletakkan sepenuh harapan kepada pembantu, babysitter, cikgu taska, dan sebagainya untuk mendidik anak, maka di hadapan Allah nanti pasti berat soalan mengenai tanggungjawab yang bakal kita jawab.

TOLONG SUAMI dengan ikut bekerja itu tidak wajib, tetapi tolong mereka di rumah dengan menjaga segala isi rumah dan zuriatnya itu wajib. Maka adakah kita pentingkan yang bukan wajib dari yang wajib? Sedangkan yang wajib keluar bekerja mencari nafkah hanya suami. Jika dia tidak mampu menanggung sara hidup yang tinggi, masih ada cara untuk teruskan hidup tanpa mati kebuluran. Tidak salah kita hidup dengan makan nasi semata-mata kerana Nabi SAW dahulu hanya makan kurma sebiji yang dikongsi dengan isterinya. Yang penting bahagia.

Selagi suami masih boleh memberi isteri dan anak-anak sesuap nasi dan menyediakan tempat tinggal untuk perlindungan dan mudah beribadah, maka wanita tidak seharusnya keluar bekerja. Islam tidak ajar kita untuk lengkapkan hidup dengan “keperluan asas zaman moden” seperti kereta, tv, handphone, etc. Islam mengajar kita untuk lengkapkan diri menuju kematian/akhirat dan salah satunya adalah berbakti kepada suami dan anak-anak dengan menjaga diri dan rumahtangga.

Kalau kita suruh pembantu jaga anak, maka anak-anak akan dicorak dengan didikan pembantu. Lebih sedih lagi jika pembantu tidak sempat untuk tolong mendidik anak-anak kerana sibuk dengan kerja rumah yang sepatutnya kita lakukan… Pahala kita jadi kurang kerana pembantu curi pahala kita. Semua pahala kita beri pada orang.

Uuuuuuhhhhhh… orang Malaysia… Perempuan Malaysia paling ramai keluar bekerja berbanding wanita-wanita di luar negara. Perempuan Malaysia ditempat ketiga paling ramai curang pada suami di dunia… di mana silapnya? dah bersedia nak jawab soalan depan Allah nanti?

Rozie Em

ULASAN ADMIN:

Kami melihat Rozie sebagai seorang pembaca yang ikhlas dan amanah. Kami lihat beliau lontarkan ulasan dengan sungguh-sungguh. Tiada dari kalangan warga Admin yang jadi friend beliau. Jadi kami tidak ada sebarang maklumat tentang diri beliau kerana profile beliau di set sangat private. Kami paparkan ulasan beliau kerana komen asal beliau agak sukar dibaca kerana menggunakan trengkas dan tanpa paragraf. Jadi kami ambil inisiatif untuk membetulkan semua trengkas dan typesetting yang memudahkan pembacaan.

Alquran diturunkan berdasarkan asbab. Manusia menjadi amat tertarik kerana aturan Allah dalam quran itu diturunkan untuk membantu menyelesaikan asbab atau permasalahan manusia. Luahan Rozie ini harus dibaca bersama dengan luahan pertama, ‘Trauma Hati Seorang Anak dan Suami’. Tentu lain rasanya membaca luahan insan hasil bacaan novel dengan insan yang menulis luahan atas dasar rasa. Kami dapat lihat betapa ikhlas dan bersungguhnya beliau untuk mencegah apa yang beliau rasa waktu kecil daripada berulang di kalangan kita. Terima kasih Rozie.

DALAM ISU ISTERI BEKERJA UNTUK MEMBANTU SUAMI yang beliau utarakan, kami lihat begitu kuat keinginan beliau untuk menjelaskan rasionalnya. Bagi kami jika kita ingin menyusun semula masyarakat, kita boleh lakukannya secara berkala. Contohnya dalam skala kecil, RPWP telah melaksanakannya sehingga bagi kami tidak bakal timbul masalah ibu tunggal dan anak yatim terbiar sekiranya suami meninggal. Sekalipun jika ibu bapa uzur, fakir, ibu tunggal atau adik-adik suami atau isteri menjadi yatim dan suami tidak mampu membantu, RPWP siap sedia menghulurkan bantuan atau penempatan.

Inilah keberkatan perlaksanaan konsep BAITULMAL (Rumah Amal/harta/maliah) pada skala kecil secara berjemaah. Masjid dan Kaabah itu dipanggil Baitullah (Rumah Allah). Kami telah jumpa rasionalnya dan telah merasa nikmat daripada perlaksanaan sistem baitulmal itu. Sebab itulah kami selalu menyarankan agar pembaca membentuk jemaah di kalangan sendiri untuk menduplikasi perlaksanaan itu. Kita satukan hati-hati kita, bersatu faham sesama jemaah, keluarkan sedikit tabungan untuk jaminan masa depan jemaah kita sendiri. Kebaikannya bukan urusan Maliah (pendanaan) sahaja, malah jemaah kita boleh saling berkongsi ilmu, saling bahu membahu dalam segala urusan termasuk mendidik dan memantau akhlak serta akademik anak dan sebagainya bersama-sama.

ISU CURANG juga sangat mengerikan. Kami ada statistik yang sangat mengerikan untuk membenarkan lontaran Rozie ini. Beliau sangat berbatas untuk berikan contoh situasi sebegitu, sekadar isteri tidak pandai menjaga aurat, bertepuk tampar, bergelak ketawa berdekah-dekah depan bukan muhrim sampai lupa diri batas dirinya selaku wanita. Selepas waktu kerja harian, ada pula yang terpaksa ikut program sosial – bowling, dancing, poco-poco, badminton, bahkan outstation tinggalkan suami dan anak untuk seminar dan kursus.

Malah ada isteri yang memang kerja rutinnya buat sale yang memang setiap minggu ke outstation pun. Sebahagian mereka, khasnya bidang sitiausaha dan sales kena buat apointment malam di hotel dan restoren berjumpa client. Kami mengumpul kes keterlanjuran total yang cukup banyak dan membolehkan sang pelaku direjam mati. Sehingga ada anak yang dikandung bukan benih dari suami.

Jangan kita terlalu selesa kerana kita rasa kita tidak berniat untuk melakukannya. Allah pesan jangan buka ruang untuk ianya berlaku. Berapa banyak kes maut seperti rogol, ragut, bunuh yang terjadi secara paksa? Masih ingat jurutera yang dirogol dan dibunuh dalam bas? Akauntan yang dibunuh di parkir kereta? Yang maut diseret dan ditetak peragut? Sanggupkah kita menerima hakikat Pegawai bank yang ditembak sampai pecah kepala? Melihat gambarnya sahaja sudah nak pitam rasanya… Astghfirullah.

WAHAI PARA SUAMI… Masihkah ada hati untuk berkata tidak apa? Atau ahhh.. Itu bukan isteri atau keluarga kita? Marilah ambil semula peranan kita… berilah peluang anak membesar dengan bahagia, beri peluang isteri memenuhi tuntutan tuhannya. Mari kita mulakan puasa secara aktual, ambil sempena Ritual Barakahnya Ramadhan (situasi Ramadh/panas) … biarlah rezeki sedikit asalkan berkat kerana sama-sama kita berPUASA.

WARGA PRIHATIN

Luahan Pembaca – Kisah Benar – Taruma Hati Seorang Anak dan Suami

00 surat - profesion ibuBaru habis meeting. Mereka tengah kalut makan sekarang. Saya pulak rasa tidak sabar hendak baca apa yang para ibu dan isteri komen tentang artikel ini. Harap- harap masih berkat gaji saya walaupun curi buka facebook sekarang.

Nak kasi tahu kepada para ibu dan isteri yang kami sanjungi dan kasihi. Dulu masa saya kecil, ibu saya seorang wanita bekerjaya. Pagi-pagi lagi saya sudah dihantar ke rumah pengasuh. Pengasuh itu ada 3 orang anak lelaki lebih kurang sebaya. Jadi mereka boleh dikira teman saya bermain. Apa yang saya masih sedih apabila mengenangkan kisah silam ini adalah saya cemburu tengok anak-anak pengasuh saya mesra dengan ibu mereka. Saya hanya menumpang kasih.

Ibu saya selalu balik lewat (sebenarnya tidaklah lewat sangat, tetapi pada saya sangat lewat sebab kadang-kadang saya rasa nak peluk ibu saya tetapi ibu tiada disisi). Hari-hari jiran saya bagi makan nasi dengan kicap sahaja. Ibu saya bukan tahu pun. Kadang-kadang saya bergaduh dengan anak-anaknya sebab rebutkan mainan. Kena tumbuk, kena sepak… tetapi ibu tiada untuk pujuk bila saya menangis. Hanya jiran tersebut yang datang sapu-sapu tempat saya sakit dan leraikan pergaduhan…..

Hari-hari saya tunggu ibu dekat pintu. Bila ibu balik Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan budak kecik macam saya masa itu. Hendak luahkan perasaan tidak pandai lagi. Bila saya sudah mula bersekolah, ibu tinggalkan saya dengan pembantu rumah Indonesia . Saya selalu dimaki bila mintak itu ini. Kadang-kadang saya akan maki balik sebab tension dicubitnya. Kakak-kakak dan abang saya di asrama. Jadi mereka mungkin tidak setension saya. Bila saya hendak minta tunjuk ajar dengan kerja sekolah yang bertimbun-timbun, bibik saya kata “enggak tahu, buat sendiri!”.

Mak saya seorang pensyarah. Seorang yang terpelajar. Tetapi malangnya saya hanya dapat menimba ilmu dengan mak saya pada waktu malam ketika mak saya istirehat selepas solat Isyak. Saya rasa sunyi. Sampai saya sudah besar pun saya masih terasa bagaimana perasaannya.

Alhamdulillah walaupun orang kata mak tidak cukup didik, tetapi saya dapat sambung belajar sampai ke luar negara. Seorang lagi kakak dan juga abang saya dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Kakak dan abang yang lain semuanya masih mencari hala tuju hidup. Betullah tu.., kalau ibu bekerjaya tidak semestinya anak-anak tidak boleh jadi bijak dan tidak dapat masuk universiti.

Persoalannya, setinggi manakah nilai ilmu tersebut sekiranya tidak disertakan dengan kasih sayang, SQ & EQ yang sepatutnya diterapkan oleh ibu kita sendiri dalam perkembangan rohaniah, mental dan emosi anak- anak sejak kecil? Oleh sebab itulah ramai golongan berpendidikan di zaman ini, tetapi spiritualnya kosong. Tidak macam zaman kegemilangan Islam dahulu yang para ilmuannya terdiri daripada para ulama’.

Ok lah .sudah cerita panjang lebar. Pendekkan cerita, bila saya kawin, saya tidak benarkan isteri saya keluar bekerja kerana saya tidak mahu anak-anak saya mengalami konflik dalaman seperti saya masa kecil. Saya tidak sanggup isteri saya jadi bahan fitnah kerana apabila keluar sahaja dari rumah, maka berduyun-duyunlah syaitan melekat pada si wanita kerana itulah dikatakan wanita itu adalah aurat. Ini bukan saya kata, ini Islam yang kata. Saya juga tidak mahu isteri saya melakukan dosa hanya kerana mahu tolong saya cari nafkah sebab diakhirat nanti, soalan untuknya adakah dia menjaga kehormatan diri, suami dan rumahtangga? Adakah dia telah mendidik anak-anak dengan sempurna?

Isteri saya telah dihina dan difitnah oleh beberapa golongan manusia yang berada di sekeliling kami kerana menjadi surirumah berijazah yang hanya menghabiskan duit kerajaan menghantar belajar sampai ke luar negara. Pesan saya pada si isteri dan juga wanita-wanita yang menjaga diri di rumah, Allah telah menjanjikan syurga hanya untuk golongan yang istimewa. Golongan yang istimewa sudah semestinya hanya sedikit dan terpilih sahaja.

Golongan yang bekerjaya terlalu ramai sehingga ianya menjadi normal. Yang menjadi surirumah itu terlalu sedikit sehingga ianya menjadi janggal (rare). Beruntunglah menjadi golongan yang sedikit kerana telah ditetapkan oleh Allah. Yang mengikuti kehendak Allah di akhir zaman itu hanyalah sedikit. Yang mendapat redha Allah dan naungannya di sana nanti hanyalah sedikit. Bergembiralah menjadi golongan yang sedikit dan berpegang pada hak Allah, hak suami, dan hak anak anak. Maka jangan risau dengan kata orang, yang penting ikut apa kata Allah.

Orang dahulu kata, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, anak tidak boleh menjaga seorang ibu. Saya rasa sudah boleh tukar, babysitter boleh jaga 50 orang anak, maka nanti sudah tua, anak-anak patut jaga babysitter mereka. Oleh itu, jangan ditangisi anak-anak menghantar kita ke rumah penjagaan orang tua kerana sibuk bekerja jika kita dahulunya menghantar anak-anak yang sepatutnya kita jaga ke rumah penjagaan kanak-kanak juga kerana sibuk bekerja.

Jangan diharapkan anak-anak menunaikan hak kita jika kita dahulunya terlupa menjaga hak anak-anak. Oh terlupa, saya ingin menegur beberapa istilah terkini oleh wanita-wanita di luar sana…. tiada istilah surirumah bekerjaya kerana istilah surirumah itu sangat istimewa dan hanya untuk golongan yang berada bekerja fulltime di rumah. Kalau bekerja dari rumah, masih boleh diterima tetapi yang bekerja sehingga pukul 5 di luar, kemudian balik rumah menjadi isteri pula, itu bukan surirumah bekerjaya. Walaupun kerja anda tidak dinafikan ‘memenatkan’ dan memerlukan ‘kesabaran’, tetapi surirumah tetap pekerjaan paling istimewa untuk wanita-wanita istimewa yang dimuliakan oleh suami dan anaknya.

Bagi istilah ‘fully breastfeed’ juga, hanyalah untuk ‘breastfeeding’ yang melibatkan si ibu dan anak yang mana si anak menyedut terus daripada si ibu sehingga mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamine atau bahasa pasarnya hormon kasih sayang yang mengikat kasih sayang si ibu dan anak sehinggakan ibu tidak sanggup berpisah dengan anak dan si anak juga begitu.

Dopamine ini dijadikan Allah, istimewa untuk kaum ibu yang benar-benar menyusukan anak sehingga 2 tahun, dan saya yakin dengan keluarnya hormon ini secara terus ke mulut anak, maka si ibu sendiri tidak akan sanggup memberi anak mereka susu yang telah “dibekukan” dan “dipanaskan” semula kemudian disuapkan pula oleh orang lain kepada anak dan menamakannya ‘fully breastfeed’ dan ‘I`m a proud breastfeeding mom..’!

Maaf jangan ada yang sentap kerana ini hanyalah luahan hati kaum adam yang sayangkan kaum hawa yang pernah disebutkan oleh Rasullullah SAW, kaum yang paling banyak menghuni neraka dan menarik orang disekelilingnya ke dalam lembah neraka juga…

wallahua`lam.
Rozie

KOMEN ADMIN

Kami melihat Rozie sebagai seorang pembaca yang ikhlas dan amanah. Melihat facebook waktu makan selepas kerja juga beliau rasa sudah berdosa. Kami lihat beliau ceritakan kisah hidup beliau ini dengan sungguh-sungguh. Tiada dari kalangan warga admin yang jadi friend beliau. Jadi kami tidak ada sebarang maklumat tentang diri beliau kerana profile beliau di set sangat private.

Kami paparkan ulasan beliau kerana komen asal beliau agak sukar dibaca kerana menggunakan trengkas dan tanpa paragraf. Jadi kami ambil inisiatif untuk membetulkan semua trengkas dan typesetting yang memudahkan pembacaan. Ada satu lagi kisah dari komen beliau yang juga akan kami paparkan selepas ini.

Jika isu wanita berkerjaya banyak direspon oleh kaum wanita, maka ini adalah luahan seorang lelaki yang mengaitkan trauma jiwa dari naluri seorang anak dan suami. Kami amat terkesan dengan luahan ini kerana ia terkait terlalu banyak dengan kes-kes yang dirujuk kepada kami. Kami yakin ulasan pembaca ini dapat difahami dan dihayati oleh para suami dan isteri sekalian. Kes keterlanjuran dan fitnah perlakuan nusyuz pada isteri yang berkerjaya sepertimana yang beliau perhatikan ditempat kerja sangat bertepatan dengan hasil kajian kami.

InsyaAllah isu susu ibu ini akan kami artikelkan dengan lengkap dari sudut pandang biologi dan psikologinya sedikit masa lagi. Ulasan Rozie menggambarkan betapa mulianya wanita bergelar isteri dan ibu di sisi kami. Kami yakin samada kita dari kalangan anak, ibu maupun bapa, pasti tersentuh dan ingin sekali mengambil iktibar dari apa yang dikisahkan. Semuga ada kebaikan dari perkongsian ini.

WARGA PRIHATIN.

PASCA BAJET 2014

00 bajet 14PASCA BAJET 2014

Kami bukanlah pakar ekonomi untuk menjelaskan tentang bajet Negara. Tetapi sekadar memenuhi permintaan pembaca untuk mengulas atau memberi reaksi dari apa yang dibentangkan oleh PM dalam Bajet 2014. Sasaran ulasan kami hanyalah dari sudut pandang agama bagaimana bajet negara boleh membantu memperkukuh institusi keluarga serta pembangunan generasi sebagai calun watan negara dan agama.

Ingatlah, tanpa agama tiada kesejahteraan keluarga. Itulah formula kesejahteraan keluarga Ibrahim dan Muhammad SAW yang menjadi kiblat ikutan kita. Kesejahteraan keluarga itulah kunci kesejahteraan negara.

ULASAN LAZIM MENGENAI BAJET

Yang biasa menjadi isu besar dan pertikaian masyarakat ialah apabila bajet tidak favor kepada mereka. Contohnya memperkenalkan cukai baru ataupun pengurangan subsidi. Selama 5 tahun kebelakangan ini, kita acapkali tersogok sehingga terbiasa menantikan pengumuman yang memberi kelebihan kepada kita secara individu tanpa memikirkan sangat tentang kepentingan Negara. Semestinya nanti ada yang pertikaikan penulisan ini atas dakwa dakwi tentang rasuah dan salahguna kuasa untuk kepentingan peribadi. Bahagian itu semua orang tahu dan kami tidak akan bincangkan di sini.

Bila bajet diumumkan dan kita berada dalam kalangan mereka yang rugi, maka kita merungut dan silap-silap ada yang merusuh. Akan timbullah isu janji itu dan ini tidak ditepati.  Parti satu lagi akan api-apikan pula minyak yang sedang meruap. TETAPI apabila bajet menyebelahi mereka, semuanya senyap sahaja. Yang berdegar-degar mengkritik tentang BR1M RM500 adalah gula-gula pilihanraya juga senyap-senyap hulur I.C. nak ambil BR1M nanti.

SERUAN REALISTIK

Kita kena berpijak di bumi nyata. Laporan dari bank Negara menunjukkan ada kemelesetan dalam nilai matawang Negara. Hutang Negara juga meningkat kepada 55% KDNK. Walaupun ada seruan agar kita bertenang dengan penjelasan bahawa hutang kita jauh lebih rendah dari negara barat. Contohnya nisbah hutang berbanding KDNK Greece, Itali, dan Portugal semuanya melebihi 100%. Hutang USA, Jepun sendiri dikatakan melebihi 200% KDNK mereka. Nampak ada benarnya juga. Tapi yang itu biarlah pakar yang menentukannya.

Bagi kami, sekiranya Negara meneruskan polisi bajet pilihanraya ala bajet Santa Klaus dengan banyak memberi dan menaburkan wang kepada rakyat, kita perlu fikir juga dari manakah sumber kewangan Negara? Lebih penting lagi ialah ketelusan lapuran Audit Negara, sejauhmana bajet ini dan yang dulu-dulu itu telah dilaksana.

Kami berikan contoh analogi sebelum PRU 13. Sepanjang 4 tahun seorang lelaki mahu memikat seorang wanita. 4 tahun bercinta, semuanya indah-indah sahaja. Makan malam di hotel bintang lima, tak mainlah gerai kaki lima. Bila makan Si gadis baru nak seluk wallet, Si Gentlemen terus stop dan kata “Biar I yang bayar”. Habis kad plastic di leretkan. Si Gentlemen akan buat apa sahaja untuk memenangi hati Si Gadis.

Lepas 4 tahun, maka berkahwinlah Gadis dengan Si Gentlemen. Maka selepas itu barulah bermula “BAJET SEBENAR”. Si Suami ketika itu dah mula garu kepala hari-hari tengok bill Kad Plastik yang dileret masa nak memikat Si Isteri. Tak habis dengan itu, hari-hari dapat call “cinta” dari Bank Rakyat mengingatkan tarikh akhir bayar Personal Loan untuk kahwin.

Selepas PRU 13, itu sudah dikira berlaku satu perkahwinan dengan pemimpin yang ada sekarang. Ada 5 tahun untuk barisan kepimpinan sekarang membuktikan cara mereka dalam bajet kali ini mampu memulihkan ekonomi Negara sebelum habis penggal. Tun Mahathir pernah melakukan perkara ini. Pada pilihanraya pasca pemecatan DSAI, Tun mendapat reaksi negatif dari rakyat dan pilihanraya ketika itu menampakkan kemerosotan drastik sokongan terhadap beliau. Cara terbaik beliau ialah dengan memantapkan ekonomi Negara yang jatuh semasa kemelesetan ekonomi 1997 akibat manipulasi nilai matawang. Lalu kepercayaan rakyat kembali kepada beliau sehingga beliau turun takhta dengan gilang gemilang sekali.

DARI MANA PENDAPATAN NEGARA? Selain cukai pendapatan, hasil ekspot, GST adalah satu mekanisma pendapatan kepada kerajaan. Pemansuhan subsidi berperingkat juga memberi kelebihan kepada kerajaan sebanyak 47 Billion. Penyaluran subsidi melalui pengagihan hanya kepada yang perlu melalui BR1M mungkin perlu diperkemaskan lagi seperti insentif yang diberi terus ke dalam akaun bank pada setiap bulan. Maklum sahaja rakyat Malaysia dapat RM650 hari ini, esok dah tukar handphone baru dan lusa mereka buat demo harga minyak naik lagi.

Sekiranya penjimatan terhadap subsidi 47 Billion itu diagih terus kepada golongan sasar, bukan orang kaya ataupun warga asing, maka akan berlaku banyak penjimatan dari angka tersebut. Ditambah lagi dengan GST yang dikenakan kepada semua barangan jualan kecuali beberapa barangan keperluan dan perkhidmatan, ia akan menokok pendapatan Negara. Apabila pendapatan Negara meningkat, maka pastilah hutang Negara akan mampu dikurangkan.

APA ITU HUTANG NEGARA? Apabila Negara tidak cukup menggunakan wang dari hasil-hasil Negara seperti cukai pendapatan, GST, dan lain-lain sumber, mereka akan ambil dari kolam takungan wang rakyat. Wang yang anda simpan itu bukannya pihak bank, Tabung Haji, KWSP dan lain-lain institusi ambil dan simpan di dalam peti besi sahaja, tetapi wang anda dialirkan dan diniagakan. Kerajaan merupakan salah satu pengguna terbesar dana itu sekarang.

KAMI LIHAT SECARA RASIONALNYA, bajet 2014 adalah bajet untuk NEGARA yang kemudian akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan kemakmuran ekonomi. Cuma pendapatan Negara dan ketirisan yang berlaku di semua peringkat ada hubungkait yang sangat rapat. Hentikan ketirisan yang berlaku terutama sekali melalui rasuah ataupun pengambilan untung berlebihan. Jika dahulu di China, pengamal rasuah akan dihukum bunuh, itulah juga hukum Islam yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Kami rasa itu tidak keterlaluan disebabkan rasuah itu memusnahkan Negara. Jika kedaulatan peraturan negara itu di ibaratkan sebagi ibu hukum, maka Islam mengibaratkan hinanya rasuah seperti berzina dengan ibu sendiri. Wajarlah jika hukumannya MATI.

PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAIAN yang tidak jelas kesannya dari sudut pembangunan negara malah banyak impak negetifnya juga perlu diambilkira. Pesta itu dan ini yang banyak sekali pembaziran dana dan moralnya. Merasa seriklah dengan pembuangan bayi 9 bulan selepas pesta itu dan ini, ambang sana ambang sini. Natijahnya semakin hari semakin punah akhlak generasi dan bertambah banyak mayat bayi terbuang di sana sini. Mustahil jika kita yang mencadang dan menganjur pesta-pesta itu dan ini tidak nampak impak negetif dari program sebegitu.

Jika dulu kita taja 7 pentas canggih untuk menyatukan manusia, kita taja 1500 artis untuk menghibur 50,000 belia, apakata kita gantikan sambutan itu dan ini dengan majlis ilmu. Jika pesta itu bertujuan untuk menyatukan rakyat, maka ia hanya menyatu sementara di padang sahaja. Ironinya kebanyakkannya orang Melayu yang suka menyatu di pesta itu. Maka semakin hari semakin me-layulah Melayu kerana dibuai dengan kelalaian dan pembaziran. Jika sambutan berunsur ilmu, mereka menyatu dengan satu faham dan penyatuan sebegitu lebih bersifat murni dan kekal. Penyatuan di dunia kita dapat, akhirat pun dapat.

JIKA DULU KITA BANYAK MEROSAK JIWA MANUSIA melalui program hiburan dan pesta membazir yang melalaikan, mari kita ubah strategi, kita bina semula apa yang telah selama ini kita rosakkan. Mari kita sasarkan pendanaan kita untuk tujuan pembangunan ummah dengan sebenar-benar dan sesungguh-sungguhnya.

BANYAK KONTROVERSI IBU BEKERJA. Jika masih ada keperluan samada fardhu kifayah ataupun fardhu ain (secara konsepnya) untuk ibu-ibu bekerja, cuba kita cari jalan membantu mereka. Belanjakan dana negara supaya para ibu sedemikian boleh terus aman bekerja, dan pada masa yang sama anak boleh dijaga di tempat kerja. Sediakan sarana yang kondusif dan penjaga yang terlatih di setiap premis kerja dan kejiranan untuk meringankan beban psikologi mereka dan anak-anak mereka. Di samping memantau kualiti, kita suntik dana khas untuk menaiktaraf taska dan nurseri agar anak terjaga, caj penjagaan pula boleh dikurangkan.

Paling menarik yang mahu kami komen ialah polisi bekerja ‘flexi-hour’ yang diberikan terutama kepada kakitangan wanita. Ini bagi membolehkan mereka menguruskan rumahtangga dan kerjaya dalam masa yang sama. Jika perkara ini terjadi, kami rasa kesesakan lalulintas juga akan berkurang separuh. Isu keselamatan seperti rogol, ragut, rompak dan sebagainya turut memerlukan perhatian serius untuk membantu wanita bekerja. Tambah pasukan keselamatan dan CCTV untuk melindungi mereka.

Bukan sekadar itu, seorang wanita hatinya biasa melekat di rumah. Semasa bekerja kadangkala hatinya memikirkan apa yang berlaku kepada anaknya di taska atau di nurseri. Jika mereka mampu untuk bekerja secara fleksibel, kami lihat ia akan memberi banyak kebaikan kepada majikan juga. Jika 8 jam mereka di pejabat dengan hati yang berbelahbagi, tidaklah ia menjadi satu jangka masa kerja yang produktif. Margin kesilapan juga akan tinggi jika hati tidak mampu fokus pada kerja. Oleh itu 5-6 jam yang fokus itu lebih produktif dari 8 yang berbelahbagi tadi.

ADA IBU YANG TERPAKSA BERHENTI KERJA, sedangkan suami tidak mampu. Ibu-ibu begini dikira rugi jika terus bekerja kerana kos transpot dan lain-lain serta penjagaan anak yang belum tentu sempurna saja pun sudah lebih dari gaji mereka. Jika penganggur barat menerima dana ihsan negara, mengapa tidak diberikan elaun kepada keluarga sebegini. Bagi yang berkemampuan, mungkin boleh melakukan kerjaya di rumah, mungkin boleh disediakan dana perniagaan untuk membantu. Bila jiwa mereka aman anak juga boleh di jaga dengan baik. Di situlah kemajuan dan kesejahteraan negara bermula.

Jika diperlukan juga khidmat mereka, berilah elaun khas dari dana negara untuk mereka yang suaminya kurang mampu. Boleh juga dibantu sediakan sarana yang perlu untuk mengurangkan belanja bulanan mereka.

MENUNTUT ILMU ITU WAJIB. Ia adalah cabang sabil yang utama untuk membangun ummah. Orang yang berhutang di jalan Allah itu adalah asnaf yang perlu dibantu jika mereka tidak mampu dan memudaratkan. Oleh itu, langkah menyenaraihitam mereka yang berhutang PTPTN adalah salah dari sudut agama. Apakata kita cuba hapuskan hutang itu dan salurkan dana tambahan untuk tujuan pendidikan. Itu tanggungjawab baitulmal negara sekiranya pihak keluarga tidak ada upaya. Jika negara tidak mampu secara total, mengapa tidak ditambah sedikit dana ke baitulmal dan biar baitulmal membantu dana pendidikan anak-anak dari keluarga yang tidak upaya. Itu adalah urusan agama dan Allah akan redha. Insyaallah rakyat berkualiti akan bertambah hari demi hari.

KESIMPULANNYA, Kami menilai baik bajet 2014 yang dibentangkan oleh PM dan kami berfikiran positif bahawa kita perlu berpuasa sedikit untuk kepentingan semua. Saranan kepada barisan kepimpinan juga, janganlah mengharap hanya rakyat yang berpuasa dan mengikat perut sedangkan anda masih bermewah-mewah dalam timbunan wang yang anda sendiri lupa nak kira banyaknya. Pada masa yang sama, kami harap pandangan di atas di ambil kira, biarpun tidak dalam bajet rasmi kerana pengurusan dana negara adalah dalam kuasa terajunya secara mutlak. Yang dibentang itu hanya bajet atau anggaran saja.

Secara aktual, langkah pertama dalam kondisi berpuasa ialah agar siapa pun kita, sama-sama ikat syaitan dalam diri kita. Ikat keinginan untuk berpoya-poya, bermewah, dan berhibur yang makan belanja berjuta dan berbiliun di ambang sana dan ambang sini. Dalam hakikat bulan puasa, bulan Ramadan, bulan panas, semuanya segala mencabar. Ekonomi dalam ramadh, akhlak ramadh, politik ramadh semua ramadh. Jadi carilah lailatulqadar, tunggulah nuzul quran, carilah petunjuk, tambahkanlah majlis ilmu, agar segalanya kembali fitrah semula.

Itu sahaja reaksi kami tentang bajet 2014. Ini bukan satu analisa ekonomi, ini hanya reaksi kami yang mewakili marhaen yang prihatin dengan nasib anak bangsa dan masa depan agama sahaja.

WARGA PRIHATIN

HUDUD – TAHNIAH KEPADA SULTAN & RAKYAT BRUNEI

00 hudud prihatin

HUDUD – TAHNIAH KEPADA SULTAN & RAKYAT BRUNEI

Terima kasih kepada yang meminta ulasan kami mengenai pengumuman perlaksanaan undang-undang Hudud di negara Brunei DS semalam. Setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Brunei khususnya dan seluruh rakyat Brunei amnya. Mari kita raikan pengumuman itu dengan takbir, tahmid dan talbiah dengan penuh tawaduk.

Di samping itu harus kita bertafakur sejenak, merenung ke dalam diri sedalam-dalamnya, sama-sama bermuhasabah diri, sejauh mana kita yakin dan membuat persiapan melaksanakan hukum hakam itu dalam diri kita dan keluarga sendiri.

Untuk mengulas isu ini, kami rasa kami tidak layak. Hanya Allah yang layak menilai. Jika kita ingin menilai, nilailah ia berdasarkan batu timbangan Allah yang ada dalam tangan kita, iaitu alquran. Jadi kali ini, kami hanya petik ulasan berdasarkan wahyu Allah sahaja.

HUDUD PERTANDA ISLAM SUDAH SIAP TERHIDANG (AL-MA’IDAH)

Alquran diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia. Akhlak tidak boleh lari dari kaitannya dengan hukum hakam. Apabila seluruh isi kandung alquran itu telah selesai diteliti, maka hujungnya pasti ada yang harus kita hidangkan kepada manusia. Itulah asas Hudud yang menjadi pedoman ATURAN hidup beragama yang syumul. Itulah nama surah di mana Allah kata Islam telah sempurna dan diredhai. Itulah surah yang Allah katakan jangan lagi takut kepada manusia. Itulah surah Hidangan, surah 5, al-Ma’idah namanya.

Hudud itu boleh bermula dengan pendidikan sebagai langkah pencegahan secara dalaman atau berbentuk Kisas. Kisas adalah perlaksanaan hukuman kepada individu yang masih degil untuk terus melakukan jenayah selepas ditarbiah. Kisas menjadi sebahagian dari Hudud (pencegahan) melalui ‘Damage Control Mechanism’. Tanpanya seorang manusia akan berterusan merosak dan memudaratkan manusia lain.

Islam itu agama ilmu, agama hujah yang kukuh dan sangat berkualiti. Manusia akan beriman hanya setelah memahami ilmu dan hujah agama ini. Manusia yang jahil adalah golongan yang tidak meyakininya. Golongan ini tidak beriman (tidak yakin) walaupun mereka mengatakan mereka itu beriman. Lalu kekallah mereka hidup dengan kejahilan mereka selaku masyarakat JAHILIYAH.

BICARA HUDUD DALAM SURAH 5-AL MAA’IDAH (HIDANGAN)

1. Hai orang-orang yang beriman, PENUHILAH AQAD-AQAD itu…

2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu MELANGGAR SYI’AR-SYI’AR Allah…

3. … Dan MENGUNDI nasib dengan anak panah adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini TELAH KU SEMPURNAKAN untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

PETIKAN dari ayat di atas menekankan agar kita melaksanakan kewajiban sebagai khalifah, dengan batas kuasa yang telah Allah berikan di bumi ini. Tiada alasan lagi kerana ilmu dan pedoman tentang agama ini telah Allah sempurnakan untuk kita penuhi akad dan melaksana syiar agamanya.

Berikut pula sila perhatikan bagaimana Allah menetapkan bahawa jika kita tidak menetapkan mengikut hukum Allah kita adalah KAFIR. Orang yang ingkar dari menggunakan hukum Allah akan terus menerus sengsara dan menganiaya diri dan masyarakat yang dipimpinnya. Mereka ini mudah kita faham sebagai orang yang ZALIM. Ada ilmu, ada hukum yang komprehensif dan efektif tapi tidak mahu guna.

Ironinya, golongan ini juga yang mengaku Islam dan beriman. Inilah keIslaman dan keimanan yang palsu. Ini FASIK namanya. Allah katakan si KAFIR, ZALIM & FASIK ini adalah penghuni kerak neraka. Rujuk surah 4-An-Nisa’: 144,145

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya, yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu JANGANLAH KAMU TAKUT KEPADA MANUSIA, takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang KAFIR.

45. Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya bahwasanya jiwa dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskannya, maka melepaskan hak itu penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ZALIM.

46. Dan Kami iringkan jejak mereka dengan Isa putera Maryam, membenarkan Kitab yang sebelumnya, yaitu: Taurat. Dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya petunjuk dan cahaya, dan membenarkan kitab yang sebelumnya, yaitu Kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.

47. Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah didalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang FASIK.

SISTEM PENGUASA BERAJA DAN HUDUD

Islam adalah agama beraja. Jika kita teliti isi FATIHAH jelas Allah sebut soal MALIK. Sila rujuk Sains Fatihah 4. Dalam Talbiah Haji juga menekankan soal RAJA yang kita janji tidak akan mensyirikkannya.

Kerajaan Allah di Langit itu harus ada wakilnya, pentajalian sistem pemerintahan Allah berupa RAJA/SULTAN di bumi. Cuma ciri RAJA itu yang harus kita teliti. Itulah Raja yang berpegang pada sistem dan kuasa DIEN hari-hari, bukan ada had dan hari. Brunei mudah melaksanakannya kerana mereka masih kekal dengan sistem Raja. Bukan seperti Malaysia yang masih pakai Demokrasi.

Kita harap kerajaan Brunei mampu melaksakannya dengan adil. Tempoh yang diberi selama 6 bulan itu diharap boleh diperkukuhkan dengan pengisian kefahaman terhadap rakyat dan penguasa yang bakal melaksanakannya. InsyaAllah orang bukan Islam juga akan turut suka kerana mereka juga ingin sejahtera.

KELAMAHAN SISTEM UNDI DAN DEMOKRASI

Biasanya sedikit jumlah orang yang berilmu, yang bakal memikul amanah untuk memimpin. Mereka yang berilmu dan tulus inilah yang seharusnya membentuk jemaah untuk menetapkan sesuatu termasuk memilih pemimpin. Apa jadi jika murid memilih guru? Rakyat biasa yang ramai tetapi jahil diberi amanah memilih pemimpin? Bolehkah kita dapat pemimpin yang baik? Gembala pimpin lembu atau lembu pimpin gembala jadinya?

Kerap kami katakan bahawa Sistem Demokrasi dan UNDI tidak akan mampu menegakkan Islam. Itu juga turut disentuh dalam ayat di atas, mengundi dengan anak panah (QS 5:3) itu bukan sekadar macam budak-budak main o-som, atau tikam nombor ekor. Ia ada kaitan dengan strategi membentuk kerajaan. Ia ada kaitan dengan kesan perjudian, memecah belah, melalaikan, mengagung-agungkan calun (al-Latta) dan sebagainya (baca juga QS 5:90,91).

Bukan mudah untuk menjelaskan isu ini dalam bentuk artikel. Apapun kami tutup ulasan ini dengan Firman Allah, Surah 2. Al Baqarah (surah Lembu Betina),

2. Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,

3. mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

4. dan mereka yang beriman kepada Kitab yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya akhirat.

5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

Yang tersebut di atas adalah golongan yang menerima petunjuk dan meyakininya melalui iktikad hati dan perbuatan.

Ayat berikut ini pula golongan yang mendapat petunjuk yang sama, mengaku beriman dan percaya akhirat, tetapi tidak mahu membuktikan melalui perlaksanaan. Inilah bukti mereka menipu, memperolok dan memperbodohkan Allah. Inilah hakikat kafir yang sebenarnya, sudah dapat ilmu, mengaku Islam tapi enggan melaksana.

6. Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.

7. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.

8. Di antara manusia ada yang mengatakan: “KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN,” PADA HAL MEREKA ITU SESUNGGUHNYA BUKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN (inilah dia kafir yang sebenarnya).

9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.

10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

11. Dan bila dikatakan kepada mereka:”Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”

12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.

13. Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman.” Mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.

14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.”
15. Allah akan olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.

16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.

Kami akhiri dengan penegasan bahawa kafir, zalim dan fasik adalah mereka yang pernah dan sedang mengaku beriman. Itu sangat jelas. Hasil kajian kami menunjukkan ramai juga orang bukan Islam yang baik yakin dan suka Hudud dilaksana. Ini kerana mereka tidak minat melakukan jenayah dan mahu hidup aman tanpa jenayah. Ironinya ramai Muslim yang menentang kerana mereka belum faham dengan jelas atau memang mereka sendiri masih cenderung melakukan jenayah.

Kegagalan melaksana Hudud di Malaysia kerana ia banyak dikaitkan dengan unsur POLITIK. Disinilah perlunya peranan RAJA. Malangnya orang Islam sendiri pun sudah ramai yang tidak suka Raja. Jika ada yang tidak kena dengan Raja, tugas kita ialah menasihati mereka, bukan membuang institusi Raja.

Silalah tarik nafas dan bermuhasabah diri. Marilah doakan agar pemimpin Malaysia akan mendapat hidayah yang sama. INSYAALLAH.

HASIL IQRA’

Warga Prihatin

Brunei laksana hukum Hudud

00 sultan brunei

Utusan Melayu

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.

“Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

“Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam,” katanya.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.

Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.

Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. – AGENSI

Artikel Penuh- © Utusan Melayu (M) Bhd
BANDAR SERI BEGAWAN – Kosmo
Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.

Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam.

Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.

“Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah baginda dalam satu ucapan.

Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996.

“Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21,” kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu.

Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi.

Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain.

Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan.

Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet.

Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad.

“Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu,” katanya. – Agensi, Kosmo.

Tips Munakahat – Apakah Ciri Suami Kesukaan Rasulullah s.a.w.?

00 isteri sujudTips Munakahat – Apakah Ciri Suami Kesukaan Rasulullah s.a.w.?

Permintaan Artikel parenting tips kami dianggap minuman lazat dari syurga. Walaupun kami rasakan ROHIK itu belum cukup masak peramannya, namun penghuni neraka keluarga merasakan ia sudah cukup lazat dan mampu menghilang dahaga. Artikel yang asalnya menjurus kepada pemulihan porak perandanya institusi keluarga sedia ada telah didesak untuk membantu pasangan baru. Malah ada yang minta kami buat kursus perkahwinan.. Subhanallah… sabar saja lahhh.!

WANITA TERTEKAN

Dalam siri artikel kami yang menyentuh soal parenting, khususnya yang menyentuh soal wanita bekerjaya, banyak merasakan yang wanita tertekan. Masing-masing menyuarakan yang artikel itu tidak adil dan mereka merasa teraniaya. Ramai yang seolah-olah menjerit kononnya ingin berhenti kerja tapi tiada upaya kerana kerjaya mereka menjadi tulang belakang nafkah keluarga. Tak pasal pasal kami pula yang kalian maki..! itulah nasib kami.

Amat kasihan kami melihat rintihan para isteri dari ribuan respond yang kami terima dari kupasan isu dalam artikel tersebut. Ramai yang nampak kebenaran cadangan yang diutarakan namun tidak mampu berbuat apa-apa. Tidak mengapalah para isteri sekalian, jika anda dalam keadaan TERPAKSA, itu adalah darurat namanya. Banyak perkara yang haram menjadi harus dalam situasi darurah. Begitulah juga sebaliknya bagi yang halal.

Warga Prihatin ini bukan penulis atau KLINIK RUMAHTANGGA yang bersifat individu. Kami menulis secara berjemah, mengemukakan hasil kajian yang mendasar dan telah kami sendiri laksanakan hasil kajiannya.

Kami tulis atas dasar kasih agar anda tidak sengsara seperti apa yang kami rasa sebelumnya. Kami gunakan subjek keluarga kami sendiri, bercampur dengan rujukan-rujukan yang hadir kepada kami. Kami dedahkan semuanya untuk membantu anda membuat islah dalam keluarga, bukan untuk mencari publisiti atau royalti. Jika kami sedang mengupas permasalahan golongan isteri, tugas kami adalah menelanjangkan segala kepincangan yang kami temui. Begitu juga halnya bila kami mengupas isu suami.

HAKIKAT MASJID & SUJUD DALAM RUMAHTANGGA

Selama ini kita dengar ungkapan bahawa mendirikan rumahtangga adalah ibarat MENDIRIKAN MASJID. Malangnya tidak ramai yang mengkaji apakah kaitan MASJID dengan RUMAHTANGGA.

Masjid adalah satu gabungan prakata MA-SUJUD (tempat-sujud). Sebelum mendirikan rumahtangga harus kita sama-sama berusaha menyenaraikan apakah pengisian yang wajib diadakan bagi melengkapi institusi masjid dalam rumah tangga kita.

Hadis dalam gambar di atas seolah-olah meminta seorang isteri itu sujud kepada suami. Itulah tempat sujud secara umumnya. Cara sujud bagi seorang isteri sebagai syarat menempati syurga ialah mengerjakan rukun Islam yang biasa dan mematuhi perintah suaminya – itu sahaja hakikat sujud dan syarat masuk syurga bagi isteri.

Soalnya layakkah dipatuhi jika sang suami masih tidak sedar diri? Masih leka dan sibuk menyembah berhala?

SEJARAH KEHADIRAN SEORANG LELAKI DI BUMI

Inilah soal pokok yang paling berat sekali. Hasil penelitian kami, dunia ini sedang dilanda bencana kepimpinan keluarga yang paling besar. Dunia sedang dibuai leka di mana ketiadaan cukup lelaki yang ada fungsi halkum dan suara untuk menjadi sarana sujud bagi kaum wanita. Lelaki sekarang sangat rendah kelelakiannya di sisi Allah.

Jika Islam telah tegak sebelumnya, namun Rasulullah s.a.w. itu dilahirkan dalam masyarakat yang telah jahil semula. Baginda memerhati pusingan zaman, sejak zaman Adam sampai zaman baginda. Kerana itulah baginda mampu dengan yakin menyatakan jahiliyah itu akan BANGKIT semula. Dari mana baginda dapat menelek dan meneka? Ia dari kajian pusingan sunnah zaman berzaman.

Kajilah dengan mendalam apa yang terkandung dalam kitab Hadis Akhir Zaman. Anda akan lihat bagaimana kegemilangan Islam yang telah Rasulullah s.a.w. tegakkan dahulu juga telah jadi begitu. Ia mengulangi pusingan kejatuhan yang sangat jelas dan nyata sekali. Kita semua sudah kembali berada dalam syurga kayangan, ibarat Adam dan Hawa di langit sana dulunya. Syurga hayalan yang sedang dikuasai oleh malaikat bernama syaitan yang nyata.

Dalam syurga itu, Adam tiada suara dan pendirian yang tegas. Adam hanya mengikut sahaja kehendak isterinya Hawa. Segala buah yang ada di syurga kayangan itu Hawa nak ajak Adam rasa. Larangan Allah sedikitpun Adam tidak ambil kira. Apabila telah tercekik dengan buah khuldi barulah Adam bersuara dan sedar semula.

Kesedaran dan ketegasan halkum Adam itulah yang menyedarkan Adam dari hayalan di syurga yang sebenarnya neraka syaitan. Setelah tercekik dan mampu bersuara itulah Adam terdampar di Bumi. Malangnya di bumi Adam hanya sendiri. Amat sunyi dan pilu sekali, tidak mampu berbuat apa-apa tanpa kehadiran isteri. Lalu Allah hadirkan kepadanya isteri kesayangannya Hawa di Arafah sana. Dikatakan selepas 200 tahun lamanya. Itulah titik pertemuan atas dasar ilmu, Arafah yang terkait dengan arif dan hujjah.

Siapa Adam? Ya dia adalah lelaki yang pernah menjadi ketua keluarga yang mengikut telunjuk isterinya di syurga kayangan dahulunya. Adam disedarkan untuk bersuara setelah tertelan buah khuldi dari pohon syurga hayalan lalu Allah minta mulakan kehidupan semula di dunia. Allah letakkan Adam di alam nyata dan Allah ajarkan Adam semula segala nama-nama. Inilah analogi re-instalasi.

Wahai kaum Adam. Sedarlah diri. Segala bencana keluarga dan dunia ini hasil dari kebodohan atau kelalaian kita sendiri. Ini semua telah membuatkan institusi keluarga duduk di bawah telunjuk dan kuasa isteri. Itu tidak fitrah sama sekali. Mari kembali kepada fitrah Allah bahawa lelaki itu pemimpin keluarga dan bukan sebaliknya. Mari sedar dari lamunan dan kembali mempelajari ilmu agama untuk memimpin keluarga. Lihatlah di ruang komen yang nyata, semua kesedaran datang dari golongan wanita. Di mana Adam?

Kami rasa ini baru intro sahaja tapi sudah cukup panjang untuk satu penulisan bertaraf tips. Jadi kami terpaksa berhenti di sini. Ciri suami yang dijanji terpaksa kami tulis dalam siri berikutnya kerana setiap artikel kami akan ada yang komplain – terlalu PANJANG!.

