Mekanik Dipenjara 12 Tahun Kerana Rogol Anak Jiran Berusia 19 Tahun

image_pdf

 

KUALA LUMPUR – December 1st, 2011 10:50

Seorang mekanik hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah kerana merogol anak jirannya yang berusia 19 tahun, tiga tahun lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Azmizam Dolah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguam Haris Salleh yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu bagi menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Azmizam, 36, didakwa merogol gadis berkenaan di sebuah rumah yang terletak di Taman Aman Putra, Jinjang Utara, Sentul di sini pada 1.30 petang, 21 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Maline Anne telah mengemukakan seramai tujuh saksi manakala pembelaan memanggil tiga saksi termasuk tertuduh untuk memberi keterangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *