Month: November 2014

LELAKI SUDAH BOLEH BERNIKAH DENGAN TRANSGENDER? HATI-HATI DENGAN DOKTRIN AGAMA DARI INDONESIA



Kiyai dedah kahwinkan lelaki dengan transgender

Kiyai dedah kahwinkan lelaki dengan transgender

Di Malaysia, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan sahaja tidak diterima, malah membicarakan subjek itu saja sudah dianggap tabu.

Tetapi di Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, siapa sangka sudah ada ustaz yang tampil menikahkan seorang lelaki dengan seorang transgender.

Abdul Muiz Ghazali, pensyarah agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif), yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat, tampil membuat pengakuan itu kepada Malaysiakini baru-baru ini.

Dalam wawancara di Petaling Jaya, menjawab “ya” dan disusuli ketawa kecil, beliau mengaku menjadi jurunikah untuk seorang lelaki dengan pasangan transgendernya.

Bekas pengasuh di sebuah ‘pesantran waria’ (wanita pria atau transgender) di Yogyakarta itu mendedahkan, beliau menikahkan pasangan berumur 40 dan 43 tahun, yang datang kepadanya, setelah mereka saling mencintai.

Muiz, lulusan pengajian Islam di Universiti Islam Negeri (UIN) dan sekolah pondok itu berkata, oleh kerana pernikahan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang republik itu, beliau menyediakan sendiri surat nikahnya.

“Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula.

“Saya yang akan menceraikannya nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan) disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat,” katanya.

Muslim yang larang’

Mengimbau kenangan pada 2012 itu, Muiz menjelaskan, walimatul urus itu berlangsung sederhana.

“Cuma perlukan selembar kertas (persetujuan) dan juga komuniti kita,” katanya, yang berkali-kali menegaskan bahawa beliau seorang “heteroseksual” (kecenderungan seksual berbeza jantina).

Malah, Muiz berkata, perkahwinan itu berlangsung tanpa ritual setempat seperti acara merenjis tepung tawar dan tanpa mengenakan pakaian tradisi seperti kebiasaannya.

“Kita tidak perlu pakai benda tinggi-tinggi atas kepala, baju-baju budaya,” katanya sambil membuat isyarat tangan di kepala.

“Nikah (cara) itu cuma budaya. Kita tidak perlukan pelbagai ritual, hanya kertas dan komuniti kita. Ia melibatkan sumpah setia. Pernikahan ini kita harus ingat adalah perjanjian.”

Tampil bersongkok dan bersarung seperti kebiasaannya, ustaz muda yang turut memakai rantai kayu itu, sering menegaskan keperluan kasih sayang dalam sesebuah hubungan rumah tangga.

Ditanya berhubung larangan perkahwinan sama jantina, Muiz memilih berbeza pendapat.

“Islam tidak pernah melarang bernikah berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak,” katanya yakin.

Seks dan gender dalam al-Quran

Beliau memetik ayat ke-14, surah Ali-Imran yang menyebut bahawa Allah menjadikan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup.

“Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia yang boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran.

“Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya.

Menurut beliau, syarat nikah lelaki dan perempuan dalam Islam bukan daripada aspek biologi semata-mata, tetapi juga gender.

Bahasa Arab, termasuk Al-Quran menggunakan dua perkataan berbeza untuk menggambarkan lelaki dan perempuan – satu daripada segi biologi dan satu lagi gender.

Muiz bagaimanapun menjelaskan permintaan untuk bernikah sama kelamin tidak banyak kerana komuniti transgender sendiri tidak besar di negara seberang itu.

Beliau juga menjelaskan terdapat juga ustaz atau kiyai lain yang menikahkan pasangan gay selainnya.

Menceritakan pengalaman hidupnya, Muiz mengakui tidak menerima kewujudan golongan itu sebelum ini.

Transgender juga bertuhan

Tetapi, tambahnya, beliau berubah fikiran setelah membuat kajian sendiri, bahkan menyamar sebagai orang gelandangan untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan.

Membuka baju batik, songkok dan kain sarung, Muiz tampil berseluar pendek dan berbaju koyak rabak supaya golongan itu tidak takut didekati.

“Apa yang dipakai oleh mereka saya akan turut pakai,” katanya yang kemudian menyimpulkan bahawa setiap manusia memerlukan tuhan, termasuk juga golongan transgender.

“Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama,” ujarnya.

Beliau kemudian membawa golongan itu ke pasentren waria bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan agama.

“LGBT adalah golongan yang terbuka, jika ada masyarakat boleh membuka ruang untuk mereka mengapa kita tidak boleh.

“Tergantung kepada kita terlebih dahulu, adakah kita mahu membuka diri atau tidak,” ujarnya sambil ketawa.



Rahsia Solat 3 : KAITAN SOLAT DENGAN MAKAN MINUM DAN BERSUGI



PROGRAM ‘I WANT TO TOUCH ANAK YATIM’ DI TV ALHIJRAH

PROGRAM ‘I WANT TO TOUCH ANAK YATIM’ DI TV ALHIJRAH



Rahsia Solat 2 : DISIPLIN DARI FALSAFAH AZAN DAN IQOMAT



KANAK-KANAK BUAT SEKS DITEMPAT TERBUKA TAPI TIADA SIAPA TEGUR!

Masalah sosial dikalangan generasi muda amat membimbangkan!
Lihat sahaja laman sosial kini yang dipenuhi dengan gambar-gambar tidak senonoh anak-anak muda melakukan aktiviti seks tanpa segan silu.
Terbaru, gambar dua orang kanak-kanak seawal sekolah tadika mula terjebak dalam aktiviti terkutuk ini.
Jelas sekali gambar-gambar ini telah dirakam oleh orang dewasa. Kita amat tidak faham mengapa mereka ini memilih untuk tidak melarang kanak-kanak ini dari melakukan aktiviti yang amat bertentangan dengan moral walaupun mereka ini tidak ada peganggan agama sekali pun.
Dua kanak-kanak itu dilihat sedang ‘bermain’ dengan membuat adegan seks di tempat terbuka dan perbuatan itu langsung tidak mengundang teguran sesiapa.
Tidak dapat dipastikan berapa lama adegan ini berlangsung namun perkara ini benar-benar membimbangkan.
Kanak-kanak umpama kain putih maka tugas ibubapalah untuk mencorakkan mereka.
Kanak-kanak ini tentunya tidak mengerti betul atau tidak tindakan mereka dan hanya meniru aksi orang dewasa disekeliling mereka.

– See more at: http://www.isuterkini.my/2014/11/kanak-kanak-buat-seks-ditempat-terbuka.html#sthash.msajcspG.dpuf



APABILA KETUA PENGARAH BERCAKAP ‘TANPA SKRIP

APABILA KETUA PENGARAH BERCAKAP ‘TANPA SKRIP



MENGUJI DIRI DAN MENGENAL TANDA AKAN BERLAKUNYA MUSIBAH

MENGUJI DIRI DAN MENGENAL TANDA AKAN BERLAKUNYA MUSIBAH – MAUT DIHEMPAP TV



Kanak-kanak 4 tahun maut di hempap TV 40kg

Maut dihempap televisyen

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di Taman Intan Mas, Teluk Intan, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di ruang tamu, sebuah rumah di Taman Intan Mas, Teluk Intan.

“Dalam kejadian itu, mangsa memegang televisyen berkenaan untuk menonton rancangan kartun, dan secara tiba-tiba televisyen berkenaan jatuh dan menghempap bahagian kiri kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, katanya.

“Televisyen tersebut berukuran 29 inci dan berat kira-kira 40 kilogram,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada pihak hospital berkenaan pada jam 1.35 petang. -Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 11:59 PM

TELEVISYEN yang menghempap mangsa. FOTO Ravale Savarinanthan

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8022#sthash.b1zLkX09.dpuf



merancang dan melaksanakan

merancang dan melaksanakan