Bersambung dalam siri yang bakal mengupas falsafah RUKUN NIKAH…

Kudap Munakahat
Warga Prihatin

TIPS MUNAKAHAT – KONFLIK MERTUA & IPAR DUAI

00 mertua.jpegB

TIPS MUNAKAHAT – KONFLIK MERTUA & IPAR DUAI

Artikel kali ini sekadar menjawab soalan-soalan yang berkisar dengan kegagalan suami mengatur keluarga sehingga timbul pelbagai konflik keluarga. Biar kami ulas mengikut kes yang diutarakan. Kami tidak kenal anda dan hanya mengulas mengikut pandangan dari hasil kajian kami sahaja, tidak berminat untuk tahu atau campur sebarang gosip atau politik dalam keluarga anda.

TANGGUNGJAWAB SUAMI PADA MERTUA

Kami rasa harus dijelaskan dahulu polisi diri suami dalam hal ini. Sebelum menikahi seorang wanita kita harus tahu bahawa wali kepada isteri kita itu adalah wakil Allah yang telah menyerahkan tanggungjawab mereka terhadap anak gadis kepada kita. Hubungan kita dengan mereka terikat dengan hukum. Sebaik saja kita menikahi isteri kita, maka ibu mertua menjadi mahram kita, tidak batal pun wuduk kita dengan ibu mertua. Bahkan selepas selepas kita ceraikan isteri kita juga mereka masih tetap ibu mertua kita.

Orang dahulu mengenali atau memikat keluarga calun isteri terlebih dulu sebelum meminang. Sebahagiannya tidak kenal pun calun isteri mereka. Kita sekarang masing-masing cari jodoh sendiri. Jika kita ingin mengikut sunnah nabi, maka kita harus mengambil pendekatan orang tua dahulu, iaitu bersahabat mesra dengan mertua. Dengan rasa hormat dan kasih sayang semua urusan jadi senang.

Sila perhatikan bagaimana Musa a.s. mengambil hati bapa mertuanya Syuaib. Baginda mengabdi dengan bakal mertuanya selama 10 tahun sebelum menikahi isterinya. Rasulullah dengan mertuanya Abu Bakar a.s. juga saling bersahabat. Begitu juga sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin.

KONFLIK SARAHIDUP:
ISTERI KIRIM BELANJA KEPADA KELUARGA?

PENDIRIAN KAMI, adalah harus bagi seorang isteri yang bekerja untuk mengirim belanja bagi menolong keluarga sendiri jika diperlukan. Syaratnya ia harus dilakukan dengan izin suami, bukan secara bersembunyi. Amalan kami dalam hal ini ialah biarpun wang itu dari isteri, adalah lebih bijak dan murni jika ia disampaikan kepada ibubapa oleh suami kita. Pasti ia lebih merapatkan lagi hubungan suami dengan ibu bapa kita.

Kebiasaan konflik yang berlaku ialah isteri melakukannya secara bersembunyi kerana hubungan suami tidak bagitu murni dengan keluarga mertua. Dalam hal ini, kaedah SYURO antara suami isteri adalah arahan ALLAH untuk mencari punca masalah dan menyelesaikannya. JANGAN SUKA MERUJUK KE MAHKAMAH kecuali anda memang hendak bercerai.

SUAMI SARA KELUARGA INDUK – MEMBIARKAN ISTERI YANG BEKERJA MENYARA KELUARGA

Kes ini merujuk kepada suami yang bertindak membantu adik-adik dan keluarga besarnya. Dikatakan ketahap mengeluarkan modal berniaga untuk adik-adiknya. Akhirnya isteri terpaksa menanggung seluruh nafkah keluarga. lebih teruk lagi habis wang sendiri, minta pula wang isteri untuk menanggung adik-adiknya. Ini telah membuatkan isteri makan hati dan memendam rasa. Masalahnya anak-anak sendiri sudah besar dan memerhatikan kepincangan itu lalu timbul rasa kurang senang si anak pada keluarga suami.

Pendirian kami dalam hal ini ialah sebagai suami, kita harus memikul tanggung jawab penuh terhadap nafkah keluarga kita sendiri. Itu jihad kita. Jika ada lebihan, pastinya baik untuk kita membantu keluarga kita sendiri. Tapi perhatikan juga desakan hidup keluarga isteri. Biarlah adil dan berpada-pada. Kalau sampai adik nak berniaga pun kita kena bantu juga, sedangkan keluarga sendiri isteri yang tanggung, itu teramat aneh dan tidak fitrah sama sekali. Tambahan sampai minta wang isteri untuk bantu adik beradik sendiri, itu amat keterlaluan DAYUSNYA. Lainlah jika memang isteri sangat suka dengan adik beradiknya dan ingin menghulur bantukan atas dasar sayang dan rela.

BAGAIMANA NASIB IBU ISTERI ATAU SUAMI YANG PERLUKAN BANTUAN:

JIKA kita mampu memang amat baik membantu mereka bagi mengenang jasa. Itu juga mendidik anak-anak kita agar ikut melakukannya bila kita sudah tua. Tetapi jika keluarga kita sendiri belum kecukupan, kita harus mengutamakan keluarga sendiri. Selebihnya sulam cara hidup dengan amalan jimat cermat dan jadikan itu motivasi untuk kita mencari pendapatan tambahan untuk memberi rahmat kepada semua. Itu paling murni.

Jika ibu sendiri atau mertua kita adalah ibu tunggal dan memerlukan sara hidup, rasanya tidaklah banyak mana kos yang harus kita tanggung. Lebih baik jika kita boleh ajak mereka tinggal bersama agar dapat kita jaga mereka di hujung usia. Dengan itu anak kita juga dapat ikut belajar dari kita bagaimana mengenang jasa dan menghargai orang tua. Tidaklah nanti mereka tenggelam punca bagaimana merawat kita bila kita sendiri sudah tua.

Jika memang kita benar-benar tidak mampu, dan ibu bapa kita dalam katagori fakir, Islam ada cara tersendiri melalui Baitulmal untuk menangani masalah itu. Mohonlah dengan telus.

KONFLIK TINGGAL DI RUMAH MERTUA

Ini adalah antara masalah besar yang banyak dirujuk kepada kami. Ada juga yang memutar fakta bahawa kita tidak harus membawa mertua tinggal serumah. Bukan itu yang kami maksudkan. Kami sendiri menggalakkan, suka sangat jika mertua kami sudi tinggal di rumah kami. Akan kami didik anak-anak agar menghormati dan melayani mereka selagi ada usia. Lihat kes berikut,

DALAM kes yang ringan, ada isteri yang mengadu serba salah dan bingung dengan sikap suami yang membawa mereka dan anak-anak tinggal bersama keluarga suami. Alasannya untuk menjimatkan belanja. Ibu mertua pula jenis cerewet dan bengis. Susun atur rumah jangan sentuh. Suaminya pula sangat dimanjakan dengan belanja dan sangat pemalas dalam urusan kerja dan joli melayan bermacam-macam hobi. Lebih teruk lagi jika suaminya anak tunggal. Segala urusan nafkah isteri yang tanggung.

Akibatnya Kreativiti isteri akan terhakis dalam hal ini. Emosi tertekan dan akhirnya retak membawa belah. Anak-anak jadi keliru, nak dengar cakap ayah atau nenek dan atuk mereka? Akhirnya berlaku konflik kepatuhan dan ini sangat menyukarkan anak-anak. Jika memang ibu bapa sudah tua dan memerlukan pengorbanan kita tinggal bersama untuk menjaga mereka, itu lain cerita.

DALAM KES BERAT, ada beberapa pasang keluarga mendiami rumah yang sama. Bukan sahaja isteri jadi serba salah, malah orang tua dan adik beradik suami yang masih bujang juga menjadi bengang. Rumah sebuah menjadi kediaman banyak kelamin dan menimbulkan banyak fitnah di kalangan ipar duai.

Sesetengah orang tua suka rumahnya dipenuhi anak cucu. Ada juga sebahagiannya yang ingin tenang dan menyendiri, menumpukan ibadah dihujung usia. Hendak mengusir anak tidak sampai hati. Jadi kita harus RETI BAHASA dalam hal ini.

ULASAN KAMI dalam hal ini agak pedas. Suami yang begini memang jelas kedayusannya. Orang tua kata “biar banyak rumah, jangan banyak serumah”. “Jauh bau bunga, dekat bau tahi”. Rumahtangga kita adalah aurat dan rahsia kita. Ia ibarat MEMBINA MASJID, wadah kita selaku IMAM mendidik kepatuhan isteri dan anak-anak kepada kita. Itu hakikat sujud dalam masjid rumahtangga.

Jika kita duduk bercampur aduk begitu… Bagaimana kita nak bina masjid dalam rumah tangga kita sendiri? bila kita nak didik isteri dan anak-anak kita untuk sama-sama membina rumahku syurga ku (baiti jannati) mengikut acuan kita sendiri? siapakah abal hakam yang harus dipatuhi anak-anak dalam keluarga di rumah sebegitu?

Berapa banyak kes sumbang mahram telah berlaku? Bapa mertua rogol menantu.! Sepupu meniduri sepupu..! Bapa saudara merogol anak sedara..! Abang ipar meniduri adik ipar sampai sedawa..! Semua itu berlaku dalam rumah sendiri. Tiada pencegah maksiat akan membantu. Ini semuanya akibat dari percampuran ipar-duai yang tidak mengikut hukum Allah. Jika mana-mana ketua keluarga (abal hakam) membenarkan ia berlaku, itu sudah jelas mereka tidak faham hukum-hakam. Batas hukum dalam kehidupan harian selepas itu tentu sekali lebih teruk lagi.

Kami amat sedih bila dirujuk dengan kes sumbang mahram yang sudah lebih teruk dari haiwan ini. Anak perempuan kita yang belum tahu apa-apa, seusia 5 tahun sudah diperkosa beramai-ramai bertahun-tahun oleh saudara-mara sendiri. Semuanya kerana kelemahan Abal Hakam pengatur keluarga. Dapat anda lihat neraka dunia hasil dari kedayusan seorang lelaki? Sudah boleh yakini sabda nabi bahawa “lelaki dayus tidak akan cium bau syurga”? Inilah salah satu contohnya.

Kami tidak boleh menjawab terlalu panjang kerana lebih banyak menulis lebih panas telinga kita semua. Sila jenguk juga artikel Jahiliyah Moden (gambar lembu) gambaran hidup kita sekarang. Semuga kami dapat memenuhi keperluan yang bertanya dan semuga dapat menyedarkan kita yang masih alpa dan leka.

TIPS MUNAKAHAT
Warga Prihatin.

Tips Munakahat – Suami Makan Gaji Isteri?

00 gaji isteri
Tips Munakahat – Suami Makan Gaji Isteri?

Ekoran dari pencerahan hukum suami makan gaji isteri yang disiarkan oleh Wanita Hari Ini TV3 kami menerima banyak permintaan untuk mengulas lebih lanjut beberapa kontroversi dalam isu ini. Persoalan apakah benar gaji isteri hak suami atau apakah hukum suami memakan harta isteri?

Kami sudah lihat rakaman WHI itu dan tidak nampak sebarang percanggahan secara langsung. Kami lihat ia banyak mencetus rasa tidak puashati yang memang sedang subur dalam banyak rumahtangga moden dewasa ini. Pendekatan hujah lebih bersifat komersial di mana ia lebih mengajak pasangan ke mahkamah. Ini lebih kepada menyuburkan perbalahan antara suami isteri, samada ia membawa penceraian atau tuntutan selepas pasangan bercerai.

Pertamanya ingin kami jelaskan lagi bahawa selepas sahaja akad nikah, dosa pahala, tanggungjawab nafkah seorang wanita adalah menjadi tanggungjawab suami secara mutlak. Itu soal pokoknya.

APA HUKUM ISTERI BANTU SUAMI BEKERJA?

Hal itu sudah dijelaskan dalam siri artikel dilema isteri berkerjaya. Perintah Allah ialah agar isteri duduk dirumah, menjaga rumahtangga, anak dan harta tinggalan suami. Fatimah r.a., Puteri Rasulullah s.a.w. sendiri membantu suaminya membuat roti tetapi tetap dirumah. Ada juga pasangan yang ikut berkerja, tetapi mereka bekerja dengan suami mereka, berniaga dan sebagainya. Pelajarannya ialah selagi rumahtangga tidak terabai dan tiada fitnah nusyuz maka hukumnya harus. Keperluan utama ialah kedamaian dan kesejahteraan rumahtangga.

Jika pendapatan suami mencukupi untuk menyara kehidupan yang sederhana dan ditambah dengan habit berpuasa, maka isteri tidak harus keluar bekerja. Dalam hal ini suami boleh jatuh dayus jika ia masih membenarkan apatah lagi menyuruh isteri keluar bekerja. Ini bagi mengelak fitnah nusyuz dan menjaga kebajikan anak-anak di rumah.

APA HUKUM SUAMI MAKAN GAJI ISTERI?

Asas hujah kami ialah pencarian nafkah itu tanggungjawab suami. Isteri bekerja adalah dengan kebenaran suami. Namun begitu kami juga telah jelaskan bahawa suami yang bermaruah tidak akan memaksa isteri bekerja. Jika terpaksa juga maka ia adalah atas dasar desakan kehidupan dimana pendapatan suami tidak cukup. Ia juga atas persetujuan bersama. Sekiranya suami cukup pendapatan, ketetapan Allah ialah agar isteri kekal di rumah. Tiadalah isu suami makan gaji isteri dalam hal ini.

Semak semula UNTUNGRUGI ISTERI BEKERJA termasuk contoh-contoh yang telah kami beri. Bagi kami perbelanjaan yang tidak seharusnya keluar sekiranya isteri tidak bekerja seperti kenderaan tambahan, belanja perjalanan, maid, taska dan sebagainya BUKAN TANGGUNGAN SUAMI kecuali jika suami mampu dan sukarela menanggungnya. Itu saja fokus kami agar anda kira semula untung ruginya isteri bekerja.

Memang kebanyakkan kes yang diajukan kepada kami adalah isteri ingin berhenti bekerja namun ekonomi keluarga tidak mengizinkan. Dalam hal ini isteri yang bekerja adalah atas dasar perintah suami walaupun tidak begitu rela. Isteri seharusnya berusaha menjaga diri menjauhi segala fitnah nusyuz jika keadaan memaksa mereka bekerja.

Bilamana gaji suami kecil dan tidak mencukupi, hendaklah diatur melalui prioriti perbelanjaan. Segala keperluan asas rumah tangga harus ditanggung oleh gaji suami dahulu. Apabila itu tidak mencukupi barulah menggunakan gaji isteri. Perbelanjaan asas rumahtangga adalah jihad fi-sabilillah bagi seorang suami. Oleh itu Pemberian pendapatan isteri kepada suami menjadi harus atas dasar darurah. Harus diingat darurah itu bersifat sementara, bukan selamanya. Suami harus berusaha keras untuk segera menamatkannya.

Oleh itu jika setelah gaji suami habis namun masih ada yang kurang, disitulah datangnya harus bagi isteri menyerahkan pendapatannya untuk sara keluarga. Isteri pula harus niatkan sebagai infak atau sedekah kepada suaminya yang kekurangan. Suami pula harus ingat itu hanyalah ikhsan isteri dan mereka berhutang MORAL dengan mereka.

BAGAIMANA SUNNAH KHADIJAH RA YANG MEWAKAFKAN HARTANYA?

Inilah pokok hujah yang membolehkan suami menggunakan harta isteri. Namun lihat dahulu untuk tujuan apa? Ia HANYALAH untuk tujuan jihad fi sabilillah, bukan sewenang-wenang untuk memenuhi kepentingan peribadi sang suami semata-mata.

Terlalu ramai kes yang diajukan kepada kami merujuk situasi dimana suami mengambil kesempatan dari keberadaan harta isteri. Begitu ramai suami yang lepas tangan tentang bil semasa dan belanja makan pakai keluarga hanya kerana isteri bergaji dan berharta. Sekali lagi kami ulangi itu bukan yang kami sarankan. Suami begini adalah dilaknat Allah dan isteri yang bersabar dengan suami seperti ini mendapat ganjaran yang sangat besar disyurga jika mereka redha dan terus bersabar.

Lebih malang lagi dimana ada suami yang mengambil mudah akan tanggungjawab mereka. Isteri dan anak diajak duduk serumah dengan mertua. Tambahan pula ibu suami terlalu memanjakan anak lelakinya. Lebih parah lagi bila peraturan Islam tidak berjalan dalam percampuran warga di rumah mertua. Isteri akan tertekan kerana tiada kebebasan mengurus rumahtangga dan terlalu kerap berlaku konflik dengan keluarga mertua. Boleh anda bayangkan bagaimana suami dayus ini mampu membina syurga rumahtangga?

Ramai juga suami yang merokok, kaki mabuk, masih menghabiskan masa berpoya-poya dengan aktiviti clubbing, mementingkan hobi berlebihan seperti bermotor besar, modifikasi kereta, drifting, memancing, golf, berjudi dan banyak lagi. Semuanya menghabiskan wang sendiri dengan mengabaikan tanggungjawab rumah tangga. Bukan sahaja isteri harus memikirkan belanja keluarga, malah suami turut meminta wang untuk memenuhi hobi sendiri.

Lebih menjijikkan lagi bagi para suami yang malas bekerja, tetapi tidak habis-habis menambah isteri yang bekerja, kononnya menyanyikan sunnah poligami. Isteri tua sering menjadi mangsa. Perhatikan kes study yang telah kami berikan.

Kes-kes sebegini amat dikesali dan ia tidak Islamik sama sekali. Tentunya suami begini dalam katagori dayus dan tempatnya adalah neraka jahannam. Apa itu jahanam dalam rumah tangga? Rasanya anda boleh bayangkan sendiri…

HUTANG SUAMI TERHADAP ISTERI?

Soalan ini mudah sahaja. Jika isteri memberi dengan ikhlas kerana kasihan dan sayangkan suami yang baik, ia tidaklah menjadi hutang dan tiada isu lagi.

Apabila isteri tidak redha, suami pula setuju dengan akad ‘pinjam/berhutang’ wang untuk contohnya belanja rakan pejabat makan-makan atau nak beli motor besar, nak kawin satu lagi… maka HUTANG WAJIB DIBAYAR dan isteri boleh menuntut. Jika satu masa suami kembali berakhlak dan isteri redha, hutang boleh dihapus kira oleh isteri atas dasar kasih sayang. Itulah hakikat bahawa perkahwinan itu satu perkongsian. Kerana itu segeralah ajak suami anda kembali kepada cara hidup Islam yang sejahtera.

KESIMPULAN

Apa sahaja harta peribadi yang tidak dari hasil pemberian suami sewaktu bernikah tidaklah menjadi hak suami sama sekali secara hukum. Ini termasuklah wang simpanan isteri sebelum berkahwin, harta pemberian atau pusaka dari keluarga isteri atau apa sahaja. Namun jika ada keperluan yang jelas ada siroot dan jihad sabilnya, bukan atas jalan maksiat lalu isteri mahu memberi dengan rela atas dasar kasih sayang terhadap suami, maka ia menjadi harus.

Pemberian isteri kepada suami atau permintaan mendesak dari suami yang mengabaikan nafkah keluarga, bahkan untuk memenuhi hobi dan nafsu gila suami adalah HARAM. Ini boleh manggalakkan kemaksiatan dan budaya dayus di kalangan suami. Hasilnya pasti NERAKA RUMAHTANGGA.

Kami harap kami sudah menjawab setiap persoalan yang bermain di minda anda yang bertanya. Cetusan kami mengikut apa yang kami kaji dan amalkan. Jika anda ada ketetapan yang lebih baik, sila jangan memberatkan minda untuk mengikuti cetusan kami ini.

PENCERAHAN SEMULA
Warga Prihatin

LARANGAN PEMBUKUAN ARTIKEL WARGA PRIHATIN

00 buku

LARANGAN PEMBUKUAN ARTIKEL WARGA PRIHATIN

Melalui siri artikel yang membahaskan tentang kontroversi isteri bekerjaya telah menimbulkan persoalan khusus seperti ‘Haram suami makan gaji isteri’? Isu ini telah dipetik oleh TV3 dalam program ‘Wanita Hari Ini’. Juga pencerahan tentang falsafah disebalik IKHLAS dari kata pokok KHOLAS dalam ‘Motivasi pagi’. Ia dikatakan sama tepat dengan isi video “Ulasan Puan Zaiton – Pegawai Khas EXCO ADUN Negeri Selangor” yang diupload 4 tahun dulu. Walhal selama ini tidak pernah ada sesiapa yang mengulas sebegitu rupa. Begitu juga halnya dengan banyak isu-isu lain.

Ramai yang bertanya adakah Prihatin ditaja atau ada link dengan media perdana, TV3 dan RTM? Ini kerana terlalu banyak artikel Prihatin yang turut dibincang di media itu sebaik saja ia disiarkan di blog prihatin. Banyak juga fakta hujah yang memang tidak pernah kita dengar sebelum ini dikatakan telah digunakan, seolah-olah mereka mencedok hujah dari artikel prihatin.

Subhanallah, sekali lagi ingin kami tegaskan yang kami tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Jika pun ada individu dari mana-mana PARTI yang bersedekah lalu terakam gambar atau berita mereka, maka itu adalah bersifat peribadi. Kami juga tidak mencedok dari mana-mana sumber selain dari sumber alquran dan penggalian sunnah. Oleh itu kami tidak berbuat untuk siapa-siapa selain dari memenuhi perintah Allah dan Rasul. Kami kaji dan pelajari kesemuanya kerana kami sedang mencuba untuk melaksana keseluruhannya untuk islah keluarga dan anak jagaan kami sendiri.

Mana-mana hasil kajian yang kami telah rasakan yakin SIROOTnya dan berhasil pula SABIL perlaksanaan dari hasil kajian itu, maka kami kongsikan kepada umum. Kalaupun memang ada pihak lain memetik isu dan fakta hujah yang kami paparkan, itu adalah wajar kerana kami menulis memang sebagai bahan dakwah, bahan seruan untuk disebarkan seluas mungkin.

Mungkin juga isi siaran itu sekadar satu kebetulan. Kami tiada masalah untuk itu bahkan bersyukur kerana ada pihak lain yang turut fokus kepada isu yang sama dalam masyarakat kita.

ISU ROYALTI & SEKATAN HARTA INTERLEK

Ada yang mengaitkan dengan royalti cetakan atau siaran. Sekarang ini pun banyak ustaz-ustaz ternama selalu menasihati audien agar tidak membeli rakaman cetak rompak dari ceramah mereka. Mereka menyatakan bahawa Prihatin seharusnya mendapat royalti dari hasil kajian itu. Bahkan tidak mustahil setelah mereka cetak atau siarkan, ia bakal menjadi harta intelek mereka. Pembaca bimbang nanti Prihatin pula yang dikatakan mencedok dari mereka…

Insyaallah, Itu semua juga kami tidak kisah. Kami yakin ilmu hanya milik Allah dan tidak layak kita mengambil kredit samada dalam bentuk royalti atau bentuk apa jua sekalipun. Kami tidak sampai hati memaksa masyarakat membayar ilmu yang Allah kurnia itu kerana ia milik semua. Jika satu hari nanti kami dilarang menggunakan fakta cetusan kami sendiri, kami ada bukti tarikh publikasi awal kami di blog dan facebook. Bahkan syuro keluarga kami juga kami rakam. Terlalu mudah untuk membuktikan siapa cedok siapa.
Itulah hakikat Kajian & Pembangunan (R&D) yang sebenar. Kami cuba bangunkan hasil kajian kami sendiri untuk memastikan KEBENARAN & KEBERKESANANNYA. Bukan hasrat untuk kami menulis kitab atau membuat video yang bertujuan meraih royalti.

Ilmu Allah ini tidak boleh dijadikan hakmilik sendiri. Orang yang ikhlas akan menyatakan dari mana sumber hujahnya, terutama jika belum pernah dicerahkan oleh sesiapa sebelumnya. Penulis lain menamakan itu sebagai kredit. Tetapi bagi kami, itu bukan kredit kerana kami tidak mengharapkan kredit. Segala kredit milik Allah. Ia seharusnya dilakukan untuk memberi ruang bertalaqqi, agar pembaca boleh bersoal jawab jika ada kekeliruan. Itu satu dari banyak cara memelihara kesucian ilmu.

Dalam proses penjabaran ilmu ini, artikel kami hanya bersifat PERANTARAAN KALAM sahaja. Kami rasa ia lebih selamat untuk ditulis di blog kerana ia dalam bentuk ‘soft data’ yang boleh diperbaiki bila-bila masa jika ada keperluan. Ia sekadar cetusan yang mengocak minda dan menanam minat cintakan ilmu kepada semua untuk turut membaca dan mencerna.

BAHAYA MEMBUKUKAN AGAMA

Nabi telah jelas menetapkan agar tidak sewenang-wenang menulis kitab di lembaran kertas. Walaupun ramai yang mengatakan itu hadis lemah, namun kami dapat mengesan mengapa hadis ‘selemah’ itu dijadikan mukadimah naskah terjemahan alquran. Lebih meyakinkan kami apabila Allah sendiri memberi amaran yang sama dalam surah 2 Baqarah ayat 78. Kami nampak jelas impak kepada sesebuah buku yang dinamakan KITAB yang akhirnya dijadikan satu KETETAPAN oleh manusia. Itu bahaya kerana KETETAPAN hanya pada KITAB alQuran sahaja.

Sudah banyak kali kami nyatakan kami tidak berani melanggar perintah Allah dan rasul itu. Namun sampai hari ini masih ramai yang menghantar mesej bahkan diruang komen terbuka, masing-masing meminta agar kami bukukan semua cetusan artikel kami. Kami yakin amalan itu akan mematikan proses percambahan ilmu. Penjabaran penuh secara bertulis juga boleh membuatkan alquran dilupakan kerana ia akan membuatkan orang terus lompat kepada konklusi dan hilang minat mengkaji.

Jika kami langgar perintah itu maka penyakit masyarakat akan bertambah. Habit orang kita sekarang ialah malas mengkaji. Mereka hanya suka membaca (mengaji) dan menelan bulat-bulat apa yang dibaca. Allah dan Rasul sendiri minta kita guna akal dan wadah syuro untuk memikir dan meneliti segala sesuatu, sekalipun apa yang didengar dari mulut baginda. Para Imam besar kita turut memberi pesan yang sama, jangan bertaklid buta, jangan belajar HANYA dari perut buku/kertas.

Bagi kami, perlanggaran ini adalah punca jelas terjadinya terlalu banyak mazhab dan pecahan umat Islam waktu ini. Masing-masing mengambil perselisihan pendapat sebagai suatu yang negetif. Mereka menggunakannya sebagai satu ikutan yang membabi buta dengan menutup pintu rundingan dan toleransi dalam beragama. Nampak hebat sikit sahaja, terus kita lompat dan menolak yang lain buta-buta. Itulah jumud namanya.

Sebenarnya kita akan menjadi lebih hebat jika percanggahan pendapat itu kita ambil dengan cara positif. Jika kita ingin merejam syaitan, baca dulu dakyah atau regimnya. Jika kita ingin mengelak neraka, kenali sifat dan kondisi neraka itu dulu. Jika ingin menolak dakyah kristianiti contohnya, kita kena baca injil juga, kerana Kitab itu juga dari Allah asalnya. Tugas kita ialah mencari di mana espek penyelewengannya. Jangan harap kita akan mampu menolaknya jika kita sendiri masih bersangka-sangka. Ironinya kita mahu menolak Bible dengan alquran, tapi Quran dan Injil sendiri kita tidak suka baca dan kaji.

PERTIMBANGAN MENJILID MELALUI E-BOOK

Tidak dapat dinafikan artikel kami saling terkait antara satu dengan yang lain. Untuk memenuhi keperluan mereka yang ingin mengulangkaji, kami boleh terima permintaan mereka agar kami menjilid dan menyusun semula untuk memudahkan mereka membaca. InsyaAllah akan kami usahakan cadangan ini, samada kami susun chapter mengikut katagori di blog, atau dalam bentuk PDF dan e-book sahaja.

Apa yang kami harapkan untuk pembacaan khusus begini ialah, anda harus minta izin dan download ia secara berakad untuk mendapatkan keberkatannya. Berkat bermakna cukup dan bermanafaat kefahamannya. Sekurang-kurangnya kami kenal anda dan anda tahu di mana nak merujuk ketika mana ada kekeliruan di belakang hari nanti. Disitulah keberkatannya. Insyaallah jika kami sudah tiada, anak-anak kami akan mampu membantu pencerahan itu sedikit sebanyak. Tidaklah nanti pembaca teraba-raba.

POLISI BASMALAH UNTUK SEDEKAH ILMU

Ya memang ramai yang sanggup membayar harga buku dan bahan dakwah. Nabi bersabda “ASSOLAATUDDU’A”, “Solat itu Doa”. Doa bermakna seru. Bahan dan usahanya dipanggil dakwah. Penyerunya dipanggil Daie.

Allah pula berfirman “WASTA’INU BISSOBRI WASSOLAH. Minta tolonglah dengan sabar dan SOLAT”. Hakikatnya solat itu ialah satu proses TARBIAH yang sangat besar, satu kaedah PERHUBUNGAN kita dengan Allah. Ia adalah proses pemberian dan pencarian pertolongan melalui dapatan hidayah Allah. Masalah kita boleh selesai dengan melaksanakan hidayah itu.

Soalnya sekarang, di mana saja ada seruan solat, disitu Allah susul dengan seruan zakat. “AKIIMUSSSOLAH WA’ATUZZAKAH”. “Dirikan solat dan keluarkan zakat”. Di manakah falsafah di sebaliknya?

Jika anda nampak ada serba sedikit unsur kebenaran (siddiq) dari cetusan ilmu itu, jika anda rasa ia berguna dalam usaha dakwah atau penyelesaian masalah anda dan keluarga, maka pasti terdetik dihati untuk anda zahirkan nilaiannya. Untuk itu, terserah pada anda untuk membenarkan kebenaran dan keperluan ilmunya setulus hati anda dengan pemberian zakat atau sedekah (siddiq > sodaqoh).

Kita semua akur bahawa KEBENARAN dan KEBAIKAN hanya datang dari Allah. Kita selalu bayar tiket mahal untuk menonton teater atau konsert berdasarkan kehebatan artis atau kualiti persembahannya. Kita juga bayar yuran motivasi atau sedekah kepada penceramah agama yang kita hadiri mengikut kemampuan poket dan kelegaan hati kita selepas ceramah itu disampaikan.

Konsepnya sama saja. Cuma yang satu kita membenarkan (siddiq>sedekah) untuk program maksiat yang menjerumus kita ke jurang neraka. Yang satu lagi untuk membenarkan (siddiq>sedekah) program ilmu yang membawa kita kesyurga.

Terkait dengan hal itu, seruan kami biarlah sedekah IKHLAS anda nanti menjadi tanda anda benar-benar ingin membainatkan (to prove) pujian anda terhadap ungkapan SODAQOLLAH dan SODAQO-RASULULLAH, sebagaimana anda menyebutnya setiap kali usai membaca firman dan hadis. Itu pertanda anda merasa berterima kasih atas nikmat ilmu dan pedoman yang diperolehi darinya.

Mudah-mudahan sedekah anda akan melancarkan lagi pengembangan usaha R&D kami untuk kesinambungan pembangunan ummah seterusnya.

NILAIAN IKHLAS

Ikhlas bermaksud maksima (kholas) mengikut kemampuan diri dan penilaian ilmu yang anda perolehi. Founders RPWP telah melihat nikmat ilmu dan amal, lalu mereka mewakafkan SELURUH HARTA & DIRI. Ini adalah kerana mereka ingin menzahirkan nilaian kebenarannya melalui sedekah/wakaf/zakat mereka. Itu nilaian yang menunjukkan tahap kenikmatan yang mereka rasa. Ia terlalu bersifat peribadi, sangat bergantung kepada nilaian iman dan hati.

Jika dicetak dikertas, maka harganya menjadi tetap. Kaya miskin akan membayar dengan harga yang sama. Nanti akan ada orang yang tidak mampu namun sangat memerlukan ilmu tidak berpeluang merasa nikmatnya sama sekali. Itu pasti akan menyukarkan usaha menerapkan keadilan dalam sebaran ilmu Islam.

Ikhlas itu bermaksud, orang yang mampu bersedekah mengikut kemampuan. Ada orang bersedekah rm10 atau rm100 mendapat nilai ikhlas 100% kerana itu saja yang ada dalam poket dia. Tambahan pula jika mereka itu kurang noda dan dosa. Ada orang bayar rm1,000 tetapi tidak mendapat keberkatan ikhlas kerana dalam poketnya ada RM yang berjuta-juta. Apatah lagi jika mereka hidup resah gelisah kerana penuh dengan dosa dan noda. (sila baca QS: 9 At-taubah, 103)

Begitulah juga nilai syurga dan neraka. Kerosakan yang berlaku akibat dari kejahilan orang miskin mungkin bernilai RM100, tetapi kerosakan yang dapat diselamatkan dari secebis ilmu bagi orang kaya mungkin bernilai jutaan RM. Subhanallah.

Pencerahan dari
WARGA PRIHATIN.

RAHSIA DOA 1 – ANTARA FAKTA SAINTIFIK DAN METAFIZIK

00 din.jpg 2.jpeg2.jpeg2

RAHSIA DOA – ANTARA FAKTA SAINTIFIK DAN METAFIZIK

Setiap Isnin Khamis Anak-anak kami berpuasa. Semasa sahur mereka diajar berdoa. Setiap malam jumaat pula mereka mengadakan majlis tahlil, bacaan Yasin dan doa selamat. Ramai juga yang tahu akan rutin itu lalu datang menitipkan berbagai hajat dan doa.

Ada yang memohon doa kerana isteri lari, 3 hari selepas itu datang dengan senyum lebar bersama isteri yang lari. Ada yang mengadu anak lari, beberapa hari anak sudah berada bersama kami. Ada beberapa pihak yang berhajat untuk mendapatkan zuriat, sebulan dua lepas itu telah disahkan hamil. Ada yang bersedekah dengan hajat memohon dimajukan perniagaan, kemudian datang dengan senyum lebar yang anda sendiri tahu mengapa dan bermacam-macam lagi. Semuanya dengan izin Allah yang Maha Berkuasa Alhamdulillah.

Dalam kes kesakitan En Din ini juga menampakkan satu yang semacam mistik. Hari Jumaat anak kami ziarah beliau yang terlantar. Pagi sabtu kami upload berita di Facebook. Beberapa minit selepas itu ibu Siti Baya menghubungi kami (7 pagi). Pagi itu juga beliau dan suaminya En.Fuad ziarah En.Din bersama seorang tukang urut. Sebaik saja usai urutan, En.Din merasa lega dan boleh bangun. Usai urutan ke 2 pada hari Ahad En.Din sudah hadir ke RPWP berkerusi roda. Semalam (Isnin) syukur Alhamdulillah beliau sudah berjalan sendiri ke RPWP selepas urutan ke 3.

Kami ingin menarik perhatian pembaca dari beberapa kes study ini untuk kita sama-sama memperbaiki kefahaman dan amalan kita tentang doa.

DALIL NAQLI TENTANG DOA

Antara fakta tentang doa yang harus kita perhatikan antaranya adalah firman Allah bermaksud,

• Allah PERINTAH hambanya berdoa,
• Allah maha mendengar dan memakbulkan doa
• Allah tidak akan ubah nasib kaum melainkan kaum itu sendiri BERUSAHA mengubahnya
• Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat
• HANYA kepada Allah sahaja meminta tolong dan bentuk pertolongan dari Allah adalah HIDAYAH sahaja (Fatihah).

Antara maklumat dari hadis Rasulullah s.a.w. pula ialah,

• Doa itu otak ibadah
• Selawat dan Solat itu doa
• Kekuatan mukmin ialah pada doa

DEFINISI DOA

DOA bermakna SERU. Kita menyeru dalam ertikata meminta tolong untuk kepentingan diri kita atau bagi pihak lain. Oleh itu DOA (seru) terkait rapat dengan DAKWAH (SERUAN). Penyerunya dipanggil Da’ie (pendakwah). Bacaan-bacaan dalam solat adalah sarat dengan unsur doa. Ia adalah seruan dan tarbiyah besar dalam kehidupan kita.

Dalam Surah Fatihah yang juga dipanggil IBU DOA, Allah perintahkan kita agar benar-benar menjadikan Allah itu RAJA (MALIK) di hari Dien (Agama). Allah juga perintah agar kita HANYA mengabdi kepada Allah dan meminta tolong hanya daripadaNya. Secara tidak langsung Allah jelaskan bahawa pertolongan yang Allah sediakan adalah berbentuk HIDAYAH sahaja. Apabila kita amalkan hidayah itu secara istiqomah (SIROOT AL-MUSTAQIIM), kita akan mendapat nikmatnya. Jika tidak kita akan dimurkai dan akan sesat, hidup tanpa petunjuk.

KUASA ALLAH YANG GHAIB DAN METAFIZIK DOA

Sebaik saja kita faham dan hayati Fatihah, maka surah berikutnya, Baqarah Allah perkenalkan kita isi Kitab, Allah seru kita agar jangan ragu dan yakinlah pada Yang Ghaib. Jika Hamba bertanya tentang hal ghaib, Allah maklumkan bahawa Unsur Ghaib itu adalah RAHSIA Allah. Kita wajib mempercayai kewujudannya.

Antara contoh wujudnya unsur mistik atau metafizik ialah bagaimana permainan puja roh. Dahulu pernah masyhur permainan puja Roh yang dimainkan oleh jari dari dua orang menggunakan duit syiling dengan keyboard kertas. Jika anda masih ingat lafaznya “Spirit oh spirit of XXXX if you here me please come to the YES”. Semua soalan dijawab setelah roh masuk kedalam diri pemain.

Anda mungkin pernah lihat di YouTube bagaimana Kubah masjid di Indonesia dipindahkan melalui apungan di udara tanpa kren hanya dengan zikir orang ramai sahaja. Anda juga mungkin biasa dengar pokok besar yang dipuja pernganut Hindu menjadi kebal tidak boleh ditebang atau ditolak bulldozer. Itu tidak termasuk pendedahan unsur magik dan mistik yang berbagai-bagai dari yang pakar dalam bidang ini. Bahkan Zam-zam juga membawa unsur magik.

Dalam hal kemujaraban sesetengah doa anak-anak kami juga kami tidak nampak di mana sentuhan langsung dari tangan kami melainkan berkongsi sedikit HIDAYAH, namun Alhamdulillah ternyata diizin Allah ia makbul. Kami hanya ingin menegaskan bahawa unsur mistik dan metafizik ini WUJUD sahaja, tidak untuk mengulas hak dan batilnya unsur ini sekarang.

Dalam sudut KUASA GHAIB Allah ini, pendirian kami mudah, jika busut dan pokok yang disembah Hindu setempat pun boleh wujud aura ghaibnya, inikan pula ALLAH yang dipuja hambanya serata ALAM ini. Pastinya kuasa ghaib Allah jauh LEBIH HEBAT dari mana-mana kuasa ghaib lain.

HIMPUNAN AMAL BAIK MENJADI PENGUAT DOA:
BAGAIMANA BASMALAH MENGHASILKAN RAHMAT?

Ramai orang suka bertawassul dengan orang alim bagi mendapatkan doa yang makbul. Kononnya orang alim banyak amal dan dekat dengan Allah. Jadi doa mereka tentu akan lebih didengar Allah. Kami ingin kaitkan ulasan saintifik, sudut psikologi dan sosiologi dalam hal ini.

Dalam Sains Bismillah telah diterangkan – apabila kita telah melakukan cukup amalan atas NAMA Allah, pasti kita akan dapat banyak rahmat berupa hidayah dari Allah. Pengembangan Petunjuk dan hidayah yang muncul sepanjang perlaksanaan amal yang berteraskan Basmalah itulah yang dipanggil RAHMAT. Kita akan lebih arif setelah melaksana. “You read You Know, You do, You remember”, “Talking is one thing, Doing is another”.

Sila buka Surah 55 Ar-RAHMAN (1-3) yang menjelaskan hakikat Bismillah ini. Allah mengajar kita nikmat kefahaman Al-quran (ALLAMAL QURAN), sehingga mampu membentuk peradaban MANUSIA (KHOLAQOL INSAN) dari sifat kehaiwanan yang tanpa pedoman asalnya. Akhirnya kita dapat skill, mampu melaksana / membuktikan / membainatkan keberkesanan quran itu sendiri (ALLAMAHU AL-BAYAN). Jika kita berbicara selepas melaksana, pasti BICARA kita selepas itu sangat berbeza. Itulah hakikat RAHMAT/RAHMAN.

BAGAIMANA BASMALLAH MENGHASILKAN KASIH SAYANG ARRAHIM?

JIKA kita melaksana tepat dengan maksud dan caranya (LILLAH & BILLAH), pasti baik hasilnya. Tidak ada manusia biar sejahil dan sejahat manapun ia, yang tidak sukakan kebaikan dan menghargai orang yang berbuat baik. Apatah lagi kasihnya Allah yang melihat hambaNya yang melaksana perintah itu. Itulah hakikat kasih sayang (Ar-Rahiim) dari kerjabuat yang berdasarkan BASMALAH.

Dalam kes En.Din contohnya, Apabila berita dikeluarkan tentang penderitaan insan yang banyak amal murninya seperti En.Din, maka ramai yang nampaknya bersimpati dan turut mendoakan kesejahteraan beliau. Rakan-rakan yang mendoakan majoritinya tidak mengenali beliau pun. Yang mendorong mereka menolong ialah kerja amal En.Din yang telah dibuat atas nama dan perintah Allah lalu kami ceritakan.

Sekarang mari lihat sains sosial dari perlaksanaan Basmallah En Din yang telah menghasilkan Ar-Rahiim (kasih sayang). Hasil Doa En Din yang disampaikan maklumatnya oleh Da’ie (Admin) telah membuat Pembaca merasa kasih kepada beliau. Ini menjentik hati untuk saling menolong mencarikan hidayah bagaimana untuk membantu En Din.

Inilah hakikat AR-RAHIIM, kasih sayang hasil dari perlaksanaan amal EN DIN yang 100% berdasarkan Basmalah sebelum ini. Lengkaplah perlaksanaan rangkap BISMILLAH ARRAHMAN ARROHIIM.

BAGAIMANA MENGUBAH NASIB HASIL DOA?

Allah tidak akan ubah nasib kita jika kita tidak berusaha. Hasil doa En Din telah memberikan terlalu banyak petunjuk buat mengatasi masalah beliau. Jika En Din terus mengerang dan berdoa atas sejadah sahaja, tanpa sebarang usaha sesiapa untuk segera bangkit dan membawa tukang urut yang terbaik, mungkin hari ini En Din sudah lumpuh. Secara psikologi En Din amat terharu melihat curahan doa itu lalu sertamerta bertambah semangat dalam dirinya untuk melawan sakit, itu juga sejenis usaha (fighting spirit).

Sebahagian Individu yang menitipkan doa melalui kami juga begitu. Kami kongsikan beberapa pedoman bagaimana boleh membuat isteri atau anak mereka kembali. Kami kongsikan hasil kajian bagaimana boleh segera mendapat zuriat. Kami juga seru mereka yang berniaga tips untuk berjaya. Bagaimana membetulkan akhlak anak yang derhaka dan sebagainya bersama doa kami.

Setiap pagi kami istiqomah mendoakan anak-anak kami melalui konsep seruan / dakwah semasa program ikrar mereka. Semua bahan seruan itu terpahat di otak mereka dan menjadi zikir harian untuk mereka mengikuti seruan itu. Alhamdulillah ia nampak berkesan hasilnya. Inilah hakikat DOA ITU OTAK IBADAH. Inilah hakikat DOA > HIDAYAH > USAHA > HASIL.

InsyaAllah akan kami sambung lagi Falsafah di sebalik DOA nanti.

Kocak Minda
WARGA PRIHATIN

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA INSAN PRIHATIN

00 din.jpg 2JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA INSAN PRIHATIN

Suasana pilu dan hiba menyelubungi RPWP malam ini apabila En.Din tiba-tiba muncul. Alhamdulillah beliau yang baru selesai menerima urutan ke2 hari ini telah mampu berdiri dan berjalan perlahan-lahan.

Setinggi kesyukuran kehaderat Allah AWJ. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada saudara Prihatin kita, Ibu Siti Baya dan suaminya Abang Fuad. Beliau yang menghubungi admin beberapa minit selepas berita kesakitan En.Din kami paparkan di FB telah meminta alamat dan nombor kontak En.Din. Sebelum tengahari beliau hadir bersama seorang tukang urut ke rumah En.Din di Senawang.

MasyaAllah, rupanya malam itu En.Din telah mengalami kesakitan maksima tahap tiga. Daripada rasa kebas, berubah menjadi sejuk dan malam itu seluruh kaki beliau bertukar rasa menjadi sangat panas berapi pula. Itu tanda yang beliau berada pada tahap paling kritikal menurut kata tukang urut yang mendapat ilmu mengurut di Indonesia itu. Tanpa pertolongan segera beliau mungkin berhadapan dengan Parkinson atau lumpuh katanya.

Selepas menjalani urutan ke2 petang tadi, beliau mengambil peluang datang ke Prihatin untuk melepas rindu kepada anak-anak dan keluarga besar semuanya. Hanya beberapa hari tidak dapat datang sudah tidak dapat membendung kerinduan katanya.

Beliau yang berkerusi roda sempat menjenguk bapa-bapa yang sedang berdipan-dipan berkongsi hasil kerja seharian sebelum bersurai. Suasana segera menjadi sangat memilukan apabila En.Din dengan deraian air matanya menceritakan kronologi kesakitan dirinya sehingga berita tentangnya dikeluarkan di FB. Kesakitan luar biasa itu ditambah dengan keadaan isteri beliau Cikgu Zuriaty yang juga sakit Asma dan Darah Tinggi. Melihat keadaan suaminya, kak Ti menjadi tertekan dan terpaksa mencari rawatan sendiri.

Apa yang lebih membuatkan beliau sangat terharu ialah doa-doa yang tidak putus-putus dari rakan Facebook yang kebanyakkannya belum pun pernah dikenali selama ini. Terlalu hebat dan amat menyentuh hati rupanya kasih sayang dari persaudaraan ini. Selama ini kita hanya mendoakan keselamatan orang lain yang sedang kesusahan, tanpa merasai perasaan mereka yang kita doakan. Hari ini baru dapat merasakan sendiri bagaimana perasaan kita apabila mendapat limpahan doa tulus dari orang lain.

Menurut beliau, doa yang diterima telah dirasakan seperti satu suntikan energi dan semangat yang luarbiasa kedalam dirinya untuk melawan sakit. Kehadiran rakan taulan dan panggilan dari saudara mara jauh dan dekat turut mengharukan dan menyuntik semangat katanya. Beliau juga turut menyatakan rasa terhutang budi kepada semua staf stesen Petronas beliau (termasuk yang sudah berhenti) khasnya kepada Syed Khairul Amri yang telah mengambil alih pengurusan stesen sepenuhnya ketika beliau sakit.

Sebagaimana biasa anak-anak tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berpelukan. Lebih memilukan kami apabila melihat sikecil seperti anakanda Seri yang belum mengerti bagaimana sakitnya slipdisk itu terus saja melompat naik ke riba seperti biasa. Dengan senyuman yang berkerut menahan sakit, Baba Din gagahkan juga mendukung anak yang dirinduinya itu.

Demikianlah kasih seorang mujahid terhadap anak-anak angkat yang ditaja jiwa dan raganya itu. Semuga apa yang sedang kita saksikan ini boleh menjadi suatu yang amat menarik untuk kita tunjukkan kepada anak-anak kita tentang ERTI KEPRIHATINAN & PERSAUDARAAN sesama insan.

Syukur kepadaMu ya Allah kerana telah memberikan kami saudara yang begitu ramai dan amat Prihatin sekali jiwanya terhadap kami. Ia amat membahagiakan kami. Ambillah apa saja dari kami, tetapi jangan dihilangkan murni persaudaraan berteraskan agamamu yang amat bererti ini.

Alhamdulillahi Robbil Alamiin.
WARGA PRIHATIN