image_pdf

Puisi Pilu Buat Allahyarham Khairi – Al-fatihah

Puisi untuk sahabat. Tak dapat nak bendung rasa melihat seorang yang mewakafkan diri dan seluruh hartanya ke Rumah Pengasih Warga Prihatin semenjak rumah itu ditubuhkan dari tahun 2005 lagi. Meninggalkan kerjaya selesa dan terus mewakaf diri sebagai fakir yang berusaha keras. Bukan fakir yang berlingkar malas. Berkhidmat tanpa gaji, malah harta yang ada terus dilabur kepada pembangunan generasi di Rumah Prihatin.

Aku sendiri menggeleng kepala sambil airmata menitis, rupanya…ada lagi insan seperti ini.

Khairi bin Anuar sudah tiada apa lagi nak ditinggalkan kecuali jasanya. Beliau mengalami masalah hernia yang sangat serius sehingga menyebabkan paru-paru menjadi lemah dan jantung menjadi terlalu lemah disebabkan sedikit kebocoran pada injap. 4 tahun berulang alik ke Hospital Serdang, PPUM dan Hospital Selayang tetapi masih belum nampak ada ikhtihar yang mungkin.

Saya dapat rasakan, kini hanya doa mampu memberikan satu magik. Mungkin ada doktor-doktor yang tidak meletakkan beliau pada senarai keutamaan. Tetapi jika anda letakkan seorang Perdan Menteri dengan insan ini, pasti saya pilih untuk selamatkan insan yang sanggup berhabis-habisan untuk orang lain dengan segala apa yang ada pada dirinya termasuk dirinya sendiri.

Nilai baik seorang manusia tidaklah dikira dengan kekayaan bergaji sejuta menyumbang seribu ringgit, tetapi insan ini berpendapatan seribu ringgit menyumbang keseluruhannya.

Ya Allah, sampaikanlah doaku ini sehingga dibaca oleh pakar cardio, pakar bedah, pakar bius, pakar-pakar yang membaca agar mampu dicuba sedaya yang ada.

Khairi bukannya darah daging saya, tetapi dia sahabat saya dan saya tak rasa ada ramai orang begini atas dunia. Jika pergi seorang ini, mungkinkah mukhlis seperti ini akan sukar dijumpai lagi.

Dalam dingin petang dan masih diperkarangan hospital ini, lalu aku karangkan satu nukilan rasa untuk sahabat yang setulus ini. Puisi ini, aku karang untuk Khairi, sahabatku…sahabat Prihatin.

PUISI & DOA UNTUK SAHABAT

Kini kau terlantar tiada upaya
Setelah hayat kau beri pada yang tiada…
Yang tiada ibu dan juga bapa
Yang tidak mampu dan kurang upaya
Kau taburi jasa tak kenal siapa
Sedari pertama kita berjumpa
Dalam sakit juga sihat selesa
Kau jaga anak Prihatin tanpa dibayar apa
Hanya redha Allah yang kamu damba
Kamu tinggalkan kerja yang selesa
Di rumah pengasih warga prihatin kau tabur jasa
Di rumah itu kau labur usia

Kiranya kali ini pertemuan kita yang akhir
Kami doa redha Allah beserta takbir
Seorang insan sehebat kau yang fakir
Kefakiran dipilih kerana kau benci kikir

Fakirmu kepada Allah kau mengabdi
Pengambdian yang kekal abadi
Hingga hari ini kamu ditangisi
Kami redha jika kau pergi
Sebagai mujahid menolak duniawi
Kelak menunggumu Si Bidadari

Bertahanlah dengan semangatmu yang jitu
Jika kau terlepas dari sengsara itu
Jadilah kau hebat tak pernah lesu
Walau badai datang berlalu
Kau tetap utuh berdiri di situ
Sebagai pembela anak bangsamu
Khairi Anuar kami redha denganmu

Jasamu tetap tidak kami lupa
Walau seribu tahun tak pernah kami leka
Menerus juangmu mendidik anak bangsa

Anak-anakmu di Rumah Prihatin

Nukilan pilu

Saiful Nang
Warga Prihatin
Hospital Serdang

 

Update: 5 Jun

Alfatihah untuk sahabat. Khairi Anuar mungkin tidak dikenali tetapi beliau antara individu yang paling ikhlas kerana beliau mewakafkan segala harta dan dirinya untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Beliau tinggalkan kerjayanya dan mengabdi tak bergaji di Rumah kami ini walaupun ketika sakitnya. Ternyata kesakitan itu sering kalah dilawan arwah, cuma kini arwah akur dengan ketetapan Ilahi yang telah menetapkan ajalnya. Cuma khidmat beliau tidak panjang, Khairi Anuar menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi di kampungnya di Felda Jelai.

Beliau ialah bapa kepada anak-anak Warga Prihatin dan pemergian beliau satu keberangkatan yang kami bakal rindui. Cerita keikhlasan beliau akan tetap terus jadi monumen lambang keikhlasan manusia era baru dan bakal jadi cerita keturunan sehingga 1000 tahun lagi.

Al-Fatihah untuk sahabatku. Semoga tenteram kamu di sana.

WARGA PRIHATIN

Sama-sama Doakan Kebaikan Untuk Saudara Kita

Salah satu tanda seseorang itu kembali kepada Allah, ingin merendahkan diri ialah apabila ia mendekati anak-anak yatim, golongan asnaf dan memperbanyakkan doa dan sukakan majlis ilmu, secara private tanpa ingin dihadiri oleh mana-mana wakil media.

Pilu dan terharu dengan doa anak-anak ini terhadap YAB PM. biar siapa pun kita, biar apa pun bangsa, agama, latarbelakang politik kita, mari sama-sama kita doakan yang terbaik untuk YAB PM, demi kesejahteraan negara ini dan anak-anak yang bakal meredah kehidupan dan mewarisi kepimpinan.

Mari sama-sama kita aminkan doa anak-anak ini agar YAB PM dilimpahi bukan saja Hidayah, malah Taufik dan Inayah agar kita terpimpin dengan baik, amanah dan bijaksana. Mari kita doakan agar lebih ramai lagi pemimpin negara kita yg lain, biar dari parti mana pun mereka agar kesemuanya kembali kepada kehendak Allah untuk bersatu (ummatun wahidah), memperbanyakkan muhasabah diri, banyak beristighfar memohon ampun dan bertaubat kepada Allah agar masa depan negara ini akan menjadei lebih baik, aman dan harmoni.

Mari lembutkan hati, sama-sama berdoa dan berusaha untuk satukan semula hati-hati Pemimpin dan rakyat negara ini yg telah sangat parah pecah belahnya. Untuk umat Islam negara ini, pelajarilah, ambillah iktibar dari jutaan umat kesayangan Rasulullah saw yang terbunuh akibat dari perang saudara, yang membunuh bukan saja umat biasa yang tidak berdosa, malah para sahabat-sahabat Khulafak Ar-Rashidin dan anak cucu kesayangan Rasulullah, yang telah banyak berkorban harta dan diri sendiri membantu Rasulullah menyempurnakan kebenaran petunjuk dan agama yang kita miliki sekarang.

Allah Maha Pengampun, Maha kaya. Hentikanlah sengketa. Anak-anak memerhati penuh kebingungan,lesu dan letih. Berilah ampunan kepada sesiapa yang berdosa, kerana pendosa yang bertaubat dan kembali kepada Allah (contoh Adam) akan banyak belajar dari kesilapan dan mendekati Allah untuk meraih ilmu dan rahmatNya, adalah jauh lebih baik dan efektif, daripada malaikat yang bongkak, A.K.A Iblis.

Amiin.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Seruan Iklhlas Warga Prihatin

PIAGAM MADINAH – Strategi Terbaik Penyatuan Bangsa

Baru-baru ini ada pihak pertikaikan usaha penyatuan UMNO & PAS. Kami sangat berkecuali sebagai badan kebajikan yang sentiasa dikunjungi bukan saja oleh orang PAS dan juga orang UMNO, malah MCA, MIC, DAP, PKR dan parti-parti lainnya.

Kami muliakan dan menyayangi mereka kesemuanya sebagai tetamu kami tanpa mengira status sosial, agama, bangsa dan ideologi politik. Kayu rumah kami dan barang-barang elektrik seperti kipas dan lain-lain juga orang Cina yang beri. Orang India pun tolong kami untuk berniaga kereta dan membaiki kereta. Orang Melayu pun banyak membantu. Maka rumah kami tak memilih kaum kerana kami percaya 1Malaysia itu BUKAN SEKADAR duduk bersama dalam 1 lingkungan tetapi merasakan bela membela antara 1 sama lain seperti kita bela membela antara seorang abang dan adiknya, ibu bapa dengan anaknya, datuk nenek dengan cucunya.

Prinsip kami tidak lari dari prinsip Rasulullah s.a.w.. Dalam Piagam Madinah juga orang Yahudi & Nasrani yang tidak mahu mengikuti Islam disatukan apabila puak besar dari kalangan umat Islam iaitu Aus & Khazraj dapat disatukan (Orang Islam pada fasa Yathrib, sebelum kehadiran Muhajirin yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW). Yahudi tahu pada ketika itu Islam dari peninggalan Nabi Ibrahim sangat kuat dan menguasai majoriti penduduk Yathrib TETAPI dilemahkan oleh mereka dengan perpecahan melalui persengketaan saudara antara Aus & Khazraj. Maka Kaum yang besar beragama Islam yang berpandu pada milah-milah Ibrahim itupun menjadi lemah. Bayangkan jika orang Islam menguasai 60% populasi kalau buat election pun boleh menang, tapi orang Islam dah jadi 30% kerana pecah 2, kalau election pun mesti kalah dengan Non-believers yang bersatu.

Apabila datangnya Rasulullah SAW selaku seorang yang berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana “parti”. Tidak Aus tidak pula Khazraj, maka kedua-dua parti ini mampu disatukan. TIDAK Aus masuk Khazraj atau tidak Khazraj masuk Aus TETAPI mereka bersatu menjadi MADINAH.

Ini kaedah yang Allah ajar kepada Nabi dalam piagam madinah. Maka golongan majoriti telah bersatu dan megalahkan golongan minoriti yang juga bersatu. AKHIRNYA golongan minoriti tadi terbahagi kepada 2. Yang pertama mereka menuruti sistem kekhalifahan Islam dan yang ke-2 mereka masih tetap tidak menerima kekhalifahan dan membayar jizyah kepada kerajaan Madinah.

Teknik sudah ada, hebat sangatkah kita yang masih lagi mempercayai bahawa penyatuan tidak perlu berlaku…?

Sinisnya, situasi semasa piagam Madinah MIRIP apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Melayu, Islam yang majoriti terbahagi 2 golongan (UMNO + PAS/PKR). Sinisnya juga kerana golongan minoriti sangat bersatu. Sinisnya lagi apabila orang dalam parti sendiri yang mengusahakan penyatuan dan bukan satu parti berkecuali yang menjadi penyatu, secara psikologi dan sosiologi, anjuran penyatuan sebegini akan ditolak oleh pihak yang satu lagi..

Apapun, apa yang dalam piagam Madinah itu sudah masuk skop yang besar. Sebelum itu, dengan konsep yang hampir sama, Nabi telah satukan Kabilah Arab yang bertelagah untuk hak meletakkan semula batu Hajar Aswad yang jatuh ke tempatnya. Semuanya dengan sifat amanah al-Amiin dan berkecualinya Rasulullah s.a.w.

Jika sejarah kenabian hanya dibaca untuk suka-suka, anda samalah macam baca novel untuk hiburan. Tapi jika anda bacanya dengan strategik, anda akan lihat pelajaran besar yang mampu membimbing kita menyelesaikan pelbagai kemelut kehidupan yang terkait dengannya.

UMNO cakap PAS kafir. PAS cakap UMNO kafir, masing-masing ada asas tersendiri. Para pemimpin masing-masing saling melompat-lompat ke sana ke mari. Kami tak mahu jadi kafir dengan menyokong mana-manapun. Kami masih tetap berkecuali. Hasil kajian kami semakin ramai golongan berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana parti yang sedang berpecah belah ini. Akibatnya semakin mengurang kekuatan yang ada. Tidak kah ini menunjukkan yang penyatuan sangat perlu untuk disegerakan?

WARGA PRIHATIN

MUTASYABIHAT DI SEBALIK JEREBU – Satu Sindiran Allah Untuk Manusia FIKIR dan ZIKIRKAN


Apabila jerebu datang, sinar matahari yang selalu tidak kita kisah akan jadi kita rindukan, fotosintesis pun kurang lancar, putik buah terbantut, pendebungaan oleh Sang lebah untuk pokok keluarkan buah juga terjejas. Kini semua orang mengharapkan HUJAN untuk turun kerana pandangan menjadi KABUR

Apabila Arab Spring yang diBAKAR/DIKOBARKAN oleh BARAT menyebabkan kebangkitan-kebangkitan Arab yang masing-masing negara jadi tidak keruan. Dengan tiupan KHABAR DARI ANGIN (CNN, BBC, ABC, Al-Jazeera dan media-media yang ditaja oleh “mereka” juga bercerita) kita jadi KABUR tak nampak kebenaran kerana asap-asap bakaran itu menjadikan penglihatan kita samar sehingga kita mempercayai angin asap itu berbanding matahari yang selalunya bersinar terang. Kita lupa yang cakap Saddam jahat, yang kata Hosni Mubarak jahat, yang kata Muammar Ghadafi itu jahat, yang memberitakan pemimpin-pemimpin yang tidak mahu tunduk atas telunjuk mereka itu jahat adalah ANGIN DARI SUMBER YANG SAMA. Kita percaya sahaja kerana angin media sosial pun MEREKA PUNYA juga.

Lalu Malaysia juga jadi keliru, mahu bangkit dari asap kesan kobaran BARAT kepada negara-negara Arab yang mereka tidak restui. Negara yang mereka restui apabila pemimpinnya mahu mengikut telunjuk kekal aman damai dan tidak mereka ganggu pula.

Dunia semakin panas kerana ada pihak yang MEMBAKAR hati pihak lain sehingga berasap menjerebui dunia dan menghilangkan cahaya kebenaran dari sumber yang SATU, iaitu matahari. Cahaya yang kini terlindung dari asap kobaran yang membakar umat manusia.

Sang PEMBAKAR juga yang dapat laba

Sang TERBAKAR juga yang hangus dan hilang kuasa

UMAT manusia juga yang hilang arah di jalan yang kabur.

AKIBATNYA…

Semua orang harapkan awan

Semua orang kini harapkan hujan

Semua orang harapkan ada pelangi selepas ini.

Apakah itu awan yang membawa Air?

Awan itulah pihak berkecuali yang tidak partisan kepada BUMI (Rakyat marhaen) dan tidak juga memihak kepada LANGIT (Golongan pemimpin yang dijunjung) tetapi berada di antara bumi & langit dan sangat diperlukan dunia pada ketika ini apabila bumi sudah tidak nampak langit juga bila langit tidak boleh nampak bumi. Semua dek kerana terlindung dengan asap yang RUPANYA macam awan dan kabus berair tetapi tidak mendatangkan air yang menyejuk selain hanya kepanasan, kesakitan dan kematian spesis haiwan dan tumbuhan sahaja.

Harap dapat dibaca secara tersirat kerana setiap kejadian di atas mukabumi ini adalah representasi kejadian semasa penghuninya.

Demikian hakikat mutasyabihat disebalik JEREBU yang kita hadapi kini. Bacaan Mukamatnya adalah, asap datang dari Sumatera, yang sebahgian pembakarnya juga datang dari Malaysia. Hanya kerana rakuskan laba dunia. Angin tiupkan asap ke malaysia yang mengkaburkan pandangan yang membingungkan hala perjalanan. Umat manusia di Malaysia yang tidak berdosa juga yang terima kesukaran dan kesakitan.

Hasil fikir, hasil zikir & Rumus Oleh
WARGA PRIHATIN

Ilham Hidayah dari keseluruhan surah 44Ad-Dukhaan buat renungan seluruh Warga Yang Prihatin.

Sila like, share. Ayuh sama sama zikir, sama sama fikir, bersama mengatur minda dan tindak, hentikan pembakaran mukamat dan mutasyabihat, sama-sama berdoa agar Allah turunkan hujan Mukamat dan Mustasyabihat Nya untuk kesejahteraan UMMAT MANUSIA watan dunia.

Co-Founder RPWP selepas bekerja keras

Antara muka-muka lebam co-founders overtime gotong royong di Rumah Pengasih Warga Prihatin sampai pagi. Puas hati mission accomplished dan tidak sesudu simen pun terbazir selain dikutip yang jatuh agar tiada sesen pun harta anak yatim dan asnaf yang kami sebagai pengurus-pengurusnya bazirkan. Kebanyakan co-founder ini adalah dari golongan professional seperti kontraktor, pensyarah, taukey stesyen Petronas,jurutera, banker, ustaz, fotografer, doktor dll.We just love to set our mind together constructing RPWP by our own hands since 7 years ago on daily basis as a companion (sahabat). Yes…it have been 7 years now. For those half-hearted people or even those who just give 99% will never stand that long. We must give minimum 100% to be consistently thereWARGA PRIHATIN

Kita sombong dengan hujan

MANUSIA SOMBONG DENGAN HUJAN

Lepas basuh kereta cantik-cantik dan nak keluar melaram jumpa kawan perempuan yang kenal di facebook, hujan pula turun dan kita merungut. Lepas dah rancang dengan anak nak keluar ke taman permainan, hujan pula turun…kita juga merungut. Semasa banyak baju nak dikeringkan dan kita sidainya di luar lalu hujan turun, kita juga mengeluh.

Beberapa hari ini, kita mohon pula hujan-hujan yang dulunya kita herdik kehadirannya. Hanya kerana kita dah lemas dengan asap & tak tahan pula dengan panas.

Sombongkah kita ini?

* Post ini sambungan dari kisah JEREBU yang kami kongsikan di sini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152006905402786&set=a.201867952785.170933.176792972785&type=1&relevant_count=1

Nukilan & Rumusan Pemikiran
WARGA PRIHATIN