Tertib Beraya Terbaik Masyarakat Jawa

image_pdf

WALL JAWA Mari kita sambung artikel tentang adab Orang Jawa semasa beraya yang kami ceritakan dalam artikel lepas bertajuk BUDAYA ISLAMIK JAWA BERAYA. Kami rasa banyak kebaikkan kita kongsikan amalan ini, khusus bagi mereka yang bakal hidup bersama dengan masyarakat dan keluarga Jawa. Samada atas alasan perkahwinan atau sosiologi  berjiran. Atau sekurang-kurangnya untuk menanam budaya terbaik ke dalam generasi Muslim keseluruhannya di masa depan.

Adab sangat dititikberatkan dalam amalan beraya secara tradisi masyarakat Jawa. Pada hariraya pertama dan minggu pertama, Biasanya yang muda akan menziarahi semua sanak saudara yang lebih tua, bermula daripada anak ziarah ibu bapa & datuk nenek, adik beradik, pakcik dan makcik dan seterusnya sepupu yang lebih tua.

Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.

Gambar Hiasan : Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.

Beberapa hari sebelum raya pula, sesama adik beradik, bagi keluarga yang besar atau bersama jiran penduduk kampung biasanya bergotong-royong secara bergilir untuk mengacau dodol di rumah beberapa orang tua terpilih sebagai host. Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan bekalan lebih, mereka akan turut menyumbang bahan mentah tambahan. Semua kerja termasuk mencari kayu api, memarut kelapa dan memerah santan dikerjakan bersama. Setelah dodol masak (biasanya sekitar 8 jam mengacau), setiap orang yang turutserta akan dibekalkan dengan dodol yang telah siap sebagai buah tangan, sehingga raya cukuplah bekalan dodol yang terkumpul untuk keperluan keluarga kecil itu secara kolektif dari aktiviti gotong royong tadi.

Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.

Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.

Di petang terakhir Ramadhan, mereka akan memantai, bergotong royong menyediakan juadah raya seperti ketupat, lemang dan lauk pauk sesama keluarga yang ada. Biasanya mereka tidak tidur di sepanjang malam raya. Sebelum ke masjid di awal pagi raya, wakil keluarga yang lebih muda akan menghantar juadah raya berupa lemang, ketupat, rendang, lodeh dan lain-lain kepada orang-orang tua yang dihormati di kampung itu. Tradisi ini di panggil `MEMUNJUNG’.

Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.

Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.

Usai solat sunat Aidilfitri, keluarga akan berkumpul dan mengambil giliran saling bermaaf-maafan. Ia dimulai dari isteri kepada suami, anak-anak kepada ibu bapa masing-masing. Kemudian beralih sesi bermaafan antara anak yang paling tua kepada ibu bapa, cucu-cucu yang paling tua diikuti dengan yang lebih muda kepada datuk nenek. Seterusnya di ikuti sesama adik beradik, dimulai dari yang muda kepada yang lebih tua.

Berikut adalah beberapa adab bersalam dan situasi ketika memohon maaf,

  1. Yang muda memohon maaf kepada yang tua terlebih dahulu secara bergilir. Yang terakhir bermaafan ialah yang paling tua.

    3955890310_e53d999119

    Gambar Hiasan : Maaf bermaafan di hari raya cara Orang Jawa

  2. Adab mesti berpakaian sopan, termasuk bertudung dan bersongkok.P8300324
  3. Posisi duduk bertemu lutut atau lebih rendah dari yang tua dan membongkok merendah diri. Samada muka bertemu telinga untuk memudahkan pendengaran atau tunduk hingga muka merendah di bawah paras bahu sambil KEDUA BELAH TANGAN bergenggam salam dengan erat.61256_580867311954819_2036935864_n
  4. Dimulakan dengan lafaz selawat, ucapan hari raya dan diikuti permohonan maaf untuk diri sendiri, juga mewakilkan diri untuk memohon maaf bagi pihak isteri & anak-anak, sekalipun mereka juga ada di situ ketika itu. Ini menampakkan yang mereka bertanggungjawab terhadap perbuatan anak isteri mereka.rayalepas3.jpgb
  5. Bagi yang memohon maaf (yang muda) merapatkan muka ke telinga sambil berdakapan atau merapatkan muka ke sisi pinggang yang tua sambil meluahkan kata-kata dengan sangat lembut, sayu dan syahdu, seakan akan berbisik.DSC_1848
  6. Bagi yang mendengar (yang tua) akan mendengar dengan khusyuk, sekali sekala berbalas kata, seolah-olah mereka sedang berbincang panjang.raya20097
  7. Biasanya sesi itu agak panjang, bagi peringkat veteran, ia boleh sepanjang 15 minit dan diiringi dengan esak dan tangis penuh keinsafan dalam ikatan kasih sayang.100_2406

ANTARA LAFAZ SEWAKTU MEMOHON MAAF

  • Auzubillahi minasyaitoonirrojiim
  • Bismillahirrohmaanirrohiim
  • Allahumma solli Ala Sayyidina Muhammad, waala Aali Muhammad,
  • Kama sollaita ala Ibroohiim wa’ala Ali Ibrohim
  • Astaghfirullah al-aziim 3x
  • Allazi la ilaaha illa huwalhayyulqoyyum wa’atuubu ilaik
  • Allahuakbar3x Walillahilhamdh
  • Assalamualaikum bapak
  • Saya sekeluarga ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri
  • Taqobbal minna wa minkum
  • Wajaalna wajaalakum Minal Eidin Walfaaiziin
  • Sempena hari baik bulan baik ini, Saya bagi pihak diri selaku orang muda yang lemah dan lalai ingin memohon ampun dan maaf sebanyak banyaknya, dari hujung rambut sampai hujung kaki, awal ke akhir, dari dulu hingga kini. Mohon di ampun segala dosa, zahir dan batin, samada yang kecil atau yang besar, yang nyata atau yang tersembunyi, (ada kalanya mereka menyatakan beberapa kesilapan yang mereka sedari telah dilakukan secara spesifik satu demi satu).
  • sedikit lafaz dalam bahasa Jawa ialah “KELUPATANE KULO, PIRANG-PIRANG LUPUT, NJALOK DHI NGAPURO, LAHIR BATIN, AWAL AKHIR, YO SAK ANAK BOJO KULO SEKABEHANE, NJALOK DHI NGAPURO”
  • Saya juga Mohon di halalkan dunia akhirat akan segala harta anak adam yang terambil, termakan dan terminum, samada secara sedar maupun tidak.
  • Saya mewakili isteri dan anak anak saya, juga mohon di ampun segala kesalahan mereka, juga minta dihalalkan dunia akhirat segala yang terambil termakan dan terminum.

USAI SESI LAFAZ MAAF DARI YANG MUDA, YANG TUA PULA AMBIL GILIRAN.

  • Mengulangi pembuka kata seperti di atas, iaitu berupa selawat, istighfar dan lain-lain.
  • menyatakan rasa kesyukuran kerana diingati, diziarahi dan merasa dihormati.
  • Menyelitkan beberapa nasihat berguna kepada yang muda
  • Menutup sesi itu dengan doa selamat dan doa hari raya
  • Sebelum berhenti mereka akan berpelukan, berkucupan penuh kesyahduan dan biasanya diiringi dengan isak dan tangis.

Sebagai perbandingan kami nyatakan juga pantang larang dalam tradisi budaya beraya masyarakat Jawa yang kini sedang berleluasa. Antara contohnya,

  1. Permohonan maaf adalah satu luahan berbentuk sesalan dan kesyahduan, tidak wajar kita luahkan sambil tersenyum atau ketawa tersengeh-sengeh. Orang Jawa tidak suka gelagat yang tidak serius ketika bersalaman memohon maaf, mudahnya sambil tersengih gedik dan mengada-ngada.

    photo-134

    Gambar Hiasan : Contoh yang kurang disukai oleh orang-orang tua Jawa apabila pernyataan maaf itu tidak dilakukan secara serius

  2. Tidak merendahkan diri. Contohnya muka kita lebih tinggi dari orang tua yang sedang kita pohonkan maaf darinya. Apatahlagi budaya berdiri, keberatan untuk tunduk, bersalaman dengan cara menarik tangan orang tua ke muka kita  – lihat gambar hiasan.

    maaf-maafan

    Gambar Hiasan : Bersalaman sambil berdiri dan menarik tangan orang tua ke atas dan bukan kita membongkok untuk tunduk itu bukan sahaja buruk pada masyarakat Jawa tetapi juga buruk untuk masyarakat Melayu.

  3. Pantang bagi Mana-mana ahli keluarga yang bersembunyi, tidak keluar bersalaman dan bertegur mesra mengalukan saudara mara yang hadir dan tidak keluar memohon maaf dan meraikan kepulangan sanak saudara yang datang beraya. – Inilah budaya yang sangat serius kami perhatikan saat ini.

    Salaman

    Gambar hiasan

  4. Pantang bagi tetamu meminta juadah yang bukan-bukan atau duit raya (kini sebahgian besar Masyarakat Jawa pun sudah terikut-ikut). Ada klip video lagu nasyid tradisi Baraan yang sering dinyanyikan oleh Warga Prihatin ketika bertandang. Akan kami uploadkan Insyaallah. Antara liriknya ialah “..Kepada Tuan rumah Jangan bersusah payah, bukannya kami mengharap juadah, tali silatulrahim kita sambungkan, sunnah-sunnah nabi kita laksanakan…”

    5004025701_26ee2b0de5_b

    Gambar Hiasan : Pantang bagi tetamu (dayoh) minta duit raya ataupun makanan. Tetapi, pantang juga untuk tuan rumah membenarkan tetamu pulang tanpa menjamah.

Kami berjaya mengumpul beberapa klip rakaman video lama VHS yang sudah kami digitalkan dari beberapa co-founder dari suku Jawa. Insyaallah akan kami edit dan paparkan agar kita dapat meneliti dan mengambil sedikit pelajaran untuk memperbaiki atau membentuk peradaban terbaik generasi kita di masa depan.

Hasil Iqra’ dan Perkongsian

WARGA PRIHATIN

*baca juga artikel BUDAYA JAWA BERAYA

13 Comments

  1. Hassan

    Ngaturake sethoyo lepatan kulo, seng kathah-kathah kulo nyuwon dingapuro..

    Reply
  2. mancai

    njalok izin arek di kongsi nang blogke nyong karo njalok ngapuro seng katah-katah

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Muggo Wak eh… kongsi seng akeh akeh. Artikel Kulo akeh kok.

      Reply
  3. mazlan bin rushdi

    agak terkejut juga selama ini amalan ziarah n maaf yg ku buat dtg dari keturunan ku tanpa sedar…elok semua amalan masyarakat jawa yg tidak bercanggah dgn syarak di bukukan.

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Alhamdulillah

      Kita kongsikan semua yang baik baik, dari Jawa, Melayu, jepun, China… Sebab yang baik itu semuanya dari ALLAH.

      Reply
  4. izah ismail

    Alhamdulillah… itulah yg diajar dan diamalkn sehingga kini… keluputanku siakeh2 digapuro lahir batin… mohon kongsi.. t.k

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      podo podo Izah. Munggo di share.

      Reply
  5. IJAL SABAK

    Assalammualaiakum.. keluputanku seng akeh-akaeh , nek eneng salah silap maap lahir batin. budaya begini masih saya dan keluarga amalkan dan saya pernah bawa dalam keluarga mertua yang berbangsa Melayu Banjar . agak janggal bagi mereka..apapun ini amalan yang baik. Tahniah karo admin seng prihatin….

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      Alhamdulillah. Syukor.

      Reply
  6. Sam Rachmat

    Allahumma Rabbana Atina Fiddunya Hasanah Wafilakhirah hasanah waqina azzabannar. Ngaturaken sugeng riyadin Eid Fitr Al.Mubarak Minal Aizin wal faizin lan nyuwun pangestunipun sedaya kelepatan kula ingkang katah lair batos fiddunya wal akhirah

    Reply
  7. Siswanto Hadi

    Subhanallah,…. Iki adat jawa sing diuri2 lan dilestarekake …. Salam taklim kanggo sedulur2 kabeh, Soko aku Siswanto Hadi ing Ngayogyakarto, Indonesia

    Reply
    1. ADMIN (Post author)

      alhamdulillah, batir Prihatin enek seko Indonesia. Salam taklim karo riko. Enek okeh meneh iso diboco nang keneh. Share kan karo batir, ponakan, anak putu, embah kabeh.

      Reply
  8. Makbonda

    Assalamualaikum admin

    Adat yang baik kita teruskan,namun saya cuba mengubah yang tidak baik,seperti 1.Berjaga malam semata-mata untuk menyediakan juadah,yang sepatutnya malam suci itu kita gunakan untuk berqiamullail.
    2.Juadah juga sepatutnya berpada-pada,kerana setiap kali hariraya hospital dan kelinik sesak.Akibat mulut badan merana.Jadi biarlah bersederhana.
    3.Amalan bermain meriam dan mercun tukar kepada amalan bertakbir di masjid.
    4.Bersalaman hanyalah kepada yang muhrim.Biasanya embah-embah meminta anak-anak bersalaman sesama sepupu dan isteri atau suami kepada bapa saudara atau ipar.
    5.Jaga pergaulan antara sepupu atau ipar duai. Bermesra sambil menjaga syariat.
    Semoga Allah redha dan merahmati keturunan Jawa kita.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *