Jihad dengan Al-Quran Bahagian 4 : JIHAD ILMU LEBIH UTAMA DARI BERTUMPAH DARAH

image_pdf

00 JIHAD AQ4C

Jika JIHAD itu bermaksud satu USAHA yang bersungguh-sungguh, ia harus pula berlandaskan pada JALAN ALLAH. Itulah dia “jihad fi sabilillah”. SABIL pula adalah satu JALAN yang meletakkan sudut perlaksanaan atau gerak kerja.

Sebelum kita mampu sabil, kita harus mencari hidayah bagaimana sabil itu harus dilaksanakan. Hidayah itu memerlukan jalan juga, itulah metodologi atau teori yang dipanggil SIROT (sila rujuk Fatihah 6). Pastikan kita benar-benar telah faham dan yakin dengan sirot yang diberikan untuk membantu SABIL YANG BERJAYA sehingga sanggup menolak apa saja godaan nafsu untuk ikut JIHAD di jalan Allah secara perlaksanaan (sabil). Inilah faktor yang akan memenangkan Jihad “fi sabilillah” dan darjat ummat kita.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Kita membiarkan rakyat, anak kecil dan wanita diratah musuh kerana kurang persiapan siasah SIROT dalam SABIL. Kita dikalahkan dengan pelbagai penghinaan.

Jangan sampai ini terjadi di seluruh Dunia Islam. Nyawa tiada harga, penentangan berdepan dengan perisai mereka besi yang kebal tetapi perisai kita kanak-kanak dan wanita yang sepatutnya dilindungi.

Jangan sampai ini terjadi di seluruh Dunia Islam. Nyawa tiada harga, penentangan berdepan dengan perisai mereka besi yang kebal tetapi perisai kita kanak-kanak dan wanita yang sepatutnya dilindungi.

Surah 9. At Taubah 20. “Orang-orang yang beriman (dengan kefahaman) dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

Iman tidak datang dengan sangka-sangka, ia terbit dengan kefahaman yang mendalam. Kefahaman ilmu yang tepat dan amat diyakini itu yang akan membantu Jihad yang berkesan, yang membuat kita mampu berserah dan bertawakal dengan kaedah Allah, mampu memerangi nafsu takut mati dan tamak dunia. Itulah kunci kemenangan.

Ilmu SIROT itu hanya ada dalam alQuran. Sebab itulah Allah katakan jihad yang besar melawan kafir ialah dengan kefahaman alQuran, bukan dengan memegang naskah menjadi tangkal hikmat, atau membacanya sebagai mentera tanpa memahami maksudnya dan mengharapkan hasil yang magik. Nabi pun luka, bapa saudara nabi pun dikelar.

Hadis Abi Zarr RA yang ertinya: “Tiada manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.”

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia telah berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.

Dalam banyak hal Allah nyatakan jangan kita buat suatu apapun dengan ikut-ikut, tanpa ilmu. Hasilnya amat buruk dan kita tidak akan mampu bertanggungjawab setelah kehancuran berlaku.

Surah 17. Al Israa’ 36. “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

Abu Hurairah radhiyAllahu ‘anhu berkata:
“Sungguh mengetahui satu bab dari sesuatu ilmu itu sama ada berkenaan perintah atau pun larangan, ia adalah lebih aku sukai berbanding dengan 70 kali pertempuran di medan jihad.” (al-Ilmu, Ibnul Qayyim)

 

TIUPAN BERITA PALSU, GOSIP YANG MENAIKKAN SENTIMEN AMARAH

Antara penyebab kekalahan perang ialah kerana kekacauan dari berita yang disebar tanpa ilmu dan menyebabkan keadaan kacau bilau.

Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).”

Habit ini lebih dikuasai nafsu berbanding akal. Ia menyebabkan banyak kekeliruan, suasana kacau bilau dan haru-biru yang menghilangkan fokus dan penyebab kekalahan dan kemusnahan. Namun hakikatnya inilah habit kita sekarang.

Imam Ibnul Qayim berkata:“Jihad dengan hujjah (dalil) dan keterangan (penjabaran yang jelas) adalah didahulukan atas jihad dengan pedang dan tombak.” ( Syarah Qashidah Nuuniyyah)

Pokoknya ialah banyak sekali yang perlu dipersiapkan sebelum melangkah untuk menjadikan seseorang benar-benar siap sedia menuju medan perang. Berapa banyak hadis yang menyatakan kekeliruan apabila para sahabat memberi khabar SYAHID terhadap si fulan, si anu yang gugur di medan perang dan Rasulullah SAW hanya menjelaskan TIDAK! Bahkan mereka itu adalah ahli neraka. Jadi ingat-ingatlah, jangan terlalu ghairah dengan pertempuran fizikal a.k.a perang ini jika kita tidak faham benar-benar mengenainya.

BAGAIMANAKAH PERANG RASULULLAH ITU?

Islam itu agama ilmu. Jadi pengisian ilmu yang mampu membuatkan manusia yakin dan beriman dengan kefahaman adalah lebih utama. Dengan berpaksikan ilmu dan iman itu, umat akan mampu menolak hasutan nafsu syaitan, sanggup berkorban harta dan nyawa bahkan tidak mudah terpesong dengan segala macam propaganda. Dengan korban harta yang cukup, kita mampu membeli peralatan, dengan semangat dan ketaatan yang jitu akan memberi tenaga pasukan yang padu & mantap, biarpun sedikit jumlahnya. Dengan ilmu juga kita memilikki siasah yang PALING TEPAT dan mampu memenangkan perang.

Surah 8, Al Anfaal

60. Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk, kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

65. Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20  orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan 1000 dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti (jahil).

Dalam kes Arab Spring dan Palastine ini adakah kita ada persiapan kenderaan, senjata yang menggentarkan musuh seperti anjuran Allah di atas? Berapa banyak orang Arab bersatu, menafkahkan apa saja yang mereka ada untuk membantu persiapan? Jika kita laksanakan saranan Allah dengan tepat, ia akan memenangkan kita. Ini cara Allah menolong kita. Jika tidak, pasti kita akan rugi dan teraniaya.

Ini kelengkapan mereka yang kita lihat sejujurnya juga kita gentar.

Ini kelengkapan mereka yang kita lihat sejujurnya juga kita gentar.

Ini kelengkapan orang Islam yang hanya jadi bahan ketawa mereka. Masakan roket ini mampu tenggelamkan sebuah kapal pengangkut? Masalah Orang Islam masih mengharapkan MAGIK sedangkan Nabi sendiri cedera dalam peperangan

Ini kelengkapan orang Islam yang hanya jadi bahan ketawa mereka. Masakan roket ini mampu tenggelamkan sebuah kapal pengangkut? Masalah Orang Islam masih mengharapkan MAGIK sedangkan Nabi sendiri cedera dalam peperangan

Selagi kefahaman belum diajarkan dengan haul yang mencukupi, beralahlah dahulu. Cari kekuatan dalam segala aspek. Jangan merusuh, memprovokasi dan memerangi jika tidak diperangi. Kita ditembak kerana merusuh dan berhimpun, kerana provokasi dan enggan bersurai. Tidak cukup dewasa, habis anak kecil dan wanita kita ajak sama.

Teliti Sejarah Rasulullah SAW. Selama 13 tahun Baginda diejek, dibaling batu, ditabur pasir di kepala, diludah bahkan dihukum bunuh oleh kafir Mekah. Baginda bersabar dan istiqomah mengajar sahabat, sambil mencari kekuatan. Dalam perang Badar juga baginda banyak bertoleransi, walaupun Kafir Mekah yang beriya-iya sangat datang untuk menyerang, namun baginda tetap melarang sahabat membunuh Bani Hasyim, juga toleransi terhadap tawanan perang seperti yang kami telah nyatakan (di Jihad Bahagian 3). Sudah ke tahap itukah penelitian dan persiapan kita untuk perang?

Apabila seorang pemimpin menaiki takhta tetapi lupa persediaan peperangannya jauh lagi dari kecukupan melawan musuh tetapi berani mengumumkan polisi berperang, maka bila masanya tiba musuh gunakan segala instrumen mereka, satu lagi percubaan gagal.

Apabila seorang pemimpin menaiki takhta tetapi lupa persediaan peperangannya jauh lagi dari kecukupan melawan musuh tetapi berani mengumumkan polisi berperang, maka bila masanya tiba musuh gunakan segala instrumen mereka, satu lagi percubaan gagal.

Kesimpulannya, Rasulullah banyak memenangi perang kerana persiapan yang mantap zahir dan batin, fizikal dan spiritual. Bukan guna batu, belantan untuk menghadapi kereta kebal, Barracuda dan M16, mengorbankan beribu-ribu anak kecil dan perkosaan wanita. Fikir-fikirkanlah.

BAGAIMANA JIHAD PERANG MAMPU DI ELAKKAN? TAATI PEMERINTAH, JANGAN MENGGUGAT

Kebanyakkan perang adalah sewaktu Islam mula bertapak di Madinah, namun ia masih belum jelas dan diterima umum. Setelah Islam jelas kebenarannya dan diterima umum, baginda lebih banyak mengutus surat saja untuk menawan sebuah kerajaan. Menariknya, baginda tidak sibuk untuk menggantikan pemimpin negara yang baginda pinang dengan tawaran sistem Allah itu. Ini kerana baginda berbuat untuk Allah, tiada kepentingan diri.

Habit kita zaman ini pula ialah bukan untuk memperbaiki kesilapan saja, tapi sibuk untuk menjatuhkan kepimpinan sebuah negara. Sejauhmanakah keikhlasan kita jika dakwah kita itu diselitkan dengan cita-cita untuk menaiki tahta? Kerana itu banyak sekali kes kerajaan bermusuh dengan rakyat yang dikobar untuk merusuh, bukan diajar untuk taat dan mencari idea, membentuk budaya syuro yang membina untuk membaiki keadaan.

ISLAM AGAMA ILMU, BUKAN PAKSA – DIGERUNI & DIHORMATI

Secara logiknya, jika kita semua masih berpegang pada Islam yang hak, hasilnya pasti indah seindah apa yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. Pasti Kita masih bersatu padu, pasti kita ada 1KHALIFAH yang mengatur Islam sedunia, pasti kita berkasih sayang dan bantu membantu, kita bijaksana dan tinggi teknologinya, kita digeruni dan dijadikan tempat merujuk. Bukan seperti apa yang kita lihat sekarang ini, kita jahil, terhina, miskin, rendah akhlak, rakus dan macam-macam lagi. Kitab sendiri pun kita tidak pernah cuba memahami, semua kita harap orang lain tentukan, bahkan bacaan dalam solat pun kita tidak fahami. Akhirnya anak-anak MURTAD sana sini.

Surah 2. Al Baqarah 256. Allah menjelaskan “Tidak ada paksaan untuk agama; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Jadi tugas kita sekarang ialah, elakkan pembaziran harta dan nyawa. Atur program JIHAD ILMU untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam di seluruh dunia. Jangan terlalu gopoh, mulakanlah dengan diri, keluarga dan negara kita sendiri. Aturkan penyatuan, bertolak ansur, berkasih sayang, tolong menolong.

PBB SISTEM LELABAH, SISTEM KUFFAR – LEMAH

Penyatuan ini nanti dengan sendiri menggerunkan Non Muslim, samada dari sudut suara undi (termasuk di PBB, PRU), ketenteraan, ekonomi dan sebagainya. Bukan sahaja gerun, malah mereka akan turut berminat untuk menggunakan sistem Islam walaupun terpaksa membayar jizyah (cukai). Yakinlah penjelasan melalui perlaksanaan dan kemurnian Islam itu juga yang akan mampu membuat mereka berminat untuk menjadi saudara kita. Perlukah PEPERANGAN SENJATA?

Walaupun PBB kekal begitu sejak 1920, namun France boleh juga dimasukkan sebagai anggota tetap. Jadi jika kita bersatu, tidak mustahil kita boleh memohon satu suara VETO di PBB. Jika tidak pun abaikan saja PBB yang berlogokan labah-labah itu. Ia bersifat lemah dan untuk memerangkap mangsa, buat mengenyangkan 1 pihak saja. Itu sistem kuffar, bukan dari Rububiah Allah.

29. Al ‘Ankabuut 41. Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui.

00 jihad 4 labah.jpgb

Di sinilah negara Islam yang kononya sedang bernaung sedang disedut isinya oleh sang labah-labah laknatullah PBB. Sehingga semua negara Islam hanya tinggal rupa saja, isi telah disedut. Fikir-fikirkanlah.

 
1KHILAFAH SISTEM LEBAH, SISTEM ALLAH – GAGAH.

Mari kita kemaskini OIC menjadi sistem 1KHALIFAH sedunia yang tidak hanya tengok saja. Terapkan sistem LEBAH, sistem kerjasama yang bersifat jemaah, untuk satu tujuan iaitu mengeluarkan MADU yang mampu merawat penyakit seperti saranan Allah dalam Surah 16. An Nahl ,

68. Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”,

69. “kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu ke luar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (ayat kasar) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Cantik Allah ajarkan sistem dengan panduan alam yang tak pernah lari fitrah. Kesatuan di dalam satu mulkiah dan 1 pengaturan dan lebah-lebah itu menjadi ubudiah yang akhirnya memberikan hasil madu yang mampu mengubati penyakit-penyakit manusia. Terutama sekali penyakit hati. Jika tiada penyakit hati, insyaAllah tiadalah peperangan.

Cantik Allah ajarkan sistem dengan panduan alam yang tak pernah lari fitrah. Kesatuan di dalam satu mulkiah dan 1 pengaturan dan lebah-lebah itu menjadi ubudiah yang akhirnya memberikan hasil madu yang mampu mengubati penyakit-penyakit manusia. Terutama sekali penyakit hati. Jika tiada penyakit hati, insyaAllah tiadalah peperangan.

Insyaallah, sistem 1Khalifah negara bersekutu Islam cukup kuat untuk mengatur politik dan ekonomi SELURUH NEGARA ISLAM SEDUNIA. Kita Cuma perlu perangi nafsu tamak haloba kita, kita cantas berhala yang kita puja selama ini (harta, tahta dan wanita), kita hidupkan 1 matawang (Dinar Emas contohnya), kita beri tekanan ekonomi kepada musuh Islam termasuk bekalan minyak, kurangkan import dan lain-lain. Lebah sendiri tidak mengutip madu dan makan sendiri, mereka bawa ke sarang dahulu.

Tidakkah anda fikir mereka akan mengalah? Perlu perangkah jika mereka nampak kita bersatu dan kuat? Perlukan kita merusuh untuk menukar kerajaan sehingga kerajaan sendiri menuba genocide, sampai ribuan anak kecil tercungap-cungap bergelimpangan mati tidak terbela? Adakah kemampuan seorang presiden untuk zalim jika ada 1 KHALIFAH yang berkuasa dan memerhati ke atas pemerintahannya atas nama ALLAH?

ANDA MASIH FIKIR ALLAH TIDAK BEKALKAN KITA DENGAN SISTEM TERBAIK UNTUK MENGATUR ALAM? TELITI SEMULA FATIHAH ANDA.

Soalnya, bagaimana kita mampu menunjuk ajar Pak Arab, jika kita sendiri yang asalnya majoriti pun berpecah menjadi minoriti? (Rujuk Artikel Formula Penyatuan MALAYSIA mengikut Piagam Madinah) Masing masing masih kuat nafsu serakah, menyembah pangkat dan harta, mendokong amarah yang tidak sudah sudah. Kita sendiri meniup api kemarahan yang mengajak umat merusuh?

Hasil iqra’
WARGA PRIHATIN.

17 Comments

  1. Cik Aza

    http://ilmuanmalaysia.com/mati-syahid-syarat-dan-penghalangnya/

    Semoga Allah beri kita semua umat Islam zaman ini faham tentang agama dgn baik dan benar, diberi keupayaan utk melaksanakan setiap tuntutannya dgn benar juga dan setiap satu jadi asbab kebaikan utk ummah..Islah memang perlahan banyakkan sabar dan doa. Tahniah utk Team WP.

    🙂

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Penulisan yang baik sekali tentang mati syahid. Ramai kot yang tak baca dan tak tahu tentang itu. Kesiannn

      Reply
      1. Cik Aza

        Benar…ramai yg marah2..melaung sana sini tapi sedikit yg mahu membaca..realiti hari ini..lagi-lagi artikel berat-berat ..kesian jugak..

        Reply
  2. hamba Allah

    Subhanallah penulisan yg sgt baik. Byk sy pelajari. Teruskan kajian dan menulis. 🙂

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Alhamdulillah…segala puji hanya untuk Allah. Share kanlah pada ramai supaya kita sedar cara jihad yang menjadikan kita lebih kuat.

      Reply
  3. Neo

    terbaeekkk..

    Reply
  4. Simpulan

    Surah Lebah dan Surah Labah-labah adalah 2 surah yang besar di mana Allah menampakkan kaedah membentuk kekuatan, perkongsian dan ilmu dalam bentuk jamak. Teruskan berkongsi, Warga Prihatin.

    Reply
  5. abu zafeerah

    alhamdulillah..selesai juga bacaan lewat malam..bacaan yang ringan..lembut dan santai tapi padat dengan mesej-mesej islah..kupasan ilmu dari perspektif yang jujur menulusuri sunnah dan quran..

    tahniah buat warga prihatin..4 bab yang padat dengan pandangan dan soroton sejarah berserta panduan penyelesaian..sekarang ramai yang bersorak dan bertempik mengutarakan masalah dari mencari jalan keluar..moga dengan perkongsian ilmiah ini menarik perhatian mereka untuk mencari kebenaran..

    teruskan pembongkaran ilmu quran..

    🙂

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Terima kasih Abu Zafeerah, teruskan membaca dan teruskan berkongsi dengan rakan-rakan pula. InsyaAllah

      Reply
  6. hashim

    Penulisan yg baik biarpun bg sy ini adalh bersifat teori sahaja.teknologi sehebat mana ilmu setinggi mana pun kita xkan berjaya melawan kuffar jika tidak bersatu.peperangan badar dimenangi bukan dgn teknologi, Sultan Muhammad Al Fateh mnakluki Constantinople bkn dgn teknologi sbgai senjata utama.jgn lah kita perkecilkan saudara2 kita yg berjuang dgn batu dan kayu serta roket mortar kecil2an itu krn mereka yg bakal mencetuskan kbangkitan Islam nanti.Maksud islam yg kembali terasing itu bukan brmaksud hadis itu ditujukan kpd kita yg menulis artikel panjang lebar ini disisi isteri yg tidur nyenyak diatas tilam empuk tp ditujukan kpd saudara2 kita yg disana membaling batu kearah musuh tanpa bantuan yg jelas dari kita. Sy percaya jika Imam Mahdi dan Nabi Isa turun nanti kita hanya akan terus menulis artikel2 sedangkan saudara2 yg membaling batu itu akn menjadi tentera pertama menyertai barisan depan.

    Reply
    1. Abg Lori Puchong

      Bang…baca pakai akal bang jangan pakai perasaan. Sejelas ini pun susah nak faham lagi ke? Saya ni bukan baik mana, SPM pun paras hidung. Masuk kolej kemahiran belajar repair lori tapi kalau artikel macam Prihatin ni pun susah nak faham. Kena pi sekolah balik nih

      Reply
      1. ADMIN (Post author)

        Abg Lori saya harap Abg Lori boleh dan mampu memberi penjelasan dengan berhemah. Walaupun ada perselisihan pendapat, Hashim menyatakannya dengan beradab. Untuk Hashim, kita belum berkenalan lagi. Jemput datang di Prihatin insyaAllah antum akan tahu kami bukan seperti yang dikatakan itu. Salam persaudaraan untuk semua.

        Reply
  7. malaeqa

    Terima kasih atas perkongsian. Saya sudah selesai membaca 4 bahagian yang dikongsikan oleh penulis. Alhamdulillah. Benarlah, penulisan bersandarkan ilmu dan huraian serta hujah yang baik mampu memberi kesan yang besar kepada pembacanya. Namun ramai sekali yang masih tidak berminat untuk membaca (iqra’). Semoga WargaPrihatin teruskan perkongsian yang bermanfaat ini. Insha Allah fasa ke-4 bagi dunia Islam dan umat Islam ini sebenarnya sedang memberi pengajaran dan hikmah kepada kita agar sudah tiba masanya untuk sama-sama kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dengan sebenar2 kefahaman yang mendalam. Fasa ke-5 pasti akan tiba pada suatu saat yang tepat nanti, Islam akan menang dan janji Allah itu pasti. Terima kasih.

    Reply
  8. Warees

    Salam Hashim, saya rasa kamu perlu pergi sendiri ke Prihatin dan baru kamu mampu judge samaada ia sebagai satu teori atau satu prototaip yang telah dilaksanakan. Sepanjang pengetahuan saya, Prihatin tak pernah cakap perkara yang mereka tak pasti dan tak pernah lakukan. Awak tahu tak, founder Prihatin sendiri berhabis jutaan RM keseluruhannya yang dia ada (dulu dia kaya gila) tapi sekarang dia asnaf. Semua dia belanje utk bangunkan prototaip pembangunan Islam menurut Quran. Agak melampau lah kalau kata mereka tu menulis artikel dari atas tilam empuk. Cuba hayati bebetul penulisan WP ialah pendekatan strategik. Maaf cakaplah…saya tak menyokong sesiapa, tapi dah 70 tahun lebih palestin berjuang tapi tak berjaya. Kenapa tak tukar strategi. Hang ni mesti jenis orang yang masuk 7eleven yang TOLAK pintu yang tulis TARIK. Kemudian nak marah2 kenapa pintu tak terbuka dan anda cubanya sampai pintu tu pecah. Siapa bodoh?

    Jika dah 70-80 tahun tak berjaya….TUKARLAH STRATEGI bukan terus nak membunuh diri melawan dengan badan lawan kereta kebal. Itu juga dah mula jadi di Mesir dan negara2 Arab lain. Cer pikio sikit .

    Reply
  9. Ken DPhoto

    Dear Prihatin, you make me really see Islam in a very wise religion for the first time in my 35 years life with this article. Kudos

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Thanks a lot Ken. Please come again and read through the whole article we have. And please welcome here too

      Reply
  10. Siroth

    msh lagi tercari2 ajaran islam yg benar…alhmdllh makin terserlah kebenaran itu di laman ini…subhanallh

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *