SAINS DI SEBALIK SYAHADAH

image_pdf

syahadah

Pendapat yang diminta mengenai persoalan SYAHADAH yang dipaparkan dalam Video yang dikirimkan kepada kami menyebabkan kami mengambil inisiatif membincang sesama kami dan menulis. Rakaman dokumentari TV dari tanah seberang itu mengisahkan tentang seseorang yang katanya dirasuk Jin Islam telah mempersoalkan syahadah umat Islam masa kini. Bahkan kata “Jin” itu kebanyakkan manusia kini dilihat Allah lebih teruk dari Haiwan (Nauzubillah).

Secara hakikatnya, apa yang kami lihat itulah kenyataan sebenar apa yang sedang berlaku sekarang. Tugas kita bukan untuk mempertikaikan dari mana kenyataan itu, tetapi dengan sungguh-sungguh menggunakan akal dan ilmu, muhasabah diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia secara menyeluruh. Samada ingin membenarkan atau menidakkannya. Masalah dalam video itu ialah ia menampakkan satu masalah, tetapi tidak memberi jalan penyelesaian.

BAGAIMANA MENCAPAI TAHAP SYAHADAH YANG BERKESAN?

Isu yang ingin kami ulas di sini ialah applied science tentang syahadah itu sendiri. Apakah yang sebenarnya telah kita saksikan tentang Ketuhanan Allah dan juga Kerasulan baginda Muhammad SAW, sehingga ia menjadi PENENTU samada kita Islam atau tidak, ahli syurga atau neraka.? Bukankah Syahadah merupakan Ibu segala IKRAR bahkan ia adalah PENGAKUAN SUMPAH kita terhadap Allah dan Rasul? Adakah cukup sekadar satu lafaz yang tidak berpaksikan kepada satu proses yang besar sehingga kita layak atau mampu mengucapkannya?

Syahadah membawa maksud menyaksikan, naik saksi dan seumpamanya. Kata pokoknya ialah saksi, nampak, lihat. Oleh kerana Islam adalah agama ilmu, agama faham, agama iman (yakin) lagi meyakinkan, bukan agama ikut-ikut, maka tentulah paksi kepada syahadah adalah ilmu & kefahaman yang jelas.

APA YANG HARUS KITA SAKSIKAN TENTANG ALLAH?

Sebelum kita mengaku kita telah menyaksikan segala sesuatu tentang ketuhanan, mari kita semak diri kita sejauh mana kita kenal Allah sehingga kita mampu bersumpah dengan lafaz SYAHADAH kita.

Allah itu ghaib, tidak sekali-kali kita akan boleh berkata-kata secara lansung denganNya. (Rujuk Artikel Fatihah di www.prihatin.net.my ). Allah banyak memperkenalkan diri melalui nama-nama dan kehebatanNya dalam al-Quran. Oleh itu, Untuk mengenal Allah, kita harus kenal kitabnya. Kita harus mengenali Allah bertujuan untuk menTAUHIDkan Nya, untuk mengakui kebesaran dan keRAJAan Nya, dan mengakui kita sebenar-benar HAMBA untuk Nya. Jika kita tidak mampu melihat & merasai sehebat mana RAJA kita itu, kita akan nanti memperlekehkan Nya, tidak akan mampu berfungsi sebagai HAMBA.

Setelah kenal kebesaran dan kehebatan Allah, kita juga harus mempelajari bagaimana untuk menjadi HAMBANYA.

Caranya ialah dengan meneliti segala peraturan (RUBUBIAH)Nya. Setelah kita tahu segala Rububiah Allah, kita akan nampak jalan untuk menjadi Hamba Abdi Nya yang sejati (UBUDIAH). Daripada kesungguhan berprinsip dan mengikut peraturan hidup seharian sebuah komuniti Ubudiah itu, akan ujud satu tempat atau alam persekitaran (MULKIAH) yang nyaman, aman, sejahtera (SALAM) dan penuh berkasih sayang, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain. Itulah hasil amal harian kita bersama ahli khariah atau keluarga kita. Itulah juga JANJI ALLAH untuk mereka yang benar-benar bersyahadah padanya.

Itulah hakikat SYURGA di alam ini. Jika kita gagal membina syurga di dunia, maka pastilah kita akan gagal menempah tiket syurga di akhirat yang satu lagi. Tidak kira samada anda ingin namakan syurga itu sebagai RUMAH (rumahku syurga ku), atau negara (Darussalam). Bernilaikah syahadah kita jika kita tidak pernah teringin untuk mencari jalan mengenali Allah? tidak peduli untuk meneliti, memahami dan mematuhi segala titah dan perintahNya? Bolehkah kita menikmati kesejahteraan sebagai Muslim?

Kesimpulannya, marilah kita usaha bersungguh-sungguh secara saintifik, secara idologi, teologi, psikologi dan sosiologi belajar mencari identiti Allah dan segala titah perintah Allah dari kitabnya, sampai kita betul2 faham, tahu, nampak dan arif tentang makrifat Allah. Sampailah kita benar-benar MENYAKSIKAN (SYAHID) segalanya tentang sistem Allah.

BAGAIMANA KESAKSIAN TENTANG MUHAMMAD RASULULLAH?

Al-qur’an itu adalah petunjuk. Bagi kita yang telah menerima Musyhaf Al-Quran, Ia hanya berupa ayat halus dan tulisan di atas kertas atau digital. Untuk menyaksikan kebesaran Allah, segalanya diceritakan dalam kitab itu. Namun kita perlukan satu lagi petunjuk untuk MEMBUKTIKAN kesahihan dan kebenaran al-Qur’an itu. Itulah peranan Rasululullah.

Untuk menjadi UBUDIAH, hamba Allah yang sejati, juga untuk mencipta keluarga paling bahagia sehingga kita dapat status RUMAHKU SYURGA KU, kita perlukan contoh, ikon yang telah benar-benar memahami dan mampu melaksanakan segala perintah Allah dengan paling tepat, sehingga dapat jelas kita lihat segala bukti ketepatannya. Itulah fungsi Rasul. Itulah syahadah kita terhadap Rasul.

Untuk mengetahui kehebatan pesuruh Allah, lihatlah peribadi dan ketaatan Rasulullah SAW. Jika kita tidak berpeluang hidup bersamanya, bacalah hadis dan kenali sebanyak mungkin sunnah-sunnah nya. Belajar lah dari mereka yang arif dan mursyid. Kayu pengukur untuk menilai mereka ialah yang telah mampu membuktikan kesahihan ilmu dan iman mereka dengan perlaksanaan dan hasilnya. Itulah USWAH terbaik. Bukan hanya dengan ceramahnya saja. Lihat juga orang-orang di bawah didikan dan pengaturan mereka, lihat persekitaran dan tempat tinggal mereka. Jika ahli jemaah & tempat persekitaran mereka menampakkan ciri syurga yang anda ingini, itulah orang yang harus anda ikuti. Jika tidak, berjalanlah lagi di mukabumi ini untuk terus mencari dan mencari sehingga anda benar-benar NAMPAK dan mampu MENYAKSIKAN kehebatan MUHAMMAD Rasululullah pula.

KALIMAH SYAHADAH & TAUHID MENJAMIN SYURGA?

Ya kami yakin sekali…!

Syaratnya, kita telah benar benar mempelajari, faham dan nampak kebesaran Allah sehingga kita merasa sangat kerdil dan lemah, sangat memerlukan ALLAH untuk berpaut. Selagi kita tidak mampu meletakkan tahap ketuhanan (ULUHIAH) Allah ditahap tertinggi, maka tiada nilai syahadah, tiada kasih Allah dan tiada jaminan syurga bagi kita.

Setelah mengakui kebesaran Allah dan kelemahan kita, maka Kita akan benar-benar berusaha meneliti & menyaksikan segala peraturan Allah (RUBUBIAH). Semuanya bertujuan untuk dipatuhi dan menikmati hasil baik (syurga) dari peraturan itu.

Bukti kita yakin akan kebenaran dan keberkesanan peraturan (RUBUBIAH) Allah, maka kita akan berusaha mencari contoh-contoh pelaksana (UBUDIAH) yang telah mampu membina suasana syurga di tempat mereka (MULKIAH) hasil mengikuti peraturan kehidupan itu. Itulah baginda Muhammad SAW dan kesemua yang mewarisi ilmu, kefahaman dan cara hidup baginda. Barulah syahadah kita lengkap. Bukan sekadar lafaz sebelum nak mati, boleh masuk syurga. Jika seorang GRO yang bergelumang dosa sampai saat kematiannya tiba-tiba bersyahadah, adakah ia akan masuk syurga sedangkan seluruh hidupnya tiada syahadah yang boleh disaksikan. Pakaiannya sahaja contoh ringkas ia bukan mengikut rububiah Allah. Belum check yang lain lagi.

Untuk matlamat dunia, lihatlah perbandingan yang paling bawah. Untuk tujuan akhirat, ambillah contoh perbandingan yang tertinggi supaya kita selamat dan terjamin akan syurga yang hakiki. Hentikanlah bersangka-sangka dan ikut-ikut. Cari, gali dan tetapkan pendirian sendiri, berpaksikan fundamental RUBUBIAH, UBUDIAH & MULKIAH Allah.

Terlalu banyak boleh diceritakan mengenai SYAHADAH ini. kami hanya mampu mengupas dari sudut praktikalnya sahaja, bagaimana mencapai kepada tahap syahadah yang terbaik, agar syahadah kita menjamin syurga DUNIA & AKHIRAT.

Perhatikan sedikit petikan firman-firman Allah yang kami sertakan jika anda ada masa.

Jika anda masih belum dapat tangkap lagi maksud penjelasan di atas, abaikan saja, kerana kami sekadar berkongsi apa yang kami alami dan rasai. Mungkin kami masih belum mampu menjelaskan apa yang sedang kami RASAI & FAHAMI dengan tepat. Itu kelemahan yang kami akui. Harap cetusan ini menjadi motivasi kepada anda untuk turut cuba mencari & menggali, kemudian kami alu-alukan penambahbaikan dari pengalaman anda pula (yang bernas saja, bukan copy paste sana sini yang menambah pening kepala).

Semuga cetusan ini mampu membuat kita berminat untuk meneliti sains gunaan al-Qur’an KESELURUHANNYA.

Silalah LIKE, TAG, SHARE sebagai sumbangan amal anda mengajak manusia mendekatkan diri kepada ALLAH. Boleh juga anda download foto berkapsyen ini dan letak di header fb / blog anda untuk mudah memberi peluang fikir & zikir kepada yang lain.

Selamat Hari Raya EidulFitri, Maaf zahir batin.

Hasil IQRA’
WARGA PRIHATIN

Perhatikan ayat-ayat berikut dari Surah,

2. Al Baqarah 42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

3. Ali ‘Imran 142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.

2. Al Baqarah 214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

6. Al An’aam 126. Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat kepada orang-orang yang mengambil pelajaran.

6. Al An’aam 127. Bagi mereka darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal saleh yang selalu mereka kerjakan.

29. Al ‘Ankabuut 49. Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.

20. Thaahaa 2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *