Pengiktirafan khusus buat RPWP

image_pdf

RPWP PUSAT PENDIDIKAN TERBAIK – KETUA KG

RPWP PUSAT PENDIDIKAN TERBAIK – ADUN BANGI

RPWP PUSAT PENDIDIKAN TERBAIK – PEGAWAI KHAS EXCO KEBAJIKAN SELANGOR

ANUGERAH \’TOKOH MAULIDURRASUL\’ UTK RPWP

RPWP PUSAT RAWATAN MASALAH SOSIAL UNGGUL DGN KAEDAH KASIH SAYANG – MURSYIDAH TV2

 

Selepas beberapa tahun berhempas pulas siang dan malam, melabur lebur harta dan diri, bermodalkan darah, peluh dan air mata, hasil baik akhirnya terlihat juga.

Ungkapan spontan Ketua Kampung Sg Ramal tentang RPWP ini agak mengejutkan kami, yang selama ini tidak merasakan apa-apa keistimewaan dari pencapaian anak-anak ini.

Tanpa di duga YB Dr Hj Shafie, ADUN Bangi turut menyatakan rasa yang sama tentang RPWP.

Dato’ Shahabudin, Pengerusi Rukun Tetangga dan seluruh Jawatankuasa mereka turut menganugerahkan TOKOH MAULIDURRASUL kepada RPWP atas dasar pemerhatian dan pendirian yang sama.

AMAT TERHARU dengan permintaan mereka agar kami membuka ruang, berkongsi program pendidikan akhlak untuk masyarakat sekitar. Kami berjanji, InsyaAllah, setelah kerja-kerja penyediaan prasarana rumah dapat kami sempurnakan, akan kami usahakan permintaan itu. Memang itulah matlamat kami, agar mampu menghulur rahmat kepada alam sekitar sebelum kami tinggalkan dunia ini.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Syukur pada Mu ya Allah. Yang kami harapkan hanyalah REDO dari Mu, bukan puja puji. berilah kami kekuatan agar mampu menterjemahkan permintaan mereka, sama-sama memperbaiki akhlak manusia, sesuai dengan fitrah akhlak MUSLIM.

2 thoughts on “Pengiktirafan khusus buat RPWP”

  1. Assalamualaikum,

    Saya berminat untuk menghulurkan sedikit bantuan. Boleh saya tahu berapa orangkah penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin ini dan berapa orang daripada mereka yang terdiri daripada asnaf? Brp orang kanak-kanak, lingkungan umur dan jantina mereka serta brp orang dewasa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *