lagi Kondom dalam beg sekolah anak

image_pdf

MyMetro

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.

4 Comments

  1. kongkekman

    Salam..aduhai doh mak bapo’ doh belai siang male sakit poning..dok lap dengei rapi guard apoko bondo tu..siang malei selamo 15 tahun sonang2 ajorr kou kasi paknandek tala had tu..sian sunggoh had jantan yang benamo islei..taubat laa sebelum terlambat.

    itu lah adik2 jgei sekali2 keluak dgei mano2 jantan, tak kiro bulu umok..dimano2 jua..apo ko bondo jantan ini dah balegh sentiasa ajoor current siot nok nok rase..toggak sellalu..bah kei nok GOL pun maseh ado hajat di hati selalu.

    Reply
    1. perogolmalam

      Asmk.. bab cerita makan.. kek sedap ini.. , selagi bernama manusia pasti terjadi,tak kira usia-paras rupa-kedudokan sekali pun..tetap terjadi bah kan tempoh hari terdengar ustazah pun di nodai..bayang kan lah ..pasti veil nya kian lama disimpuli- kuat mati…dari kecil hingga ke dewasa ini…senang senang tetanggal atau ditanggali atas keinginan diri….atau di iniayai…punah ranah..berderai.. amalan bertahun tahun yang telah .di selami atau di lalui..berderai dalam sehari samasekali….menamat kesucian diri- yang di jagaie selama ini..walllauallam.. cuba jangan bergaul terlalu bebas sangat,jangan sampai menggadai batu permata yang disayangi, kalo dah hilang nilai nya pasti tidak dapat di ganti saperti semula jadi kembali, seolah olah ayer yang jernih dah bertukar kehitaman, roh mulai terperangkap ..di selaputi -dengan kekotoran dosa dosa..memang rugi bila nak kembali kapada ALLAH nanti…..jagai lah kesucian diri take cares..wlksmllah.

      Reply
  2. perogolmalei

    depa sekarang inie berani berani belaka..tak de segan silu lagi macam biasa aja, kata dol.. aku bangga kalau zaman kini aku di anugerah anak lelaki..senang jaga sikit berbanding anak perempuan yg akan memeningkan keadaan…

    Reply
  3. Kek-Kong-Man

    Macaaaam la, baru berlaku kat Malaysia.. Ni baru satu.., ribuan lagi kat luar tu..!!, dlm kebun sawit, dlm pondok getah, dlm rumah usang, belukar..!!

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *