WIRID TERAWIH PART 2 – HAKIKAT ‘AMAL’ RAMADHAN.

image_pdf

DIARI semalam. 6.00 pm kami menghadiri Majlis berbuka Puasa dan Harakah Ramadhan di MMU. Lepas terawih menyambung kerja membuka cetak konkrit dan sambung kerja memasang lantai. Sebahagiannya melayan tetamu yang datang ziarah dan ingin tahu tentang RPWP.

Sementara itu, Ibu-ibu dan anak nisa’ dewasa meneruskan program tadarus seperti biasa.

Tepat 12.50 a.m bersiap untuk sesi dipan-dipan (sembang santai harian) sebelum pulang, tiba-tiba dapat pula panggilan ada 2 lori simen , kapasiti 10 meter padu untuk di curah. Terpaksa tangguhkan sesi dipan-dipan untuk uruskan konkrit. Alhamdulillah 3.35 a.m. PESTA konkrit selesai semuanya.

Sesi dipan-dipan kami teruskan juga kerana itulah hidangan dan minuman harian kami yang paling lazat, itu TONGKAT ALI kami. Selepas berSAHUR masing masing pulang.

Kita sudah terlalu banyak bercakap, banyak berseminar, banyak workshop, forum, ceramah, kertas kerja, thesis, journal, minit mesyuarat bla bla bla. Jika kita susun KERTAS itu semuanya, boleh panjat sampai ke BULAN tak perlu buat ROKET.

Surah 9. At Taubah, 105. Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Surah 39. Az Zumar

39. Katakanlah: “Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya aku akan bekerja (juga), maka kelak kamu akan mengetahui,

40. “siapa yang akan mendapat siksa yang menghinakannya dan lagi ditimpa oleh azab yang kekal.”

Tidakkah kita GEMENTAR dengan KENYATAAN Allah dalam Surah 61. Ash Shaff ini,

1. “Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

NAMA & AGAMA ALLAH ini telah dicemari dan dikutuk manusia atasan dan bawahan akibat dari perbuatan kita selaku HAMBA Allah sendiri. Antara sebab Islam dan Allah di benci ialah kerana kita CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Kita memperkatakan tentang SEGALA KEBAIKAN ALLAH & ISLAM tetapi hakikatnya kita tidak berada pada FITRAH ISLAM itu. Kita tidak fitrah lansung. Islam sepatutnya di atas, kita di bawah, Islam bersatu padu, kita bercerai berai bla bla bla…

Jadi, BERDASARKAN ayat di atas, tugas kita sekarang ialah untuk SAMA SAMA MEMBERSIHKAN SEMULA imej Islam yang membawa NAMA Allah ini. MenTASBIHkan ‘NAMA’ Allah. Sila ulang-ulang baca ayat ringkas itu dan renung dalam-dalam.

2. “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”
3. “Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

KITA MENGUKUR AMAL dengan berapa banyak jumlah sebutan bibir kita membaca, melafaz, mentilawah. Bukan berapa banyak otak kita iqrak, zikir, fikir dan melaksanakan APA YANG KITA KATA dalam zikir qauli (bibir) tadi. Amat berbeza dengan apa yang telah Nabi dan para sahabat uswahkan.

Perbuatan inilah yang membuatkan kita, yang kononnya mengaku hamba Allah, kononnya bakal menempati syurga khas untuk ummat Muhammad, telah DIBENCI dengan SEBESAR-BESAR KEBENCIAN oleh Allah sendiri. Inilah hakikat KEHINAAN kita di mata dunia sekarang ini.

4. “Sesungguhnya Allah menCINTAI orang yang berJUANG dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.”

Bagaimana harus kita elakkan KEBENCIAN ALLAH terhadap kita itu? Bagaimana untuk meraih CINTA SEJATI Allah itu? Susunlah saf, biarpun sedikit. Bersatulah dengan spirit keIslaman, fitrahkanlah ISLAM dengan SALING RAHMAT MERAHMATI & BERKASIH SAYANG.

ALHAMDULILLAH.

Hasil wirid, hasil Dipan-dipan
WARGA PRIHATIN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *