Tegar Yang Asal – Subhanallah anak ini Memang Berbakat

image_pdf

9 JUTA TELAH MENONTON KLIP VIDEO INI

Subhanallah, Suara anakanda Tegar “Pengamen Cilik” yang kini jadi jutawan memang lunak. Tegar Septian (11) kini kewalahan menerima tawaran persembahan kerananya.

Admin ambil inisiatif untuk edit suara rakaman kasual handfone sewaktu Tegar membuat aksi `mengamen’ di jalanan dengan memasukan kesan echo. Anda tidak akan percaya dengan bakat semulajadi yang ada pada anak ini.

Kita ada banyak contoh yang baik, beberapa artis yang bersyukur dengan bakat dan rezeki yang Allah kurniakan. Mereka menggunakan kurnia itu untuk kebaikan. Mendendangkan lagu lagu nasihat dan mengajak peminat ke arah kebaikan, Alhamdulillah.

Tetapi banyak juga contoh tidak baik tentang golongan artis cilik sebegini. Ada yang dulunya susah, kemudian dengan bakat menjadi artis terkenal. Lepas tu hanyut dengan kemewahan dan berakhir di pusat pemulihan dadah. Ada yang terpapar gambar atau filem lucah mereka, bersepah di internet… Masyaallah.

KESUSAHAN HIDUP Tegar sebelum ini tidak kita ketahui dan tidak mampu kita di sini menolongnya. Kini Lagu “Ku Yang Dulu… Dulu Ku Susah” kini menjadi siulan anak anak di merata Nusantara. Syukur kerana Tegar terlepas dari kemiskinan tegar. Kita tidak membayar royalti dengan persembahan beliau tetapi syarikat rakaman telah cukup meraih rezeki bagi pihak beliau.

Cukuplah dengan sumbangan doa kepada beliau agar dapat bimbingan penjaga yang beriman. Semuga wajah sejuk dan suara lunak anak ini boleh memberi hidayah kepada dirinya sendiri dan mempengaruhi ratusan ribu anak-anak pengamen lain di Indonesia dan para peminat beliau amnya mendekatkan diri kepada Allah.

Banyak Pelajaran dari sejarah anak ini. Mungkin sebab itu TV3 ketengahkan beliau.

Bandingkan kedua dua versi semasa beliau jadi PENGAMEN (pengemis jalanan) dengan rupa yang sekarang dalam dua klip yang disatukan postingnya ini.

Yang kami bimbang ialah kejutan budaya dan syndrome LUPA DIRI. Sama sama kita doakan agar beliau tidak terpesong dengan kekayaan yang terjadi dengan sekelip mata.

Dulu kita hanya dapat saksikan kehebatan bermain gitar kecil begini dari orang orang Mexico sahaja. hari ini kita lihat kehebatan anak kecil tempatan. Parenting Tips mengambil fakta bahawa bakat yang di asah secara istiqomah begini boleh mengkagumkan hasilnya.

Mari berfikiran positif dan tanpa prejudis mendoakan TEGAR. Kesusahan tidak selamanya. Dengan izin Allah dan usaha kita, apa pun boleh berlaku.

Ini Klip video beliau yang sekarang.

Kami suka tengok wajah beliau sewaktu mengemis berbanding dengan wajah sekarang. anda semua bagaimana?

4 Comments

  1. faitullah

    ini saja posting dari warga prihatin saya kurang bersetuju..inilah yang dikatakan perubahan kejayaan seseorang..kalau mcm itu saya lebih sukakan wajah saiful nang sebelum menjadi jutawan..apa pandangan anda??

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Faitullah. setuju 🙂

      Reply
  2. anon

    pendapat saya, saya sedih melihat wajah adik Tegar semasa jadi pengamen . Tersentuh hati untuk membantu sehabis boleh. tapi wajah terbaru, alhamdulillah, adik tegar nampak gembira dan CUKUP MAKAN sehingga gemuk sedikit dari sebelum ini..sama seperti kanak-kanak yang lain. lg 1, faktor USIA juga memainkan peranan perubahan wajah dan saiz badan..make up, touch up, camera, dan rasa hati dan fikiran mampu merubah air muka. saya juga telah ikuti video adik TEGAR di youtube dan apa yg sy nampak, adik ni seorang yang merendah diri dan tak mahu berada di atas. mahu sentiasa berada di bawah asalkan dapat membantu keluarganya. Suara adik TEGAR adalah kurniaan Allah untuknya. Sama-samalah kita doakan yg terbaik untuk adik TEGAR.

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Betul Anon. alhamdulillah tubuh nampak berisi.

      Yang kurang kami agak bimbang ialah fesyen rambut yang segera di ubah jadi metroseksual. Apapun Datuk Fadilah kamsah sudah berulang kali nasihatkan Tegar agar jangan cepat lupa diri. Insyaallah kita bersangka baik.

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *