image_pdf

Sains di sebalik Puasa – Bahagian 1

SAINS DI SEBALIK RITUAL PUASA – Part 1

Islam ini syumul. Ia satu sistem yang dinamik dan komprehensif mencakupi segala sudut kehidupan. Setiap disiplin dalam ritual ibadat ada penerapan disiplin tertentu dalam sains kehidupan itu sendiri.

Sains paling besar dalam ibadat puasa ialah “Mendidik Hawa Nafsu” dari melakukan perkara-perkara yang dibolehkan (halal) pada hari biasa tetapi menjadi haram dilakukan semasa berpuasa.

Tapi yang menariknya, ada pula orang ingat bulan puasa ini sekadar yang minum arak kena berhenti minum arak selama sebulan. Yang kerja GRO kena hormati waktu terawikh untuk tidak melayan pelanggan, yang dulu seksi pada bulan puasa mula pakai baju kurung, berselendang atau bertudung litup. Masuk hari raya, semuanya kembali seperti sebelumnya (Geleng kepala). Kalau minum arak, berzina, tak tutup aurat ini pada hari bukan Ramadhan pun dah haram dan bukan sekadar bulan Ramadhan sahaja.

Yang nak dijinakkan ialah hawa nafsu kita. Sepanjang 1 tahun ada 1 bulan yang dipanggil Ramadhan. 11 bulan yang lain hari yang biasa dan boleh kalau nak berpuasa juga boleh untuk tidak berpuasa.

Jika kita ingin mendapat fadilat puasa sepanjang tahun, kena tambah 6 hari dalam bulan Syawal. Jika dihitung-hitung, 30 hari + 6 hari puasa enam = 36 hari dari 365 hari setahun = 10% yang kita puasa sepanjang tahun. Bersesuaian dengan hadith nabi yang maksudnya “10% hasil panen tani harus dizakatkan”. Ringkasnya 10 suap rezeki, 1 suap untuk Allah.

Awal-awal Al-Baqoroh (surah Lembu Betina) Allah tuntut kita “menginfak apa saja yang Allah rezkikan, tanpa RAGU-RAGU”. Dalam surah itu jugalah diterangkan panjang lebar tentang PUASA.

Sainsnya, dari hasil kita menundukkan nafsu, kita mampu membuat penjimatan. Jika hari biasa kita belanja RM20, hari puasa kita belanja RM10 dan kita jimatkan RM10. RM10 x 30 hari = RM300 berjaya kita jimatkan dan RM300 itulah nilai penjimatan yang kita ZAKAT FITRAH kan.

Hari ini, zakat fitrah ditentukan SAMA semuanya. Petani ladang sayur suku ekar, pesawah yang dapat beberapa ratus sekali panen pun bayar sama dengan hartawan berpendapatan RM1 juta seminggu. Adilkah? Fitrah atau patutkah begitu? Jika tidak, bolehkah zakat itu di panggil Zakat Fitrah? Kalau Zakat yang menfitrahkan langit dan bumi itu belum berlaku, maka apa jenis Raya Fitrah, Idul Fitri yang kita rayakan selama ini?

Berapa ramaikah kita mengambil 10 suap dari 10 suap yang Allah beri kesemuanya untuk kita sendiri? Ada tak 10% setiap tahun yang digunakan untuk disumbangkan semula kepada apa-apa sahaja yang mendaulatkan Allah (yang NamaNya kini sedang dicemari, kedaulatan agamaNya diperlekeh) pada mata umum melalui tingkah laku Muslim itu sendiri.

Berapa ramai pula yang pada hari biasa belanja sehari RM20 tetapi pada bulan puasa belanja sehari jadi RM50? Di manakah datangnya barakah jika pembaziran berlaku pada bulan Ramadhan? Hari biasa makan di rumah, bulan puasa di Hotel sana sini. Kerana itu jugalah indek jenayah, rasuah bertambah di musim ini.

Hari raya pula jadi medan menayang kereta baru, baju rekaan pereka terkenal yang harganya beribu-ribu. Hanya leret sahaja kad kredit, yang pentingnya gaya. Yang berkereta baru pula selepas raya haji finance dah mula telefon nak tarik kereta. Itupun mereka sanggup agar tidak malu di pagi raya bersama kawan-kawan lama yang baru jumpa semula selepas 10 atau 15 tahun. Kononnya mahu ditayangkan kejayaan peribadi kepada mereka semua. Rumah terbuka wajib buat besar besaran. Panggil band, artis supaya meriah..!

DISIPLIN BESAR

Apabila NAFSU ditekan, AKAL mula mengambil fungsi. Nafsu dan Akal seperti Utara & Selatan dalam sebuah kompas. Ia tidak mungkin bersatu tetapi untuk menundukkan akal, didiklah nafsu dan untuk jadi orang yang berakal tinggi, jadilah orang yang bernafsu rendah. Puasalah dengan sebenar-benar Puasa. Mudah kan?

Ternyata dalam sejarah bahawa Nabi sendiri menempa kejayaan dalam banyak peperangan pada bulan puasa. Disiplin puasa juga yang menjadi tunjang kekuatan tentera Sultan Mehmet Alfateh dalam menawan Constantinople. Mereka menjadi KUAT kerana puasa. Berlainan sekali dengan puasa sekarang ini. Makin puasa, makin lemah, makin melepek, makin banyak tidur dan MAKIN banyak makan semasa buka puasa. Macammana nak jadi kuat?

Sainsnya berbalik kepada fungsi AKAL dan NAFSU tadi. Kekuatan AKAL yang tinggi oleh tentera Perang Badar juga tentera Mehmet Alfateh disebabkan mereka berjaya tundukkan nafsu. Maka akal mereka berfungsi secara maksima. Akal juga menunjang kekuatan fizikal dan mental. Itulah punca kemenangan mereka.

Apa dah jadi pada kita ni?
Kita ni puasa ke tak ni?

Jika puasa memberi kebaikan dan kekuatan, sebaliknya yang kita dapat hanya LEMAH DAN LESU, sebenarnya kita ni TAK PUASA PUN.

Betul tak?

(bersambung)

Hasil iqra
WARGA PRIHATIN

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Bulan keberkatan, bulan diturunkan al-Qur’an, bulan dihadiahkan LailatulQadar. Bulan Maghfiroh, penuh keampunan. Bulan di mana Syaitan diikat, pintu syurga dibuka luas, pintu neraka tertutup rapat, BLA BLA BLA..

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain dari mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Dari hadis di atas, masih okey lagi jika sekurang-kurangnya kita masih berpeluang merasai sedikit lapar dan dahaga untuk merihatkan badan untuk menjaga kesihatan juga menginsafi kesusahan insan yang kurang bernasib baik.

JANGAN SAMPAI lapar dan dahaga pun kita tidak rasai, kerana terlalu bermewah dengan makan minum di sana sini. Yang sakit yang berpunca dari habit makan, semakin bertambah sakit, yang susah mencari makan makin bertambah melarat, jika puasa dengan menghimpun makanan, kuih muih, langsir, perabut, kereta, rumah dan baju baru bla bla bla.. jauh sekali mengamalkan penjimatan (hakikat puasa itu sendiri) untuk dizakatkan (dengan jumlah yang fitrah dengan kemampuan kita) untuk pembangunan Islam, merahmatkan alam, sebagai hasil fitrah dari puasa yang kita amalkan.

Untuk renungan bersama.

Selamat berpuasa dari,
WARGA PRIHATIN.

Bersambung.

Abid Anak Prihatin.

ISTIQOMAH MENJANA UMMAH GEMILANG.

Di awal sekolah menengah. Beliau mula memerhatikan rutin kerja para pendokong RPWP. Pada masa yang sama mendengar segala perbincangan keluarga besar RPWP, meneliti sikap dan semangat para pendokong RPWP. Ini menyerap di hati beliau dan kesemua anak-anak para pendokong yang lain sehingga turut menanam tekad untuk turutsama menyumbang dengan segala keupayaan yang ada. Turut menanam tekad untuk menyambung usaha murni para pendokong RPWP sebagai generasi pelapis.

Sejak kecil beliau terkenal dengan sifat berjimat cermat, jujur dan ikhlas. Wang saku sekolah dikumpul sehingga melebihi seribu ringgit dalam tabung peribadi beliau. Beliau istiqomah untuk tidak meminta-minta samada pakaian, makanan dan mainan sepertimana kebanyakan anak-anak zaman ini. Setiap kali cuti sekolah beliau akan tetap istiqomah di rumah membantu apa saja kerja bagi meringankan beban ibu bapa di RPWP.

Dapat kita lihat di foto ini, jari beliau berpelaster, malah darah merecik-cerik mewarnai kulit kompang, namun semangat diteruskan. Itulah semangat MENGGALANG dengan ‘blood, sweat and tears’, yang ada dalam jiwa beliau.

Sewaktu Tingkatan 5, beliau memenangi hadiah tunai RM2,000 sebagai JOHAN ‘Peraduan Khat peringkat Nusantara’ anjuran UTUSAN MALAYSIA. Para pemberita terkejut apabila beliau nyatakan akan menyerahkan keseluruhan hadiah tunai itu untuk RPWP. Sebulan selepas itu, kumpulan beliau bersama 3 anak-anak lain mewakili RPWP sekali lagi memenangi hadiah tunai RM1,500 dalam pertandingan AGRORACE di Melaka. Kesemua anak-anak RPWP dalam kumpulan itu sebulat suara turut menyerahkan hadiah tersebut sebagai sumbangan dana pembangunan RPWP.

Ketika anak-anak lain sibuk melancung dan berihat sepuasnya selepas penat belajar menghadapi peperiksaan SPM, beliau istiqomah mengambil peluang untuk menambah kemahiran diri, sama-sama bekerja sebagai buruh binaan, bengkel kenderaan dan pembantu tukang cat kenderaan. Turut sama mendidik adik-adik di RPWP, menguruskan program kem cuti sekolah, mengajar kawad, kompang, silat, PA SYSTEM, Nasyid, dan akademik adik-adik. Di RPWP, beliau terkenal dengan pakar fabrikasi ‘fibreglas’ dan tulisan jawi dan seni khat.

Dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, beliau melanjutkan pelajaran memasuki Matirikulasi. Masih terbayang betapa sadisnya mengetahui yang beliau membawa pakaian seadanya saja, bahkan ada yang terkena cat dan simen ke kolej.

Kini beliau sedang mengambil kursus Ijazah BioMedic di Universiti Malaya. Sepanjang pembelajaran, beliau istiqomah tidak meminta-minta wang belanja. Dana PTPTN diatur sebaiknya agar cukup sebagai belanja. Berkat disiplin yang di tanam di RPWP, beliau bijak memilih program dan aktiviti di Universiti. Mampu memimpin pelajar dalam persatuan dan tidak terjebak dengan aktiviti negetif yang terlalu banyak waktu ini.

Itulah MOHD ABID BIN MASJUKI. Salah seorang dari anak pengasas RPWP. Tahniah UTIH. Terima kasih atas sumbangan mu dan kami doakan kejayaan selanjutnya.

Hasil pengabdian DI RPWP, Mengagungkan Allah seagung-agungnya. Hari-hari kami baca Fatihah mencari hidayah. Ihdinas Siroot al-MUSTAQIIM – Tunjukki, hidayahkanlah kami kaedah yang harus kami ISTIQOMAHKAN. Siroot al-lazina An’amta Alaihim – Seperti kaedah orang yang telah dapat nikmat atas mereka.

Alhamdulillah mula menampakkan hasil. Nikmat yang tidak boleh didustakan. Nikmat mendapat anak yang Soleh, yang sentiasa menunjukkan Islah, perubahan pembaikan hari demi hari.

INSYAALLAH AKAN KAMI KONGSIKAN BANYAK LAGI BIOGRAFI ANAK-ANAK LAIN SEBAGAI TESTIMONI PENDIDIKAN RPWP dari masa ke semasa.

SILA like, share dan tunjukkan kepada anak-anak kita. Semuga boleh dijadikan contoh yang baik untuk anak-anak lain.

Perkongsian Inspirasi oleh
WARGA PRIHATIN.

DOA MARHAEN BUAT NEGARAWAN

cropped-NAJIB-IMG_0343bbcd.jpgSeluruh Warga Prihatin merasa amat terkesan dengan pertemuan dan perbincangan hati ke hati dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di pejabatnya baru-baru ini. Sebagai rakyat biasa yang terpinggir di hujung desa, pastinya jemputan untuk pertemuan khusus itu terlalu bernilai buat kami.

Menilai hatibudi YAB DS Najib dalam perbincangan tertutup itu, dapat kami lihat kelembutan hati dan keprihatinan beliau terhadap rakyat, khususnya anak-anak yatim. Cara beliau memanggil dan mengusap kepala anakanda Ali Imran, anak kecil yang bersama kami dengan ‘penuh kasih sayang’ itu amat menyejukkan hati kami.

Di samping sumbangan tunai RM20,000 itu, YAB PM asyik sahaja bertanya apa lagi bantuan yang kami perlu dalam pertemuan itu. Nak diikutkan memang terlalu banyak lagi keperluan kami dan RM20,000 itupun tidak cukup untuk menampung perbelanjaan setengah bulan operasi RPWP. Malangnya tidak tergamak kami menyuarakan suatu apa kerana memang prinsip kami untuk tidak meminta-minta. Dapat peluang bertentang mata dan berbicara hati ke hati pun sudah cukup bahagia bagi kami. Sesungguhnya kebaikan peribadi beliau terhadap anak yatim itu adalah ‘antara ciri utama’ yang boleh kita gunakan dalam menilai baik buruk seseorang insan.

Sumbangan beliau dalam pertemuan khusus itu tidak mendapat liputan media. Itu mungkin baik bagi pihak pemberi agar ia tidak kelihatan seperti tidak ikhlas apabila menyebut-nyebutnya. Namun kami selaku penerima merasa bertanggungjawab untuk memaklumkannya kepada umum. Bagi kami tiada gunanya mewar-warkan kebaikan insan hanya setelah matinya. Semuga dengan ini pelbagai tohmahan dan kutukan terhadap beliau dari mereka yang membenci boleh jadi reda sedikit. Dengan itu bolehlah beliau menjalankan tugas memimpin negara dengan lebih tenang.

 

PM PERLU SOKONGAN PADU TANPA KEPENTINGAN ATAU PREJUDIS

Kita baru sahaja melepasi fasa bahang pilihanraya. Walaupun kemenangan BN agak tipis, namun itulah hakikat yang harus kita terima. Kami berdoa dan menyeru agar segala kekeruhan minda dan bicara lisan semasa pilihanraya dapat dihentikan segera dan para pemimpin kembali menjalankan tugas mengurus negara.

Kepada YAB PM, kami berdoa agar tabah mengharungi apa sahaja cabaran dalam mengurus negara dengan kemenangan yang tipis ini. Perbaikilah apa sahaja kelemahan pihak kerajaan sebelum ini yang telah diutarakan oleh pihak pembangkang. Bersikap adil dan terbukalah kepada semua. Ingatlah bahawa YAB Datuk Seri adalah Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, bukan Perdana Menteri UMNO atau BN sahaja.

Ambillah pelajaran dari krisis Tun Mahathir dengan Pak Lah. Selaku rakyat biasa, perbalahan pemimpin tertinggi adalah amat mendukacitakan kami. Tiada yang baharu tanpa ada yang lama. Hargailah jasa-jasa Tun Mahathir yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara ini sehingga terkenal di seluruh dunia. Ambillah manfaat dari kekentalan semangat dan bernasnya idea Tun.

Jika boleh, ingin kami sarankan agar diwujudkan satu jawatan khusus yang bertaraf Menteri untuk Tun Mahathir sepertimana Lee Kuan Yew di Singapura. Tun boleh dilantik sebagai penasihat rasmi kepada Datuk Seri bagi menghargai jasa dan kepakarannya. Semuga Tun Mahathir sudi menerima dan terus menyumbangkan khidmatnya selagi ada hayat beliau.

Untuk Tun Dr Mahathir pula kami doakan agar terus sihat dan cergas serta dipanjangkan usia. Kami amat menyayangi Tun dan menghargai segala jasa Tun. Sedaya upaya elakkanlah sebarang krisis dengan YAB Perdana Menteri sepertimana yang telah berlaku antara Tun dengan Pak Lah.

Bantulah YAB PM kita dengan apa sahaja pandangan dan idea bernas yang Tun ada. Namun pada masa yang sama, berilah juga Datuk Seri Najib kebebasan untuk mencuba kemampuannya menerajui negara ini. Jika ada sebarang perselisihan, cubalah selesaikan secara tertutup. Sesungguhnya banyak musuh negara sedang menanti perpecahan dan perselisihan yang lebih parah di kalangan kita.

 

KESIMPULAN

Kita semua sebenarnya telah terperangkap dengan Sistem Demokrasi tajaan Barat yang berfalsafahkan Dajjal. Kami telah mengkaji sirah dan sunnah dalam hal ini hingga ke akar umbi. Pemilihan pemimpin yang dibuat melalui sistem demokrasilah yang menjadikan kita beradu domba dan saling bermusuhan. Islam menganjurkan pemimpin dilantik oleh Majlis Syuro Ulamak, lantikan dari atas ke bawah dan bukan sebaliknya. Majlis Ulamak seharusnya kenal dengan pasti pemimpin yang berwibawa dan merekalah yang akan mampu menasihati pemimpin serta menegur khilafnya.

Kami masih berdoa dan akan terus berusaha agar satu hari nanti akan berlaku juga ‘penyatuan semula’ antara watan negara yang telah berpecah belah ini dengan satu hala tuju baru yang diperbaharui agar lebih murni. Janganlah takut membuat islah (pembaikan). Yang penting ia harus ikhlas dan dilakukan atas nama Allah.

Sistem demokrasi hanya memberi kebebasan rakyat yang ramai untuk memilih. Rakyat mungkin tidak mengenali calun yang dipilih dengan tepa terutama bagi calun yang pandai bermuka-muka. Berbagai-bagai kepincangan berlaku setiap kali pemilihan dibuat. Dalam berkempen banyak fitnah serta aib dibuka. Banyak masa, tenaga dan dana diguna dengan sia-sia. Fitnah menfitnah, kutuk mengutuk, ejek mengejek bahkan rasuah politik juga berleluasa. Oleh itu, yang bertanding dan yang memilih amat sukar dikenalpasti tahap keikhlasannya.

Selepas dipilih, maka pemimpin yang tadinya lemah lembut dan merendah diri seperti tempoyak yang dicicah timun akan bertukar menjadi diktator yang amat keras seperti durian. Segala-galanya akan diputuskan mengikut kehendak nafsu dengan segala kuasa yang ada. Pandangan rakyat dan pemimpin masyarakat sering diabaikan begitu sahaja.

Mari kita ubah budaya dan fenomena ini. Dalam keadaan kemenangan yang tipis ini, berilah peluang kepada rakyat dan pembangkang untuk turut membantu. Janganlah kita putuskan semua perkara sendiri-sendiri. Jika kita beri peluang kepada semua orang untuk memberi pendapat dan menegur dengan berhemah, maka kita akan jadi lebih kuat. Samada baik atau buruk hasil perlaksanaannya nanti, tentu semua pihak akan sama-sama bertanggungjawab dan berpuas hati.

Akhirnya kami juga menyeru agar pemimpin dan pengikut parti pembangkang atau mana-mana pihak yang kurang suka kepada kerajaan sekarang agar lebih bersikap terbuka dan berlapang dada. Boleh sahaja menegur kelemahan atau keburukan tetapi janganlah sampai menghina. Boleh sahaja memberikan saran, namun harus ada tolak ansur. Janganlah yang baik juga kesemuanya dibangkang.

Semuga doa kami diterima Allah dan seruan kami diterima segenap lapisan manusia di bumi tanah air tercinta ini.

