Tips Parenting Prihatin 3 : KUCUP ANAK

image_pdf
KUCUP ANAK
Ini satu lagi tips yang kami amalkan dan ia terbukti sangat berkesan dalam mewujudkan hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa mereka.

Kebetulan juga kami bapa-bapa co-founder di Prihatin ini biasa balik ke rumah agak lewat pagi setiap hari. Setiap kali kami pulang, anak-anak telahpun tidur.

Mungkin ada yang rasa mengucup anak yang sedang tidur itu satu yang tiada manafaat kerana ia bersifat sehala. Mulakan dahulu dengan kucupan kasih sayang kepada anak yang sedang tidur (jangan dilupa isteri yang banyak berjasa juga).

Jika perlu, betulkan selimut mereka. Hatta, jika mereka tidak berselimut sekalipun, cuba pakaikan mereka selimut sekadarnya. Satu hari pasti mereka tanpa sedar tahu itu berlaku pada meraka walaupun hanya pada satu malam sahaja. Lebih terkesan lagi jika mereka perasan anda mengucupnya sekali dan menganggapnya anda melakukannya setiap hari berbanding anda mengucupnya sekali sekala semasa dalam sedar.

RINGKASNYA : LEBIH BAIK ANDA KUCUP ANAK ANDA SEKALI DALAM TIDUR DAN MEREKA TERSEDAR DAN MERASAKAN ANDA LAKUKANNYA HARI-HARI DARI ANDA LAKUKANNYA 100 KALI SEMASA SEDAR TETAPI ADA 1 HARI TERTINGGAL. KERANA KUCUPAN DALAM TIDUR ITU ADALAH SATU TANDA KEIKHLASAN KASIH SAYANG TANPA HARAP BALASAN.

Kita juga boleh bisik ke telinga anak “I Love You” tanpa mengharap balasan “I Love You Too”.

Pendekatan psikologi begini mampu merapatkan anak dengan ibu bapa mereka dengan tautan ghaib (tidak nampak) yang lebih jauh perginya dan sangat indah praktisnya.

Walaupun kami pulang dalam keadaan anak telah tidur, tetapi tidak sampai 1 bulan kami lakukannya (walaupun kadangkala kita ada miss) tetapi tautan kemesraan antara anak dan bapa semakin baik. Lebih dari itu, mereka jadi MUDAH UNTUK MENDENGAR KATA.

InsyaAllah, penggunaan rotan mampu dikurangkan jika mampu kita konsisten dengan cara begini. Kami telah buktikannya, ia sangat berkesan.

Atas amalan begini jugalah kami menzahirkan sayang kepada anak yatim dan asnaf yang tidak berkeluarga (kerana ibu bapa mereka pun tidak pernah lakukan itu sewaku hayatnya).

Selamat mencuba

kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

3 Comments

  1. Annas Nizam

    InsyaAllah akan dicuba dan dipraktikkan

    Reply
  2. Azizah Abd Rahman

    panduan sangat bermakna akan saya kongsikn bersama anak2 dan cucu2 saya..terima kaseh krn usaha yg gigih d lakukn hingga berjaya.

    Reply
  3. Mie

    Sangat2 berguna. Selalu cium anak sebelum tidur shj. Waktu tidur belum pernah lg. Akan cuba praktiskan.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *