Dr. Haji Masjuki : Pengorbanan dan Impian Seorang AYAH

image_pdf

IMG_0204Minggu lepas kami membuat lawatan tapak di Pinggiran Putrajaya untuk melihat satu pelan pembangunan hartanah. Lawatan diketuai oleh Dr. Masjuki sendiri bersama dua orang rakankongsi pelaburan hartanah seluas 1.7 ekar ini.

Ada cerita yang buatkan kami menitiskan airmata semasa bersama-sama di sana. Sepanjang  perjalanan Dr. Masjuki mengambil peluang bercerita kisah di sebalik tanah ini. Sepanjang penceritaan, kami mula terasa sesuatu di halkum kami yang teramat sebak, bergetar menahan sedu. Rupanya ada sesuatu yang besar di sebalik hartanah itu yang mungkin kami boleh kongsikan ceritanya di sini.

Antara rakan-rakan kongsi tanah 1.6 ekar di Pinggiran Putrajaya.

Antara rakan-rakan kongsi tanah 1.7 ekar di Pinggiran Putrajaya.

Dr. Masjuki seperti yang anda tahu merupakan seorang bekas usahawan yang terdidik dari segala macam kesusahan sejak kecil lagi. Memandangkan beliau merupakan pencetus awal idea Rumah Pengasih Warga Prihatin, dan kebetulan juga beliau yang tertua di kalangan kami, maka kami mesra memanggil beliau sebagai “AYAH”.

Bagi yang belum kenal, akan kami ceritakanlah sedikit latarbelakang beliau.

ZAMAN KANAK-KANAK AYAH SEHINGGA DEWASA

Beliau melalui segala kesusahan hidup dalam belantara di hujung desa terpencil di kampung Paya Besar, Segamat Johor sebagai anak peneroka hutan. Tiada sebarang kemudahan asas seperti jalan, elektrik dan bekalan air. Ayah berjalan kaki melebihi 20 km ke Sekolah Rendah meredah jalan balak di celah belukar, 12 bukit dan paya, merentasi 2 kampung dan 2 estet sendirian.

Ayah juga berbasikal sejauh 45 km sehari, 25 km ke sekolah menengah di bandar, dan 20 km untuk ke sekolah agama di Kampung Melayu Raya. Beberapa malam dalam seminggu, Ayah berbasikal 20 km ke Ladang Labis Bharu di gelap malam untuk menuntut ilmu persilatan.

Atas segala kesusahan itu, ayah berjaya mencipta kejayaan, antara graduan cemerlang di UPM dalam bidang veterinary. Seterusnya beliau mencipta kejayaan sehingga menjadi seorang yang berjaya di pelbagai bidang perniagaan dengan cawangan serata dunia, antaranya dalam bidang impot dan ekspot barangan kulit, perabut, pakaian, barangan saintifik, jentera, haiwan ternakan dan banyak lagi.

Ayah acapkali keluar di dada akhbar, majalah, corong radio dan kaca TV sebagai usahawan Melayu cemerlang sebelum ini. Ayah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan. Pernah memiliki kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, rumah bungalo dan wang simpanan.

Namun, di sebalik itu, Ayah sering menangis sejak muda lagi melihat keruntuhan akhlak anak bangsa. Hatinya pedih mendengar tangisan anak-anak miskin dan yatim yang kelaparan, tangisan orang tua yang terbuang di rumah orang tua-tua, tangisan bayi yang dibuang ibunya, tangisan sang dara yang diragut kesuciannya, nasib lelaki pewaris bangsa yang terlonggok akibat dadah, tangisan marhaen sedunia yang tertindas oleh pemimpinnya, bencana peperangan, penindasan jenayah dan segala macam kerosakan yang berlaku di depan mata.

Ini membuatkan beliau sedar bahawa kesenangan yang beliau kejar itu tidak menjadikan semua itu menjadi lebih baik. Lalu dengan itu, Ayah labur dan leburkan kesemua yang beliau miliki untuk membangunkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Benar, Ayah laburkan KESELURUHANNYA untuk mendirikan satu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak serta Peradaban Islam.

Anak yatim dan asnaf, juga keluarga rakan pendokong menjadi sampel komuniti yang mahu dijadikan generasi gemilang melalui kaedah yang terpahat dalam Al-Quran & Sunnah, secara teori dan praktikal. Itulah Dr Haji Masjuki Mohd Musuri, AYAH di RPWP yang kami maksudkan.

 

IMPIAN AYAH

Impian Ayah adalah untuk mengembalikan Islam dalam kegemilangannya melalui perlaksanaan dan bukan sekadar ceramah-ceramah. Ayah sendiri pernah bercerita tentang penceramah yang berceramah berapi-api, bahkan ada yang dengan jujuran airmata menyeru kesedaran wakaf tetapi diri sendiri bukan saja bakhil sebaliknya bersifat tamak dan bermewah-mewah pula.

Ayah ikat perut untuk mendapatkan tanah sebesar 1.7 ekar di Pinggiran Putrajaya itu bersama 4 rakan kongsinya. Ia merupakan satu pasak awal mercutanda impian Ayah dahulu. Seperti orang lain, Ayah mengidamkan untuk menjadikan tapak itu sebuah istana kasih bersama isterinya Cikgu Shakirah dan 7 orang anak-anaknya di hujung usia. Semasa pembelian tanah itu, keadaan ekonomi  bukanlah baik sangat. Ayah tidak terlepas dengan situasi itu, malah pernah kerugian berjuta Ringgit, dikhianati oleh rakan kongsi yang pernah beliau selamatkan dari bankrupsi.

Pada zaman itu, Ayah sudah mula aktif dalam NGO terbesar di Malaysia. Dari situ, Ayah melihat segala jenis gejala di hadapan mata dan bukan lagi satu drama televisyen Barat. Melihat segala kebejatan berlaku di hadapan mata, Ayah menjadi semakin tawar hati untuk mendirikan projek istana impannya di Pinggiran Putrajaya. Selera untuk bermewah terus menjadi malap. Isteri beliau Cikgu Syakirah (kami panggil “Mak Ibu”) pula rela mengorbankan kerjaya perguruannya untuk memberikan tumpuan kepada pendidikan akhlak anak-anak.

 

SUSUR GALUR PENCARIAN AYAH

Ayah banyak mengembara ke seluruh dunia. Beliau juga suka berguru dengan berbagai-bagai guru. Sangat istiqomah, taat dan disenangi oleh kesemua gurunya. Semasa proses pembinaan di sini berlangsung, kami juga pernah terjumpa diari lama Ayah yang mencatitkan beberapa waktu-waktu solat yang tertinggal untuk digantikan (qadha’). Semuanya berjaya diqadha’ sebelum mengerjakan Haji.

Ibadah puasa juga begitu, tidak pernah ditinggalkan semenjak darjah satu lagi walaupun pernah terlepas sahur 3 hari berturut-turut, bahkan ayah tetap berpuasa ketika bekerja sebagai buruh kasar disetiap cuti sekolah & cuti universiti bagi menampung kos pengajian. Ayah selalu didik anak-anaknya agar memperuntukan sedekah yang cukup setiap kali masuk masjid, setiap kali terjumpa peminta sedekah, khasnya untuk pembangunan masjid atau dari orang buta.

Kami yang menulis ini mengakui amat sukar mencari Muslim yang sebegini komitmennya terhadap agama, khususnya terhadap ibadah solat, zakat & puasa.

PENCARIAN `ISLAM’ YANG HILANG DI MEKAH

Ayah berangkat ke Mekah untuk kali pertamanya pada usia 33 tahun. Sepanjang masa berada di Mekah & Madinah, Ayah ambil peluang untuk menziarahi semua tempat-tempat bersejarah . Tidak lupa juga untuk berguru dengan orang-orang alim Mekah termasuk beberapa keluarga melayu yang bermustautin di sana selaku keluarga angkatnya.

Ironinya, Ayah bingung melihat suasana rampok-merampok di sekitar Kaabah sehingga ramai yang ditoreh baju dan begnya, ramai yang mati terpijak hanya untuk mengucup Hajarul Aswad, ramai wanita yang dilarikan ke padang pasir oleh pemandu teksi, ramai yang diperkosa dan dibunuh di penginapan ketika tidak ke masjid disebabkan uzur, ramai jemaah lelaki & wanita bukan muhrim tinggal sebilik, khususnya jemaah Indonesia dan berbagai-bagai lagi.

Gelagat pemandu teksi dan bas yang meminta rasuah, kebodohan pengurusan Imigresen yang membuli jemaah haji. Diperhati juga berbagai-bagai tabiat manusia sewaktu beribadah, contohnya ada wanita kulit hitam solat tidak pakai baju, solat sambil bercakap di kaki lima hotel, ada yang bawa batu dan letak di tempat sujud bahkan ada yang tergamak duduk atas kitab suci alQur’an di Masjidilharam. Kesemuanya menambah kebingungan Ayah dalam mencari Islam yang sebenarnya.

Setahun selepas Haji, Ayah dijemput rakan niaganya, seorang SHEIKH pemilik hotel di Mekah sebagai tetamu untuk mengerjakan umrah selepas selesai urusan melakukan promosi dan jualan produk anjuran MATRADE di Dubai. Alhamdulillah 1 kontena barangan terjual kesemuanya. Kali ini ayah bawa kakaknya, seorang Guru Besar Sekolah Agama. Kali ini, sekali lagi beliau meneruskan kaji selidik tentang Islam di Mekah dengan lebih tenang.

PENCARIAN `ISLAM’ DI INDONESIA

Ayah pernah ada beberapa cawangan di Surabaya, Bandung, Jakarta, Dumai dan Medan. Sambil berniaga, Ayah mengambil peluang mengkaji kondisi dan tabiat manusia yang dinamakan Islam. Negara yang 90% penduduknya Islam, kerajaannya Islam tapi 90% ekonomi dikuasai oleh golongan bukan Islam.

Gejala judi, arak, perampokan, pusat hiburan, pelacuran, rumah urut terlalu banyak dan berlesen. Yang paling menyedihkan ialah zina & pelacuran di kalangan gadis bawah umur secara amat terbuka yang berleluasa. Ulamak ramai tetapi semacam tidak mampu berbuat apa-apa. Gejala penipuan sangat parah. Ayah sendiri pernah kecurian tunai sejumlah Rp40 juta oleh jurupandu yang Ayah bayar dengan sekelip mata. Bila Ayah buat lapuran polis, Ayah pula yang di lokap sehari.

Inilah Indonesia, Negara yang majoritinya ISLAM. Baiklah, kami pendekkan sedikit untuk yang belum melihat lagi tentang Ayah, boleh tonton video ini “Asian of The Year” terbitan ChannelNews Asia, Mediacorp Singapura.

Di Indonesia juga Ayah banyak berguru dengan beberapa ulamak di sana. Ayah pernah turut mencari penulis kitab Agama yang beliau sanjungi. Kitab itulah yang digunakan oleh salah seorang guru Ayah di Malaysia. Ia sedikit sebanyak telah membuka mata Ayah ke arah melihat Agama Islam sebagai satu sistem pemulihan kebejatan masyarakat.

Apabila Ayah berjumpa dan berbincang dengan penulis kitab itu bersama anaknya, menyebabkan Ayah bertambah kecewa. Dari mula hadir sehingga Ayah pulang, Sheikh itu hanya bercerita tentang royalti buku yang sangat sedikit, juga tentang kerugian mereka akibat cetak rompak. Semuanya kembali berkisar tentang laba dunia. Sekelumit pun tidak mereka cerita tentang laluan memperbaiki akhlak ummat.

PENCARIAN ISLAM MELALUI NGO

Pencarian Ayah tidak berhenti di situ. Dalam kesibukan berniaga, Ayah menjadi AJK PEYATIM, Persatuan Anak Yatim Daerah Segamat dan menjadi wakil negeri sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi Pusat diketuai YM Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansur.

Banyak NGO yang telah Ayah sertai. Ayah pernah menjadi Ketua Cawangan Belia 4B, PEMADAM, Badan Amal & Kebajikan Islam (BAKI), PEKIDA, AJK Masjid dan sebagainya.

Sepanjang 10 tahun di Terengganu Ayah berkhidmat dengan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar seluruh Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ayah gilirkan solat jumaat di Masjid Raja di Chendering & Masjid Haji Hadi di Marang untuk bersikap adil dengan rakan-rakan dari kedua belah parti politik yang berbalah.

Dengan latarbelakang persilatan, kualiti siasah dan keyakinan diri, Ayah sering mengetuai gerakan pencegahan maksiat maupun gerakan pembelaan terhadap golongan yang teraniaya, sejak di Sekolah Rendah & universiti lagi. Ayah juga mudah berkawan dengan siapa saja termasuk pemimpin politik & peniaga pelbagai bangsa.

Melihat gambar-gambar lama kami tahu Ayah rapat dengan hampir kesemua ahli politik tidak mengira parti. Namun tiada satupun projek perniagaan beliau yang bergantung dengan mana mana rakan pemimpin ini. Ayah berkawan kerana Allah, atas tugasan NGO & kepentingan ummat. Pelbagai orang alim dari pelbagai jurusan agama telah beliau gauli, tetapi tidak langsung menunjukkan jalan pasti pembaikan ummat yang semakin parah.

Lebih 30 tahun pencarian Ayah untuk mencari kaedah Islam yang strategik dan holistik bagi memperbaiki kebejatan akhlak masyarakat. Masih lagi beliau gagal menemuinya. Dipendekkan cerita, akhirnya Ayah diberikan kepercayaan oleh Presiden sebuah NGO Islam, dengan restu YAB Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi ketika itu untuk mengepalai Projek Khas R&D bagi memperbaiki kebejatan akhlak & perpecahan umat Islam.

Tugasan itu berupa satu perintah semata-mata tanpa dibekal dengan sarana dan dana yang wajar untuk tugasan R&D yang berat itu. Segala modal Ayah kena usaha sendiri demi memenuhi PERINTAH itu. Ayah pernah diberi pangkat dan gelar sebagai Abang Long dan kemudiannya dilantik menjadi AYAHANDA oleh Allayarham Paduka Ayahanda Ustaz Hamzah, seorang bekas kadhi. Tidak langsung gelaran itu melalaikan Ayah dalam mencari jawapan kepada masalah kebejatan ummat.

Ayah juga acapkali mengelak untuk dicalonkan jawatan dan gelaran dalam politik atau NGO samada di Segamat mahupun di Selangor. Matlamat beliau hanyalah untuk benar-benar menemui kaedah yang mampu membaiki Islam yang semakin parah. Kami lihat itulah rupanya perjalanan mencari Allah. Ia satu perjalanan yang panjang dengan pengorbanan yang sangat tinggi.

Segala harta hasil usaha syarikat Ayah juga tidak sampai banyak kepada diri & keluarga beliau sendiri, bahkan diguna sekadar mencukupi keperluan sahaja. Selebihnya Ayah belanjakan untuk pembangunan sahsiah ummat secara agresif dalam kesemua NGO tersebut. Malangnya, harta kekayaan yang beliau laburkan di situ tidak mendatangkan apa-apa kesan. Kerosakan semakin teruk dan meruncing. Jika kami mahu ceritakan tentang perjalanan Ayah, kami rasa ia memakan ribuan mukasurat. Kami terpaksa ringkaskannya setakat ini.

PEMBINAAN SAMPEL KOMUNITI PRIHATIN

Akhirnya Ayah seperti menjumpai satu kebijaksanaan yang lama tertimbus hanya di sebalik lembaran usang kitab-kitab lama. Juga dari lembaran sirah Rasulullah SAW yang cuba memperbaiki akhlak ummat melalui Hizbul Fudul (NGO zaman Jahilliyah), juga melalui kaedah pertempuran (seperti perang Fijar), melalui khidmat tulus sebagai pemegang kunci Masjidilharam dan kaabah,  juga usaha-usaha mendamaikan perselisihan puak yang bertelagah tetapi tiada hasil yang bertahan lama.

Setelah menjadi Rasul, barulah Nabi Muhammad SAW mampu memperbaiki akhlak satu sampel komuniti kecil yang dipanggil AhlulBait. Ia bukan kerja sehari dua, 13 tahun kerasulan hanya berjaya memperbaiki akhlak dan menghijrahkan sekitar 100 orang sahaja. Bagusnya, ia membuka mata dan menarik minat beratus-ratus yang lain di luar Mekah, yang akhirnya membentuk Ansar (Penolong) di Madinah.

Alhamdulillah, Ayah melihat itu satu mekanisma besar untuk dicontohi. Memang sukar untuk bersihkan kekotoran yang sudah berleluasa menjadi budaya dengan jumlah yang besar. Tetapi mudah untuk membersihkan “sedikit jumlah” yang kotor dahulu. Mereka ini nanti akan menjadi uswah dan mampu melahirkan anak-anak yang bersih akhlaknya dari hari pertama lagi untuk membantu proses pembaikan kepada yang lain.

Penemuan kaedah itu “BAGAIKAN SATU LAILATULQADAR” bagi Ayah, Tanpa menoleh ke belakang lagi, Ayah wakafkan keseluruhan harta terkumpul dan sisa tenaga yang ada untuk tujuan itu. Benar para pembaca yang dirahmati Allah, kerosakan dan keruntuhan yang berlaku juga bermodalkan harta, apatah lagi kos pembaikannya.

Banyak kos telah kita labur untuk menganjur berbagai pesta maksiat, membeli arak, dadah, judi, pelacur, mengumpan wanita, bil hotel dan sebagainya. Jika tidak kerana kos pembaikan itu sangat tinggi, tidaklah Abu Bakar Assiddiq, Saidatina Khadijah, Umar Al-Khattab, Usman Al-Affan r.a. semuanya menjadi miskin peribadi kerana harta mereka diserahkan untuk pendanaan misi besar Nabi dalam usaha memperbaiki akhlak!

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi akhir zaman. Tiada lagi nabi selepas itu. Tetapi ajaran sunnah Nabi tetap kekal hidup sebagai panduan kita sepanjang zaman. Ayah tahu, itu tak mungkin berlaku dengan tangan beliau sendiri bersendirian, lalu masuk ke satu fasa lain apabila contoh tauladan Ayah dilihat oleh orang lain.

HANYA TAULADAN MAMPU MENUNDUKKAN BIJAK PANDAI

Ayah sudah bosan dalam NGO yang tidak habis-habis dengan mesyuarat dan perebutan pangkat dan harta. Juga kecewa dengan badan-badan politik yang pemain di dalamnya berlakon baik tetapi rakus menfitnah & sanggup membeli kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Ayah benci dengan orang yang hanya berkata tetapi tidak mahu melaksana.

Perasaan benci itu selari dengan apa yang Allah firmankan di dalam Surah As-Saff, Ayat 2-3. “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Tiada ceramah, tiada kata-kata manis, tiada pujuk rayu, tidak pula janji-janji ditabur untuk mempengaruhi ramai cerdik pandai lain dalam masyarakat buat menyokong cetusan idea Ayah untuk menubuhkan RPWP. Apa yang Ayah lakukan untuk mempengaruhi yang lain ialah memberikan tauladan.

Jika Ayah mahukan orang lain patuhi perintah Allah dan Nabi dengan 10% INFAK pendapatan bulanan contohnya, Ayah akan pastikan yang Ayah telah berikan 100% dari hasil kerjanya. Apa saja tunai dan aset Ayah yang terkumpul sebelum ini sudah diwakafkan semuanya. Kini, puluhan ribu Ringgit sebulan hasil jualan dan upah mengecat kenderaan yang Ayah kerjakan dengan tangan sendiri masuk ke Tabung Pembangunan Prihatin semuanya.

Ini kerana sepertimana beberapa Asnaf yang lain, Ayah bekerja tanpa gaji. Yang dahulu, Yang sekarang dan Yang akan datang, semuanya telah diwakafkan.” Ya, hanya tauladan yang mampu mempengaruhi 19 lagi pengasas-pengasas yang lain dari kalangan bijakpandai. Ada yang ahli perniagaan berprofil tinggi, ada yang pensyarah Institut Perguruan, ada ustaz, ada ahli akademik lepasan PhD Unviersiti Cambridge, ada CEO, ada kontraktor, ada cikgu, ada jurutera kanan syarikat Jepun, ada banker, ada pengusaha stesyen minyak dan sebagainya.

Yang baiknya, Ayah tidak memilih bulu. Beliau juga tidak melupakan golongan bawahan untuk berada dalam team pengasas. Ada juga pemandu lori & teksi, ada tukang masak, kakitangan kedai kek, ada buruh kasar bahkan juga bekas penagih dadah.

Inilah rakan-rakan Dr. Masjuki yang sama-sama menggalang pembangunan akhlak dan sarana RPWP. Ada yang dahulu muda sudah menjadi tua, yang dahulu sihat dah mula sakit tetapi menyerah kalah tidak sekali-kali.

Inilah rakan-rakan Dr. Masjuki yang sama-sama menggalang pembangunan akhlak dan sarana RPWP. Ada yang dahulu muda sudah menjadi tua, yang dahulu sihat dah mula sakit tetapi menyerah kalah tidak sekali-kali.

Semua itu beliau satukan dengan satu matlamat, untuk visi pembangunan akhlak manusia serta peradaban Islam, agar golongan atas dan bawah ini mampu hidup bersaudara.  Yang kaya tidak perlu mendabik dada kerana di sisi mereka ada Dr Masjuki yang pernah kaya, cuma telah mewakafkan semua kekayaannya.

Cerdik pandai & ahli agama tidak perlu berbangga, kerana Ayah juga dari kalangan mereka. Si buruh kasar dan fakir miskin juga tidak perlu merasa hina, kerana Ayah yang dulunya hartawan juga kini berstatus fakir seperti mereka, makan & bertempat tinggal di rumah yang sama dengan mereka, bahkan setiap hari ikut kerja berat bersama mereka.

Percaya atau pun tidak, semua kerja paling bahaya seperti di puncak paling tinggi, penggunaan jentera berat dan apa sahaja yang tidak lagi mampu dilakukan oleh kami, termasuk yang memerlukan kreativiti dan kepakaran tinggi, Ayah akan ambil risiko melakukannya sendiri. Ini selari dengan keberanian Rasulullah SAW yang menjadi susuk tubuh pertama, yang mara di barisan paling hadapan semasa mengepalai Perang BADAR. Jadi…, Ada apa lagi nak diperkatakan tentang status?

Inilah Dr. Masjuki, seorang hartawan yang memilih memfakirkan diri untuk membela Islam secara praktis. Bukan sekadar membina kolam simpanan air hujan, kolam kumbahan najis juga beliau masih sudi turun tangan walaupun dalam keadaan mampu berdiri dengan hanya 1 kaki (1 kaki lagi lemah disebabkan sambungan tulang femur yang kurang sempurna)

Inilah Dr. Masjuki, seorang hartawan yang memilih memfakirkan diri untuk membela Islam secara praktis. Bukan sekadar membina kolam simpanan air hujan, kolam kumbahan najis juga beliau masih sudi turun tangan walaupun dalam keadaan mampu berdiri dengan hanya 1 kaki (1 kaki lagi lemah disebabkan sambungan besi tulang femur yang kurang sempurna)

PIC_1041

Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.

PIC_1046

Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.

PIC_1044

Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.

 

PERANAN BANGSAWAN UNTUK PROJEK BERSEPADU MEMPERBAIKI AKHLAK

Jika ada yang fikir sahabat-sahabat rasulallah dahulu miskin, mungkin mereka perlu buat bacaan semula. Harta Saidatina Khadijah yang diuruskan oleh Nabi Muhammad sendiri dikhabarkan MENGUASAI hampir separuh EKONOMI Kota Mekah. Dicampur dengan kekayaan Abu Bakar As-Siddiq, Usman Ibn Affan, Umar Al-Khattab, Abdurrahman Auf dan lain-lain.

Semuanya habis dikumpulkan untuk satu proses HIJRAH besar yang dilalui oleh Nabi. Jika tidak begitu, tidaklah Allah berfirman ;

“Orang-orang yang berIMAN dan berHIJRAH serta berJIHAD pada jalan Allah dengan HARTA & DIRI adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah. Dan merekalah orang-orang yang Berjaya – At-Taubah,20

“Apakah kamu sangka kamu akan masuk syurga, sedang belum nyata di sisi Allah orang orang yang berJIHAD di jalannya, dan belum nyata di sisi Allah orang orang yang sabar.” – Ali-Imran 142

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka>> Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” – At Taubah, 111.

Sekarang kita lihat, sarana HIJRAH itu ialah HARTA & DIRI. Adakah kita masih selesa dengan mengumpul harta yang kita ada tetapi tidak berhabis untuk mendapatkan KEMENANGAN & SYURGA yang Allah janjikan dalam firman di atas itu?

Jika Ayah sanggup berkorban sebegitu rupa untuk masa depan generasi anak-anak kita, Adakah kita rasa tanpa pengorbanan harta dan diri itu kita mampu membentuk anak-anak yang terbentuk akhlaknya? Atau kita hanya menadah tangan di atas sejadah dan mengharapkan keajaiban dari Allah sepanjang masa?. Susah untuk kami katakan.

Rasanya pasti masih ramai yang lebih sayangkan harta peribadi mereka tanpa memikirkan kepentingan generasi mendatang yang akhirnya akan menjadi lingkungan komuniti tempat kehidupan anak-anak mereka juga. Begitu juga halnya dengan semua pengasas-pengasas RPWP yang diketuai oleh Ayah sendiri. Visi pembangunan akhlak ini satu proses yang panjang yang juga memerlukan komitmen HARTA dan DIRI.

Mungkin ada yang kata, cukuplah jika sudah ada beberapa hartawan, kerana mereka sahaja sudah mampu berikan sumber kewangan yang baik kepada Prihatin. Ya ia mungkin cukup jika Prihatin hanya berbuat untuk sekelompok warga sahaja. Namun skala Islam itu besar, iaitu untuk merahmatkan seluruh alam. Kerana itu pada zaman nabi dahulu, KESEMUA sahabat-sahabat bangsawan yang dipanggil ahlulbait berkorban keseluruhan harta mereka dalam merialisasikan visi Rasulullah SAW kerana ceramah-ceramah sahaja tidak cukup untuk membangkitkan Islam.

 

ROBOH ISTANA IMPIAN BERGANTI SYURGA

Kawasan 1.6 ekar yang bakal dibangunkan dan dikorbankan Dr. Masjuki untuk digunakan bagi membangunkan 40% baki pembinaan kompleks di Kajang ini dengan khidmat kontraktor professional

Kawasan 1.7 ekar yang bakal dibangunkan dan dikorbankan Dr. Masjuki untuk digunakan bagi membangunkan baki pembinaan kompleks RPWP dengan khidmat kontraktor.

Foto di atas diambil semasa lawatan ke tapak tanah yang telah diwakafkan oleh Ayah sejak 2005 untuk dicairkan. Lot-lot banglo itu akan dibangunkan oleh pemaju yang meletakkan harga jualan RM1 juta seunit dan memberi margin 50% kepada pemilik. Ayah ada 2 lot, oleh itu nilai wakaf kepada RPWP akan menjadi RM 1 Juta untuk di cairkan.

RM1 Juta itu sedikit pun tidak sampai kepada anak-anak kandung Ayah dan tidak pula Ayah simpan walaupun seringgit. Ayah laburkan lagi kesemuanya untuk mempercepatkan progress pembangunan fasa kedua RPWP di tapak seluas ¼ ekar di belakang kompleks sedia ada.

Kami insaf dengan ketulusan yang sepenuhnya oleh Ayah. Malu bagi kami yang menulis artikel ini kerana masih ada berbidang-bidang lagi hartanah, masih ada lagi amanah saham dalam simpanan masa hadapan, masih ada lagi harta-harta yang bernilai.

Apabila kami tanyakan kepada Ayah…“Bagaimanakah masa hadapan anak-anak Ayah nanti?” Selamba Ayah menjawab, “Masa hadapan tidak akan ada untuk anak kita jika hari ini kita masih terus memikirkan tentang diri & anak sendiri sahaja dan gagal untuk berkorban untuk membangun potensi masyarakat mereka. Allah ada `cara’ tersendiri untuk melindungi anak-anak yang bakal Ayah tinggalkan”.

Roboh sudah impian untuk membina istana bersama isteri & anak tercinta. Ayah lebih memikirkan tentang ummah yang semakin lemah & ada perkara yang lebih besar untuk dibuat. Ayah tidak sedikit pun kelihatan terkilan. Dalam hati kami berkata “Alangkah tabahnya lelaki ini”. Kami yang mengikuti Ayah dalam rombongan ini terkesan dengan berhabisnya Ayah dalam urusan pembangunan ummah. Diam-diam, kami cuba mencontohi tauladan itu.

TAULADAN AYAH DITIRU ANAK-ANAK

Tiada pendidikan lebih berkesan dalam membentuk akhlak selain dari tauladan. Anak anak Ayah semuanya berpuasa nafsu dari meminta yang macam-macam. Mereka malu dengan Ayah mereka sendiri yang pernah kaya dan mereka dapat saksikan kekayaan ayahnya (Dr. Masjuki) tetapi ayahnya sendiri berpuasa nafsu dan memberikan lebih kepada orang lain yang memerlukan.

Gambar terkini keluarga Ayah. Berdiri dari kiri Dinie, Abid, Raimie, Ikhwan, Abu Rijal. Duduk, Ayah, Mak Ibu, Afiah, Nurhani.

Gambar terkini keluarga Ayah. Berdiri dari kiri Dinie, Abid, Raimie, Ikhwan, Abu Rijal. Duduk, Ayah, Mak Ibu, Afiah, Nurhani.

Kesemua anak-anak Ayah makan makanan yang sama, tinggal di rumah yang sama dan memakai pakaian `terpakai’ pemberian orang ramai, sama seperti anak yatim dan asnaf lain. Setiap cuti panjang mereka bekerja membantu pembinaan rumah dan membimbing anak-anak lain dalam kem cuti sekolah, tanpa bersungut meminta upah walau sedikit. Berjalan pun hanya ketika raya atau ada trip bersama rombongan anak-anak RPWP.

Anak sulong Ayah, Dinie Masjuki kini sedang menghabiskan Pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Artificial Intelligent di UiTM dan menjalankan perniagaan dengan syarikat OMG Creative Sdn Bhd. Semua pendapatan Dinie sejak mula bekerja di Candid Syndrome yang bermula dengan elaun RM400 sebulan, hingga menjadi Jurugambar Profesional dengan pendapatan setinggi RM7 ribu sebulan, dan kini segala keuntungan dan elaun pengarah syarikat, beliau serahkan 100% kepada RPWP. Tiada makan tengahari di restoran kecuali selesa dengan bekal makanan dari rumah.

Muhammad Dinie, anak sulong Dr. Masjuki sanggup menangguhkan pengajian selama 1 tahun selepas SPM untuk beliau bekerja sehingga menjadi seorang jurugambar antarabangsa dan wang itu beliau berikan sepenuhnya kepada Prihatin.

Muhammad Dinie, anak sulong Dr. Masjuki sanggup menangguhkan pengajian selama 1 tahun selepas SPM untuk beliau bekerja sehingga menjadi seorang jurugambar antarabangsa dan wang itu beliau berikan sepenuhnya kepada Prihatin.

Anak kedua, Raimie Masjuki kini dalam pengajian Ijazah di Fakulti Pengurusan Perniagaan dalam bidang Insuran di UiTM. Tidak pernah meminta wang belanja dari mula sehingga kini. Raimie menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung belanja peribadi. Beliau yang kini mahir dalam bidang mengecat, PA system, event management dan construction hasil didikan RPWP pernah menjana pendapatan sehingga RM35,000 sebulan tanpa meminta walau seringgit jika tidak diberi.

Pernah diberi peruntukan RM1K untuk kemasukan Universiti dan membeli cermin mata yang sesuai berharga RM350, beliau hanya beli yang berharga RM140 saja, bakinya diserahkan semula kepada bendahari sehingga ditegur Ayah kerana jenis itu akan merosakkan mata.

Raimie yang mesra di panggil Uda, berjaya mendapat CGPA 3.5 di peringkat diploma, walaupun aktif dalam ROTU.

Raimie yang mesra di panggil Uda, berjaya mendapat CGPA 3.5 di peringkat diploma, walaupun aktif dalam ROTU.

Tauladan itu diikuti oleh Abid Masjuki (Ijazah Bioteknologi, Universiti Malaya) yang pernah mengejutkan wartawan utusan kerana menyerahkan kesemua hadiah Johan Khat Nusantara berjumlah RM2,000 & RM1,500 Naib Juara Agro Race kepada RPWP.

Sekecil Nurhani yang menjadi pemenang Anugerah Emas, pelajar terbaik UPSR turut menyerahkan hadiah RM350 & basikal pemberian PIBG kepada RPWP.

Ikhwan (Matrikulasi Jengka) dan Abu Rijal Masjuki bahkan Norafiah Masjuki, OKU Down Syndrome juga seakan-akan semuanya menuruti contoh tanpa perlu dididik dengan paksaan. Kesedaran itu diturunkan secara tauladan. Pelik juga kerana kesemuanya berjaya dalam akademik, penuh jatidiri dan sangat berakhlak.

Anak bongsu Dr. Masjuki ini (Abu Rijal) pun sudah mula menyerahkan segala apa yang diperolehi dari sebarang pemberian orang luar kepadanya secara peribadi kepada Prihatin. Katanya beliau mahu jadi seperti AYAHNYA.

Anak bongsu Dr. Masjuki ini (Abu Rijal) pun sudah mula menyerahkan segala apa yang diperolehi dari sebarang pemberian orang luar kepadanya secara peribadi kepada Prihatin. Katanya beliau mahu jadi seperti AYAHNYA.

Hari ini kita bingung mendidik anak dengan tuisyen, televisyen, ipad dan segala saluran pembelajaran sedangkan kita sendiri masih terus menerus menutup mata kepada keburukan yang kita sendiri kompromi untuk lakukan. Percayalah, jika ibunya pakai tudung dan baju ketat, anaknya nanti berbogel terus depan webcam. Jika ibunya baik, anak akan menjadi lebih baik lagi. Dalam dua-dua arah positif mahupun negatif, kesan kepada anak adalah digandakan.

Kesemua anak-anak ayah rajin melakukan kerja berat di RPWP tanpa disuruh. Gambar hiasan Raimie & Abid.

Kesemua anak-anak ayah rajin melakukan kerja berat di RPWP tanpa disuruh. Gambar hiasan Raimie & Abid.

 

TANAH PINGGIRAN PUTRAJAYA & RPWP

Hartanah  bernilai RM 1 JUTA itu mahu Ayah wakafkan untuk mempercepat pembangunan sarana di RPWP ini sendiri. Impian Istana dunia itu dirobohkan tetapi Ayah mendapat syurga, ketenangan hati di dunia dan InsyaAllah di akhirat nanti.

Sudah 8 tahun kami bergelumang dengan simen, kayu, pasir, batu dan besi untuk menyiapkannya tanpa khidmat kontraktor dan jentera. Maklumlah, kami mulakannya berbekalkan azam sahaja. Sekarang ini, kami terpaksa belanja antara RM35-45 ribu sebulan. Wakaf tunai dari Ayah sendiri bertahan tidaklah lama seperti bukit yang dikorek hari-hari lama-lama jadi rata. Rumah yang kami ada kini agak uzur buatannya. Ini kerana kami tiada banyak sumber kewangan dan orang pula tidak mengenali kami untuk memberi.

Sejak 2005, kami beli 95% bahan terpakai, dan kami guna kepakaran dan tangan sendiri untuk membangunkan rumah di atas tapak setengah ekar ini. Besi sependek 4-6 inci kami sambung, kaki bangku dan meja sekolah, plywood cetak konkrit dan kayu palet yang terbuang kami leraikan dan guna semula. (Anda boleh lihat jika anda datang ziarah ke RPWP). Persis seperti awal pembangunan Masjid Quba’ yang hanya menggunakan batang & pelepah tamar, batu dan seadanya saja.

Rumah banglo setingkat Dr. Masjuki dah rupa begini hasil tangan-tangan kami sendiri. Pada peringkat awal, tiada lagi jentera. Gergaji, memaku semuanya secara manual.

Rumah banglo setingkat Dr. Masjuki dah rupa begini hasil tangan-tangan kami sendiri. Pada peringkat awal, tiada lagi jentera. Gergaji, memaku semuanya secara manual.

Pada fasa kedua pula, kami telah mula guna jentera dan mesin. Itulah hasil penjimatan dan pengembangan Infak bulanan kami yang sedikit itu. Sekali sekala ada juga kami terima sumbangan dari tetamu yang terkesan dengan usaha kami, khususnya dibulan Ramadhan. Ada juga yang mensedekahkan lebihan bahan binaan seperti kayu, besi dan lain-lain.

Ayah sentiasa meyakinkan kami yang konsep PUASA secara hakikat dan ZAKAT yang FITRAH akan mampu membangunkan sesuatu yang hebat. Kami menahan diri dari meminta-minta. Kami hidup dengan survival beberapa perniagaan kecil kami di sini. Jika tidak, gamaknya kami hanya makan pada bulan Ramadhan sahajalah, sebab bulan lain orang tak bersedaqah dan kami terpaksa rebus kayu-kayu binaan pulalah jawabnya.

KESIHATAN & ILMU MENJADI MAHKOTA MUJAHID

Apalah nilai RM1 juta hari ini? kata Ayah. Di samping ilmu untuk pembentukan akhlak di RPWP, Ayah juga melihat kepentingan akademik bersijil. Sebolehnya Ayah mahu anak-anak RPWP ke IPT kesemuanya, sekalipun hingga double degree atau PhD.

Pengalaman dari kematian Khairi, pembedahan ibu Sofiah, kesukaran kewangan anak-anak kami yang ke IPT banyak mengajar kami. Kerana itu jugalah selain dari dana pembinaan & sarana asas, Ayah mahu ada tabungan yang cukup untuk Dana Kesihatan & Dana Pendidikan Anak. Kami harus meneruskan puasa, berjimat, menambah zakat dan berusaha dengan tangan kami sendiri untuk menambah tabungan.

Saudara Khairuddin Mohd Nor, salah seorang pengasas kami dahulunya sihat, kini terpaksa dibedah kerana masalah tulang belakang disebabkan slipdisc. Ayah sendiri dari orang normal sudah menjadi OKU kerana tulang femur yang berganti besi, patah semasa jatuh di ketinggian hampir 20 kaki sewaktu memasang bumbung rumah.

Rosli Ludin, suami Sofiah Wali yang diberhentikan kerja kerana masalah tulang belakang dahulu, kini semakin serius sakitnya. Khairi baru meninggal dunia, beberapa co-founder lain pula sudah ‘meninggal’kan kami kerana tidak sanggup meneruskan pengorbanan.

Alhamdulillah, dengan membesarnya anak-anak yang dibina, Kami yang asalnya 20 orang dan ditolak dengan yang telah ‘meninggal’ juga badan-badan yang sakit ini masih istiqomah meneruskan pembinaan rumah kami, walaupun agak sedikit perlahan. wirid1ITULAH SEBABNYA Ayah mahu cairkan hartanah bernilai RM1 juta yang beliau wakafkan itu supaya kami mampu untuk menyiapkan pembinaan yang berbaki dengan lebih cepat. Sudah 8 tahun kami membina berdikit-dikit, jika kontraktor dengan dana yang cukup pasti sudah 12 menara seperti KLCC kita siapkan dalam tempoh itu.

Sekitar 10 orang anak-anak kami yang sedang belajar dalam berbagai bidang di Universiti pula sudah mula menunjukkan minat mendalam untuk meneruskan pengkajian dalam bentuk akademik. Selepas tamat degree pertama nanti, ramai yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah secara khusus dalam Pengajian Hadis, Usuluddin dan Ilmu Wahyu di universiti terbaik seperti di Yarmouk Jordan dan Al-Azhar.

Itulah juga yang Ayah sisihkan dananya dan dibangunkan melalui hasil wakaf dan perniagaan yang kami ada sekarang. Untuk memahamkan dan mula merangkak mengatur usaha bukan mudah. Hati yang sudah lama kotor berdaki, amal yang sedikit bercampur dosa ini memerlukan masa dan pelbagai usaha teliti yang istiqomah untuk dibersihkan.

Oleh itu, cita-cita Ayah untuk melihat perubahan peradaban umat ini bersama rakan-rakan mungkin tidak mampu dicapai kerana didahului ajal. Atas sebab itu Ayah sering menangis ketika membilang penghujung usianya.

Pilihan yang ada ialah mempersiapkan sarana untuk membentuk akhlak berserta kecemerlangan akademik anak-anak asnaf dan yang dititipkan oleh masyarakat untuk dibangunkan. Pendidikan memerlukan bukan saja kepakaran, malah modal yang besar dan masa yang panjang.

Semakin ramai ibu bapa yang memohon menitipkan anak-anak mereka untuk di didik di RPWP. Alhamdulillah itu satu kepercayaan masyarakat hasil pemerhatian awal keberkesanan sistem pendidikan di RPWP. Namun ia menjadi beban amanah yang harus di pikul bersama atas nama Allah.

Ayah merasa sangat bersalah dan sedih bila kami terpaksa menolak permintaan mereka. Jika pembinaan rumah ini lambat, Ayah khuatir Ayah akan terlebih dahulu `meninggal’kan kami sebelum sempat melihat kejayaan usaha yang telah Ayah mulakan.

Kerana itulah Ayah sanggup leburkan segala yang ada untuk mempercepatkan pembinaan, agar usaha selepasnya boleh ditumpukan kepada program pendidikan anak-anak secara intensif. Kami rasa, jika kami teruskan cerita ini ia bakal menjadi sebuah autobiografi dan bukan lagi sebuah artikel.

Ayah seorang yang sangat tidak suka akan pujian. Kerana Jika ada pujian, Ayah ajar kami untuk memulangkannya kepada Allah. Ramai juga tamu yang hadir memuja muji beliau sehingga beliau lebih selesa mengasing diri dari bertemu tetamu kerana janggal dipuji atas apa yang telah beliau korbankan selama ini.

Ayah juga tidak suka kami bercerita tentang pahala, kerana itu mengajar kita jadi terlalu berkira dengan ‘upah’ dari amal kita. Jikalah ada apa yang dikatakan pahala itu Ayah kata wakafkan juga semuanya. Bukan sombong, tapi kerana “YANG KITA CARI IALAH REDHA ALLAH, BUKANNYA PAHALA”, kata Ayah.

Jika kisah ini mampu menjadi tauladan kepada anda, sila panjang-panjangkannya. Dalam dunia moden sekarang, terlalu ramai orang sangat suka bercakap tapi kerjabuat tidak seberapa, sukar pula mencari orang yang banyak berbuat tetapi kurang bercakap.

Sejujurnya, Kami yang menulis ini juga berasa malu kerana masih banyak bercakap, tapi baru belajar berbuat.

Diriwayatkan oleh

WARGA PRIHATIN

21 Comments

  1. SITI FAHIZAN HJ ABD RAHAMAN

    Alhamdulillah, antara khalifah yang dipilih ALLAH. Saya selama ini bersama sahabat membuka pusat komuniti pinggir bandar di Melaka. Bermula dari tahun 2000 hingga kini. Pada 2003 saya bercadang untuk menyambung pengajian dengan penyelidikan 10 tahun pembangunan komuniti pinggir bandar. Memang menjadi cita-cita untuk bersama orang-orang yang yang mujahid fisabilillah serta menjadikan pimpinan hidup mukmin sebagai modul kehidupan. Selepas menerbitkan moduk Rumahku Syurgaku dan pembangunan Future Intelligent Apprentice (Modul Keseimbangan Agama dan Intelek) maka kini telah genap 10 tahun. Saya mohon untuk membuka komuniti dari usia 0 hingga warga emas. Menjadi Kaunselor mendidik anak-anak yang bercerai, mangsa dera dan kelainan upaya. Saya sedang menyambung pengajian di dalam master education dan mohon menyambung doktrait selepas pusat penyelidikan ini genap 10 tahun untuk penajaan. Sekiranya dapat berkongsi saya boleh dihubungi di 010-2534035

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Terima kasih siti Fahizan.

      Kami doakan semuga anda berjaya dalam usaha jihad ilmu itu. Insyaallah ada masa kita akan bertemu.

      Reply
  2. Epul Jaguh

    insha Allah akan saya panjangkan artikel ini buat bacaan semua.

    Reply
  3. Pakndak Him

    minta no ac bank. insyaallah walau sedikit di hadiahkan, ia jg amat bermakna.. insyaallah..

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Salam Pakndak…no akaun ada di bahagian ALAMAT di atas 🙂
      Betul tu…sedikit yang kita ikhlas sepenuh hati itupun sudah baik.
      Nak dapat macam level Dr. Masjuki ni kami di sini pun tak larat nak kejar heheheh

      Reply
  4. ADMIN (Post author)

    Siroot pengurusan yang Allah hidayahkan telah menentukan agar setiap amal anak Adam itu di ambil kira, biarpun sekecil zarah.

    Setiap amal pasti ada balasan, dalam apa bentuk sekalipun. Contohnya,

    Jika kami mungkin tidak sempat untuk memberi ruang kepada ramai yang ingin tumpang meletakkan anak di sini waktu ini, kami akan Insyaallah mengadakan satu jaringan network anak-anak kita, khususnya mereka yang telah menunjukkan sokongan dan keprihatinan. Ini supaya satu hari nanti anak-anak yang berkesempatan menerima pendidikan kami boleh kongsikan tips pembinaan akhlak yang kami ajarkan, sekalipun waktu itu kita semua mungkin sudah ‘pergi’ meninggalkan mereka. Mereka ini akan saling mengenal, berkasih sayang dan membina network kehidupan dalam pelbagai bentuk. Alam kehidupan yang kita atur mengikut acuan Allah ini yang Insyaallah akan menyelamatkan anak yang bakal kita lahirkan.

    Oleh itu, kami harap biar seringgit yang disumbang, silalah inbox atau mesej kami untuk di daftarkan amalan itu di ‘kitab amalan RPWP’. Nanti kita aturkan sesi takruf di kalangan kita dan anak-anak kita. Jika dengan anak-anak cina dan India pun anak-anak kami boleh berkasih sayang, inikan pula dengan rakan taulan seagama yang ibu bapa mereka turut membantu.

    Inilah kaedah penciptaan anak-anak yatim yang akan dilindungi, yang Allah bersumpah akan melaknat dan menolak agama bagi mereka yang maklum akan pengorbanan bapa anak itu dan tidak melakukan sesuatu untuk membela anak yang ditinggalkan. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Maa’un. Juga Hadis Nabi SAW yang melaknat ummat jika masih membiarkan anak-anak yatim yang ditinggalkan bapanya yang syahid tidak terbela.

    Reply
  5. abu zafeerah

    kagum..sejak mengenali rpwp lebih kurang seminggu yang lalu..perlahan-lahan saya ikuti cerita dan riwayat rpwp..teringin melawat dan berhajat mengutip semua ilmu didikan untuk saya juga lahirkan anak-anak sepertimana anak-anak kelahiran rpwp..yakin dengan janji Allah..akhir zaman ini Islam sedang berdagang..Ayah Dr. Masjuki dengan melaksanakan perdagangan yang sangat2 mulia..sukar dicari..1 dalam berjuta..

    in sha Allah kami sekeluarga akan terus menyokong rpwp seumur hidup kami..

    ingin bertemu Ayah Dr. Masjuki in person jika dipanjang usia dan moga hajat ini dimakbulkan Allah..in sha Allah semoga dipermudahkan segala urusan rpwp di masa depan..

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Salam Abu zafeerah ,

      Silalah datang berkunjung. Buka menu alamat dan hubungi admin yang disenaraikan. Cuma seperti yang dinyatakan dalam artikel, Ayah Dr Masjuki ni lebih suka bersembunyi, agak susah ditemui. Kami di sini pun susah nak jumpa beliau, kecuali bapa-bapa pendokong yang selalu bekerja atau berbincang dengan beliau. Ini kerana beliau ingin manfaatkan setiap saat sisa usia untuk menyudahkan terlalu banyak KERJA BAKTI beliau untuk persiapan sarana pendidikan anak-anak setelah beliau ‘tiada’ nanti. Beliau terlalu bimbang akan didahului ajal sebelum sarana RPWP dapat beliau siapkan.

      Apapun, dengan keikhlasan, dengan ziarah ulangan dan istiqomah, ramai juga yang ‘bernasib baik’, bukan saja dapat berjumpa, malah mungkin berpeluang untuk `bersembang mesra’.

      Reply
  6. abu zafeerah

    in sha Allah..akan saya usahakan bawa sekeluarga ke sana..

    moga ada jodoh di masa depan..nak kutip ilmu ni..

    Reply
  7. Nik

    Bismillahirahman nir rahim. Pengorbanan Ayah Dr Masjuki amat besar hanya untuk melihat masa depan umat Islam kembali bersinar. Bila saya baca artikel ini, saya amat malu kepada Allah kerana tidak dapat mewakafkan harta dan diri di Jalan Allah seperti mana warga prihatin melakukankannya. Saya kalah dengan godaan tiga berhala manusia iaitu Harta, Takhta dan Wanita. Saya berasa kedekut dan tidak yakin dengan janji Allah yang menawarkan perniagaan yang menguntungkan kepada hambaNya. Saya banyak menghabiskan pendapatan saya ke jalan Maksiat dari membelanjakan di Jalan Allah. Semoga Allah dapat memberi petunjuk ke Jalan yang Lurus kepada Saya. Alhamdulillah

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Bukan Nik sahaja, kami admin-admin di sini pun sebenarnya malu juga dan sentiasa pacu diri kami untuk sampai ke peringkat Ayah sendiri 🙂

      Reply
  8. Mak Ndak Iza

    Assalamualaikum,
    Alhamdulillah syukur kepada ALLAH yang esa dengan limpah kurnianya …masih ada lagi insan yang begitu kuat semangat juangnya dalam menginfakkan segala harta yang ada demi pembanguna ummah.Matlamat Dr Masjuki sangat telus dan saya doakan agar apa yang direncanakan oleh beliau akan mendapat sokongan dari semua ..mudah2an ALLAH akan sentiasa mempermudahkan segala yang dilakukannya…amin…

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Terima kasih Mak Ndak Iza.

      Itulah yang sedang kita usahakan, agat hasrat ayah tidak berhenti sekerat jalan. Doakan kami kekal kuat, jasad dan semangat untuk meneruskan legasi yang beliau sudah mulakan. Amiin.

      Reply
  9. Dila

    Tahniah untuk warga prihatin terutama pengasasnya. Tiada yang lebih mulia di sisi Allah selain amal perbuatan yang semata-mata keranaNya. Terharu saya mendengar cerita di sebalik rumah ini. Malu juga saya kerana sejak berpindah ke bangi 2 tahun yang lepas, baru hari ini saya mengetahui kewujudan rumah prihatin melalui FB rakan saya. Saya ingin mendapat maklumat lebih lanjut tentang kem cuti sekolah. Adakah ianya terbuka kepada pelajar luar drp rumah prihatin. Saya sangat-sangat teringin menghantar anak2 saya kesini di waktu cuti sekolah.

    Reply
  10. kak zara

    Semiga usaha berjaya..
    Terasa diri ini kosong…selama ini aku terfikir utk bnykkn amalan utk diri sendiri dn keluarga…tima kasih krn artikel yg membawa sejuta keinsafan….inshaallah akn kami pnjgkn semoga kita sama2 mendpt keredhaan ilahi. ..

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Terima kasih Kak Zara. Barakallah.

      Reply
  11. mohamad putrajaya

    As Salam. Saya pun berminat untuk terlibat sama dalam usaha sgt murni ini. InsyaAllah saya akan hari program 25 hb Disember ini

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Alaikumsalam.

      Selamat datang Mohamad. Dapatkan mana mana nombor kontek admin yang tersenarai jika perlukan bantuan atau keterangan lanjut.

      Reply
  12. Mizan

    Assalamualaikum Warga RPWP,

    Bercampur-campur perasaan saya membaca tulisan ini dan juga tulisan-tulisan yang lain. Semoga segala usaha-usaha murni ini berkekalan dalam membentuk generasi ummah yang cemerlang di dunia dan diakhirat. Bolehkah masyarakat luar seperti saya turut serta dalam apa-apa program yang memerlukan sukarelawan? Teringin benar berjinak-jinak dalam aktiviti seperti ini bagi membentuk diri ini menjadi seperti kalian.

    Reply
  13. masjid2u.net

    This is definitely useful, You might be a very knowledgeable blog writer. I’ve joined up with ones feed and remain upward for searching for really ones great submit. On top of that, I’ve got discussed your website during my social networking sites

    Reply
  14. Pingback: Lantai makin Tinggi, Hero-hero Kami dah Sakit-sakit, Dah perlu beli Kren! | RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *