image_pdf

Gadis 16 thn Mati terjatuh sebelum jumpa kekasih

Gadis 16 thn Mati terjatuh sebelum jumpa kekasih

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL dan KHAIRIYAH HANAFI
jenayah@kosmo.com.my

INILAH apartmen di Desa Pandan lokasi Khadijah ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tujuh untuk menemui kekasihnya.

 

KUALA LUMPUR – 23 November 2012

Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.

Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.

Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.

Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.

 

=========================================

Seorang Remaja lelaki sedih kehilangan Khadijah

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki yang mendakwa kekasih Siti Khadijah Muhammad, 16, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah apartmen di Desa Pandan di sini tidak dapat menerima hakikat dia sudah kehilangan gadis itu.

Menerusi laman Twitter miliknya, remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Farid itu melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa mangsa sebelum gadis itu meninggal dunia.

Remaja lelaki yang tinggal di Damansara Damai, Petaling Jaya itu turut mendakwa, ibu dan seorang adik perempuan mangsa menjadi punca gadis itu nekad keluar daripada rumah melalui tingkap.

Antara petikan yang ditulis dalam Twitter remaja lelaki itu: “Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****. Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi.”

Selepas mendapat maklumat kekasihnya mati terjatuh daripada apartmen, remaja lelaki itu terus pergi Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menatap wajah kekasihnya itu.

Mengikut Twitter itu lagi, remaja berkenaan meluahkan, air matanya tidak berhenti mengalir selepas menatap wajah gadis pujaannya yang sudah tidak bernyawa di hospital.

Pada sebelah petang, remaja lelaki itu mengemas kini Twitter miliknya lagi dengan memberitahu, dia yang tiada wang memberanikan diri menaiki teksi ke rumah arwah kekasihnya untuk sama-sama membaca surah Yasin.

Sampai di apartmen tersebut, remaja itu memberitahu, dia bernasib baik kerana keluarga kekasihnya membayar wang tambang teksi.

Kemas kini pada pukul 8.30 malam tadi pula menyebut, dia berasa bersalah kerana kematian Khadijah dianggap mempunyai kaitan dengan dirinya.

“Aku rasa serba salahlah, dia meninggal sebab aku. Dia sanggup buat macam itu semata-mata nak jumpa dengan aku.”

Tinjauan Kosmo! di akaun Twitter remaja itu pada pukul 8.47 malam tadi mendapati akaun tersebut dibanjiri ucapan takziah pengikutnya yang berjumlah 3,390 orang yang rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap nasib mangsa dan remaja lelaki itu.

Remaja itu bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan komen mengenai kejadian itu.

Sementara itu, laman Facebook dan Twitter milik Khadijah sudah ditutup oleh keluarga mangsa.

Nurhani Membentuk Jiwa Prihatin

nurhaniAnakanda Nurhani Masjuki terpaksa mengorbankan privacy beliau, selaku anak pengasas dan pengetua RPWP.

Beliau terpaksa berkongsi ayah kandung bersama anak-anak asnaf yang lain, juga sama-sama makan minum, belajar, bersekolah bersama mereka tanpa sedikitpun double standard. Beliau juga turut sabar membantu ibu menjaga kakaknya seorang OKU DownSyndrome.

Seperti anak-anak yang lain, Nurhani tidak terlepas dari ikut berpuasa sunat isnin khamis. Di sekolah Nurhani sibuk dengan tugasan pengawas dan ko-kurikulum. Pelbagai program pendidikan yang padat di RPWP juga tidak menggugat beliau.

Nurhani tetap unggul di bidang akademik. Beliau telah memenangi ANUGERAH EMAS (Tahap tertinggi peringkat sekolah beliau), juga turut memenangi anugerah Markah tertinggi beberapa subjek di Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama.

Bukan itu saja, Lebih Istimewa lagi apabila beliau mengikuti jejak ayah dan abang-abangnya. Beliau telah menyerahkan hadiah KEJAYAAN ANUGERAH EMAS berjumlah RM300 serta hadiah basikal baru yang dikurniakan oleh pihak PIBG itu kepada RPWP untuk digunakan oleh anak-anak asnaf yang lelaki.

Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Doktor perubatan, pengkhususan bidang sakit puan bila tiba waktunya nanti. SYABAS anakanda Nurhani. Doa kami tetap mengiringi mu.

Pelajaran :
Mengurangi kelebihan dan kemewahan hidup, MENGGALAKKAN anak bergaul dengan para asnaf dan anak yatim walaupun dalam serba kekurangan sambil memerhatikan kerukunan hidup jemaah ibu bapa pendokong berjaya memberi kesedaran dan motivasi tertinggi untuk pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak.

ALHAMDULILLAH.

Hasil pemerhatian

WARGA PRIHATIN

Teori Darwin Berbentuk Mukamat atau Mutasyabihat?

Jika anda dari kalangan sahabat bukan Islam mari fikirkan logiknya petunjuk ini. Jika anda seorang Islam tentu anda memilikki (wajib memilikki) sebuah terjemahan AlQuran, bukalah surah 5, Al-Maidah, ayat 60 dan sama sama renungkan. Kemudian sama sama kita muhasabah (hisab dan nilai status kita di mana?).

Sedang dibincangkan di FB Warga Prihatin. Sila klik untuk mengikutinya.

Semuga bermanfaat. Doa selamat buat seluruh sahabat prihatin sedunia.

 SILA KLIK FOTO DI BAWAH UNTUK MEMBESARKANNYA

Peri Pentingnya Ibu Melangkah Ke Syurga

Renungan untuk para anak, ibu dan bapa demi memastikan pembentukan generasi yang berakhlak di masa depan.

Sedikit demi sedikit peradaban kita terhakis sehingga pembaikannya menjadi amat sukar.  Apa pun mengeluh saja tiada gunanya. Setiap diri harus menentukan hala tuju pejalanan agar tapak kaki yang akan diikuti itu benar benar menempatkan anak yang cuba mematuhi perintah Allah untuk meletakkan syurga di tapak kaki ibu benar benar menjadi kenyataan.

Sedang dibincangkan di FB Warga Prihatin. Sila klik untuk mengikutinya.

Semuga bermanfaat. Doa selamat buat seluruh sahabat prihatin sedunia.

 SILA KLIK FOTO DI BAWAH UNTUK MEMBESARKANNYA

Selagi Umat Islam Tidak Bersatu Ia Akan Gagal Menyatukan Umat Lain

Perpecahan umat Islam bermula sejurus selepas zaman wafatnya Nabi saw. Perang Jamal menyaksikan 12,000 umat Islam gugur, perang Sifin 90,000 umat terbunuh,  dibunuh sesama sendiri.

Agenda perang saudara diteruskan oleh Iran vs Iraq, Iraq vs Kuwait dan begitulah juga kita di sini. Kenapa kita tidak pernah sedar dan serik..??? perlukah kita meratapi nasib Palestine vs Israel jika kita masih seronok melayani nafsu perpecahan yang tidak berkesudahan ini?

Ini adalah sekadar nasihat membina, ikhlas untuk semua yg berfikiran terbuka. tidak berniat untuk kondem sesiapa. Sekadar menuntut tindakan serius ke arah perpaduan yg sebenar. Kita telah banyak membuang masa, belanja dan tenaga bercakaran sesama sendiri. Semakin hampir pilihanraya, maka perpecahan dilihat semakin nyata. Ayuh bangkit lah dari lena. Takutlah pd ancaman Allah… perpecahan ini mempamerkan sikap kita yg menentang Allah terang terangan.

Jika Islam itu persaudaraan, maka perpecahan tanda kita tidak Islam, oleh itu mari kita muhasabah diri kita,  masih Islam kah kita? ayuh renung ke dalam diri masing-masing.

Isu ini sedang dibincangkan di FaceBook Warga Prihatin. Sila Klik text ini untuk mengikutinya.

SILA KLIK FOTO UNTUK MEMBESARKANNYA

1Malaysia – Chinese New Year Bersama Heng Glass

Puchong – 1 Feb 2011

Sudah lama niat Prihatin ingin berkongsi cerita menarik ini tapi kesibukan semua sukarelawan tidak mengizinkan kami berbuat begitu.

Pada tarikh tersebut di atas, keluarga Mr Fong dan seluruh kakitangan Heng Glass yang telah menaja papan untuk pembinaan Rumah Prihatin telah mengadakan majlis khas sempena Chinese New Year. Ia di adakan beberapa hari sebelum ketibaan Chinese New Year. “saya mahu menyambut New Year tahun ini bersama Warga Prihatin terlebih dahulu, sebelum pulang ke kampung menyambutnya bersama sanak saudara” , ujar Mr Fong.

Dalam majlis khusus di perkarangan kilang Heng Glass itu, seluruh Warga Prihatin diberi keistimewaan dengan jamuan pelbagai juadah. Kami  turut menyumbangkan pelbagai persembahan termasuk silat, nyanyian ‘Kong sikong sili’, ‘We are the world’ dll. Bapa Mertua Keluarga Mr Fong dan para direktor syarikat turut menyanyikan lagu melayu asli dengan penuh keceriaan  sebagai tanda penjiwaan muhibbah dan keperihatinan.

Alangkah indahnya hidup ini bila di penuhi dengan rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati antara kaum, antara agama tidak mengira lapisan umur dan status sosial masing masing.

Semuga wawasan 1Malaysia yang telah lama di established kan oleh Warga Prihatin ini dapat menunjang kejayaan wawasan 1Malaysia dan satu dunia satu bangsa. Biarlah perbezaan agama dan bangsa kita gunakan untuk kebaikan, untuk membanyakkan cetusan, tidak sekali kali kita gunakan untuk mencetuskan kemusnahan.

Sila buka menu Galeri foto Mac 2012 jika anda ingin mendapatkan gambaran jelas melalui foto secara keseluruhan mengenai majlis ini.

Wassallam.