REPOST : SURI RUMAH IALAH SATU KERJAYA TERTINGGI SEORANG WANITA.

image_pdf

Screen Shot 2013-09-20 at 10.08.48 PMKami pos semula bagi pihak Saiful Nang kerana di dalam facebook beliau ramai yang tak dapat share artikel itu. Maka kami share kan di sini.

Dah baca news ini?
Ini pandangan saya.

Nabi Muhammad SAW kahwin dengan Saidatina Khadijah pada umur Saidatina Khadijah 40 tahun. Ketika itu nabi berumur 25 tahun. Seperti semua tahu, Saidatina Khadijah menguasai perniagaan di atas bumi Mekah. Dikhabarkan lebih separuh kekayaan Kota Mekah adalah milik Saidatina Khadijah

TETAPI

Selepas berkahwin dengan Nabi, Saidatina Khadijah terus berhenti dan Nabi mengambil alih perniagaan. Saidatina Khadijah wafat tanpa ada apa-apa harta dan tanpa ada apa-apa KOMPLEN itu tak cukup ini tak cukup.

Saya muhasabah diri juga, oleh itu isteri saya akan tamatkan kontrak dengan kerajaan yang menanggung pengajian beliau sebelum ini. Lalu menjadikan Phd dari Cambridge beliau itu bekalan untuk menangani anak-anak dan mengurus rumahtangga. Rugi tak? Baca samai habis untuk tahu rugi ke tidak. Yang rasa saya kaya tak mengapalah…sila semak balik post lama saya sebelum ini yang saya dah tiada apa-apa lagi kerana perniagaan saya pun sudah 100% saya wakafkan dan saya hanya pengurus harta wakaf dan makan gaji sahaja (perniagaan masih seperti biasa, cuma keuntungan tidak masuk saku saya). Automatik, itu sudah bukan alasan lagi.

Tiada orang lain lebih baik menjaga anak sendiri selain dari ibunya sendiri dan anak pula perlukan INTENSIVE CARE dan bukannya partime care sahaja.

Saya mungkin kolot kerana saya mengundur ke belakang. Suri rumah yang bekerja pasti akan jawab yang suami mereka tak mampu dan perlu dibantu. Saya bagi tips sikit

1. Isteri turunkan nafsu handbag baru, baju jenama etc
2. Suami kurangkan nafsu kereta anda
3. Hidup utamakan keperluan
4. Puasakan KEMAHUAN
5. Jika tak mampu, bersabarlah.
6. Jika mampu, bersabarlah.

Orang Jepun secara saintifik dah ikut cara nabi dah. Australian wife dapat elaun kerajaan untuk jadi suri rumah sepenuh masa (tapi kita sanggup ke kena potong CUKAI sampai 40% macam di negara-negara maju?). Orang Jepun, perempuannya mengutamakan anak dari kerjaya. Jadi suri rumah sepenuh masa pada mereka satu kemuliaan.

Wanita ni wajib belajar tinggi-tinggi untuk jadi pendidik terbaik kepada anak-anak. Isu anak meninggal di pusat asuhan ini bukan isu hari ini bukan untuk mengkritik tetapi sebagai pembuka mata kepada yang lain juga termasuk saya sendiri (Takziah kepada keluarga mangsa).

Mungkin ada rasa, rugilah saya jika isteri saya tak bekerja. Gaji pensyarah kanan dah kira gred 50-an dalam kerajaan. 10-15 tahun lagi dah boleh jadi JUSA pula. Jika dikira dari aspek pendapatan, memanglah rugi tetapi ada banyak lagi keuntungannya.

Ok, saya cuma berikan dalam perspektif saya. Jika isteri saya tidak bekerja, anak-anak saya mampu dapat sentuhan personal dari ibunya sendiri dalam pendidikan. Keupayaan pula tinggi, dari isteri saya mampu ajar level tadika sampailah kepada level doktor falsafah kepada anak-anak saya. Saya cuma hilang pendapatan isi rumah sebahagian sahaja TETAPI saya akan dapat bina aset-aset lebih berharga lagi pada masa hadapan iaitu anak-anak saya yang berilmu.

Tapi, bukan sekadar ibu kandung sahaja. Siti Aminah mendidik Nabi dalam masa yang sama juga ada Halimatunsaadiah sebagai ibu angkat. Peringkat awalan perlu ada IBU KANDUNG dan IBU ANGKAT (Ibu susuan). Itu yang saya buat di Rumah Pengasih Warga Prihatin yang mana anak-anak saya juga belajar perkara yang isteri saya tidak mampu ajarkannya melalui ibu-ibu angkat. Sementara itu, isteri saya pula menjadi ibu angkat kepada rakan-rakan anak saya. Itu antara konsep pendidikan yang mahu kita kembalikan kegemilangannya.

Saya berfikir sedikit lebih sebagai pelabur jangkapanjang yang modalnya hanya sedikit kekurangan dalam pendapatan isirumah. Pendidikan SEPERTI MAKANAN HARIAN yang kita rasa lebih sedap jika ibu sendiri yang masak. Betul kan? Makan di restoran memanglah mereka tak kisah kalau ayam yang digulai dah jatuh dalam longkang, mereka masukkan terus dalam kuali pun kita tak perasan. Berbeza jika ibu sendiri yang memasakkan untuk anak dan suami?

Boleh berikan saya satu contoh, tokoh-tokoh hebat dunia yang mempunyai ibu yang bekerjaya di luar? Sultan Mehmet Alfateh? Saladdin? Nabi Daud AS? Nabi Musa? Nabi-nabi? Ibn Khaldun? ada tak?

Hayati ayat ini, berapa ramai antara kita (termasuk saya) masih berkompromi dengan ayat ini?

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً

Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahli rumah, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya (Al Ahzab: 33).

Itu Allah yang firman bukan saya yang cakap. Maka sayapun tak mahulah beralasan. Kalau isteri bekerjaya itu satu yang bagus, pasti kita boleh banyak baca riwayat isteri-isteri nabi dan sahabat yang bekerjaya luar kan? Tetapi kita tak dengar pun cerita itu kan? Tetapi, jangan jumud pula, ada perkara-perkara tertentu yang membenarkan wanita bekerja. Antaranya ialah sebagai guru dan bidan tetapi bukan untuk tujuan bekerjaya. Sekadar mengisi keperluan yang mana lelaki tidak wajar melakukannya (saya pun cari Doktor perempuan nak sambut anak saya bersalin kecualilah dah tak ada langsung doktor perempuan dalam Malaysia ni).

Itu semua kerana…SURI RUMAH ITU JUGA SATU KERJAYA. Lebih mulia dari jadi JUSA ataupun jadi Ketua Pergerakan Politik.

6 Comments

  1. yna

    Yup…sy setuju…sy dari sbuah keluarga sederhana dan mpunyai adik beradik yg ramai… sy akui ape yg tuan maksudkan dalam artikel ni..sy dlu pn penjawat awam kerajaan.. alhamdulillah…sy dh jadi surirumah kerana impikan jadi pendidik kepada anak2 sendiri pada masa akan datang.. In shaa Allah…

    Reply
  2. mjohanmohammad

    terbaik…

    Reply
  3. Othman

    Askm. Saya memang setuju sepenuhnya jika isteri bolih menjalankan tugas & tanggungjawab yang telah diperentahkan olih Allah SWT. Apa yg telah berlaku dalam masyarakat sekarang ialah disebabkan tekanan ekonomi sebagai alasan yang mengalakkan isteri2 keluar bekerja. Memang sukar utk menyelesaikan masalah ini tapi dgn ada teknologi terkini, ekonomi keluarga bolih dipertingkat dari rumah. Maka saya menyarankan supaya semua kaum isteri mengambil peluang dgn menggunakan kaedah ini demi mematuhi perentah Allah SWT….WORK FROM HOME.

    Reply
  4. sarah

    saya juga seorg suri rumah.. selain ini saya berhenti supaya tiada alasan lagi buat saya, alasan tiada masa utk anak2, utk yg esa.. no excuse.. saya kena lebih bertanggungjawab.

    Reply
  5. sarah

    saya juga seorg suri rumah.. selain ini saya berhenti supaya tiada alasan lagi buat saya, alasan tiada masa utk anak2, utk yg esa.. no excuse.. saya kena lebih bertanggungjawab. kalau apa2 terjadi pada anak saya sewaktu saya ada di samping mereka, insyaaAllah saya boleh menerima takdir. sudah smrstinya saya

    Reply
  6. surirumah amatur

    Salam,
    saya pun berniat menjaga anak sendiri walaupun ramai ahli keluarga rasa rugi ada phd tetapi jadi surirumah. Saya baru bermula kerjaya surirumah ni, selepas dapat anak dan settle hutang dgn bank. Cumanya sedang merancang aktiviti sosial untuk refresh. Duduk rumah je tk jumpa org letih juga. Kalau bekerja dah biasa ada orang untuk bercakap.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *