Month: August 2018

KETUPAT LONTONG SAJIAN JUADAH PAGI DAPUR RAYA RPWP



DIROGOL PENDAKWAH DAN PRESIDEN NGO ISLAM



KAUNTER ASNAF PROJEK PELANGI FOOD AID



BILA PERBUATAN BAIK BERCAMPUR ADUK DENGAN KEMUNGKARAN



SIFAT TIDAK PEDULI TANDA DUNIA SEMAKIN SAKIT



JENAYAH SEKSUAL PEMANDU BAS SEKOLAH



ULASAN BEKAS PELAJAR PERANTIS SNAP

 



AMANAT & MOTIVASI KHUSUS PENGETUA RPWP BUAT PELAJAR PERANTIS SNAP


.
Dengan latar belakang pelajar yang berbagai rupa dan warna, maka Ayahanda Dr Hj Masjuki lontarkan amanat dan motivasinya dengan pelbagai gaya. Harus tonton seluruh rakaman ini untuk dapat keseluruhan mesej penting yang disampaikannya.
.
Video ini bukan sahaja mampu membantu para ibubapa dan pelajar Perantis SNAP, malah buat sekalian ibubapa yang mungkin memerlukan motivasi untuk anak-anak kita.
.
Selain dari latihan profesional dalam bidang penggambaran, Program Perantis SNAP turut menitikberatkan pembentukan siyasah, sahsiah dan akhlak kepada para pelajarnya. Pengajian yang biasanya dijalankan selama 3-4 tahun hanya mengambil masa 3 bulan sahaja di Saiful Nang Academy.
.
Pengambilan seterusnya ialah pada 3 SEPT 2018 akan datang. (Terhad 30 orang sahaja).
.
Sila Whatsapp +6011 232 84 212, atau klik link berikut untuk pendaftaran atau keterangan lebih lanjut,

https://www.facebook.com/snapclub/posts/1840319289340693
.
Alhamdulillah,
WARGA PRIHATIN



ADA YANG TIDAK KENA BILA RAIS YATIM PUN TERPAKSA ‘ANGKAT SUARA’

.
Jarang kita dapat dengar suara orang lama ini secara terbuka begini. Inilah tokoh pemimpin yang ‘dibenamkan’ oleh UMNO kerana berjuang hanya dengan ilmu dan prinsip. Tiada duit untuk tabur dedak sedangkan pemilihan pemimpin memang ‘perlukan’ itu… kerana “CASH IS KING”.
.
Meremang bulu roma apabila beliau singkap mengapa pengiktirafan UEC wajib ditentang. Silap pemimpin Melayu sendiri yang ‘lupa diri’, bodoh dan malas berfikir.
.
Kini tulisan jawi contohnya sudah tidak diketahui lagi sehingga Utusan Melayu ‘bungkus’ kerana tiada pembaca. Hazanah ilmu melalui tulisan jawi pupus terus.
.
Pelbagai akhbar Cina pula kekal di pasaran kerana ada pembacanya. Pemimpin mereka pertahankan bahasa ibunda mereka. Kini mereka ingin menuntut pengiktirafan rasmi dalam kerangka sistem pendidikan Negara Malaysia pula.
.
Renung-renungkanlah. Tidak perlu lagi bercakap banyak. Tidak perlu lagi berhimpun lama…. tertarik dengan pantun beliau,

KERANGKAP DI TEPI PERMATANG
PERMATANG ADA DI SANA
BERCAKAP JANGAN PANJANG
BERHIMPUN JANGAN LAMA
.
Bangunlah dari tidurmu wahai Me-layu…
Jadi cerdiklah, jangan biar diri diperbodohkan lagi dan lagi…
.
WARGA PRIHATIN



UEC TIDAK ADIL KATA PROF DATO DR TEO KOK SEONG

Sebenarnya orang yang berakal sihat akan nampak kebenaran apa yang diutarakan. Terima kasih Prof.
.
Yang enggan menerima hakikat ini hanya pentaksub politik yang sudah ‘hilang akal’ kerana telah menjadikan parti dan pemimpin sebagai sembahan.
.
WARGA PRIHATIN