KAJIAN TENTANG TANDA-TANDA GEJALA SOSIAL ANAK KITA

image_pdf

Kami tidak berselindung dalam menunjukkan gejala yang telahpun terjadi dalam masyarakat kepada masyarakat agar kita ambil pelajaran. Foto-foto di dalam ini juga telah bertebaran di internet disebarkan dengan bangganya. Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW kondisi dua kesudahan iaitu SYURGA dan juga NERAKA. Foto ini juga kami tunjuki kepada anda dan anda tanda diri anda sendiri, jika anda merasakan teransang dengan foto-foto jijik ini, anda semua pro-neraka dan suka kehidupan neraka. Jika melihat foto-foto ini timbul kebencian yang meluap, itu tanda anda pro kepada suasana syurga.

Pendedahan foto-foto terlampau ini adalah DISENGAJAKAN supaya anda tahu ini semua benar-benar berlaku dan bukan reka-rekaan semata-mata.

Kami sangat bersyukur di atas kesedaran ramai hasil posting kami yang sangat viral berkaitan gejala keruntuhan akhlak dan peradaban anak generasi kita dan perkongsian tentang tanda-tandanya. Hasil kajian kami menunjukkan ia TERSANGAT SERIUS DAN MASUK TAHAP HANCUR.

Di atas permintaan pembaca yang ramai nak tahu tentang hasil-hasil kajian kami tentang tanda, maka kami kongsikannya sebahagian yang kami ada. Nak dikongsikan keseluruhan memang tak cukup 500 mukasurat. Tidak cukup dengan tulisan, kami terpaksa sulam dengan banyak video rakaman yang memaparkan tanda suara dan body language.

Apapun, sedikit yang kami kongsikan ini sekadar beberapa tanda hasil dari kajian kami sahaja, yang lebih baik ialah mengetahui sendiri CARA MENGENAL TANDA bukan APAKAH TANDA-TANDANYA. Tiada modul, tiada template khusus untuk tanda-tanda ini, maka kami kongsikan tanda-tanda yang agak umum dengan peratusan ketepatan melebihi 90%.

Meramal cuaca juga satu cara mengenal tanda. Tengok ke langit Nampak awan hitam kumulunimbus, itu tanda hari nak hujan. Siap-siaplah angkat kain jemuran sebagai tindakannya.

Sebahagian tanda-tanda umum ialah seperti berikut;

Anak Gadis & bujang Suka Mengunci Diri dalam bilik dengan komputer atau handphone yang berinternet.

  1. Melayari laman web lucah
  2. Webcam sex, phone sex, aktiviti narkotik
  3. Ada pasangan seks di dalam bilik tidur anak anda.

Beraksi foto dengan cara gedik

Perhatikan tanda pada jari & lidah, mata mereka. Simbol PEACE yang berulang-ulang sudah cukup memberikan gambaran berat. Apatah lagi mainan JARI HANTU.

  1. Nak cari kenalan untuk tujuan “ringan-ringan” yang akhirnya jadi “berat”
  2. Mewujudkan jaringan rakan berpeleseran.

Baju dalam dan baju tidur yang fancy

  1. Baju tidur & pakaian dalam berenda-renda bukanlah pakaian yang lebih selesa berbanding kain cotton. Apatah lagi jika anak anda mula pakai G-string yang biasanya digunakan oleh seorang isteri untuk “teasing” suaminya.
  2. Jika dipakai oleh anak gadis berumur 13 tahun dan digabung dengan mengunci diri dalam bilik yang ada akses internet. Cerita seterusnya ialah zina

Handphone di set kata laluan, ada 2 sim card, 2 phone, menggunakan mode silent. Ada bag yang tidak boleh diusik juga melarikan diri jauh dari ibu bapa sebelum menjawap panggilan telefon  dll.

  1. Tandanya mereka ada hubungan sulit
  2. Mereka merahsiakan sesuatu yang buruk. Cuba sahaja anda pegang telefon bimbit mereka dan tunjukkan kepada mereka, jika mereka kelam kabut biasanya mereka ada rahsia buruk yang disembunyikan.
  3. Ada temujanji rahsia
  4. Ada gambar rahsia atau berunsur seksual xxx
  5. Ada koleksi foto-foto gedik dan seksi yang anda sendiri tak pernah lihat dan percaya itu adalah anak anda.
  6. Ada video / foto seksi dan adakala berbogel terus yang dirakam sendiri untuk tujuan memuaskan mata teman lelaki internet mereka dan akhirnya juga akan jatuh ke kancah zina dan ketagihan seks
  7.  Apatah lagi jika sudah ada kondom dalam handbag mereka…

Hubungan keluarga menjadi renggang dan sering beralasan untuk tidak ikut program keluarga.

  1. Hati hanya ada satu, jika anak telah berikan pada orang lain, kita akan rasa komitmen mereka kepada kita berkurang
  2. Ada hubungan terlarang yang sengaja mereka atur selepas anda keluar dari rumah untuk program keluarga yang mereka tidak ikut itu.
  3. Hati hati bila anak suka berjalan berasingan semasa membeli belah. 2 minit sudah cukup untuk mereka melepaskan gian di tangga-tangga / car park pasaraya. Hanya bermodalkan 1 SMS kepada pasangan yang banyak semasa dalam perjalanan sudah cukup untuk 1 zina.

Ponteng sekolah, terlalu banyak stayback selepas waktu sekolah,

Terlalu banyak kes seks di dalam kawasan sekolah, belakang dewan, tepi pagar, tepi kantin, tepi surau, dalam kelas, dalam bilik air, dalam librari, dalam makmal dll. Lebih teruk lagi bila sudah berani buat beramai-ramai, rakam, tonton dan sebar lagi..

  1. Sekali sekala cuba sahkan dengan guru terlibat.
  2. Jangan percaya maklumat rakan mereka, kerana mereka boleh saja mereka reka sesuatu yang kita jadi tertipu.
  3. Kadangkala mereka menggunakan beberapa sim card yang mereka katakan itu rakan mereka dengan nama-nama tertentu. Ada yang kami dapati mereka menhantar sms sesama sendiri seolah-olah ada rakan yang mengajak untuk stay back di sekolah kerana ada tuysen tambahan. JANGAN SAMPAI TERTIPU

Rakan sebaya yang terlampau

  1. Jika MAJORITI rakan perempuan mereka jenis yang happy go lucky, jangan anda duduk senang lenang, sekalipun anak anda BERTUDUNG LABUH. Ada banyak kes zina melibatkan individu berTUDUNG LABUH, semata-mata mengelakkan syak dari keluarga.
  2. Periksa dengan rapi KESEMUA kenalan lelaki mereka.
  3. Kenali ibu bapa dan keluarga rakan sebaya anak anda dan kongsikan maklumat demi keselamatan mereka.

Tiba-tiba tukar trend dari baju ketat tak bertudung kepada baju longgar, jubah dan tudung labuh.

  1. Mereka benar-benar telah berubah kepada kebaikan ATAU
  2. Menyembunyikan kesan “gigitan cinta” mereka ATAU
  3. Anak anda sedang menyembunyikan kehamilan haramnya. Jangan tertipu dengan trick ini kerana jika tidak kerana trick ini dan yang lain-lain di atas, masakan ada anak kita yang melahirkan bayi haram tanpa diketahui kehamilannya?

 

 

Kenali tanda-tanda yang kami kutip dari kes-kes yang merujuk kepada kami. Kami lebih mengundur ke belakang dengan mengutip tanda-tanda ini supaya dapat dibacakan kepada anak-anak kami agar ia tidak berlaku terhadap mereka.

Ada banyak lagi tanda-tanda yang umum sebegini. Tetapi lebih penting dari itu ialah bagaimana kita menghidupkan deria ke-6 kita untuk mampu membaca tanda-tanda yang berlaku pada bahasa-bahasa tidak verbal agar kita mampu mencegah kemungkaran sebelum ia berlaku. Bangkitkan deria itu dengan menelusuri sirah, sunnah dan wahyu.

Kita ini bertuah kerana segala masalah yang kita lalui pernah nabi-nabi sebelum ini lalui dan selesaikannya. Kadangkala hanya kita yang SOMBONG dengan penyelesaian yang telah mereka lakukan.

Jika membaca tanda itu tidak penting, tidaklah sampai diriwayatkan Nabi Khidir membunuh seorang kanak-kanak yang telah dilihat bakal mengheret ibu bapanya ke neraka kelak, tidak pula dibocorkan perahu yang sedang baginda layari. Itu cerita muhkammat yang perlu dibaca secara mutasyabihat. Prejudis begitu membuatkan kita alert dengan tanda-tanda yang berlaku dan dengan cara itu kita ambil tindakan dengan MEMBUNUH TANDA-TANDA yang bakal membawa kepada kehancuran yang vital dan tidak boleh dibaiki (irreversible damage).

Kami di sini, di Rumah Pengasih Warga Prihatin lebih dari sekadar sebuah pusat perlindungan anak yatim dan asnaf tetapi kami melakukan penyelidikan dan pembangunan akhlak secara kritis. Kami kongsikan dapatan kami ini untuk anda sama-sama kongsikan pada yang lain dan memberi manafaat kepada semua.

Sama-sama fikirkannya, sama-sama iqra tanda-tanda pada anak-anak kita.

Salam iqra
WARGA PRIHATIN

 

13 thoughts on “KAJIAN TENTANG TANDA-TANDA GEJALA SOSIAL ANAK KITA”

  1. t.kasih atas panduan dan nasihat…walau dipantai timur ini ujiannya x seberat dipantai barat tp saya dpt merasakan bahawa saya hampir gagal mendidik anak menjadi muslim muslimah sejati tanpa sokongan seorang suami…bukan tiada tp x mengambil bahagian…harap diberi panduan utk peemulaan…alhamdulillah kesemua anak2 saya tahu mengaji cuma pengisian sahaja terlalu kurang..

  2. Terima kaseh atas info yang sangat2 berguna ini semuga semua kita dapat menjadikannya panduan berguna dlm mengurus sistem kekeluargaan agar tidak terjurus kpd keterlanjuran yg semakin hari semakin mencabar dengan keparahan sogokan keduniaan moden yg menelanjangkan nilai2 keIslaman khususnya keimanan seseorang.Siapa pun kita tiada perisai yg mampu menepis lumpur2 dunia kecuali perisai iman dan takwa serta bimbingan dari keluarga yg sentiasa prihatin.Marilah kita berusaha berdoa dan bertawakal kpd yg maha Esa semuga kita,keluarga kita sahabat handai serta seluruh umat Islam tidak tergelincir dari landasan yg telah ditentukan melalui qur’an dan hadis.Wallahualam.

  3. Keadaan sudah parah. Setiap nukleus keluarga harus menangani dengan penuh hikmah. Sehancur manapun anak-anak kita, doa ibubapa masih sebuah senjata yg mujarab. Teruskan berdoa.

  4. Info menarik sebagai ibubapa. Ramai ibubapa yang tidak hirau perkembangan teknologi internet & gajet terkini terutamanya yang sudah berumur atau pencen dan membiarkan saja anak berada dalam “dunia internet” tanpa diketahui apa yang sedang mereka lakukan. – (Peringatan untuk diri kami sendiri juga)

  5. Alhamdulillah.
    Terima kasih atas perkongsian ini. Kami amat menyokong dan mengalu-alukan usaha ini.

    Ya Allah, ampuni segala dosa kesalahan kami, lindungi kami, seluruh ahli keluarga dan zuriat keturunan kami serta umat Islam seluruhnya dimuka bumi ini dari perkara-perkara mungkar. Dekatkan kami kepada mu Ya Allah. Bimbinglah kami ke jalan yang kau redhoi. Ya Allah yang maha pengasih lagi penyangyang … amin Ya Rabb.

    1. begitulah Siti Rahimah, kita yang membuat kajian dan penyelidikan tentang akhlak inilah yang selalu lihat dan geleng kepala dengan apa yang terjadi. Nauzubillah.

  6. salam…saya pernah berbual dengan seorang guru di kawasan sub-bandar..beliau menceritakan bahawa disekolahnya telah berlaku budaya seks bebas..ada dikalangan murid yang mengaku telah melakukan seks beberapa kali dengan pelajar yang berlainan tetapi pihak sekolah tidak boleh mengambil tindakan atas sebab bidang kuasa…tidak kira perkara itu berlaku disekolah atau diluar sekolah..tindakan ini seolah-olah membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa tanggungjawab pihak yang mendapat maklumat..sedangkan perkara ini berlaku dilingkungan mereka yang beragama islam…pihak sekolah tidak mahu perkara ini menjadi besar dan memalukan nama sekolah..ini adalah antara alasan yang diberi oleh pihak sekolah..subhanallah…

    1. boleh sbnarnya amik tindakan..guru disiplin skolah n kaunselor skolah tahu cr menanganinya..pihak KPM juga sediakan kaedah menanganinya..undang2 sivil pun sedia ada..so alasan guru trsebut adalah alasan x brtggjwb.berani kerana benar.sy juga seorg guru disiplin sekolah.

      1. Salam Awang, kami telah buat kajian yang terperinci tentang perkara ini. Ini bukan masa nak menyalahkan sesiapa. Jika kaedah KPM berkesan, tak mungkin perkara ini semakin meruncing dan semakin teruk. Anak kepada mantan KPPM juga salah seorang co-founder kami (Dr. Intan Salwani bt. Datuk Dr. Ahamad Sipon) dan memang diakui sistem KPM perlukan satu rombakan holistik tetapi keterlibatan ibu bapa SANGAT SANGAT PENTING dan bukan satu pilihan. Bukan juga keterlibatan bibik-bibik tetapi ibu bapa sendiri.

  7. sy masih belum berkahwin dan masih belajar, tapi sekarang hal2 macam ni pon dah cukup buat saya takut dengan cabaran bila berkahwin dan ada anak2 nanti. saya takut tak mampu nak didik anak sendiri jadi seorang muslim yang sebenar. n pada pendapat saya, selain daripada kesibukan melampau ibu bapa dan kepercayaan yang terlalu tinggi dekat anak2 tu, ada satu lg faktor yang ibu bapa jarang ambil kisah. keberkatan duit yang diperolehi semasa bekerja dan makanan yang diberi pada anak2. hati yang gelap n akhlak yang buruk berpunca dari hati yang kotor. kalau waktu kerja makan rasuah dan ponteng kerja, macam mana nak berkat gaji tu. n satu lagi, x usaha bagi anak2 makan makanan yang halal. banyak makanan kat supermarket n restoran ada pork gelatin/arak tapi masih makan jugak. semoga kita semua dpt hidayah dari-Nya 🙁

    1. kami tak risau sangat ada gelatin babi dalam makanan kerana itu menyerang jasmani….tetapi virus perangai gaya babi itu yang kami khuatir kerana itu menyerang rohani.

  8. terima kasih atas perkongsian maklumat ini. saya seringkali berdoa supaya anak-anak saya dijauhkan dari gejala maksiat dan masalah sosial begini. bagi saya, semuanya bertitik tolak dari rumah, dari IBU dan bapa. sebagai ibu, saya akan pastikan anak saya makan makanan yg halal dan bersih, yg saya sediakan sendiri walau pun penat seharian bekerja di pejabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *