Month: May 2014

DILEMA HUKUM ISTERI SOLEHAH BERSUAMIKAN FIR’AUN



Tragedi Mataaf, Kaabah



KHABAR DUKACITA DARI HARAMAIN – TRAGEDI MATAAF



FENOMENA PENGGANTIAN GENERASI RAJA MEMBAWA ISLAH KEPADA NEGARA



KEMALANGAN BAS DAN LORI BERLAKU DEPAN MATA SEWAKTU DIRAKAM MEMANDU LAJU



LAPURAN KES-KES ROGOL

00 mati spm.jpg smallArtikel Berkaitan


4 dari 6 rakan wanita dirogol rakan FB, 5 darinya isteri orang

1616620_10201600803885426_1431159892_nEmpat wanita dakwa jadi mangsa pukau teman FB

SEREMBAN – Empat wanita dirogol, seorang dicabul dan seorang lagi terkena gangguan seksual, selepas dipukau seorang lelaki yang dikenali mereka melalui laman sosial Facebook (FB).

Menurut sumber, kesemua mangsa yang berusia 40-an itu, baru sahaja belajar menggunakan laman sosial berkenaan, sebelum aktif di sebuah kumpulan (group) FB yang disertainya.
Katanya, kejadian bermula apabila seorang lelaki yang sama berkawan dengan kesemua wanita berkenaan.

“Bermula dengan berkawan, mereka kerap berhubung melalui ruang bual di FB, kemudian bertukar-tukar nombor telefon antara satu sama lain.

“Hasil hubungan mesra itu, lelaki berkenaan kemudiannya mengajak wanita ini untuk berjumpa, ada yang jumpa di sekitar Seremban, dan ada pula yang bertemu di luar daerah ini.

“Apa yang menghairankan, daripada enam wanita berkenaan, lima daripadanya adalah isteri orang, yang sudah mempunyai anak, malah ada yang bercucu, seorang lagi janda.

“Saya difahamkan, ada antara mereka bergaduh besar dengan suami, dan ada yang hampir bercerai disebabkan tindakan isteri bertemu dengan lelaki dikenali melalui FB itu,” katanya.

Katanya, mangsa sehingga kini masih lagi tidak membuat laporan polis kerana bimbang rumah tangga mereka musnah, selain takut dan malu dengan suami masing-masing.

Tambahnya, dia kini sedang mengumpul beberapa bukti untuk membantu wanita berkenaan dan berharap mereka ini dapat diberi keadilan, sekali gus mengambil tindakan sewajarnya kepada lelaki berkenaan.



Remaja 14 tahun hamil dirogol pengerusi surau berusia 53 tahun berkali kali

6c8bb439f78d2818cf0a18b679522b8a_XLRemaja 14 tahun hamil, mangsa rogol
Wartawan Sinar Harian
27 September 2013

HULU SELANGOR – Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.

Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.

Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.

Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.

Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.

Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.

“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.”

“Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah ‘memerangkap’ wanita warga asing,” kata sumber.

Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.

Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.

Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.



Gadis 15 Tahun dirogol kekasih berulang kali

rogolRogol kekasih, buruh akhirnya ke penjara & disebat!

Kuala Terengganu, 20 Mei 2014 – Seorang buruh dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan empat sebatan oleh Mahkamah Sekysen kerana mengaku salah atas kesalahan merogol kekasihnya berulang kali pada petengahan Jun hingga September tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Azlan Nordin, 20, beralamat di Dungun mengaku salah selepas pertuduhan dibaca oleh Hakim Mahkamah Sekysen, Mohd Azhar Othman semalam.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu berusia 19 tahun dikatakan merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun 3 bulan di sebuah rumah kosong tidak bernombor di Kampung Tok Kah, Dungun jam 12 tengah malam pada petengahan Jun 2013.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh merogol mangsa dilokasi yang sama pada petengahan September 2013 jam 12 tengah malam.

Mangsa mendakwa tertuduh telah merogolnya berulang kali ketika dirumah lelaki berkenaan dan mangsa turut menerima ancaman daripada tertuduh sekiranya enggan melakukan hubungan dengannya, dia akan mengamuk di hadapan rumah datuk mangsa.

Akibat tidak tahan dengan perlakuan tertuduh, mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada 17 Oktober tahun lalu dan tertuduh ditahan jam 2.20 pagi di kediamannya di Kampung Bahagia, Tok Kah, Dungun pada 7 November 2013.

Mohd Azuan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Azhar memerintahkan tertuduh menjalani hukuman serentak bagi kedua-dua pertuduhan.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.
SUMBER: KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor



Dua pelajar Tingkatan 3 dirogol 38 lelaki

00 rogol 38 pix_gal2Dua pelajar Tingkatan 3 dirogol 38 lelaki

BERITA HARIAN: 27 May 2014

Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit.

Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek.

00 rogol 38 pix_gal1

HARIAN METRO
Mangsa rogol ditahan reman
Oleh Siti Fatimah Hassan

Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.
Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi seminggu bermula hari ini.

Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10 pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12 individu bagi membantu siasatan.

“Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

“Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

UPDATE:

Seorang guru sekolah di Ketereh yang tidak mahu identitinya disiarkan memaklumkan admin bahawa ini adalah gejala sosial yang sudah terlalu berleluasa di kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Sebenarnya ia awalnya berlaku ‘dengan rela’ sebelum melarat menjadi ganas.

Beliau meminta agar kami nasihatkan para ibu bapa agar ambil masa untuk membaca semua artikel berkaitan dan mengambil berat semua maklumat serta nasihat yang berkaitan gejala seks bebas di kalangan anak sekolah ini.

Melihat kronologi kejadian di mana gadis sunti berdua yang berambut perang ini menampakkan bahawa benarlah mereka ini seolah olah menyerah diri. Hanya melapur kepada pihak berkuasa apabila berlaku keganasan dan kemaluan mereka cedera.

Modus operandi sebegini bersamaan dengan terlalu banyak kajian kes (case study) yang kami jalankan di kalangan subjek yang kami tangani. Semuga ia mampu ‘membuka mata’ para ibu bapa untuk lebih memainkan peranan sebagai PENJAGA yang benar benar berfungsi dalam rumahtangga.