Jihad Dengan Al-Quran bahagian 3 : JIHAD NAFSU & ILMU LEBIH BESAR DARI PERANG

image_pdf
 

00 JIHAD AQ3Dalam banyak sudut pandang, mungkin anda dapati pendapat kami agak sedikit berbeza, atau agak asing atau jarang didengar. Dulu pernah kami merasa kecewa dengan situasi itu, namun kini kami merasa agak lega kerana sesungguhnya situasi ini telah dinyatakan baginda Rasulullah SAW,

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Islam pada mulanya asing dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya kita yang terasing.”

Satu hal yang kami sedar ialah, setiap isikandungan alQuran mahupun hadis kami cuba kaji dengan teliti akan sudut perlaksanaannya. Kami kaji hasil baik sekiranya manusia mampu melaksanakan perintah di sebalik saranan Firman maupun Hadis itu. Kemudian kami laksanakan satu persatu sehingga kami lihat sendiri hasilnya. Ini berbeza dengan kaedah penelitian melalui pembacaan dan teori semata-mata tanpa melaksanakan secara lansung dan istiqomah. Lebih teruk lagi perbincangan melalui ilmu-ilmu copy paste dari blog sana dan sini tanpa dianalisa sumbernya. Tahap kefahaman dan keyakinan dapatan hasil bacaan tulisan (tilawah), dengan bacaan perlaksanaan (iqra’) juga jauh berbeza.

DEFINISI JIHAD

Masih ada Islam yang terlampau kaya tetapi kekayaan itu berdiri di atas mayat-mayat saudaranya. Pesawat Peribadi Superjumbo Airbus A380 dengan kemasan EMAS dengan semua barisan pilot wanita. Semua pekerja di istana juga wanita-wanita dengan potongan supermodel. Adakah sudah berlaku jihad nafsu?

Masih ada Islam yang terlampau kaya tetapi kekayaan itu berdiri di atas mayat-mayat saudaranya yang tidak diendahkan. Pesawat Peribadi Superjumbo Airbus A380 dengan kemasan EMAS dengan semua barisan pilot wanita. Semua pekerja di istana juga wanita-wanita dengan potongan supermodel. Adakah sudah berlaku jihad nafsu bagi individu ini? Tidak lupa…ada ramai individu seumpama ini. Mereka kaya tetapi tidak langsung menjadikan Islam lebih kaya.

Perkataa “Jihad” itu sendiri berasal dari bahasa Arab, yang bererti “usaha keras” atau “sungguh sungguh”.  Umum lebih lazim meletakkan JIHAD sebagai perang dan memerangi dengan berlakunya pertumpahan darah.

Walaupun dalam literatur Islam, jihad membawa pengertian yang berbagai rupa, namun intinya, jihad yang dituntut adalah satu usaha keras yang dilakukan setiap individu dalam mencapai hasil usaha yang dianjurkan sesuai dengan perintah Allah dan Rasul. Ia dipanggil JIHAD FI SABILILLAH (Jihad pada jalan Allah).

Antaranya adalah usaha bersungguh-sungguh untuk,

  1. Menuntut ilmu (jihad ilmu),
  2. Mengawal dan memerangi nafsu yang negatif (jihad nafsu),
  3. Mempertahankan diri dari serangan musuh dalam peperangan (jihad perang),
  4. Mengembangkan ilmu dan mengajak manusia kepada Allah (jihad dakwah)
  5. Membangun ekonomi diri & keluarga (jihad ekonomi)
  6. Dan berbagai-bagai lagi.

Pengertian jihad secara khusus banyak dijelaskan dalam banyak hadis Nabi Saw. Baginda, pernah menjelaskan jihad secara khusus kepada sahabatnya setelah pulang dari perang Badar. Di dalam sejarah Islam, perang Badar dikategorikan sebagai perang yang begitu sengit antara umat Islam dan kelompok kuffar Mekah saat itu. Namun dalam hadisnya, Rasulullah SAW bersabda,

“Kita baru saja kembali dari AL-JIHÂD AL-ASGHAR (jihad kecil) menuju AL-JIHÂD AL-AKBAR (jihad yang lebih besar)”. Ketika ditanya sahabat, “Apa itu jihad yang lebih besar, ya Rasulullah?” Nabi Saw. menjawab, “Yaitu jihad MELAWAN NAFSU yang ada dalam diri kita sendiri.”

Hadis ini memiliki pengaruh yang sangat besar bagi umat Islam walaupun ia kurang diminati oleh sebilangan ilmuan dan tidak muncul dalam kumpulan hadis-hadis mutawatir. Begitu juga dengan beberapa hadis lain yang memberi kesan besar namun ia kurang dibincangkan seperti “Tuntutlah ilmu walaupun dengan Cina”.

Dari penelitian kami, antara sebab mengapa hadis-hadis sebegini kurang mendapat perhatian adalah kerana ia sukar dikaitkan perlaksanaannya, kecuali jika kita dapat menganalisa dengan tepat applied science darinya. Kerana itu ia digelar sebagi hadis yang terputus atau tergantung. Adalah terlalu rugi jika strategi besar dari hadis yang Rasulullah bekalkan itu tidak dapat kita ambil manfaatnya.

Bagaimana akan kita laksanakan hadis yang menyuruh kita belajar dengan Cina, sedangkan bangsa itu terlalu asing bagi kita. Ada pula yang harus berhempas pulas mencari rasional siapa lebih Islam, atau terlebih dahulu Islam sehingga saran hadis sebegitu nak diguna pakai. Namun kami suka melihat dari sudut kehebatan dan kasyafnya ilmu Rasulullah. Kita lihat kehebatan kaum Cina dari sudut ketaatan rakyat terhadap rajanya, semangat wajanya yang mampu membina tembok besar negeri china, teknologi pelayaran, jatidiri dan kesatuan mereka yang kini bertebaran di seluruh dunia sehinga ke mana saja kita pergi, bakal kita jumpa restoran cina, persatuan cina, kongsi cina, china town dan banyak lagi.

JIHAD MEMERANGI NAFSU LEBIH BESAR DARI BADAR?

Hadis inilah yang ingin kami kupaskan dalam artikel ini biarpun ia kurang di minati oleh kebanyakan ilmuan. Ingin kami kongsikan pendapat kami, menurut penelitian sains teologi, sosiologi dan psikologinya sehingga kita dapat sahkan kebenaran bahawa memerangi nafsu adalah lebih besar dari Badar.

 

Pada Nabi Muhammad s.a.w Perang Badar itu hanya jihad kecil kerana keutamaan kepada jihad yang besar ialah dengan jihad nafsu.

Pada Nabi Muhammad s.a.w Perang Badar itu hanya jihad kecil kerana keutamaan kepada jihad yang besar ialah dengan jihad nafsu.

Al-Quran diturunkan untuk membina dan memperbaiki akhlak manusia jahilliah. Akhlak Rasulullah adalah al-quran, itu kita semua tahu. Oleh itu, Rasulullah tidak akan memperkatakan sesuatu sekiranya tidak mendapat petunjuk Allah. Mari kita lihat bagaimana tanpa berjaya mengawal nafsu, kita tidak akan berjaya dalam peperangan.

Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam Al-Qur’an

Surat An-Najmi: “ Dan, tidaklah dia (Muhammad) itu berbicara dengan hawa nafsu, tetapi apa yang dikatakannya adalah berdasarkan pada wahyu yang diwahyukan kepadanya”

Pasti ada sebab mengapa Rasulullah mengeluarkan kenyataan perang nafsu ini selepas Badar. Tugas kita ialah mencari rasional dan jalan untuk mematuhinya bukan menolaknya mentah-mentah, hanya kerana kotak fikiran kita masih gagal menemukan praktikalitinya. Dalam peperangan BADAR ini sendiri banyak contoh melawan nafsu yang dapat kita kutip sebagai KUNCI kemenangan.

  1. Semua tentera mukmin seharusnya telah berjaya memerangi nafsu, menolak cinta dunia yang berlebihan dan tidak takut mati, sebelum layak ikut serta, hakikatnya masih ada yang berpatah balik hanya dengan sedikit hasutan dari golongan munafik. Fenomena ini menjadi lebih teruk semasa perang Uhud.
  2. Dalam medan perang kepentingan jemaah dan misi memenangi peperangan lebih diutamakan. Rasulullah sendiri selaku komanden perang Badar boleh menetapkan apa sahaja, namun baginda merendah diri, secara jujur mengakui tempat berhenti yang baginda buat awalnya hanya dari pemikiran baginda, bukan dari wahyu. Baginda lalu mengubah tempat berkubu ke tempat lain berkaitan sumber air yang tepat dari siasah perang mengikut saranan Habab ibn Mundzir r.a.. Begitu juga saranan Sa’ad ibn Muadz  r.a. untuk menyiapkan kemah & kenderaan buat persiapan baginda lolos kiranya kalah untuk menjaga kepentingan umat dan agama.
  3. Baginda melihat beberapa pertikaian atas dasar nafsu selepas baginda mewasiatkan agar sahabat tidak membunuh beberapa Musuh dari Bani Hasyim seperti Abu Bukhtari ibn Hisyam, Abbas ibn Abdul Muthalib dll. Tanpa kawalan nafsu, kita tidak akan mampu patuh arahan. Tanpa ketaatan tiada kemenangan dalam perang. Jadi mana lebih besar? Perangi nafsu dulu atau perang itu sendiri?
  4. Isu Tawanan perang yang bercanggah juga menunjukkan banyak tuntutan nafsu seperti ada yang saran untuk kutip wang tebusan, ada yang saran bunuh saja. Baginda mengambil pendekatan yang jauh mementingkan kepentingan agama Allah. Bahkan baginda menangis sepanjang malam bersama Abu Bakar r.a. setelah keputusan tuntutan wang tebusan telah dibuat dan baginda ditegur oleh Allah melalui firman yang tidak melayakkan baginda menerima tebusan tawanan perang sebelum Islam disempurnakan. Itu halusnya Basmallah dalam perang.
  5. Banyak lagi contoh-contoh yang sering kita dengar seperti jangan bunuh musuh yang sudah lemah, terutama warga emas, wanita, kanak-kanak, bahkan jangan bunuh mereka kerana nafsu (contoh membunuh musuh yang rebah, hanya rasa marah kerana kita diludah). Adakah ini berlaku dalam peperangan kita?

Menangnya pasukan baginda kerana strategi yang tepat, termasuk yang diputuskan secara berjemaah tanpa kepentingan peribadi. Juga kerana ketaatan yang jitu sehingga ia menggerunkan musuh. Baginda perhatikan masih banyak gangguan nafsu dalam perang Badar, itu yang harus di perbaiki dulu.

Perang Uhud mengorbankan Saidina Hamzah angkara tentera-tentera Islam yang masih belum mengalahkan nafsu sendiri. Tergoda dengan harta dan wanita yang melambai-lambai, mereka terbunuh dan Nabi sendiri tidak semudah-mudah itu menyatakan siapa syahid dan siapa yang hanya mati dalam kesesatan. Hatta, mati kerana kecuaian sendiri juga bukan satu syahid apatahlagi sengaja menempah lenyekan kereta kebal.

Perang Uhud mengorbankan Saidina Hamzah angkara tentera-tentera Islam yang masih belum mengalahkan nafsu sendiri. Tergoda dengan harta dan wanita yang melambai-lambai, mereka terbunuh dan Nabi sendiri tidak semudah-mudah itu menyatakan siapa syahid dan siapa yang hanya mati dalam kesesatan. Hatta, mati kerana kecuaian sendiri juga bukan satu syahid apatahlagi sengaja menempah lenyekan kereta kebal.

Sebagai pengesahan kepada kebenaran praktis dari hadis ini Allah tunjukkan telah berlaku sewaktu perang Uhud. Tentera Islam yang awalnya telah menang tewas semula kerana gagal memerangi nafsu. Sebahagiannya ingkar perintah dengan meninggalkan bukit, mengejar harta rampasan dan wanita musuh yang mula melambai-lambai dan menyinsingkan kain untuk menggoda. Melihat keadaan itu musuh nampak kelemahan tentera Islam dan menyerang semula. Akibatnya bapa saudara baginda sendiri terkorban untuk mempertahankan pasukannya yang diserang angkara nafsu itu tadi.

Untuk memperbaiki kelemahan ini dan agar peperangan mencapai kemenangan, maka baginda meletakkan jihad melawan nafsu dan jihad ilmu harus di utamakan. Ilmu yang benar dari Allah dan ditaati sepenuhnya, berjuang secara bertawakkal, berwakilkan strategi dan sahsiah basmallah yang Allah bekalkan itulah yang akan menolong kita untuk menang. Itulah cara Allah menolong kita.

Surah 3. Ali ‘Imran 160. Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.

Adakah ini yang kita panggil jihad? Bagaimanakah kisahnya Nabi semasa Islam itu lemah, Nabi biarkan sahaja mereka yang menghina itu berlalu dan baginda memerangi nafsu amarah baginda sendiri dari melakukan sesuatu. Hari ini, Islam pantang diusik sedikit terus nak lancar jihad DARAH tanpa memikirkan yang kita tiada upaya yang menggentarkan musuh (Baca artikel ini untuk lihat hadis tentang artileri menggentarkan musuh).

Adakah ini yang kita panggil jihad? Bagaimanakah kisahnya Nabi semasa Islam itu lemah, Nabi biarkan sahaja mereka yang menghina itu berlalu dan baginda memerangi nafsu amarah baginda sendiri dari melakukan sesuatu. Hari ini, Islam pantang diusik sedikit terus nak lancar jihad DARAH tanpa memikirkan yang kita tiada upaya yang menggentarkan musuh (Baca artikel ini untuk lihat hadis tentang artileri menggentarkan musuh).

bersambung…

Hasil Iqra
WARGA PRIHATIN

Mengawal dan memerangi nafsu yang negatif (jihad nafsu),

/li

10 Comments

  1. adli

    jgn lupe inform saye kalau ad part baru

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Insyaallah Adii. Sila Like page Warga Prihatin untuk dapatkan Notification newsfeed.

      Reply
      1. orlylove

        Assalamualaikum.. Admin.. saya ingin pohan untuk share dalam blog saya..

        Reply
        1. ADMIN (Post author)

          Alaikumsalam.wbt.

          Sila kan dengan izin. Cuma harap nyatakan sumber supaya sebarang kekeliruan boleh dirungkai terus melalui kami.

          Reply
  2. Gojira Muda

    Boleh Tuan Admin jelaskan tentang ayat ini :
    Itu halusnya BasmAllah dalam perang.

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Salam Tuan…sila rujuk artikel kami
      InsyaAllah mampu jelas apa itu BASMALLAH yang cantik. Ulangkaji sikit kerana kami dah pernah kongsikannya. Terima kasih kerana bertanya…itu lah sifat terpuji dan proses pembelajaran.

      Reply
      1. Gojira Muda

        AllahuAkbar…
        Bila perkataan itu ditulis, “BasmAllah” saya ditutup mata hati. 2 Biji mata ini tidak dapat menangkap langsong perkataan tersebut. Bila Tuan Admin menulisnya dengan huruf besar, “BASMALLAH” baru fikiran saya pulih kembali. Terima kasih atas pencerahan.

        Reply
        1. ADMIN (Post author)

          (LIKE)

          Reply
  3. ABU HANIFAH

    Apa gunanya kita dihidupkan ? Ya Allah, selamatkan semua kaum muslimin muslimat di dunia dan akhirat. Amin

    Reply
  4. ABU HANIFAH

    Ya Allah sae all muslimin muslimat

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *