Cabul siswi berpacaran

image_pdf

Oleh Hellinie Sina
hellinie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Keriangan seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi meluangkan masa bersama kekasihnya bertukar tragedi apabila dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan seorang lelaki tidak dikenalinya di sini, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa berusia 19 tahun sedang duduk bersembang dengan teman lelakinya di sebuah kawasan rekreasi di sini.
Tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal sebelum seorang daripada mereka menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak senonoh.

Menurut sumber, walaupun mangsa dan teman lelakinya menafikan tuduhan berkenaan kedua-dua suspek berkeras dengan tuduhan mereka dan mengugut melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Lelaki itu mengugut mangsa mereka akan melaporkan kepada Jais sekiranya mangsa dan teman lelakinya tidak menyerahkan wang sebanyak RM1,000 ataupun melakukan seks oral dan hubungan seks dengan mereka.
“Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan merayu tidak dipaksa melakukan perkara tidak senonoh itu,” katanya.

Kata sumber itu, walaupun mangsa merayu, suspek tidak mengendahkan tangisan wanita malang itu, malah terus membawa mangsa dan teman lelakinya ke kawasan gelap dan jauh daripada orang ramai. “Teman lelakinya ditinggalkan di kawasan agak jauh dari tempat mereka berdiri. Mangsa dipaksa melakukan seks oral bersama seorang lelaki terbabit dan kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa menurut kehendak suspek.
“Kedua-dua lelaki itu turut meraba buah dada dan kemaluan mangsa selama lima minit sebelum meninggalkan mangsa sendirian di tempat itu,” katanya. Mangsa ditemani teman lelakinya membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob mengesahkan kejadian berkenaan.

1 Comment

  1. kongkekman

    atok raso zamei u orangg ini..memang pakei buang jorr..seolah olah macaam keadaan ayam cucok..sedih jugak teras de hatie ..keadan semasa inie…kehidupan langsung tak bererti lagi..idup dan mati tok siapo yg perduli…easy comes..easy go..

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *