Month: January 2014

RAHSIA KAHFI 11 – PERANAN DAJJAL DAN AGAMA NENEK MOYANG

00 KAHFI 11RAHSIA KAHFI 11 – PERANAN DAJJAL DAN AGAMA NENEK MOYANG

Dalam musim cuti panjang di mana ramai di antara kita sibuk dengan program cuti Tahun Baru Cina bersama keluarga, kami terpaksa teruskan juga dengan perkongsian mesej ringkas rahsia al-Kahfi Jumaat ini kerana ramai yang menantinya dengan setia.

Dalam sesi-sesi yang lepas telah dinampakkan kedudukan surah al-kahfi yang berada di tengah-tengah musyhaf al-quran. Dalam Rahsia al-Kahfi ke 4 telah telah dikongsikan bahawa mesej surah al-kahfi juga menampakkan belahan atau pemisahan dua zaman, iaitu zaman berakhirnya satu kegemilangan (Akhirat) dan bermulanya sesi kebangkitan semula (Qiamat).

FITNAH AL-DAJJAL YANG BERJAYA MENGHAPUS KEBENARAN AGAMA

Dajjal dikaitkan dengan makhluk yang BERMATA SATU. Ia adalah tentera syaitan yang menghasut kita agar memandang suruhan agama ini hanya dengan sebelah mata. Ia telah dikenalpasti sejak dahulu lagi dalam misi menjatuhkan agama. Dalam terlalu banyak hadis yang menuntut kita membaca dan menjaga surah al-kahfi dan mempelajarinya secara berjemaah di setiap Jumaat, semuanya jelas menampakkan keterkaitan mesej al-Kahfi dengan ancaman al-Dajjal yang diutus semata-mata untuk merosak agama.

Jika kebetulan ketika membaca al-Kahfi kita berada dalam zaman kebangkitan, maka mesej dari surah ini akan mampu membantu kita mempertahankan kesucian dan kedaulatan agama dari fitnah yang Dajjal cuba tanamkan untuk merosak agama ini.

Jika kebetulan ketika membacanya kita sedang berada di saat terbahaginya dua zaman, maka kita akan mampu mengenal pasti dengan tepat apa yang telah dirosakkan oleh al-Dajjal. Walaupun wang perak yang disebut dalam ayat 19 itu sudah tidak laku dan dikenal lagi oleh mereka yang tidak memahami rahsia al-Kahfi, namun Allah akan ajar kita untuk mengenal dan menilainya.

Pada masa yang sama, kita juga bakal dapat mencari semula cahaya, itulah Nur Allah dan Nur Muhammad yang sudah hilang sirna sahingga kita kembali kegelapan dan meraba-raba. Dengan cahaya itu kita dapat merangka strategi untuk membangunkan semula agama yang telah dirosakkan oleh al-Masih al-Dajjal ini. Pelajaran dari kisah-kisah yang diceritakan mengenai pemuda kahfi, mengenai kisah Musa a.s. dan Nabi Khidhr, Zulqarnain dengan temboknya dan kisah kaum Yakjud, Makjud yang sudah tidak mengerti apa yang mereka kata, serta kisah yang lain-lain itu amat berguna sekali untuk kita merangka strategi.

FENOMENA AGAMA NENEK MOYANG

Dalam quran terlalu banyak diceritakan tentang fenomena ini. Ia dikaitkan dengan fenomena PIKUN atau NYANYUK nya agama yang kita anuti. Ini sesuai dengan apa yang telah terjadi pada kefahaman agama terhadap bangsa di luar gua oleh Pemuda Kahfi. Mereka sudah tidak mengenal saudara, tidak mengenal wang perak yang menjadi analogi nilaian kitab yang dahulunya mampu membeli iman manusia.

Minggu lepas telah kami kongsikan ayat 1, menyentuh fenomena kitab yang sudah dibengkokkan oleh kita hasil fitnah dan hasutan al-Dajjal. Dalam ayat ke 2 kami kongsikan hakikat meluruskan semula al-kitab yang sudah dibengkokkan. Allah sebutkan urusan menegak luruskan semula kitab itu menggunakan kata pokok Qowam dan Qiyam. Itulah fenomena meluruskan semula mesej agama, iaitu dengan menegakkannya semula melalui falsafah qowwam, qiyam, istiqomah dan mustaqim.

Ayat 1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;

Ayat 2. sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,

Ayat 3. mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

Jika kita sungguh-sungguh mempelajari ilmu yang sangat strategik dari surah ini, bersungguh pula kita menegakkan urusannya, maka kita akan dapat memperbaiki keadaan kita yang telah amat sengsara. Itulah amal soleh, menikmati hasil islah (koreksi/pembaikan) yang berkesan dan memberikan hasil yang kekal. Jika sebaliknya, maka kita akan kekal juga dalam kesengsaraan dan kemuduran, hari demi hari.

Antara fenomena agama nenek moyang ini ialah terlalu banyaknya fahaman dalam urusan agama yang memecahbelahkan umat. Sedangkan Allah perintahkan kita semuanya mengikut agama yang satu, membentuk umat yang satu, ummatun wahidah. Allah sahaja yang wajib di sembah dan diutamakan. Allah perintahkan kita agar mengikut hanya Islam, agama yang lurus, yang dicetuskan oleh bapak agama ini, Ibrahim a.s.

Namun kita boleh lihat dewasa ini, bukan sahaja begitu banyak pecahan-pecahan fahaman agama, malah banyak pula sembahan yang tercipta. Manusia tidak lagi mengerjakan sesuatu hanya untuk Allah semata-mata, tetapi melakukannya untuk kepentingan diri sendiri, untuk anak isteri, untuk meraih pangkat, harta dan wanita. Ramai juga di kalangan kita sudah menyembah personaliti manusia melalui perbuatan dan turut bicara tanpa kita menyedarinya. Inilah antara perbuatan keji yang sudah amat berleluasa.

Ayat 4. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: “Allah mengambil seorang anak.”

Ayat 5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruk/kejinya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan sesuatu kecuali dusta.

FENOMENA AL-MASIH DAN PEMESONGAN NENEK MOYANG OLEH AL-DAJJAL

Fenomena al-Masih Isa sebagai anak Allah hanyalah satu kejadian yang dikisahkan untuk kita mengambil pelajarannya. Walaupun penganut Nasrani masih mengakuinya dengan jelas, namun kita jangan lupa bahawa kita umat Islam juga tidak terlepas daripada gejala mengambil anak-anak Allah melalui kerjabuat kita, walaupun bibir tidak mengatakannya seperti orang Nasrani.

QS: 9. At Taubah, 31. “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah danAl Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Jika dalam ayat 31 surah At-Taubah tadi Allah katakan kita telah “menyembah Allah DAN sesuatu yang lain selain dia”. Ini bermakna kita masih menyembah Allah, cuma kita JUGA menyembah selain Dia. Kita juga menyembah berhala Latta, Huzza DAN Manna (harta, tahta dan wanita) secara praktik harian. Otak dan fikiran, hati dan wajah kita tidak habis-habis memikirkan tiga berhala itu walaupun mulut kita melafazkan ikrar yang berbeza dalam iftitah solat harian yang kita amalkan.

Perhatikan juga cara kita memuja Nabi hari ini. Bagaimana rambut nabi diusung, dimandi, dipuja ke sana sini. Sedangkan Allah katakan nabi itu bukan untuk dipuja rupa paras dan batang tubuhnya. Yang Allah dan rasulullah SAW minta ialah agar kita meneruskan sunnahnya, mengembangkan ajarannya. Itulah Nur Muhammad, Nur Allah, cahaya yang seharusnya menyuluhi kegelapan hidup kita masa ini.

Selain itu lihatlah bagaimana kita menyembah begitu banyak peribadi, dari kalangan orang alim, para pemimpin (imam), parti, bangsa dan sebagainya. Itu belum tolak pelbagai kerja syirik yang nyata, yang menampakkan Islam sudah berubah wajahnya. Kubur alim ulamak dipuja. Air jampi, kurma jampi, tangkal, zikir boleh diiklankan oleh para ustaz dengan sewenang-wenang. Isu penyelewengan pekej umrah dan haji, zakat dan kurban ghaib oleh ustaz-ustaz menjadi-jadi. Isu tentang sihir diwar-warkan untuk melakukan khidmat rawatannya. Ya, agama ini sudah dikomersialkan. Wajarlah Allah cemburu.

KESIMPULAN

Jika fitnah al-Masih al-Dajjal ialah berupa fahaman jahat, maka al-Masih al-Mahdi itu bakal diutus untuk membawa hudan (petunjuk yang benar) untuk melawan regim syaitan itu. Itulah qur’anil Hakim. Alquran yang penuh hukum, yang penuh hikmah kebijaksanaan, yang menjadi hakim kita. Kemudian al-Masih Isa a.s. pula diturunkan untuk menghidupkan semula orang yang mati hatinya, walaupun tubuhnya hidup mundar mandir. Bacalah semula falsafah di sebalik AL-MASIH dalam siri-siri yang lalu.

Apabila disebut al-Masih, maka janganlah cari tubuhnya yang kini digambarkan dengan begitu banyak dongengan paras rupa. Gambaran-gambaran yang diceramahkan dan ditulis dengan hebat inilah yang kononnya menakutkan manusia.

Akhirnya kita semua asyik menanti-nanti kehadiran susuk tubuh itu, sedangkan tanpa kita sedar regim syaitan itu sudah lama sebati masuk dan meresap ke dalam diri. Itu amat jelas sekali sehingga generasi kita sudah tidak lagi kenal agama sendiri. Itulah hakikat kehalusan syaitan dan iblis yang meresap tanpa jisim ke dalam diri kita. Hembusan asap dan angin yang dianalogikan dengan kaburan mata dan berita ke dada kita itulah yang menjadi soal pokoknya.

QS: 5. Al Maa’idah 104. “Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul.” Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya.” Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak mendapat petunjuk?”

QS: 36. Yaasiin 6. “Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.”

Bacalah semula surah Yasin di malam jumaat bersama terjemahannya. Iqra’lah, kaji dengan teliti agar kita mampu menghayatinya. Penghayatan itulah yang bakal menghidupkan semula jiwa yang sudah lama lena. Pukulkan semula tongkat Musa a.s. ke lautan manusia, biarpun ia akan terbelah dua. Pukullah semula ilmu dari tongkat Isa a.s. agar yang mati hidup semula, agar hati-hati yang sakit sembuh semula. Dapatkanlah semula kekuatan Tongkat Ali r.a., berkhutbahlah menggunakan ilmunya agar Islam mampu bangkit dan kuat semula.

Kudap Jumaat
WARGA PRIHATIN



SISTEM PERLANTIKAN PEMIMPIN YANG TIDAK ISLAMIK

00 pemimpin undiSISTEM DAJJAL TELAH MEMBUATKAN KITA TENGGELAM PUNCA

Sedikit sebanyak baki kuasa yang ada di tangan umat Islam kini sedang dikikis dan dihakis oleh Dajjal. Semakin hari keadaan semakin meruncing. Hanya golongan yang meneliti dan mengkaji sahaja yang nampak jelas situasi amat genting ini dan implikasi jangka pendek dan jangka panjang darinya.

SISTEM PERLANTIKAN YANG TIDAK ISLAMIK

Jika pemimpin sudah tidak dilantik mengikut cara Islam, pasti sukar untuk mendapatkan kepimpinan Islamiknya. Anak kecil pun boleh faham dengan begitu banyak hadis yang terkait dengan kesilapan kaedah memilih pemimpin yang sedang kita amalkan ini. Daripada pemilihan pemimpin dalam institusi masjid, organisasi agama dan sosial maupun dalam pembentukan kerajaan, itulah kebanyakan cara yang kita gunakan. Pemimpin menawarkan atau mencalunkan diri untuk bertanding dan dipilih melalui sistem undi.

Dalam surah al-Maidah (Hidangan) yang menggambarkan Islam itu sudah sempurna, jelas diterangkan kelemahan sistem undi dalam ayat 90 dan 91. Sistem undi itu Allah katakan bakal menyebabkan kita menjadi hamba nafsu, mabuk mengagungkan calon dan kelompok kita melebihi keagungan tuhan. Undi juga menyebabkan kita berpecah-belah, bermusuhan, berjudi dan mempertaruh nasib, melupakan tuhan dan sebagainya.

INSTITUSI PENASIHAT DAN RAJA DALAM PERLANTIKAN PEMIMPIN

Kita ada sistem beraja yang dianjurkan Islam, namun kita campur aduk dengan sistem lain yang menyebabkan kita gagal membina kekuatan dari sistem Islam itu. Kita ada majlis fatwa, dewan ulamak, namun mereka seharusnya menjadi institusi yang bebas dan pro-aktif memerhati benar salahnya segala sesuatu. Mereka seharusnya menjadi penasihat kepada Raja dan memanda menteri, termasuk urusan perlantikan pemimpin dan qadhi, tanpa kepentingan diri kerana merekalah pewaris nabi. Namun kini praktiknya tidak begitu lagi.

Rasulullah SAW berkerja keras menjayakan dakwah baginda. Setelah berjaya, baginda hanya menasihati para pemimpin negara lain untuk menggunapakai sistem Islam yang Allah kurnia. Baginda sekadar memberi khidmat nasihat, tidak rakus mengambil alih sebarang kuasa, melainkan terus menyerahkan kepada penyandang sedia ada. Perbalahan dan ‘Vacum of power’ yang berlaku pada Auz dan Hazraj, Yahudi dan Nasrani hanya memerlukan kebijaksanaan baginda menyatupadukan mereka. Demikian hebatnya Sistem Islam.

Kita pula berbeza. Kita yang ada ilmu kepimpinan tidak sudi menasihati dengan ikhlas. Sebaliknya, sibuk berusaha menumbangkan lawan untuk merampas kuasa. Dengan ancaman itu penyandang pula akan berkeras mempertahankan diri. Maka terus meneruslah kita bermusuh tanpa henti. Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan kedaulatan negara kita sendiri.

NIKMAT KUASA YANG HILANG TIDAK AKAN KEMBALI LAGI

Cuba pelajari sungguh-sungguh isi surah 53 An-Najm (Bintang), yang hanya ada 62 ayat itu. Allah larang kita meletakkan Tahta(al-Latta), Harta(al-Huza) dan Wanita(al-Manna) sebagai sembahan. Namun itulah yang menjadi sasaran kepimpinan kita. Pelajari apa yang Allah kisahkan dalam surah itu, bagaimana telah dihapuskan beberapa negeri dan kaum sebelum ini. Perhatikan bagaimana kisah kaum ‘Ad dan Samud, bagaimana kaum Lut, bagaimana kaum Nabi Noh a.s. dan lain-lainnya dibinasakan.

Ingatlah ketetapan Allah yang sudah tetap, ditetapkan dalam kitab. Begitu banyak Allah nyatakan jika kita tidak memikul amanah mengikut manual yang telah ditetapkan, maka Allah akan gantikan kita dengan kaum yang lain. Selepas itu, sekali-kali kita tidak akan berjaya mendapatkan semula kuasa yang telah Allah pindahkan dari kita.

Perhatikan Yahudi yang telah mengkhianati Taurat, Nasrani yang telah mengkhianati Injil. Allah gantikan dengan al-quran dan Allah utuskan insan lain yang bernama Ahmad. Alhamdulillah Rasulullah SAW berjaya membangunkan agama Allah ini dengan sempurna. Namun sepertimana kisah sebelumnya, manusia itu bersifat lalai selalai-lalainya. Demikianlah peristiwa ADAM a.s. yang LUPA, menyebabkan baginda dikirim ke dunia. Itulah kata pokok NASI, asal nama manusia yang mafhumnya PELUPA.

Demikianlah halnya apabila kita telah terlepas kuasa yang Allah kurnia, maka sukar untuk memungkinkan kita merebutnya semula. Israel yang berjaya membeli tanah-tanah Palestine yang dahulunya rakus mengejar harta telah berjaya menindas membunuh umat berdekad lamanya. Aceh, Serambi Mekah Nusantara juga terlalai, sahingga terlantik Snouck Hurgeronge, seorang Mubaligh Kristien yang menyamar alim dengan nama Kiai Haji Abdul Ghafur dan berjaya menjadi Mufti mereka untuk memesongkan akidah umat. Hingga kini Aceh kehilangan kuasa agama, tidak mampu direbut semula.

Begitu juga Melaka, yang namanya sahaja bermakna Raja, Malik, Kuasa. Dahulunya menjadi Pusat Pemerintahan Wilayah kekuasaan Islam Nusantara. Akibat kelalaian dan adu domba, akibat tamakkan harta dan kuasa, maka kalangan kita sanggup menggadai maruah. Kini melaka yang dahulunya amat besar wilayahnya, kini menjadi negeri paling kecil sahaja. Lambang raja pada namanya juga sudah tiada kerana Melaka sendiri sudah tiada Raja.

Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa kami dirikan. Demikian Islam sudah beralih pusat dari Melaka ke Demak yang bermaksud Darah. Di sana ada Tasik Malaya, di sana juga ada Wali Songo (Wali 9). Samalah juga keadaannya, apabila amanah diabaikan maka kini segalanya sirna dan Islam kehilangan kuasa. Demikian juga Filipina, Indochina, Singapura dan lain-lain yang dahulunya sudah mendapat ‘agama’ namun kini ghaib semuanya.

SERUAN KAMI – BERSATULAH DENGAN HATI TERBUKA

ISLAM itu penyatuan, ‘Ummatun Wahidah’. Janganlah kita lupa akan ancaman Allah yang akan menghancurkan kita, jika amanah memelihara anugerah Islam yang telah Allah kurnia kepada kita tidak dijaga. Carilah jalan untuk selamatkan sedikit lagi nyawa-nyawa ikan kuasa yang ada di tangan kita. Janganlah kita hancurkan baki yang ada hanya kerana mementingkan Tahta, Harta dan Wanita. Ingatlah, sekali ia hilang, kita tidak akan berjaya mengembalikannya semula.

Ingatlah juga, tanpa nikmat dari kuasa Islam yang Allah pinjamkan melalui kehebatan agama ini, kita semua tiada apa-apa sama sekali. Sebahagian dari kita yang sedang memegang kuasa sekarang juga jangan lupa, anda di atas sana menumpang nikmat perlindungan agama ini, perlindungan AKTA tubuh negeri dan beberapa institusi yang masih berbaki, yang tidak pasti sampai bila boleh mampu berdiri.

PANGKAT DARJAT TIADA DAULATNYA LAGI

Ingtlah bahawa Islam itu berdaulat. Kita semua kini sedang memerhati dan merasai bagaimana pangkat, tahta yang ada pun sudah tidak dipeduli, sudah tidak dihormati lagi. ‘Yang Maha Mulia’ pun sudah tidak dimuliakan. ‘Yang Amat Berhormat’ sudah tidak dihormati. ‘Yang Berhormat’ semuanya menjadi bahan caci dan maki. Keadaan kita sudah 50:50. Itulah hakikat kewujudan kelompongan kuasa, ‘vacum of power’.

Amat jelas dan membimbangkan sekali fenomena ini. Pelbagai Pangkat dan Anugerah BINTANG KERHORMATAN, yang tersangkut di baju atau disebut di pangkal nama pun sudah dibenci. Semuanya berguguran di bumi pertiwi sendiri.

Surah 53. An Najm (bintang)

1. Demi bintang ketika terbenam.
2. Kawanmu tidak sesat dan tidak pula keliru.
3. Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya.
4. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.
5. Yang diajarkan kepadanya oleh yang sangat kuat.
6. Yang mempunyai akal yang cerdas; dan menampakkan diri dengan rupa yang asli.
7. Sedang dia berada di ufuk yang tinggi.
8. Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi.
9. Maka jadilah dia dekat dua ujung busur panah atau lebih dekat lagi.
10. Lalu dia menyampaikan kepada hambaNya apa yang telah Allah wahyukan.
11. Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya.
12. Maka apakah kaum hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya?

KESIMPULAN

Tidak cukup ruang untuk dihurai semua hasil kajian yang menjelaskan kaedah perlantikan yang perlu dikaji semula. Cukuplah sedikit gambaran agar kita dapat merenung ke dalam diri dan institusi di mana sahaja kita berada serta sedang memperjuangkannya.

Kembalikanlah kemurnian sistem syuro, saling nasihat menasihati dalam suasana keluarga, dengan tulus kerana kepentingan agama Allah, tanpa kepentingan peribadi. Hentikanlah budaya debat yang menyuburkan amarah, bantah membantah, yang mengekalkan suasana permusuhan dan melemahkan kita. Hidupkanlah semula fungsi ulamak yang berjemaah, bersatu hati meneliti dan menasihati Raja serta Menteri tanpa kepentingan peribadi. Nasihatkanlah perlantikan pemimpin, agar hanya dipilih yang berilmu, sanggup susah dan miskin kerana mempertahankan amanah kepimpinan mereka, bukan yang gila kuasa dan ingin kaya raya.

Semoga Allah masih mahu mengampuni kita dan sudi memberi hidayahnya. Jika tidak, mari sama-sama gali kubur kita, atau bersedia untuk bungkus kain baju, mengembara di bahagian bumi yang lainnya. Ini kerana nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di bumi bertuah ini bakal Allah serahkan kepada kaum lain yang lebih mengerti dan berhati suci, DAN pasti kita tidak mampu merebutnya kembali.

Hasil Iqra’
WARGA PRIHATIN



TIPS MUNAKAHAT – KONFLIK ANTARA ISTERI MALAS & SUAMI ROMANTIK

00 isteri pemalasTIPS MUNAKAHAT – KONFLIK ANTARA ISTERI MALAS & SUAMI ROMANTIK

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang merujuk kes rumah tangga, khususnya yang berakhir dengan tahap parah dan sudah menjengah ambang perceraian. Antara kes yang kami pandang berat ialah fenomena suami ‘romantik’ yang menjadi kebanggaan isteri pada awalnya.

Ramai suami di kalangan pemimpin di pejabat dan di organisasi pimpinannya, namun di rumah terlalu ‘romantik’ sehingga terpaksa melakukan sendiri kerja rumah. Ironinya, ada di antara isteri yang terlibat tidak bekerja, bahkan tidak mempunyai anak.

Banyak juga kes perceraian yang disebabkan isteri terlajak aktif bekerja sampai sering sekali outstation meninggalkan suami dan anak-anak di rumah. Fitrah seorang wanita adalah untuk digagahi suaminya secara fitrah. Apabila suami berterusan mengambil alih tugas isteri, memasak, membasuh, menghias rumah, menjaga anak dan sebagainya, maka lama kelamaan kelembutan terbentuk padanya. Akhirnya kelembutan ini pula memakan dirinya kerana isteri sudah mula hilang selera.

Sesetengah isteri yang terlajak aktif di luar terdedah dengan pertemuan berbagai jenis lelaki bukan muhrim. Sedih juga bila terlalu banyak kes isteri menyerahkan diri kepada lelaki di luar, khasnya yang pandai bermain kata dan kelihatan lebih hebat perwatakan dari suaminya. Ini banyak berlaku samada hubungan seks dari kalangan klien atau rakan sekerja. Paling malang sekali, ada suami yang telah tahu ‘permainan’ isterinya namun masih merasakan itu perkara biasa (NAUZUBILLAH).

Kesan jangkapanjang dari masalah ini akhirnya menimpa anak-anak yang kehilangan fungsi diri. Ramai sekali wujudnya ‘jentayu’ di sana sini. Mereka bijak dan berjaya mendapatkan degree di Universiti, namun malang sekali kerana mereka kehilangan fungsi diri sebagai lelaki.

Selain itu, perselengkohan antara ipar duai, sepupu sepipit yang tinggal serumah semakin hari semakin menjadi-jadi. Ada yang berlaku secara paksa, bahkan terlalu banyaknya yang ‘sudi’ melakukan dengan suka dan rela. Mula-mula sekadar mencuba, namun akhirnya menjadi biasa.

Kini pelbagai habit buruk telah membentuk habitat. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya. Kita dibekalkan dengan manual kehidupan dari yang Maha pencipta.

Mari kita renung masalah ini dan sama-sama buat koreksi.
Kudap Munakahat
WARGA PRIHATIN



Tidak kenal Kitab bermakna tidak beriman

00 42 52KITA BANYAK MENUDING SI ANU KAFIR, SI FULAN MUSYRIK, KAWAN TU MUNAFIK. KITA SAHAJA YANG BERIMAN DAN TERUS BERSANGKA-SANGKA KITA TELAH DAN MASIH BERIMAN. BERIKUT INI ADA SEDIKIT BINGKISAN, ALLAH BAYANGKAN SIAPA SEBENARNYA MUNAFIK, BERIMAN DENGAN IMAN YANG PALSU. MOHON TELITI TIAP BAIT KATA DALAM GAMBAR HIASAN SEBAGAI POKOK BAHAN FIKIR DAN ZIKIR KITA KALI INI.

QS: 2. Al Baqarah 8. Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari akhirat! dan bukanlah mereka itu dari kalangan orang-orang yang beriman.

SUDAH BANYAK KITA BUANG MASA MENGUSAHAKAN BANYAK GERAK KERJA, NAMUN HAKIKATNYA SEMAKIN HARI KITA SEMAKIN KECUNDANG DAN HURU HARA. UMAT BERPECAH BELAH, BERFIRQAH-FIRQAH SALING BERBALAH, GEJALA SOSIAL, MAKSIAT, JENAYAH MENJADI-JADI. NAMUN KITA MASIH SOMBONG LAGI, TIDAK MAHU MENYERAH KALAH DAN MERENDAH DIRI.

KITA MASIH KEKAL INGIN MENCUBA JUGA, MENUNJUKKAN KEPANDAIAN DIRI KITA MENGURUS DUNIA. KITA TIDAK MAHU SERAH DIRI SEBAGAI HAMBA, PATUH SAJA UNTUK MENGURUS DUNIA KITA MENGGUNAKAN MANUAL YANG DIKIRIM OLEH PENCIPTA KITA, YANG MAHA PERKASA LAGI BIJAKSANA.

Surah 103 AL ‘ASHR (MASA)

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

SEDIKIT TAUSIAH (WASIAT) RINGKAS TENTANG KEBENARAN. SEMUGA SABAR DAN JANGAN SAWAN DAN MEROYAN MENERIMA HAKIKAT YANG TIDAK SIAPA BOLEH SANGKAL INI.

Perkongsian Iqra’
WARGA PRIHATIN



Debat Kalimah Allah – Tidak sesuai di kalangan sendiri

00 debat kalimah allahTidak pasti jenis mentaliti umat bagaimanakah kita ini. Apabila direncanakan saranan agar kita meninggalkan debat, kelihatan terlalu ramai yang membantah. Debat ada disebut dalam quran kata mereka. Ya memang ada disebut, malah BANYAK SEKALI ALLAH sebut dan telah kami muatkan sebahagiannya, tetapi itu bukan untuk kita mengamalkannya, sebagaimana Allah menyebut panjang lebar tentang saranan kaedah SYURO…!

Sama juga dengan perbuatan tercela yang lain seperti kafir, musyrik, berpaling, mengejek, menghujat, menfitnah, berperang dan lain-lain yang turut Allah sebut. Itu bukan bermakna Allah perintahkan untuk kita lakukan sesama kita. ALANGKAH CETEK SEKALI PEMIKIRAN KITA. Anak tadika pun tahu bahawa tabiat debat itu saling membantah, menghujat, memanaskan keadaan dan menggalakkan permusuhan. ia hanya sesuai dilakukan bila kita sudah terlalu ego dan bongkak, sudah bulat tekat untuk terus bermusuh dan tidak mahukan perdamaian serta penyatuan.

Semuga caption ringkas yang memuatkan hadis Rasulullah SAW ini mampu membuka sedikit minda yang sudah terlalu berkarat dilitupi nafsu amarah, gila kuasa, riak dan bongkak di kalangan kita. Jika firman sudah, hadis pun sudah disampaikan, namun kita masih ingin menuruti hawa nafsu juga. Tunggu sajalah bencana kehancuran. Musuh akan gelak berguling-guling bertepuk tangan melihat KEBODOHAN KITA.

Tidak yang sini, tidak yang sana, bagi kami kedua belah pihak sama sahaja, 2×5 gilanya.

WARGA PRIHATIN.



BUDAYA DEBAT – MENGHAPUSKAN CARA HIDUP ISLAM

00 perlantikan pemimpinBUDAYA DEBAT – MENGHAPUSKAN CARA HIDUP ISLAM

Sila rujuk juga dalil tambahan:

Perintah Allah dan Wasiat salafush shålih untuk meninggalkan debat

Setiap hari kita dimomokkan dengan lapuran berita perbalahan, samada sesama kita maupun antara agama dan bangsa. Kebanyakannya melibatkan provokasi dari sebelah pihak yang berkepentingan. Rata-rata kita menanganinya dengan menganjurkan debat, demonstrasi, lapuran polis dan saman mahkamah. Dengan bangga kita tayangkan kertas lapuran dan beritanya depan media. Natijahnya MENANG JADI ABU, KALAH JADI ARANG.

Kita pun tidak dapat bayangkan bagaimana PDRM dan mahkamah mahu menangani ribuan lapuran polis dan saman setiap hari. Kadangkala ia hanya melibatkan urusan remeh temeh pun. Itu tidak termasuk kes-kes jenayah, perceraian dan penipuan yang tidak menampakkan penurunan sama sekali. Semua kaedah tindakan ini tidak lain hanya menerbitkan ketegangan yang berpanjangan. Di Parlimen kita bertelagah, berdebat, di mahkamah pasti berdebat, sesama sendiri dalam organisasi dan keluarga pun kita sering berdebat. Apa sudah jadi dengan kita?

Kaedah penyelesaian ini adalah kaedah pertelagahan yang menjauhkan kita semua dari titik pertemuan dan penyatuan. Samada kita sedar atupun tidak, ia adalah budaya DAJJAL yang telah jelas Allah larang dalam quran. Berdebat adalah pendekatan satu pihak untuk berhempas-pulas mengalahkan pihak yang satu lagi. Ia adalah budaya perbalahan dan peperangan. ANAK KECIL PUN TAHU HAKIKAT INI.!

SYURO JALAN PENYELASAIAN CARA ISLAM

Carahidup yang Allah sarankan ialah budaya musyawarah dan muzakarah. Satu surah Allah lakarkan kepentingan syuro (surah 42, As-Syura). Budaya dan tabiat syuro ini Allah jadikan manual kepada hambanya agar mampu menemukan titik pertemuan.

Suasana Debat, samada dalam majlis atau mahkamah adalah sangat dipengaruhi emosi dan nafsu. Satu pihak mencadang atau menyaman, satu pihak lagi akan membangkang atau mempertahankannya. Hujungnya salah satu harus menjadi mangsa kekalahan dan kekal menjadi musuh yang meneruskan dendam kesumat yang berpanjangan. Jika gambaran Islam itu adalah penyatuan, maka perpecahan yang tidak bernoktah itu adalah gambaran kekafiran masyarakat kita masa kini.

MAJLIS DEBAT ISU KALIMAH ALLAH YANG DIBATALKAN

Jemputan oleh satu pihak dan sambutan dari satu pihak lagi tentang perdebatan ini telah menjadi tumpuan banyak pihak. Apapun kami bersyukur apabila penganjur membatalkan majlis debat ini. isu yang ingin ulas hari ini ialah isu TABIAT DEBAT yang sangat merimaskan masyarakat yang dahagakan keharmonian. Pendirian kami mengenai isu Kalimah Allah ini telah pun kami jelaskan sebelum ini. Silalah rujuk tentang kalimah Allah (AL-ILAH) dari link berikut,

http://prihatin.net.my/web2/2013/10/20/kontroversi-kalimah-allah/
http://prihatin.net.my/web2/category/article/sains-quran-sunnah/sains-fatihah/
http://prihatin.net.my/web2/2013/09/16/parenting-tidbits-14-bagimana-mengelak-musibah-keluarga/

Sebenarnya masyarakat Islam di Nusantara, malah seluruh dunia telah TERJERAT sejak sekian lama. Kita terjerat dengan ideologi politik kepartian serta pendirian perkauman dan keagamaan yang sangat bersifat assobiyah secara jahiliyyah. Selama ini kita hanya menggunakan akal fikiran kita dalam menetapkan pelbagai AKTA untuk mempertahankan kepentingan kita. Malangnya semua itu hanya dipimpin oleh kesemua sentimen tersebut, bukan atas dasar wahyu dan iman. Allah terangkan dengan jelas, jika tidak berpedomankan wahyu, pasti apa yang kita tetapkan itu akan dipenuhi KEKHILAFAN.

QS: 4. An Nisaa’ 82. “Maka apakah mereka tidak mentadaburkan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah terdapat padanya KHILAF/PERCANGGAHAN yang banyak.”

Sila rujuk : http://prihatin.net.my/web2/2014/01/28/rahsia-kahfi-10-kitab-yang-sudah-jadi-bengkok/

Hari ini nasib agama, nasib keluarga dan negara hanya mampu kita sandarkan kepada AKTA yang kita sendiri sediakannya dengan penuh sangka-sangka dahulunya. Padahal keutuhan sesebuah negara adalah terletak pada ROH patriotismanya, akidah agama seharusnya terletak pada roh dari kefahaman dan keyakinan wahyuNya. Kebahagiaan rumahtangga pula harus bersandarkan kesefahaman yang berpedomankan manual keluarga dari bimbingan agama yang sama. Namun kini semuanya kita serahkan nasibnya pada PDRM dan MAHKAMAH pula. Alangkah malangnya nasib generasi kita!

BIARLAH FIRMAN BERBICARA

Mari perhatikan ayat-ayat Allah bagi menyokong saranan kami agar para pemimpin di atas sana segera menghentikan budaya debat. Dalam isu Kalimah Allah ini, siapakah kita untuk mendebatkannya sedangkan Allah sendiri telah melarang kita mendebatkan NAMANYA dalam ayat berikut secara jelas. Bukan KALIMAH yang harus didebatkan, tetapi AMALAN kita yang Allah ambil kira.

QS: 2. Al Baqarah 139. Katakanlah: “Apakah kamu memperdebatkan dengan kami TENTANG ALLAH, padahal DIA ADALAH TUHAN KAMI DAN TUHAN KAMU; bagi kami AMALAN kami, dan bagi kamu AMALAN kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati.

QS: 3. Ali ‘Imran 20. Kemudian jika mereka mendebat kamu maka katakanlah: “Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan orang-orang yang mengikutiku.” Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi (yang tidak arif tentang al-kitab) “Apakah kamu masuk Islam.” Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”

BERIKUT INI ALLAH NYATAKAN BAGAIMANA BUDAYA DEBAT YANG SALING MEMBANTAH ITU MELEMAHKAN KITA. IA MEMUPUK RASA ANGKUH DAN SOMBONG SEDANGKAN ALLAH TAHU SEJAUH MANA AMALAN SEBENAR DAN KEIKHLASAN KITA TERHADAPNYA.

QS: 8. Al Anfaal 46 . “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan JANGANLAH KAMU BERBANTAH-BANTAHAN, yang menyebabkan kamu MENJADI GENTAR dan HILANG KEKUATANMU dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang SABAR.”

QS: 8. Al Anfaal 47 – “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa ANGKUH dan dengan maksud riya’ kepada manusia serta menghalangi dari jalan Allah. Dan Allah meliputi apa YANG MEREKA KERJAKAN.”

SYAITAN ITU SENGAJA ALLAH CIPTAKAN. KITA SEMUA TIDAK SEDAR BAHAWA SYAITAN ITU HANYALAH DICIPTAKAN ALLAH DARI TABIAT DAN HAYALAN NAFSU SERAKAH KITA SENDIRI. IA ADALAH MAKHLUK UNTUK MENGUJI KITA SAHAJA. OLEH ITU JANGANLAH KITA JADI BODOH DAN TERTIPU.

QS: 8. Al Anfaal 48 – “Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: “Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu.” Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat, syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: “SESUNGGUHNYA SAYA BERLEPAS DIRI DARIPADA KAMU, SESUNGGUHNYA SAYA DAPAT MELIHAT APA YANG KAMU SEKALIAN TIDAK DAPAT MELIHAT; SESUNGGUHNYA SAYA TAKUT KEPADA ALLAH.” DAN ALLAH SANGAT KERAS SIKSA-NYA.”

BERIKUT INI ALLAH AJARKAN KITA BERHUJJAH. IA TERGAMBAR DALAM RITUAL HAJI, KONVENSION ISLAM SEDUNIA. BAGAIMANA TARBIAH ILMU DALAM BERHUJJAH TENTANG ALLAH DAN ISLAM DI PERINGKAT TERBUKA. SEBAIK-BAIK BEKALAN DALAM BERHUJJAH IALAH KEMURNIAN TAKWIM/PROGRAM AGAMA YANG KITA TAKWAKAN. ITULAH KETAKWAAN KITA YANG BAKAL MEMBUKA MATA DUNIA, BUKAN DENGAN KEFASIKAN LIDAH, MAKI HAMUN DAN PERDEBATAN KITA.

QS: 2. Al Baqarah 197. “HAJI adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh RAFATS (memaki hamun), BERBUAT FASIK (menipu) dan BERBANTAH-BANTAH (debat) di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu KERJAKAN berupa KEBAIKAN, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya SEBAIK-BAIK BEKAL ADALAH TAKWA dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang BERAKAL”.

QS: 40. Al Mu’min 47. Dan ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka, maka orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami sebahagian azab api neraka?”

QS: 40. Al Mu’min 48. Orang-orang yang menyombongkan diri menjawab: “Sesungguhnya kita semua sama-sama dalam neraka karena sesungguhnya Allah telah menetapkan keputusan antara hamba-hamba-(Nya).”

QS: 40. Al Mu’min 49. Dan orang-orang yang berada dalam neraka berkata kepada penjaga-penjaga neraka Jahannam: “Mohonkanlah kepada Tuhanmu supaya Dia meringankan azab dari kami barang sehari.”

QS: 40. Al Mu’min 50. Penjaga Jahannam berkata: “Dan apakah belum datang kepada kamu rasul-rasulmu dengan membawa keterangan-keterangan?” Mereka menjawab: “Benar, sudah datang.” Penjaga-penjaga Jahannam berkata: “Berdoalah kamu.” Dan doa orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia belaka.

QS: 40. Al Mu’min 56. Sesungguhhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

QS: 40. Al Mu’min 4. Tidak ada yang MEMPERDEBATKAN tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu.

QS: 40. Al Mu’min 5. Sebelum mereka, kaum Nuh dan golongan-golongan yang bersekutu sesudah mereka telah mendustakan dan tiap-tiap umat telah merencanakan makar terhadap rasul mereka untuk menawannya dan mereka MEMBANTAH dengan yang batil untuk MELENYAPKAN KEBENARAN dengan yang batil itu; karena itu Aku azab mereka. Maka betapa pedih azab-Ku?

QS: 2. Al Baqarah 133. Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “KAMI AKAN MENYEMBAH TUHANMU DAN TUHAN NENEK MOYANGMU, IBRAHIM, ISMAIL DAN ISHAQ, Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”.

QS: 2. Al Baqarah 134. Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.

(APA YANG BERLAKU TELAH BERLAKU. JANGAN KITA MENUDING JARI. MARI KITA ATUR LANGKAH TERBAIK UNTUK MENGATASINYA. ELAKKAN MENUDING JARI. KITA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PERDEBATAN INI ADALAH 2X5, SAMA SAJA)

QS: 2. Al Baqarah 135. Dan mereka berkata: “Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk”. Katakanlah : “Tidak, melainkan AGAMA IBRAHIM YANG LURUS. Dan bukanlah dia dari golongan orang musyrik“.

QS: 2. Al Baqarah 136. Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya“.

KESIMPULAN

Budaya berbantah-bantah dan saling membangkang yang menjadi asas DEBAT bukanlah budaya Islam dan amat dimurkai Allah. Ia adalah budaya dan amalan yang kasar anjuran sikafir Dajjal yang terang-terang menyukarkan usaha penyatuan dan tidak membawa kebaikan sama sekali.

Ingatlah jika anda bawa budaya debat, lapuran Polis, mahkamah, Demonstrasi dan seumpamanya, anda sedang menkobarkan api neraka, keresahan, dendam kesumat dan permusuhan. Mudahnya jika ia melibatkan perkahwinan, tindakan itu pasti berakhir dengan penceraian. Dalam konteks masyarakat dan negara juga begitu. Akhirnya kita semakin bermusuhan, berpecah belah dan lemah lalu terhapus dari mukabumi.

QS: 42. Asy Syuura 38. Kaedah terbaik yang Allah sarankan untuk menyuburkan keharmonian, kasih sayang, hormat menghormati dan penyatuan ummah ialah syuro. “Dan orang-orang yang mematuhi seruan Tuhannya dan mendirikan solat, urusan mereka adalah dengan musyawarat di antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.”

Bukan sebutan maupun tulisan kalimah Allah yang harus kita pertahankan. Tetapi perintah dan tahap ketakwaan dari takwim yang Allah tetapkan itu yang harus kita daulatkan. Janganlah lagi mengharapkan mahkamah, Polis dan AKTA ciptaan kita sendiri untuk mempertahankan KULIT akidah dan kepentingan agama. marilah bangunkan semula asas agama yang kukuh, iaitu melalui kefahaman ilmu yang meyakinkan kita. Itulah ROH IMAN yang bakal menjadi pokok akidah yang sempurna dan kekal selamanya.

QS: 42. Asy Syuura 52 – Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu TIDAKLAH MENGETAHUI APAKAH AL KITAB dan TIDAK PULA MENGETAHUI APAKAH IMAN ITU, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. .”

Hasil iqra
WARGA PRIHATIN



Rahsia Kahfi 10 – Kitab Yang Sudah Jadi Bengkok

00 Gua 10 kitab bengkokSegala manual kehidupan yang membawa kepada kesejahteraan telah Allah tetapkan dalam kitab yang lurus dan diberikan kepada kita melalui rasul-rasul terdahulu. Setiap kitab diturunkan, para rasul akan berkerja keras mendakwahkannya, mengajak umat memahami, meyakini dan melaksanakannya.

Sebagaimana biasa apabila ia melibatkan tabiat manusia yang bersifat pelupa, maka lama kelamaan, apa saja kefahaman yang telah dijelaskan dan ditunjukkan contoh perlaksanaannya itu akan terpesong DAN dilupakan semula. Segala khilaf dan perselisihan kefahaman itu kemudiannya diterjemahkan pula menjadi pecahan-pecahan umat. Ia menjadikan umat berfirqah-firqah dan saling berselisih faham dan bermusuhan. Itulah kejayaan syaitan dan Al-Masih Dajjal sejak dahulu.

Untuk mengetahui samada kefahaman kita masih betul, masih lurus atau sebaliknya mudah saja. Apabila kefahaman tentang kitab yang satu itu menjadi bersimpang siur, maka percanggahan pendapat yang banyak akan berlaku, samada sesama ilmuan agama, maupun percanggahan fakta tentang ayat-ayat dalam kitab itu sendiri. Percanggahan yang tidak dapat dijelaskan itulah yang menjadi pertanda bahawa ilmu yang hak sudah dicabut dari kita. Kerana itu, para ilmuan akan mula menggunakan pelbagai sangkaan masing-masing yang tidak benar dan penuh kehilafan dalam menjelaskannya.

QS: 4. An Nisaa’ 82. “Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat KHILAF/PERCANGGAHAN yang banyak di dalamnya.”

Inilah yang dimaksudkan dengan KEBENGKOKAN yang telah dilakukan oleh manusia terhadap kitab-kitab Allah. Percanggahan perkara asas dalam MEMAHAMI dan MELAKSANAKAN ayat-ayat Allah inilah yang dikatakan bengkok, bukan sifat asal ayat atau kitab itu sendiri yang bengkok.

BAGAIMANA KITAB JADI BENGKOK?

Secara umumnya kebengkokkan boleh terjadi dari KEFAHAMAN. Ini berlaku apabila umat sudah berada terlalu jauh dari sumber asal kitab itu DAN dirasuk pula oleh syaitan dan Dajjal. Kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan Injil yang telah dijelaskan kefahaman dan perlaksanaannya telah hilang semula penghayatannya di bumi. Saat itu dipanggil akhir zaman bagi umat yang berkaitan. Lalu Allah utuskan rasul selepasnya untuk membangkitkan/qiamkan semula agamanya.

Sekarang ini giliran alquran pula. Kita tidak perlu bersikap defensif untuk menafikan yang kita kini sedang dalam keadaan jahil ditahap maksima dalam urusan agama. Segala kefahaman yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dahulu telah tidak kita fahami lagi. Segalanya sudah berakhir.

Dalam banyak isu, kita semua sudah kembali meraba-raba dan bersangka-sangka tentang maksud sebenar banyak dari ayat-ayatnya Allah, bahkan kupasan tentang hadis-hadis nabi sekalipun. Masing-masing meletakkan buah pelepas HANYA ALLAH YANG TAHU. Sedangkan Allah sendiri telah katakan bahawa agama dan kitab ini telah disempurnakan dan nabi telah istihar bahawa segala risalah atau doktrin itu telah disampaikan kepada sekalian manusia.

Banyak ayat-ayat, terutama dari ‘huruf potong’ yang tidak mampu disampaikan maksudnya melainkan dengan ungkapan HANYA ALLAH YANG TAHU. Bagaimana mungkin Allah melakukan sesuatu yang sia-sia. Allah seolah-olah bergurau dengan menulis SURAT UNTUK KEKASIHNYA tanpa menjabarkan apa maksudnya. Dan sifat wajib bagi rasul itu ialah membenarkan, memikul amanah dan menyampaikan dengan bijaksana. Menjadi MUSTAHIL bagi nabi untuk gagal memahami sebarang isi kandung kitab itu, apatah lagi untuk mengkhianati amanah untuk tidak menjelaskannya kepada umat.

Apabila kefahaman yang jelas dan meyakinkan lalu telah menjadi bengkok itu dilaksanakan, maka pastilah kegemilangan dan kesejahteraan hasil dari perlaksanaan yang tepat itu juga turut BERAKHIR. Banyak sekali tanda-tanda yang dihadiskan oleh baginda tentang AKHIR ZAMAN ini.

CONTOH KEBENGKOKAN PADA KEFAHAMAN

Dari segi kefahaman, kita dapat lihat dalam bahasa melayu sendiri terlalu banyak percanggahan dalam banyak terjemahan alquran. Terjemahan sudah tidak jadi terjemahan lagi. Ia telah diadun menjadi tafsir sehingga skrip asal ayat Allah telah berubah. Anda boleh lihat sendiri maksud asal ayat itu hilang begitu sahaja. Secara tidak langsung kita seolah-olah telah merubah ayat-ayat Allah melalui terjemahan itu, walaupun skrip arab yang asal masih tidak berubah. Kerana itulah kami arahkan anak-anak kembali mengkaji menggunakan naskah terjemahan PER-KATA.

QS 6. Al An’aam 115. “Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat MERUBAH kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Dari lebih 10 terbitan quran terjemah yang kami kaji, terlalu banyak kami temui terjemahan YANG JAUH MENYIMPANG DARI SKRIP ASAL. Perhatikan beberapa contoh dari terlalu banyak pengolahan terjemahan yang berlaku. Perubahan makna itu jelas membawa maksud yang berbeza.

QS 42, Ash-Shura Ayat 52

 “ وكذلك dan demikianlah

أوحينا Kami WAHYUKAN

إليك kepadamu

روحا WAHYU”.

Fokus kami ialah pada kalimah روحا (RUHAN) yang diterjemahkan sebagai WAHYU. Sehingga ayat itu berbunyi, “Dan demikianlah kami WAHYUKAN kepada kamu WAHYU…” sedangkan terjemahan sebenarnya ialah ROH.

QS 73. Al Muzzammil 2

“قم bangunlah

اليل malam hari

إلا kecuali

قليلا sedikit

Terlalu banyak versi terjemahan yang berbeza untuk ayat ini. Antaranya :“BANGUNLAH UNTUK SEMBAHYANG (TAHAJUD) DI MALAM HARI, KECUALI SEDIKIT DARIPADANYA”. Tiada perkataan SOLAT apatahlagi TAHAJJUD dalam skrip asal. Padahal sepanjang surah itu hanya menekankan keperluan bangun malam untuk membaca alquran dengan tartil. Ini kerana bacaan di waktu malam lebih tenang . Dan lagi di kondisi jahiliyah ini, Allah katakan yang manusia amat sibuk di siang hari mencari harta dan bermacam-macam urusan dunia.

Lagipun ini hanya surah ke 3 dalam susunan turunnya (nuzul) quran. Waktu ini Fatihah belum turun lagi. Solat bagaimanakah itu? Terlalu panjang untuk dijelaskan namun apa yang ingin kami ketengahkan hanyalah sekadar CONTOH KEBENGKOKAN yang banyak berlaku dalam terjemahan alquran. Akhirnya kefahaman yang salah itu memberi hidayah perlaksanan yang salah dan kurang berkesan.

Yang paling banyak kebengkokan samada pentafsiran hadis maupun wahyu ialah apabila melibatkan pencerahan ayat-ayat MUTASYABIHAT yang cuba dijelaskan secara MUHKAMAT. Kami dapati setiap ayat quran itu terselit perintah yang menuntut kita memahami kehendak Allah untuk bangkit melaksanakannya. Apabila ayat-ayat mutasyabihat dijelaskan secara muhkamat, maka ia hanya mampu menampakkan Allah maha kuasa untuk melakukan sesuatu yang mustahil bagi manusia. Ia sekadar jadi satu bentuk KENYATAAN sahaja, tidak sekali-kali dapat disedut strategi dan hidayah untuk kita bangkit melaksana.

KEBENGKOKAN PADA PERLAKSANAAN

Ini tidak perlu kami huraikan kerana ia amat jelas dapat kita lihat dalam kehidupan kita. Banyak perintah Allah yang tersurat dan mudah difahami pun kita langgar sesuka hati sahaja. Dosa besar yang dilarang Allah seperti arak, judi, zina, buang bayi, membunuh, mencuri dan sebagainya sudah seperti biasa tanpa merasa berdosa lagi bagi kita. Bila tertangkap, kita juga bengkokkan penghakiman dan hukuman qisasnya.

Allah minta jangan berbuat suatu apapun tanpa ilmu (QS:17/36), tapi kita semua selamba sahaja melaksana ibadah tanpa ada keinginan untuk mencari kefahamannya dahulu. Paling jelas ialah terlalu ramai yang mengaku mengikut alquran dan sunnah, namun sampai akhir hayat, quran pun ramai di kalangan kita tidak pernah baca terjemahannya.

Allah perintah kita laksanakan apa yang kita kata, namun kita banyak berkata tanpa melakukannya. Kita kata Allah besar, tapi perlakuan kita sentiasa sahaja memperkecilkan Allah. Yang Allah suruh kita abaikan, yang Allah larang kita langgar sahaja tanpa sedikitpun merasa berdosa.

Allah suruh kita pakai tudung sehingga menutupi dada, kita selamba saja berkeliaran di pasar secara ‘free hair’. Ada yang pakai tudung tapi bukan sahaja tidak menutupi dada, malah ada yang bertudung tapi macam selendang, sambil memakai t-shirt singkat nampak pusat, bahkan cukup ketat dengan lengan pendek dan belahan dada low-cut yang mendedahkan pangkal buah dada. Semata-mata mahu tayangkan kalung dan buah dada yang besar menghairahkan.

Masih besarkah Allah? Masih luruskan kitab Allah dalam perlaksanaan harian kita?

Allah perintah lelaki menjadi pemimpin wanita. Allah minta wanita jaga anak dan urus rumahtangga. Sekarang ini terlalu ramai yang selesa dengan fenomena sebaliknya, isteri keluar bekerja dan suami duduk rumah jaga anak dan memasak. Segala keputusan ikut kata isteri sahaja. Ramai suami tidak perduli soal nafkah dan pendidikan anak-anak. Allah suruh jaga adab wanita agar tunduk ketika berbicara, jaga hentakan kaki ketika berjalan, jauhi perhiasan jahiliyah dan banyak lagi. Semuanya kita langgar.

Bagi ahli politik, ahli perniagaan dan pegawai tinggi wanita jauh lebih sedih lagi. Wanita bebas keluar rumah, malah berhari-hari ‘out station’ untuk berkempen, buat marketing dan sebagainya. Di luar isteri makan minum, bersosial, bersenda gurau, bahkan bertepuk tampar dengan bukan muhrim sewenang-wenangnya. Akhirnya selera terhadap suami di rumah menurun, atau selera suami terhadap isteri juga menurun. Maka banyaklah kes tuntutan cerai berlonggok di mahkamah syariah. Anak-anak terbiar dan jadi liar.

KESIMPULAN

Kami tidak boleh teruskan kerana ia akan jadi terlalu panjang dan hilang selera membacanya. Cukuplah dengan seruan agar kita fahami betul-betul ayat 1- 2 Surah al-Kahfi ini. Janganlah lafaz di bibir memuji Allah, namun hakikatnya kita tidak mensyukuri pemberian kitabNya. Sewenang-wenang kita bengkokan kefahaman dan perlaksanaannya dalam kehidupan seharian.

Surah An-Naml, 73:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ
Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai “KURNIA YANG BESAR” kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri.

Surah 6, Al-An’am Ayat 161:
قل Katakanlah,

إنني sesungguhnya aku

هديني telah memimpin aku

ربي Tuhanku

إلى kepada

صرط jalan

مستقيم yang lurus/tegak

دينا agama

قيما BENAR/LURUS/TEGAK

ملة agama/Milah

إبرهيم Ibrahim

حنيفا YANG LURUS

وما dan tidaklah

كان adalah dia

من dari/termasuk

المشركين ORANG-ORANG YANG MUSYRIK.

Perhatikan perkataan قيما yang diterjemahkan sebagai BENAR/LURUS/TEGAK dalam ayat ini. Ia dari kata dasar قوم yang boleh juga membawa maksud tegak/berdiri/lurus. Dalam bahasa perlaksanaan, ia boleh dikembangkan kepada ISTIQOMAH dan MUSTAQIM. Itu cara kita meluruskannya dalam kehidupan kita.

MERASA GEMENTARLAH dengan status MUSYRIK yang dikaitkan dengan isu MEMBENGKOKKAN KITAB ALLAH ini. sebelum terlambat, marilah kita baca kitab amalan kita, kita kaji habis-habis dan carilah di ayat mana telah kita bengkokkan kefahamannya, ataupun perlaksanaannya. Atau mungkinkah kita tidak peduli sama sekali untuk membaca dan memahaminya. Tidak kita peduli tentang lurus bengkoknya surat-surat cinta Allah itu sama sekali. Kita selesa seperti sifat Sapi Betina, al-an’am dan sebagainya.

QS: 17. Al Israa’, 14. “Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.”

QS: 8. Al Anfaal, 2. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMETARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

Mari sama-sama kita luruskan apa yang telah bengkok. Kita perbaiki amal kita agar ia mampu membawa ISLAH/perubahan, agar kita mampu mencapai maqom amal SOLEH, amal yang membawa perubahan melalui kefahaman dan komitmen yang tegak lurus dari kitabullah.

Minda Jumaat – Rahsia Al-Kahfi
WARGA PRIHATIN



SAINS DOA 2 – SEBAB APA DOA KITA SERING TERTOLAK

00 doa2

SAINS DOA 2 – SEBAB APA DOA KITA SERING TERTOLAK

Dalam siri Sains Doa-1 telah kami huraikan definisi doa dan beberapa rahsia saintifik dan metafizik mengenainya. Dalam artikel itu telah dijelaskan hakikat doa dalam bentuk zahir dan batin (ghaib)nya. Juga telah dihuraikan kaitan doa dengan rayuan, permohonan, seru, seruan/dakwah dan sebagainya. Kali ini ingin kami kongsikan beberapa rahsia bagaimana doa sering tertolak. Jika anda terlepas pandang, mungkin boleh buka semula melalui link berikut,

http://prihatin.net.my/web2/2013/10/23/rahsia-doa1-antara-fakta-saintifik-dan-metafizik/

SURUHAN DAN LARANGAN DALAM BERDOA
BAGAIMANA DOA AKAN TERTOLAK

Dalam ayat berikut ini, Allah katakan bahawa Allah amat dekat dengan hambanya. Malah Allah menuntut agar kita berdoa dan Allah telah secara terbuka berjanji untuk mengabulkan doa.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ “

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran yang jelas.” (QS. al-Baqarah:186)

Namun dalam ayat di atas Allah mensyaratkan agar kita memenuhi dahulu perintah Allah sebelum berdoa. Allah perintah kita yakin, beriman dengan sepenuhnya dan sentiasa memastikan kita berada dalam keadaan yang benar dan jelas kebenarannya (RASYID – YARSYUDUN).

Untuk doa diterima, kita pula harus mendekatkan diri kepada Allah. Solat itu adalah DO’A / SERU (ASSOLATUDDU’A). Selalulah solat / silah untuk berhubung dan mendekatkan diri dengan Allah. Perhubungan/SILAH itu yang menerbitkan keakraban dan kasih sayang Allah kepada kita dan menyuburkan cinta kita kepada Allah. Itu di panggil SILATULRAHIM, perhubungan yang menerbitkan kasih sayang. Jika sebaliknya, maka pastilah janji Allah untuk memakbulkan doa kita itu tidak akan berlaku.

Begitu juga jika kita berdoa dalam keadaan kita mengingkari perintah dan ayat-ayat Allah, maknanya kita berdoa dalam keadaan dimurkai. Allah minta kita berbuat dengan ilmu dan kefahaman (seperti ayat di atas, juga QS: 17/36), kita pula berbuat dalam keadaan jahil dan sangka-sangka. Allah suruh kita merendah diri, kita pula menyombong dengan sarananNya.

Sebagai Contoh di alam nyata, jika kita ingin memohon sesuatu dari suami atau ketua pejabat atau dari ibu bapa kita, tetapi kita sentiasa dalam keadaan tidak patuh dengan arahan suami / ketua / ulilamri / murobbi kita, pastilah peluang untuk permohonan kita diterima menjadi amat tipis.

Seterusnya, doa juga akan tertolak jika kita mengajukannya dengan rasa ragu-ragu. Keyakinan adalah satu kekuatan dalam menentukan kejayaan sesuatu perkara. Orang kata kepercayaan / iman itu bakal menghasilkan sesuatu yang luar biasa – ‘believe is miracle’. Iman kita pula bergantung kuat kepada tahap kefahaman kita sendiri. Terkait dengan ayat di atas, jika kita berdoa dalam keadaan kegelapan tanpa ilmu yang terang (rashid), ia akan membuatkan kita kurang yakin. Ini juga boleh melemahkan doa kita.

Firman berikut ini juga menampakkan jalan untuk berdoa. Perhatikan arahan Allah melalui perkataan yang berbunyi “DO’ALAH/SERULAH ALLAH”. Ini melibatkan seruan, rayuan, permohonan kita secara langsung kepada KEKUASAAN ZAT ALLAH YANG GHAIB, yang wajib kita yakini kuasanya. Hal ini juga telah kami sentuh dalam Siri 1.

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah ar-Rahman dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al-Asma’ al-Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” (QS. al-Isra`:110)

PILIHAN KEDUA ialah melalui pencarian petunjuk dan hidayah yang boleh membantu usaha kita ke arah penyelesaian atau termakbulnya doa kita. Ini adalah kerana kesusahan, bencana dan kegagalan yang sering kita alami dalam hidup adalah kerana kita kekurangan ilmu yang tepat tentang TORIQ, SIROT & SABIL dalam kita menguruskan sesuatu. Allah katakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib kita, tanpa kita berusaha mengubahnya. Jadi apa yang Allah beri adalah hidayah dan kita harus bangkit berusaha dengan menggunakan petunjuk itu.

Hal ini Allah nampakkan atas nama ar-Rahman yang terangkum dalam surah 55 yang dipanggil Ar-Rahman. Surah ini menjelaskan nikmat paling besar, iaitu nikmat ilmu alquran yang mampu mengubah ciri kehaiwanan dan sifat ingkar syaitan dalam diri kita untuk menjadi manusia yang menghambakan diri kepada Allah. Ini telah kami kongsikan dalam artikel berikut,

http://prihatin.net.my/web2/2013/10/31/islam-rahmatan-lil-aalamin-satu-rahmat-bagi-alam/

Selain itu Allah tawarkan juga agar kita mengambil pelajaran dan hidayah di sebalik 99 nama-nama Allah yang terpuji, yang mampu memberikan kekuatan khusus dalam urusan doa kita. Penghayatan ke atas sifat-sifat terpuji bagi Allah itu mampu kita sandarkan secara zahir dalam mencari jalan kita berusaha mencapai apa saja yang kita hajatkan.

Contohnya jika Allah itu Maha Bijaksana, maka kita harus merendah diri mengaku jahil untuk meminjam kebijaksanaan Allah melalui ilmunya, iaitu alquran dan sunnah itu sendiri. Jika kita yakin Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, dan sebagainya, maka kita boleh dengan yakin berdoa dengan sepenuh harapan bahawa Allah mendengar permohonan kita dan cukup berkuasa untuk memakbulkannya.

Berikut ini kami perturunkan beberapa pra-syarat dalam berdoa. Paling utama ialah kita harus benar-benar MUKMIN, yakin dan merendah diri. Bukan terpekik terlolong dan menyombong diri sewaktu berdoa kerana saat paling mustajab untuk berdoa ialah sewaktu sujud. Sujud ialah keadaan di mana kita benar-benar merendah diri, kepala kita menyembah bumi, lebih rendah dari punggung dan lubang dubur kita.

QS: 23. AL MU’MINUUN

57. Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati karena takut akan Tuhan mereka,
58. Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka,
59. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka,
60. Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka,
61. mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya.
62. Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.
63. Tetapi hati orang-orang kafir itu dalam kesesatan dari ini, dan mereka banyak mengerjakan perbuatan-perbuatan selain daripada itu, mereka tetap mengerjakannya.
64. Hingga apabila Kami timpakan azab, kepada orang-orang yang hidup mewah di antara mereka, dengan serta merta mereka memekik minta tolong.
66. Sesungguhnya ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu sekalian, maka kamu selalu berpaling ke belakang,
65. Janganlah kamu memekik minta tolong pada hari ini. Sesungguhnya kamu tiada akan mendapat pertolongan dari Kami.
67. dengan menyombongkan diri terhadap Al Quran itu dan mengucapkan perkataan-perkataan keji terhadapnya di waktu kamu bercakap-cakap di malam hari.

KESIMPULAN
SELAIN FIRMAN yang mengatakan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya, Dalam sebuah hadits, Nabi SAW turut menjelaskan bahwa qada’ yang telah Allah tentukan BOLEH berubah dengan doa seseorang. Insyaallah akan kami huraikan hadits ini dalam topik khusus kemudian nanti.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ
إِلَّا الدُّعَاءُ وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ (الترمذي)

Bersabda Rasulullah SAW: “Tidak ada yang dapat menolak ketentuan(QADA’) Allah selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah umur seseorang selain (perbuatan) baik.” (HR Tirmidzi 2065)

Oleh itu, janganlah kita berputus asa dan menjadi lemah apa bila nasib kita masih belum berubah. Jika kasih sayang dan kebahagiaan tidak pernah kita kecapi secukupnya, ada anak-anak tidak kekal kesejahteraannya, ada suami kurang kebahagiaannya, ada ibu bapa kurang kasih sayang mereka, ada ketua tidak kita disukainya, maka tariklah nafas, belajarlah muhasabah diri. Bacalah dan muhasabah semula kitab amalan kita untuk mencari di mana yang tidak kena.

InsyaAllah akan kami cuba sambung perkongsian berkaitan doa dalam siri akan datang. Antaranya adalah pengkhususan

• Bagaimana cara Allah makbulkan doa
o Secara Zahir
o Secara Batin/ghaib
• Fenomena Tawassul
• Sains Doa secara BERJEMAAH
• Kaitan Istighfar dan doa
• Tugas kita selepas berdoa
• Bagaimana QADA’ berubah dengan Doa
• Kaitan Sedekah dan doa
• Kaitan istiqomah dan doa
• Dan sebagainya…

Perkongsian Sains Doa
WARGA PRIHATIN



BUKAN SENANG NAK SENANG, TIDAK SUSAH NAK JADI SUSAH

00 mendaki

BUKAN SENANG NAK SENANG, TIDAK SUSAH NAK JADI SUSAH

Sirot al-Mustaqim adalah perjalanan meniti neraka untuk menuju ke syurga. Laluannya sangat halus ibarat rambut dibelah tujuh. Sukar untuk dilihat dengan sebelah mata (mata Dajjal). Harus menggunakan sepenuh deria, kedua belah mata, telinga dan dibantu pula dengan mata hati. Kita perlu fokus, teliti dan berhati-hati Untuk meneruskan perjalanan dengan selamat.

Sudah lama kita mempermainkan dan memperolok-olok ayat Allah. Ramai yang sudahpun kecundang dan terjerumus ke neraka dunia. Kita perlu lakukan transformasi, bunuh diri yang lama dahulu dan reset minda kepada diri yang baru. Kita harus berani keluar kampung, berhijrah meninggalkan qariah lama ke qariah baru yang menjadi mulkiah Din Allah (MADINAH) yang pasti.

Allah hanya beri kita 2 jalan untuk kita sendiri memilihnya. Mahu mengangkat martabat diri melalui peningkatan amal dengan ilmu sebagai insan yang MERDEKA, atau mahu terus meraba-raba beramal dalam kejahilan dan terjun ke neraka. Untuk mendaki, meningkatkan martabat diri memang melelahkan, namun hasilnya manis dan nyaman sekali. Paling mudah ialah untuk terjun ke jurang neraka.

MARI TADARUS, TAFAKKUR, TADABBUR DAN TABAYUNKAN WAHYU ALLAH

QS: 66. At-Tahrim 6. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan TIDAK MENDURHAKAI ALLAH terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

QS: 5. Al Maa’idah 105. Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu. Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah TEMPAT MERUJUK kamu semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

QS: 4. An Nisaa’ 79. Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

QS: 4. An Nisaa’ 66. Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampungmu”, niscaya mereka tidak akan melakukannya kecuali sebagian kecil dari mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan,

QS: 3. Ali ‘Imran 186. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang telah diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, GANGGUAN YANG BANYAK YANG MENYAKITKAN HATI. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk URUSAN YANG PATUT DIUTAMAKAN.

QS: 17. Al Israa’ 7. Jika kamu berbuat baik, maka ia bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka itu bagi dirimu sendiri…

SURAH 2. AL BAQARAH

23. Dan jika kamu dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami, buatlah satu surah yang semisal Al Quran itu dan AJAKLAH PENOLONG-PENOLONGMU selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

24. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya – DAN PASTI KAMU TIDAK AKAN DAPAT MEMBUATNYA, peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya MANUSIA DAN BATU, yang disediakan bagi orang-orang ingkar.

25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam syurga itu, mereka mengatakan : “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang disucikan dan mereka kekal di dalamnya.

195. Dan berinfaqlah di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke jurang kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

204. Dan di antara manusia ada orang yang UCAPANNYA TENTANG KEHIDUPAN DUNIA MENARIK HATIMU, dan dipersaksikannya kepada Allah isi hatinya, padahal IA ADALAH PENENTANG YANG PALING KERAS.

205. Dan apabila ia berpaling, ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.

206. Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, BANGKITLAH KESOMBONGANNYA yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.

207. Dan di antara manusia ADA ORANG YANG MENGORBANKAN DIRINYA KARENA MENCARI KERIDHAAN ALLAH; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.

208. Hai orang-orang yang beriman, MASUKLAH KAMU KE DALAM ISLAM KESELURUHAN, dan janganlah kamu turut TABIAT SYAITAN. Sesungguhnya syaitan itu MUSUH YANG NYATA bagimu.

209. Tetapi jika kamu MENYIMPANG SESUDAH DATANG KEPADAMU BUKTI KEBENARAN, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

SURAH 3. ALI ‘IMRAN

133. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

134. Orang-orang yang menginfaqkan, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

135. Dan orang-orang yang apabila mengerjakan PERBUATAN KEJI ATAU MENGANIAYA DIRI SENDIRI, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJINYA ITU, SEDANG MEREKA MENGETAHUI.

136. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik ganjaran orang-orang yang beramal.

137. Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, Karena itu BERJALANLAH KAMU DI MUKA BUMI DAN PERHATIKANLAH BAGAIMANA AKIBAT ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN .

138. ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman.

103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan KAMU TELAH BERADA DI TEPI JURANG NERAKA, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

105. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih SESUDAH DATANG KETERANGAN YANG JELAS kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,

106. pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya: “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.”

107. Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah; mereka kekal di dalamnya.

108. Itulah ayat-ayat Allah. Kami bacakan ayat-ayat itu kepadamu dengan benar; dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganiaya hamba-hamba-Nya.

109. Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepada Allahlah dirujuk segala urusan.

110. KAMU SEMUA ADALAH UMAT YANG TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan KEBANYAKAN MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG FASIK.

111. Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, SELAIN DARI GANGGUAN-GANGGUAN CELAAN SAJA, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang. Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.

112. MEREKA DILIPUTI KEHINAAN DI MANA SAJA MEREKA BERADA, kecuali jika mereka berpegang kepada ikatan tali Allah dan ikatan dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka ingkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka DURHAKA DAN MELAMPAUI BATAS.

199. Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka BERENDAH HATI kepada Allah dan mereka tidak MENUKARKAN AYAT-AYAT ALLAH DENGAN HARGA YANG SEDIKIT. Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya.

200. Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

SURAH 7. AL-A’RAAF

2. Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada KESEMPITAN DI DALAM DADAMU karenanya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu, dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman.

3. Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. AMAT SEDIKITLAH kamu mengambil pelajaran.

4. dan berapa banyak dari qariah yang telah kami binasakannya, maka datang kepadanya siksaan Kami diwaktu malam hari atau ketika mereka istirahat ditengah siang hari.

5. Maka tidak adalah keluhan mereka di waktu datang kepada mereka siksaan Kami, kecuali mengatakan: “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.”

6. Maka sesungguhnya Kami akan menanyai umat-umat yang telah diutus utusan kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menanyai pula para utusan itu,

7. maka sesungguhnya Kami akan di atas mereka dengan pengetahuan dan tidaklah Kami adalah ghaib

8. Timbangan pada hari itu ialah kebenaran, maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung/berjaya (falah).

9. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan MEREKA SELALU MENGINGKARI/MENZALIMI AYAT-AYAT KAMI.

Iqra’ hujung minggu
Warga Prihatin



Islam Seharusnya Bersungguh-sungguh

00 islam sungguh2“Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang..”

QS 3. Ali ‘Imran 142. “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar..”

Muhasabah hujung minggu…

Warga Prihatin