Doa dan Seruan marhaen,

WARGA PRIHATIN

Analogi Air Hilir dan Hulu Sungai : Fenomena “Memuja” Para Alimin.

PERINGATAN : PEMBACAAN MUTASYABIHAT YANG PERLUKAN PEMIKIRAN KRITIS UNTUK FAHAMI. INI SEBUAH DISKUSI MAKA BERBINCANGLAH DALAM SUASANA HARMONI SEKALIPUN JIKA PENDAPAT ANDA BERLAINAN.

Dari langit hanya air hujan yang tulin. Setelah melalui darat, dari kawasan bukit turun ke lembah, mengalir sepanjang sungai, mengumpul kotoran kampung dan bandar, ia bertambah rasa dan bila tiba di laut, air yang tulin itu dah bercampur garam, mineral tidak dilupa juga pelbagai, kencing dan sampah sarap.

Sama juga, ilmu yang Allah turunkan kepada kita adalah tulin dari Al-Quran dan bila sampai kepada Nabi & Rasul dialirkan terus dari sungai kecil di hulu sungai hingga kepada zaman kita sudah jadi Sungai Besar di hilir dan tak kurang ada yang sampai ke laut yang masin. Kiranya air laut itu langsung tidak boleh diminum juga tidak boleh nak basuh kereta pun (nanti berkarat kereta kerana kandungan Natrium Chloride). Jika nak mandi pun wajib bilas dengan air tawar selepas mandi. Begitu jugalah bandingan ilmu dari lautan manusia ini, harus di rujuk kepada air yang tulin sebelum digunapakai..

Adakala, kita keliru dengan percampur adukan air di Hilir Sungai, lalu kita ke hulu sungai untuk mencari ketenangan di celah legeh & pokok yang nyaman. Kadangkala banyak sampah dan bangkai di hilir sedangkan kita dambakan air bersih yang tulin seperti bersihnya air di hulu sungai lalu kitapun menelusuri sungai besar sampailah ke hulunya bagi mencari sumber asal yang masih bersih dalam hutan yang penuh pokok-pokok menyejukkan.

Kini, pelbagai ilmu terbitan yang digarap dari pemahaman orang lain yang membacakan Al-Quran & Sunnah dengan stigma bahawa “untuk baca Al-Quran & Sunnah perlukan ketinggian ilmu dan guru-guru dari golongan ulama yang muktabar”. Belajar tanpa guru maka gurunya ialah Syaitan adalah satu ungkapan popular tetapi tidak ada hadithnya juga tiada pula nas dari kitabullah sendiri yang membenarkan ungkapan itu. Ia hanya satu stigma yang ditanamkan oleh Snauck Hurgronje seorang mubaligh Kristian yang masuk Islam untuk menghancurkan Islam pada kurun ke 19. Beliau menguasai Al-Quran tatkala ramai orang Islam sendiri pun tidak menguasainya. Lalu dengan kewarakannya, dengan serban dan jubahnya, beliau dipuja sehingga dilantik menjadi kiyai dan mufti Acheh yang sangat dihormati di Nusantara dengan nama Kiai Haji Abdul Ghafur. Selesai missi teologi itu, setelah Belanda berjaya menawan Indonesia, beliau kembali ke agama asal beliau.

Ungkapan “Belajar mesti BERGURU” itu adalah dari ungkapan Imam Syafie yaitu “Kebodohan paling besar adalah mengambil helai-helaian sebagai Sheikh” dan “sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam” lalu Snouck menggunakan 2 ungkapan itu untuk mewajibkan kepercayaan besar terhadap guru sehingga melarang pembacaan SECARA TERUS kepada Al-Quran & Sunnah tanpa pantauan beliau sendiri.

Kesudahannya, penipuan tidak mampu dikesan. Apabila manusia di HILIR sungai tidak pernah melihat bagaimana bersihnya hulu sungai, pasti mereka akan merasakan bahawa bangkai dan sampah yang datang dalam aliran hilir juga adalah satu perkara NORMAL.

Hasilnya, sekarang ini juga kita lihat bagaimana golongan-golongan alimin mula bantah membantah antara satu sama lain walaupun mereka semua dalam satu aliran yang sama jika dilurut sampai ke hulu.

Dalam surah An-nisa ayat 59, Allah menyatakan tingkatan ketaatan. Untuk taat kepada Allah kena taat kepada rasul dan untuk taat kepada rasul kena taat kepada ulilamri. Jika ada perselisihan, kembalikan kepada ALLAH & RASUL (Kitabullah & Sunnah Rasul). Allah sendiri turunkan ayat ini pasti Allah dah tahu pada akhir zaman orang akan memisahkan hulu sungai dengan hilir sungai agar kekotoran dilihat sebagai kehidupan. Maka Islam akan jadi lemah. Seharusnya kita mampu mencari jawapan kepada segala perselisihan itu dengan merujuk kepada sumber asli air (ilmu) itu dari bahagian hulu lagi.

Islam asalnya hanya ada 2 pusaka besar iaitu KITABULLAH & SUNNAH RASUL. Dalam khutbah wida’, nabi Muhammad SAW sendiri bersabda meninggalkan keduanya kepada UMAT ISLAM (bukannya secara spesifik nabi katakan kepada golongan guru). Sebab itu juga, aqidah pada akhir zaman mudah disesatkan hanya dengan perwatakan menarik dan sedikit hafazan yang lancar juga mahraj Arab yang baik seorang `guru’. Sedihnya ramai di kalangan umat yang tanpa sedar mengagung-agungkan Guru, alimin keterlaluan, kelihatan seolah-olah MENYEMBAH mereka melebihi sembahan terhadap Allah s.w.t. Nabi sendiri berulangkali menegaskan, jangan memuja diri Baginda berlebihan, sembahlah, agungkanlah setinggi-tingginya Allah saja.

Isu sembahan ini ditegaskan Allah dalam surah 9. At Taubah 31. “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada SEMBAHAN selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.”

Fenomena inilah yang telah menyebabkan kesucian dan keredoaan Allah terhadap umat Isa ditarik balik. Inilah juga hakikat yang berlaku sekarang, yang mana minda umat perlu di transformasi semula, perlu di instalasi semula dengan air yang suci bersih lagi segar.

Jangan Guna Akal Untuk Menilai Ilmu Islam ?

Fenomena ini tersangat songsang dan melemahkan. Allah sendiri dalam terlalu banyak firmannya jelas tegas memerintahkan kita gunakan akal, bahkan memurkai orang yang tidak gunakan akal,

Antaranya dalam surah 10. Yunus 100. Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.

Surah 5. Al Maa’idah 100. Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.”

Jika kita guna akal, membaca surah 9 ayat 31 ada kisah besar sebagai pelajaran. Sesuai dengan firman Allah dalam surah 12. Yusuf 111. Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Jika masing-masing individu alimin yang berpecah belah, dan bukannya ulamak yang bersatu telah menjadi kiblat kita, maka guna akal waras, kembali kepada fitrah Allah, panjatlah bukit dan gunung mencari air yang segar.

Di Surah 2. Al Baqarah 142. Allah berfirman “Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: “Apakah yang memalingkan mereka dari kiblatnya yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus”.

Jadi guna akal sepenuhnya, perhatikan alam ini bagaimana Allah selitkan ilmunya untuk pedoman kehidupan kita. Pujilah Allah kerana menampakkan kepada kita ilmunya melalui cara alam ini di atur (Alhamdulillahirobbil Aalamiin). Jadikan ia hidayah kaedah yang harus di amal istiqomahkan (Ihdinassirootolmustaqiim) agar dapat merasa nikmat sebagaimana mereka yang pernah merasainya.

Surah 2. Al Baqarah 269. “Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran.”

Ilmu besar Allah yang penuh dengan strategi kehidupan terselit dalam ayat ayat mutasyabihat yang mengaitkan fitrah alam. Berjalan dan perhatikanlah alam ini untuk menggali ilmu Allah dengan akal yang tajam. Sesuai dengan firman Allah dalam surah 3. Ali ‘Imran ayat 7. “ … Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal. “

Ia berbalik kepada kisah Snouck yang kemudiannya berjaya melemahkan Islam dengan memisahkan SAINS dari ISLAM. Kononnya, kerja ditempat kerja, ibadat di tempat ibadat sedangkan pada zaman nabi dan para sahabat dahulu, kejuruteraan & perniagaan juga adalah IBADAT. Kenapa ramai percaya? Kerana kita ditegah menelek semula lembaran ASAL (air sungai di hulu).

Harus ada kekuatan untuk melawan fenomena songsang ini, kembalilah merenung kaedah menuntut ilmu yang Allah ajarkan.

Jadi, jika hari ini kita pening dengan segala sampah sarap, bangkai yang bercampur dengan air yang sebelumnya bersih…, singkap-singkap kembali menelusuri sungai besar sampai ke hulu yang bersih. Itu juga yang Allah sarankan dalam ayat 59 surah An-Nisa yang disebutkan di atas. Jangan sampai dengan kemalasan mengkaji, kita menerima segala-galanya tanpa usul periksa menyebabkan kita jadi orang yang selesa makan sampah & bangkai juga meminum air kotor tercemar dengan pelbagai kencing dan najis manusia sepanjang sungai dan lembah hanya kerana kita tak pernah mahu lihat perbandingan air yang bersih di hulu sungai itu sendiri.

Renungkan dengan baik, fikirkan dengan baik dan sekiranya anda ada berlainan pendapat, kami jemput anda menyatakannya di sini dan diharap anda sertakan sekali dalil-dalil dari kitab Allah & Sunnah Rasul dan bukannya ungkapan alimin atau petikan video-video para alimin. Berbincang dengan HIKMAH kerana itu yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran secara jelas dan terang.

Logiknya, jika semua ilmu tok tok guru itu tepat belaka, jika semua GURU memahami dan melaksanakan aplikasi ilmu Allah yang benar dengan tepat dan kaffah, Muslim akan jadi semakin soleh, sentiasa Islah dan bertambah baik. Adakah ini berlaku ataupun sebaliknya..? “Tidak Islam orang yang hari ini sama dengan semalam” (Hadis), apatah lagi yang semakin buruk dari semalam.! Adakah Islam menjadi semakin baik berbanding dengan dahulu? Semakin bersatu? Semakin berakhlak? Semakin dihurmati?

Surah 5. Al Maa’idah 68. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.” Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.

Surah 62. Al Jumu’ah 5. “Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. “

Subhanallah. Sama sama kita fikirkan.

Selamat berdiskusi, salam Jumaat

Lontaran fikir
WARGA PRIHATIN

Fenomena Mengutuk Pemimpin bukan Ajaran Islam

Perangai mengutuk pemimpin dan Sultan secara terbuka sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Itu bukan cara Islam, semua Muslim tahu akan hal itu. Jika Muslim amal tabiat itu pastinya ia tidak layak mengaku Muslim. Tapi itulah hakikatnya, semacam tidak ada apa salahnya dengan tabiat hudoh itu, yang kini rata-rata menjadi amalan ekstemis Muslim.

FB, tweeter, blog, YouTube penuh dengan pelbagai gambar-gambar, video, kata-kata rencana dan macam-macam material kutukan yang melampau secara terbuka, TETAPI DI BELAKANG PEMIMPIN. Semua itu berbaur hasutan, mengajak orang membenci. Yang dikutuk akan kekal dengan tabiat yang menjadi bahan kutukan terhadap beliau. APA KESUDAHANNYA?

Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Maafilah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”

Ironinya, dulu seluruh bangsa di Malaysia menghormati institusi Raja dan Menteri. Apabila Melayu Muslim mulakan, maka menari-narilah umat yang lain, dalam dan luar negara ikut memukul gendang kutukan sewanang-wenangnya.

WARGA PRIHATIN mengajak agar kita berhenti dengan tabiat itu. Tidak kiralah samada kita golongan partisan maupun yang kononnya sedang berceramah agama ke sana ke mari. Bukan berhajat untuk kita menelan saja segala kebatilan, tetapi mengajak agar menggunakan kaedah yang berhemah, mengikut pendekatan Al-Qur’an dan Sunnah untuk memperbetulkan sebarang kesilapan.

Sekali lagi ditekankan, DEBAT akan menerbitkan ideologi bantah membantah, sentiasa berlaku cadang dan bangkang. “berbantah-bantah akan melemahkan kamu” (Firman). “Tegakkanlah Diin, dan jangan kamu berfirqah-firqah”(Firman).

Jalan penyelesaian ialah SYURO. Sumber dalil NAQLI. Satu surah Allah nukilkan dalam Al-quran yang kononnya kita junjung (Bukunya) tapi tidak kita amalkan Hidayah dariNya. Mari ramai-ramai fikirkan dengan fakta yang jelas, apa kesalahan dan keburukan pemimpin, apa pula kebaikan mereka yang kita sukai. Cari saluran yang betul untuk kita sampaikan kepada mereka secara tertutup. BERHENTILAH MENGERUHKAN KEADAAN MELALUI KUTUKAN LIAR.

“al-Qur’an diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia, dan akhlak Rasulullah s.a.w. ialah al-Qur’an” (Hadis). “Taati Allah dan taati Rasul dan Ulil amri di kalangan kamu, dan jika ada perselisihan, kembalikan kepada Allah dan Rasulnya (al-Qur’an dan Sunnahnya)” (Firman). “Jika tidak dari Allah, pasti banyak khilaf” (Firman). “Sesungguhnya was wis (bisikan jahat) itu adalah perbuatan Syaitan” (Firman)

Akhlak ialah mengikut kehendak al-Kholiq (pencipta). Cara paling beradab ialah mengikut saranan Allah melalui kitabnya al-Qur’an. Lawan berADAB ialah BIADAB.

Mari sama-sama kita renungkan dan sama-sama buat ISLAH (pembaharuan pendekatan) agar amal kita menjadi amal yang SOLEH (berhasil dan membawa pembaharuan ke arah kebaikan). Jika tidak, amal usaha kita untuk memperbetulkan pemimpin akan jadi sia-sia (surah al-Asr), “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (kerana menyalak dengan cara itu akan menjadikan usaha kita sia-sia, menang jadi abu , kalah jadi arang), keculi orang yang beriman dan beramal SOLEH, dan mereka nsihat menasihati dengan kebenrn, nasihat menasihati dengan kesabaran”

TERLALU BANYAK UNTUK DI UNGKAPKAN TENTANG INI. BERHENTILAH MENGUTUK, MELALAK, MENULIS, MELUKIS GAMBAR DAN LAIN-LAIN SECARA TERBUKA. IKUTLAH APA YANG DI ANJURKAN OLEH AL-QURAN DAN SUNNAH.

Keluhan dan seruan
WARGA PRIHATIN

Kisah Kesusahan Hidup Pengasas RPWP Jadi Iktibar Untuk Anak-anak Prihatin

PENGALAMAN DI SEKOLAH RENDAH

Dari hujung desa terpencil, Kampung Paya Besar, beliau BERJALAN KAKI sejauh 20 km pergi dan balik dari Sekolah Rendah Kampung Melayu Raya, Segamat. Perjalanan beliau bermula dari menyusuri jalan balak di celah belukar, seterusnya melalui jalan tanah merah berdebu dan selut, meredah 12 bukit dan paya, merentasi 2 desa dan 2 estate getah tua dan kelapa sawit muda. Sewaktu darjah 5 baru beliau mula berbasikal.

Beliau harus bertolak gelap pagi dan pulang meredah terik mentari petang. Kadang kala terpaksa mengharungi hujan ribut sendirian. Minum air parit dan sungai menjadi biasa baginya buat penghilang dahaga.

Beberapa anak sekampung yang sebaya ke sekolah yang sama samada naik kereta sewa atau tidak ke sekolah sama sekali. Dalam kesusahan itu beliau berjaya menjadi pelajar terbaik sekolah beliau dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Beliau juga berjaya sebanyak 7 kali menjadi johan qari tilawah al-Quran di peringkat daerah dan berjaya 3 kali masuk pertandingan ke peringkat negeri.

PENGALAMAN DI SEKOLAH MENENGAH

Dari tingkatan 1-3, beliau terpaksa mengayuh basikal sekitar 45 km setiap hari. Ini kerana beliau terpaksa, berulang-alik ke bandar Segamat untuk menghantar bekalan makanan buat kakak beliau di asrama sekolah Arab di Kg Gubah, atau membantu urusan keluarga di bandar dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam. Balik dari sekolah menengah, beliau harus mengulangi perjalanan mengayuh basikal lagi ke sekolah Agama di Kg Melayu Raya.

Di sebelah malam, beliau sering berbasikal sejauh 20 km lagi, meredah kegelapan untuk belajar ilmu persilatan di ladang Labis Baru. Setiap bulan Ramadhan beliau terpaksa mendampingi ayahnya menjadi bilal Terawih. Bahkan beliau sering tidur di Masjid sepanjang Ramadhan untuk mencari “LailatulQadar’, biarpun terpaksa bersahur dengan lebihan juadah mureh atau mi segera.

Wang Biasiswa Kecil Persekutuan berjumlah RM20 sebulan tidak beliau sentuh dari tingkatan satu hingga ke tingkatan 5. Selepas SPM beliau serahkan wang terkumpul untuk perbelanjaan keluarga sepenuhnya.

Di setiap cuti hujung tahun, bermula dari darjah 6 lagi, beliau sudah menjadi buruh kasar di estate berdekatan melakukan pelbagai jenis kerja sebagai penggali parit, penyembur racun, pemotong buah & pelepah sawit serta menoreh getah. Beliau juga pernah menumpang lori balak, sebelum lebuhraya Kuantan-Segamat siap hanya untuk bekerja sebagai penebas belukar di Karatong, Pahang bagi mencari wang belanja persekolahannya.

Hasilnya, daripada 10 pelajar aliran sains yang mendapat grade 1 SPM tahun 1979 di sekolah beliau, 8 darinya adalah pelajar CINA dan hanya 2 pelajar MELAYU, dan beliau adalah seorang daripadanya. Di samping aktif sebagai qari Tilawah al-quran, beliau turut menjadi komanden kawad Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) mengetuai 350 ahli dan aktif juga di beberapa persatuan sekolah.

Dari 10 adik-beradik, beliau adalah satu-satunya ahli keluarga yang berjaya melangkah ke Universiti dan menempa kejayaan selanjutnya bagi membela insan lain. Begitu juga daripada kurang 10 rakan sebaya dari kampung terpencil itu, hanya beliau yang mampu meniti ke Menara Gading.

AWAL KERJAYA

Setelah 2 tahun makan gaji dengan syarikat Multinasional, beliau menubuhkan syarikat sendiri & menjelajah ke serata dunia dengan kepakaran yang ada untuk membela adik beradik yang tidak ke Universiti agar semua dapat turut merasai kejayaan beliau. Kini adik beradiknya hidup senang.  Beliau pula mengabdi diri, mewakafkan segala hasil kesenangan yang beliau capai, menjadi buruh sukarela tanpa gaji di RPWP.

Bermacam-macam bidang perniagaan termasuk bidang pembuatan serta impot dan ekspot telah beliau jalani, termasuk membuka beberapa cawangan di luar negeri. Sering beliau mengikuti pameran dan jualan promosi produk keluaran beliau di dalam dan luar negara bersama MATRADE. Kejayaan beliau sering menjadi bahan tulisan akhbar sepenuh mukasurat dan rencana TV.

MENYUSUR JEJAK

Anak-anak RPWP telah dibawa menziarahi kampung halaman beliau dan masing-masing ingin mencuba berjalan kaki menyusuri laluan perjalanan beliau ke Sekolah Rendah Kg Melayu Raya. Malangnya mereka hanya mampu berjalan setakat 20% jarak perjalanan saja. Bakinya harus diteruskan dengan kenderaan. Begitulah gambaran keperitan yang pernah dilaluinya.

Itulah pengalaman getir kehidupan yang dilalui oleh pengasas RPWP, Dr Hj Masjuki Mohd Musuri. Beliau telah melawan ujian hidup sejak kecil lagi.

Bapanya seorang suku JAWA, bertugas sebagai bilal kampung, guru silat, guru kompang, guru marhaban, berzanji dan al-Quran, seorang peneroka tanah, penebang hutan, tukang rumah dan tukang gunting rambut sambilan.

Ibunya juga seorang wanita JAWA, yang menjadi bidan Kampung, juga tukang urut yang cekal dan pemurah. Beliau banyak mengambil anak angkat dari kalangan asnaf, juga menjadi bilal wanita dan guru al-Quran wanita di desa itu.

Rumah asal beliau berupa rumah kayu bertanggam, tiang kayu bulat, berlantaikan tanah liat di dapur dan lantai kayu belah bahgian lantai atasnya. Dinding rumah dari kulit kayu dan beratapkan rumbia.

Untuk makanan harian, keluarga beliau harus cucuk tanam dahulu. Ikan sebagai sumber protin harus tangkap di tengah paya. Buah harus dipetik di hutan. Beliau belajar dengan pelita minyak kerana desa itu tiada bekalan letrik. Beliau mandi dan minum dari air telaga yang berlumut kerana tiada bekalan air paip.

Terlalu banyak untuk dikongsikan. Mungkin sebahgian foto ini mampu meneruskan penceritaan.

Pelajaran yang kami dapati, kejayaan beliau mengharungi kepayahan itu menjadikan beliau insan yang sangat prihatin, kreatif, berani, mandiri dan tidak gusar berhadapan dengan kesusahan. Lebih penting lagi, pengalaman itu mampu dijadikan motivasi kepada anak-anak di RPWP agar TIDAK MUDAH MENGALAH dan merasa lemah mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai pancaroba. Pengalaman itu jugalah yang memberi kekuatan dan inspirasi kepada kesemua pengasas bersama RPWP ini.

Semuga kisah ini juga boleh dijadikan motivasi kepada para ibu bapa, khususnya dalam soal memanjakan anak dengan pelbagai kesenangan hidup, juga pelajaran buat anak-anak yang mungkin sedang menghadapi kesukaran hidup.

Yakinlah, “Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan”.

Perkongsian oleh
WARGA PRIHATIN

Pengiktirafan khusus buat RPWP

RPWP PUSAT PENDIDIKAN TERBAIK – KETUA KG

RPWP PUSAT PENDIDIKAN TERBAIK – ADUN BANGI

RPWP PUSAT PENDIDIKAN TERBAIK – PEGAWAI KHAS EXCO KEBAJIKAN SELANGOR

ANUGERAH \’TOKOH MAULIDURRASUL\’ UTK RPWP

RPWP PUSAT RAWATAN MASALAH SOSIAL UNGGUL DGN KAEDAH KASIH SAYANG – MURSYIDAH TV2

 

Selepas beberapa tahun berhempas pulas siang dan malam, melabur lebur harta dan diri, bermodalkan darah, peluh dan air mata, hasil baik akhirnya terlihat juga.

Ungkapan spontan Ketua Kampung Sg Ramal tentang RPWP ini agak mengejutkan kami, yang selama ini tidak merasakan apa-apa keistimewaan dari pencapaian anak-anak ini.

Tanpa di duga YB Dr Hj Shafie, ADUN Bangi turut menyatakan rasa yang sama tentang RPWP.

Dato’ Shahabudin, Pengerusi Rukun Tetangga dan seluruh Jawatankuasa mereka turut menganugerahkan TOKOH MAULIDURRASUL kepada RPWP atas dasar pemerhatian dan pendirian yang sama.

AMAT TERHARU dengan permintaan mereka agar kami membuka ruang, berkongsi program pendidikan akhlak untuk masyarakat sekitar. Kami berjanji, InsyaAllah, setelah kerja-kerja penyediaan prasarana rumah dapat kami sempurnakan, akan kami usahakan permintaan itu. Memang itulah matlamat kami, agar mampu menghulur rahmat kepada alam sekitar sebelum kami tinggalkan dunia ini.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Syukur pada Mu ya Allah. Yang kami harapkan hanyalah REDO dari Mu, bukan puja puji. berilah kami kekuatan agar mampu menterjemahkan permintaan mereka, sama-sama memperbaiki akhlak manusia, sesuai dengan fitrah akhlak MUSLIM.

8 Tahun Berlalu

8 TAHUN DAHULU kami hanya sekadar IDEA. Masih peringkat air liur tapi belum jadi barang. Ketika itu seorang doktor veterinar yang terkenal dengan perniagaannya, Dr. Hj Masjuki Hj Mohd Musuri melepaskan segala kekayaan yang beliau ada untuk idea penubuhan sebuah SAMPEL KOMUNITI yang meletakkan pembangunan sahsiah dan insaniah sebagai keutamaan.

Sebuah banglo, 2 buah unit rumah teres berkembar atas sebidang tanah suku ekar, 2 lot tapak banglo di pinggir Putrajaya, beberapa buah kereta, lori, van, segala stok barangan/peralatan dari 2 minimarket, sebuah restoran, juga beberapa buah motorsikal termasuk sebuah ‘superbike’ kesayangan beliau serta keseluruhan simpanan tunai di bank habis dilabur leburkan untuk pencetusan idea “gila” itu.

Lebih besar dari semua itu ialah beliau sendiri mewakafkan diri di RPWP sehingga ke hari ini sebagai sukarelawan sepenuh masa, menjadi buruh binaan dan Pengetua tanpa gaji.

Sebatang tulang peha (femur) beliau kini berganti besi akibat hancur semasa jatuh dari sigai di tapak rumah semasa memasang bumbung foyer RPWP. Beliau menerima sahaja keadaan sebagai OKU kekal tanpa sama sekali memikirkan untuk berundur.

Isteri beliau, Cikgu Shakirah juga turut mewakafkan diri sebagai penjaga dan pendidik sepenuh masa, mengorbankan privasi hidup dalam rumah sendiri. Beliau meredhai rumah dan keseluruhan kawasan itu menjadi RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN yang berstatus umum. Tiada lagi privasi yang sering didamba oleh seorang isteri.

Mereka semua duduk bersama di rumah yang sama, naik kenderaan yang sama, makan makanan yang sama dengan anak-anak asnaf dan yatim. Tatkala berlaku kekurangan makanan dan pakaian, anak-anak malah didahulukan.

Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin ini tidak berkempen untuk menarik 19 orang lain menyertainya. Beliau hanya memberi uswah yang tak akan mampu menarik sesiapa jika sekadar digambarkan dengan kata-kata. “No talk can convince, but the DO will”.

Maka kesemua co-founder yang lain juga lambat laun turut mewakafkan apa yang mereka ada secara berdikit-dikit hinggalah keseluruhannya.

PERINGKAT AWAL RPWP 2005

Orang ingat kami gila kerana sebuah banglo dan 2 teres berkembar setingkat kami satukan dan naikkan strukturnya menjadi 3-4 tingkat. Siang malam kami bergotong royong demi menyediakan keselesaan anak-anak asnaf & yatim kami.

Ada juga orang tuduh kami membuat ajaran sesat kerana kurang percayanya mereka dengan komitmen yang luarbiasa kesemua pengasas-pengasas bersama RPWP yang bekerja tanpa gaji malah melaburkan gaji yang ada utk RPWP. Hanya bermodalkan Darah, keringat dan airmata (yang kadangkala bergenang dek fitnah yang dilontarkan sebegitu).

Tiada kontraktor yang sanggup melakukan kerja binaan yang menggunakan sepenuhnya bahan terbuang, menyambung besi-besi lusuh dari sependek 4-6 inci, kayu-kayu dari buangan bangku sekolah, juga kayu palet kilang kaca yang disumbangkan oleh seorang Taukeh Cina, plywood bekas konkrit, bata serta pavement terbuang dan sebagainya.

Kerja harus dilakukan dengan hati-hati kerana bangunan terus digunakan menempatkan anak-anak walaupun bumbungnya dibuka, Lebih dari itu tiada kontraktor yang sanggup kerja tanpa bayaran.

Masih teringat lagi sindiran seorang ustaz sebuah Sekolah Agama. Beliau mengatakan kami gila apabila dikhabarkan bangku yang mereka buang mahu kami gunakan untuk membina RUMAH.

Tetapi ALLAH MAHA MENGETAHUI….

Alhamdulillah, semuanya telah berlalu. Harta yang diwakafkan oleh para pengasas tidak berkurang. Kini kami sudah berjaya membeli suku ekar lagi lot tanah bersebelahan tapak yang ada sekarang.

Dahulu tidak pernah orang peduli, tapi kini RPWP telah berjaya mendapat peduli dari pelbagai pihak sehingga dari ChannelNews Asia dari Singapura yang melayakkan WARGA PRIHATIN dalam program ASEAN OF THE YEAR dan beberapa orang jurnalis dalam negara dan luar negara sehingga sejauh Stockholm yang hadir untuk mendokumenkan kerja “gila” kami 20 orang ini.

Bukan sekadar kami 20 orang sahaja, tetapi dicampur dengan isteri, juga anak-anak kami yang digaulkan menjadi 1.

Perhatian juga telah diberikan sehingga ke peringkat pemimpin wakil rakyat dari ADUN Bangi dan EXCO Kebajikan dari parti PAS dan juga perhatian diberi sehingga ke peringkat Perdana Menteri Malaysia tanpa kita berpartisan. Jiwa-jiwa PRIHATIN 1Malaysia dari pelbagai bangsa, agama, peringkat umur dan status sosial sudah ramai yang peduli dan turut menghayati kerja buat ini sejak 2007 lagi. Alhamdulillah.

Darah kita bukankah sama merah walaupun fahaman politik kita ada berbeza? walaupun kaum kita berbeza? walaupun agama kita berbeza? Mengapa harus di diskriminasikan?

KONSEP GAULAN TANAH, TEMBIKAR & PENYATUAN

Dahulu, sebelum visi 1Malaysia diwar-warkan, kami percaya integriti kaum dan perpaduan masyarakat tidak berlaku dengan hanya meletakkan mereka di satu bekas yang sama, ibarat 3 jenis tanah liat kering yang kotor dan MUDAH HANCUR BERDEBU apabila diinjak-injak manusia. Akan masih nampak kelainan warna DAN RUPA antara satu dengan yang lain.

Untuk menyatu, kami renjis dengan air dahulu untuk melembutkannya. kami GAUL & GUMPALKAN (Surah Al-Alaq) menjadi SATU WARNA & SATU JENIS.

Kemudian kami BENTUK ia menjadi bentuk-bentuk yang kami mahukan. Selepas terbentuk dalam penyatuan itu, PEMBAKARAN AKAN MEMBUAT KAMI LEBIH KUAT DAN LEBIH KERAS sekeras tembikar sehingga boleh dijadikan penebat haba di badan kapal angkasa NASA yang berulang-alik. Lebih diBAKAR (diuji),  ia jadi LEBIH MENYATU…LEBIH KUAT LAGI.

Itulah fahaman kami dalam konsep 1Malaysia, jauh sebelum motto 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri semasa beliau mengambil alih Putrajaya. Jika ada masa nanti, kami akan ceritakan lebih terperinci tentang PENYATUAN KONSEP TEMBIKAR ini kepada semua. Mana tahu, YAB PM sudi untuk juga terinspirasi dengan kaedah alam ini, kita juga yang untung jadi rakyat Malaysia yang KUAT.

8 Tahun bukan waktu yang singkat. Gaulan yang berputar itu mampu mengeluar asingkan batu batu (kepala batu) dari golongan tanah liat yang boleh dicanai.

Bukan jumlah yang kami cari, tetapi dengan tulang 4 kerat keseluruhan co-founder & founder yang SOLID dan tidak berbelah bahagi yang menjadikan RPWP bertahan sehingga ke hari ini,  WALAUPUN tanpa menyebarkan tabung derma, membuat surat rayuan sumbangan atau apa-apa jenis permintaan kepada awam ataupun kenamaan tertentu.

Kami angkat dan galang sendiri dengan tulang 4 kerat, dengan berikat perut, dengan menahan tidur, dengan darah yang mengalir, dengan keringat yang tumpah. Tetapi kami puas, kerana matlamat kami tercapai…

GUMPALAN itulah yang telah menghasilkan “Tembikar” yang solid yang semakin kuat bila dibakar.

Begitu juga gumpalan isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang menjadi penyokong kepayahan dan perjuangan kami membela mereka, BERSAMA anak-anak asnaf & yatim sekaliannya.

Gumpalan ini juga….telah menjadikan keseluruhan orang di bawah  naungan RPWP…

BERSATU DENGAN TEGUH. ATAS DASAR PERSAHABATAN & PERSAUDARAAN. BUKAN KERANA LABA DINAR DAN HARTA, PANGKAT ATAU NAMA.

Alhamdulillah… BERKAT ISTIQOMAH, Allah telah berikan kami nikmat terbesar yang pernah kami dambakan selama ini. Nikmat yang telah dirasai Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga sanggup berkorban harta dan diri bahkan meninggalkan kampung halaman demi NIKMAT itu.

iaitu…

PERPADUAN. PERSAUDARAAN, KASIH SAYANG… ALHAMDULILLAHIROBBILAALAMIN.

Artikel oleh
WARGA PRIHATIN