Kes remaja terlanjur menakutkan

image_pdf

Harian Metro – setempat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR:  Sebilangan besar remaja kini didapati bukan saja menjadikan hubungan seks terlarang sebagai percubaan, malah hobi mengisi masa lapang.

Fenomena menakutkan itu didedahkan penceramah bebas juvana, Mohd Yunus Mohd Ali, selepas sebilangan besar remaja bermasalah mengaku melakukannya untuk berseronok pada masa lapang.
Beliau berkata, golongan itu biasanya mendapat maklumat berkaitan seks, termasuk bahan lucah, melalui Internet atau video di rumah, selain telefon bimbit rakan.

“Selesai berceramah, saya buka peluang untuk mereka meluahkan isi hati dan saya sebenarnya terkejut dengan pengakuan diluahkan.
“Selepas melakukan seks sekadar suka-suka, mereka kini menjadikannya sebagai kegemaran dan ia perkembangan menakutkan,” katanya.
Situasi berkenaan turut diakui Pengasas Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim selepas melihat jumlah kes remaja terlanjur semakin serius.

Menurutnya, banyak kes diterimanya kini membabitkan remaja di bangku sekolah yang terlanjur dengan teman lelaki, selain menjadikan seks bersama rakan sebagai hobi.
“Berbanding lima tahun lalu, kebanyakan kes membabitkan remaja lepasan sekolah berusia antara 20 hingga 26 tahun, tetapi kebelakangan ini seawal 13 tahun.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan, kita melihatnya sebagai masalah utama yang sangat membimbangkan. Jika tidak ditangani dengan segera dan betul, kita khuatir ia terus membarah hingga sukar ditangani,” katanya.
Dalam kebanyakan kes diterimanya, hampir 90 peratus mengaku melakukan seks dengan teman lelaki dan mengulanginya dengan teman baru.
Malah, kebanyakannya mengakui mempelajari perlakuan itu daripada sumber yang mudah dicapai seperti di laman Internet atau filem lucah.
“Mereka sebenarnya bermula melalui pengalaman sendiri. Mereka mempelajarinya daripada Internet atau video lucah dan kemudian diterjemahkan dalam bentuk sembang, sama ada antara teman lelaki atau dengan rakan rapat masing-masing.
“Selepas itu perbualan bertukar kepada cuba-cuba seperti bercium, berpelukan, seterusnya adegan seks ringan. Bila seronok dengan apa dilakukan, mereka cuba pula melakukan seks lebih berat hinggalah seks luar nikah,” katanya.
Haliza berkata, kebanyakannya mengaku bebas melakukan seks berikutan tiada pemantauan ibu bapa, malah ibu bapa membenarkan anak mereka keluar rumah tanpa mengetahui aktiviti dilakukan.
Ada ibu bapa yang tidak tahu anak mereka membawa teman lelaki balik ke rumah dan melakukan seks secara sembunyi.
“Bukan mahu menyalahkan ibu bapa. Namun, memang ada ibu bapa tidak tahu pergerakan anak apabila ditanya, termasuk apa dilakukan dalam rumah sendiri.
“Ada kes di mana remaja mengaku pergi ke negeri lain untuk berjumpa teman lelaki dan bermalam di sana tanpa pengetahuan ibu bapa,” katanya.
Katanya, sebagai NGO yang bertanggungjawab melindungi remaja hamil luar nikah, tugas mereka adalah memastikan mereka selamat melahirkan anak.
“Ini yang kita ingin tegaskan. Apabila menjaga mereka, kita terapkan dengan pengetahuan agama serta latihan kemahiran bagi mengelak mereka terjebak dan mengulangi perbuatan zina yang terkutuk itu.
“Namun, setakat itu tugas kami. Apabila remaja terbabit keluar, ibu bapa serta keluarga perlu memainkan peranan mereka. “Jika tidak mahu anak bergelumang dengan kegiatan lama, mereka hendaklah memantau pergerakan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya berharap semua pihak, khususnya ibu bapa, memberi lebih perhatian terhadap aktiviti anak.
Katanya, ibu bapa atau penjaga perlu ada perasaan curiga terhadap anak kerana itu antara cara mengawal pergerakan mereka.
“Curiga bukan bermaksud menjadi cerewet dalam semua hal, sebaliknya bagi memastikan keselamatan anak.
“Jika terlalu mempercayai anak dan mengiyakan perbuatan mereka tanpa perasaan curiga, ia mungkin digunakan remaja untuk melakukan perkara tidak bermoral,” katanya.

2 Comments

  1. perogolmalei

    Zaman dah kerkeadaan menggerikan.. makan hati berulam jantung, janin dibuang merata rata sana sini, kadangkala ditala dek anjing kurap..barangkali dalam ingatan nye ..sedap sedap..tak merasai tak pe asal dapat menikmati juadah sebagini selalu..aduh hai ape dah jadi pada manusia yg bernama islam ini…sedeh jugak aku merenungi nye…rugi rugi rugi di ahkirat nanti….

    Reply
  2. oji

    Zamei serba canggih inie memang anok anok doh tak mau dongar kato kato ibu bapo, bilo doh keno UP baru menyosal taok sudah sudah..menagis tak berlagu..kalo steady tak po tapie kalo yaeing suko main main jerr ..doh enjut tinggal pergie memang naya buek nyo, mereng selalu buek dio dein kito..doh lah kocik kocik kito berhempas pulas menjago doh dewasa nie lagie parah..makei atie berulam jantung…pisei selalu…

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *