Lelaki noda kenalan ketika isteri tiada di rumah

image_pdf

Metro

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang ibu kepada dua anak menempuh detik hitam apabila diikat tangan, kaki dan leher sebelum dirogol seorang lelaki yang juga kenalannya di rumah lelaki berkenaan di Malim Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 38 tahun itu keluar bersama suspek berusia 28 tahun sebelum diajak ke rumahnya dan dipaksa melakukan hubungan seks.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Risikan/Operasi), Superintendan R Gunarajan, berkata dipercayai berang ajakan mengadakan hubungan itu ditolak suspek mengikat dan merogol mangsa.

“Mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak tetapi tinggal berasingan dengan suaminya, keluar bersama suspek pada lewat malam sebelum diajak ke rumahnya di Malim Jaya.
“Suspek kemudian memaksa mangsa mengadakan hubungan seks, tetapi mangsa enggan sebelum suspek mengikat tangan, kaki dan leher mangsa dan merogolnya. Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, isteri suspek tiada di rumah” katanya.
Menurutnya, mangsa yang tinggal di Pokok Mangga berjaya melepaskan diri dan hanya membuat laporan polis pada Selasa lalu di Balai Polis Malim.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

1 Comment

  1. kongkekman

    Kadangkalo sian jugok khat kaum hawa nie yorr, terutama yg di piggirkein oleh husband,merinduie kehausaei malei hinggo menyekso naluri hatie..terkulai2 dimalei harie dah pulak tu sorru selalu missed,kesunyien menjelma mengisi kekosongei di hatie,setan iblis mulai mengodaie jiwa..

    kes atas tu : tak serasi lagi dgn suami>keadaan dapor tak berasap>kesunyian>memperchayai orang -bertujuan mengambil kesempatan, lebeh kurang-jong pecah u kenyang – barangkalie peristiwa tersebut akan menggangui perasan emostional pompuan tersebut hingga last moment of her breath.

    Cuba bayangkan kalo adik kakak omak kito melalui peristiwa sedemikian..apo raso nyo ? oleh itu bilo nok tala ‘bahan’ tu bayangkein lah yg di bawah kamu tu mdarah daging sendiri.

    kalo takut malu tapie keinginei nok nok nok..tapie bermasaalah diri-keluarga …kawin jorr di sempadei..asal dihalalkei dunio ahkirat..kal aku.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *