image_pdf

Tips Parenting Prihatin 5 : Jangan Anak Mewarisi Sikap Ayam Jantan dan Tikus.

ayam tikusFENOMENA Hari ini, ramai anak-anak kita TAKUT & KAKU bila bergaul dengan masyarakat. Mereka jadi kurang yakin nak berhadapan dengan manusia. Hasil sistem pendidikan kita jatuh ke Tangga ke 52 dalam soal ini. Baiklah, kes ini antara kes terbanyak dalam kajian kami yang menjadi punca anak-anak generasi-Y kurang mampu bergaul dengan orang lain. Mereka ini sibuk dengan PSP, Smartphone dan tablet mereka berbanding dengan berhadapan dengan orang lain. Semuanya bersifat sehala saja. Mereka suka bercakap dengan BESI & PLASTIK.

Ini juga punca mengapa dengan ilmu yang terbatas itu mereka menjadi kurang yakin berhadapan dengan manusia. Akhirnya, mereka inilah yang menjadi KEYBOARD WARRIOR yang hanya berani bercakap berdegar-degar macam dialah kepala genster Yakuza TETAPU secara online lah. Jika berhadapan, mereka inilah orang yang MENIKUS yang tak berkeyakinan.

Dedahkan anak dengan input ilmu dan bukan dengan hiburan. Ilmu ini juga yang membantu mereka ini pandai berbicara dan berkeyakinan apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Contohnya salah seorang anak kami Nik Mohd Harraz yang baru tingkatan 4 sudah mampu berpidato TANPA TEKS di hadapan ratusan tetamu yang hadir ke Rumah Pengasih Warga Prihatin. Beliau juga mampu “selamba” berbual dengan kenamaan seperti Perdana Menteri sendiri. Bukan beliau sahaja, anak-anak kami yang lain tidak kurang juga begitu. Mereka didedahkan dengan persekitaran ilmu yang membuat mereka mampu berfikir dan mampu menjadikan itu sebagai kekuatan untuk mereka berkata.

KESAN BAIK BUDAYA SYURO

Antara mekanismanya, mereka ini telah dari umur 7 tahun kami bawa ke dalam syuro harian kami di mana perbincangan antara 20 orang co-founder itu mereka dengari. Pada umur lebih kurang 10 tahun, kadangkala mereka meminta izin untuk bersuara. Pada ketika itu kita mampu saksikan mereka ini umpama orang yang mengumpul kekuatan dan apabila diizinkan mereka berkata-kata, yang hebatnya… mereka mampu mengumpulkan segala CARA TERBAIK penyampaian bercakap di kalangan 20 orang co-founder dewasa dan mampu juga mengumpul segala kebijaksanaan yang dikutip dari syuro harian kami.

Adakah anda libatkan anak anda dalam meeting harian keluarga antara anda dengan isteri anda? ATAUPUN anda dengan isteri anda pun jarang-jarang bermesyuarat (syuro). Ilmu itu luas, jika ilmu akademik di sekolah, kita masih selalu lihat anak-anak yang SCORE STRAIGHT A tetapi menikus bila berjumpa orang lain. Biasakan anak-anak kita dalam perbincangan harian orang dewasa, ingat tu suruh mereka dengar dulu dan bercakap kemudaian, ini yang menyebabkan kita dicubit oleh arwah bapa dan ibu kita dulu sebab menyampuk. Insyaallah anak akan mampu didewasakan dengan cepat. Cara Nabi Sulaiman a.s. belajar dengan Nabi Daud a.s. antara contoh terbaik.

Dengan cara itu, insyaAllah kami mampu lihat anak kami tidak MENIKUS bila berjumpa orang lain. Lagi baik, mereka tidak JADI AYAM JANTAN yang KOSONG mindanya tetapi untuk nampakkan kehebatan, mereka berkokok lebih (itu punca ramainya Keyboard Warrior yang perasan mereka itu saintis, doktor, pakar politik, pakar ketenteraan dll) TETAPI apabila disergah ayam jantan ini LARI LINTANG PUKANG.

PARA guru dan pensyarah mungkin akan berebut rebut membenarkan fenomena ini. Anda bagaimana?

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Ucapan Selamat & Doa Merdeka

merdeka
Ada yang gembira di ambang ulang tahun merdeka. Ada yang terlompat-lompat, terjerit-jerit melaungkan count down sambutan merdeka. Tidak kurang juga segelintir yang bimbang dengan ambang sambutan merdeka. Menghitung usia yang semakin tua, banyak soalan tuhan yang bakal ditanya, yang belum tahu nak jawab apa.

Mari sama-sama kita berdoa, kita saling menyeru dan ingat mengingati, sepenuh kemampuan kita semuga merdeka kali ini…

• Tidak terlalu bebas percampuran perempuan dengan bukan muhrimnya
• Tidak terlalu ramai anak gadis yang hilang kesuciannya
• Tidak terlalu ramai penzina yang bakal membuang bayinya
• Tidak terlalu banyak pembaziran wang yang tidak kena pada tempatnya
• Tidak terlalu banyak anak muda yang menjadi arwah di jalan raya
• Tidak terlalu banyak isteri yang menambah dosa suaminya
• Tidak terlalu banyak anak perempuan yang menambah dosa ibu bapanya
• Tidak terlalu banyak dosa penganjur pesta yang bakal ditanya.

Ingatlah pembaca semua, kita hanya merdeka dikertas, tapi masih terlalu jauh dari merdeka di hati.

Sekadar ingatan ringkas dari kami yang jahil dan masing-masing masih merangkak-rangkak memperbaiki diri.

Selamat menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan. Kami sayang anda dan juga keluarga anda semuanya.

Ucapan & doa dari
WARGA PRIHATIN.

Tips Parenting Prihatin 4 : Didik Anak 100 Tahun Sebelum Lahir

100 tahun B
Sabda Nabi Muhammad SAW “Didiklah anak 100 tahun sebelum dilahirkan.”

Bagaimana kita nak didik anak yang akan lahir 100 tahun akan datang. Rasanya, tak ramai yang berumur panjang untuk didik anak yang lahir pada umur 120 tahun dan isterinya pula dah umur 120 tahun (jika kahwin umur 20 tahun). KAMI menyorot hadis ini dari sudut sosiologi, psikologi dan teologi secara teori dan amali.

Nabi sangat halus dalam kiasan begini. Baiklah, ini juga sebahagian dari apa yang telah kami lakukan. Malah kami didik anak-anak kami lebih dari 100 tahun itu. Secara saintifiknya, 100 tahun sejarah sebelum anak kita lahir adalah persekitaran semasa anak kita hidup. Mudahnya, jika 100 tahun lalu kita dijajah dan sistem beraja kita ditukar kepada sistem Barat. Maka seleaps 100 tahun kita sendiri hidup dalam persekitaran yang dicipta 100 tahun dahulu.

Jika mahu kita cipta anak yang hebat pada hari ini dan zaman ini, ajarkan anak-anak kita tentang SEJARAH. Mulakan dahulu dengan sejarah diri kita sendiri sampai ke atuk-atuk kita yang kita ceritakan turun temurun. Itu sahaja dah hampir 100 tahun.

Perlaksanaan kami dalam program ibu-ibu bersama anak-anak setiap minggu telah menjadikan sejarah satu benchmark di mana anak-anak kita berada pada hari ini. Mungkin pada orang yang nak ambil PMR, subjek sejarah itu satu subjek yang boring tetapi apa yang kami lakukan, sejarah diri kami, ibunya, neneknya, atuknya dan mereka yang di sekitar mereka itu kami ceritakan dan mereka suka mendengarnya. Seakan-akan mereka sedang mendengar cerita kartun di Disney Channel.

Ada pengasas kami yang tergolong dalam golongan saintis yang agak tinggi pendapatannya. Tetapi anak-anak mereka ini tidak pula menjadi bermewah kerana mereka telah biasa diceritakan tentang cerita ibu bapa mereka yang dahulunya susah. Maka, mereka cepat sedar diri untuk TIDAK MELAMPAU.

Setelah anak sudah mampu memahami sejarah yang lebih luas skopnya, barulah kita ceritakan kepada mereka tentang secarah-sejarah yang lebih luas. Contohnya, apa yang berlaku pada hari ini di Palestin adalah kesan sejarah 100 tahun lalu. Maka, untuk didik anak-anak Palestin menjadi warga yang berani, rajin belajar, rajin bekerja, pasti ibu bapa mereka dah ceritakan sejarah 100 tahun lalu lagi.

Kebangkitan Israel juga terjadi dengan proses ini. Dendam Yahudi kepada Islam diceritakan kepada anak-anak lebih dari 100 tahun ke belakang. Sebab itu mereka yang asalnya menjadi golongan yang diusir, dibunuh beramai-ramai kemudian mampu meniupkan dendam dan semangat membangun (perkara negatif) kepada keturunan mereka dengan penceritaan sejarah melangkau 100 tahun. Kini Yahudi menguasai ekonomi, teknologi, pendidikan bahkan pencatur politik yang berkuasa di dunia walaupun jumlah mereka hanya sedikit.

Akhirkata, perlu kita kenalkan anak kita kepada semua sejarah yang membentuk persekitaran yang mereka tinggal pada hari ini supaya mereka sedar diri. Namun itu tidak mungkin berlaku jika tenaga PENGAJAR utama, iaitu ibu bapa dan guru-gurunya masih belum minat untuk BELAJAR.

Tips kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Pembedahan Ke2 Mak Sofiah Wali Berjaya

00 PEMBEDAHAN SOFIAH
Kepada semua yang telah mendahului “pusat zakat” dalam urusan membiayai kos pembedahan Mak Sofiah Wali (seorang asnaf penjaga anak-anak Prihatin), kami ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana Mak Sofiah selamat menjalani pembedahan lututnya pada hari Isnin baru-baru ini di PPUM. Maaf kerana kami tak update lebih awal kerana baru sehari dua ini nampak Mak Sofiah dalam keadaan stabil. Tak sampai rasa hati pula nak update selepas pembedahan terus menerus sedangkan Mak Sofiah masih dalam keadaan kesakitan yang teruk.

Ramai penderma yang prihatin tidak mengira jumlah yang anda berikan. Apapun, pembedahan Kak Sofiah kali ini adalah pembiayaan “zakat-zakat yang dizakatkan terus” kepada keperluan asnaf ini.

BERITA BAIK juga, Doktor Pakar yang menguruskan kes Mak Sofiah adalah dalam senarai 3 pakar ortopedik terbaik Malaysia dan pegawai-pegawai perubatan (dikhabarkan) kebanyakannya telah membaca CERITA SOFIAH WALI dalam posting kami sebelum ini. Mereka terkesan dengan cerita seorang asnaf yang menyerahkan keseluruhan diri dan keluarganya untuk komitmen tanpa gaji di sebuah rumah kebajikan selama lebih dari 6 tahun. Mereka berusaha atas beberapa kapasiti dalam tangan mereka untuk pembedahan kedua diusahakan pada tahun ini juga berbanding tahun hadapan.

Alhamdulillah syukur.

WARGA PRIHATIN

Tips Parenting Prihatin 3 : KUCUP ANAK

KUCUP ANAK
Ini satu lagi tips yang kami amalkan dan ia terbukti sangat berkesan dalam mewujudkan hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa mereka.

Kebetulan juga kami bapa-bapa co-founder di Prihatin ini biasa balik ke rumah agak lewat pagi setiap hari. Setiap kali kami pulang, anak-anak telahpun tidur.

Mungkin ada yang rasa mengucup anak yang sedang tidur itu satu yang tiada manafaat kerana ia bersifat sehala. Mulakan dahulu dengan kucupan kasih sayang kepada anak yang sedang tidur (jangan dilupa isteri yang banyak berjasa juga).

Jika perlu, betulkan selimut mereka. Hatta, jika mereka tidak berselimut sekalipun, cuba pakaikan mereka selimut sekadarnya. Satu hari pasti mereka tanpa sedar tahu itu berlaku pada meraka walaupun hanya pada satu malam sahaja. Lebih terkesan lagi jika mereka perasan anda mengucupnya sekali dan menganggapnya anda melakukannya setiap hari berbanding anda mengucupnya sekali sekala semasa dalam sedar.

RINGKASNYA : LEBIH BAIK ANDA KUCUP ANAK ANDA SEKALI DALAM TIDUR DAN MEREKA TERSEDAR DAN MERASAKAN ANDA LAKUKANNYA HARI-HARI DARI ANDA LAKUKANNYA 100 KALI SEMASA SEDAR TETAPI ADA 1 HARI TERTINGGAL. KERANA KUCUPAN DALAM TIDUR ITU ADALAH SATU TANDA KEIKHLASAN KASIH SAYANG TANPA HARAP BALASAN.

Kita juga boleh bisik ke telinga anak “I Love You” tanpa mengharap balasan “I Love You Too”.

Pendekatan psikologi begini mampu merapatkan anak dengan ibu bapa mereka dengan tautan ghaib (tidak nampak) yang lebih jauh perginya dan sangat indah praktisnya.

Walaupun kami pulang dalam keadaan anak telah tidur, tetapi tidak sampai 1 bulan kami lakukannya (walaupun kadangkala kita ada miss) tetapi tautan kemesraan antara anak dan bapa semakin baik. Lebih dari itu, mereka jadi MUDAH UNTUK MENDENGAR KATA.

InsyaAllah, penggunaan rotan mampu dikurangkan jika mampu kita konsisten dengan cara begini. Kami telah buktikannya, ia sangat berkesan.

Atas amalan begini jugalah kami menzahirkan sayang kepada anak yatim dan asnaf yang tidak berkeluarga (kerana ibu bapa mereka pun tidak pernah lakukan itu sewaku hayatnya).

Selamat mencuba

kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Dr. Haji Masjuki : Pengorbanan dan Impian Seorang AYAH

IMG_0204Minggu lepas kami membuat lawatan tapak di Pinggiran Putrajaya untuk melihat satu pelan pembangunan hartanah. Lawatan diketuai oleh Dr. Masjuki sendiri bersama dua orang rakankongsi pelaburan hartanah seluas 1.7 ekar ini.

Ada cerita yang buatkan kami menitiskan airmata semasa bersama-sama di sana. Sepanjang  perjalanan Dr. Masjuki mengambil peluang bercerita kisah di sebalik tanah ini. Sepanjang penceritaan, kami mula terasa sesuatu di halkum kami yang teramat sebak, bergetar menahan sedu. Rupanya ada sesuatu yang besar di sebalik hartanah itu yang mungkin kami boleh kongsikan ceritanya di sini.

Antara rakan-rakan kongsi tanah 1.6 ekar di Pinggiran Putrajaya.
Antara rakan-rakan kongsi tanah 1.7 ekar di Pinggiran Putrajaya.

Dr. Hj Masjuki seperti yang anda tahu merupakan seorang bekas usahawan yang terdidik dari segala macam kesusahan sejak kecil lagi. Memandangkan beliau merupakan pencetus awal idea Rumah Pengasih Warga Prihatin, dan kebetulan juga beliau adalah yang tertua di kalangan kami, maka kami mesra memanggil beliau sebagai “AYAH”.

Bagi yang belum kenal, akan kami ceritakanlah sedikit latarbelakang beliau.

ZAMAN KANAK-KANAK AYAH SEHINGGA DEWASA

Kisah Kesusahan Hidup Pengasas RPWP Jadi Iktibar Untuk Anak-anak Prihatin - Sila klik gambar untuk membaca artikel berkaitan.
Kisah Kesusahan Hidup Pengasas RPWP Jadi Iktibar Untuk Anak-anak Prihatin – Sila klik untuk membaca artikel berkaitan.

Beliau telah melalui segala kesusahan hidup dalam belantara di hujung desa terpencil di kampung Paya Besar, Segamat Johor sebagai anak peneroka hutan. Tiada sebarang kemudahan asas seperti jalan, elektrik dan bekalan air. Ayah berjalan kaki melebihi 20 km sehari untuk ke Sekolah Rendah, sendirian meredah jalan balak di celah belukar, 12 bukit dan paya, merentasi 2 estet dan 2 desa.

Semasa sekolah menengah, Ayah juga berbasikal sejauh 45 km sehari, 25 km ulang alik ke sekolah menengah di bandar, dan 20 km lagi untuk ke sekolah agama di Kampung Melayu Raya. Beberapa malam dalam seminggu, Ayah berbasikal 20 km ulang-alik di gelap malam untuk menuntut ilmu persilatan di sebuah estate.

Atas segala kesusahan itulah ayah berjaya mencipta kejayaannya. Beliau antara graduan cemerlang di UPM dalam bidang Doktor Perubatan Veterinar (DVM). Seterusnya beliau mencipta kejayaan sehingga menjadi seorang yang berjaya di pelbagai bidang perniagaan, termasuk dengan cawangan di luar negeri. Antara bidang perniagaannya termasuklah pembuatan dan impot ekspot barangan kulit, perabut, pakaian, barangan saintifik, jentera, haiwan ternakan dan banyak lagi.

Ayah acapkali keluar di dada akhbar, majalah, corong radio dan kaca TV sebagai usahawan Melayu cemerlang sebelum ini. Ayah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan. Pernah memiliki kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, rumah banglo, tanah dan wang simpanan.

Di sebalik semua itu, Ayah sering menangis sejak muda lagi melihat keruntuhan akhlak anak bangsa. Hatinya pedih mendengar tangisan anak-anak miskin dan yatim yang kelaparan, tangisan orang tua yang terbuang di rumah orang tua-tua, tangisan bayi yang dibuang ibunya, tangisan sang dara yang diragut kesuciannya, nasib lelaki pewaris bangsa yang terlonggok akibat dadah, tangisan marhaen sedunia yang tertindas oleh pemimpinnya, bencana peperangan, penindasan mangsa jenayah dan segala macam kerosakan yang berlaku di depan mata.

Ini membuatkan ayah sedar bahawa kesenangan yang beliau kejar itu tidak menjadikan semua itu menjadi lebih baik. Akhirnya Ayah labur dan leburkan kesemua yang beliau miliki untuk membangunkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Benar, Ayah laburkan KESELURUHANNYA untuk mendirikan satu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak serta Peradaban Ummah.

Anak yatim dan asnaf, juga keluarga rakan pendokong menjadi sampel komuniti yang mahu dijadikan generasi gemilang melalui kaedah yang terpahat dalam Al-Quran & Sunnah, secara teori dan praktikal. Itulah Dr Haji Masjuki Mohd Musuri, AYAH di RPWP yang kami maksudkan.

 

IMPIAN AYAH

Impian Ayah adalah untuk mengembalikan Islam dalam kegemilangannya melalui perlaksanaan dan bukan sekadar ceramah-ceramah saja. Ayah sendiri pernah bercerita tentang penceramah yang berceramah berapi-api, bahkan ada yang dengan jujuran airmata menyeru kesedaran wakaf tetapi diri sendiri bukan saja bakhil, sebaliknya bersifat tamak dan bermewah-mewah sehingga ramai yang dikesan melakukan pecah amanah..

Berbalik kepada tanah Pinggiran Putrajaya, Ayah telah ikat perut untuk mendapatkan tanah sebesar 1.7 ekar itu bersama 4 rakan kongsinya. Ia merupakan satu pasak awal mercutanda impian Ayah dahulu. Seperti orang lain, Ayah mengidamkan untuk menjadikan tapak itu sebuah istana kasih bersama isterinya Cikgu Shakirah Abdullah dan 7 orang anak-anaknya di hujung usia. Semasa pembelian tanah itu, keadaan ekonomi bukanlah baik sangat. Ayah tidak terlepas dengan situasi itu, malah pernah kerugian berjuta Ringgit apabila dikhianati oleh rakan kongsi yang pernah beliau selamatkan dari bankrupsi.

Pada zaman itu, Ayah sudah mula aktif dalam NGO terbesar di Malaysia. Dari situ, Ayah melihat segala jenis gejala di hadapan mata dan bukan lagi satu drama televisyen Barat. Melihat segala kebejatan berlaku di hadapan mata, Ayah menjadi semakin tawar hati untuk mendirikan projek istana impannya di Pinggiran Putrajaya. Selera untuk bermewah terus menjadi malap. Isteri beliau Cikgu Shakirah (kami panggil “Mak Ibu”) pula rela mengorbankan kerjaya perguruannya untuk memberikan tumpuan kepada pendidikan akhlak anak-anak.

 

SUSUR GALUR PENCARIAN AYAH

Ayah banyak mengembara ke seluruh dunia. Beliau suka berguru dengan berbagai-bagai guru dan dikenali sebagai seorang yang sangat istiqomah, taat dan disenangi oleh kesemua gurunya. Semasa proses pembinaan di sini berlangsung, kami juga pernah terjumpa diari lama Ayah yang mencatitkan beberapa waktu-waktu solat yang tertinggal untuk digantikan (qadha’). Semuanya berjaya diqadha’ sebelum mengerjakan Haji. Selain Ayah, belum pernah kami terjumpa sesiapa yang mencatat solat yang tertinggal dalam diari mereka.

Ibadah puasa juga begitu, tidak pernah ayah tinggalkan semenjak darjah satu. Menceritakan pengalamannya, ayah pernah terlepas sahur 3 hari berturut-turut semasa bertugas di luar kota (outstation) sendirian. Ketika bekerja sebagai buruh kasar disetiap cuti sekolah & cuti universiti bagi menampung kos pengajian pun ayah tidak tinggalkan puasa. Ayah selalu didik anak-anaknya agar memperuntukan sedekah yang cukup setiap kali masuk masjid, setiap kali terjumpa peminta sedekah, khasnya dari orang buta atau derma untuk pembinaan masjid.

Kami yang menulis ini mengakui amat sukar mencari Muslim yang sebegini komitmennya terhadap agama, khususnya terhadap ibadah solat, zakat & puasa.

 

PENCARIAN `ISLAM’ YANG HILANG DI MEKAH

Tahun 1995, Ayah berangkat ke Mekah untuk kali pertamanya pada usia 33 tahun. Sepanjang masa berada di Mekah & Madinah, Ayah ambil peluang untuk menziarahi semua tempat-tempat bersejarah . Tidak lupa juga untuk berguru dengan orang-orang alim Mekah termasuk beberapa keluarga melayu yang bermustautin di sana selaku keluarga angkatnya.

Ironinya, Ayah bingung melihat suasana rampok-merampok di sekitar Kaabah sehingga ramai yang ditoreh baju dan begnya. Ramai yang mati terpijak hanya untuk mengucup Hajarul Aswad. Ramai wanita yang dilarikan ke padang pasir oleh pemandu teksi, juga yang diperkosa dan dibunuh di penginapan ketika tidak ke masjid disebabkan uzur. Ramai jemaah lelaki & wanita bukan muhrim tinggal sebilik, khususnya jemaah Indonesia dan berbagai-bagai lagi tabiat ummah yang membingungkan.

Gelagat pemandu teksi dan bas yang meminta rasuah, juga kebodohan pengurusan Imigresen yang membuli jemaah haji turut diperhati. Berbagai-bagai tabiat manusia sewaktu beribadah turut diteliti. Ada wanita kulit hitam solat di kaki lima hotel tidak pakai baju. Ada yang solat sambil bercakap. Ada yang bawa batu dan letak di tempat sujud, bahkan ada yang tergamak duduk atas kitab suci alQur’an di Masjidilharam. Kesemuanya menambah kebingungan Ayah dalam mencari Islam yang sebenarnya.

Setahun selepas Haji, Ayah dijemput rakan niaganya, seorang SHEIKH pemilik hotel di Mekah sebagai tetamu khas untuk mengerjakan umrah selepas selesai urusan melakukan promosi dan jualan produk keluarannya bersama EXPO anjuran MATRADE di Dubai. Alhamdulillah 1 kontena barangannya terjual semua. Kali ini ayah bawa kakaknya, seorang Guru Besar Sekolah Agama. Sekali lagi beliau meneruskan kaji selidik tentang Islam di Mekah dengan lebih tenang.

 

PENCARIAN `ISLAM’ DI INDONESIA

Ayah pernah ada beberapa cawangan di Surabaya, Bandung, Jakarta, Dumai dan Medan. Sambil berniaga, Ayah mengambil peluang mengkaji kondisi dan tabiat manusia yang dinamakan Islam. Negara yang lebih 90% penduduknya Islam, kerajaannya pun Islam, tetapi lebih 90% ekonominya dikuasai oleh golongan bukan Islam.

Gejala judi, arak, perampokan, pusat hiburan, pelacuran, rumah urut terlalu banyak dan berlesen. Yang paling menyedihkan ialah zina & pelacuran di kalangan gadis bawah umur bertebaran secara amat terbuka yang berleluasa. Ulamak ramai tetapi semacam tidak mampu berbuat apa-apa. Gejala penipuan sangat parah. Ayah sendiri pernah kecurian tunai sejumlah Rp40 juta oleh jurupandu yang Ayah bayar dengan sekelip mata. Bila Ayah buat lapuran polis, Ayah pula yang di lokap sehari.

Inilah Indonesia, Negara yang majoritinya ISLAM. Baiklah, kami pendekkan sedikit untuk yang belum melihat lagi tentang Ayah, boleh tonton video ini “Asian of The Year” terbitan ChannelNews Asia, Mediacorp Singapura.

Di Indonesia juga Ayah banyak berguru dengan beberapa ulamak di sana. Ayah pernah turut mencari penulis kitab Agama yang beliau sanjungi. Kitab itulah yang digunakan oleh salah seorang guru Ayah di Malaysia.

Berjumpa dan berbincang dengan penulis kitab itu bersama anaknya membuatkan Ayah bertambah kecewa. Dari mula hadir sehingga Ayah pulang, Sheikh itu tidak habis-habis bercerita tentang royalti buku yang sangat sedikit, juga tentang kerugian mereka akibat cetak rompak. Semuanya kembali berkisar tentang laba dunia. Sekelumit pun tidak mereka cerita tentang laluan memperbaiki akhlak ummat.

 

PENCARIAN ISLAM MELALUI NGO

Pencarian Ayah tidak berhenti di situ. Dalam kesibukan berniaga, Ayah menjadi AJK PEYATIM, Persatuan Anak Yatim Daerah Segamat dan menjadi wakil negeri Johor sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi Pusat diketuai YM Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansur.

Banyak NGO yang telah Ayah sertai. Ayah pernah menjadi Ketua Cawangan Belia 4B, PEMADAM, Badan Amal & Kebajikan Islam (BAKI), PEKIDA, AJK Masjid dan sebagainya.

Sepanjang 10 tahun di Terengganu, Ayah berkhidmat dengan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar seluruh Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ayah gilirkan solat jumaat di Masjid Raja di Chendering & Masjid Haji Hadi di Marang untuk bersikap adil dengan rakan-rakan dari kedua belah parti politik yang berbalah itu.

Dengan latarbelakang persilatan, kualiti siasah dan keyakinan diri, Ayah sering mengetuai gerakan pencegahan maksiat maupun gerakan pembelaan terhadap golongan yang teraniaya, sejak di Sekolah Rendah & Universiti lagi. Ayah juga mudah berkawan dengan siapa saja termasuk pemimpin politik & peniaga pelbagai bangsa.

Melihat gambar-gambar lama kami tahu Ayah rapat dengan hampir kesemua ahli politik tidak mengira parti. Namun tiada satupun projek perniagaan beliau yang bergantung dengan mana-mana rakan pemimpin ini. Ayah berkawan kerana Allah, atas tugasan NGO & kepentingan ummat. Pelbagai orang alim dari pelbagai jurusan agama telah beliau gauli, tetapi tidak langsung menunjukkan jalan pasti pembaikan ummat yang semakin parah ini.

Lebih 30 tahun pencarian Ayah untuk mencari kaedah Islam yang strategik dan holistik bagi memperbaiki kebejatan akhlak masyarakat, namun masih lagi beliau gagal menemuinya. Dipendekkan cerita, akhirnya Ayah diberikan kepercayaan oleh Presiden sebuah NGO Islam, dengan restu YAB Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi ketika itu untuk mengepalai Projek Khas R&D. Matalamatnya bagi memperbaiki kebejatan akhlak & perpecahan umat.

Tugasan itu berupa satu perintah semata-mata tanpa dibekal dengan sarana dan dana yang wajar untuk tugasan R&D yang berat itu. Segala modal Ayah kena usaha sendiri. Ayah pernah diberi pangkat dan gelar sebagai Abang Long dan kemudiannya dilantik menjadi AYAHANDA oleh Allayarham Paduka Ayahanda Ustaz Hamzah, seorang bekas kadhi. Tidak langsung gelaran itu melalaikan Ayah dalam mencari jawapan kepada masalah kebejatan ummat.

Ayah juga acapkali mengelak untuk dicalonkan jawatan dan gelaran dalam politik atau NGO samada di Segamat mahupun di Selangor. Matlamat beliau hanyalah untuk benar-benar menemui kaedah yang mampu membaiki Islam yang semakin parah. Kami lihat itulah rupanya perjalanan mencari Allah. Ia satu perjalanan yang panjang dengan pengorbanan yang sangat tinggi.

Segala harta hasil usaha syarikat Ayah juga tidak sampai banyak kepada diri & keluarga beliau sendiri, melainkan diguna sekadar mencukupi keperluan sahaja. Selebihnya Ayah belanjakan untuk pembangunan sahsiah ummat secara agresif dalam kesemua NGO tersebut. Malangnya, harta kekayaan yang beliau laburkan di situ tidak mendatangkan apa-apa kesan. Kerosakan semakin teruk dan meruncing. Jika kami mahu ceritakan tentang perjalanan Ayah, kami rasa ia memakan ribuan mukasurat. Kami terpaksa ringkaskannya setakat ini.

PEMBINAAN SAMPEL KOMUNITI PRIHATIN

Akhirnya Ayah seperti menjumpai satu kebijaksanaan yang lama tertimbus hanya di sebalik lembaran usang kitab-kitab lama. Ayah nampak pedoman dari lembaran sirah Rasulullah SAW yang cuba memperbaiki akhlak ummat melalui Hizbul Fudul (NGO zaman Jahilliyah). Ayah nampak pelajaran dari perjuangan Nabi melalui kaedah pertempuran (seperti perang Fijar), juga melalui khidmat tulus sebagai pemegang kunci Masjidilharam dan Kaabah,  dan usaha baginda mendamaikan perselisihan puak yang bertelagah namun akhirnya tiada hasil yang bertahan lama.

Setelah menjadi Rasul, barulah Nabi Muhammad SAW mampu memperbaiki akhlak manusia melalui satu sampel komuniti kecil yang dipanggil AhlulBait. Ia bukan kerja sehari dua, 13 tahun kerasulan hanya berjaya memperbaiki akhlak dan menghijrahkan sekitar 100 orang sahaja. Bagusnya, ia membuka mata dan menarik minat beratus-ratus yang lain di luar Mekah, yang akhirnya membentuk Ansar (Penolong) di Madinah.

Alhamdulillah, Ayah melihat itu satu mekanisma besar untuk dicontohi. Memang sukar untuk bersihkan kekotoran yang sudah berleluasa menjadi budaya dengan jumlah yang besar. Tetapi mudah untuk membersihkan “sedikit jumlah” yang kotor dahulu. Mereka ini nanti akan menjadi uswah dan mampu melahirkan anak-anak yang bersih akhlaknya dari hari pertama lagi untuk membantu proses pembaikan kepada yang lain.

Penemuan kaedah itu “BAGAIKAN SATU LAILATULQADAR” bagi Ayah, Tanpa menoleh ke belakang lagi, Ayah wakafkan keseluruhan harta terkumpul dan sisa tenaga yang ada untuk tujuan itu. Benar para pembaca yang dirahmati Allah, kerosakan dan keruntuhan yang berlaku juga bermodalkan harta, apatah lagi kos pembaikannya.

Banyak kos telah kita labur untuk menganjur berbagai pesta maksiat, membeli arak, dadah, judi, pelacur, mengumpan wanita, bil hotel dan sebagainya. Jika tidak kerana kos pembaikan itu sangat tinggi, tidaklah Abu Bakar Assiddiq, Saidatina Khadijah, Umar Al-Khattab, Usman Al-Affan r.a. semuanya menjadi FAKIR kerana harta mereka diserahkan SELURUHNYA untuk pendanaan misi besar Nabi dalam usaha memperbaiki akhlak!

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi akhir zaman. Tiada lagi nabi selepas itu. Tetapi ajaran dan langkah sunnah Nabi tetap kekal hidup sebagai panduan kita sepanjang zaman. Ayah tahu, itu tak mungkin berlaku dengan tangan beliau sendiri bersendirian, lalu masuk ke satu fasa lain apabila contoh tauladan Ayah dilihat oleh orang lain.

 

HANYA TAULADAN MAMPU MENUNDUKKAN BIJAK PANDAI

Ayah sudah bosan dalam NGO yang tidak habis-habis dengan mesyuarat serta perebutan pangkat dan harta. Ayah kecewa dengan badan-badan politik yang pemain di dalamnya berlakon baik tetapi rakus menfitnah & sanggup membeli kuasa untuk kepentingan diri dan kerabatnya. Ayah benci dengan orang yang hanya berkata tetapi tidak mahu melaksanakan apa yang dikata.

Perasaan benci itu selari dengan apa yang Allah firmankan di dalam Surah As-Saff, Ayat 2-3. “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Tiada ceramah, tiada kata-kata manis, tiada pujuk rayu, tidak pula janji-janji ditabur untuk mempengaruhi ramai cerdik pandai lain dalam masyarakat buat menyokong cetusan idea Ayah untuk menubuhkan RPWP. Apa yang Ayah lakukan untuk mempengaruhi yang lain ialah dengan memberikan CONTOH tauladan.

Jika Ayah mahukan orang lain patuhi perintah Allah dan Nabi dengan 10% INFAK pendapatan bulanan contohnya, Ayah akan pastikan yang Ayah telah berikan 100% dari hasil kerjanya. Apa saja tunai dan aset Ayah yang terkumpul sebelum ini sudah diwakafkan semuanya. Kini, puluhan ribu Ringgit sebulan hasil jualan dan upah mengecat kenderaan yang Ayah kerjakan dengan tangan sendiri masuk ke Tabung Pembangunan Prihatin semuanya.

Ini kerana sepertimana beberapa Asnaf yang lain, Ayah bekerja tanpa gaji. Yang dahulu, Yang sekarang dan Yang akan datang, semuanya telah diwakafkan.” Ya, hanya tauladan yang mampu mempengaruhi 19 lagi pengasas-pengasas yang lain dari kalangan bijakpandai. Ada yang ahli perniagaan berprofil tinggi, ada yang pensyarah Universiti, ada ustaz, ada ahli akademik lepasan PhD Unviersiti Cambridge, ada CEO, ada kontraktor, ada cikgu, ada jurutera kanan syarikat Jepun, ada banker, ada pengusaha stesyen minyak dan sebagainya.

Yang baiknya, Ayah tidak memilih bulu. Beliau juga tidak melupakan golongan bawahan untuk berada dalam team pengasas. Ada juga pemandu lori & teksi, ada tukang masak, kakitangan kedai kek, ada buruh kasar bahkan juga bekas penagih dadah.

Inilah rakan-rakan Dr. Masjuki yang sama-sama menggalang pembangunan akhlak dan sarana RPWP. Ada yang dahulu muda sudah menjadi tua, yang dahulu sihat dah mula sakit tetapi menyerah kalah tidak sekali-kali.
Inilah rakan-rakan Dr. Masjuki yang sama-sama menggalang pembangunan akhlak dan sarana RPWP. Ada yang dahulu muda sudah menjadi tua, yang dahulu sihat dah mula sakit tetapi menyerah kalah tidak sekali-kali.

Semua itu beliau satukan dengan satu matlamat, untuk visi pembangunan akhlak manusia serta peradaban Islam, agar golongan atas dan bawah ini mampu hidup bersaudara.  Yang kaya tidak perlu mendabik dada kerana di sisi mereka ada Dr Masjuki yang pernah kaya, cuma telah mewakafkan semua kekayaannya.

Cerdik pandai & ahli agama tidak perlu berbangga, kerana Ayah juga dari kalangan mereka. Si buruh kasar dan fakir miskin juga tidak perlu merasa hina, kerana Ayah yang dulunya hartawan juga kini berstatus fakir seperti mereka, makan & bertempat tinggal di rumah yang sama dengan mereka, bahkan setiap hari ikut kerja berat bersama mereka.

Percaya atau pun tidak, semua kerja paling bahaya seperti di puncak paling tinggi, penggunaan jentera berat dan apa sahaja yang tidak lagi mampu dilakukan oleh kami, termasuk yang memerlukan kreativiti dan kepakaran tinggi, Ayah akan ambil risiko melakukannya sendiri. Ini selari dengan keberanian Rasulullah SAW yang menjadi susuk tubuh pertama, yang mara di barisan paling hadapan semasa mengepalai Perang BADAR. Jadi…, Ada apa lagi nak diperkatakan tentang status?

Inilah Dr. Masjuki, seorang hartawan yang memilih memfakirkan diri untuk membela Islam secara praktis. Bukan sekadar membina kolam simpanan air hujan, kolam kumbahan najis juga beliau masih sudi turun tangan walaupun dalam keadaan mampu berdiri dengan hanya 1 kaki (1 kaki lagi lemah disebabkan sambungan tulang femur yang kurang sempurna)
Inilah Dr. Masjuki, seorang hartawan yang memilih memfakirkan diri untuk membela Islam secara praktis. Bukan sekadar membina kolam simpanan air hujan, kolam kumbahan najis juga beliau masih sudi turun tangan walaupun dalam keadaan mampu berdiri dengan hanya 1 kaki (1 kaki lagi lemah disebabkan sambungan besi tulang femur yang kurang sempurna)
PIC_1041
Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.
PIC_1046
Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.
PIC_1044
Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.

 

PERANAN BANGSAWAN UNTUK PROJEK BERSEPADU MEMPERBAIKI AKHLAK

Jika ada yang fikir sahabat-sahabat rasulallah dahulu miskin, mungkin mereka perlu buat bacaan semula. Harta Saidatina Khadijah yang diuruskan oleh Nabi Muhammad sendiri dikhabarkan MENGUASAI hampir separuh EKONOMI Kota Mekah. Dicampur dengan kekayaan Abu Bakar As-Siddiq, Usman Ibn Affan, Umar Al-Khattab, Abdurrahman Auf dan lain-lain.

Semuanya habis dikumpulkan untuk satu proses HIJRAH besar yang dilalui oleh Nabi. Jika tidak begitu, tidaklah Allah berfirman ;

“Orang-orang yang berIMAN dan berHIJRAH serta berJIHAD pada jalan Allah dengan HARTA & DIRI adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah. Dan merekalah orang-orang yang Berjaya – At-Taubah,20

“Apakah kamu sangka kamu akan masuk syurga, sedang belum nyata di sisi Allah orang orang yang berJIHAD di jalannya, dan belum nyata di sisi Allah orang orang yang sabar.” – Ali-Imran 142

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka>> Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” – At Taubah, 111.

Sekarang kita lihat, sarana HIJRAH itu ialah HARTA & DIRI. Adakah kita masih selesa dengan mengumpul harta yang kita ada tetapi tidak berhabis untuk mendapatkan KEMENANGAN & SYURGA yang Allah janjikan dalam firman di atas itu?

Jika Ayah sanggup berkorban sebegitu rupa untuk masa depan generasi anak-anak kita, Adakah kita rasa tanpa pengorbanan harta dan diri itu kita mampu membentuk anak-anak yang terbentuk akhlaknya? Atau kita hanya menadah tangan di atas sejadah dan mengharapkan keajaiban dari Allah sepanjang masa?. Susah untuk kami katakan.

Rasanya pasti masih ramai yang lebih sayangkan harta peribadi mereka tanpa memikirkan kepentingan generasi mendatang yang akhirnya akan menjadi lingkungan komuniti tempat kehidupan anak-anak mereka juga. Begitu juga halnya dengan semua pengasas-pengasas RPWP yang diketuai oleh Ayah sendiri. Visi pembangunan akhlak ini satu proses yang panjang yang juga memerlukan komitmen HARTA dan DIRI.

Mungkin ada yang kata, cukuplah jika sudah ada beberapa hartawan, kerana mereka sahaja sudah mampu berikan sumber kewangan yang baik kepada Prihatin. Ya ia mungkin cukup jika Prihatin hanya berbuat untuk sekelompok warga sahaja. Namun skala Islam itu besar, iaitu untuk merahmatkan seluruh alam. Kerana itu pada zaman nabi dahulu, KESEMUA sahabat-sahabat bangsawan yang dipanggil ahlulbait berkorban keseluruhan harta mereka dalam merialisasikan visi Rasulullah SAW kerana ceramah-ceramah sahaja tidak cukup untuk membangkitkan Islam.

 

ROBOH ISTANA IMPIAN BERGANTI SYURGA

Kawasan 1.6 ekar yang bakal dibangunkan dan dikorbankan Dr. Masjuki untuk digunakan bagi membangunkan 40% baki pembinaan kompleks di Kajang ini dengan khidmat kontraktor professional
Kawasan 1.7 ekar yang bakal dibangunkan dan dikorbankan Dr. Masjuki untuk digunakan bagi membangunkan baki pembinaan kompleks RPWP dengan khidmat kontraktor.

Foto di atas diambil semasa lawatan ke tapak tanah yang telah diwakafkan oleh Ayah sejak 2005 untuk dicairkan. Lot-lot banglo itu akan dibangunkan oleh pemaju yang meletakkan harga jualan RM1 juta seunit dan memberi margin 50% kepada pemilik. Ayah ada 2 lot, oleh itu nilai wakaf kepada RPWP akan menjadi RM 1 Juta untuk di cairkan.

RM1 Juta itu sedikit pun tidak sampai kepada anak-anak kandung Ayah dan tidak pula Ayah simpan walaupun seringgit. Ayah laburkan lagi kesemuanya untuk mempercepatkan progress pembangunan fasa kedua RPWP di tapak seluas ¼ ekar di belakang kompleks sedia ada.

Kami insaf dengan ketulusan yang sepenuhnya oleh Ayah. Malu bagi kami yang menulis artikel ini kerana masih ada berbidang-bidang lagi hartanah, masih ada lagi amanah saham dalam simpanan masa hadapan, masih ada lagi harta-harta yang bernilai.

Apabila kami tanyakan kepada Ayah…“Bagaimanakah masa hadapan anak-anak Ayah nanti?” Selamba Ayah menjawab, “Masa hadapan tidak akan ada untuk anak kita jika hari ini kita masih terus memikirkan tentang diri & anak sendiri sahaja dan gagal untuk berkorban untuk membangun potensi masyarakat mereka. Allah ada `cara’ tersendiri untuk melindungi anak-anak yang bakal Ayah tinggalkan”.

Roboh sudah impian untuk membina istana bersama isteri & anak tercinta. Ayah lebih memikirkan tentang ummah yang semakin lemah & ada perkara yang lebih besar untuk dibuat. Ayah tidak sedikit pun kelihatan terkilan. Dalam hati kami berkata “Alangkah tabahnya lelaki ini”. Kami yang mengikuti Ayah dalam rombongan ini terkesan dengan berhabisnya Ayah dalam urusan pembangunan ummah. Diam-diam, kami cuba mencontohi tauladan itu.

TAULADAN AYAH DITIRU ANAK-ANAK

Tiada pendidikan lebih berkesan dalam membentuk akhlak selain dari tauladan. Anak anak Ayah semuanya berpuasa nafsu dari meminta yang macam-macam. Mereka malu dengan Ayah mereka sendiri yang pernah kaya dan mereka dapat saksikan kekayaan ayahnya (Dr. Masjuki) tetapi ayahnya sendiri berpuasa nafsu dan memberikan lebih kepada orang lain yang memerlukan.

Gambar terkini keluarga Ayah. Berdiri dari kiri Dinie, Abid, Raimie, Ikhwan, Abu Rijal. Duduk, Ayah, Mak Ibu, Afiah, Nurhani.
Gambar terkini keluarga Ayah. Berdiri dari kiri Dinie, Abid, Raimie, Ikhwan, Abu Rijal. Duduk, Ayah, Mak Ibu, Afiah, Nurhani.

Kesemua anak-anak Ayah makan makanan yang sama, tinggal di rumah yang sama dan memakai pakaian `terpakai’ pemberian orang ramai, sama seperti anak yatim dan asnaf lain. Setiap cuti panjang mereka bekerja membantu pembinaan rumah dan membimbing anak-anak lain dalam kem cuti sekolah, tanpa bersungut meminta upah walau sedikit. Berjalan pun hanya ketika raya atau ada trip bersama rombongan anak-anak RPWP.

Anak sulong Ayah, Dinie Masjuki kini sedang menghabiskan Pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Artificial Intelligent di UiTM dan menjalankan perniagaan dengan syarikat OMG Creative Sdn Bhd. Semua pendapatan Dinie sejak mula bekerja di Candid Syndrome yang bermula dengan elaun RM400 sebulan, hingga menjadi Jurugambar Profesional dengan pendapatan setinggi RM7 ribu sebulan, dan kini segala keuntungan dan elaun pengarah syarikat, beliau serahkan 100% kepada RPWP. Tiada makan tengahari di restoran kecuali selesa dengan bekal makanan dari rumah.

Muhammad Dinie, anak sulong Dr. Masjuki sanggup menangguhkan pengajian selama 1 tahun selepas SPM untuk beliau bekerja sehingga menjadi seorang jurugambar antarabangsa dan wang itu beliau berikan sepenuhnya kepada Prihatin.
Muhammad Dinie, anak sulong Dr. Masjuki sanggup menangguhkan pengajian selama 1 tahun selepas SPM untuk beliau bekerja sehingga menjadi seorang jurugambar antarabangsa dan wang itu beliau berikan sepenuhnya kepada Prihatin.

Anak kedua, Raimie Masjuki kini dalam pengajian Ijazah di Fakulti Pengurusan Perniagaan dalam bidang Insuran di UiTM. Tidak pernah meminta wang belanja dari mula sehingga kini. Raimie menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung belanja peribadi. Beliau yang kini mahir dalam bidang mengecat, PA system, event management dan construction hasil didikan RPWP pernah menjana pendapatan sehingga RM35,000 sebulan tanpa meminta walau seringgit jika tidak diberi.

Pernah diberi peruntukan RM1K untuk kemasukan Universiti dan membeli cermin mata yang sesuai berharga RM350, beliau hanya beli yang berharga RM140 saja, bakinya diserahkan semula kepada bendahari sehingga ditegur Ayah kerana jenis itu akan merosakkan mata.

Raimie yang mesra di panggil Uda, berjaya mendapat CGPA 3.5 di peringkat diploma, walaupun aktif dalam ROTU.
Raimie yang mesra di panggil Uda, berjaya mendapat CGPA 3.5 di peringkat diploma, walaupun aktif dalam ROTU.

Tauladan itu diikuti oleh Abid Masjuki (Ijazah Bioteknologi, Universiti Malaya) yang pernah mengejutkan wartawan utusan kerana menyerahkan kesemua hadiah Johan Khat Nusantara berjumlah RM2,000 & RM1,500 Naib Juara Agro Race kepada RPWP.

Muhamad Abid dan kumpulannya, anak-anak RPWP menyerahkan hadiah kemenangan Agro Race, tunai RM1,500 untuk pembangunan RPWP.
Muhamad Abid dan kumpulannya, anak-anak RPWP menyerahkan hadiah kemenangan Agro Race, tunai RM1,500 untuk pembangunan RPWP. Gambar kecil ialah Hadiah RM2000 selaku Johan Khat Peringkat Nusantara – Sila Klik jika anda ingin membaca artikel khas ini

Sekecil Nurhani yang menjadi pemenang Anugerah Emas, pelajar terbaik UPSR turut menyerahkan hadiah RM350 & basikal pemberian PIBG kepada RPWP.

Nurhani di hari anugerah kecemerlangan sekolah Rendah Leftenen Adnan - Klik untuk membaca kisah ringkas beliau.
Nurhani di hari anugerah kecemerlangan sekolah Rendah Leftenen Adnan – Klik untuk membaca kisah ringkas beliau.

Ikhwan (Matrikulasi Jengka) dan Abu Rijal Masjuki bahkan Norafiah Masjuki, OKU Down Syndrome juga seakan-akan semuanya menuruti contoh tanpa perlu dididik dengan paksaan. Kesedaran itu diturunkan secara tauladan. Pelik juga kerana kesemuanya berjaya dalam akademik, penuh jatidiri dan sangat berakhlak.

Anak bongsu Dr. Masjuki ini (Abu Rijal) pun sudah mula menyerahkan segala apa yang diperolehi dari sebarang pemberian orang luar kepadanya secara peribadi kepada Prihatin. Katanya beliau mahu jadi seperti AYAHNYA.
Anak bongsu Dr. Masjuki ini (Abu Rijal) pun sudah mula menyerahkan segala apa yang diperolehi dari sebarang pemberian orang luar kepadanya secara peribadi kepada Prihatin. Katanya beliau mahu jadi seperti AYAHNYA.

Hari ini kita bingung mendidik anak dengan tuisyen, televisyen, ipad dan segala saluran pembelajaran sedangkan kita sendiri masih terus menerus menutup mata kepada keburukan yang kita sendiri kompromi untuk lakukan. Percayalah, jika ibunya pakai tudung dan baju ketat, anaknya nanti berbogel terus depan webcam. Jika ibunya baik, anak akan menjadi lebih baik lagi. Dalam dua-dua arah positif mahupun negatif, kesan kepada anak adalah digandakan.

Kesemua anak-anak ayah rajin melakukan kerja berat di RPWP tanpa disuruh. Gambar hiasan Raimie & Abid.
Kesemua anak-anak ayah rajin melakukan kerja berat di RPWP tanpa disuruh. Gambar hiasan Raimie & Abid.

 

TANAH PINGGIRAN PUTRAJAYA & RPWP

Hartanah  bernilai RM 1 JUTA itu mahu Ayah wakafkan untuk mempercepat pembangunan sarana di RPWP ini sendiri. Impian Istana dunia itu dirobohkan tetapi Ayah mendapat syurga, ketenangan hati di dunia dan InsyaAllah di akhirat nanti.

Sudah 8 tahun kami bergelumang dengan simen, kayu, pasir, batu dan besi untuk menyiapkannya tanpa khidmat kontraktor dan jentera. Maklumlah, kami mulakannya berbekalkan azam sahaja. Sekarang ini, kami terpaksa belanja antara RM35-45 ribu sebulan. Wakaf tunai dari Ayah sendiri bertahan tidaklah lama seperti bukit yang dikorek hari-hari lama-lama jadi rata. Rumah yang kami ada kini agak uzur buatannya. Ini kerana kami tiada banyak sumber kewangan dan orang pula tidak mengenali kami untuk memberi.

Sejak 2005, kami beli 95% bahan terpakai, dan kami guna kepakaran dan tangan sendiri untuk membangunkan rumah di atas tapak setengah ekar ini. Besi sependek 4-6 inci kami sambung, kaki bangku dan meja sekolah, plywood cetak konkrit dan kayu palet yang terbuang kami leraikan dan guna semula. (Anda boleh lihat jika anda datang ziarah ke RPWP). Persis seperti awal pembangunan Masjid Quba’ yang hanya menggunakan batang & pelepah tamar, batu dan seadanya saja.

Rumah banglo setingkat Dr. Masjuki dah rupa begini hasil tangan-tangan kami sendiri. Pada peringkat awal, tiada lagi jentera. Gergaji, memaku semuanya secara manual.
Rumah banglo setingkat Dr. Masjuki dah rupa begini hasil tangan-tangan kami sendiri. Pada peringkat awal, tiada lagi jentera. Gergaji, memaku semuanya secara manual.

Pada fasa kedua pula, kami telah mula guna jentera dan mesin. Itulah hasil penjimatan dan pengembangan Infak bulanan kami yang sedikit itu. Sekali sekala ada juga kami terima sumbangan dari tetamu yang terkesan dengan usaha kami, khususnya dibulan Ramadhan. Ada juga yang mensedekahkan lebihan bahan binaan seperti kayu, besi dan lain-lain.

Ayah sentiasa meyakinkan kami yang konsep PUASA secara hakikat dan ZAKAT yang FITRAH akan mampu membangunkan sesuatu yang hebat. Kami menahan diri dari meminta-minta. Kami hidup dengan survival beberapa perniagaan kecil kami di sini. Jika tidak, gamaknya kami hanya makan pada bulan Ramadhan sahajalah, sebab bulan lain orang tak bersedaqah dan kami terpaksa rebus kayu-kayu binaan pulalah jawabnya.

KESIHATAN & ILMU MENJADI MAHKOTA MUJAHID

Apalah nilai RM1 juta hari ini? kata Ayah. Di samping ilmu untuk pembentukan akhlak di RPWP, Ayah juga melihat kepentingan akademik bersijil. Sebolehnya Ayah mahu anak-anak RPWP ke IPT kesemuanya, sekalipun hingga double degree atau PhD.

Pengalaman dari kematian Khairi, pembedahan ibu Sofiah, kesukaran kewangan anak-anak kami yang ke IPT banyak mengajar kami. Kerana itu jugalah selain dari dana pembinaan & sarana asas, Ayah mahu ada tabungan yang cukup untuk Dana Kesihatan & Dana Pendidikan Anak. Kami harus meneruskan puasa, berjimat, menambah zakat dan berusaha dengan tangan kami sendiri untuk menambah tabungan.

Saudara Khairuddin Mohd Nor, salah seorang pengasas kami dahulunya sihat, kini terpaksa dibedah kerana masalah tulang belakang disebabkan slipdisc. Ayah sendiri dari orang normal sudah menjadi OKU kerana tulang femur yang berganti besi, patah semasa jatuh di ketinggian hampir 20 kaki sewaktu memasang bumbung rumah.

Rosli Ludin, suami Sofiah Wali yang diberhentikan kerja kerana masalah tulang belakang dahulu, kini semakin serius sakitnya. Khairi baru meninggal dunia, beberapa co-founder lain pula sudah ‘meninggal’kan kami kerana tidak sanggup meneruskan pengorbanan.

Alhamdulillah, dengan membesarnya anak-anak yang dibina, Kami yang asalnya 20 orang dan ditolak dengan yang telah ‘meninggal’ juga badan-badan yang sakit ini masih istiqomah meneruskan pembinaan rumah kami, walaupun agak sedikit perlahan. wirid1ITULAH SEBABNYA Ayah mahu cairkan hartanah bernilai RM1 juta yang beliau wakafkan itu supaya kami mampu untuk menyiapkan pembinaan yang berbaki dengan lebih cepat. Sudah 8 tahun kami membina berdikit-dikit, jika kontraktor dengan dana yang cukup pasti sudah 12 menara seperti KLCC kita siapkan dalam tempoh itu.

Sekitar 10 orang anak-anak kami yang sedang belajar dalam berbagai bidang di Universiti pula sudah mula menunjukkan minat mendalam untuk meneruskan pengkajian dalam bentuk akademik. Selepas tamat degree pertama nanti, ramai yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah secara khusus dalam Pengajian Hadis, Usuluddin dan Ilmu Wahyu di universiti terbaik seperti di Yarmouk Jordan dan Al-Azhar.

Itulah juga yang Ayah sisihkan dananya dan dibangunkan melalui hasil wakaf dan perniagaan yang kami ada sekarang. Untuk memahamkan dan mula merangkak mengatur usaha bukan mudah. Hati yang sudah lama kotor berdaki, amal yang sedikit bercampur dosa ini memerlukan masa dan pelbagai usaha teliti yang istiqomah untuk dibersihkan.

Oleh itu, cita-cita Ayah untuk melihat perubahan peradaban umat ini bersama rakan-rakan mungkin tidak mampu dicapai kerana didahului ajal. Atas sebab itu Ayah sering menangis ketika membilang penghujung usianya.

Pilihan yang ada ialah mempersiapkan sarana untuk membentuk akhlak berserta kecemerlangan akademik anak-anak asnaf dan yang dititipkan oleh masyarakat untuk dibangunkan. Pendidikan memerlukan bukan saja kepakaran, malah modal yang besar dan masa yang panjang.

Semakin ramai ibu bapa yang memohon menitipkan anak-anak mereka untuk di didik di RPWP. Alhamdulillah itu satu kepercayaan masyarakat hasil pemerhatian awal keberkesanan sistem pendidikan di RPWP. Namun ia menjadi beban amanah yang harus di pikul bersama atas nama Allah.

Ayah merasa sangat bersalah dan sedih bila kami terpaksa menolak permintaan mereka. Jika pembinaan rumah ini lambat, Ayah khuatir Ayah akan terlebih dahulu `meninggal’kan kami sebelum sempat melihat kejayaan usaha yang telah Ayah mulakan.

Kerana itulah Ayah sanggup leburkan segala yang ada untuk mempercepatkan pembinaan, agar usaha selepasnya boleh ditumpukan kepada program pendidikan anak-anak secara intensif. Kami rasa, jika kami teruskan cerita ini ia bakal menjadi sebuah autobiografi dan bukan lagi sebuah artikel.

Ayah seorang yang sangat tidak suka akan pujian. Kerana Jika ada pujian, Ayah ajar kami untuk memulangkannya kepada Allah. Ramai juga tamu yang hadir memuja muji beliau sehingga beliau lebih selesa mengasing diri dari bertemu tetamu kerana janggal dipuji atas apa yang telah beliau korbankan selama ini.

Ayah juga tidak suka kami bercerita tentang pahala, kerana itu mengajar kita jadi terlalu berkira dengan ‘upah’ dari amal kita. Jikalah ada apa yang dikatakan pahala itu Ayah kata wakafkan juga semuanya. Bukan sombong, tapi kerana “YANG KITA CARI IALAH REDHA ALLAH, BUKANNYA PAHALA”, kata Ayah.

Jika kisah ini mampu menjadi tauladan kepada anda, sila panjang-panjangkannya. Dalam dunia moden sekarang, terlalu ramai orang sangat suka bercakap tapi kerjabuat tidak seberapa, sukar pula mencari orang yang banyak berbuat tetapi kurang bercakap.

Sejujurnya, Kami yang menulis ini juga berasa malu kerana masih banyak bercakap, tapi baru belajar berbuat.

Diriwayatkan oleh

WARGA PRIHATIN

Siri Tips Parenting 2 : Sumber Gembira Anak ialah Kasih Sayang

tidbit-gembiraanakTIPS PARENTING PRIHATIN 2 : SUMBER GEMBIRA ANAK ADALAH KASIH SAYANG, BUKAN WANG RINGGIT. TETAPI KERANA WANG RINGGIT, ANAK KITA JADI YATIM SEBELUM MEREKA YATIM.

Lihat foto ini, mereka adalah anak-anak orang Iban di rumah panjang Nanga Kesit Sarawak. Nampak mereka masih gembira walaupun hidup jauh dari kemewahan bandar. Hari ini, ramai ibu bapa meletakkan kasih sayang kepada anak mereka sebagai keutamaan kedua dan bukannya yang pertama.

Islam menggalakkan umatnya mencari rezeki seperti mahu hidup lagi 1000 tahun, tetapi Allah jua mahukan kita membuat persediaan seperti kita akan mati esok. APakah cukup persediaan kematian kita dengan meninggalkan anak dengan saham amanah dalam ASB sampai RM100k seorang? Adakah cukup wang insuran kematian anda untuk anak anda mengharungi barang 50 atau 80 tahun lagi kehidupan tanpa anda. Dari kajian kami dari kes-kes yang dirujukkan kepada kami bolehlah kami simpulkan bahawa kebanyakan anak yang bermasalah adalah kerana kasih sayang ibu bapa yang kurang. Maka, mereka mencari kasih sayang alternatif di luar. Lumrah manusia mahu disayangi dan kita tidak mampu ubah itu. Itulah fitrahnya.

Tetapi bapa dan ibu moden memandang bahawa mereka perlu berusaha keras agar mereka mampu tinggalkan anak mereka terjamin masa hadapannya jika mereka mati nanti. Sebaliknya, terdapat beberapa kes yang merujuk kepada kami apabila anak-anak ini yang telah meningkat dewasa (terutama perempuan) menghabiskan keseluruhan peninggalan arwah ibu atau bapa mereka dalam tempoh kurang 6 bulan. Maafkan kami, ada yang tidak sampai seminggu telah habis seluruh harta yang ibu bapa mereka cari seumur hidup mereka.

Sudahnya, dah lah kasih sayang pun kurang lalu mereka cari kasih sayang dalam laluan yang dilaknat Allah. Bersekedudukan dengan teman lelaki, menagih dadah dek kerana ibu bapa tak kisah tentang keperluan kasih sayang kepada anak mereka. Sudahnya apabila mereka mati, dalam seminggu semua wang ringgit yang ditinggalkan HABIS untuk berpoya-poya dengan teman lelaki yang akhirnya meninggalkan anak yatim itu mengandung anak haram dan HIV positif. Nauzubillah.

Di Rumah Pengasih Warga Prihatin, kami melaksanakan kesamarataan antara anak pengasas, anak yatim dan juga asnaf. Kasih sayang DIDAHULUKAN maka mereka semua gembira walaupun terpaksa berpuasa kadangkalanya. Sesuai juga dengan nama kami, Rumah PENGASIH dan sesuai juga dengan Basmallah yang hujungnya “Ar-Rahim” (Maha Mengasihi).

Stay tune dengan tidbit tips parenting kami. Semuanya kami kongsikan dari pengalaman kami sendiri dan solusi dari galian sumber quran & sunnah sahaja.

Share kan jika anda setuju. Itu juga satu dakwah menyeru kebaikan kepada yang lain.

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Siri Tips Parenting 1 : Memimpin atau dipimpin

tidbit-gembalaanakMENANGANI ANAK MERAUNG DAN BERGOLEK TENGAH-TENGAH PASAR NAK PAKSA KITA BELI MAINAN MEREKA.

Anda ada masalah dengan anak yang minta mainan koleksi terbaru Ben 10, Dora, Thomas & Friends, Upin Ipin kemudian anda tidak membelikannya lalu mereka terus meraung seperti terkena sawan, memprotes dan bergolek di atas lantai kedai ATAU lebih teruk lagi di tengah-tengah pasar malam?

Anda ketika itu mesti menyirap darah rasa nak tempeleng sahaja anak tu. Lagi-lagi seluruh manusia di situ semua diam dan memerhatikan anda. Pasti malu kan?

LALU anda mengalah dengan kehendak itu dan membelikannya walaupun selepas beli itu terus poket anda rabak tak dapat nak beli barang dapur. TAK APALAH….SAYANG ANAK. Kesian mereka…

Jika itu berlaku, itu bermakna anda sedang digembala oleh anak anda. Jika tak percaya, anda pergi lagi pasar dan lalu lagi tempat mainan dan jika ada yang anak anda berkenan, pasti MODUS OPERANDI yang sama akan digunakan lagi.

Dari kajian yang kami laksanakan terhadap anak-anak kami yang bukan residen (anak-anak pengasas bersama) ternyata pada kali pertama mereka menggunakan senjata “bergolek & meraung” itu tidak kita layan…sampai besar senjata itu tidak digunakan lagi. Paling banyak 3 kali mereka lakukan, kita tak layankannya nanti mereka tak ulang lagi. Memang tahan malu sikit lah. Tak mengapa malu sekali daripada tiap-tiap kali nak mainan kita pula yang kena malu secara “istiqamah” lagi.

Jangan salahkan kemahuan anak, kita yang bertanggungjawab memimpin mereka bukan dipimpin oleh kemahuan mereka. Mereka hidup masih atas dasar cukup makan, cukup main dah gembira. Kita ada misi besar untuk membentuk akhlak mereka.

Baiklah, ini hanya tidbit…kami nak cerita panjang lagi tapi kami menahan diri untuk sembang panjang-panjang. Dah lah artikel kami semuanya berat-berat dan panjang-panjang, yang tips ni kami kekalkanlah pendek begini. Kami harap kami boleh pendekkan lagi nanti.

Jika setuju, sila SHARE. Kalau setuju tapi tak share itu tandanya anda pentingkan diri sendiri (tak baik tau…tuhan marah).

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Jihad dengan Al-Quran Bahagian 4 : JIHAD ILMU LEBIH UTAMA DARI BERTUMPAH DARAH

00 JIHAD AQ4C

Jika JIHAD itu bermaksud satu USAHA yang bersungguh-sungguh, ia harus pula berlandaskan pada JALAN ALLAH. Itulah dia “jihad fi sabilillah”. SABIL pula adalah satu JALAN yang meletakkan sudut perlaksanaan atau gerak kerja.

Sebelum kita mampu sabil, kita harus mencari hidayah bagaimana sabil itu harus dilaksanakan. Hidayah itu memerlukan jalan juga, itulah metodologi atau teori yang dipanggil SIROT (sila rujuk Fatihah 6). Pastikan kita benar-benar telah faham dan yakin dengan sirot yang diberikan untuk membantu SABIL YANG BERJAYA sehingga sanggup menolak apa saja godaan nafsu untuk ikut JIHAD di jalan Allah secara perlaksanaan (sabil). Inilah faktor yang akan memenangkan Jihad “fi sabilillah” dan darjat ummat kita.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Kita membiarkan rakyat, anak kecil dan wanita diratah musuh kerana kurang persiapan siasah SIROT dalam SABIL. Kita dikalahkan dengan pelbagai penghinaan.

Jangan sampai ini terjadi di seluruh Dunia Islam. Nyawa tiada harga, penentangan berdepan dengan perisai mereka besi yang kebal tetapi perisai kita kanak-kanak dan wanita yang sepatutnya dilindungi.
Jangan sampai ini terjadi di seluruh Dunia Islam. Nyawa tiada harga, penentangan berdepan dengan perisai mereka besi yang kebal tetapi perisai kita kanak-kanak dan wanita yang sepatutnya dilindungi.

Surah 9. At Taubah 20. “Orang-orang yang beriman (dengan kefahaman) dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

Iman tidak datang dengan sangka-sangka, ia terbit dengan kefahaman yang mendalam. Kefahaman ilmu yang tepat dan amat diyakini itu yang akan membantu Jihad yang berkesan, yang membuat kita mampu berserah dan bertawakal dengan kaedah Allah, mampu memerangi nafsu takut mati dan tamak dunia. Itulah kunci kemenangan.

Ilmu SIROT itu hanya ada dalam alQuran. Sebab itulah Allah katakan jihad yang besar melawan kafir ialah dengan kefahaman alQuran, bukan dengan memegang naskah menjadi tangkal hikmat, atau membacanya sebagai mentera tanpa memahami maksudnya dan mengharapkan hasil yang magik. Nabi pun luka, bapa saudara nabi pun dikelar.

Hadis Abi Zarr RA yang ertinya: “Tiada manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.”

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia telah berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.

Dalam banyak hal Allah nyatakan jangan kita buat suatu apapun dengan ikut-ikut, tanpa ilmu. Hasilnya amat buruk dan kita tidak akan mampu bertanggungjawab setelah kehancuran berlaku.

Surah 17. Al Israa’ 36. “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

Abu Hurairah radhiyAllahu ‘anhu berkata:
“Sungguh mengetahui satu bab dari sesuatu ilmu itu sama ada berkenaan perintah atau pun larangan, ia adalah lebih aku sukai berbanding dengan 70 kali pertempuran di medan jihad.” (al-Ilmu, Ibnul Qayyim)

 

TIUPAN BERITA PALSU, GOSIP YANG MENAIKKAN SENTIMEN AMARAH

Antara penyebab kekalahan perang ialah kerana kekacauan dari berita yang disebar tanpa ilmu dan menyebabkan keadaan kacau bilau.

Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).”

Habit ini lebih dikuasai nafsu berbanding akal. Ia menyebabkan banyak kekeliruan, suasana kacau bilau dan haru-biru yang menghilangkan fokus dan penyebab kekalahan dan kemusnahan. Namun hakikatnya inilah habit kita sekarang.

Imam Ibnul Qayim berkata:“Jihad dengan hujjah (dalil) dan keterangan (penjabaran yang jelas) adalah didahulukan atas jihad dengan pedang dan tombak.” ( Syarah Qashidah Nuuniyyah)

Pokoknya ialah banyak sekali yang perlu dipersiapkan sebelum melangkah untuk menjadikan seseorang benar-benar siap sedia menuju medan perang. Berapa banyak hadis yang menyatakan kekeliruan apabila para sahabat memberi khabar SYAHID terhadap si fulan, si anu yang gugur di medan perang dan Rasulullah SAW hanya menjelaskan TIDAK! Bahkan mereka itu adalah ahli neraka. Jadi ingat-ingatlah, jangan terlalu ghairah dengan pertempuran fizikal a.k.a perang ini jika kita tidak faham benar-benar mengenainya.

BAGAIMANAKAH PERANG RASULULLAH ITU?

Islam itu agama ilmu. Jadi pengisian ilmu yang mampu membuatkan manusia yakin dan beriman dengan kefahaman adalah lebih utama. Dengan berpaksikan ilmu dan iman itu, umat akan mampu menolak hasutan nafsu syaitan, sanggup berkorban harta dan nyawa bahkan tidak mudah terpesong dengan segala macam propaganda. Dengan korban harta yang cukup, kita mampu membeli peralatan, dengan semangat dan ketaatan yang jitu akan memberi tenaga pasukan yang padu & mantap, biarpun sedikit jumlahnya. Dengan ilmu juga kita memilikki siasah yang PALING TEPAT dan mampu memenangkan perang.

Surah 8, Al Anfaal

60. Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk, kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

65. Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20  orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan 1000 dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti (jahil).

Dalam kes Arab Spring dan Palastine ini adakah kita ada persiapan kenderaan, senjata yang menggentarkan musuh seperti anjuran Allah di atas? Berapa banyak orang Arab bersatu, menafkahkan apa saja yang mereka ada untuk membantu persiapan? Jika kita laksanakan saranan Allah dengan tepat, ia akan memenangkan kita. Ini cara Allah menolong kita. Jika tidak, pasti kita akan rugi dan teraniaya.

Ini kelengkapan mereka yang kita lihat sejujurnya juga kita gentar.
Ini kelengkapan mereka yang kita lihat sejujurnya juga kita gentar.
Ini kelengkapan orang Islam yang hanya jadi bahan ketawa mereka. Masakan roket ini mampu tenggelamkan sebuah kapal pengangkut? Masalah Orang Islam masih mengharapkan MAGIK sedangkan Nabi sendiri cedera dalam peperangan
Ini kelengkapan orang Islam yang hanya jadi bahan ketawa mereka. Masakan roket ini mampu tenggelamkan sebuah kapal pengangkut? Masalah Orang Islam masih mengharapkan MAGIK sedangkan Nabi sendiri cedera dalam peperangan

Selagi kefahaman belum diajarkan dengan haul yang mencukupi, beralahlah dahulu. Cari kekuatan dalam segala aspek. Jangan merusuh, memprovokasi dan memerangi jika tidak diperangi. Kita ditembak kerana merusuh dan berhimpun, kerana provokasi dan enggan bersurai. Tidak cukup dewasa, habis anak kecil dan wanita kita ajak sama.

Teliti Sejarah Rasulullah SAW. Selama 13 tahun Baginda diejek, dibaling batu, ditabur pasir di kepala, diludah bahkan dihukum bunuh oleh kafir Mekah. Baginda bersabar dan istiqomah mengajar sahabat, sambil mencari kekuatan. Dalam perang Badar juga baginda banyak bertoleransi, walaupun Kafir Mekah yang beriya-iya sangat datang untuk menyerang, namun baginda tetap melarang sahabat membunuh Bani Hasyim, juga toleransi terhadap tawanan perang seperti yang kami telah nyatakan (di Jihad Bahagian 3). Sudah ke tahap itukah penelitian dan persiapan kita untuk perang?

Apabila seorang pemimpin menaiki takhta tetapi lupa persediaan peperangannya jauh lagi dari kecukupan melawan musuh tetapi berani mengumumkan polisi berperang, maka bila masanya tiba musuh gunakan segala instrumen mereka, satu lagi percubaan gagal.
Apabila seorang pemimpin menaiki takhta tetapi lupa persediaan peperangannya jauh lagi dari kecukupan melawan musuh tetapi berani mengumumkan polisi berperang, maka bila masanya tiba musuh gunakan segala instrumen mereka, satu lagi percubaan gagal.

Kesimpulannya, Rasulullah banyak memenangi perang kerana persiapan yang mantap zahir dan batin, fizikal dan spiritual. Bukan guna batu, belantan untuk menghadapi kereta kebal, Barracuda dan M16, mengorbankan beribu-ribu anak kecil dan perkosaan wanita. Fikir-fikirkanlah.

BAGAIMANA JIHAD PERANG MAMPU DI ELAKKAN? TAATI PEMERINTAH, JANGAN MENGGUGAT

Kebanyakkan perang adalah sewaktu Islam mula bertapak di Madinah, namun ia masih belum jelas dan diterima umum. Setelah Islam jelas kebenarannya dan diterima umum, baginda lebih banyak mengutus surat saja untuk menawan sebuah kerajaan. Menariknya, baginda tidak sibuk untuk menggantikan pemimpin negara yang baginda pinang dengan tawaran sistem Allah itu. Ini kerana baginda berbuat untuk Allah, tiada kepentingan diri.

Habit kita zaman ini pula ialah bukan untuk memperbaiki kesilapan saja, tapi sibuk untuk menjatuhkan kepimpinan sebuah negara. Sejauhmanakah keikhlasan kita jika dakwah kita itu diselitkan dengan cita-cita untuk menaiki tahta? Kerana itu banyak sekali kes kerajaan bermusuh dengan rakyat yang dikobar untuk merusuh, bukan diajar untuk taat dan mencari idea, membentuk budaya syuro yang membina untuk membaiki keadaan.

ISLAM AGAMA ILMU, BUKAN PAKSA – DIGERUNI & DIHORMATI

Secara logiknya, jika kita semua masih berpegang pada Islam yang hak, hasilnya pasti indah seindah apa yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. Pasti Kita masih bersatu padu, pasti kita ada 1KHALIFAH yang mengatur Islam sedunia, pasti kita berkasih sayang dan bantu membantu, kita bijaksana dan tinggi teknologinya, kita digeruni dan dijadikan tempat merujuk. Bukan seperti apa yang kita lihat sekarang ini, kita jahil, terhina, miskin, rendah akhlak, rakus dan macam-macam lagi. Kitab sendiri pun kita tidak pernah cuba memahami, semua kita harap orang lain tentukan, bahkan bacaan dalam solat pun kita tidak fahami. Akhirnya anak-anak MURTAD sana sini.

Surah 2. Al Baqarah 256. Allah menjelaskan “Tidak ada paksaan untuk agama; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Jadi tugas kita sekarang ialah, elakkan pembaziran harta dan nyawa. Atur program JIHAD ILMU untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam di seluruh dunia. Jangan terlalu gopoh, mulakanlah dengan diri, keluarga dan negara kita sendiri. Aturkan penyatuan, bertolak ansur, berkasih sayang, tolong menolong.

PBB SISTEM LELABAH, SISTEM KUFFAR – LEMAH

Penyatuan ini nanti dengan sendiri menggerunkan Non Muslim, samada dari sudut suara undi (termasuk di PBB, PRU), ketenteraan, ekonomi dan sebagainya. Bukan sahaja gerun, malah mereka akan turut berminat untuk menggunakan sistem Islam walaupun terpaksa membayar jizyah (cukai). Yakinlah penjelasan melalui perlaksanaan dan kemurnian Islam itu juga yang akan mampu membuat mereka berminat untuk menjadi saudara kita. Perlukah PEPERANGAN SENJATA?

Walaupun PBB kekal begitu sejak 1920, namun France boleh juga dimasukkan sebagai anggota tetap. Jadi jika kita bersatu, tidak mustahil kita boleh memohon satu suara VETO di PBB. Jika tidak pun abaikan saja PBB yang berlogokan labah-labah itu. Ia bersifat lemah dan untuk memerangkap mangsa, buat mengenyangkan 1 pihak saja. Itu sistem kuffar, bukan dari Rububiah Allah.

29. Al ‘Ankabuut 41. Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui.

00 jihad 4 labah.jpgb

Di sinilah negara Islam yang kononya sedang bernaung sedang disedut isinya oleh sang labah-labah laknatullah PBB. Sehingga semua negara Islam hanya tinggal rupa saja, isi telah disedut. Fikir-fikirkanlah.

 
1KHILAFAH SISTEM LEBAH, SISTEM ALLAH – GAGAH.

Mari kita kemaskini OIC menjadi sistem 1KHALIFAH sedunia yang tidak hanya tengok saja. Terapkan sistem LEBAH, sistem kerjasama yang bersifat jemaah, untuk satu tujuan iaitu mengeluarkan MADU yang mampu merawat penyakit seperti saranan Allah dalam Surah 16. An Nahl ,

68. Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”,

69. “kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu ke luar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (ayat kasar) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Cantik Allah ajarkan sistem dengan panduan alam yang tak pernah lari fitrah. Kesatuan di dalam satu mulkiah dan 1 pengaturan dan lebah-lebah itu menjadi ubudiah yang akhirnya memberikan hasil madu yang mampu mengubati penyakit-penyakit manusia. Terutama sekali penyakit hati. Jika tiada penyakit hati, insyaAllah tiadalah peperangan.
Cantik Allah ajarkan sistem dengan panduan alam yang tak pernah lari fitrah. Kesatuan di dalam satu mulkiah dan 1 pengaturan dan lebah-lebah itu menjadi ubudiah yang akhirnya memberikan hasil madu yang mampu mengubati penyakit-penyakit manusia. Terutama sekali penyakit hati. Jika tiada penyakit hati, insyaAllah tiadalah peperangan.

Insyaallah, sistem 1Khalifah negara bersekutu Islam cukup kuat untuk mengatur politik dan ekonomi SELURUH NEGARA ISLAM SEDUNIA. Kita Cuma perlu perangi nafsu tamak haloba kita, kita cantas berhala yang kita puja selama ini (harta, tahta dan wanita), kita hidupkan 1 matawang (Dinar Emas contohnya), kita beri tekanan ekonomi kepada musuh Islam termasuk bekalan minyak, kurangkan import dan lain-lain. Lebah sendiri tidak mengutip madu dan makan sendiri, mereka bawa ke sarang dahulu.

Tidakkah anda fikir mereka akan mengalah? Perlu perangkah jika mereka nampak kita bersatu dan kuat? Perlukan kita merusuh untuk menukar kerajaan sehingga kerajaan sendiri menuba genocide, sampai ribuan anak kecil tercungap-cungap bergelimpangan mati tidak terbela? Adakah kemampuan seorang presiden untuk zalim jika ada 1 KHALIFAH yang berkuasa dan memerhati ke atas pemerintahannya atas nama ALLAH?

ANDA MASIH FIKIR ALLAH TIDAK BEKALKAN KITA DENGAN SISTEM TERBAIK UNTUK MENGATUR ALAM? TELITI SEMULA FATIHAH ANDA.

Soalnya, bagaimana kita mampu menunjuk ajar Pak Arab, jika kita sendiri yang asalnya majoriti pun berpecah menjadi minoriti? (Rujuk Artikel Formula Penyatuan MALAYSIA mengikut Piagam Madinah) Masing masing masih kuat nafsu serakah, menyembah pangkat dan harta, mendokong amarah yang tidak sudah sudah. Kita sendiri meniup api kemarahan yang mengajak umat merusuh?

Hasil iqra’
WARGA PRIHATIN.

Jihad Dengan Al-Quran bahagian 3 : JIHAD NAFSU & ILMU LEBIH BESAR DARI PERANG

 

00 JIHAD AQ3Dalam banyak sudut pandang, mungkin anda dapati pendapat kami agak sedikit berbeza, atau agak asing atau jarang didengar. Dulu pernah kami merasa kecewa dengan situasi itu, namun kini kami merasa agak lega kerana sesungguhnya situasi ini telah dinyatakan baginda Rasulullah SAW,

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Islam pada mulanya asing dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya kita yang terasing.”

Satu hal yang kami sedar ialah, setiap isikandungan alQuran mahupun hadis kami cuba kaji dengan teliti akan sudut perlaksanaannya. Kami kaji hasil baik sekiranya manusia mampu melaksanakan perintah di sebalik saranan Firman maupun Hadis itu. Kemudian kami laksanakan satu persatu sehingga kami lihat sendiri hasilnya. Ini berbeza dengan kaedah penelitian melalui pembacaan dan teori semata-mata tanpa melaksanakan secara lansung dan istiqomah. Lebih teruk lagi perbincangan melalui ilmu-ilmu copy paste dari blog sana dan sini tanpa dianalisa sumbernya. Tahap kefahaman dan keyakinan dapatan hasil bacaan tulisan (tilawah), dengan bacaan perlaksanaan (iqra’) juga jauh berbeza.

DEFINISI JIHAD

Masih ada Islam yang terlampau kaya tetapi kekayaan itu berdiri di atas mayat-mayat saudaranya. Pesawat Peribadi Superjumbo Airbus A380 dengan kemasan EMAS dengan semua barisan pilot wanita. Semua pekerja di istana juga wanita-wanita dengan potongan supermodel. Adakah sudah berlaku jihad nafsu?
Masih ada Islam yang terlampau kaya tetapi kekayaan itu berdiri di atas mayat-mayat saudaranya yang tidak diendahkan. Pesawat Peribadi Superjumbo Airbus A380 dengan kemasan EMAS dengan semua barisan pilot wanita. Semua pekerja di istana juga wanita-wanita dengan potongan supermodel. Adakah sudah berlaku jihad nafsu bagi individu ini? Tidak lupa…ada ramai individu seumpama ini. Mereka kaya tetapi tidak langsung menjadikan Islam lebih kaya.

Perkataa “Jihad” itu sendiri berasal dari bahasa Arab, yang bererti “usaha keras” atau “sungguh sungguh”.  Umum lebih lazim meletakkan JIHAD sebagai perang dan memerangi dengan berlakunya pertumpahan darah.

Walaupun dalam literatur Islam, jihad membawa pengertian yang berbagai rupa, namun intinya, jihad yang dituntut adalah satu usaha keras yang dilakukan setiap individu dalam mencapai hasil usaha yang dianjurkan sesuai dengan perintah Allah dan Rasul. Ia dipanggil JIHAD FI SABILILLAH (Jihad pada jalan Allah).

Antaranya adalah usaha bersungguh-sungguh untuk,

  1. Menuntut ilmu (jihad ilmu),
  2. Mengawal dan memerangi nafsu yang negatif (jihad nafsu),
  3. Mempertahankan diri dari serangan musuh dalam peperangan (jihad perang),
  4. Mengembangkan ilmu dan mengajak manusia kepada Allah (jihad dakwah)
  5. Membangun ekonomi diri & keluarga (jihad ekonomi)
  6. Dan berbagai-bagai lagi.

Pengertian jihad secara khusus banyak dijelaskan dalam banyak hadis Nabi Saw. Baginda, pernah menjelaskan jihad secara khusus kepada sahabatnya setelah pulang dari perang Badar. Di dalam sejarah Islam, perang Badar dikategorikan sebagai perang yang begitu sengit antara umat Islam dan kelompok kuffar Mekah saat itu. Namun dalam hadisnya, Rasulullah SAW bersabda,

“Kita baru saja kembali dari AL-JIHÂD AL-ASGHAR (jihad kecil) menuju AL-JIHÂD AL-AKBAR (jihad yang lebih besar)”. Ketika ditanya sahabat, “Apa itu jihad yang lebih besar, ya Rasulullah?” Nabi Saw. menjawab, “Yaitu jihad MELAWAN NAFSU yang ada dalam diri kita sendiri.”

Hadis ini memiliki pengaruh yang sangat besar bagi umat Islam walaupun ia kurang diminati oleh sebilangan ilmuan dan tidak muncul dalam kumpulan hadis-hadis mutawatir. Begitu juga dengan beberapa hadis lain yang memberi kesan besar namun ia kurang dibincangkan seperti “Tuntutlah ilmu walaupun dengan Cina”.

Dari penelitian kami, antara sebab mengapa hadis-hadis sebegini kurang mendapat perhatian adalah kerana ia sukar dikaitkan perlaksanaannya, kecuali jika kita dapat menganalisa dengan tepat applied science darinya. Kerana itu ia digelar sebagi hadis yang terputus atau tergantung. Adalah terlalu rugi jika strategi besar dari hadis yang Rasulullah bekalkan itu tidak dapat kita ambil manfaatnya.

Bagaimana akan kita laksanakan hadis yang menyuruh kita belajar dengan Cina, sedangkan bangsa itu terlalu asing bagi kita. Ada pula yang harus berhempas pulas mencari rasional siapa lebih Islam, atau terlebih dahulu Islam sehingga saran hadis sebegitu nak diguna pakai. Namun kami suka melihat dari sudut kehebatan dan kasyafnya ilmu Rasulullah. Kita lihat kehebatan kaum Cina dari sudut ketaatan rakyat terhadap rajanya, semangat wajanya yang mampu membina tembok besar negeri china, teknologi pelayaran, jatidiri dan kesatuan mereka yang kini bertebaran di seluruh dunia sehinga ke mana saja kita pergi, bakal kita jumpa restoran cina, persatuan cina, kongsi cina, china town dan banyak lagi.

JIHAD MEMERANGI NAFSU LEBIH BESAR DARI BADAR?

Hadis inilah yang ingin kami kupaskan dalam artikel ini biarpun ia kurang di minati oleh kebanyakan ilmuan. Ingin kami kongsikan pendapat kami, menurut penelitian sains teologi, sosiologi dan psikologinya sehingga kita dapat sahkan kebenaran bahawa memerangi nafsu adalah lebih besar dari Badar.

 

Pada Nabi Muhammad s.a.w Perang Badar itu hanya jihad kecil kerana keutamaan kepada jihad yang besar ialah dengan jihad nafsu.
Pada Nabi Muhammad s.a.w Perang Badar itu hanya jihad kecil kerana keutamaan kepada jihad yang besar ialah dengan jihad nafsu.

Al-Quran diturunkan untuk membina dan memperbaiki akhlak manusia jahilliah. Akhlak Rasulullah adalah al-quran, itu kita semua tahu. Oleh itu, Rasulullah tidak akan memperkatakan sesuatu sekiranya tidak mendapat petunjuk Allah. Mari kita lihat bagaimana tanpa berjaya mengawal nafsu, kita tidak akan berjaya dalam peperangan.

Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam Al-Qur’an

Surat An-Najmi: “ Dan, tidaklah dia (Muhammad) itu berbicara dengan hawa nafsu, tetapi apa yang dikatakannya adalah berdasarkan pada wahyu yang diwahyukan kepadanya”

Pasti ada sebab mengapa Rasulullah mengeluarkan kenyataan perang nafsu ini selepas Badar. Tugas kita ialah mencari rasional dan jalan untuk mematuhinya bukan menolaknya mentah-mentah, hanya kerana kotak fikiran kita masih gagal menemukan praktikalitinya. Dalam peperangan BADAR ini sendiri banyak contoh melawan nafsu yang dapat kita kutip sebagai KUNCI kemenangan.

  1. Semua tentera mukmin seharusnya telah berjaya memerangi nafsu, menolak cinta dunia yang berlebihan dan tidak takut mati, sebelum layak ikut serta, hakikatnya masih ada yang berpatah balik hanya dengan sedikit hasutan dari golongan munafik. Fenomena ini menjadi lebih teruk semasa perang Uhud.
  2. Dalam medan perang kepentingan jemaah dan misi memenangi peperangan lebih diutamakan. Rasulullah sendiri selaku komanden perang Badar boleh menetapkan apa sahaja, namun baginda merendah diri, secara jujur mengakui tempat berhenti yang baginda buat awalnya hanya dari pemikiran baginda, bukan dari wahyu. Baginda lalu mengubah tempat berkubu ke tempat lain berkaitan sumber air yang tepat dari siasah perang mengikut saranan Habab ibn Mundzir r.a.. Begitu juga saranan Sa’ad ibn Muadz  r.a. untuk menyiapkan kemah & kenderaan buat persiapan baginda lolos kiranya kalah untuk menjaga kepentingan umat dan agama.
  3. Baginda melihat beberapa pertikaian atas dasar nafsu selepas baginda mewasiatkan agar sahabat tidak membunuh beberapa Musuh dari Bani Hasyim seperti Abu Bukhtari ibn Hisyam, Abbas ibn Abdul Muthalib dll. Tanpa kawalan nafsu, kita tidak akan mampu patuh arahan. Tanpa ketaatan tiada kemenangan dalam perang. Jadi mana lebih besar? Perangi nafsu dulu atau perang itu sendiri?
  4. Isu Tawanan perang yang bercanggah juga menunjukkan banyak tuntutan nafsu seperti ada yang saran untuk kutip wang tebusan, ada yang saran bunuh saja. Baginda mengambil pendekatan yang jauh mementingkan kepentingan agama Allah. Bahkan baginda menangis sepanjang malam bersama Abu Bakar r.a. setelah keputusan tuntutan wang tebusan telah dibuat dan baginda ditegur oleh Allah melalui firman yang tidak melayakkan baginda menerima tebusan tawanan perang sebelum Islam disempurnakan. Itu halusnya Basmallah dalam perang.
  5. Banyak lagi contoh-contoh yang sering kita dengar seperti jangan bunuh musuh yang sudah lemah, terutama warga emas, wanita, kanak-kanak, bahkan jangan bunuh mereka kerana nafsu (contoh membunuh musuh yang rebah, hanya rasa marah kerana kita diludah). Adakah ini berlaku dalam peperangan kita?

Menangnya pasukan baginda kerana strategi yang tepat, termasuk yang diputuskan secara berjemaah tanpa kepentingan peribadi. Juga kerana ketaatan yang jitu sehingga ia menggerunkan musuh. Baginda perhatikan masih banyak gangguan nafsu dalam perang Badar, itu yang harus di perbaiki dulu.

Perang Uhud mengorbankan Saidina Hamzah angkara tentera-tentera Islam yang masih belum mengalahkan nafsu sendiri. Tergoda dengan harta dan wanita yang melambai-lambai, mereka terbunuh dan Nabi sendiri tidak semudah-mudah itu menyatakan siapa syahid dan siapa yang hanya mati dalam kesesatan. Hatta, mati kerana kecuaian sendiri juga bukan satu syahid apatahlagi sengaja menempah lenyekan kereta kebal.
Perang Uhud mengorbankan Saidina Hamzah angkara tentera-tentera Islam yang masih belum mengalahkan nafsu sendiri. Tergoda dengan harta dan wanita yang melambai-lambai, mereka terbunuh dan Nabi sendiri tidak semudah-mudah itu menyatakan siapa syahid dan siapa yang hanya mati dalam kesesatan. Hatta, mati kerana kecuaian sendiri juga bukan satu syahid apatahlagi sengaja menempah lenyekan kereta kebal.

Sebagai pengesahan kepada kebenaran praktis dari hadis ini Allah tunjukkan telah berlaku sewaktu perang Uhud. Tentera Islam yang awalnya telah menang tewas semula kerana gagal memerangi nafsu. Sebahagiannya ingkar perintah dengan meninggalkan bukit, mengejar harta rampasan dan wanita musuh yang mula melambai-lambai dan menyinsingkan kain untuk menggoda. Melihat keadaan itu musuh nampak kelemahan tentera Islam dan menyerang semula. Akibatnya bapa saudara baginda sendiri terkorban untuk mempertahankan pasukannya yang diserang angkara nafsu itu tadi.

Untuk memperbaiki kelemahan ini dan agar peperangan mencapai kemenangan, maka baginda meletakkan jihad melawan nafsu dan jihad ilmu harus di utamakan. Ilmu yang benar dari Allah dan ditaati sepenuhnya, berjuang secara bertawakkal, berwakilkan strategi dan sahsiah basmallah yang Allah bekalkan itulah yang akan menolong kita untuk menang. Itulah cara Allah menolong kita.

Surah 3. Ali ‘Imran 160. Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.

Adakah ini yang kita panggil jihad? Bagaimanakah kisahnya Nabi semasa Islam itu lemah, Nabi biarkan sahaja mereka yang menghina itu berlalu dan baginda memerangi nafsu amarah baginda sendiri dari melakukan sesuatu. Hari ini, Islam pantang diusik sedikit terus nak lancar jihad DARAH tanpa memikirkan yang kita tiada upaya yang menggentarkan musuh (Baca artikel ini untuk lihat hadis tentang artileri menggentarkan musuh).
Adakah ini yang kita panggil jihad? Bagaimanakah kisahnya Nabi semasa Islam itu lemah, Nabi biarkan sahaja mereka yang menghina itu berlalu dan baginda memerangi nafsu amarah baginda sendiri dari melakukan sesuatu. Hari ini, Islam pantang diusik sedikit terus nak lancar jihad DARAH tanpa memikirkan yang kita tiada upaya yang menggentarkan musuh (Baca artikel ini untuk lihat hadis tentang artileri menggentarkan musuh).

bersambung…

Hasil Iqra
WARGA PRIHATIN

Mengawal dan memerangi nafsu yang negatif (jihad nafsu),

/li

Jihad dengan Al-Quran – Bahagian 2

921208_10152148895332786_840798945_o

SIAPA TENTERA BERGAJAH?

Serangan ke atas Mekah pada tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW datangnya dari sebuah kuasa besar di Selatan Jazirah Arab dan serangan itu adalah untuk tujuan melencongkan Orang Islam supaya tidak mengerjakan haji di Mekah lagi sebaliknya ke Sana’a Yemen. Abrahah mahukan orang berkumpul di sebuah Gereja besar tersergam indah yang dibina oleh Abrahah bernama Al-Qullays. Ini semua terjadi atas faktor komersil dan bukannya perluasan agama. Gajah itu sendiri melambangkan satu instumen besar dengan serangan yang besar.

Pada zaman moden ini, USA adalah tentera bergajahnya dan mereka berminat dengan Mekah atas dasar komersil juga. Rancangan itu direstui oleh penaja utama mereka iaitu Yahudi kerana Yahudi memang mahukan kemusnahan Islam. Hasil komersil setelah ditawannya Tanah Arab itu nanti adalah bahagian USA seperti minyaknya. Jika tidak kerana itu, YAHUDI & NASRANI TAK MUNGKIN AKAN MENYATU.

Yahudi & Nasrani terkenal dengan bangsa yang bermusuh tetapi mereka juga dikenali sebagai bangsa yang mampu bersatu untuk tujuan menghancurkan Islam. Jika anda pernah baca terjemahan keseluruhan AlQuran, pasti anda mampu membenarkan cerita ini. Jika belum, jangan tunggu lagi, supaya layak kita mengaku untuk ikut alQuran dan Sunnah.

holocaust01
Orang Yahudi hanya 13 Juta di dunia kini. 6 Juta sahaja telah dibunuh dalah Holocaust. 13 Juta ialah populasi Melayu di Malaysia. Tetapi 13 Juta Yahudi menguasai lebih 80% ekonomi dunia.
SCHWAB 118427
Mereka golongan tertindas tak bernegara. Mereka mula kembali membaca strategi kitab taurat dan jangan terkejut, mereka juga membaca kita quran sebagai sumber strategi untuk memusnahkan Islam.
holocaust.jpg_595
Holocaust membuatkan bangsa Yahudi menjadi pendendam dan menjadikan ilmu Allah (dari Taurat) sehabis-habisnya untuk bangkit. Taurat adalah kitab lama dan Quran adalah versi terkini. Segala dalam taurat ada dalam Quran. Malangnya, kita tak gunapun Quran. Walaupun taurat tak selengkap QUran, mereka gunakan sehabis baik dan mereka jadi yang terbaik. Bayangkan Islam menggunakan Quran secara strategik, pasti akan jadi lebih baik dari mereka.

Ia tidaklah jauh sangat jika mahu dihitung dalam bentuk masa. Dari Yahudi menjadi bangsa loser sehingga boleh disembelih dengan ramai oleh Adolf Hitler, mereka mengambil masa untuk pembinaan satu generasi hebat melebihi 70 tahun. Jika seorang anak dara sunti hidup ketika itu, sekarang beliau sudah berumur lebih 80 tahun. Pemimpin berganti, visi mereka tidak pernah berubah. Mereka berjaya kerana berpegang kuat dengan ilmu dari kitab suci yang telah dibawa lari dari kita.

Sudahkah kita hitung siapakah pemilik tanah di sekitar Masjidilharam? Mudahkah jika kemasukan tentera Abrahah kali kedua ini terus sampai ke semua hartanah milik-milik mereka di sana? Yang tertinggi itu (Zamzam Clock Tower) juga adalah bangunan milik mereka. Sudah kah kita kaji pendekatan Israel yang membeli tanah-tanah Palastine dahulu sebelum mereka bertapak dan merebut negara itu melalui pemilikan hartanah? Muslim selalu lupa diri, malas berfikir, malas berusaha, mudah tertipu dengan wang yang sedikit untuk satu kerugian yang lebih besar dan kekal. Cerita soal penawanan Arab, jangan kita lupa kaitkan Singapura dan Pulau Pinang juga. RM65 juta setahun untuk bajet pembinaan masjid itu terlalu murah untuk kita lena dan TUTUP MULUT melupakan pelan penaklukan yang halus. Belanda juga mengeluarkan jutaan wang dana untuk pembinaan masjid di Indonesia agar orang Indonesia lupa ada hak mereka yang sedang dicuri oleh Belanda.

Mengapakah tidak diserang dahulu Saudi dengan kemampuan yang mereka ada? Mereka tidak bodoh untuk menakluk Tanah Suci Orang Islam sebegitu tanpa perancangan strategik. Jika mereka serang sekarang ini, pastilah seluruh dunia Islam akan bangkit melancarkan jihad yang mereka geruni. Tetapi mereka BUNUH anak-anak lelaki pembela yang memiliki senjata di tangan. Kesemuanya telah digantikan dengan pemimpin lantikan mereka sendiri. Selebihnya, anda lihat mereka disibukkan pula dengan peperangan saudara sahaja. Di Syria mereka dilagakan dengan pemesongan Agama Islam menjadi Syiah sepertimana Snouck Hurgrunge memesongkan umat Islam Nusantara dengan pemisahan sains dari Agama. Sehingga akhirnya beliau mengeluarkan fatwa sesat “tanam terung dapat masuk syurga” pun orang percaya kerana perwatakan beliau yang warak juga kerana lidah beliau yang fasih berbahasa Arab.

Peperangan di Syria adalah dari pergeseran Agama Islam yang dipesongkan dan berjaya dilagakan atas dasar agama. Siapakah yang memesongkan Islam Syiah itu?
Peperangan di Syria adalah dari pergeseran Agama Islam yang dipesongkan dan berjaya dilagakan atas dasar agama. Siapakah yang memesongkan Islam Syiah itu?

Tak lupa juga, dalam banyak-banyak Negara di Arab, ada lagi yang mereka tidak sentuh seperti UAE dan juga Bahrain. Pada mereka, Negara-negara ini tak perlu dilakukan apa-apa kerana mereka sendiri sudahpun hidup dengan carahidup Barat. Bayangkan jambatan menghubungkan Saudi ke Bahrain sahaja akan sesak teruk pada setiap hujung minggu kerana pesta seks haram setiap hujung minggu. Negara sekecil Bahrain itu memiliki hotel yang terlalu banyak serta pelacuran pula sangat berleluasa. Apa lagi yang USA dan Yahudi mahu risaukan. Tak perlu dilemahkan mereka kerana mereka telahpun lemah dan REPUT akidahnya. Pernahkah anda kaji apa berlaku di GRACE HOTEL yang dimonopoli orang ARAB di Bangkok Thailand? Bagaimana kemewahan yang Allah kurniakan digunakan, sehingga dengan jubah dan tasbih satu lelaki Arab ghairah mengusung & meniduri 6 wanita kupu-kupu malam?

Di Dubai dan Bahrain, pelacur boleh dilanggani dari yang paling murah sehinga yang termahal dibawakan anak-anak dara yang masih muda dari Uzbekistan, Russia, Kazakhstan mengikut permintaan nafsu Arab-arab ini.
Di Dubai dan Bahrain, pelacur boleh dilanggani dari yang paling murah sehinga yang termahal dibawakan anak-anak dara yang masih muda dari Uzbekistan, Russia, Kazakhstan mengikut permintaan nafsu Arab-arab ini.

Video ini sahaja menunjukkan Prince Waleed Talal yang membelanjakan SEJUTA DOLLAR untuk meraikan harijadi bersama seorang wanita karbaret. Ini terjadi di Saudi sendiri dan Prince Waleed tidak keseorangan kerana kerabat lain juga sama sahaja. Dari tinjauan kami sendiri, di sekitar Mekah sahaja ada banyak private house yang dikecualikan dari penguatkuasaan pencegahan maksiat dan ia milik pembesar dan bangsawan Saudi sendiri.

Itulah strategi tentera bergajah yang bakal berulang sejarahnya tidak lama lagi. Tatkala orang Islam tetap sibuk bertengkar sesama sendiri, sibuk mengejar wanita, pangkat & harta, sehingga tidak sedar rumah ayah kita yang berjiran dibakar dan dirompak oleh orang yang melaga-lagakan kita ini.

RAMPASAN MASJID SUCI

Selepas Masjidil Aqsa yang telah jatuh ke tangan Yahudi, Masjidilharam bakal menyusul pula. Segala perancangan mereka sangat teliti. Media semua dimiliki oleh mereka dan kita pula sering percaya dengan media tajaan mereka. Tidak kira apapun namanya, media adalah di bawah cengkaman mereka. Hatta, facebook juga begitu. Artikel ini contohnya, mungkin tidak akan bertahan lama sebelum mereka memahaminya dan kemudian akan hilanglah semula artikel ini dari semua jaringan internet. Namun jika ini berlaku, pergi saja ke www.prihatin.net.my

Apapun halnya, mereka bakal menghadapi benteng terakhir kita iaitu burung Ababil yang diutus oleh Allah membawakan batu-batu dari tanah liat terbakar yang bakal mereka timpakan ke atas mereka.

MEKANISMA BURUNG ABABIL

ababilBurung Ababil datang berkumpulan dan bicara tentang burung ini terkait dengan pembawa berita. Burung terkait dengan penyampai berita kerana kemampuan burung yang mempunyai deria seakan GPS yang mampu kenal asal usul mereka walaupun sejauhmana mereka terbang. Mereka tetap tahu mencari jalan pulang dengan tepat.

Keupayaan pembacaan Al-Quran dan Sunnah secara tepat adalah ciri burung Ababil. Walaupun mereka telah menelusuri ribuan jenis kitab-kitab terbitan selepas Al-Quran dan Sunnah, tetap mereka tidak hilang rujukan asal mereka tentang Al-Quran. Kitab-kitab terbitan semuapun mengambil ilmu dari sumber asalnya alQuran dan Sunnah. Ia satu golongan dan bukannya individu, mereka datang sekawan dan bukan berseorangan.

Itu fundamental pertama burung Ababil. Burung yang terbang sambil melihat dari langit secara “birds eye view”, atau “helicopter view”, burung yang tahu asal usul mereka ini juga mampu menjadi UTUSAN membawa mesej. Burung tidak pandai mengolah mesej, mereka pandai untuk sampai ke tempat yang disuruh oleh tuannya tanpa sesat. Itulah fundamental kedua burung Ababil. Adakah lagi pada waktu ini media seumpama burung yang menyatakan berita tanpa ada modifikasi? Tanpa ada perencah? Tanpa ada tambahan sensasi? Nampak gayanya sudah tiada.

Bakal anda lihat segolongan itu adalah golongan yang bercakap hanya atas dasar Quran dan Sunnah. Walaupun tidak mereka quote ayat berapa di surah apa tetapi anda lihat tutur bicara & tulisan mereka semuanya ada menyatakan ayat-ayat dalam Al-Quran melalui bahasa kaum. Mereka ini tidak memetik suatu apa dari ribuan kitab-kitab “terbitan” untuk menguatkan hujjah mereka. Itulah ciri burung Ababil.

BATU DARI TANAH LIAT YANG TERBAKAR

Ini adalah bicara batu timbangan yang hilang sehingga manusia kini semuanya hilang pertimbangan. Yang banyaknya ialah KEPALA BATU.  Mana tidaknya, jika media tajaan mereka mengatakan Saddam jahat, semua akan percaya. Kami juga percaya Saddam, Gadafi, DS Anwar, DS najib, TGNA, malah Tun Mahathir bukan orang baik, mereka hanyalah insan biasa yang tidak maksum dan boleh diperbaiki, tetapi tidaklah sejahat yang diceritakan oleh pihak-pihak yang sedang bermusuhan.

Hakikatnya kini, kita sentiasa sahaja hilang pertimbangan kerana kita sendiri menjadi dajjal apabila kita menyokong seorang individu yang kelihatan baik pada pandangan rupa dan kata-kata. Sedarkah kita dajjal itu bermata satu?. Mereka sebenarnya ada dua mata tetapi menutup sebelah mata untuk hanya melihat berita dari satu sisi sahaja. Habis semua mereka hukum tanpa mengetahui berita dari sisi yang satu lagi. Berapa ramaikah kita telah membaca fungsi dajjal itu? Dajjal datang membawa keburukan tetapi terlihat itu satu kebaikan. Kerana itu jugalah ada pemimpin yang sanggup menggunakan Islam sebagai topeng bagi membenarkan salahlaku mereka. Apapun, Hanya Jauhari yang kenal Manikam.

Pada hari ini, kita tak akan percaya seorang lelaki warak yang bertasbih sentiasa dan bersolat di masjid setiap waktu, juga sangat baik dengan tetangga mereka akan melakukan pembunuhan kejam, malah melalukan zina. Namun fenomena itu sudah boleh kita tolak dengan terlapurnya banyak kejadian seumpamanya. Jika di Malaysia ini, anda lihat berapa ramai di kalangan mereka yang beraksi di Golok, bahkan di Grace Hotel Bangkok kerana ia tiada di surat khabar dan TV (Kami boleh berkata kerana kami mengkaji & ada bukti). Malangnya, jikapun ada bukti, mahkamah dah pun jatuh hukuman, tetapi mahkamah juga akan diserang kerana penyokong mereka yakin kewarakan mereka itu jaminan mereka tidak melakukan kerosakan.

Batu timbangan itulah yang Allah jatuh dan timpakan tentera bergajah ini nanti.

Jangan fikirkan yang magik-magik saja, sebaliknya fikirkan ini secara konseptual yang logik lagi strategik. Bagaimana batu kecil yang mampu dibawa paruh burung mampu membunuh gajah yang besar? Sebenarnya, Tatkala mereka mendekati kaabah untuk diruntuhkan penguasaan Islam di situ, mereka akan berjumpa dengan sekumpulan utusan-utusan yang membawakan mereka batu timbangan dari tanah liat yang terbakar itu sendiri.

Barulah mereka yang mahu menyerang itu lengkap timbangan neraka dan syurga mereka (furqan). Sebelum ini mereka rasakan perjuangan mereka itu betul dan itulah syurga pada pandangan mereka. Tetapi burung Ababil ini yang datang membawa satu lagi batu timbangan untuk melengkapkan furqan (pertimbangan) mereka dan membuat mereka MAMPU BERFIKIR dengan rasional. Batu-batu itu mengetuk minda kepala mereka sehingga tertanam rasional hak dan batil dalam diri mereka ini. Tidak kurang juga perlunya batu ini untuk pertimbangan si dajjal berupa penyokong tegar yang membabi buta. Berapa ramai tentera bersekutu Barat yang berpaling tadah, malah memeluk Islam sewaktu perang di Afghanistan?

Tiada siapa yang sanggup berjuang bermati-matian sekiranya mereka tidak rasa perjuangan mereka itu adalah perjuangan yang HAK. Mereka juga macam kita, relah bertumpah darah jika yang diperjuangkan itu adalah haq pada keprcayaan rasioanal kita. Tawanan perang Rasulullah SAW juga mengubah haluan menjadi pemeluk dan pendokong Islam setelah mereka “sedar diri”. Maka Allah utuskan segolongan burung Ababil yang membawa batu timbangan, buah fikiran yang tepat sehingga mereka nampak sebenarnya mereka dalam golongan yang batil lalu mengatur langkah sewajarnya.

Tetapi, perkara itu tidak terjadi semalaman. Ia terjadi sepertimana mekanisma ULAT MEMAKAN DAUN. Slow and steady.

BAGAIMANA ULAT MAKAN DAUN?

Ini juga satu kaedah yang Allah berikan kepada orang Islam. Tetapi kita sahaja yang tak sudi membaca dan memikirkannya. Ulat makan daun akan memakan daun itu dari tepi-tepi. Ulatnya pun kita tak Nampak, kerana kebijaksanaan penyamaran ulat juga kadang kadang memaparkan warna yang sama dengan daun yang nak dimusnahkan itu sendiri. Yang kita Nampak ialah kesannya sahaja.

Ulat memakan daun perlahan-lahan dari bahagian tepi-tepi dan bukan terus kepada tulang daun.
Ulat memakan daun perlahan-lahan dari bahagian tepi-tepi dan bukan terus kepada tulang daun.
catalpa worms on the leaf
Ulat daun biasanya berwarna seperti daun. Tidak disedari tetapi kita nampak kesannya pada daun itu sendiri.

BUKAN KAH INI SATU STRATEGI BESAR?

Jika Saudi, tempat bertapaknya ka’bah itu ibarat tulang daun negara-negara Islam, Barat tidak terus MAKAN Saudi ! Mereka sudah hampir selesai makan tepi-tepinya. Sekarang anda lihat siapa yang sedang guna strategi alQuran yang tiap tahun kita pertandingkan Tilawahnya namun kita tinggalkan Iqra’nya itu?

Fikir sejenak, Siapa yang bunuh siapa sekarang ini? siapa tentera yang sedang membunuh itu? Siapa tanah liat yang terbakar? Kita dijadikan dari apa?

Kesan batu yang terkena tentera Abrahah itu membunuh FAHAMAN toghut mereka itu dengan perlahan-lahan. Mereka mula sedar dengan adanya timbangan dari tanah yang terbakar itu barulah mereka sedar mereka itu pembawa neraka di atas dunia. Sebelum ini mereka membunuh dan menakluk Negara Islam konon pada mereka itulah yang hak dan itulah yang jihad. Kita perlu ingat, asas mereka juga adalah kitab dari Allah (samada al-Quran, Injil & Taurat). Akhirnya mereka akan akui bahawa Quran itu ialah kemaskini terkini ilmu dari Allah yang lebih baik dari kitab-kitab mereka.

Perlahan-lahan tentera Abrahah mati kefahaman toghutnya. Ya, ia perlahan-lahan secara evolusi dan bukan revolusi. Revolusi yang menumpahkan darah. Evolusi pula satu proses ULAT MAKAN DAUN. Jika kita gopoh dan jahil, tidak mahu menggunakan sistem yang Allah berikan, kita akan dilihat membabi buta dan ibarat kera yang dapat bunga (QS 5:60).

Sebab itu Allah berfirman “Berjihadlah dengan Al-Quran dengan jihad yang besar”. Bukannya bawa quran dan bertempik melaungkan takbir kemudian dengan itu mereka merempuh kereta kebal dan M16, berkumpul bersama anak isteri di kem-kem untuk dituba dengan genocide, untuk anak gadis serta isteri diratah dan diperkosa. Nabi juga cedera dalam peperangan dan ia bukan satu yang magik. Tambahan lagi zaman Nabi dulu QURAN TIDAK DALAM BENTUK BUKU YANG NABI BOLEH PEGANG semasa bertempur dengan puak kuffar. Jihad Islam adalah dengan ILMU AL-QURAN itu sendiri yang kita laksanakan dalam bentuk saintifik & strategik dan BUKANNYA magik. Barulah musuh Islam akan tunduk kepada kebenaran Al-Quran.

Dari sunnah yang pasti berulang ini, lancaran jihad kita adalah mengenalkan batu timbangan kepada mereka dengan ILMU AL-QURAN. Barulah mampu merealisasikan Firman Allah & sabda Nabi yang mengatakan “Tiada lagi perang selepas tahun ini”.

Tetapi kita masih SUKA BERPERANG, berdemonstrasi, seolah-olah ia satu PESTA gamaknya..!

KELAHIRAN RASUL

Selepas fasa mereka dijinakkan dengan Al-Quran, apabila batu timbangan mereka dilengkapkan untuk mendapatkan furqan Allah, maka mereka mula mengenali siapakah Rasul mereka. Di situlah sabda dan praktis sunnah Rasul mula menjadi rujukan mereka sebagai strategi hidup dalam dunia yang penuh keamanan. Itulah satu proses kenabian yang akan menyelamatkan Islam dari pengaruh luar yang jahat dan ganas. Rasul juga membawa fungsi burung Ababil yang membawa batu timbangan ini.

malangnya….

Mereka yang berada di Mekah ketika itu masih perlu diperbaiki. Masyarakat Islam sendiri juga dalam keadaan Jahilliyah. Sebab itu semasa kenabian, tidak pula Yemen, Parsi, Rome menyerang dakwah Nabi. Sebaliknya yang menentang ialah ORANG ISLAM sendiri, bahkan dari kalangan keluarga sendiri yang sembahan-nya bukan sahaja Allah, tetapi mereka juga sembah selain dari Allah (berhala HARTA, TAHTA & WANITA).

Jika anda kata zaman jahilliyah tiada Islam lagi, anda silap. “Ikutilah agama orang tua mu Ibrahim, dia telah Islam sejak dahulu lagi” (Firman). Haji dan solat telah menjadi satu aktiviti di sekitar kaabah dari semasa serangan Abrahah lagi (sebelum kelahiran Nabi) sedangkan Haji dan Solat itu adalah 2 rukun Islam.

RUKUN APA?

Ya, Rukun Islam. Dan Islam telah wujud sejak Ibrahim a.s. lagi, cuma Islam terlalu berpecah dan berbalah. Perlu juga kefahaman ini diutus burung Ababil, mengetuk kepala mereka dengan batu timbangan dari tanah liat yang terbakar, yang sudah dibentuk dan dikeraskan. Baru mereka Nampak rupanya syurga & neraka itu tidak jauh, hanya di kalangan keluarga, masyarakat & negara mereka sendiri.

Fikirkanlah, isteri kita sadang nusyuz, anak sedang menunjukkan kebiadaban. Anak gadis kita digonggong Mat Rempit, dikenduri dan video di upload ke Youtube. Bayi cucu hasil persetubuhan haram anak kita sedang bertaburan digonggong anjing di tong sampah & semak sungai. Rumah kita dirompak bersenjata di siang hari. Pembunuhan, tembak menembak di sana sini. Anak bujang kita sedang merempit, mengganas, melepak, berhibur, sedang terhoyong hayang dibunuh dadah. Isteri kita sedang berselingkuh dengan rakan pejabat atau sibuk berceramah politik sana sini, siang malam. Tidak kurang juga yang sibuk dengan direct selling itu dan ini hingga larut malam. Anak dirumah yang kita bekalkan dengan internet, gedjet yang canggih sedang melayan pelbagai bahan lucah dan melucah dengan webcam dalam bilik. Kita sendiri sibuk bertanding dan melayan taksub menyokong calon yang bertanding, sibuk bermusuhan & menfitnah sesama sendiri menanam kebencian….

Itu semua satu gambaran neraka yang sebelum ini mungkin orang tidak Nampak dan hanya berkata “Biarlahhhh….biarlahhh…biarlahh…”

Nukilan fikir
WARGA PRIHATIN

BERSAMBUNG…

Rujukan:

Surah 105 GAJAH

105:1. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Tuhan (Rob, Pemelihara) kamu telah lakukan terhadap Tentera berGajah (besar)?

105:2. Tidakkah Dia membuatkan muslihat mereka satu yang membingungkan?

105:3. Dan Dia mengutus kepada mereka burung-burung berbondong-bondong,

105:4. Dengan membalingkan kepada mereka batu-batu daripada tanah liat yang dibakar,

105:5. Dan Dia membuatkan mereka seperti daun yang dimakan (ulat).

Jihad Dengan Al-Quran – Bahagian 1

622416_10152148695597786_1159170899_o

SUNNAH PASTI BERULANG – KRONIKEL TENTERA BERGAJAH MENYERANG KAABAH DAN SERANGAN BURUNG ABABIL

Rujukan artikel kami adalah hasil inisiatif penelitian isikandung al-Quran, fakta sunnah dan sejarah, penelitian semua berita rasmi dan tidak rasmi termasuk posting di fb serta hasil rumusan perbincangan khusus wakil kami dengan beberapa Profesor dari Mesir dan Syria yang sedang belajar di UPM & baru pulang bertugas dari Negaranya.

Kami minta maaf kepada semua pembaca, seperti yang dipaparkan dalam video-video yang kami kongsikan di laman fb kami menyebabkan kami sangat emosional. Ketika kami mencium anak-anak kami, kami terbayang anak-anak kecil tidak berdosa tercungap-cungap nazak dan menghabiskan nyawa, akibat sesak nafas tersumbat oleh lendir (mucus) hasil tindakan kimia yang dituba atas mereka. Semuanya hasil tindakan orang tua yang tidak terarah. Tiba masa untuk kita bangkit dengan ILMU dan bukan dengan hunusan senjata yang tak mungkin mampu kita patahkan bedilan roket pintar musuh-musuh Allah ini, tanpa izinNya.

Tangisan mengalir semasa kami syuro kan isikandungan pemerhatian kami yang ternyata ia sangat tepat dari tahun ke tahun semenjak 20 tahun yang lalu lagi. Cuba rujuk semula, konsep KEK HARI JADI yang kami rencanakan dalam blog kami sebelum ini. Itulah konsep mereka meratah ketamadunan kita yang dikira telahpun jatuh pada tahun 1924 di tangan Mustafa Kamal Attartuk di bumi Arab. Di Nusantara pula peranan dimainkan oleh Snouck Hurgeronje dengan jayanya. Rujuk artikel yang terkait dengan perpaduan, penyatuan dll.

Snouck menyamar menjadi Islam dengan gelaran Sheikh Abdul Ghafur. Beliau mengambil hati orang Islam di Acheh dengan warak dan kelancaran dalam bahasa Arab. Jelas sejarah menunjukkan manusia kurang periksa kebenaran dari quran dan sunnah sebaliknya hanya mempercayai kewarakan orang lain.
Snouck menyamar menjadi Islam dengan gelaran Sheikh Abdul Ghafur. Beliau mengambil hati orang Islam di Acheh dengan warak dan kelancaran dalam bahasa Arab. Jelas sejarah menunjukkan manusia kurang periksa kebenaran dari quran dan sunnah sebaliknya hanya mempercayai kewarakan orang lain.
ataturk3
Mustafa Kamal Attartuk mengusir Khalifah Islam terakhir setelah keseluruhan wilayah Islam sudah tidak mempedulikan lagi COMMAND dari khalifah dan masing-masing membawa diri sendiri mentadbir wilayah Islam menjadi negara.

Kami mahu ajak anda semua berfikir sejenak dalam kronikel yang kronik dalam pemusnahan Islam dalam peta dunia. Lebih sadis lagi, mereka jadikan kita sendiri yang meratah sesama sendiri. Kami cuba untuk jadikan artikel ini sependek yang boleh tetapi cukup haul untuk memahamkan anda tentang senario yang sepatutnya menggoncangkan anda dari tempat tidur empuk anda sendiri. Masakan kita boleh tidur lena sedang saudara kita sedang disembelih. Anak kecil sahabat kita sedang bertarung dengan genocide.

Allah dah nyatakan dalam firman-firman yang sunnah itu satu pola kehidupan yang akan berulang jika premis-premis kejadian sunnah itu berulang secara konsisten. Sebab itu Rasulallah SAW mensabdakan 2 wasiat utama iaitu Quran & Sunnah untuk dijadikan rujukan supaya kita tidak bingung, tidak sesat malah mampu menerajui dunia.

Mari kita sorot sejarah dalam konsep serangan tentera Abrahah dan beberapa pola sejarah penting dalam Islam yang selama ini sebahagian kita membacanya dalam bacaan novel. Seolah-olah sirah sejarah kenabian itu adalah satu cerita ringan untuk menidurkan anak-anak kita. Walhal sesungguhnya pada cerita itu diselitkan banyak pelajaran, mampu memberi kita banyak strategi membangun dan mempertahankan kedaulatan Ummah.

Di antara terlalu banyak penelitian tentang jihad dengan al-Qur’an, buat masa ini kami ingin sampaikan dulu kupasan fenomena 7 perkara berikut;

1. Fenomena Fir’aun Bunuh Anak Lelaki / JANTAN
2. Anak Lelaki Bani Israel yang dihanyutkan
3. Kuasa Besar / Tentera Abrahahm, Bergajah
4. Rampasan Masjid Suci Islam bakal berulang
5. Lahirnya Nabi di Tahun gajah
6. Burung Ababil dan Batu dari Neraka
7. Konsep Ulat Makan Daun

Mari kita lurut semua point di atas itu satu persatu di bawah ini…

BUNUH ANAK LELAKI / JANTAN

Pernah kami coret dalam siri artikel kami siapa itu anak lelaki. Anak lelaki adalah satu penzahiran sifat yang lasak, tegas, bijak dan kuat. Ia boleh juga disifati oleh seorang individu sehinggalah sebuah Negara yang membawa ciri-ciri RIJAL (Lelaki).

Firaun membunuh anak-anak lelaki kerana pada takwil mimpinya ada anak lelaki dari Bani Israel yang akan menggulingkannya. Ketakutan itu menyebabkan Firaun bertitah untuk dibunuh semua anak-anak lelaki dari golongan Bani Israel. Perkara ini diterjemah oleh Yahudi dan Nasrani dalam konspirasi mereka menghapuskan Islam secara besar-besaran. Pelan kemusnahan ini bukan satu cerita pelan semalam tetapi pelan yang dikayuh lebih 100 tahun dahulu.

Fikirkanlah, kita ini masih lagi nak menjaga kepentingan survival politik kita untuk 1 penggal 5 tahun. Kita sanggup menggadai agama, bangsa & negara, menfitnah, bahkan menjahanamkan apa yang ada bagi mendapatkan mandat penggal berikutnya. Mereka pula (Yahudi & Nasrani) tetap dengan visi besar mereka walaupun bertukar-tukar kepimpinan.

Penghapusan NEGARA-NEGARA LELAKI / JANTAN adalah strategi utama. Mereka berjaya dalam fasa pertama penjajahan Barat ke Negara wilayah Islam. Habis disempadan semula Nusantara yang dahulunya di bawah Kesultanan Melaka. Hingga roboh sudah Kota Melaka yang dahulunya besar, menghampar wilayah kekuasaan dari Maluku ke Madagascar, kini menjadi serpihan-serpihan kecil Negara yang tidak bersatu. Itulah empayar terkuat yang terakhir dalam kekhalifahan Uthmaniah.

Lebih berjaya lagi ialah, Melaka yang namanya saja melambangkan RAJA, dahulunya berasaskan pemerintahan berRaja, kini bukan saja tidak lagi ada RAJA, malah dari wilayah yang besar menjadi negeri yang paling kecil. Pelik bukan? Kerja siapa kah itu? Adakah generasi muda, anak-anak sekolah rendah tahu tentang itu?

Mengapa Negara Arab tidak pula mereka takluki sangat sebelum ini?

Kerana mereka tidak perlu bergegas kerana dengan berjayanya mereka memecahbelahkan fungsi gobenor Islam untuk tidak silah / melapor kepada Khalifah Islam, maka mereka secara automatik menjadi wilayah lain. Chain-of-command telah terputus dan jazirah Arab yang dahulunya dipimpin oleh khalifah terpecah sehingga mewujudkan Negara-negara moden yang kita kenali hari ini. Tanpa kerja keras menakluki pun mereka tahu perpecahan Wilayah Arab itu akan membuatkan negara itu REPUT dengan sendirinya dan MUSTAHIL UNTUK BERSATU.

Benar sungguhlah mereka telah berpecah. Jika tidak, pasti anda tidak lihat mengapa Saudi masih tidur lena atas segunung emasnya sedangkan saudara berjiran mereka sentiasa digodak keamananya. Jiran mereka menjerit kesakitan bertarung nyawa, disembelih, anak kecil di “tuba” tercungap-cungap menghadapi maut yang teramat dahsyat, tetapi mereka “Ooohhh I see (OIC)” sahaja dan teruskan kerakusan mereka menggadai Masjidilharam dan sekitarnya kepada Kapitalis Barat.

Anda lihat sahaja visual Mekah pada hari ini, berapakah hartanah yang dimiliki oleh Orang Islam? Sampaikan rumah asal kelahiran Rasulullah pun mereka hapuskan. Berapa pula hartanah yang dimiliki oleh Orang Islam Celup (tukar nama jadi Islam atau masuk Islam atas kertas bagi formality keizinan berniaga di Mekah). Menara Jam tertinggi di dunia menjadi kebanggaan dibina oleh kapitalis German dengan nilai RM110 BILLION dengan cara pajakan 25 tahun SAHAJA. Selepas itu, katanya akan diserahkan kepada King Abdul Aziz. Mari kita lihat, adakah kita memiliki Masjidilharam dalam 25 tahun dari sekarang ???

mecca-future 3468393736_8d48180a45 view-from-makkah-clock-tower

Baca cerita ini baik-baik

Pembunuhan Anak Lelaki bermula dengan Negara yang mempunyai polisi penentangan yang kuat. Mereka lakukannya sendiri. Yahudi yang mengendalikan USA membunuh legasi Saddam Hussein dan ditanam dari berita-berita yang mereka sajikan bahawa Saddam itu seorang yang jahat dan sangat zalim. Mungkin anda juga tahu Saddam Hussein itu seorang yang sangat melampau bukan?

house-of-saddam-1024
Saddam Hussein juga manusia biasa dan banyak kelemahannya. Tetapi yang membuatkan beliau terlalu dipandang buruk ialah media. Kajian kami ke atas pelajar-pelajar dari Iraq di beberapa buah Universiti mendapati 9 dari 10 pelajar mengidolakan Saddam Hussein kerana mereka tahu cerita tentang Saddam yang tidak diceritakan media antarabangsa.

Kini mahu kita tanyakan….siapa yang beritahu anda Saddam itu zalim? CNN? Aljazera? BBC? Reuters? Facebook? Twitter? Yang semuanya itu instrumen milik mereka juga

Musnahlah Iraq yang sebelum itu dilagakan dengan Iran. Iran pula kini menjadi kuasa yang diaturkan oleh USA juga. Lantas kedua-dua Negara kuat ini menjadi lemah. Perkelahian sebelum itu yang diatur antara Iraq dan Kuwait juga melemahkan Kuwait. Semuanya dibuat secara HANDS-ON oleh USA sendiri.

Ada satu lagi, Libya juga bersifat lelaki. Muammar Gaddaffi sangat lantang menyuarakan pertikaian tentang kuasa vito PBB yang sangat berat sebelah. Beliau juga dihapuskan dan Libya dipimpin oleh pemimpin yang diaturkan oleh mereka sendiri. Cerita pasal suara vito di PBB ini, jika Arab semuanya bersatu saja mereka akan ada Vito sendiri.

Muammar Ghaddafi bukanlah orang yang sempurna, tetapi beliau merupakan seorang yang lantang dalam penafian kuasa vito yang sering menindas negara-negara Islam.
Muammar Ghaddafi bukanlah orang yang sempurna, tetapi beliau merupakan seorang yang lantang dalam penafian kuasa vito yang sering menindas negara-negara Islam.

Kini mahu kita tanyakan….siapa yang beritahu anda Muammar Ghaddafi itu zalim? CNN? ALjazera? BBC? Reuters? Facebook? Twitter? Yang semuanya itu instrumen milik mereka juga

Inilah yang mereka bunuh anak-anak lelaki yang boleh menggugat program mereka seterusnya. Nusantara Islam masih tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya di sana dan masih terus menerus mempercayai segala khabar dari instrumen media mereka sendiri (termasuk facebook). Kita juga masih terus ditiup sentimen yang membakar kita dengan sentimen JIHAD. Kita kononnya berjihad mempertahankan pihak yang BENAR (sedangkan siapa benar dan siapa salah 100% ditentukan oleh MEDIA mereka sendiri). Boleh jadi ada kita menghantar mata dan telinga kita di sana sebagai wakil media, tetapi kebanyakannya masih lagi ditangguk dari sumber yang telah mereka sediakan.

Mereka bijak bukan? Sebenarnya mereka tidak bijak..hanya kita yang masih JAHIL..!

Kini sudah habis anak lelaki yang mampu membela telah mereka lemahkan. Mereka lepaskan pula Si Tikus Berapi untuk membakar yang lain. Tikus yang telah mereka bakar lari lintang pukang ke seluruh tempat untuk membakar tempat laluan tikus berapi itu. Tikus itulah mereka namakan “Osama Laden” dan lorong tikusnya ialah Al-Qaeda. Mungkin ramai tak perasan, anda hanya kenal Osama ini dalam rakaman video mereka sendiri dan tidak pula kita lihat siapakah sebenarnya Osama ini. Meragukan juga setelah buruan bertahun-tahun dan apabila telah mampu membunuhnya, tidak pula diraikan dengan foto-foto mayat Osama itu sendiri?

Natijah dari itu, habis semua laluan-laluan tikus Al-Qaeda dan mana-mana sahaja negara yang dikatakan melindungi Osama akan digeledah dan dikacaubilaukan. Mudah kerja mereka kerana negara-negara lain hanya lihat dan kata “OOoo I See”.

Silap mata bukan? itu bukan silap mata mereka, tapi kerana BIJI mata dan mata HATI kita yang masih SILAP dan terus mahu membuta.

Membunuh anak lelaki mereka gunakan teknik hands-on. Sekarang masuk fasa MEREKA TIDAK BUNUH dengan tangan mereka. Selepas mereka kucar-kacirkan keseluruhan Tanah Arab, mereka gunakan sentimen untuk tembungkan kita sesama sendiri. Mereka tak perlu risau hari ini, Mesir berbunuh sesama sendiri malah Syria juga begitu. Negara-negara berjiran pula semuanya sedang PANAS menanti terbakar sahaja KECUALI Saudi yang masih lena dalam air-con yang sejuk.

Kita di Nusantara tidak terkecuali. Di Malaysia saja, Arab Spring berjaya meniup sentiman PANAS HATI yang meluap-luap. Ada yang berbincang kosong berkesudahan dengan tumbuk menumbuk, dalam fb tak perlu ceritalah, semua itu hanya kerana tidak sependapat. Malah ramai yang kononya bersemangat JIHAD yang extreme mula menghalalkan darah sesama kita di sini, hanya kerana tidak sependapat. Sadis bukan? Sudahnya, kita juga bunuh membunuh dan kematian-kematian itu tidak menjadikan Islam lebih kuat langsungpun.

Sila baca sampai habis termasuk part seterusnya dalam artikel bersiri ini untuk anda tahu teori konspirasi ini menurut perspektif Al-Quran dan Sunnah.

 

ANAK LELAKI YANG DIHANYUTKAN

Anak lelaki, yang dilahirkan untuk menjadi JANTAN yang dihanyutkan ke sungai sahaja yang mampu terus hidup dan kemudian menumpaskan Firaun. Anak lelaki ini pula bukan sekadar menumpaskan Firaun malah SANGAT RAPAT dengan Firaun sebagai anak angkatnya sendiri. Inilah cara yang Allah ajarkan melalui sirah nabi-nabi terdahulu.

Jangan tunjukkan kelantangan dan kelelakian membabi buta, pasti Firaun akan membunuh mereka ini. Sebaliknya, hanyutkanlah ke Sungai (satu tali arus air yang tidak putus-putus). Seperti sebelum ini kami kupaskan, air itulah analogi “Wahyu” yang tidak putus-putus. Kita telahpun punyai wahyu-wahyu itu dalam kitab yang tidak putus-putus kebijaksanaannya. Yang menjadi masalah ialah kita terputus-putus mengkajinya, Quran pula hanya buka pada bulan puasa, malam jumaat atau ada orang sakit nak mati, itu sahaja. itupun kita hanya baca surah yang sama tanpa memahami apa yang kita baca.

Telitilah dan KAJI (iqra) bukan sekadar baca-baca (tilawah) sahaja. Saban tahun kita ini asyik menang Pertandingan Musabbaqah Al-Quran tapi bab mengkaji Al-Quran secara strategik, kita gagal teruk. Bukan gagal dengan Negara Islam yang lain, tetapi kita gagal bacaan Quran kita dengan Yahudi dan Nasrani yang terlebih dahulu menggunakan kebijaksanaan Quran itu untuk memusnahkan kita.

Bangkitlah dari tidur yang panjang. Islam sudah jatuh dan perlukan kita untuk bangkitkannya dengan JIHAD YANG BESAR (dengan Al-Quran bukan dengan cara pegang Quran bertempur dengan kereta kebal. Tetapi kebijaksanaannya).

Itulah siasah Islam. Bangkit kita bukan dengan pertumpahan darah ataupun penyembelihan. Jihad kita dengan Al-Quran dan bukannya merempuh pasukan bersenjata dengan laungan takbir semata-mata tanpa siasah yang pintar bekal dari Allah. Beradalah dalam aliran sungai (wahyu) yang akan menghasilkan banyak hasil baik sehingga dengan ilmu itu kita dihanyutkan ke dalam Istana Firaun dan disayangi Firaun sebagai anaknya yang pintar.

Jika bukan siasah dari Allah, siasah siapa lagi yang mahu kita ikuti. Nabi-nabi telah lakukannya dan ia berhasil. Yang diperlukan ialah akal untuk adaptasikan metodologi Quran itu dalam membangkitkan semula Islam yang dah tumbang.

hasil Iqra
WARGA PRIHATIN

bersambung….

Perhatikan Surah 25. Al Furqaan (pembeda) agar kita mampu membezakan yang baik dari yang buruk.

51. Dan andaikata Kami menghendaki benar-benarlah Kami utus pada tiap-tiap negeri seorang yang memberi peringatan.

Note: jika Rasulullah dahulu telah lakukan, kami juga hanya cuba mengikut sunnah rasul itu, sekadar memberi peringatan.

52. Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.

Suratan atau Kebetulan : Kisah Orked (5 tahun) serah seluruh simpanan dan duit rayanya untuk kos perubatan asnaf.

jiwaprihatin
Sejak 2 hari lepas, seantero negara digegarkan dengan kisah viral anak kepada jurugambar terkenal Malaysia (Saiful Nang) yang bernama Orked menyumbangkan 100% tabungan dan duit raya untuk perubatan seorang asnaf. Ayahanda Orked dan bondanya yang merupakan seorang Pensyarah Kanan di UPM, Dr. Intan Salwani (Ph.D, Cambridge) sama-sama menahan hati meletakkan anakanda tercintanya di sebuah rumah anak yatim dan asnaf. Rumah itu ialah rumah kami, Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Puluhan mesej-mesej menerjah ruang inbox kami bertanyakan tentang fundamental dan kaedah pendidikan kepada anak ini kerana apabila ditanya kepada Saiful Nang sendiri, beliau hanya menjawab “Itu semua pendidikan di Prihatin”.

ORKED BUKAN KES TERPENCIL DI PRIHATIN.

Mak ayah anakanda kami Si Orked ni bukanlah calang-calang orang. Cucu kepada mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon. Neneknya pula pendidik. Atuk dan nenek sebelah bapanya adalah petani Jawa yang miskin tetapi sangat rajin lagi sangat beradab. TETAPI kelebihan itu digandakan dengan lingkungan rakan-rakannya yang sama-sama kami bentuk keprihatinannya.

Lihat dalam foto ini sahaja, sebahagian dari anak-anak kami yang merupakan rakan baik Orked. Hanya kebetulan cerita Orked dikeluarkan oleh ayahnya di facebook beliau yang sangat ramai peminat. Jika kami secara ringkas kenalkan, dari kiri sekali bernama Ain. Ain Mardiyah merupakan anak kepada seorang ustaz dan Ain diwakafkan ke rumah ini bersama-sama ibu bapanya menjadi sukarelawan yang mewakafkan harta dan dirinya sepenuh-penuhnya sebagai pekerja tanpa gaji (kebajikannya semua di bawah RPWP).

Diikuti oleh Dania (bertudung ungu), anak seorang bankers Affin Investment yang juga telah bersama pembinaan RPWP darihari pertama lagi. Bapa dan ibunya sanggup menyerahkan segala-galanya untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Hatta, selepas mereka meletak jawatan di tempat kerja mereka, kedua ibu bapa Dania mewakafkan diri melakukan tugas pembinaan dan penjagaan anak yatim dan asnaf di RPWP. Bapanya dari berkulit cerah sehingga hitam, dari kulit tangan lembut kini dah kematu dek kerja berpanas, berat, bermain dengan konkrit, batu dam bahan-bahan binaan. Jika bapanya sanggup lakukan sebegitu, anaknya pula Dania memberikan 100% yang anak kecil ini ada untuk perubatan Mak Sofiah mereka.

Di sebelah Dania pula ialah Abdah. Kisah ayah dan ibunya pernah kita jadikan satu cerita viral yang boleh anda rujuk di pautan ini http://prihatin.net.my/2013/07/13/yazid-majid-the-unsung-hero-cerita-ketaatan-isteri-anak-anaknya/

Sebab itu Abdah mampu juga memberikan segala yang ada di tabungan kepada Mak Sofiah.

Seterusnya Orked (bertudung coklat cerah) dan kami rasa anda dah baca cerita itu. Jika belum, masih boleh menyertai sekitar 350,000 orang yang telah membacanya di pautan ini http://prihatin.net.my/2013/08/21/testimonial-pendidikan-anak-dengan-konsep-sibghatullah-di-rumah-pengasih-warga-prihatin/ dan juga di fb kami.

Seterusnya Kamarina (Kak Q) yang menghidap autism, Alisya (tudung merah jambu) dan Ali Imran keseluruhannya memberikan 100% simpanan mereka. LEBIH CANTIK LAGI IALAH KEPUTUSAN UNTUK MEREKA BERIKAN 100% ITU DATANG DARI PERBINCANGAN DI KALANGAN MEREKA SENDIRI (Patutlah kami nampak selepas program takbir raya yang lepas, mereka duduk dalam bulatan untuk satu meeting pendek sekitar 5 minit). Rupanya, keputusan SYURO mereka itu adalah untuk sumbangan 100% itu.

BUKAN SATU KEBETULAN DAN TIDAK TERJADI TANPA SENGAJA.

Konsep pendidikan di Prihatin, kami menggunakan teknik USWATUNHASANAH. Jika anak-anak ini, idola terdekat mereka ialah ibu bapanya sendiri. Mereka melihat ibu bapa mereka berkorban harta, mereka juga berkorban harta tanpa disuruh. Mereka lihat ibu bapa mereka melakukan syuro setiap hari, mereka juga lakukan syuro juga. Mereka lihat ibu bapa mereka yang kaya dan miskin semuanya saling bahu membahu mengangkat batu, konkrit, kayu, besi untuk membangun sarana di Prihatin, mereka juga tanpa disuruh melakukan kerja-kerja pada kemampuan mereka. Yang jutawanpun letak anak bukan main tinggal sahaja, tetapi mereka sama-sama membangunkan rumah kami ini bersama-sama

Ramai ibu dan bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sini. Kami terima tidak kurang 30 permintaan dalam tempoh 2 hari ini sahaja. Mereka sanggup bayar walaupun dengan harga yang tinggi. Kami cuma katakan, kami masih belum bersedia. Dan kami yakin juga, ramai ibu dan bapa diluar sana juga masih kurang bersedia.

Jika benar, sanggupkah mereka bersama-sama dalam pembangunan sarana di Prihatin. Sanggupkah mereka juga ditegur seperti mana kami menegur anak mereka? sanggupkah mereka berkorban masa untuk beri komitmen pembangunan akhlak dan sahsiah anak-anak yang lain di sini?

Mungkin ia tidak semudah itu meninggalkan anak kesayangan kita pada tangan orang lain tanpa memberi komitmen (atau sekadar komitmen wang ringgit sahaja) tetapi mahukan akhlak anak terbentuk seperti akhlak sahabat dan anbiya. Kerosakan telah berlaku banyak diluar, harta sepenuh bumi pun tak mampu memperbaikinya.

KONSEP SIBGHATULLAH

Sibghah Allah ini seperti satu rendaman dalam lingkungan yang kita mahukan anak-anak kita menjadi. Malah mereka akan lakukan lebih baik lagi. Nabi Sulaiman telah mengikuti Nabi Daud A.S berperang dari usia kanak-kanak lagi. Walaupun tidak ikut berperang, Nabi Sulaiman a.s mampu untuk memerhati segala kerjabuat bapa dan tenteranya berperang. Segala silap laku dan strategi mampu baginda lihat dari sudut pemerhati. Sampai ketika baginda dewasa, ketika itu segala kehebatan dan kebijaksanaan baginda sehingga jin pun sanggup tunduk pada baginda.

Kami “rendamkan” anak kami dalam lingkungan yang kami kawal. Lingkungan ilmu setiap masa (bukan jadi ulat buku). Setiap yang terjadi akan ada syuro mereka untuk membincangkannya. Hatta, isu tadika juga mereka bincangkan dalam syuro mereka. Kami tak ajar mereka syuro, tetapi mereka mengikuti sistem abang dan kakak yang besar bersyuro, ibu-ibu bersyuro, bapa-bapa juga bersyuro.

PEPATAH ORANG PUTIH BERKATA : DON’T TEACH YOUR CHILDREN WHAT TO DO, THEY WILL NOT DO.  SHOW THEM HOW YOU DO IT AND THEY WILL COPY”

Gamaknya, orang putih lagi cekap pula konsep sibghatullah ini. Untuk jadi insan hebat, pendidikannya bermula 100 tahun sebelum kelahiran (hadis). Masakan kita mampu lawan jika kami pun baru mulakannya pada anak-anak ini seawal dalam kandungan. InsyaAllah, anak-anak ini nantilah yang bakal melahirkan zuriat-zuriat hebat yang bakal menerajui dunia.

Diharap dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi idea kepada anda semua. Untuk kami ceritakan keseluruhan pendidikan parenting kami di sini, mungkin akan makan ribuan mukasurat 🙂

Salam prihatin
WARGA PRIHATIN

Bagaimana membuat anak kecil mampu berdakwah dengan berkesan

jannahYa Allah ampuni kami jika apa yang kami buat ini boleh menghapus amal kami. Jauhi kami dari sebiji sawi sekalipun rasa riak. Kami Sekadar ingin menanamkan minat manusia terhadap RUBUBIAH Mu Ya ROB.

Jika pahala itu hilang tidaklah kami berdukacita kerana bukan pahala yang kami cari, tapi janganlah ditarik nikmat redha dari Mu ya Allah. Kami sangat menginginkan REDHA MU, Teramat sangat menginginkannya.

DAKWAH MELALUI USWAH

Dulu kami tidak perasan sangat kesan `sampingan’ seperti ini, KAMI Cuma buat saja apa yang kami pakat-pakat bincang yang terbaik untuk menyelamatkan anak didik, anak jagaan dan anak-anak kami sendiri. Kami hanya gembira melihat hasil dari apa yang kami buat, apa yang kami didik, apa yang kami aturkan untuk anak-anak kami..

Tapi sejak akhir-akhir ini, banyak kami terima maklumat profile rakan kami di jadikan contoh kepada anggota jabatan & pekerja syarikat. Profile anak-anak kami di jadikan contoh para pelajar sekolah, malah ada yang di PINNED di fb Rasmi Universiti supaya ramai yang perasan. Banyak ibu bapa tag dan share kisah anak-anak kami untuk mendidik anak-anak mereka.

Pagi ini kami Share satu post kisah ‘Akhlak Prihatin’ seorang anak bernama Orked yang Subhanallah menerima 5,624 Likes, 2,360 share, 603 komen dan Alhamdulillah, 201,856 Views hanya selepas 19 jam (belum pun sampai sehari). Itu tidak termasuk 236 Likes, 3,290 Views, 95 share di fb Warga Prihatin ini.

Anda boleh lihat sendiri Artikel ringkas itu di portal kami bertajuk “Testimonial Pendidikan Anak dengan konsep `Sibghatullah’ di Rumah Pengasih Warga Prihatin”

http://prihatin.net.my/2013/08/21/testimonial-pendidikan-anak-dengan-konsep-sibghatullah-di-rumah-pengasih-warga-prihatin/

atau di fb melalui link berikut,

Salah seorang dari anak didik kami. Kisah Orked kini jadi tauladan kepada ramai. Anak jutawan fotografi terkenal, Saiful…

Posted by Warga Prihatin on 20hb Ogos 2013

Dicelah celah itu juga kami terjumpa gambar ini. Alhamdulillah, rupanya ini juga telah memberi banyak kesedaran tanpa di paksa paksa terhadap orang tua. Anak ini belum pandai berkata2, tapi pakaiannya mampu membuat orang berkata-kata. Adakah ini hakikat isa yang mampu berdakwah sejak kecil? Menampakkan sesuatu kepada si Buta? Mengubati hati orang yang Sakit? Menghidupkan orang yang MATI?

Subhanallah, Pernah kami lihat gambar ini satu ketika dulu namun kami tidak perasan. BERDETIK JUGA ADAKAH INI ANAK KAMI SECARA SEKALI IMBAS. Kami sensitif kerana warna bajunya serupa namun kerana POSTING gambar tidak dari kalangan Warga Prihatin dan gambar sudah di edit, kami tidak menjangka itu anak anak jagaan kami. Hari ini terlihat komen dan disebutkan nama anak dan Warga Prihatin sekali… Subhanallah 3x.

Kesimpulannya ialah, rupanya kaedah paling berkesan dalam urusan dakwah ialah USWAH. Rasulullah dahulu awalnya di baling batu sehingga berdarah dahi, patah gigi. Baginda juga sering diludah, dibaling pasir atas kepala, bahkan diperintah BUNUH oleh Abu Jahal sehingga terpaksa lari malam dan tinggalkan kampung halaman. Caci cerca tak perlulah nak diceritakan.

Namun apabila baginda berjaya menzahirkan USWAH terbaik hasil BIMBINGAN ALLAH, semua yang tidak peduli datang mencari, yang mencaci yang memusuhi datang berlutut, yang tidak mahu beriman sanggup bayar jizyah, pemerintah yang sombong turut mengguna pakai sistem Islam anjuran baginda dan lain-lain lagi.

Benarlah Firman Allah. Surah 33. Al Ahzab21.

“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhirat(kiamat) dan dia banyak menyebut Allah.

Nota: Rahmat Allah adalah berupa petunjuknya. HAKIKAT Hari kiamat ialah hari BANGKIT nya Islam (KIAM). Hari AKHIRAT ialah hari berakhirnya kekejaman, kebuntuan, kejahilan, kegelapan dan kebejatan Akhlak manusia. Jika kita gagal atau tidak peduli untuk ikut meng KIAM kan Islam sewaktu hayat kita, PASTI kita akan sengsara di hari KIAMAT yang satu lagi. Begitu jugalah dengan hakikat AKHIRAT.

Surah 98 AL BAYYINAH (BUKTI),
Ayat 1. Tidaklah Orang-orang yang kafir, dari kalangan ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ikut menginfak (munfik) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata.

Hasil Iqra’ dari kami golongan yang asalnya jahil, buta huruf dan bingung ini ialah, manusia kini ketandusan USWATUN HASANAH ketandusan contoh untuk ditiru. Baru kami sedar rupanya itulah SATU-SATUNYA kaedah berdakwah paling berkesan. Iaitu menunjukkan kebenaran dengan sabar melalui perlaksanaan, bagi membuktikan kaedah kita itu terbaik. Tidak perlu marah dan kecewa jika ia ditolak oleh bijak pandai sebelum bukti nyata berjaya di nampakkan.

Selama ini dakwah kita banyak disalur melalui ceramah politik, tulis buku, kitab, cerpen dan artikel berjela jela, buat seminar, bengkel dan forum. Hakikatnya ramai yang berkata pun tidak mampu menunjukkan bukti, dan kita terkapai-kapai bingung semula. Yang menganjurkan wakaf tidak ikut wakaf, yang mengajak orang bersedekah masih kedekut, yang menyuruh orang berpuasa masih pakai ferarri, yang suruh berbaik dengan isteri masih menampar anak isteri, menambah isteri dan macam macam lagi.

Taqobbalallahuminna wa minkum (Semuga di makbulkan Allah dari (doa) kami dan doa kalian).

Wajalana waja’alakum minal Eidiin Wal Faaiziin. (Dan dijadikan kami dan dijadikan anda dari kalangan orang yang kembali (kepada fitrah agama) dan orang yang berjaya).

Perkongsian kesyukuran
WARGA PRIHATIN.

Bagaimana Mengenal Allah?

00 makrifatullah
“Awaluddin Makrifatullah” Agama itu hanya bermula apabila kita mampu MENGENAL ALLAH. Kerana Dialah Sumber, Dialah Pemilik & Tuan AGAMA INI.

Makrifat adalah PENGENALAN, dari kata pokok ARIF (Lebih dari sekadar tahu). Untuik MENGENALI Allah, harus rajin meneliti tanda-tanda pengenalan (ID) Allah yang banyak Allah Nukilkan dalam AlQur’an. Proses ini yang agak unik dan panjang.

Titik awal ialah dengan meneliti kehebatan semua sifat Allah di sebalik Nama-nama Nya (Ismullah) kerana pada setiap Nama-nama itu ada Identiti (Makrifat) Allah. Kemudian baru kita mampu berBasmallah untuk memperbetulkan NIAT dan SIROT (jalan beramal). Barulah berkesan segala amal, membawa Islah, pembaikan untuk mendapat status amal soleh.

Semua itu dibuka dalam FATIHAH dan jawapannya tersimpan dalam al-Qur’an. Mari sekalian kita menanam MINAT untuk mengenal Allah, meneliti SIROT yang terbaik untuk kita amalkan secara ISTIQOMAH (SIROTOLMUSTAQIM). Bersama kita cipta generasi ALQUR’AN MINDED, agar hidup lebih TERATUR apabila masing-masing tahu ATURAN.

Doa pagi ini untuk semua rakan fb tersayang.

SAINS DI SEBALIK SYAHADAH

syahadah

Pendapat yang diminta mengenai persoalan SYAHADAH yang dipaparkan dalam Video yang dikirimkan kepada kami menyebabkan kami mengambil inisiatif membincang sesama kami dan menulis. Rakaman dokumentari TV dari tanah seberang itu mengisahkan tentang seseorang yang katanya dirasuk Jin Islam telah mempersoalkan syahadah umat Islam masa kini. Bahkan kata “Jin” itu kebanyakkan manusia kini dilihat Allah lebih teruk dari Haiwan (Nauzubillah).

Secara hakikatnya, apa yang kami lihat itulah kenyataan sebenar apa yang sedang berlaku sekarang. Tugas kita bukan untuk mempertikaikan dari mana kenyataan itu, tetapi dengan sungguh-sungguh menggunakan akal dan ilmu, muhasabah diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia secara menyeluruh. Samada ingin membenarkan atau menidakkannya. Masalah dalam video itu ialah ia menampakkan satu masalah, tetapi tidak memberi jalan penyelesaian.

BAGAIMANA MENCAPAI TAHAP SYAHADAH YANG BERKESAN?

Isu yang ingin kami ulas di sini ialah applied science tentang syahadah itu sendiri. Apakah yang sebenarnya telah kita saksikan tentang Ketuhanan Allah dan juga Kerasulan baginda Muhammad SAW, sehingga ia menjadi PENENTU samada kita Islam atau tidak, ahli syurga atau neraka.? Bukankah Syahadah merupakan Ibu segala IKRAR bahkan ia adalah PENGAKUAN SUMPAH kita terhadap Allah dan Rasul? Adakah cukup sekadar satu lafaz yang tidak berpaksikan kepada satu proses yang besar sehingga kita layak atau mampu mengucapkannya?

Syahadah membawa maksud menyaksikan, naik saksi dan seumpamanya. Kata pokoknya ialah saksi, nampak, lihat. Oleh kerana Islam adalah agama ilmu, agama faham, agama iman (yakin) lagi meyakinkan, bukan agama ikut-ikut, maka tentulah paksi kepada syahadah adalah ilmu & kefahaman yang jelas.

APA YANG HARUS KITA SAKSIKAN TENTANG ALLAH?

Sebelum kita mengaku kita telah menyaksikan segala sesuatu tentang ketuhanan, mari kita semak diri kita sejauh mana kita kenal Allah sehingga kita mampu bersumpah dengan lafaz SYAHADAH kita.

Allah itu ghaib, tidak sekali-kali kita akan boleh berkata-kata secara lansung denganNya. (Rujuk Artikel Fatihah di www.prihatin.net.my ). Allah banyak memperkenalkan diri melalui nama-nama dan kehebatanNya dalam al-Quran. Oleh itu, Untuk mengenal Allah, kita harus kenal kitabnya. Kita harus mengenali Allah bertujuan untuk menTAUHIDkan Nya, untuk mengakui kebesaran dan keRAJAan Nya, dan mengakui kita sebenar-benar HAMBA untuk Nya. Jika kita tidak mampu melihat & merasai sehebat mana RAJA kita itu, kita akan nanti memperlekehkan Nya, tidak akan mampu berfungsi sebagai HAMBA.

Setelah kenal kebesaran dan kehebatan Allah, kita juga harus mempelajari bagaimana untuk menjadi HAMBANYA.

Caranya ialah dengan meneliti segala peraturan (RUBUBIAH)Nya. Setelah kita tahu segala Rububiah Allah, kita akan nampak jalan untuk menjadi Hamba Abdi Nya yang sejati (UBUDIAH). Daripada kesungguhan berprinsip dan mengikut peraturan hidup seharian sebuah komuniti Ubudiah itu, akan ujud satu tempat atau alam persekitaran (MULKIAH) yang nyaman, aman, sejahtera (SALAM) dan penuh berkasih sayang, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain. Itulah hasil amal harian kita bersama ahli khariah atau keluarga kita. Itulah juga JANJI ALLAH untuk mereka yang benar-benar bersyahadah padanya.

Itulah hakikat SYURGA di alam ini. Jika kita gagal membina syurga di dunia, maka pastilah kita akan gagal menempah tiket syurga di akhirat yang satu lagi. Tidak kira samada anda ingin namakan syurga itu sebagai RUMAH (rumahku syurga ku), atau negara (Darussalam). Bernilaikah syahadah kita jika kita tidak pernah teringin untuk mencari jalan mengenali Allah? tidak peduli untuk meneliti, memahami dan mematuhi segala titah dan perintahNya? Bolehkah kita menikmati kesejahteraan sebagai Muslim?

Kesimpulannya, marilah kita usaha bersungguh-sungguh secara saintifik, secara idologi, teologi, psikologi dan sosiologi belajar mencari identiti Allah dan segala titah perintah Allah dari kitabnya, sampai kita betul2 faham, tahu, nampak dan arif tentang makrifat Allah. Sampailah kita benar-benar MENYAKSIKAN (SYAHID) segalanya tentang sistem Allah.

BAGAIMANA KESAKSIAN TENTANG MUHAMMAD RASULULLAH?

Al-qur’an itu adalah petunjuk. Bagi kita yang telah menerima Musyhaf Al-Quran, Ia hanya berupa ayat halus dan tulisan di atas kertas atau digital. Untuk menyaksikan kebesaran Allah, segalanya diceritakan dalam kitab itu. Namun kita perlukan satu lagi petunjuk untuk MEMBUKTIKAN kesahihan dan kebenaran al-Qur’an itu. Itulah peranan Rasululullah.

Untuk menjadi UBUDIAH, hamba Allah yang sejati, juga untuk mencipta keluarga paling bahagia sehingga kita dapat status RUMAHKU SYURGA KU, kita perlukan contoh, ikon yang telah benar-benar memahami dan mampu melaksanakan segala perintah Allah dengan paling tepat, sehingga dapat jelas kita lihat segala bukti ketepatannya. Itulah fungsi Rasul. Itulah syahadah kita terhadap Rasul.

Untuk mengetahui kehebatan pesuruh Allah, lihatlah peribadi dan ketaatan Rasulullah SAW. Jika kita tidak berpeluang hidup bersamanya, bacalah hadis dan kenali sebanyak mungkin sunnah-sunnah nya. Belajar lah dari mereka yang arif dan mursyid. Kayu pengukur untuk menilai mereka ialah yang telah mampu membuktikan kesahihan ilmu dan iman mereka dengan perlaksanaan dan hasilnya. Itulah USWAH terbaik. Bukan hanya dengan ceramahnya saja. Lihat juga orang-orang di bawah didikan dan pengaturan mereka, lihat persekitaran dan tempat tinggal mereka. Jika ahli jemaah & tempat persekitaran mereka menampakkan ciri syurga yang anda ingini, itulah orang yang harus anda ikuti. Jika tidak, berjalanlah lagi di mukabumi ini untuk terus mencari dan mencari sehingga anda benar-benar NAMPAK dan mampu MENYAKSIKAN kehebatan MUHAMMAD Rasululullah pula.

KALIMAH SYAHADAH & TAUHID MENJAMIN SYURGA?

Ya kami yakin sekali…!

Syaratnya, kita telah benar benar mempelajari, faham dan nampak kebesaran Allah sehingga kita merasa sangat kerdil dan lemah, sangat memerlukan ALLAH untuk berpaut. Selagi kita tidak mampu meletakkan tahap ketuhanan (ULUHIAH) Allah ditahap tertinggi, maka tiada nilai syahadah, tiada kasih Allah dan tiada jaminan syurga bagi kita.

Setelah mengakui kebesaran Allah dan kelemahan kita, maka Kita akan benar-benar berusaha meneliti & menyaksikan segala peraturan Allah (RUBUBIAH). Semuanya bertujuan untuk dipatuhi dan menikmati hasil baik (syurga) dari peraturan itu.

Bukti kita yakin akan kebenaran dan keberkesanan peraturan (RUBUBIAH) Allah, maka kita akan berusaha mencari contoh-contoh pelaksana (UBUDIAH) yang telah mampu membina suasana syurga di tempat mereka (MULKIAH) hasil mengikuti peraturan kehidupan itu. Itulah baginda Muhammad SAW dan kesemua yang mewarisi ilmu, kefahaman dan cara hidup baginda. Barulah syahadah kita lengkap. Bukan sekadar lafaz sebelum nak mati, boleh masuk syurga. Jika seorang GRO yang bergelumang dosa sampai saat kematiannya tiba-tiba bersyahadah, adakah ia akan masuk syurga sedangkan seluruh hidupnya tiada syahadah yang boleh disaksikan. Pakaiannya sahaja contoh ringkas ia bukan mengikut rububiah Allah. Belum check yang lain lagi.

Untuk matlamat dunia, lihatlah perbandingan yang paling bawah. Untuk tujuan akhirat, ambillah contoh perbandingan yang tertinggi supaya kita selamat dan terjamin akan syurga yang hakiki. Hentikanlah bersangka-sangka dan ikut-ikut. Cari, gali dan tetapkan pendirian sendiri, berpaksikan fundamental RUBUBIAH, UBUDIAH & MULKIAH Allah.

Terlalu banyak boleh diceritakan mengenai SYAHADAH ini. kami hanya mampu mengupas dari sudut praktikalnya sahaja, bagaimana mencapai kepada tahap syahadah yang terbaik, agar syahadah kita menjamin syurga DUNIA & AKHIRAT.

Perhatikan sedikit petikan firman-firman Allah yang kami sertakan jika anda ada masa.

Jika anda masih belum dapat tangkap lagi maksud penjelasan di atas, abaikan saja, kerana kami sekadar berkongsi apa yang kami alami dan rasai. Mungkin kami masih belum mampu menjelaskan apa yang sedang kami RASAI & FAHAMI dengan tepat. Itu kelemahan yang kami akui. Harap cetusan ini menjadi motivasi kepada anda untuk turut cuba mencari & menggali, kemudian kami alu-alukan penambahbaikan dari pengalaman anda pula (yang bernas saja, bukan copy paste sana sini yang menambah pening kepala).

Semuga cetusan ini mampu membuat kita berminat untuk meneliti sains gunaan al-Qur’an KESELURUHANNYA.

Silalah LIKE, TAG, SHARE sebagai sumbangan amal anda mengajak manusia mendekatkan diri kepada ALLAH. Boleh juga anda download foto berkapsyen ini dan letak di header fb / blog anda untuk mudah memberi peluang fikir & zikir kepada yang lain.

Selamat Hari Raya EidulFitri, Maaf zahir batin.

Hasil IQRA’
WARGA PRIHATIN

Perhatikan ayat-ayat berikut dari Surah,

2. Al Baqarah 42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

3. Ali ‘Imran 142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.

2. Al Baqarah 214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

6. Al An’aam 126. Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat kepada orang-orang yang mengambil pelajaran.

6. Al An’aam 127. Bagi mereka darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal saleh yang selalu mereka kerjakan.

29. Al ‘Ankabuut 49. Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.

20. Thaahaa 2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah

Testimonial Pendidikan Anak dengan konsep Sibghatullah di Rumah Pengasih Warga Prihatin

Kami petik artikel ini dari laman facebook salah seorang pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin sendiri. Ini adalah satu testimonial besar tentang kelainan sistem pendidikan yang kita perkenalkan dengan konsep SIMBGHATULLAH. Alhamdulillah, jika itu datang dari Allah, pasti hasilnya yang baik sahaja.

Hayati artikel di bawah ini yang dibaca secara viral oleh 250,000 pembaca hanya dalam tempoh 5 jam sahaja di Facebook beliau. Subhanallah

orked
HADIAH HARIJADI ANAKKU

Anak pertama saya bernama Orked. Lahir pada 20 Ogos 2008. Permata hidup saya dan isteri. Masih teringat panggilan telefon dari isteri mengatakan Orked jatuh dari walker dan dikejarkan ke hospital dan menerima 5 jahitan di dahi cukup buat jantung terasa nak gugur. Anak ini mahu kami jadikan istimewa sekali.

Sudah 5 tahun berlalu, saat kelahiran Orked. Dalam hati saya telah saya fikirkan biarlah anak ini membesar menjadi pembela dan serikandi agama, nusa & bangsa. Semenjak umur 2 bulan, Orked diletakkan di bawah penjagaan ibu-ibu, bapa-bapa dan adik beradik asnaf dan yatim di RUmah Pengasih Warga Prihatin setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada malam hari sahaja. Saya menerima tentangan dari beberapa orang rapat saya mempersoalkan mengapa saya korbankan kehidupan anak itu di tempat anak yatim dan asnaf yang serba kekurangan itu?

Saya tetap berpegang, untuk anak ini belajar menjadi yang istimewa. Jika pembentukannya sama seperti orang lain, masakan ia mampu jadi pembela luarbiasa kelak. Tiada Barbie Doll, Hello Kitty, Dora, Barney dan apa-apa lagi ikon kanak-kanak yang menjadi aksesori permainan Orked. Hanya mainan terpakai sahaja yang ada.

Zaman kanak-kanak Orked dan rakannya seperti telah berakhir dengan cepat. Orked kata dia nak jadi “Kakak Besar”. Dalam roll call dan juga ikrar harian, Orked sering memberitahu yang ia mahu cepat-cepat besar dan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang. Orked kadangkala nak jadi seorang Doktor, kadangkala nak jadi seorang Pensyarah seperti ibunya dan adakala nak jadi seorang usahawan seperti bapanya. Tetapi apapun cita-citanya, apabila ditanya apa yang mahu dibuat dengan kerja-kerja itu, Orked menjawab Orked mahu TOLONG ORANG SUSAH.

JIWA SUKARELAWAN

Terus terang, ia bukan perkara mudah untuk saya sendiri mendapatkan sedikit jiwa sukarelawan yang sanggup bersusah payah untuk orang lain ini. Ia terbentuk dari ibu dan juga ayah saya. Saya akui juga tidak mudah untuk saya didik isteri saya untuk mendapatkan jiwa sukarelawan seperti sekarang. Ia berlaku peringkat demi peringkat. Rupanya, anak saya mendapatkannya dengan mudah semenjak dari kecil lagi melalui lingkungannya di Prihatin.

Hadiah Harijadi ke-5 ini, Orked hanya minta diizinkannya untuk menyerahkan kesemua duit raya dan tabungannya itu kepada Mak Sofiah Wali (salah seorang ibu asnaf di Prihatin) bagi menampung kos pembedahan lutut beliau.

Sebagai bapa, saya tersentuh dengan izin yang diminta itu. Apa lagi yang saya mahukan dari seorang anak? saya ada harta yang cukup, saya mampu berikan anak saya kemewahan tetapi jiwa murni atas niat membantu orang lain sehingga berhabis-habisan itu satu perkara yang paling indah dalam hidup saya.

Saya mampu bawa Orked ke Disneyland setiap tahun, saya mampu bawa Orked melancong ke luar negara, saya mampu bawa Orked membeli belah pakaian berjenama, saya mampu belikan koleksi Mattel Barbie Doll, saya mampu bawa Orked ke Kidzania setiap minggu, saya mampu bawa Orked makan makanan terbaik di Kuala Lumpur tetapi jiwa luhur begitu tak mungkin saya dapati pada diri anak kecil itu jika saya berikan kesemua yang saya sebutkan itu.

Orked hanya mengikuti rombongan berziarah Warga Emas di Melaka, Perak dan Selangor sementara rakan yang semampu bapanya sedang bercuti di Disneyland. Orked pakai pakaian dari kotak-kotak yang disumbangkan oleh orang ke Prihatin sebagai pakaian yang disukai (jika dibelikan yang elok dan baru, dia jadi malu kerana tak sama dengan rakan lain), Orked makan nasi kawah beras hancur bersama anak-anak yatim dan asnaf yang daif ketika rakan semampunya sedang menikmati makanan di McDonald’s dan A&W. Memang sebagai bapa saya kena tahan hati dengan semua itu.

Orked berkawan dengan orang-orang kurang bernasib baik dan saya bersyukur, itulah sumber keprihatinan Orked. Lingkungan Orked bukan kemewahan harta, permainan, baju berjenama tetapi kasih sayang dan ilmu.

Sebesar 5 tahun juga, Orked sudah kenal nilai wang ringgit. Tetapi saya bersyukur kerana Orked lebih menilai kemanusiaan berbanding nilai ringgit itu untuk dirinya. Orked saya didik menabung dari umur 3 tahun dan saya berikan Orked inspirasi untuk dia kumpulkan wang bagi membeli sesuatu yang dia mahukan. Orked mahukan sekeping puzzle besar 1000 potongan yang berharga lebih RM100. Saya mampu belikannya tetapi saya mahukan Orked merasakan sendiri itu adalah hasil simpanannya sendiri.

Benar, saya mampu mendidik anak saya menabung dan berjimat, tetapi saya lebih bersyukur kerana pelajaran yang terbesar bukan hanya sikap menabung itu. Saya terlupa ajarkan Orked sesuatu yang lebih berharga sehingga ia terjadi sendiri di hadapan mata saya. Selepas izin diberi, Orked dan sekumpulan kawan sebayanya di Prihatin membawa wang tabungan masing-masing dan membuat penyerahan kepada Mak Sofiah yang akan menjalani pembedahan keduanya minggu hadapan.

Ketika itu saya sedar, dan saya senyum dan tidak salahlah saya meletakkan anak saya membesar di Rumah itu. Sebuah rumah yang kelihatan kekurangan sarananya tetapi kaya dengan kasih sayang. Antara impian peribadi dan kasih sayang, mereka pilih kasih sayang. Saya mahu Orked begini. Jikalah Orked memilih untuk kemahuan peribadi berbanding kasih sayang, saya rasa hampir pasti saya dan isteri akan mengakhiri hayat di rumah jagaan orang-orang tua. Tetapi jika Orked meletakkan kasih sayang melebihi kepentingan peribadi, saya dan isteri mampu tarik nafas lega.

Air mata mengalir melihat proses kedewasaan anakku yang baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hanya satu hadiah harijadi yang diminta sebelum harijadinya. Bukannya permainan mahal, bukannya kek bertingkat, bukan juga trip ke Disneyland tetapi HANYA keizinan untuk memberikan keseluruhan tabungannya kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tindakan itu terpaksa mengorbankan impiannya sendiri.

Saya hanya mampu ajar Orked menabung, tetapi di Prihatin, Orked belajar tentang nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

Kita kadangkala lupa, dunia jadi huru hara apabila “Kasih sayang” menjadi lebih murah berbanding “agenda peribadi”.

SAIFUL NANG
Daddy Orked.

Video Orked Akad Tabungannya kepada Mak Sofiah
Posting Tentang Mak Sofiah Wali 1
Posting siapa Sofiah Wali 2

Tertib Beraya Terbaik Masyarakat Jawa

WALL JAWA Mari kita sambung artikel tentang adab Orang Jawa semasa beraya yang kami ceritakan dalam artikel lepas bertajuk BUDAYA ISLAMIK JAWA BERAYA. Kami rasa banyak kebaikkan kita kongsikan amalan ini, khusus bagi mereka yang bakal hidup bersama dengan masyarakat dan keluarga Jawa. Samada atas alasan perkahwinan atau sosiologi  berjiran. Atau sekurang-kurangnya untuk menanam budaya terbaik ke dalam generasi Muslim keseluruhannya di masa depan.

Adab sangat dititikberatkan dalam amalan beraya secara tradisi masyarakat Jawa. Pada hariraya pertama dan minggu pertama, Biasanya yang muda akan menziarahi semua sanak saudara yang lebih tua, bermula daripada anak ziarah ibu bapa & datuk nenek, adik beradik, pakcik dan makcik dan seterusnya sepupu yang lebih tua.

Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.
Gambar Hiasan : Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.

Beberapa hari sebelum raya pula, sesama adik beradik, bagi keluarga yang besar atau bersama jiran penduduk kampung biasanya bergotong-royong secara bergilir untuk mengacau dodol di rumah beberapa orang tua terpilih sebagai host. Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan bekalan lebih, mereka akan turut menyumbang bahan mentah tambahan. Semua kerja termasuk mencari kayu api, memarut kelapa dan memerah santan dikerjakan bersama. Setelah dodol masak (biasanya sekitar 8 jam mengacau), setiap orang yang turutserta akan dibekalkan dengan dodol yang telah siap sebagai buah tangan, sehingga raya cukuplah bekalan dodol yang terkumpul untuk keperluan keluarga kecil itu secara kolektif dari aktiviti gotong royong tadi.

Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.
Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.

Di petang terakhir Ramadhan, mereka akan memantai, bergotong royong menyediakan juadah raya seperti ketupat, lemang dan lauk pauk sesama keluarga yang ada. Biasanya mereka tidak tidur di sepanjang malam raya. Sebelum ke masjid di awal pagi raya, wakil keluarga yang lebih muda akan menghantar juadah raya berupa lemang, ketupat, rendang, lodeh dan lain-lain kepada orang-orang tua yang dihormati di kampung itu. Tradisi ini di panggil `MEMUNJUNG’.

Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.
Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.

Usai solat sunat Aidilfitri, keluarga akan berkumpul dan mengambil giliran saling bermaaf-maafan. Ia dimulai dari isteri kepada suami, anak-anak kepada ibu bapa masing-masing. Kemudian beralih sesi bermaafan antara anak yang paling tua kepada ibu bapa, cucu-cucu yang paling tua diikuti dengan yang lebih muda kepada datuk nenek. Seterusnya di ikuti sesama adik beradik, dimulai dari yang muda kepada yang lebih tua.

Berikut adalah beberapa adab bersalam dan situasi ketika memohon maaf,

  1. Yang muda memohon maaf kepada yang tua terlebih dahulu secara bergilir. Yang terakhir bermaafan ialah yang paling tua.

    3955890310_e53d999119
    Gambar Hiasan : Maaf bermaafan di hari raya cara Orang Jawa
  2. Adab mesti berpakaian sopan, termasuk bertudung dan bersongkok.P8300324
  3. Posisi duduk bertemu lutut atau lebih rendah dari yang tua dan membongkok merendah diri. Samada muka bertemu telinga untuk memudahkan pendengaran atau tunduk hingga muka merendah di bawah paras bahu sambil KEDUA BELAH TANGAN bergenggam salam dengan erat.61256_580867311954819_2036935864_n
  4. Dimulakan dengan lafaz selawat, ucapan hari raya dan diikuti permohonan maaf untuk diri sendiri, juga mewakilkan diri untuk memohon maaf bagi pihak isteri & anak-anak, sekalipun mereka juga ada di situ ketika itu. Ini menampakkan yang mereka bertanggungjawab terhadap perbuatan anak isteri mereka.rayalepas3.jpgb
  5. Bagi yang memohon maaf (yang muda) merapatkan muka ke telinga sambil berdakapan atau merapatkan muka ke sisi pinggang yang tua sambil meluahkan kata-kata dengan sangat lembut, sayu dan syahdu, seakan akan berbisik.DSC_1848
  6. Bagi yang mendengar (yang tua) akan mendengar dengan khusyuk, sekali sekala berbalas kata, seolah-olah mereka sedang berbincang panjang.raya20097
  7. Biasanya sesi itu agak panjang, bagi peringkat veteran, ia boleh sepanjang 15 minit dan diiringi dengan esak dan tangis penuh keinsafan dalam ikatan kasih sayang.100_2406

ANTARA LAFAZ SEWAKTU MEMOHON MAAF

  • Auzubillahi minasyaitoonirrojiim
  • Bismillahirrohmaanirrohiim
  • Allahumma solli Ala Sayyidina Muhammad, waala Aali Muhammad,
  • Kama sollaita ala Ibroohiim wa’ala Ali Ibrohim
  • Astaghfirullah al-aziim 3x
  • Allazi la ilaaha illa huwalhayyulqoyyum wa’atuubu ilaik
  • Allahuakbar3x Walillahilhamdh
  • Assalamualaikum bapak
  • Saya sekeluarga ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri
  • Taqobbal minna wa minkum
  • Wajaalna wajaalakum Minal Eidin Walfaaiziin
  • Sempena hari baik bulan baik ini, Saya bagi pihak diri selaku orang muda yang lemah dan lalai ingin memohon ampun dan maaf sebanyak banyaknya, dari hujung rambut sampai hujung kaki, awal ke akhir, dari dulu hingga kini. Mohon di ampun segala dosa, zahir dan batin, samada yang kecil atau yang besar, yang nyata atau yang tersembunyi, (ada kalanya mereka menyatakan beberapa kesilapan yang mereka sedari telah dilakukan secara spesifik satu demi satu).
  • sedikit lafaz dalam bahasa Jawa ialah “KELUPATANE KULO, PIRANG-PIRANG LUPUT, NJALOK DHI NGAPURO, LAHIR BATIN, AWAL AKHIR, YO SAK ANAK BOJO KULO SEKABEHANE, NJALOK DHI NGAPURO”
  • Saya juga Mohon di halalkan dunia akhirat akan segala harta anak adam yang terambil, termakan dan terminum, samada secara sedar maupun tidak.
  • Saya mewakili isteri dan anak anak saya, juga mohon di ampun segala kesalahan mereka, juga minta dihalalkan dunia akhirat segala yang terambil termakan dan terminum.

USAI SESI LAFAZ MAAF DARI YANG MUDA, YANG TUA PULA AMBIL GILIRAN.

  • Mengulangi pembuka kata seperti di atas, iaitu berupa selawat, istighfar dan lain-lain.
  • menyatakan rasa kesyukuran kerana diingati, diziarahi dan merasa dihormati.
  • Menyelitkan beberapa nasihat berguna kepada yang muda
  • Menutup sesi itu dengan doa selamat dan doa hari raya
  • Sebelum berhenti mereka akan berpelukan, berkucupan penuh kesyahduan dan biasanya diiringi dengan isak dan tangis.

Sebagai perbandingan kami nyatakan juga pantang larang dalam tradisi budaya beraya masyarakat Jawa yang kini sedang berleluasa. Antara contohnya,

  1. Permohonan maaf adalah satu luahan berbentuk sesalan dan kesyahduan, tidak wajar kita luahkan sambil tersenyum atau ketawa tersengeh-sengeh. Orang Jawa tidak suka gelagat yang tidak serius ketika bersalaman memohon maaf, mudahnya sambil tersengih gedik dan mengada-ngada.

    photo-134
    Gambar Hiasan : Contoh yang kurang disukai oleh orang-orang tua Jawa apabila pernyataan maaf itu tidak dilakukan secara serius
  2. Tidak merendahkan diri. Contohnya muka kita lebih tinggi dari orang tua yang sedang kita pohonkan maaf darinya. Apatahlagi budaya berdiri, keberatan untuk tunduk, bersalaman dengan cara menarik tangan orang tua ke muka kita  – lihat gambar hiasan.

    maaf-maafan
    Gambar Hiasan : Bersalaman sambil berdiri dan menarik tangan orang tua ke atas dan bukan kita membongkok untuk tunduk itu bukan sahaja buruk pada masyarakat Jawa tetapi juga buruk untuk masyarakat Melayu.
  3. Pantang bagi Mana-mana ahli keluarga yang bersembunyi, tidak keluar bersalaman dan bertegur mesra mengalukan saudara mara yang hadir dan tidak keluar memohon maaf dan meraikan kepulangan sanak saudara yang datang beraya. – Inilah budaya yang sangat serius kami perhatikan saat ini.

    Salaman
    Gambar hiasan
  4. Pantang bagi tetamu meminta juadah yang bukan-bukan atau duit raya (kini sebahgian besar Masyarakat Jawa pun sudah terikut-ikut). Ada klip video lagu nasyid tradisi Baraan yang sering dinyanyikan oleh Warga Prihatin ketika bertandang. Akan kami uploadkan Insyaallah. Antara liriknya ialah “..Kepada Tuan rumah Jangan bersusah payah, bukannya kami mengharap juadah, tali silatulrahim kita sambungkan, sunnah-sunnah nabi kita laksanakan…”

    5004025701_26ee2b0de5_b
    Gambar Hiasan : Pantang bagi tetamu (dayoh) minta duit raya ataupun makanan. Tetapi, pantang juga untuk tuan rumah membenarkan tetamu pulang tanpa menjamah.

Kami berjaya mengumpul beberapa klip rakaman video lama VHS yang sudah kami digitalkan dari beberapa co-founder dari suku Jawa. Insyaallah akan kami edit dan paparkan agar kita dapat meneliti dan mengambil sedikit pelajaran untuk memperbaiki atau membentuk peradaban terbaik generasi kita di masa depan.

Hasil Iqra’ dan Perkongsian

WARGA PRIHATIN

*baca juga artikel BUDAYA JAWA BERAYA

Sains Fatihah 6: Applied science di sebalik ayat 6 Surah Al-Fatihah

fatihah6
IHDINA (Tunjuki kami)
SIROT (Jalan / Ad-dien / kaedah / cara perlaksanaan)
AL-MUSTAQIM (yang harus kami istiqamah / amalkan hari hari).

Setelah kita mengakui sepenuh hati bahawa Allah adalah Raja kita (ayat 4), kita akan sanggup mengabdi & meminta tolong hanya pada-Nya SAHAJA (ayat 5). Sekarang masanya untuk kita tahu apa pertolongan sebenar yang Allah peruntukkan buat kita.

Kata kunci yang harus di tekankan ialah

 

  • HIDAYAH (itulah bentuk pertolongan Allah)
  • KAMI (Satu gerak bersama / berjamaah mencari hidayah, bukan “aku”  atau bersendirian)
  • SIROT (jalan, kaedah / aturan  /cara perlaksanaan yang Allah ajarkan). Kita harus juga meneliti perkataan seperti SABIL & THORIQ yang juga merujuk kepada maksud JALAN. Sirot membawa maksud yang lebih dalam berbanding hanya satu jalan lurus. Intepretasi jalan lurus itu ialah kaedah atau aturan yang BENAR yang Allah hidayahkan.
  • MUSTAQIM (harus kita berusaha melaksanakan hidayah itu dengan lurus, jangan diubah sana sini. Perlaksanaan juga menyeluruh secara istiqomah setiap hari dan bukan hanya sekali sekala sahaja. Bukan juga main pilih-pilih nak ikut yang disuka sahaja. Lakukannya dengan sabar tanpa jemu, bukan selepas dapat hidayah kita kekal duduk meratap atas sejadah tanpa tindakan).

    MELETAKKAN FATIHAH DENGAN TEPAT

    Dalam meneliti sudut praktis dari fatihah itu, kami dapati sedikit perbezaan dari terjemahan ayat ini jika dibandingkan dari kesemua terjemahan Al-Quran yang terdapat di pasaran yang menterjemahkan sebagai “Tunjuki kami jalan yang lurus”. Apa pun ia saling terkait. Terus menerus melakukan SELURUH Hidayah-Nya secara ISTIQAMAH itu bermakna lurus. Jika kita buat sekali sekala, atau pilih-pilih sahaja, itu bermakna tidak lurus.

    Perenggan seterusnya amat kritikal untuk difahami. Baca perlahan-lahan, ayat demi ayat untuk memahaminya. Dalam masa yang sama, kami cuba memudahkannya.

    Pertamanya kami lihat dari sudut terjemahan lansung, secara harfiah bahawa kata pokok perkataan Mustaqim ialah ISTIQOMAH. Keduanya, akan ada kesukaran meletakkan praktis sains (Applied Sains) jika Mustaqim itu diterjemahkan sebagai lurus, yang bersifat terlalu umum. Semuga pencerahan ini dapat memberikan sedikit hidayah pada anda juga.

APA BENTUK PERTOLONGAN ALLAH & CARA MENDAPATKANNYA?

Hubungan Allah dengan manusia HANYALAH melalui wahyu dan hidayah sahaja. Samada hidayah itu datang dalam bentuk bacaan ayat halus (bentuk tulisan atau tilawah) atau dalam bentuk ayat kasar (melalui proses IQRA’ / mengkaji kejadian alam yang kita lihat atau alami). Yang penting kita harus berkerja keras untuk meneliti dan memikirkannya. Petunjuk itulah yang akan kita ikut dengan sempurna & istiqamah, dengan sabar untuk mendapatkan nikmat hasilnya. Itulah bentuk pertolongan yang Allah janjikan.

Roh ketuhanan, roh Uluhiah akan meresap setelah kita mampu meneliti, memahami dan merasai keberkesanan wahyu Allah dengan terang seterang matahari di atas kepala. Kemudian kita akan benar-benar mampu meyakini kebenaran & keberkesanan wahyu sehingga kita mampu mengajak orang lain untuk ikut merasainya.
UMAT KINI KEBINGUNGAN

Ada banyak cara hidup Islam `terbitan baru’ yang dianjurkan oleh berbagai-bagai ilmuan atau IMAM Islam sejak kita ditinggalkan Rasulullah SAW dahulu hingga kini. Inilah yang sangat baginda takuti. Banyak mahzab, fahaman, ikutan & ajaran yang dinamakan dengan berbagai-bagai nama. Ratusan ribu kitab terhidang, ribuan ulamak dan alimin datang dan pergi, namun kami memikirkan mengapa Islam tidak menjadi semakin baik seperti fitrahnya (sewajarnya) bahkan menjadi semakin lemah, berpecah & sangat mudah di RATAH?

Salah satu dari sebabnya ialah kerana terlalu banyak pendapat dan masing-masing banyak menunjukkan percanggahan. Antara percanggahan yang jelas ialah tentang pentafsiran Al-Quran itu sendiri yang telah dicampur aduk dengan kepentingan peribadi, kaum, perniagaan atau politik. Ayat asal Al-Quran tidak diubah sebagaimana kitab lain tetapi maksudnya diubahkan mengikut intepretasi peribadi tanpa merujuk kepada praktis sainsnya.

Lebih sedih lagi apabila kita dapati ramai kelompok atau individu yang sebenarnya jahil tetapi dengan lantang menulis dan berceramah, mengeluarkan fatwa dan ketetapan yang menambah kebingungan umat. Jika kita benar-benar gunakan mata kasar dan mata hati meneliti melalui sains psikologi, sosiologi dan teologi, kita boleh kenal mereka dan tidak mudah terpedaya dengan ceramah atau tulisan mereka.

Perhatikan Surah 2. Al Baqarah

2:78. Dan antara mereka itu ummiy, tidak mengetahui al-Kitab, melainkan hanya dengan khayalan, dan sangkaan semata-mata.

2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, “Ini daripada Allah,” supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.

Nota :
Apa itu Ummiy? bagaimana Ummiy boleh menulis kitab? Ayat itu sedang menjelaskan apa dan siapa ummiy, yang masyhur difahami sebagai orang yang buta huruf. Bagaimanakah buta huruf mampu menulis kitab? Mereka ini sebenarnya pandai membaca dan menulis cuma mereka buta tentang bacaan Al-Quran itu sendiri namun ghairah nak “menulis dan menjual” ayat-ayat Allah untuk keuntungan duniawi yang sedikit.

Dari situasi di atas, akhirnya umat jadi gelap semula dan kegelapan itu menyebabkan kita kurang yakin dengan kitab Allah itu sendiri, melainkan sekadar bacaan-bacaan rasmi atau mengikut persangkaan penulis sahaja. Kita tidak lagi mampu dengan sebenar-benarnya merujuk kepada Al-Quran yang asal dalam setiap urusan harian kita (hari-hari, bukan pada bulan puasa atau malam Jumaat sahaja).

Lebih menyedihkan, kurang sekali di kalangan kita yang serius berusaha untuk memahami maknanya. Sedangkan memahami makna itupun belum tentu kita mampu memahami MAKSUD ALLAH dengan tepat, inikan pula membaca tanpa tahu maknanya seperti anak melayu menyanyikan lagu Hindustan lalu menangislah dia sedu sedan. Adakah tangisan itu kerana penghayatan maksud yang bersandarkan kesedaran, keimanan atau kerana nada sayu yang dibuai perasaan?

Dari situlah punca umat semakin hari semakin hilang keyakinan terhadap Al-Quran melainkan sekadar tasdiq dengan sangka-sangka saja.

Perhatikan Surah 42. Asy Syuura ini pula,

42:51. Tiadalah bagi seseorang manusia, bahawa Allah berkata-kata kepadanya, melainkan dengan wahyu, atau dari belakang tabir, atau Dia mengutus seorang rasul, dan dia mewahyukan apa sahaja yang Dia kehendaki dengan izin-Nya; sesungguhnya Dia Maha Tinggi, Maha Bijaksana.

42:52. Begitulah Kami mewahyukan kepada kamu ROH (Nota: ini juga banyak yang disalah terjemahkan) daripada perintah Kami. (sebelumnya) Kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab itu, dan tidak juga iman; tetapi Kami jadikan (Al-Quran itu) satu cahaya, yang dengannya Kami memberi petunjuk kepada siapa yang Kami mengkehendaki daripada HAMBA-HAMBA Kami. Dan kamu, sesungguhnya benar-benar memberi petunjuk pada jalan yang harus diistiqamahkan (BIASA DITERJEMAH SEBAGAI LURUS),

42:53. (itulah dia) Jalan (SIROT) Allah, yang kepunyaan-Nya segala yang di langit, dan segala yang di bumi. Ingatlah, kepada Allah kembali segala urusan (AMAR).

Kata rujuk yang ingin kami tekankan dari wahyu di atas ialah,

  • Laluan kita kepada Allah ialah melalui wahyu sahaja. Hidayah itulah bentuk pertolongan Allah kepada kita.
  • SIROT bermaksud aturan, kaedah, jalan untuk melaksanakan SEMUA urusan (AMAR) harian kita (42:53 – lihat harfiah asal yang merujuk JALAN & URUSAN)
  • Wahyu yang difahami dengan terang itu yang akan meniupkan ROH ketuhanan (Uluhiah), menerbitkan rasa yakin, keimanan yang kukuh dan mampu membuat kita bersungguh-sungguh melaksanakan kesemuanya secara istiqomah.
  • Untuk terpilih menerima pencerahan TITAH PERINTAH, wahyu Allah yang bakal meniupkan roh dan keimanan itu, kita harus sanggup MENGABDIKAN diri se abdi-abdinya, menganggap Allah itu RAJA seraja-rajanya.
  • Kesemua urusan kita baik ketika berada di atas (langit) atau di bawah (bumi), didepan maupun belakang pengetahuan manusia harus mampu kita sandarkan sepenuhnya kepada aturan wahyu dengan istiqomah, bukan pilih-pilih dan sekali-sekala sehingga kita berjaya mendapat nikmat hasil istiqomah itu,
  • Tidak mungkin kita mampu mendidik, mengajak anak isteri dan masyarakat kita selagi kita sendiri masih TERAGAK-AGAK, meraba-raba dan tercari-cari, bersangka-sangka dan ikut-ikut.

Ingin kami tekankan isu besar yang mengagalkan umat Islam ialah tidak cukup yakin untuk sanggup meletakkan Allah setinggi-tingginya dalam setiap urusan harian. Banyak kaedah dari AKAL & NAFSU SENDIRI lebih diutamakan, sekalipun kita tahu ia tidak selari dengan apa yang telah Allah tetapkan. Kerana itu kita tidak mendapat hidayah yang tepat, kerana hidayah itu hanya mampu didapati dengan keinginan dan kehendak yang MAKSIMA untuk merujuk segala urusan harian dengan kaedah yang Allah tunjukkan. Ada juga segelintir yang mungkin telah memahami jalan (SIROT) Allah, namun tidak mampu, atau mahu melaksanakannya dengan menyeluruh & istiqomah.

UNTUK KEMBALI FITRAH, LAKSANAKANLAH SEGALA HIDAYAH TENTANG JALAN HIDUP (SIROT) DARI ALLAH ITU DENGAN MENYELURUH, DENGAN ISTIQAMAH, BUKANNYA SATU PILIHAN, BUKAN SEKALI-SEKALA. KERANA JIKA DEMIKIAN, IA AKAN MENJADI JALAN BUNTU DAN BENGKOK.

Coretan yang sedikit ini tidak sekali-kali akan mampu menjelaskan Fatihah ayat 6 ini sehingga anda faham dan meneliti benar-benar mengapa Allah perintahkan kita mengulanginya sehingga 17x sehari. Terlalu penting dan terlalu besar untuk kita masing2 ikut meneliti dan merasai kepentingannya. Maka, mungkin anda perlu juga membaca dan memikirkan huraian Siri Artikel Sains Fatihah di blog kami www.prihatin.net.my sebanyak 17 kali juga sehari.

Jika anda masih belum dapat tangkap lagi maksud penjelasan di atas, abaikan saja, kerana kami sekadar berkongsi apa yang kami alami dan rasai. Mungkin kami masih belum mampu menjelaskan apa yang sedang kami RASAI & FAHAMI dengan tepat. Itu kelemahan yang kami akui. Harap cetusan ini menjadi motivasi kepada anda untuk turut cuba mencari & menggali, kemudian kami alu-alukan penambahbaikan dari pengalaman anda pula (yang bernas saja, bukan copy paste sana sini yang menambah pening kepala).

INSYAALLAH akan kita sambung perkongsian iqra’ dengan ayat lain dalam FATIHAH agar benar-benar minda kita TERBUKA (FATEH) dan berminat untuk meneliti sains gunaan al-Qur’an KESELURUHANNYA.

Silalah LIKE, TAG, SHARE sebagai sumbangan amal anda mengajak manusia mendekatkan diri kepada ALLAH. Boleh juga anda download foto berkapsyen ini dan letak di header fb / blog anda untuk mudah memberi peluang fikir & zikir kepada yang lain.

Selamat Hari Raya EidulFitri, Maaf zahir batin.

Hasil IQRA’
WARGA PRIHATIN