Pelajar 15 Tahun Jadi Pelacur di Malaysia !

image_pdf

September 29th, 2011 06:17 AM | by Informasi My | sosial.

 

Kutipan dari berita Malaysia

Seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun meraih pendapatan sebanyak £14,000 (RM73,317) dalam tempoh dua bulan setelah bekerja sebagai gadis teman sosial, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis itu seperti pelajar lain pergi ke sekolah tetapi pada hujung minggu dia bertemu beberapa lelaki untuk menjalin hubungan seks di hotel.

Dia mendakwa umurnya 18 tahun.

Gelagat pelacur muda itu terbongkar apabila seorang gurunya menemui kondom dalam beg sekolahnya.

Polis kemudian dihubungi dan pelajar itu dibawa pulang ke rumah.

Anggota-anggota polis menggeledah rumahnya yang didiami oleh ibu dan bapa tirinya.

Mereka menemui wang tunai £8,060 (RM42,215) disembunyikan di loteng rumah.

Pada awalnya, polis mengesyaki ibu bapanya menjadi bapa ayam dan menahan mereka.

Namun, polis kemudian mendapati ibu bapa gadis itu tidak mengetahui anak mereka bekerja sebagai pelacur kelas atasan dan mereka dibebaskan.

Pelajar itu tidak ditangkap.

Polis menyatakan pelajar itu menjadi mangsa keadaan.

Jurucakap polis Northumbria, Asa Anderson berkata: “Wang tunai itu dirampas selepas polis menerima satu panggilan telefon dari sebuah sekolah di mana seorang guru menemui beg seorang pelajar mengandungi beberapa barangan.”

Beberapa pegawai berkata, gadis itu mungkin memperoleh pendapatan £84,000 setahun (RM251,342) jika perbuatan itu tidak dibongkar.

1 Comment

  1. azrai zuraidy

    sebagai rakyat malaysia saya ambil serius perkara ini, bagi pandangan saya perkerjaan seperti ini tidak seharusnya di jadikan satu perkerjaan kerana dari segi undang-undang memang salah apa tah lagi dari segi hukum agama seluruh rakyat malaysia berdosa kalau kita tak sama-sama membenteras gejala tidak sihat ini terutama di kalangan orang melayu(islam) kepada agensi yang bertanggungjawab tolong beri perhatian perkara ini. kepada remaja yang masih lagi berada dalam kancah ini bertaubat la sebelum anda semua sesat lebih jauh. allah itu maha pengasih dan pengampun jika kita betul-betul bertaubat dan kembali ke jalan nya.allah beri kita cukup akal sempurna tubuh badan tiada cacat cela jadi gunakan apa yang allah kurniakan pada kita dan setiap manusia di bumi ini ke jalan yang di redhai cari rezeki yang halal. jangan pilih jalan yang mudah mengadai maruah diri sebagai seorang wanita. allah tidak akan ampunkan dosa-dosa jika kita tiada minta keampunan dari allah s.w.t

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *